6 Mar 2017

Naik Bas Di Terminal Bersepadu Selatan (TBS)

boleh pulak aku lupa nak share pengalaman pertama turun dan naik bas di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) baru-baru ni...kebiasaan kalau dari Kuantan memang aku selalu turun kat hentian pekeliling dekat dengan hotel Vistana KL tu...maybe dah lama tak naik bas sampai tak tahu sekarang semuanya dah turun dan naik di TBS.
Terminal Bersepadu Selatan
Terminal Bersepadu Selatan (TBS)
mula-mula tu cuak jugak aku bila dapat tahu bas ni dah tak behenti kat pekeliling...benda pertama yang aku risau bila turun kt TBS ialah transport...kalau kat pekeliling senang je sebab dekat dengan monorail dan LRT...senang nak bergerak...dalam kepala ni dah pikir duit tambang teksi yang mahal kalau nak ke KL dari TBS.

masuk je kawasan TBS di Bandar Tasik Selatan ni aku jadi kagum..jadi jakun kejap...bapak besar kawasan terminal kat sini...patut ler diorang buat terminal ni jauh dari kawasan bandar KL...nampak lebih teratur berbanding hentian Putra dan hentian Pudu yang lalu...

tak sure aku ada berapa tingkat TBS ni..yang aku tahu tingkat bawah ialah tempat turun dan naik bas...naik tingkat 1 tempat beli tiket dan tempat menunggu...tingkat 2 ada kedai makan...hotel jer takdek dalam ni...kalau ada nanti tak tahular... 
terminal berseladu selatan TBS
tingkat 1 TBS
terminal bersepadu selatan tbs
ruang yang besar


kat sini boleh tahan jugak kemudahan yang ada...balai polis ada satu...skrin untuk jadual bas memang banyak...locker pun ada bnyak...locker kat sini pakai pasword dan bukan kunci...not bad jugak ler ikut peredaran masa...

rupanya kalau nak ke pusat bandar KL mudah jer dari sini...sebelah TBS ni ada 3 rail untk ke pusat bandar...ada LRT , komuter dan ERL klia...kalau nak cepat boleh naik ERL sebab rail ni direct terus ke KL Sentral...cuma harga tinggi sikit ler...kalau dari kL cara nak ke TBS pulak, korang kena berhenti di Stesen Bandar Tasik Selatan...ketiga-tiga rail hentian yang sama.
nak ke TBS
3 stesen rail bandar tasik selatan
yang aku suka sistem kat sini ialah kaunter tiket TBS..dah tak payah susah-susah korang nak cari kaunter tiket bas faveret korang...kat sini satu kaunter dia jual semua tiket bas yang ada...korang pergi je mana-mana kaunter cakap nak pergi mana , nak naik bas apa...nanti korang akan ditunjukkan senarai jadual pada skrin...pilih je waktu dan tempat duduk..senang...rasanya geng ulat tiket tak boleh operasi kat sini sebab tiket disini memang lain...semunya under TBS..siap ada kod QR lagi...

QR kod digunakan untuk penumpang tunggu bas di ruang menunggu...dah macam KLIA pulak...bas datang baru pintu dibuka...so bagi yang nak hantar anak kesayangan tu memang tak boleh follow sampai ke pintu bas...tak macam dulu-dulu ler...sorang je naik bas tapi yang datang sekampung...
tiket bas tbs
satu kaunter ke semua destinasi
terminal tbs
pilih bas dan tempat duduk
tiket bas TBS
tiket bas di TBS


terminal TBS
ruang menunggu untuk penumpang bas
terminal TBS
pintu hanya dibuka bila bas sampai


memang jauh berbeza sistem kali ni dengan Hentian yang dulu-dulu...kredit kepada pencetus idea TBS ni...memang tak sanggup rasanya kalau ingat balik naik bas di Hentian Putra mahupun Pudu...sebab dua-dua hentian aku ada pengalaman kena pow..jeng sungguh.

korang boleh follow apa-apa berita di TBS di facebook official mereka...TBS juga ada buat sistem online untk beli tiket bas online...maklumat lanjut boleh rujuk laman web mereka.
facebook : 

harapnya sistem di TBS akan kekal sistematik...

4 Mar 2017

Tukar Tayar Sebelum Terlambat

hidup kat garisan khatulistiwa ni memang susah nak jangka musim yang akan melanda..ingatkan musim hujan dah habis dah hujung tahun dan awal tahun baru ni...rupanya belum lagi...hujan sekejap-sekejap tapi lebat kat kuantan dalam 2 minggu ni...sekali turun memang lebat...kalau yang naik motor macam aku ni memang basah le...tak sempat nak tukar  pakai baju hujan tetiba je hujan berenti...heheh...hujan angin katanya...sekejap je dia lalu..sebagai mat motor yang sayangkan nyawa,semalam pergi le tukar tayar motor yang dah botak tu.
tayar motor
tayar bunga lebih selamat
rasa lebih selamat sikit bila ada tayar berbunga-bunga ni...baru boleh feel bawak motor dalam hujan...sebelum ni agak takut-takut sikit aku nak brek dan ambil selekoh bila hujan...jangan dibawa main-main bila jalan basah...silap sikit naya nanti...macam kejadian accident berlanggor semalam kat jalan aku nak pergi office.

nak dijadikan cerita aku on the way ke pejabat dari rumah lepas siap solat jumaat...macam yang aku cerita awal tadi , hujan angin datang memang lebat tiba-tiba...nasib baik aku memang dah pakai siap-siap baju hujan dari rumah...sampai kat satu jalan tengok jem yang agak luar biasa...cilok punya cilok rupanya ada accident motor dengan kerera kancil accident...baru berlaku je sebab aku tengok hanya sorang je datang tolong...hujan pulak time tu...mungkin tak ramai yang sudi turun...aku yang naik motor ni berenti ler kejap tolong.
accident motor
accident semalam
memang betul kejadian baru berlaku...orang yang datang tolong tu pun tak sempat call ambulans...dia tengah sedarkan mangsa naik motor tu yang terbaring atas jalan...driver kereta kancil tengah trauma takut...tengok macam laju je bawak sampai bonet depan kancil tu rabak..motor takyah cerita ler..total loss...tak tahu saper yang salah...aku call ambulans dan lepas tu sorang-sorang datang tolong mana yang patut...lega jugak bila tengok mangsa terbaring atas jalan tu bagi respon...kalau tak respon memang tak tidur malam aku malam tadi...

lepas setel tolong semua , hati tu punya berdebor tak hingat...itu belum jadi depan mata...petang tu jugak lepas balik kerja aku tukar tayar motor baru...sementara beringat tu better buat terus kan...hujan-hujan ni memang jalan licin..yang beroda halus macam aku ni memang kena slow je bawa...slow and steady Mat Dan cakap...

mat-mat motor tu harapnya boleh ler check kondisi tayar tu..kalau tayar botak tu korban ler sikit duit brim yang ada tu tukar tayar baru...duit brim boleh diganti...nyawa susah nak ganti.

2 Mar 2017

Pecah Kepala Main Sudoku

antara banyak-banyak game yang ada dalam zenfone aku ni satu je yang melekat aku main setiap hari...SUDOKU...tak pernah bosan kot main game ni.
main sudoku
pecah otak nak letak nombor
setengah orang memang tak suka dengan game sudoku ni...saper yang minat kalau dah game tu kena perah otak...tambah pulak main dengan nombor...baik main lawan lawan zombie...tekan-tekan je skrin tu asalkan zombi mati...duk touch-touch sampai masa retak jugak skrin tu...hahah..geram punya pasal..tapi setakat ni tak jumpa lagi le berita pasal skrin retak bila main game.

tapi bila korang dah start main dan dah boleh jawab satu puzzle tu aku boleh rekemen korang akan gian nak cuba lagi..syiok woo feeling dia bila dh boleh solve puzzle yang ada..setakat ni aku masih lagi di level medium...level hard tu sekali dua je main..itupun belum tentu dapat complete.
main sudoku
beratus sudoku sedia untuk didownload
kalau cari kat Playstore dan Appstore memang banyak game sudoku ni...pilih je nak yang mana..cara permainan sama je...yang berbeza interface dan jugak background...try jugak cari kot-kot ada yang boleh main online dan ada yang boleh lawan masa dengan player-player sudoku yang lain...tapi tak jumpa lagi.

lepas ni hajatnya nak try sudoku kat buku pulak...kalau kat kedai buku memang ada jual buku sudoku ni...entah feel main dekat buku macam mana nanti..nak main kat phone ASUS aku ni jer boleh rosak mata lama-lama...bateri satu hal...cuma satu kelebihan main kat phone ialah interface cantik..kalau kat buku tu nampak nombor dan kertas putih jelar...lagi stress kot....hahahaha..belum cuba belum tau..nanti test.

jom main sudoku.

23 Feb 2017

Transaksi Pertama Duit Brim 2017

dah nampak dah kemana nak belanja duit brim yang masuk semalam...alhamdulillah ada rezeki lagi tahun ni..siap ada penambahan daripada tahun lepas...baru tengah syiok berkira-kira buat bajet dengan brim 2017 harini ditimpa musibah pulak.
selipar putus
oh my Lee Cooper
selama ni takdek pulak dia tunjuk ciri-ciri nak putus...harini ribut takdek hujan takdek tengah sedap berjalan boleh tercabut pulak...mengada-mengada betul kakiku ini nak yang baru...tau-tau je dalam akaun tu ada masyuk...

kalau tak silap selipar ni pun dh pakai lebih kurang dua tahun...ingat lagi sejarah ni sebab beli waktu tu kebetulan aleesya nurani keluar dari perut ibu dia..boleh tahan lama jugak ler selipar ni bertahan...nampak gaya perkhidmatan dia selama dua tahun tamat harini..

petang ni jawabnya kena dapatkan yang baru..rasa macam nak pakai sandal pulak lepas ni..ada yang berkenan kita sarung saja nanti...transaksi pertama duit brim 2017...heheheh.


22 Feb 2017

Badan Cepat Kembang Cepat Kecut

stress ada...geram pun ada...baru jer nak happy naik 5kg sekarang dah kecut balik...misi nak besarkan badan tertangguh sekejap...mampu tahan dalam 3 minggu je rupanya suplement yang aku pakai ni...pernah aku kongsikan suplement ni dalam entry operasi membesarkan badan pada awal tahun...bila dah habis ni nak beli kali kedua tu agak sakit sikit..bila main dengan harga macam ni ler..
supliment
3 minggu habis
Alhamdulillah dalam masa 3 minggu cuba tu berat badan naik dalam 5kg...ambik supliment dan pergi ke gym ternyata berkesan...saper tak happy kalau dah capai target yang kita nak kan...sebelum ni 45 sekarang dah 50kg berat...berbaloi jugak usaha dan duit yang habis beli supliment dan bayar gym untuk capai target menambah berat badan...tapi bila dah habis mula terkial-kial...

pada awalnya aku taknak bergantung sangat pada supliment nie...lepas habis satu tong ni aku cuba untuk banyakkan makan tapi gagal...cepat muak pulak dah...gym pun sekarang aku dah tak pergi...agak busy dan tambah pulak dengan musim hujan angin memang perasaan malas tu mebuak-buak ler nak workout...sekarang makan kemana workout kemana...timbang semalam nampak dah turun berat badan...bertambah stress jadinya...
tambah berat badan
naik 5 kg
next week rasanya dah boleh start balik..ekonomi dah stabil sikit dan cuaca pun elok...next target nak tambah lagi 5kg...selain tu nak besarkan sikit mana-mana body yang patut...naik 5kg ni tak nampak sangat mana besarnya...yang ketara bahagian dada jer yang nampak...memang tak boleh nak tunjuk part tu...hahaha..harap-harap berbaloi lagi pelaburan aku kali kedua lepas nie.

20 Feb 2017

Kartunis Ujang Dalam Bekazon

Bekazon...satu lagi majalah yang aku rasa perlu buat koleksi selepas penutupan majalah Ujang.
bekazon
bekazon bulan febuari
sekarang dah keluaran ke -7 bekazon ni...mungkin agak lewat aku beli tapi its better than nothing...korang perlu berbangga kalau baca majalah ni dalam LRT kemudian tersengih sorang-sorang...sebab korang tergolong dalam golongan orang yan rare..bukan senang nak cari majalah ni.

lawak yang ada masih lagi fresh dan masih lagi lawak antarabangsa...boleh dikatakan banyak jugak kartunis Ujang ada kat sini...kalau rindu dengan lawak mat despatch , lambok , bijan , tok moh , dicky workoshop , boleh ler beli dengan harga RM10...itupun nasib kalau korang bleh jumpa kat kedai majalah ni.
bekazon
Tok Moh
bekazon
Bijan
bekazon
bawang
bekazon
workshop
bekazon
mat despatch
korang tau tak hampir kesemua kartun dalam majalah ni ada sound...aku bagi contoh kalau korang baca lawak yang ada kat laut , korang akan dengar bunyi laut...kalau ada lawak kat pasar akan dengar bunyi suasana pasar...ini yang something special ada pada majalah bekazaon...katanya ini majalah pertama yang ada soundtrack..kreatif woo...berbaloi bagi aku dengan harga...nak rasa pergi ler beli...rujuk facebook bekazon untk lebih lanjut.

bagi korang yang sedih dengan penutupan majalah ujang apa tindakan korang sekarang ye...takkan setakat tulis kat facebook rasa sedih je kot...support ler sikit kartunis yang ada ni sementara mereka masih ada...nak tunggu lawak-lawak yang ada ni pupus baru nak beli ker...time tu memang tak dapat dah RM10...silap-silap boleh jadi RM100 akan datang...dah jadi collection rare nanti.

aku insyaallah akan terus support dan beli bekazon bersama dengan koleksi majalah gila-gila aku yang setakat ni masih lagi belum miss setiap bulan.

semoga bermanfaat.

17 Feb 2017

2 Hari 1 Malam Di De Rhu Beach Resort Kuantan

dapat jugak aku merasa suasana 2 hari 1 malam di De Rhu Beach Resort Kuantan..selama ni asyik tengok member-member jer yang bermalam disini..aku nak bermalam bukan tak boleh..tapi rasa janggal pulak bila nak tido di hotel yang berdekatan dengan rumah..kira-kira 30 minit je De Rhu dari rumah aku...dekat kan.
De Rhu Beach Resort Kuantan
De Rhu Beach Resor Kuantan
tak susah pun nak cari De Rhu Beach Resort ni...kalau search dalam waze mahupun google map comfirm jumpa...kalau dari bandar kuantan tu kira-kira dalam 20-30 minit je jarak dia dengan jalan menghala ke balok..senang sangat jumpa.

cantik dan mewah bila masuk bangunan De Rhu Resort  ni ...masuk je pintu utama korang akan tengok lobi dia yang agak luas dan terbuka..cantik.
De Rhu Beach Resort Kuantan
lobi
De Rhu Beach Resort Kuantan
reception
bilik pulak memang cukup selesa bagi aku..aku dapat bilik Superior dengan katil King Size...bilik luas dan bersih...utilities dalam bilik cukup complete...rasanya semua ada..peti ais , sejadah , iron dan keetle eletrik..bilik mandi macam biasa ada shower...TV pula kalau tak silap ada 12 siaran...kalau rasa malas keluar bilik pun lepak jelar dalam bilik..selesa pun selesa...
De Rhu Beach Resort Kuantan
bilik superior
De Rhu Beach Resort Kuantan
tersusun dekorasi dalam bilik
De Rhu Beach Resort Kuantan
besar almari dia
De Rhu Beach Resort Kuantan
utilities lengkap
De Rhu Beach Resort Kuantan
bersih
De Rhu Beach Resot Kuantan ni menghadap ke pantai...memang dekat je dengan pantai...kena dengan cuaca yang cerah untung -untung dapat tgk sunset mahupun sunrise yang cantik dari bilik je...yang tu kena request ler nak bilik menghadap pantai...aku sempat jugak dibawa melawat ke bilik yang special..antaranya De Rhu Suite...sesuai untuk pasangan honeymoon dan jugak ada keluarga yang besar...ada 2 bahagian dalam suite nie...satu ruang tamu dan satu bilik...view pulak menghadap ke kolam dan pantai...cantik wooo.
De Rhu Beach Resort Kuantan
mewah dan romantik
De Rhu Beach Resort Kuantan
honeymoon
De Rhu Beach Resort Kuantan
bilik air luas
De Rhu Beach Resort Kuantan
view dari balkoni

selain daripada bilik yang selesa dan cantik...facilities dalam De Rhu Beach Resort ni memang complete...kat sini ada saja lebih kurang 10 dewan yang boleh disewa walaupun tak menginap disini...ada bilik karaoke...bilik meeting ...ada gym...surau yang besar di luar bangunan..dan juga padang yang luas..nak naik ATV pun ada disediakan.

dengan facilities yang banyak tu cakap jer nak buat majlis apa...semua boleh..daripada gathering sampai ke perkahwinan...cukup sesuai ..cukup complete...aku kat sini pun atas aktiviti gathering bersama rakan blogger untuk Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari...meriah.
De Rhu Beach Resort
salah satu dewan yang ada
De Rhu Beach Resort
cafeteria lepak tengok bola
De Rhu Beach Resort
dewan untuk seminar
De Rhu Beach Resort
bilik karaoke
De Rhu Beach Resort
gym
De Rhu Beach Resort
surau
De Rhu Beach Resort
ATV
De Rhu Beach Resort
padang untuk sukan
yang special kat De Rhu ni korang kena mandi kolam dia...ada 3 kolam kat sini mengikut kedalaman...ada 3 kaki , 5 kaki dan paling dalam 9 kaki...keluasan kawasan kolam rasanya memang paling besar pernah aku tengok antara resort dan hotel yang aku pergi...kalau ada anak yang takut main air tu boleh bawak pergi kat taman permainan sebelah kolam tu...kolam ni juga dibuka untuk orang awam pada hari biasa..tapi ditutup pada hari weekend dan hanya dibuka pada pelanggan yang menginap di De Rhu sahaja.
De Rhu Beach Resort
kolam De Rhu
De Rhu Beach Resort
luas
De Rhu Beach Resort
kawasan riadah dalam De Rhu yang luas
cuti sekolah bulan 3 tak lama dah...rasanya dah boleh masuk list De Rhu Resort untuk destinasi percutian.lagipun tahun ni merupakan tahun melawat pahang 2017...bole ler kiranya berjalan-jalan di sekitar Pahang.

sekarang  ada promosi untuk mereka yang ingin buat reunion..ada pekej istimewa dengan hanya RM300 satu keluarga...macam-macam kot boleh buat dengan harga tue...dapat guna semua fasilities yang ada...memang berbaloi aku cakap...dah boring lepak dalam hotel boleh amik angin kat pantai pulak..kat sini meriah jugak aktiviti pantai...memang happening dekat kawasan De Rhu Beach Resort Kuantan ni.

maaf kekurangan pada kualiti gambar...memang menunggu masa sahaja kemera smartphone ni ditukar ganti yang baru...
untuk lebih gambar yang cantik dan harga yang menarik boleh rujuk laman berikut..
web : http://derhu.com.my/
facebook : https://www.facebook.com/derhubeachresort/

semoga bermanfaat.

7 Feb 2017

Delivery Bunga Valentines Day Dengan Flower Chimp

kadang-kadang terpikir jugak nak buat surprise delivery dengan menghantar sejambak bunga untuk someone...sesibuk mana pun di pejabat kita still boleh buat orang tersayang happy bila dia dapat something surprise...duduk berjauhan pun tak ada masalah...order je via media sosial , nanti sampai ler kat buah hati...macam servis yang dibuat di Flower Chimp ni...menyediakan servis delivery bunga di sekitar KL dan Malaysia.
flower chimp
Flower Chimp
kalau tengok pada packaging dan bunga yang digubah dekat Flower Chimp ni memang aku suka...nampak esklusif dan nampak lebih branding...bunga yang digubah pulak bukan bunga kertas yer...semuanya fresh...segar bugar dengan warna dan bau...

flower chimp
gubahan bunga kekwa
delivery bunga
cantik dan nampak esklusif
sekarang ada promosi sempena Valentine Day di Flower Chimp...14febuary jatuh pada hari bekerja...rasanya tiada alasan lagi untuk korang yang nak hargai pasangan masing-masing dengan menghantar sejambak bunga walaupun sibuk dengan kerja di pejabat.

buka je laman web flower chimp...pilih bunga yang mana menjadi pilihan hati...seriously korang akan rambang mata tengok gubahan bunga yang disediakan Flower Chimp...
flower chimp
promosi sempena Valentine Day
delivery bunga
Yvate

delivery bunga flower chimp
Sweet Vibes

flower chimp
moonlight

flower chimp
just for you
dah jumpa bunga yang berkenan , boleh pilih nak tambah coklat ataupun kalau ada something nak wish boleh request kad...kemudian bayar secara online dan delivery akan dibuat pada hari yang sama kalau buat order sebelum jam 12 tengahari.

selain hari valentine day , flower chimp turut menerima tempahan untuk hari ulangtahun , hari perpisahan , juga disediakan untuk hamper dan hadiah untuk majlis tertentu...nampak kelainan sikit kalau bagi gift bunga ni.

lebih lanjut lebih koleksi delivery bunga layari web berikut.
web : www.flowerchimp.com/ValentinesDay/
facebook : facebook/flowerchimp
instagram : instagram/flowerchimp/

semoga bermanfaat.