Showing posts with label workout. Show all posts
Showing posts with label workout. Show all posts

22 Feb 2017

Badan Cepat Kembang Cepat Kecut

stress ada...geram pun ada...baru jer nak happy naik 5kg sekarang dah kecut balik...misi nak besarkan badan tertangguh sekejap...mampu tahan dalam 3 minggu je rupanya suplement yang aku pakai ni...pernah aku kongsikan suplement ni dalam entry operasi membesarkan badan pada awal tahun...bila dah habis ni nak beli kali kedua tu agak sakit sikit..bila main dengan harga macam ni ler..
supliment
3 minggu habis
Alhamdulillah dalam masa 3 minggu cuba tu berat badan naik dalam 5kg...ambik supliment dan pergi ke gym ternyata berkesan...saper tak happy kalau dah capai target yang kita nak kan...sebelum ni 45 sekarang dah 50kg berat...berbaloi jugak usaha dan duit yang habis beli supliment dan bayar gym untuk capai target menambah berat badan...tapi bila dah habis mula terkial-kial...

pada awalnya aku taknak bergantung sangat pada supliment nie...lepas habis satu tong ni aku cuba untuk banyakkan makan tapi gagal...cepat muak pulak dah...gym pun sekarang aku dah tak pergi...agak busy dan tambah pulak dengan musim hujan angin memang perasaan malas tu mebuak-buak ler nak workout...sekarang makan kemana workout kemana...timbang semalam nampak dah turun berat badan...bertambah stress jadinya...
tambah berat badan
naik 5 kg
next week rasanya dah boleh start balik..ekonomi dah stabil sikit dan cuaca pun elok...next target nak tambah lagi 5kg...selain tu nak besarkan sikit mana-mana body yang patut...naik 5kg ni tak nampak sangat mana besarnya...yang ketara bahagian dada jer yang nampak...memang tak boleh nak tunjuk part tu...hahaha..harap-harap berbaloi lagi pelaburan aku kali kedua lepas nie.

10 Jan 2017

Operasi Membesarkan Badan

awal tahun 2017 dimulakan dengan proses membesarkan badan...tahun ni nekad sebelum raya nak naikkan sikit berat badan nie...jangan ingat orang besar je ada masalah berat badan...orang kurus pun ado tau...atas nasihat rakan-rakan aku gagahkan ambil suplement...dan aku memilih produk Muscletech Mass Tech.
naikkan berat badan
bapak besar tong suplement ni
sebelum ni banyak kali jugak aku gagal menaikkan berat badan ni...ada yang suruh makan banyak...ada yang suruh makan kerap...mampu bertahan seminggu jer aku follow tips tu...lepas tu mula muak dengan makanan.
kalau dah muak tu macam mana ler aku nak sumbat makanan tue...sebab tu ler aku maintain jer takat 45kg sekarang,

bagi orang kurus seperti aku memerlukan sekurangnya 2ribu kalori setiap hari...kalau kau hanya makan berat waktu pagi tengahari dan malam memang susah ler nak capai kalori sebanyak itu...kalau kau orang kuat bersukan dan suka workout lagi lah seksa...seribu kalori pun belum tentu cukup...ada yang pesan makan lebih kerap dari biasa...aku dah cuba dan yer terbukti berkesan,
waktu makan time tu :
  • 8 pagi - breakfast
  • 10/11 pagi - makan
  • 1 tengahri - lunch tengahri
  • 4 petang - makan
  • 8 malam -makan malam
  • 11 malam - makan

boleh bayangkan tak aku duk mengunyah jer...makan bukan sebarang makan...kena makan yang berat-berat jugak...naik memang naik berat tu...lama-lama jadi muak dan tak boleh nak teruskan,

kenapa suplement?
aku pada mula-mula memang taknak bergantung kepada benda nie...nak clean food katanya...tapi kalau makan kerap pun dah tak larat inikan pula nak sediakan clean food...modal untuk aku sediakan makanan dan beli supliment ni sama jer...tambahan suplement ni senang disediakan...bancuh dengan air siap,
kandungan kalori dia pun tinggi sekitar 800 sehari...yang lebihnya aku boleh dapat dari makanan harian,
mass muscletech
3Kg mass tech dari muscletech
abang sado
boleh jadi sado ker ni
amacam?
besar tak tong nie...1 tong bersamaan 3kg...harga RM145 tapi aku beli waktu harga promosi RM129 sahaja...harga ni ada lagi kat web musclemaniaclub...kalau ada yang berminat beli online je kat https://www.musclemaniaclub.net ....aku ambil perisa Milk Chocolate...rasa dia macam susu Dutch Lady je...tak ada le pelik sangat rasa minum suplement nie...risau jugak mula-mula takut tak boleh nak telan.

workout aku akan berjalan seperti biasa,
cuma rasanya kali ni memang aku kena pergi gym untuk angkat berat...orang kata kalau setakat buat dirumah memang susah otot-otot tu nak pecah...kalau tak pecah macam mana nak kembang...kalau tak kembang macam mana nak besar...betul kan...jangan ingat susu ni untuk jadi SADO pulak,
hahahahha,
tak ada formula untuk jadi sado dengan minum susu nie...nak jaid sado kena ada disiplin yang kuat...aku memang kurang bab disiplin nie...bab sado ni belakang kira...yang penting berat aku naik.

berjaya atau tidak kena ler tunggu...berat aku sekarang 45kg...dapat target 50kg Alhamdulillah.
aku update progress nanti.

21 Nov 2016

Pertama Kali Masuk Gym

semalam gagahkan jugak aku nak masuk gym,
tebalkan muka nak main besi kat gym,
bndan kecik molek camni ada hati nak angkat dumbell yang besor-besor,
peduli apa aku,
selagi ada fikiran kolot macam tu,
selagi itu aku tak akan merasa feel workout di gym
asyik tengok orang lain jer enjoy,
nak gak merasa sekali sekala
pertama kali gym
gym kosong boleh ler selpie

Alhamdulillah semalam habis tanpa sebarang kecederaan,
hahahaha,
risau jugak ler kot-kot terseliuh salah form,
jangan dibawa main-main kalau salah form nie,
silap-silap terus takleh main besi lagi,

berusaha jugak ler aku cari artikel kat internet untuk pertama kali masuk gym,
nasib baik ada beberapa aplikasi kat Playstore yang boleh aku rujuk,
nanti aku kongsi untuk next artikel.

dah habis beberapa set baru ler aku tahu kenapa ramai sekarang suka workout kat gym,
best jugak rupanya,
selama ni aku syok workout dirumah jer,
sekali sekali tukar mood rasa gian pulak nak masuk gym.
pertama kali gym
selpie di gym itu wajib

walk in untuk weekend kat gym ni RM7,
waktu aku pergi memang tak ramai,
mungkin hari minggu hari diorang rehat,
nasib baik jugak ler tak ramai,
kalau ramai malu jugak woo first time nak angkat berat.

lepas ni aku dah set dalam jadual,
weekend sabtu dan ahad aku workout di gym,
dengan RM7 tu aku rasa berbaloi,
hari minggu kita main besi,
hari biasa aku buat workout bodyweight di rumah saja,
kalau hari-hari masuk gym rabak jugak poket nie.

tiba-tiba terasa tak sabar nak tunggu hari sabtu dan ahad.
heheheheh.

20 Oct 2016

Orang Tido Aku Workout

jam 11:40malam dah,
sedang orang lain tengah sedap tido,
aku baru je habiskan workout,
madbarz aplikasi
4 round 49minit workout
beginilah kalau dah busy siang hari kat office,
malam baru ada masa sikit nak workout di rumah
kalau ikutkan memang malas,
nak rehat je tengok tv , layan neelofa yang gebu gabas comel tu
tapi bila fikirkan nak badan yang sedap dipandang kena jugak aku paksa,
maklumlah badan aku sekarang ni memang kurus,
tak seronok dipandang,
dapat shape sikit pun jadilah.

workout harini fokus pada fullbody dengan aplikasi Madbarz.
upper body,core dan leg,
tiga excerciss last tu paling seksa,
lepas push up , buat plank ,then sambung pike push up,
direct ketiga-tiga guna kekuatan tangan,
mental jugak nak habiskan 4 round.
tapi bila dah setel semua rasa puas hati.
dah peluh dah letih , mandi , tidur.
phew..lena rasanya.

4 Oct 2016

Workout Orang Malas

dah masuk bulan oktober,
tengok kalendar atas meja macam banyak agenda bulan ni,
jawabnya sibuk lagi lah bulan ni
tengok pula kalendar workout.
aduhhhh.
untuk bulan 9 macam tak ada workout yang aku buat.
macam mana nak dapat badan fit kalau macam ni.
freeletics malaysia
rutin Freeletics bulanan
biasanya untuk workout aku guna 2 aplikasi dalam smartphone,yang atas ni dipanggil Freeletis Bodyweight,
dan satu lagi Madbarz
boleh download percuma dia playstore dan appstore
madbarz
rutin Madbarz bulanan
kedua-duanya aplikasi untuk bodyweight workout,
lebih kepada gunakan badan sebagai beban,
alternatif workout bagi sesiapa yang takdek masa nak pergi gym.
buat saja dirumah.

tapi kalau workout kat rumah dugaan dia memang besar
datang perasaan malas memang tak buat le jadinya.
aku pula biasanya workout antara jam 10-12mlm
lepas makan malam datang pula mengantuk kenyang satu hal.
kalau pergi gym tu memang tak mengantuk.
suasana kat sana memang meriah berbanding kat umah.
tapi nak pergi gym tu pulak yang jadi hal.
surau belakang rumah jarang pergi inikan pula gym yg berkilometer jaraknya.
malu weiii.

bulan ni rasanya kena jugak curi masa untuk workout.
nak besarkan badan kena rajin.
nak harapkan makan je memang tak jadi
tak lawo pulak badan nanti.
sebu je.
bosan dah pkai size xs dan s.
hehehe.
kalau rajin bulan ni dapat le pakai size M pulak.
insyaallah.

1 Sep 2016

Buat Dada Bidang

sedar tak sedar aku dah boleh buat 30 push up.
kalau ingat balik waktu dulu-dulu nak buat 5 pun semput.
start dari situ aku mula workout sebab rasa malu dengan diri sendiri.
sekarang alhamdulillah mampu buat.
dan semalam dah up 1 video kat FB dan IG.
push up
push up 30 reps
apa yang aku dapat dengan push up?
secara asas workout ni akan babitkan bahagian dada (chest) , dan belakang lengan (tricep).
jadinya badan tu takdek le nampak sekeping je.
dapat le jugak dada bidang dengan workout ni.
pakai baju nampak le sikit bentuk body tu.
katanya ramai gadis-gadis minat orang dada bidang.
tapi ada jugak tak minat sebab katanya buruk lelaki ada buah dada.
hahahaha.
selera masing-masing kan.
kesan push up
workout push up
push up ni paling senang nak praktik.
boleh buat kat mana-mana je,
masa yang diambil pun berapa minit je,
biasanya aku akan buat sebelum tidur.
kalau lupa tu buat lepas bangun tidur pulak.

setakat ni alhamdulillah dah cecah 30 sekali buat.
dan maksimum 4 set.
total sehari semuanya 120 kali aku push up.
tapi dinasihatkan jangan buat hari-hari.
otot tu kena berehat jugak.
waktu rehat jugak le otot tu akan membentuk.
aku buat 2 hari sekali.

bagi yang nak kecikkan bahagian lengan tu boleh cuba.
nak kurus pun boleh.
aku yakin bila dah biasa dengan push up ni korang akan mula suka untuk workout yang lain.
dari situ minat untuk bersenam timbul.

jom push up.
jom tekan tubi.
jom pumping.

27 Apr 2016

Penat Jugak Jadi Lee Chong Wei

last pegang raket badminton rasanya time sekolah menengah,
itupun sekitar tingkatan 3 & 4,
dah berbelas tahun malam tadi dapat jugak main badminton.
lega rasanya sebab aku masih tahu cara memegang raket.
main badminton
betul ke cara pegang raket ni ?
dapat  jugak 3 set main malam tadi,
walaupun tak sehebat Lee Chong Wei,
letih jugak ler menari dalam gelanggang,
kiri kanan,
depan belakang,
semua penjuru aku kena buli malam tadi,
skill tak payah cerita ler,
setakat backhand,jumping smash,drop shot,main net  semua keluar,
jadi dengan tak jadi je.
hahahhaa..
janji ada gaya.

satu kepuasan dapat main badminton malam tadi,
tujuan asal bukan nak main sangat,
saja nk berjumpa rakan-rakan sosial yang baru,
kenalan-kenalan sosial dari pagi facebook,
daripada jumpa lepak minum kat kedai lagi baik jumpa dalam aktiviti riadah macam ni,
enjoy pun enjoy,
sihat pun sihat bila dapat keluar peluh,
main badminton
riadah bersama rakan-rakan sosial
dapat lepas 3 set baru le aku tahu macam mana level fitness Lee Chong Wei,
tengok dia main pun dah macam mandi peluh,
kita yang bukan atlit ni apatah lagi,
yang dah lama tak main macam aku lagi ler,
silap-silap 1 set dah surrender.
penat main badminton ni.
tak caya boleh cuba kalau berani.