Showing posts with label smartphone. Show all posts
Showing posts with label smartphone. Show all posts

20 Mar 2017

Pakai Digi Prepaid Live Pulak

lebih kurang seminggu dah aku pakai Digi Prepaid Live ni...katanya special edition punya...Edisi Pantai Timur khusus untuk pengguna Pantai Timus katanya...aku pun tak tahu tang mana  yang special...tengok dekat web sama je promosi yang biasa.
digi prepaid live
Digi Prepaid Live 
aku bertukar ke Digi sebab promosi data mingguan mereka...kalau nak dibandingkan dengan telco yang lain , Digi murah sikit...speed pun setakat minggu ni aku puas hati...berdesup...sesikit beruntung ler sebab kawasan rumah aku dengan dengan bandar kuantan...jadi kalau pakai line apa pun tetap laju.

aku berminat dengan data mingguan Digi Prepaid Live ni...2GB data untuk seminggu hanya RM9...paling murah setakat ni untuk pekej mingguan...lepas tu kalau download pulak aplikasi MyDigi akan dapat percuma 1GB sebulan selama 3 bulan...not bad jugak promosi diorang ni...call dan sms memang aku tak pandang pun...sebabnya aku dah ada nombor tetap untuk urusan call dan sms...yang ni aku beli hanya untuk internet.
digi prepaid live
4G Plus Digi
selain data , ada jugak reward untuk pengguna Digi Prepaid Live ni...diskaun dan voucher 10% hingga 20% untuk shopping online macam Zalora , Agoda , Lazada , GSC dan selebihnya boleh korang tengok kat laman web Digi/reward.com.

aku pun tak ingat dah kali ke berapa aku tukar plan prepaid ni..ada yang murah aku tukar...tak kisahler terlco apa...setakat ni area bandar Kuantan semua ok...yang penting murah data internet...sekarang ni nak call pun pakai aplikasi whatsapp je.

apa pilihan data internet terbaik korang ye.
share sikit.

semoga bermanfaat.

9 Mar 2017

64GB Yang Dulu Dan Sekarang

makin lama makin mengecil...makin mengecil makin besar size dia...kalau dulu-dulu nak dapat pendrive besar 1GB bukan main mahal lagi...sekarang 64GB dah boleh dapat bawah RM100...size pulak bukan main kecik lagi...dan semalam aku beli USB Dual Drive size 64GB...kecik bebenor.
sandisk usb dual drive
USB Dual Drive OTG
orang kata sekarang dah ada usb pendrive yang boleh cucuk kat laptop dan jugak boleh cucuk kat smartphone dalam satu masa...maknanya dah perlu lagi kabel-kabel yang berserabut nak pindah data.

macam-macam nama ada...USB Dual , USB Dual drive , USB dual port , USB OTG...tak kisah ler nak panggil apa...yang penting dia ada satu port usb komputer dan satu port usb smartphone...yang aku beli ni model Sandisk Ultra Dual USB OTG Drive 64GB..tengok kat Lazada boleh dapat dalam RM84.
usb otg
cucuk kat laptop

usb dual drive
boleh cucuk kat smartphone
senang kerja lepas ni nak transfer data...tak payah susah-susah nak bawak kabel , nak pinjam kabel...cucuk je kat laptop pastu cucuk je kat smartphone.

tapi satu jer aku tak berkenan pasal USB OTG ni...size dia yang kecik...ini kalau hilang boleh menangis ni...64GB bukannya kecik...dibuatnya semua data kerja dan personal ada dalam tu lesap memang boleh jadi gila..dan satu lagi bila kecik-kecik ni risau jugak kalau mudah rosak...ada pro ada contra bila guna USB Dual Drive ni...kena pandai simpan dan asingkan.

dah beli besar-besar 64GB lepas tu tak tau nak letak apa dalam tu.jenggg sungguh rasa.

2 Mar 2017

Pecah Kepala Main Sudoku

antara banyak-banyak game yang ada dalam zenfone aku ni satu je yang melekat aku main setiap hari...SUDOKU...tak pernah bosan kot main game ni.
main sudoku
pecah otak nak letak nombor
setengah orang memang tak suka dengan game sudoku ni...saper yang minat kalau dah game tu kena perah otak...tambah pulak main dengan nombor...baik main lawan lawan zombie...tekan-tekan je skrin tu asalkan zombi mati...duk touch-touch sampai masa retak jugak skrin tu...hahah..geram punya pasal..tapi setakat ni tak jumpa lagi le berita pasal skrin retak bila main game.

tapi bila korang dah start main dan dah boleh jawab satu puzzle tu aku boleh rekemen korang akan gian nak cuba lagi..syiok woo feeling dia bila dh boleh solve puzzle yang ada..setakat ni aku masih lagi di level medium...level hard tu sekali dua je main..itupun belum tentu dapat complete.
main sudoku
beratus sudoku sedia untuk didownload
kalau cari kat Playstore dan Appstore memang banyak game sudoku ni...pilih je nak yang mana..cara permainan sama je...yang berbeza interface dan jugak background...try jugak cari kot-kot ada yang boleh main online dan ada yang boleh lawan masa dengan player-player sudoku yang lain...tapi tak jumpa lagi.

lepas ni hajatnya nak try sudoku kat buku pulak...kalau kat kedai buku memang ada jual buku sudoku ni...entah feel main dekat buku macam mana nanti..nak main kat phone ASUS aku ni jer boleh rosak mata lama-lama...bateri satu hal...cuma satu kelebihan main kat phone ialah interface cantik..kalau kat buku tu nampak nombor dan kertas putih jelar...lagi stress kot....hahahaha..belum cuba belum tau..nanti test.

jom main sudoku.

2 Feb 2017

Perasan Cantik Dengan Meitu

boleh tahan superb jugak editing pakai aplikasi meitu ni...sampai aku pun terjebak nak mencuba...hasilnya memang tak masuk akal...tapi dia punya effect tu boleh jugak ler buat iman ni tergugat tengok bila ada awek single mingle yang buat...
meitu android
perasan cantik dengan aplikasi meitu
kalau bujang yang buat hasil dia macamni ler.
meitu
so cute
meitu
pink uolsssss
hahahahaha...rasa nak hempuk dengan batu lesung je tengok lama-lama...feloles uolllll walaupun kulit kita itam...perasan cantik jap...anak buah aku yang sorang pun cakap paklong dia cantik...

sekali sekala layan aplikasi macam ni apa salahnya...menghiburkan hati yang lara gara-gara 20sen...tapi jangan ler amalkan selalu...jap lagi sampai le tua perasan cantik susah pulak...bagi yang dah kahwin tak apa ler..bagi yang single tu jangan bagi harapan palsu kat bakal pasangan...dalam nampak lain luar nampak jauh...hahahah

download aplikasi Meitu di PlayStote Android...untuk ios tak sure...selamat mencuba.

11 Oct 2016

Lasak Tak Lasak Asus Zenpad

nak marah ada,
nak nangis pun ada,
skrin gajet kesayangan retak seribu.
buruk jadinya Asus Zenpad C aku sekarang.
asus zenpad c
retak seribu skrin gajet kesayangan

Asus Zenpad C 7.0
Harga sekitar RM450-RM500 sahaja,
Asus Zenpad C bukan model flagship atau high end spec,
ianya model basic dengan harga mampu milik,
1GB RAM dengan 16GB memory dah cukup bagi aku ketika itu,
tambahan bajet pun ada ngan-ngam ngan harga,
dah setahun pakai alhamdulillah tak bagi masalah pada aku.

satu sebab aku memilih Zenpad time tu ialah rekaan belakang dia yang stylish,
kedudukan kemera pun smart,
tablet jenama lain kebanyakkannya letak kat tengah-tengah,
buruk jadinya bila tak pakai case,
tapi rekaan Asus Zenpad ni macam pakai cover kulit,
bawa bogel macam tu pun stylo habis
asus zenpad c
belakang asus zenpad c
asus zenpad c
smart and stylish
smart kan.
tapi sayang dah setahun pakai dia buat hal,
my bad sebenarnya sebab silap letak,
terjatuh zenpad ni dekat tangga dari tingkat 1,
tengok dia jatuh tu ibarat retak seribu jantungku,
hahahah,
banyak hal-hal kerja ada dalam tu,
mau tak risau kalau tak sempat nak backup

Alhamdulillah,
dah jatuh camtu pun touch skrin masih berfungsi baik,
speaker pun tak rosak,
cuma skrin je ada retak,
nasib baik jugak time tu aku pakai screen glass protector,
dapat jugak ler cover skrin yang sensitif ni,
kalau tak pakai memang menangis nak ganti,
asus zenpad c
buruk jadinya
setakat ni aku masih lagi pakai,
mostly entry dalam blog aku pakai gajet ni termasuk entry yang ini,
tapi bila dah retak tu tak berapa sedap pulak nak tengok,
slow-slow cari yang baru ,
lagipun model ni masih ditakat 3G,
aku pulak pakai Hotlink 4G percuma 2GB setiap sabtu ahad,
tahun 2016 dah terasa sikit lembap bila pakai network 3G
nak upgrade kalau ada rezeki.

5 Sep 2016

Smatphone Paling Lama Aku Miliki

berapa banyak dah korang tukar telefon,
kalau yang jenis follow dengan teknologi semestinya setiap tahun bertukar,
pantang ada yang baru nak tukar,
biasanya setiap orang akan bertukar smarphone dalam 2-3 tahun sekali.
samsung keystone
sudah berjasa beberapa tahun phone nie
dalam sejarah,
Samsung keystone ni paling lama aku pakai.
nombor yang ada dalam phone ni nombor utama aku,
nombor yang dipakai waktu mula-mula aku berjinak dengan phone,
simkad nombor ni pun masih lagi besar tak macam simkad yang ada sekarang,
segala urusan panggilan aku pakai telefon ni,

Lenovo A7000 adalah phone kedua aku,
baru je pakai dalam beberapa bulan lepas Asus Zenfone 2 jatuh berderai,
nak repair memang takdek mood dah,
harga repair tu orang kata boleh dapat yang baru,
untuk Lenovo A7000 ni aku pakai simkad lain,
yang ini khusus untuk internet sahaja.
buat masa sekarang aku pakai sim card Hotlink 4G yang baru,
memang best sebab dapat percuma 2G setiap sabtu dah Ahad.
samsung keystone
saiz kecik
samsung keystone
ringan
ada dua function yang aku suka pasal phone nie,
satunya bateri tahan lama.
samartphone punya bateri pun tak boleh challenge,
hahaha.
setakat ni seminggu sekali je aku caj,

satu lagi ciri istimewa samsung keystone ni boleh buat lampu suluh,
dia punya kecerahan bagi aku memang sempurna,
dah tak perlu lagi lampu suluh yang dulu kita pakai,
saiz pun kecik jer,
smartphone pun ada jugak function nie,
tapi sanggup ker korang berkorban bateri?
heheheh.

kenapa aku pakai dua phone?
salah satunya aku taknak bergantung sangat pada satu phone,
taknak bergantung pada smartphone,
nama je smartphone tapi kalau dia buat hal memang huru-hara jadinya.
at least kalau ada dua boleh le buat backup
lagi satu aku tak larat nak caj smartphone nie,
buatnya tengah caj tiba-tiba ada panggilan,
serabut wei sambil caj sambil buat panggilan.
silap-silap boleh meletup.

samsung keystone ni saiz dia kecik,
jadi takdek masalah untuk aku bawa dua phone dalam satu masa,
bukan berat  mana pun,
biasanya aku letak samsung keystone ni dalam poket,
dan smartphone dalam clutch bag,

bagi aku samsung keytone ni adalah smartphone,
paling lama bertahan dan function yang ada memang terbaik.
siapa lagi yang pakai samsung keystone ni?

9 Aug 2016

Puas Hati Dapat Note 7

majoriti semua dah tahu Samsung Note 7 akan keluar tak lama lagi.
kalau tak silap sekitar bulan ni,
Samsung Malaysia pun dah mula buat tawaran untuk Pre-Order Samsung Note 7.
samsung note 7 malaysia
Pre-Order Samsung Note 7
aku antara yang teruja dengan Note 7 ni nanti.
baca review kat blog soyacincau lagi excited pula rasanya,
dari segi design memang seksi dan smart,
saiz 5.7 inci tu rasanya sedap-sedap pegang,
tak besar tak kecik,
skrin katanya ada sikit lengkung macam model samsung edge,
RAM 4GB memang sedap layan game high graphic.
multitasking rasanya lagi mudah lepas ni.
kamera pulak 12mp dengan 5 mp,
kalau tengok pada model Note 5 sebelum ni cantik sungguh output kamera dia.
boleh pulak buat manual mode lagi sedap le ambil gambar,
bajet-bajet pakai DSLR.
show off sikit gambar Note 7.
samsung note 7 malaysia
saiz Note 7
samsung note 7 malaysia
pandangan belakang Note 7
samsung note 7 malaysia
nipis jugak Note 7 ni
samsung note 7 malaysia
kamera Note 7
samsung note 7 malaysia
ada sikit lengkungan di bahagian tepi
tengok pada body memang mengancam habis.
memang jauh beza waktu mula-mula Samsung keluarkan model Note,
time tu ramai yang kutuk sebab saiz yang besar,
sekarang ramai yang tergila-gila cari model smartphone skrin besar.

harga  Note 7 katanya sekitar RM 3,199
part ni yang membantutkan aku nak pakai,
tapi bila fikirkan balik dah hampir 2 tahun tak tukar phone,
apa salahnya berbelanja,
puas hati kot kalau dapat Note 7.
mampukah aku?
tunggu ajer next entry kalau aku berjaya beli.
hehehehe.

12 May 2016

Menyirap Darah Dengan Clash Royale

agak terlewat aku main game ni,
sebabnya aku takut gian bila dah install,
sekarang dah mula gian dan geram dengan game yang tengah viral , Clash Royale.
clash royale
game Clash Royale
cara main agak senang,
grafik game memang cantik,
watak-watak pula agak unik,
yang dah biasa dengan game Clash Of Clan memang dah familiar dengan semua watak
lagipun game ni daripada pengeluar game yang sama.
clash royale
watak dalam Clash Royale
memerlukan internet untuk bermain,
sebab kita akan lawan secara online dengan pemain seluruh DUNIA,
jangan risau kalau korang jenis kedekut data,
game ni pakai sikit je data internet,
lebih kurang whatsapp jugak.

bila bosan-bosan tu memang layan main game ni,
rasa geram itu biasa,
naik marah itu memang biasa,
nak menangis pun ada jugak kadang-kadang,
tapi seronok sebab cara main dia agak mudah dan cepat habis.
kasi hancur je kubu lawan,
sambil-sambil tu kena pertahankan jugak kubu kita,
kita serang dia,
dia serang kita,
masa macam ni lah nak tengok otak kita berfungsi atau tidak.
clash royale
dia serang kita,kita serang dia
clash royale
menang bila habis kubu lawan
clash royale
SnowBlack itu aku
aku dah start gian,
boleh download di Playstore android dan ios,
mana tahu pasni kita boleh terserempak dalam game ni pulak.
aku punya nama glame dalam game Clash Royale ialah “snowblack
hahahahaha.
jom perang game.

3 May 2016

RM3 Untuk 1GB Data Hotlink Fast 4G

murah jugak promosi oleh Hotlink Fast 4G yang baru ni,
RM3 dah boleh langgan internet prepaid 1GB.
terbaca dalam Facebook terus jugak aku dapakan simpack yang baru.
hotlink fast 4G
simpack hotlink Fast 4G
alhamdulillah kawasan rumah dapat liputan 4G.
dapat ler merasa data internet 1GB  RM3 sehari lepas ni
macam-macam boleh buat dengan data sebanyak tu dalam sehari.
tak kedekut lagi lepas ni nak surf dan blogging.
entry harini pun pakai pakej yang ini.
senyum je lar,
kalau sebulan kiranya 30 GB data dengan harga RM90.
murah tu.
tapi sayang ini hanya promosi yang bila-bila masa diorang boleh tamatkan.

user Hotlink Fast 4G juga boleh dapat percuma data internet 8GB sebulan.
data internet ni akan dibahagikan 2GB setiap minggu
dalam sebulan ada 4 minggu jadi cukuplah 8GB tu sebulan.
hotlink fast 4G
percuma 8GB setiap bulan
bagi yang kaki internet memang perlu ambil peluang,
promosi terbaik setakat ini untuk internet prepaid paling murah
sampai bila tak tahulah.

kalau nak dibandingkan dengan telco -telco lain semuanya sama,
ada kelebihan dan kekurangan,
dah nama pun perniagaan,
masing-masing nak untung,
kita sebagai pengguna pilih sahaja piihan yang ada.

26 Feb 2016

Syok Sendiri Dengan Camera360

aku antara individu yang baru nak berjinak dengan selfie,
sebelum ni asyik perati jer rakan-rakan duk selfie,
sebelum ni asyik duk dengar jer kehebatan camera360
nak cuba tapi segan,
tapi beranikan jugak diri baru-baru ini.
dah hasilnya.
camera360
auuuuuuuwwwww
hahahahhaaahaha.
memang terbaik hasilnya,
lubang-lubang jerawat ditutup rapi,
kedut-kedut jadi tegang,
yang kelam jadi terang,
bila dah selfie macam ni mula syok sendiri.
hensem rupanya aku.
adeh.....

bahaya jugak penangan camera360 nie.
boleh syok sendiri,
yang ni ler orang kata nak cari jodoh jgan cari dalam FB dan IG,
kang pengsan pulak tengok realiti.

kena buang aplikasi camera360 .
takut nanti terbawa-bawa perangai buruk.
hehehe.
selfie pakai kamera original sudah.
nanti nak dating senang,tak banyak soalan keluar:p

19 Jan 2016

Sakit Hati Main Piano Tiles

entah macam mana boleh terjebak main game Piano Tiles ni.
aku memang mudah addict dengan game.
dah start main memang gian ler jawabnya.
yang terbaru Piano Tiles 2.
game terbaik tahun 2015 katanya.
piano tiles 2
Piano Tiles 2
cara main simple je.
tekan-tekan je tiles hitam bila muncul.
konon-konon kita tengah main piano.
piano tiles 2
tekan tiles hitam bila muncul
nampak mudah je main.
tapi bila dh sampai satu stage rasa serabut pun ada.
game ni memerlukan mata dan jari.
makin lama makin laju tile hitam tu turun.
nak berkelip pun tak boleh dah sebab takut miss tiles hitam tu.
makin lama makin bnyak dia muncul.
time tue jugak ler jari duk sibuk tekan skrin,
silap - silap boleh tembus skrin telefon.
hahahahaa.
time tue ler rasa nak baling je telefon bila tersilap,
nak marah pun ada bila silap tekan.
dan bertambah bengang bila tengok score member -member FB yg main.
semuanya tinggi daripada kita.
Piano Tiles
bersaing sesama rakan FB
bila dh tengok score kita rendah tu yang jadi gian tu.
rasa nk beat je member-member yang lain.
game ni tak bosan sebab kita challange rakan-rakan FB kita.
tak ada le kita syok sendiri je main bila highscore.

yang nak cuba boleh download di Google Play,
cari Piano Tiles 2,
kita tengok mata saper hebat,
kita tengok jari saper pantas,
kita tengok tebal ker tak mental main game nie.
Game On.

14 Aug 2015

Samsung Galaxy Note 5 Yang Baru

hampir setahun galaxy note 4 di pasaran,
awal pagi tadi , samsung secara rasmi mengeluarkan keluarga baru dalam Galaxy Note,
Samsung Galaxy Note 5,
apa pula yang best dengan Note 5 kali nie.
shark kongsi secara ringkas review samsung galaxy note 5,
review galaxy note 5
rekaan logam dan kaca pada Galaxy Note 5
Spesifikasi Galaxy Note 5
  • skrin masih sama seperti Note 4 bersaiz 5.7inci
  • pixel skrin pada Note 5 lebih tinggi, tulisan dan gambar lebih jelas dan tajam,
  • rekaan body pula kali ini pula berasaskan logam dan kaca,
  • nampak lebih mewah dan elegan bila cover belakang dibuat daripada gelas dan logam
  • terdapat lengkungan pada bahagian belakang untuk keselesaan bila memegang,
  • RAM 4GB
  • tiada slot micro SD,
  • cover dan bateri tidak boleh dicabut,
  • ruang storan kekal ( 32G & 64G )dan bateri kekal,
  • kamera pula 16MP dan juga 5MP untuk selfie. 
  • ada pengimbas cap jari,
  • penggunaan s-pen dinaik taraf.
  • terdapat aksesori tambahan untuk keypad

Gambar Galaxy Note 5
review galaxy note 5
samsung galaxy note 5
review galaxy note 5
perbezaan cover belakang Note 5 dengan Note 4
review galaxy note 5
lengkungan di bahagian belakang
review galaxy note 5
aksesori tambahan keypad
bila Galaxy Note 5 Malaysia nak masuk masih belum diputuskan,
ura-ura kata minggu pertama september nanti.
harga tak dapat nak agak berapa,
mungkin sekitar RM 3.5K
memandangkan Ringgit Malaysia kita makin lama makin naik,
kepada yang berminat sediakan sahaja duit,

yang dah ada Note 4 rasanya tak pelu upgrade,
yang pertama kali nak merasa phone phablet boleh cuba,
yang pasti kena hati-hati sebab sekali jatuh memang susah nak cari ganti.

ada yang berminat belanja RM3 ribu untuk smartphone?

sumber gambar :

4 Aug 2015

Semak Mudah Baki Kredit Dan Kuota Internet

dulu-dulu punya style kalau nak semak baki kredit kena ada imei kod,
imei kod pula berbeza-beza mengikut telco masing-masing,
kalau pakai lebih 2 nombor memang susah nak ingat imei kod,
kadang -kadang selalu jugak tersilap.
shark pakai Digi,
untuk semak baki dan kuota internet Digi kena pakai kod *128#
kalau untuk maxis/hotlink kena pakai kod *100#

zaman makin canggih,
zaman makin mudah,
sekarang dah tak perlu dah kod imei nak semak baki kredit,
dah tak perlu tekan * atau # untuk semak baki kuota internet,
semuanya sekarang dah boleh pakai aplikasi,
semua telco dah ada aplikasi masing-masing,
macam shark pakai Aplikasi My Digi.
aplikasi my digi
aplikasi My Digi
dengan Aplikasi My Digi shark boleh tahu berapa nilai baki yang ada,
bila baki kredit akan tamat,
berapa bonus free yang tinggal.
semuanya boleh dapat dalam satu aplikasi,
dah tak main dah tekan * dan #
aplikasi my digi
beli pakej internet
nak beli pakej internet pun dah tak perlu susah-susah pakai imei kod,
semua ada dalam satu aplikasi,
pilih dan tekan sahaja,
senang.

semua telco dah ada aplikasi masing-masing.
semuanya boleh download secara percuma di Play Store Google,
untuk Hotlink User boleh download Aplikasi Hotlink Red.
korang akan dapat 1GB Internet Percuma kalau pertama kali menggunakan Hotlink Red.
kalau tak caya boleh cuba.
pakai smartphone cangih mangih tapi masih tekan imei kod,
tak up to date ler.

semoga bermanfaat.

1 Jul 2015

Buku Diari Masih Releven 2015?

entah dimana silapnya,
bangun sahur harini tengok-tengok phone dah mati.
rasanya malam tadi dah fully charge.
cuba on tapi tak boleh
boleh plak dia stuck kt logo dan restart.
kebiasaan kalau masalah macam ni di panggil "Bootloop"

bootloop masalah utama android

jadinya bila dah terjadi begitu memang smartphone tak boleh buka,
nak solve sendiri boleh tapi agak leceh dan harini agak busy,
nak taknak kena hantar kedai jugak,
jawabnya harini tak boleh whatsap , tak boleh fb , tak boleh main coc,
aktiviti selepas sahur tidak dapat dibuat dengan sempurna,
menyirap jugak darah bila dah tak boleh buka phone,
nasib baik jugak le dah memang stanby phone backup untuk nombor utama.
untuk smartphone pakai nombor tak penting untuk tujuan internet sahaja,

kalau dah smartphone rosak memang kerja hari ini serba tak menjadi
sekarang semua kerja ,semua data ada dalam whatsap,
aktiviti dalam kalendar tak dapat akses,
aktiviti sosial dalam group whatsap tak dapat join,
satu masalah besar jugak bila dah asyik bergantung pada smartphone,
pagi pagi je bos dah tanya ada terima tak whatsap dia.
adehhhh...memang susah kalau bos pun hantar data kerja pakai whatsap.
jadual meeting,jadual kerja mostly disimpan dalam kaledar phone,
bila dah terjadi begini baru lah tau antara keburukan smartphone,

diari 2015
buku diari 2015
bila dah jadi baru teringat akan buku diari,
entah masih ada lagi orang menggunakan diari zaman sekarang,
kalau nak ikutkan dalam buku diari tu sudah cukup sempurna,
ada ruangan kalendar,
ada ruangan nombor telefon,
ada ruangan catatan
saiz buku diari pun tidak le besar mana,
bila google buku diari tengok buku-buku diari sekarang boleh tahan design
boleh dikatakan semua yang ada dalam smartphone ada dalam diari.
mungkin lepas ni boleh cuba-cuba gunakan diari sebagai panduan.
serik jugak kalau nak bergantung semua dalam smatphone,

diari 2015
diari 2015 dengan design menarik

kepada peniaga online terutamanya jangan bergantung sangat pada smartphone,
nombor telefon pelanggan,alamat,aktiviti penghantaran elok direkod di tempat lain,
buku diari adalah tempat yang paling sesuai bagi shark.
jangan tunggu smartphone rosak baru nak buat.
buku diari kat kedai-kedai buku pun rasanya berlambak,
entah terjual atau tidak buku diari tu.

semoga bermnafaat.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370
#kelabbloggerbenashaari

3 Mar 2015

Godaan Samsung Galaxy S6

samsung galaxy s6
Samsung Galaxy S6
Samsung Galaxy S6 telah dilancarkan semalam,
Galaxy S6 keluar selepas setahun keluaran Samsung Galaxy S5 pada Febuay tahun lepas,
sekali imbas memang tergoda dengan rekaan kaca samsung Galaxy S6 ni,
dari segi pemprosesan pun boleh tahan juga dengan 3Gb Ram,
Kamera pula 16MP di bahagian belakang dan 5MP untuk kemera hadapan.

shark memang tergoda dengan kecantikan samsung Galaxy S6 kali ini,
permukaan belakang dan depan yang diperbuat daripada kaca memang cantik,
didatangkan dengan 4 warna iaitu hitam,puith,biru dan emas.
bahagian tepi pula bulat dan selesa untuk dipegang,
ada yang kata mirip iPhone 6,
tepuk dada tanya selera.
shark kongsikan gambar Samsung Galaxy S6.
sumber daripada The Skop
samsung galaxy s6
samsung galaxy s6 dari belakang
samsung galaxy s6
samsung galaxy s6 dari tepi
samsung galaxy s6
samsung Galaxy S6 dari depan ( warna emas )
samsung juga memperkenalkan Galaxy S6 Edge,
rekaan samsung Galaxy S6 Edge agak berbeza berbanding Samsung Galaxy S6,
mungkin ada yang sudah mempunyai Galaxy Note 4 Edge yang sama rekaan dengan ini,
cuma samsung Galaxy S6 mempunyai lengkungan di kedua-dua bahagian tepi skrin,
semestinya terdapat fungsi yang menarik di kedua-dua lengkungan tersebut.
samsung galaxy s6
samsung Galaxy S6 Edge
untuk generasi ke-6 dalam keluarga Samsung Galaxy S,
shark rasa ini adalah yang terbaik,
nampak lebih premium berbanding sebelum ini yang dibuat daripada palstik,
warna pula nampak cantik dan eksklusif dengan rekaan kaca di bahagian belakang dan depan,
masih lagi nipis dan saiz tidak begitu besar.
dijangkakan Samsung Galaxy S6 akan dipasarkan pada 10 April nanti
Harga Samsung Galaxy S6 akan diketahui kelak,
mungkin juga harga tinggi berbanding Samsung Galxy S5 tambahan dengan kadar GST nanti.

untuk lebih info,gambar dan harga,
boleh rujuk laman web berikut :

semoga bermanfaat.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

20 Sep 2014

Samsung Galaxy Alpha Di Malaysia

samsung galaxy alpha
Samsung Galaxy Alpha

Samsung meneruskan penguasaan smartphone dengan pelancaran model baru Samsung Galaxy Alpha,
model baru ini sudah mula dijual dan boleh dapatakan di cawangan Samsung berdekatan,
harga Samsung Galaxy Alpha bermula RM 1,899.
hanya terdapat 2 pilihan warna setakat ini , hitam dan putih,
dikatakan warna silver dan gold akan mula dijual tidak lama lagi.

samsung galaxy alpha malaysia
Wak Doyok ketika pelancaran Samsung Galaxy Alpha semalam | sumber : Lowyat.net

pernah dikiritik hebat dari segi bentuk dan kualiti untuk semua model Galaxy,
Samsung Galaxy Alpha tampil dengan bentuk yang premium dan lebih kualiti,
tiada lagi plastik tapi diganti dengan logam di bahagian tepi,
bahagian belakang pula metarial yang sama digunakan untuk Galaxy S5
Samsung Galaxy Alpha lebih ringan (115g) dan lebih selesa dipegang dengan rekaan bentuk baru.
resolusi kamera 12mp( belakang) dan 2mp ( depan )
skrin 4.7" SAMOLED dan disokong oleh 2Gb RAM

samsung galaxy alpha di malaysia
tampak lebih premiu design Samsung Galaxy Alpha

memang mengancam tengok design baru dari samsung nie,
teringat pula shark pada Samsung Galaxy S2 yang pernah shark miliki dulu,
ada juga yang kata ini adalah Galaxy S2 yang telah diupgrade.
tengok sahaja memang cukup menarik,
nak milikinya belum pasti,
shark tunggu Galaxy Note 4 dan Iphone 6 dahulu,
dan juga menunggu warna gold yang bagi shark memang menarik.

untuk lihat lebih gambar , video dan info rujuk :

semoga bermanfaat.
selamat mencuba.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370