Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

2 May 2016

Nasi Minyak Ayam Merah Sayur Labu

rasanya harini semua rehat kat rumah je berbading semalam.
cuti 3 hari memang banyak le jemputan wedding kebiasaan.
semalam sahaja dapat 3 jemputan.
belum masuk kenalan-kenalan mak&abah.
jadinya semalam pergi undangan majlis masing-masing.

penuh jugak ler perut semalam,
kalau dah menu orang kahwin memang tak boleh tolak le nasi minyak,
tambahan pulak ketiga-tiga majlis menu yang sama,
nasi minyak bersama ayam masak merah,
ada pulak sayur labu masak lemak,
phew.
meleleh air liur tengok.

rasa ayam masak merah yang pedas,
combine plak rasa lemak pada sayur labu,
memang terbaik,
tak pedas dan tak manis bila dah masuk mulut.
dapat segelas air sirap buat hilang rasa dahaga,
air sirap ni memang ringan rasa dia,
kalau letak air nescafe atau kopi memang hilang rasa ayam dan sayur labu,
ayam masak merah
ayam masak merah | sumber : Mat Gebu Tiffin Biru
sayur labu masak lemak
sayur labu masak lemak | sumber : Mat Gebu Tiffin Biru
nak tambah segan sebab majlis orang,
tapi semalam puas hati dapat makan 3 tempat berbeza tapi menu yang sama,
ibarat makan 3 pinggan le semalam.
kalau dah majlis orang kampung yang masak mana boleh tolak,
catering punya tak sesedap air tangan orang kampung,
kalau kat kedai makan pun jarang dapat menu macam ni.
kalau ada pun rasanya tak berapa "umph"

harap-harap tradisi nasi minyak di majlis perkahwinan tidak akan hilang,
sekarang pun dah ramai pakai catering,
menu-menu catering pulak semestinya akan berubah mengikut trend.
rugi le kalau tak dapat nak rasa nasi minyak ayam merah bersama sirap lepas ni.

31 Oct 2014

Cistat blueberry

cheese tart
cheese tart blueberry

inilah rupanya bentuk cheese tart blueberry.
handmade by my mom n sister.
katanya sebiji ni boleh cecah RM1.50.
boleh tahan juga harga untuk cistat ni

tapi yang ni bukan untuk dijual.
yang ni untuk tetamu Majis Cukur Jambul anak buah shark sorg tu.
sedar tak sedar dah sebulan dh dia lahir.
dah sebulan jugak le dia kena gomol ngan ayah long dia.
sementara dia ada mmg gomol puas-puas.
ibu dia dah habis pantang nanti dia kena ler ikut pulang ke Klang.

besok Majlis Aqiqah dan Cukur Jambul untuk Aleesya Nurani.
harini ambil cuti untuk tolong mana yg patut.
harap semua berjalan lancar.
lepas ni botak le kepala anak buah sulung ni.

aleesya nurani
boleh tahan lebat rambut umur sebulan

semoga bermanfaat.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370
#kekalkanpialamalaysia

23 Sep 2014

cabaran 30 hari di hari ke-19 | Resepi Ayam Goreng Berempah

resepi kegemaran?
kalau nak suruh masak tu memang bukan bidang shark ler,
resipi kegemaran setakat ni adalah resipi daripada air tangan emak,
memang tak boleh lawan air tangan seorang ibu,
tapi shark akan kongsikan juga resipi kegemaran untuk task ke-19 dalam cabaran 30 hari.


ini bukan kali pertama shark kongsikan resepi,
resepi pertama shark pernah kongsikan disini,
resepi original dan resepi paling tinggi pageview dalam page shark.
resepi kedua shark kongsikan disini,
resepi ni paling ringkas dan mudah,
budak-budak pun boleh masak.

dan ini adalah resepi ketiga shark kongsikan.

Resepi Ayam Goreng Berempah Tak Kunjung Tiba

Bahan-Bahan
-sudah tentu ayam
-minyak masak,kalau boleh cap jalen
-kicap jalen
-sos jalen
-rempah ratus yg malas nak sebut sbb beratus-ratus


Cara Memasak
  1. Pastikan ayam yg digunakan sudah disembelih dan kalau boleh ayam kampung yg dahpun akil baligh.Untuk sembelih anda boleh panggil tok imam masjid kampung anda.
  2. Tuang minyak masak ke dalam kuali.Tunggu sehingga minyak betul2 panas.Anda boleh lah melakukan aktiviti lain sementara menunggu minyak panas.Ambil masa ini untuk melakukan senaman ringan.
  3. Cara untuk memastikan minyak sudah cukup panas, caranya mudah saja.Ambil jari anda,kalau malu anda boleh minta bantuan adik anda.Letakkan jari anda di tepi kuali dan bila secara spontan anda menjerit…adoi!! ,maka minyak sudah betul-betul panas.
  4. Pecah sebiji telur ayam dan masukkan ke dalam kuali tadi.Anda tidak perlu menggunakan hammer memecahkan telur tersebut,memadailah dengan menggunakan sudu ataupun pecahkan di tepi kuali dalam skala 90 darjah.
  5. Bila telur tersebut sudah panas angkat telur tersebut dan letakkan di pinggan. Hiaskannya dengan menabur bawang goreng ataupun timun untuk menambahkan lagi kesedapan makanan.
  6. Ayam tadi ambil dan masukkan ke dalam peti sejuk.Anda boleh gunakan pada hari yang lain.Inilah yang dikatakan family planning.
  7. Panggil sanak saudara ataupun rakan taulan ke rumah anda untuk merasai hasil masakan anda.Menu ini sesuai untuk hidangan 2 orang dan boleh ditambah dengan masak lagi beberapa telur ayam.
  8. Akhir kata selamat mencuba dan pasti anda tak akan boleh lupakan masakan ini sampai bila-bila.Tapi saya tak janji tau..kekekeke

semoga bermanfaat
selamat mencuba
selamat menjamu selera

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

9 Aug 2014

Resepi Rendang Haji Mahmud Kuala Lipis

rendang Haji Mahmud Kuala Lipis
Rendang Haji Mahmud Kuala Lipis | sumber : Blog Azie Kitchen

Rendang Haji Mahmud Kuala Lipis,
satu lagi resipi air tangan Tengku Puan Pahang yang shark ingin kongsikan bersama.
sebelum ni shark pernah kongsikan Resipi Sambal Hitam juga dari Tengku Puan Pahang ,
boleh cuba resipi rendang ini untuk menu 'open house' anda,
menu rumah terbuka anda semestinya lain dari yang lain.

jum kita lihat bahan dan cara membuat Resipi Rendang Hj Mahmud Kuala Lipis ini,
semua info shark kongsi dari Blog Azie Kitchen
resipi ini adalah untuk kuantiti 1kg daging


Bahan-Bahan
  • 1 kg daging
  • 2 serai - titik
  • 30g asam jawa - bancuh dengan 1/4 cawan air panas ( saya guna 1 sudu besar pes asam jawa adabi)
  • 2.5 cawan santan
  • 2.5 cawan minyak masak
  • Garam dan gula
Hiris
  • 100g bawang merah/10 ulas
  • 10g bawang putih/3 ulas  
Kisar Berasingan
  • 200g bawang merah/20 ulas
  • 70g lada kering/80 biji/1 mangkuk cili kisar (boleh kurangkan, jika tak mahu pedas)
  • 150g halia (cuma guna segenggam)
  • 7g kunyit hidup /1 inci
  • 10g lengkuas/2 ibu jari
  • 15g buah keras/5 biji      
Siat-siat
  • 1 helai daun kunyit
  • 2 helai daun limau purut 

Cara-Cara Memasak
  1. Daging dipotong dadu sebesar 2 cm x 4 cm mengikut urat.
  2. Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih dan bawang merah hiris sehingga garing dan wangi.
  3. Masukkan lada kering dan tumis sehingga naik bau dan pecah minyak.
  4. Masukkan halia, bawang merah, lengkuas dan kunyit yang dikisar dan tumis sehingga naik bau. (Saya tak kisar secara berasingan kerana nak menjimatkan masa)
  5. Masukkan daun kunyit, daun limau purut dan serai. 
  6. Masukkan buah keras yang ditumbuk bersama garam dan gula secukup rasa.  Kacau sehingga naik baunya.
  7. Masukkan daging dan kacau sehingga sebati. Apabila daging keluar air dan nampak pejal, masukkan air asam jawa. (Saya rebus dulu daging menggunakan pressure cooker bagi menjimatkan masa).
  8. Masukkan santan. Sentiasa kacau dan masak sehingga kering, lebih kurang 2 jam.
  9. SIAP - Boleh lah dihidangkan dengan nasi putih panas panas, lemang atau pulut kuning.         
untuk pertanyaan dan lebih info boleh rujuk blog Kak Azie
disana ada cara memasak dengan gambar sekali.

Blog Azie Kitchen : Rendang Haji Mahmud Kuala Lipis
Facebook Azie Kitchen

jangan ditanya kenapa nama rendang ini diberi nama sempena nama orang,
shark sendiri tidak begitu pasti,
tapi insyaallah akan cuba cari jawapan dan akan berkongsi nanti.
shark harapakan perkongsian kali ini dapat memberi idea untuk menu rumah terbuka anda,

selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

15 Apr 2014

Resepi Ikan Goreng Facebook

sebelum ni shark pernah kongsikan Resepi Original Sambal hitam
harini shark nak konsikan satu resepi mudah dan senang.
bukan setakat orang bujang je boleh buat,
budak-budak pun boleh masak nie.

resepi ikan goreng facebook
Resipi Ikan Goreng Facebook  | sumber : FB Buku Resepi

untuk maklumat lanjut boleh layari Facebook Buku Resepi.
terdapat pelbagai resepi menarik untuk anda mencuba.
anda juga boleh berkongsi resepi anda sendiri di sana.
sama-sama kita dapat merasa keenakan dan melihat kreativiti airtangan masing-masing.

Selamat Mencuba.

#prayformh370
#doauntukmh370

16 Jan 2014

Resepi Original Sambal Hitam

harini shark nak kongsikan satu resepi original orang pahang,
Resepi Sambal Hitam.
Resipi Original dari air tangan orang pahang
jangan terkejut pulak shark keluarkan entry resipi nie,
bukan shark masak pun,
tolong share sahaja.

Sambal Hitam?
mungkin ada yang masih belum tahu.
sambal hitam ni memang terkenal di Pahang,
boleh dikatakan originaliti sambal hitam adalah dari Pahang.
sambal Hitam ni agak kering,
memang terangkat bila kena dengan lauk ikan/daging goreng yang panas.
makan dengan nasi kosong pun boleh.

sambal hitam
Sambal Hitam  | sumber : Blog table For 2

Bahan asas Sambal hitam ni adalah belimbing buluh.
memang susah sekarang nak cari yang betul-betul original,
kali ni shark kongsikan resipi Sambal Hitam.
Resipi ni adalah hasil air tangan Tengku Puan Pahang tau.

Selamat Mencuba.

resipi original sambal hitam
Resipi Sambal HItam - Tengku Puan Pahang  |  sumber : Page Kuantan