Showing posts with label ootd. Show all posts
Showing posts with label ootd. Show all posts

13 Mar 2017

Pakai Jam Tangan Power Rangers

aku jenis kalau nak pergi mana-mana memang nak kena pakai jam tangan...tak selesa berjalan dengan tangan kosong...pakai jam ni nampak sikit kemas bila ootd...weekend baru ni tak perasan pulak jam faveret aku tak hidup...selongkar punya selongkar jumpa jam ni yang masih dalam bungkusan.
jam tangan
go go power rangers 
dah macam jam power rangers dah aku pakai...seingat aku jam ni aku beli kat Zalora...maybe time tu aku dapat kupon diskaun sebab kalau tak ada kupon memang aku tak beli kat situ..hehehe..gitu ler gaya kalau dah beli secara online...pada gambar tengok smart jer..tapi bila sampai tak hingat punya size dia...tapi bukan salah iklan pun..salah size aku ni yang kecik sebenarnya...nak taknak kena ler pakai jugak.
jam tangan
kalau jam ni suze kecik memang smart
katanya sekarang ni memang trend orang pakai jam tangan getah..teringin jugak aku nak pakai jam G-shock tu..tapi harga makkk aiihhh..boleh tahan jugak harga baru dan second...tak tahu ler tang mana mahal dia...mahal sebab trend atau mahal sebab kualiti...mahal-mahal pun tetap aku nak sambar satu nanti.

ingatkan berat badan dah tambah 5kg dalam sebulan ada ler penambahan size kat lengan ni...tapi tengok macam takdek perubahan pulak...still lagi kecik lengan ni...bila pakai jam power rangers ni dapat sikit ler motivate nak teruskan perjuangan menanmbah berat badan...hahaha..tak sabo pulak nak tengok lengan aku besar...bila dah besar senang ler aku nak cari jam tangan yang sesuai..tangan kecik ni memang susah nak match...chaiyokk!

17 Aug 2016

OOTD Support Team Olimpik Malaysia

makin semangat rasanya nak tengok Olimpik 2016,
pagi tadi dah dapat gangsa dari Azizul Hasni Awang,
dan harini jugak ada tiga acara membabitkan atlit Malaysia.
jadinya kita sarung baju yg rasa boleh bagi support untuk atlit bertanding hari ini.
malaysia olimpik 2016
gud luck atlit Malaysia
plan awal nak sarung warna kuning,
sebab team badminton malaysia kita punya jersi warna kuning,
tapi kulit kita yang hitam ni memang tak sesuai le dengan warna terang tu.
sarung baju yang ada tulis MALAYSIA pun jadilah.
baju dari event FIT Malaysia

ini jadual Atlit Malaysia untuk hari ini.
  • 7:30 mlm - badminton suku akhir - Dato Lee Chong Wei 
  • 10:50 mlm - baminton akhir beregu campuran
  • 2.00 pagi - saringan 10m terjun individu pandelela dan Nur Dhabitah Sabri

acara dinanti pastinya badminton beregu campuran.
emas dan perak mana satu agaknya.
alang-alang dah masuk Final kita mesti le target emas.
bila lagi nak capai kalau dah ada peluang macam ni.
memang aku mengharapkan emas untuk malam ini.

jom support.
kalau emas kita nyanyi lagu Negaraku kat depan TV masing-masing.

29 Jun 2016

Cuba Try Test Jubah Raya

semalam cuba gayakan jubah raya adik tahun lepas,
kalau tak silap jubah ni baru dipakai sekali,
itupun hari raya pertama,
lepas tu tersimpan dalam almari,
tahun ni tak pasti ler dia nak pakai ker tak untuk hari raya nanti.
condition jubah ni memang macam baru ler kalau baru sekali pakai.
jubah raya
jubah di pagi raya ?
kalau dia taknak pakai aku je pakai nanti,
tapi bila dah test semalam aku rasa macam tak best pulak pakai jubah nie,
rasa macam tak bebas nak bergerak,
mungkin sebab langkah aku besar,
mungkin jugak sebab aku ni lasak,
pergerakan agak terbatas.
kalau setakat pakai untuk smart boleh ler kot,
buat photoshoot.

ambil keputusan untuk recycle jer baju-baju yang lepas raya nanti,
akhirnya tak jadi aku nak beli Kurta Elrah
belek-belek dalam almari duk tengok baju melayu sebelum ni terusik pun,
nampak sangat baju melayu yang dibeli pada hari raya hanya pakai sekali dua,

jadi tiada baju melayu baru tahun nie,
boleh dah jimat kos kat situ.
duit yang ada mungkin itu rezeki duit raya untuk orang lain.
macam mana dengan baju raya rakan-rakan lain,
yang baru atau sama macam aku recycle mana yang ada :)

14 Jun 2016

Kurta Elrah Untuk Hari Raya

duduk skroll timeline FB ternampak status menarik dari owner Elrah, El Azman
phew,
bleh tahan juga rekod jualan baju Elrah,
baju elrah exclusive
Jualan Elrah Exclusive
aku kenal jenama Elrah baru tahun lepas,
waktu tu memang trending jubah Elrah ni,
jubah dia lain dari yang lain sebab rekaan lebih kepada slim fit,
ada cutting body sikit berbanding jubah biasa,

untuk raya kali ni Elrah dah keluarkan beberapa rekaan jubah dan kurta,
aku macam rasa nak sarung pula dengan kurta yang dia pakai tu,
kurta amani elrah
Kurta Milan Elrah

yang aku berkenan sangat ialah bahagian belah tepi tu,
tak tahulah orang panggil apa,
nampak macam belahan dia agak tinggi,
dan memang mudah le untuk seluk poket sluar,
rekaan masih lagi slim fit
harga pula RM89 je,
memang jatuh cinta terus ler rekaan Kurta Milan Elrah ni

menjadi persoalan sekarang sempat tak sampai sebelum raya,
tahun lepas ada juga merungut postage dan tempahan lewat,
tapi aku tak salahkan pihak Elrah,
adat le kalau dah baju trending mesti oder yang diterima luar jangkaan,
lagipun sebelum ni mana ada orang nak gayakan jubah di hari raya.
lepas rekkan jubah slim fit ni je baru ada orang minat.

masih lagi berkira-kira nak oder ke tak ni,
dalam kepala dah ada target pilhan warna,
kurta milan elrah
Kurta Milan Elrah - Wine Red
kurta milan elrah
Kurta Milan Elrah - Navy Blue
matching pula dengan seluar hitam atau putih,
memang kena ni.
rekaan kurta amani ni ada 2 jenis,
kolar cekak musang dengan teluk belanga,
dan aku lebih suka dengan cekak musang,
bila ada kolar ni nampak smart sikit.

harap-harap dapat ler gayakan kurta elrah ni untuk hari raya nanti,
smart.