Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

22 May 2017

Susah Ke Buat Kuih Kaswi

kuih kaswi...aku tak tahu sejak bila aku minat kuih tradisional ni...seingat aku waktu sekolah dulu memang aku tak sentuh pun kuih kaswi ni..antara bukan kuih faveret aku dulu-dulu...ingat lagi kalau ada kuih ni kat moreh surau memang aku tak sentuh.
kuih kaswi
kuih tradisional kaswi

zaman berlalu dan aku dah mula suka pulak kuih ni...macam pelik pulak...atau dulu aku tersilap rasa kuih yang orang tak pandai buat...atau dulu aku dapat kuih kaswi yang kelapa dia tak fresh...tu yang buat rasa tak sedap tu...
kuih kaswi
dapat yang lembut memang sedap

sekarang boleh katakan selalu jugak aku beli untuk breakfast...5 biji RM2...tak tahulah mahal ke murah...bagi aku OK je harga tu kalau dah sedap...pernah jugak aku tersilap beli yang rasa dia tak sedap...ada yang tak lembut,ada jugak yang kedekut kelapa...pernah sekali dapat yang rasa bahagian hitam tu rasa apa ntah...salah sukatan kuih kaswi memang rugi satu talam.

kuih kaswi ni kalau dapat yang lembut dan kelapa fresh memang sedap...dah nak puasa ni boleh ler tengok kuih ni berlambak kat pasar ramadhan..harap-harap tak dapat yang kelapa dah basi.hehehe.

siapa penggemar kuih kaswi angkat tangan.

18 Jan 2017

Ayam Panggang Dengan Rasa Mango & Lime Di Nando's Malaysia

berkesempatan malam tadi bersama blogger kak ita dari kbba9 untuk mencuba menu baru dari Nando's Malaysia...bagi korang suka rasa limau nipis yang masam dan jugak rasa manis buah mangga , memang wajib lah korang cuba flavour Mango & Lime di restoran Nando's ni...
flavour lemon & lime
kombinasi mangga dan limau kasturi
kecur air liur tak kalau dua buah ni kita blend dan buat jus..letak pulak dalam peti ais kasi dia sejuk...phewww...meleleh dah air liur dapat rasa masam dan manis buah mangga dan limau kasturi bila dicampur sekali...
macam tu jugak ler rasa flavour baru ayam panggang Nando's yang mana akan menjadi menu tarikan utama terbaru mereka...ayam tu akan disalut dengan flavour Mango & Lime...kira-kira macam perapan ler orang kita kata...perapan mangga dan limau kasturi..
flavour lemon & lime
antara menu dengan flavour Lemon & Lime
aku dah rasa malam tadi...braper ketul chicken wings entah dapat kat aku malam tadi...memang terasa betul flavour Mango & Lime dia...rasa macam nak jilat je ayam-ayam tu sebab rasa masam manis pada ayam tu memang melekat...anak-anak kecil pun boleh makan ni...jangan risau...flavour ni memang tak pedas...kalau korang nak pedas letak saja sos peri-peri yang special ada kat Nando's tu...perfect jadi hidangan korang tu nanti.

belanja sikit ler gambar ayam dengan flavour Mango & Lime yang aku rasa malam tadi...
Chicken wings nando's malaysia
chicken wings dengan flavour Mango & Lime
nando's malaysia
kasi close up sikit ayam yang dipanggang cukup perfect
menu Nando's malaysia
menu utama Nando's Malaysia
dah kenyang dah puas rasa ayam jangan lupa pulak order minuman...Tropical Fruitea korang kena cuba..minuman baru sempena flavour baru...imagine je lar korang campur orange juice dalam lemon tea...hehehe..boleh tak rasa kemasamam kemanisan air dia tue...sedap.
tropical fruitea nando's malaysia
tropical fruitea
nando's malaysia
gabungan rasan orange juice dengan lemon tea
cuti tahun baru cina tak lama dah..boleh ler plan bawak family dan anak-anak cuba menu baru di Nando's Malaysia...cakap je nak rasa flavour Mango & Lime...nanti tahuler pekerja mereka yang peramah dan sentiasa senyum tu buat kerja...takpun tunjuk je blog ni kat diorang...paham-paham ler diorang nanti...hahaha..

untuk lebih info boleh like page Facebook Nando's Malaysia.
selamat menjamu selera.

16 Jan 2017

Sedap Jugak Breakfast Di KFC

bangun pagi ni entah datang dari mana mood mengidam nak makan KFC...orang kata kalau dah ada niat tu elok percepatkan...kalau lambat nanti tak merasa...sebelum masuk office gagahkan jugak aku singgah breakfast kat KFC....
kfc breakfast
breakfast di KFC
makan burger kita pagi ni...omputih dah rasa...nasib baik le tekak ni tak memilih sangat bab makan...ada jugak sesetengah orang dia tak boleh nak telan...pagi-pagi mesti dia nak nasi...kebanyakkan orang macam ni orang yang kerja berat le..kalau stakat duduk atas kerusi office tu makan apa pun tak apa...tak banyak tenaga nak pakai.

boleh tahan menu breakfast yang ada kat KFC ni...orang kata nasi lemak KFC best...tengok pada harga 1 set RM12.xx...heheheh..boleh tahan nasi lemas KFC ni punya harga...mahal tang ayam dia je aku rasa ni...last-last aku pilih set Twin Egg Rise dengan harga RM8.50...dapat cofee , hash brown dan burger benjo dengan dua telor...simple je.
set breakfast KFC
Twin Egg Rise

KFC Indera Mahkota Kuantan
kFC Indera Mahkota Kuantan
kenyang perut senang hati...nampak jer mudah dan simple dengan roti dengan telur...tapi sedap jugak rasa bila dah letak sos cili tu...dapat pulak kopi pagi-pagi...mood nak ker kerja tu ada ler lain sikit bila dah lepas hajat tu...dah macam orang mengidam pulak rasanya...
breakfast kFC
swafoto ler lepas kenyang
setel hajat pagi ni.harap-harap esok tak mengidam lagi.

3 Oct 2016

7 Botol Seminggu Susu Kurma

tak pernah cukup kalau beli air Susu Kurma Farm Fresh nie,
dalam sehari 2 botol boleh habis,
stok pula bukan main payah nak dapat.
selalu jer SOLD OUT.
susu kurma farm fresh
susu kurma Farm Fresh
ini dah kali kedua topup susu kurma kat rumah,
sebelum ni dah beli 3 botol,
tak sampai berapa hari dah habis,
lepas tu mak pula request nak lagi,
time tu mak baru baik kena demam denggi,
mak punya request mana boleh tolak.
alhamdulillah ada lagi stok.
tambah lagi 4 botol.
total 7 botol tak sampai seminggu dah habis.
hahahahha.
tu belum kira yang bulan lepas.

kalau kat Kuantan biasanya aku akan beli dengan dealer Farm Fresh
beli dengan diorang mudah sikit,
ada khidmat COD dan jugak kalau stok sampai diorang update dalam group whatsapp.
nak cari kat supermarket memang tak dapat,
kalau ada pun mungkin yogurt dan susu coklat.
dealer susu kurma kuantan
COD sampai ker pintu rumah
yang belum pernah cuba rasa lagi tu maybe boleh try minum air cendol,
rasa susu kurma nie hampir sama dengan rasa air cendol,
mula-mula minum dulu pun rasa pelik,
macam mana air ni boleh rasa macam tue,
walaupun aku tak berapa minat dengan cendol,
tapi rasa yang ni aku boleh ketagih.

bila dah selalu beli dan minum,
rasa macam nak jadi dealer susu kurma pulak.
kalau ada rezeki mungkin boleh tambah pendapatan sampingan,
produk best memang boleh jual punya.
yang belum rasa lagi tu rajin-rajin ler cari,
orang kuantan yang nak nombor dealer area kuantan boleh PM shark kat FB.
hehehe
farm fresh malaysia
antara produk Farm Fresh
nak try Cafe Latte pulak lepas nie.
susu coklat dan yogurt aku dah try,
setakat ni memang semua produk Farm Fresh ni sedap.
memang rekemen ler kepada sesiapa nak mencuba.

22 Sep 2016

Roti Campur Planta Campur Gula

rasaya dah lama kot tak makan macam ni.
sampai aku terbawa-bawa pergi office hari ni,
punya ler sedap sampai bawa bekal.
hahahahaa.
macam lawak pun ada.
roti campur planta campur gula
roti planta gula
entah mana yang sedap pun aku tak pasti,
cara buat simple jer,
bahan pun simple jer,
tapi bila dah campur semuanya rasa sedap pulak,

biasa pagi-pagi nasi lemak.
kadang-kadang roti canai,
tak pun nasi minyak,
pagi ni ringan-ringan untuk breakfast,
teringat balik masa sekolah rendah dulu,
selalu jugak ler bekal roti ni,
kalau rasa nak mewah sikit letak MILO,
tapi aku rasa tak sesedap planta dengan gula.

budak sekolah zaman sekarang entah ada lagi tak yang bawa bekal macam nie.

23 Jun 2016

Aku Kalah Samyang Challenge

dapat jugak aku merasa Samyang Spicy Korean Noodle yang viral tue,
viral sebab kepedasan dia,
isu halal korea samyang ramen rasanya dah selesai,
JAKIM pun dah sahkan ianya halal.
jadi sudah-sudah ler bergaduh pasal nie.
jual ramen samyang
ramen samyang di Jusco Bukit Raja Klang
ramen ni adik aku yang beli,
katanya kat Jusco Bukit Raja Klang,
pertama kali nak rasa tu memang eksited,
tak sabar nak rasa kepedasan yang orang duk kecoh-kecoh tu,
selama ni asyik tengok video challenge kat Youtube je,
orang lain dah berbulan rasa aku baru nak rasa,
akhirnya dapat jugak aku merasa.
boleh tahan besar packing dia.
ramen samyang korea
ramen samyang korea
tengok ada kat Youtube sampai ada yang menangis tu risau jugak nak cuba,
tapi cuba beranikan diri,
kalau dah viral tu rasa macam rugi pulak kalau tak cuba,
samyang challenge
ready for serve
waktu nak suap ramen tu aku boleh lupa pulak tahap kepedasan ramen ni,
dengan selamba masuk penuh dalam mulut,
baru masuk sesuap dalam mulut aku dah menggelupur,
hahahahhaa
menangis bro,
memang kaw-kaw pedasnya,
memang patut pedas dia tu boleh viral.
tapi pedas-pedas ramen korean ni rasa dia sedap,
pedas yang sedap,
bukan pedas kosong,

walaupun aku ni suka makan pedas,
untuk ramen ni memang aku kalah,
tapi  rasa nak cuba lagi,
sebab rasa dia sedap,
lagi satu agak tercabar jugak tengok ada yang selamba je makan,
jadi untuk percubaan pertama,aku kalah dalam Samyang Challenge.
nasib baik jugak ler aku tak buat video,
kalau tidak memang malu besor dapat.

bagi yang tak makan pedas dinasihatkan jangan cuba,
tak pasal-pasal sakit perut nanti.
aku yang makan malam tu pun rasa tebal bibir,
hahahaha,
kalau tetap nak rasa mungkin boleh kurangkan perencah yang ada,
tapi nanti hilang ler pula eksitednya rasa ramen korean nie.

selamat mencuba,
selamat menjamu selera.

18 Jun 2016

Letih Tengok Budak-Budak KFC Bekerja

cerita semalam aku singgah KFC Indera Mahkota 8,
semalam mak buat Chicken Chop untuk berbuka,
nak lengkapkan hidangan aku ke KFC beli Coleslow dan Mash Potato,
nak buat sendiri memang tak sempat nak google resepi Coleslow semalam,
ramai jugak yang pandai buat sendiri mash potato KFC,
tapi rasa tak tahu le macam mana,

aku sampai dalam jam 6 setengah,
buka je pintu tengok dah ramai yang beratur,
terdetik jugak semalam nk balik je takut tak sempat berbuka,
tapi bila mak sendiri yang request nak Coleslow aku turutkan juga,

20 minit jugak beratur semalam,
sepanjang duk beratur tu dapat tengok le betapa kepam kabutnya dapur KFC,
jenis dapur open memang seronok ler tengok,
sibuk bukan main budak-budak KFC ni,
tak menang tangan yang jaga kaunter dalam dan drive-thru KFC
ke hulu ke hilir masing-masing,
dan aku syak sejak jam 6 kot diorang kena dera macam ni.
1 jam kena berdiri,
jalan sana-sini ambil set letih woo,
1 jam non stop

itu belum masuk layan perangai pelanggan lagi,
ada le sorang dua customer ni semalam
dia beratur sama lama dengan aku,
boleh pulak dah sampai turn dia waktu tu baru nak fikir makan apa,
boleh tahan perangai,
kalau sorang takper,
kalau 1 family bayangkan ler,
apa salahnya pikir awal-awal masa tunggu que,
muka budak yang amik oder tu pun aku tengok kesian,
dalam hati tu mesti dah kena sumpa seranah,
hahaha,
tapi dia tetap senyum.
respect.

lepas ni kena beringat kalau nak buka puasa di KFC,
kena datang awal,
jam 6 rasanya dh boleh,
kalau lewat memang orang azan pun kita duk beratur lagi,
semalam aku beli coleslow dan mash potato makan masa setengah jam,
tapi puas hati dengan layanan pekerja KFC,
sopan santun dan senyum walaupun letih,

nak berbuka di KFC harini?
selamat menjamu selera.
dapat kurma free kalau beli waktu berbuka :)

6 May 2016

Moh Ke Pahang Food Fest 2016

ada yang plan nak ke Kuantan hujung minggu ni?
kalau ada jangan lupa singgah di perkarangan Stadium Darul Makmur,
ada Pahang Food Fest yang julung kali diadakan.
insyaallah pelbagai makanan orang Pahang akan berada disini.
pahang food fest 2016
Jom Makan di Pahang Food Fest 2016
tak perlu cakap banyak kalau dah nama Food Festival,
makan , makan , dan makan,
pastikan bawa wang yang cukup.
bawak lebih pun tak apa,
sebab tengok pada senarai vendor yang terlibat memang banyak,
dah yang pasti semuanya datang dari negeri pahang,
nak rasa masakan orang Pahang inilah masanya.
masakan hotel,kedai makan popular dan jugak handmade semua ada disini.
pahang food fest
senarai vendor terlibat
insyaallah festival makanan ini akan berlangsung selama 3 hari.
bermula hari ini , Jumaat 06 Mei
dan akan berakhir pada hari ahad 08 Mei,
selama 3 hari bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.
bertempat di Stadium Darul Makmur,Kuantan Pahang

aku semestinya akan turun,
dekat sangat dengan rumah,
bila lagi nak rasa makanan-makanan best orang Pahang.
moh le kita.


2 May 2016

Nasi Minyak Ayam Merah Sayur Labu

rasanya harini semua rehat kat rumah je berbading semalam.
cuti 3 hari memang banyak le jemputan wedding kebiasaan.
semalam sahaja dapat 3 jemputan.
belum masuk kenalan-kenalan mak&abah.
jadinya semalam pergi undangan majlis masing-masing.

penuh jugak ler perut semalam,
kalau dah menu orang kahwin memang tak boleh tolak le nasi minyak,
tambahan pulak ketiga-tiga majlis menu yang sama,
nasi minyak bersama ayam masak merah,
ada pulak sayur labu masak lemak,
phew.
meleleh air liur tengok.

rasa ayam masak merah yang pedas,
combine plak rasa lemak pada sayur labu,
memang terbaik,
tak pedas dan tak manis bila dah masuk mulut.
dapat segelas air sirap buat hilang rasa dahaga,
air sirap ni memang ringan rasa dia,
kalau letak air nescafe atau kopi memang hilang rasa ayam dan sayur labu,
ayam masak merah
ayam masak merah | sumber : Mat Gebu Tiffin Biru
sayur labu masak lemak
sayur labu masak lemak | sumber : Mat Gebu Tiffin Biru
nak tambah segan sebab majlis orang,
tapi semalam puas hati dapat makan 3 tempat berbeza tapi menu yang sama,
ibarat makan 3 pinggan le semalam.
kalau dah majlis orang kampung yang masak mana boleh tolak,
catering punya tak sesedap air tangan orang kampung,
kalau kat kedai makan pun jarang dapat menu macam ni.
kalau ada pun rasanya tak berapa "umph"

harap-harap tradisi nasi minyak di majlis perkahwinan tidak akan hilang,
sekarang pun dah ramai pakai catering,
menu-menu catering pulak semestinya akan berubah mengikut trend.
rugi le kalau tak dapat nak rasa nasi minyak ayam merah bersama sirap lepas ni.

7 Mar 2016

Rasa Kopi McDonalds

bila breakfast di KFC mahupun Mcdonalds,
satu yang aku suka ialah kopi dia,
pekat dan bau yang sedap,
macam original kopi,
kalau pandai combine gula dengan krim memang tiptop rasa kopi Mcdonalds tu,
tapi kalau orang macam aku ni yang jarang singgah memang selalu spoil bab campur gula dan krim
kopi mcdonalds
Roast Cofee Mcdonald
pagi tadi , akhirnya dapat jugak rasa apa yang aku nak,
2 setengah paket gula campur 2 paket krim buat kopi Mcdonalds pagi tadi lemak berkrim.
dah rasa macam jumpa rahsia terbesar Mcdonalds pulak.
rasa complete breakfast pagi tadi bila dapat kopi sedap.
cofee mcdonalds
sukatan yang sempurna
mungkin ramai yang dh tak makan Mcdonalds lepas boikot produk israel kan.
aku pun boikot jugak.
tapi tak sampai hati jugak nk boikot owner melayu yang buka Mcdonalds ni.
tak salah.
kalau pagi tadi aku dah sumbang beberapa peluru,
lepas ni akan ku lebihkan derma dan doa untuk saudara kita disana.
keep it simple.

apa pula sukatan kopi korang di Mcdonalds atau KFC.
kongsikan.

27 Jan 2016

Menu Percuma Di Gerai Nasi Lemak Malaysia

dari luar mungkin nampak biasa warung ni.
tiada beza dengan kedai makan yang lain
warung nasi lemak malaysia
warung nasi lemak malaysia ,
terletak di Bukit Setongkol Cenderawasih,
Warung Nasi Lemak Malaysia ni ada something special.
warung nasi lemak malaysia
pelanggan lain bayar pelanggan memerlukan dapat percuma
apa yang korang paham kat whiteboard tu.
itu adalah antara menu percuma.
percuma sebab sudah ada pelanggan yang bayar.
ada pelanggan yang sudi bersedekah.
ada pelanggan yang sudi belanja,

gaji tak masuk lagi,
student kesempitan wang,
boleh makan dan minum disini sebab sudah ada yang bayar untuk anda,
selagi ada menu yang tampal disitu anda boleh request,
yang rasa mampu tapi nak jugak percuma boleh je request,
tapi harap-harap boleh ler belanja yang lain selepas tu,
warung nasi lemak malaysia
waktu urusniaga
kredit pada warung nasi lemak malaysia,
ada menyediakan servis seperti ini.
dan tak lupa juga kepada penderma,
begitu murah dan mulia amalan anda,
derma tak semestinya dalam wang ringgit,
derma tak semestinya pada tabung-tabung,
nak derma macam-macam cara ada.

untuk lokasi dan menu yang disediakan,
boleh rujuk Facebook Warung Nasi Lemak Malaysia.
diharapkan ada lebih banyak kedai-kedai makan seperti ini.