Showing posts with label kereta. Show all posts
Showing posts with label kereta. Show all posts

20 May 2017

Perang Harga Sportbike Modenas Pulsar

3 model motor terbaru Modenas dah official launch semalam...macam tak percaya pulak modenas berani keluarkan tiga model sekaligus dengan model Pulsar RS200 , Pulsar NS200 dab V15...ketiga-tiga dalam kategori sportbike...bukan model kapcai yang banyak Modenas keluarkan sebelum ni.
modenas pulsar
model terbaru motor modenas 2017
yang paling menarik sekali ketiga-tiga model ni ialah harga dia yang dikatakan agak murah...untuk model Modenas V15 dengan 150cc harga bermula RM5,988...kalau tengok model ni lebih kepada retro design...nampak klasik..
modenas v15
Modenas V15
modenas v15
retro style


model Pulsar NS200 dan Pulsar RS200 antara yang menjadi tarikan semalam..kedua-dua model datang dengan 200cc.....yang membezakan hanyalah Model Pulsar RS200 model fairing dan Pulsar NS200 model naked handle..

untuk Pulsar NS200 harga RM 9,223..pilihan warna rasanya setakat ni hanya warna hitam je...tangki minyak 12liter dan berat 155kg...sesuai digunakan dalam tunggangan harian.
modenas pulsar NS200
Modenas NS200
modenas pulsar ns200
nampak garang

model Pulsar RS200 pulak model seakan-akan superbike...model fairing ni ramai jugak yang berkenan semalam..harga RM11,342...harga tinggi sikit berbanding model NS200 sebab model ni tangki minyak besar dengan 13 liter dan berat 164kg...sesuai untuk tunggangan jarak jauh.
modenas pulsar RS200
Modenas RS200
modenas pulsar RS200
sportbike modenas

mana satu pilihan korang kalau diberi peluang...aku secara peribadi minat model Pulsar NS200 yang naked handle tu...nampak garang dan harga memang tak masuk akal...kalau rasa nak bajet bawak superbike boleh ler angkat satu.

aku nak beli?
rasanya belum lagi kot..tengok memang murah..tapi hild dulu ler..terlalu awal untuk menilai..stakat ni kawasaki Z250 masih jadi faveret .

sumber info : motomalaya.net / paultan.org / Facebook Modenas


27 Apr 2017

Meleleh Tengok Mazda 2 Sedan

Mazda 2 Sedan 1.5 Skyactiv | harini terliur tengok sebiji kereta model Mazda 2 Sedan milik client kat tempat aku bekerja...phew...seksi body kereta ni.
mazda 2 sedan 1.5 skyactiv
Mazda 2 sedan
aku ni bukan lah pakar sangat pasal kereta...google punya google jumpa jugak model kereta ni...Mazda 2 Sedan 1.5 Skyactiv...kalau tengok pada gambar iklan tak secantik ini...tak seseksi yang ini.

skodeng punya skodeng rsanya kereta ni dah modified pakai bodykit...tayar pun dah tukar...ada sirkit..dan tambahan aksesori warna merah di beberapa bahagian...dalam pulak nampak mewah dengab seat kulit hitam..memang smart dan pandai owner kereta ni makeup...kereta warna putih memang matching dengan aksesori warna merah.
mazda 2 sedan
dah makeup dengan bodykit

mazda 2 sedan 1.5
sporty look
tak berapa pasti aku model ni tahun berapa keluar...tengok kat website mazda malaysia harga sekitar RM90k...boleh tahan jugak ler harga...tak mahal tak murah...berkenan pulak aku tengok kalau lama-lama

bukan lelaki maskulin kalau tak minat kereta...antara mampu dan tak mampu je untuk memiliki kereta idaman...kehendak dan keperluan belakang kira...kalau perlu tapi tak mampu boleh blacklist nama nanti kalau sangkut bayar..

aku nak pakai kereta ni?
insyaallah kalau dipermudahkan pintu rezeki...kereta idaman seorang lelaki maskulin sebelum ni pun tak tercapai- capai lagi.

smart tak model ni?

27 Jun 2015

RM2.2 Juta Harga Ferrari 488 GTB Di Malaysia

nilai jutaan ringgit untuk sebuah kereta?
bukan 1 juta tapi 2 juta.
itulah realiti bagi harga sebuah Ferrari,
Ferrari 488 GTB adalah model terbaru Ferrari yang dibawa masuk ke Malaysia
dan telah dilancarkan secara official pada 16 Jun yang lalu.

ferrari 488 gtb malaysia
Ferrari 488 GTB | sumber : Paultan

harga Ferrari 488 GTB  adalah RM1.07 Juta.
tapi selepas dicampur tax dan cukai jalan ianya bernilai RM2.2 Juta untuk Ferrari 488 GTB.
nampak tak kat situ harga tax dan cukai sama harga dengan kereta.
seksi memang seksi Ferrari 488 GTB nie.
tapi nak bayar tu boleh tahan seksa.
kalau ditanya penduduk bumi yang ada,
majoriti 98% akan berkata mahal nak mampus.
hanya 2% sahaja yang masih mampu tersenyum untuk memilikinya.

ferrai 488 gtb malaysia
pandangan belakang Ferrari 488 GTB | sumber : Paultan
ferrari 488 gtb malaysia
steering Ferrari 488 GTB | sumber : Paultan
ferrari 488 gtb malaysia
ruang dalaman Ferrari 488 GTB | sumber : Paultan

tipulah kalau kata tak berminat dan tak meleleh tengok Ferrari nie,
kalau abang sado drive memang gugur ler jantung para gadis,
kalau gadis cantik drive maka menyorok ler para jejaka menutup malu,

kalau di Malaysia ni rasa-rasanya dah boleh tahu siapa yang mampu,
kalau bukan kaum kerabat diraja yang pakai ,
tauke "terlajak laris" , tauke QU Puteh rasanya boleh bergaya dengan Ferrari 488 GTB selepas ini.

kita?
buat dono jelar.
pakai sahaja kereta impian rakyat malaysia yang mampu milik.
harga kereta puluhan ribu pun kita berhutang 9 tahun.
diatas jalan nanti kita boleh lihat kereta seperti ini di traffic light.
kalau untung dapat lihat kereta seperti ini habis minyak di tengah jalan :p

untuk melihat lebih dekat dan jika ada berminat ingin membelinya,
boleh ker Facebook Naza Italia
disini terdapat koleksi kereta-kereta mewah yang sedia untuk dipandu oleh orang yang berjaya.

semoga bermanfaat.
sumber :

#prayforpalestine
#Prayforgaza
#prayformh370
#kelabbloggerbenashaari

25 Nov 2014

impianku bernilai Rm300Ribu

mercedes gla suv
Mercedes Benz GLA - Class SUV | sumber : Paultan
Awal November baru-baru ini,
Mercedes Benz Malaysia telah keluarkan 3 model baru SUV Compact,
GLA 200 , GLA 250 dan GLA 45 AMG,
salah satu daripada model ini telah menarik minat shark untuk memilikinya.

SUV Compact memang kereta pilihan shark selepas model hatchback,
Proton Suprima dan Honda Jazz 2014 adalah kereta pilihan shark untuk tahun 2014,
buat masa sekarang masih lagi dalam proses kira-kira untuk memilikinya.
sejak kebelakangan ini,
SUV Compact mula mendapat tempat di pasaran Malaysia,
sekarang hampir kesemua pengeluar kereta mengeluarkan model SUV Compact.
yang biasa kita lihat diatas jalan adalah Mitshubishi ASX.

mitshubishi asx
SUV Compact Mitshubishi ASX | sumber : motottrader
apa yang buat shark minat SUV Compact adalah dari segi saiz dia,
saiznya lebih kecil dari SUV biasa dan lebih besar dari kereta biasa,
dari segi pemanduan semestinya lebih selesa dan lebih luas,
setakat ini kesemua model SUV Compact tidak mengecewakan dari segi design,
tidak perlu tambahan aksesori bila memiliki model SUV Compact.
seperti model terbaru ini, Mercedes GLA 45 AMG.

gla 45 amg mercedes benz
pandangan sisi GLA 45 AMG | sumber : Paultan
gla 45 amg mercedes
pandangan depan GLA 45 AMG | sumber : Paultan
gla 45 amg mercedes
pandangan belakang GLA 45 AMG | sumber : Paultan

sekali tengok memang jatuh cinta terus,
harga pula boleh gugur jantung bila nak membayarnya.
RM378,888 untuk model GLA 45 AMG.
harga sebijik rumah boleh dapat,
tapi kalau dapat memilikinya memang satu kepuasan,
tidur dan makan didalam kereta jawabnya.

dengan model GLA 45 AMG ini bertambah lagi satu koleksi kereta impian,
sekarang dah ada 5 kereta impian untuk dimiliki kelak,
akan shark kongsikan untuk entry berikutnya.
bila dah ada impian baru ler ada semangat untuk terus bekerja
motivasi diri dengan impian.

semoga bermanfaat.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

11 Aug 2014

Perodua AXIA Kereta Baru Perodua 2014

perodua axia 2014
Teaser Perodua Axia 2014

Perodua Axia,model terbaru daripada pengeluar kereta tempatan,Perodua
hari ini Perodua telah keluarkan iklan 'teaser' untuk model terbaru mereka di Facebook MYPerodua,
kereta baru Perodua untuk tahun 2014 dikenali sebagai Perodua AXIA
Perodua Axia bakal menggantikan Viva yang dikatakan telah tamat pengeluarannya.
bila akan diumumkan secara rasmi masih belum diketahui.

shark kongsikan sedikit gambar Perodua Axia yang berjaya dirakam,

gambar perodua baru axia
Perodua Axia Merah 2014 | sumber: Funtasticko

gambar perodua baru axia 2014
Perodua Axia Putih  2014 | sumber : Paultan

menarik bukan?
nantikan sahaja pengumuman rasmi dari Perodua mengenai perodua terbaru 2014,
bila dah keluar 'teaser' iklan semestinya dalam masa 1-2 bulan akan dimumukan,
boleh rujuk facebook MYPerodua untuk maklumat lanjut.

semoga bermanfaat.

#prayforgaza
#prayforpalestine
#prayformh370

11 Feb 2014

Model Kompak Terbaru Proton

selepas berjaya menghasilkan kereta hatchback pertama Suprima S,
Proton sekali lagi mengeluarkan model terbaru untuk tahun 2014

shark tak pasti model terbaru proton ni dalam kategori mana,
ada yang kata kompak,
ada yang kata hatchback.
yang pasti model terbaru Proton ni dalam kategori -A,
kereta bersaiz kecil seperti Myvi,kancil,Viva

model ini telah berjaya dirakam semasa sesi test drive,
jum kita tengok rupa bentuk kereta terbaru Proton ni,

model terbaru Proton
Model terbaru Proton 2014  | sumber : Paultan.org
model terbaru proton 2014
Dari belakang Model Terbaru Proton 2014

Difahamkan model terbaru Proton ni diambil dari konsep Proton Emas,
prototaip Proton Emas ini pernah ditunjukkan di KLIMS2010

proton emas
Proton Emas di KLIMS 2010
proton emas
Proton Emas di KLIM2010

nantikan sahaja pengumuman model terbaru proton nie,
kalau pihak Proton dh mula jalankan test drive,
rasanya pertengahan tahun nanti kita dapat lihat model terbaru daripada Proton.