Showing posts with label game. Show all posts
Showing posts with label game. Show all posts

12 May 2016

Menyirap Darah Dengan Clash Royale

agak terlewat aku main game ni,
sebabnya aku takut gian bila dah install,
sekarang dah mula gian dan geram dengan game yang tengah viral , Clash Royale.
clash royale
game Clash Royale
cara main agak senang,
grafik game memang cantik,
watak-watak pula agak unik,
yang dah biasa dengan game Clash Of Clan memang dah familiar dengan semua watak
lagipun game ni daripada pengeluar game yang sama.
clash royale
watak dalam Clash Royale
memerlukan internet untuk bermain,
sebab kita akan lawan secara online dengan pemain seluruh DUNIA,
jangan risau kalau korang jenis kedekut data,
game ni pakai sikit je data internet,
lebih kurang whatsapp jugak.

bila bosan-bosan tu memang layan main game ni,
rasa geram itu biasa,
naik marah itu memang biasa,
nak menangis pun ada jugak kadang-kadang,
tapi seronok sebab cara main dia agak mudah dan cepat habis.
kasi hancur je kubu lawan,
sambil-sambil tu kena pertahankan jugak kubu kita,
kita serang dia,
dia serang kita,
masa macam ni lah nak tengok otak kita berfungsi atau tidak.
clash royale
dia serang kita,kita serang dia
clash royale
menang bila habis kubu lawan
clash royale
SnowBlack itu aku
aku dah start gian,
boleh download di Playstore android dan ios,
mana tahu pasni kita boleh terserempak dalam game ni pulak.
aku punya nama glame dalam game Clash Royale ialah “snowblack
hahahahaha.
jom perang game.

19 Jan 2016

Sakit Hati Main Piano Tiles

entah macam mana boleh terjebak main game Piano Tiles ni.
aku memang mudah addict dengan game.
dah start main memang gian ler jawabnya.
yang terbaru Piano Tiles 2.
game terbaik tahun 2015 katanya.
piano tiles 2
Piano Tiles 2
cara main simple je.
tekan-tekan je tiles hitam bila muncul.
konon-konon kita tengah main piano.
piano tiles 2
tekan tiles hitam bila muncul
nampak mudah je main.
tapi bila dh sampai satu stage rasa serabut pun ada.
game ni memerlukan mata dan jari.
makin lama makin laju tile hitam tu turun.
nak berkelip pun tak boleh dah sebab takut miss tiles hitam tu.
makin lama makin bnyak dia muncul.
time tue jugak ler jari duk sibuk tekan skrin,
silap - silap boleh tembus skrin telefon.
hahahahaa.
time tue ler rasa nak baling je telefon bila tersilap,
nak marah pun ada bila silap tekan.
dan bertambah bengang bila tengok score member -member FB yg main.
semuanya tinggi daripada kita.
Piano Tiles
bersaing sesama rakan FB
bila dh tengok score kita rendah tu yang jadi gian tu.
rasa nk beat je member-member yang lain.
game ni tak bosan sebab kita challange rakan-rakan FB kita.
tak ada le kita syok sendiri je main bila highscore.

yang nak cuba boleh download di Google Play,
cari Piano Tiles 2,
kita tengok mata saper hebat,
kita tengok jari saper pantas,
kita tengok tebal ker tak mental main game nie.
Game On.

21 Sep 2014

Wau Untuk Palestine

semalam sempat juga melihat kemeriahan penduduk setempat bermain wau.
kalau anda berada di kuantan,
jgn lupa singgah di Tanjung Lumpur pada waktu petang untuk melihat salah satu permainan tradisional kita.
pelbagai jenis wau ada disini antaranya wau bulan,wau kucing dan wau musang.

dan semalam shark tertarik dengan satu wau yang saiznya agak besar
lagi menarik apabila corak dan warna Palestine digunakan.
ada yang memberi gelaran Wau Palestine.

wau palestine
saiz yang agak besar
wau palestine
wau palestine
wau palestine
untukmu Palestine

masa agak terhad semalam,
tak dapat nak selfie bersama wau palestine tu.
bermain wau menjadi kebiasaan waktu petang disini.
kebanyakkan yang bermain adalah golongan muda.
daripada melepak ada bagusnya isi masa dengan permainan tradisional ini.

semoga bermanfaat.
semoga terhibur.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

16 Sep 2014

Tahap Level Candy Crush

selamat menyambut Hari Malaysia buat semua,
cuti sehari gunakan sebaik mungkin bersama family.
lepak santai bersama keluarga itu yang terbaik.

disebabkan masa agak terluang harini,
sempat le layan game yang ada dalam smartphone ni.
biasa layan Clash Of Clan je,
harini ada pula selera nak layan Candy Crush.
entah dah berapa lama tinggal game ni.
buka-buka je tengok level baru sampai 83

level candy crush
last level bermain

jauh lagi rupanya perjalanan dalam Candy Crush ni.
memang jauh ketinggalan.
orang lain rasanya dah habis level candy crush ni main.
ada jugak yang tunggu candy crush update level untuk smbung permainan.
sampai level berapa pun tak tahulah game ni mampu bertahan.

level candy crush
level 83

harini nak try test skill candy crush.
dah lama tak gian main game ni.
berapa lama agaknya nak sampai level 100.
samo-samo le kita tunggu dan lihat.

selamat hari malaysia
selamat bercuti.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370



4 Sep 2014

Uji Kesabaran Dengan Game Swing Copters

swing chopters game
Swing Copters

ada sesiapa pernah cuba game Swing chopters.
kalau anda orang yang penyabar boleh cuba.
cara permainan agak ringkas.
hanya perlukan satu jari dan satu arah untuk menguji tahap kesabaran anda.
game ni update daripada game flappy bird yang dulu agak trending.

tampak mudah tapi tidak.
shark sendiri boleh hilang sabar dengan game ni.
grafik yang agak sempoi dan klasik.
tapi diuji pula dengan cara permainan

swing chopters game
high score shark setakat ini

hanya perlu kalahkan highscore sendiri.
tidak perlu sambungan internet untuk bermain.
boleh dapatkan game ini secara percuma di Playstore "Swing Chopters"
jangan salahkan shark kalau ada yg baling telefon sebab game ni

jangan lupa screenshot highscore anda.
publish di FB dan tag rakan untuk mencabar.

selamat mencuba.
p/s: entry update via chrome mobile.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370