Showing posts with label gajet. Show all posts
Showing posts with label gajet. Show all posts

8 May 2017

Jom Try Main Spinner

minggu ni macam banyak pulak muncul gambar Spinner keluar kat timeline facebook...aku pulak jenis jari yang tak reti duduk diam rasa macam nak beli jer satu...rasanya setakat ni tak ramai lagi seller online yang jual menatang nie...mungkin sebab ramai lagi tak tahu kewujudan  gajet ni dan jugak ramai jugak yang tak tahu apa kegunaan sebenar Fidget Spinner nie...
fidget spinner
Spinner
pernah tak korang atau mana-mana member korang kalau dalam bilik meeting tu asyik duk main pen jer...kalau yang ada skill tu boleh siap main pusing-pusing lagi...tengah bosan-bosan ngadap kerja asyik duk main picik-picit jer pen tue...yang ni agak annoying sikit ler..buatnyer ada orang sakit gigi kadang-kadang bunyi pen tu boleh jadi marah wooo...untuk kes-kes macam ni , Spinner adalah ubat untuk diorang.

tengok macam mainan bodo jer kan...tak ada apa yang menarik pun..tapi percayalah kalau dah start pegang dan pusing toys ni memang gian ler jadinya...cara main dia senang jer...kepit Fidget Spinner kat tengah-tengah tu dengan ibu jari dan jari hantu...lepas tu pusingkan ajer dengan mana-mana jari korang...spinner tu akan berpusing dan jari korang akan sentiasa nak pusingkan blade spinner tue...tak paham apa yang aku cakap boleh cari kat youtube...
spinner malaysia
cara bermain spinner
spinner
Spinner berpusing
sesuai untuk semua peringkat umur..tapi kena hati-hati dan alert...ada setengah Spinner tak sesuai untuk kanak-kanak...biasanya model untuk kanak-kanak diperbuat daripada palstik...dan untuk orang dewasa ada pelbagai jenis dan boleh modify sendiri....nak yang berat ada , nak yang bilah banyak ada , nak yang stylist pun ada...memang gian ler kalu dapat benda nie...selagi boleh pusing jari tu akan duk pusing jer Spinner tue..dan kalau ada yang kreatif korang boleh buat macam-macam trick dengan Spinner ni..saper kreatif dia memang akan kelihatan cool...

harga pulak bermula dari RM8 bagi yang basic...ada jugak yang harga RM40 mengikut patern...bagi yang berminat boleh contact seller sorang ni kat facebook...trusted seller..boleh buat COD dan Pre-Order jugak..boleh add dan PM beliau di Facebook/Jean Gallyot...

jom try main Spinner pulak.

9 Mar 2017

64GB Yang Dulu Dan Sekarang

makin lama makin mengecil...makin mengecil makin besar size dia...kalau dulu-dulu nak dapat pendrive besar 1GB bukan main mahal lagi...sekarang 64GB dah boleh dapat bawah RM100...size pulak bukan main kecik lagi...dan semalam aku beli USB Dual Drive size 64GB...kecik bebenor.
sandisk usb dual drive
USB Dual Drive OTG
orang kata sekarang dah ada usb pendrive yang boleh cucuk kat laptop dan jugak boleh cucuk kat smartphone dalam satu masa...maknanya dah perlu lagi kabel-kabel yang berserabut nak pindah data.

macam-macam nama ada...USB Dual , USB Dual drive , USB dual port , USB OTG...tak kisah ler nak panggil apa...yang penting dia ada satu port usb komputer dan satu port usb smartphone...yang aku beli ni model Sandisk Ultra Dual USB OTG Drive 64GB..tengok kat Lazada boleh dapat dalam RM84.
usb otg
cucuk kat laptop

usb dual drive
boleh cucuk kat smartphone
senang kerja lepas ni nak transfer data...tak payah susah-susah nak bawak kabel , nak pinjam kabel...cucuk je kat laptop pastu cucuk je kat smartphone.

tapi satu jer aku tak berkenan pasal USB OTG ni...size dia yang kecik...ini kalau hilang boleh menangis ni...64GB bukannya kecik...dibuatnya semua data kerja dan personal ada dalam tu lesap memang boleh jadi gila..dan satu lagi bila kecik-kecik ni risau jugak kalau mudah rosak...ada pro ada contra bila guna USB Dual Drive ni...kena pandai simpan dan asingkan.

dah beli besar-besar 64GB lepas tu tak tau nak letak apa dalam tu.jenggg sungguh rasa.

17 Jan 2017

Tergoda Dengan Awek Punya Macbook

semalam kan aku ada lepak breakfast makan KFC...tengah duk sedap makan Twin Egg Rise tu mata ni terpandang ler dua orang awek yang baru masuk...dah siap order dia boleh pulak duduk depan aku...jangan mimpi ler dia nak duduk satu meja ngan aku...maksud aku tu dia duduk meja depan aku...dia keluarkan something dalam beg dan buat pertama kali aku jatuh cinta pandang pertama dengan benda itu...jenggg...cantiknya Macbook 12 inch dia...
macbook 12 inci
Macbook 12 inch
ya ampun....nipis bebenor laptop keluaran apple nie...tu yang buat aku jatuh cinta tu....memang smart giler macbook punya nipis...tambahan size dia tak terlalu besar...12 inci jer...tak sure pulak macbook awek tu semalam warna apa..hampir sama jer warna dengan gambar kat atas tu...gold ataupun rose gold...tapi memang cantik ler dia punya warna , nipis , dan saiz dia...terliur tengok.
macbook 12 inch
nipis bebenor macbook nie
berusaha jugak ler aku google time tu jugak lepas dia show off dia punya macbook tue...cari punya cari baru ler aku tahu dia punya tu macbook 12 inci...maklumlah aku ni bukan pengguna apple...tak tahu sangat bab-bab product  keluaran barang mahal nie...ada 2 harga kalau buka laman web Apple Malaysia...RM5,499 dan RM6,699...boleh tahan jugak harga dia.

satu lagi yang aku berkenan dengan macbook ni ialah keyboard dia...nak kata lain dari laptop lain rasa macam sama jer...entahler...tapi tengok semalam macam keyboard apple ni nampak lebih kemas pulak...boleh tahan besar jugak walaupun size 12 inci...memang puas ni kalau dapat menaip blog kat keyboard nie...pagi-pagi lepak KFC buat entry blog..hahaha..poyo sangat tu..

macbook 12 inc
keyboard macbook nampak cantik
macbook 12 inch
meleleh tengok dia puna saiz dan nipis
dari segi luaran memang aku bagi 100 bintang ler untuk macbook nie...smart , stylo dan elegen gitu...dari segi software dan hardware aku tak boleh nak compare...sekali lagi aku tegaskan aku bukan pengguna produk apple yang tegar...tapi kalau tengok pada harga rasanya perfect jugak ler dia punya spec nie...kalau tak power takkan harga boleh cecah RM5k dan 6k...tapi kalau ikut apa yang aku google...macbook ni keluaran 2015...dah setahun lebih jugak ler ada di pasaran...kalau aku beli masih relevan kah spec tahun 2015 ni...kena tanya yang pakar bab tue.

perasaan nak dapatkan sebijik macbook nie memang membuak-buak...kebetulan aku memang perlukan sebiji laptop sekarang...rasa tak puas pula bila blogging dan trading dengan smartphone atau asus zenpad retak seribu aku ni...

nak seribu daya , taknak seribu dalih..aku cuba usahakan setakat mana yang mampu...tak dapat macbook pun tak apa...rasanya sekarang dah banyak kot laptop yang senipis macbook ni...kena banyak mencari dan usaha...terima kasih ler buat awek macbook tu...sedikit sebanyak bagi inspirasi kepada aku...harap-harap kita berjumpa lagi...time tu aku duduk depan kau pulak...hahaha.

p/s : sumber gambar : The Verge - 12 inch Macbook Review

9 Aug 2016

Puas Hati Dapat Note 7

majoriti semua dah tahu Samsung Note 7 akan keluar tak lama lagi.
kalau tak silap sekitar bulan ni,
Samsung Malaysia pun dah mula buat tawaran untuk Pre-Order Samsung Note 7.
samsung note 7 malaysia
Pre-Order Samsung Note 7
aku antara yang teruja dengan Note 7 ni nanti.
baca review kat blog soyacincau lagi excited pula rasanya,
dari segi design memang seksi dan smart,
saiz 5.7 inci tu rasanya sedap-sedap pegang,
tak besar tak kecik,
skrin katanya ada sikit lengkung macam model samsung edge,
RAM 4GB memang sedap layan game high graphic.
multitasking rasanya lagi mudah lepas ni.
kamera pulak 12mp dengan 5 mp,
kalau tengok pada model Note 5 sebelum ni cantik sungguh output kamera dia.
boleh pulak buat manual mode lagi sedap le ambil gambar,
bajet-bajet pakai DSLR.
show off sikit gambar Note 7.
samsung note 7 malaysia
saiz Note 7
samsung note 7 malaysia
pandangan belakang Note 7
samsung note 7 malaysia
nipis jugak Note 7 ni
samsung note 7 malaysia
kamera Note 7
samsung note 7 malaysia
ada sikit lengkungan di bahagian tepi
tengok pada body memang mengancam habis.
memang jauh beza waktu mula-mula Samsung keluarkan model Note,
time tu ramai yang kutuk sebab saiz yang besar,
sekarang ramai yang tergila-gila cari model smartphone skrin besar.

harga  Note 7 katanya sekitar RM 3,199
part ni yang membantutkan aku nak pakai,
tapi bila fikirkan balik dah hampir 2 tahun tak tukar phone,
apa salahnya berbelanja,
puas hati kot kalau dapat Note 7.
mampukah aku?
tunggu ajer next entry kalau aku berjaya beli.
hehehehe.

20 Sep 2014

Samsung Galaxy Alpha Di Malaysia

samsung galaxy alpha
Samsung Galaxy Alpha

Samsung meneruskan penguasaan smartphone dengan pelancaran model baru Samsung Galaxy Alpha,
model baru ini sudah mula dijual dan boleh dapatakan di cawangan Samsung berdekatan,
harga Samsung Galaxy Alpha bermula RM 1,899.
hanya terdapat 2 pilihan warna setakat ini , hitam dan putih,
dikatakan warna silver dan gold akan mula dijual tidak lama lagi.

samsung galaxy alpha malaysia
Wak Doyok ketika pelancaran Samsung Galaxy Alpha semalam | sumber : Lowyat.net

pernah dikiritik hebat dari segi bentuk dan kualiti untuk semua model Galaxy,
Samsung Galaxy Alpha tampil dengan bentuk yang premium dan lebih kualiti,
tiada lagi plastik tapi diganti dengan logam di bahagian tepi,
bahagian belakang pula metarial yang sama digunakan untuk Galaxy S5
Samsung Galaxy Alpha lebih ringan (115g) dan lebih selesa dipegang dengan rekaan bentuk baru.
resolusi kamera 12mp( belakang) dan 2mp ( depan )
skrin 4.7" SAMOLED dan disokong oleh 2Gb RAM

samsung galaxy alpha di malaysia
tampak lebih premiu design Samsung Galaxy Alpha

memang mengancam tengok design baru dari samsung nie,
teringat pula shark pada Samsung Galaxy S2 yang pernah shark miliki dulu,
ada juga yang kata ini adalah Galaxy S2 yang telah diupgrade.
tengok sahaja memang cukup menarik,
nak milikinya belum pasti,
shark tunggu Galaxy Note 4 dan Iphone 6 dahulu,
dan juga menunggu warna gold yang bagi shark memang menarik.

untuk lihat lebih gambar , video dan info rujuk :

semoga bermanfaat.
selamat mencuba.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

19 Sep 2014

Jualan Murah Sampai Bersih PowerBank Pineng

produk powerbank pineng tidak perlu diperkenalkan lagi.
kepada sesiapa yang sedang dan ingin mencari powerbank murah boleh dapatkan disini,
shark sendiri sudah memiliki powerbank pineng transformers minggu lepas.
shark kongsikan harga jualan langsung sampai habis di salah sebuah kedai di Kuantan,
shark bertindak sebagai ejen disini.
kalau berminat boleh hubungi shark.


10K mAH ( RM65 )
powerbank pineng murah
Powerbank PN-968

 10K mAH ( RM75 )
powerbank pineng murah
Powerbank  PN-933 ( Transformers )

15K mAH ( RM 95 )
powerbank pineng murah
Powerbank  PN -92

20K mAH ( RM120 )
powerbank pineng murah
Powerbank PN-999

Harga yang diberi adalah tetap.
Harga yang diberi merangkumi
  • warranty dijamin 1 tahun
  • COD Free / Postage Free
  • 100% original - boleh semak serial code di web pineng

untuk sebarang tempahan boleh hubungi shark 014-2161741
( sms / call / whatsap ) 

semoga bermnafaat.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

26 Jan 2012

Hidup Sepi Tanpa Gajet

sumber : Hmetro Online


"trendy atau keperluan?"

agak2 ler..
mampu x kita nk hidup tanpa gajet..
tanpa telefon...
tanpa laptop...
tanpa ipad...

sanggup ker?