Showing posts with label event. Show all posts
Showing posts with label event. Show all posts

25 Dec 2016

Ruginya Tak Pergi MAHA 2016

aku antara bukan 3.7 juta yang datang ke MAHA 2016 baru-baru ni,
memang satu kerugian yang besar bila tak dapat join,
last aku pergi MAHA 2010 rasanya,
tapi time tu tak semeriah tahun ni,
maha 2016
rekod terbaik MAHA2016
berlansung selama 11 hari di Serdang,
timeline di Facebook memang penuh dengan suasana di MAHA 2016,
ramai rakan-rakan yang pergi,
boleh tahan jugak trending beberapa pekara di Pameran Antarabangsa Pertanian,Hortikultur dan Agro Pancongan Malaysia(MAHA).
timelapse maha 2016

antara yang masih aku ingat ialah lembu sado,
lembu bukan sebarang lembu ni,
ni yang orang kata terbaik dari ladang,
hahahah.
memang sado tengok pada gambar,
Sazali Samat pun sempat selpi dengan dia.
maha 2016
lembu sado jadi tarikan
selain lembu sado terdapat banyak lagi haiwan ternakan lain yang unik,
antaraya ikan besar,unta,ayam burung hantu,
entah korang larat ke tak pusing nak tengok semua tu.
semuanya berkumpul dan hanya boleh dilihat di MAHA 2016,
jadi memang tak hairan ler boleh tarik 3.7juta pengunjung,
maha 2016
ayam atau burung hantu
maha 2016
merpati?
maha 2016
bapak segala ikan
bab makanan tak payah cerita ler,
aku rasa bahagian ni yang paling ramai,
segala buah segala makanan ada,
nasi beriyani udang katanya dapat perhatian.
insyaallah kalau jadi perancangan,
next MAHA aku akan ada disana bersama produk mak aku.
jual karipap mini dan karipap frozen.
harap-harap jadilah.
MAHA 2016
syurga makanan MAHA 2016
susah nak dapat ni
ufang sanggul
maha 2016
nasi beriyani udang
MAHA 2016 kali ni berlangsung sampai ke malam,
siang hari dah penat pusing,
malam pulak masa untuk rehatkan kaki,
terdapat beberapa konsert yang berlangsung sepanjang pameran,
bagi yang tak minat hiburan mereka boleh rilek selfi dan wefie di Light Sensation.
cantik pulak tengok dalam gambar.
maha 2016
suasana light sensation
maha 2016
selfi kat sini memang cantik
maha 2016
konsert ROTF
maha 2016
kemeriahan sampai malam
timelapse malam maha 2016

nak cakap panjang-panjang pun tak guna,
MAHA2016 kali ni memang yang terbaik pernah diadakan,
tak sabar pulak rasanya nak tunggu MAHA 2018,
tahun depan memang tak ada le sebab ia berlangsung 2 tahun sekali,

nak rasa lagi kemeriahan MAHA 2016 boleh like page Facebook MAHA 2016,
terdapat gambar-gambar menarik disana,
buat pengunjung 3.7 juta tu boleh le tengok kot-kot gambar korang ada jugak.

MAHA 2018,
mu tunggu aku datang.

24 Nov 2016

Koleksi Barangan Sale Lazada 11.11

last week penuh timeline dengan sale Lazada 11.11,
aku pun terasa jugak ler dengan kemeriahan sale kali nie,
buat pertama kali aku terima Box Of Joy dari pihak Lazada,
box of joy lazada
semua barang ni ada di Lazada
apa yang ada dalam box ni semuanya ada di dalam web Lazada,
semuanya barangan-barangan yang diual sempena Online Revolution 2016,
terkejut jugak aku bila bukak ada sekotak air susu Full Cream dari Nestle,
lagi besat dapat Nescafe perasa pandan tue.
terus jugak ler bukak laman web Lazada nak tengok betul ker diorang ada jual air?
rupanya Lazada sekarang dah macam supermarket dah,
bahagian Groceries  memang terdapat barangan minuman dan makanan ringan,
dah siap asing macam sebijik dalam pasaraya.
mudah betul sekarang nak shopping!

dalam box ni ada jugak barangan bayi,
aku dapat tisu basah dari Mamy Poko dan susu bayi dari Lactokid,
yang ni aku tak hairan sangat,
ramai jugak ler kaum ibu-ibu kat facebook aku tengok shopping pampers bayi kat Lazada nie,
katanya selalu jugak ada sale pampers dan barangan bayi kat sini,
kalau taknak terlepas memang kena hari-hari bukak laman web lazada,
bookmark terus,
box of joy lazada
yang mana paling best

barang barang yang lain itu biasa kita tengok,
antaranya pencuci muka dari L'Oreal,
barangan eletronik untuk smartphone dan laptop tak perlu cakap,
memang bersepah dalam web Lazada nie,
pandai cari dan pandai bajet jer,
aku excited jugak bila dapat Dual USB Drive 64GB dari Sandisk,
besar punya memory,
nanti aku cerita untuk next entry apa kegunaan benda alah nie,
boleh gak dipanggil USB OTG - USB On The Go

boleh dikatakan semua barangan peringkat umur ada di Lazada,
daripada bayi sampai barangan keperluan orang dewasa
boleh jugak katakan pelbagai jenis barangan ada di sini,
daripada barangan dapur,makanan hingga ke aksesori kenderaan ada dijual,
senang cerita dah kira macam Hypermarket dah kat Lazada ni,

sale Lazada masih bersambung yer,
ianya berlangsung sehingga 12.12.2016
cakap banyak dah tak guna dah.
khabarnya ada sale bahagian barangan baby sekarang,
bukak terus Lazada sekarang disini Lazada | Big Baby Fair

jangan lupa yer kalau nak beli tu masukkan voucher diskaun ni.
gunakan saja code "20LAPOR25"
banyak tau diskaun 20% tu
barang baby di lazada
Promosi sekarang di Lazada

selamat bershopping,
semoga bermanfaat.

18 Oct 2016

Bila Artis Doodle Malaysia Conteng Dinding Stesen LRT Masjid Jamek

rasanya dah 2 minggu projek ini berjalan,
karya-karya doodle dari pelukis tempatan menghiasi terowong pejalan kaki di Stesen LRT Masjid Jamek,
kalau dekat dah lama dah aku pergi selfie kat sana,
semua koleksi yang ada memang terbaik dan luar imaginasi,
biasa tengok diorang conteng atas kertas sebesar A4 jer,
kali ni mereka conteng doodle dalam saiz yang besar.

ini antara doodle yang ada disana.
sumber : FB Tiny Project
doodle malaysia
karya dayang deno & Allie hill

doodle malaysia
jangan pening tengok nie

doodle malaysia
contenglah !

doodle malaysia
Happy Boy

doodle malaysia
karya Ellie Yong & Chuppy Lim

doodle malaysia
karya Adel Shat & Munif Malek

doodle malaysia
karya Azmil , Lydia Rayyan , Wang Jewq Liew

doodle malaysia
karya Ellie Yong & Allahyarham Farhan Rosdi

comel bukan.
setiap doodle yang diconteng ada cerita,
bukan  saja-saja conteng yer,
ini cara mereka untuk bercerita dan sampaikan mesej,

aku lebih suka doodle ni diconteng berbanding letak iklan billboard,
nampak kelainan,
nampak kemas,
dan nampak bersih jer,
doodle malaysia
everyone can contenglah !

korang yang lalu kat sini jangan lupa support karya-karya doodle malaysia nie,
korang bebas untuk berselfi disini,
guna kreativiti korang untuk berselfie,
kalau tak silap pameran doodle sampai penghujung November je,
jadi rugi kalau tak ambil peluang,
bila lagi nak tengok doodle sebesar ini.
lokasi di stesen LRT Masjid Jamek
jangan lupa hashtag #aotm #doodlemalaysia #mythinkcity
doodle malaysia
kucing comel  dari Kopi Soh
aku hanya mampu kagumi bakat diorang,
aku nak buat doodle memang tak dapat ler,
tangan keras.

tahniah buat artis doodle malaysia,
bakat korang semua memang terbaik.

2 Aug 2016

Tomok Refresh Balik Lagu-Lagu NewBoyz

baru je plan nak ke showcase Tomok Akustik 13 haribulan nanti,
semalam buka page tomok tengok-tengok tiket dah sold out,
rupanya bukan aku seorang peminat lagu-lagu New Boyz
showcase tomok akustik
Tomok Akustik
New Boyz ni kalau tak silap famous sekitar 1999,
waktu tu aku baru je masuk ke sekolan menengah tingkatan satu,
bercinta waktu usia 13 tahun itu biasa,
waktu tu masing-masing dah bajet matang,
duduk pulak kat asrama memang wajib dan pasti ada cintan cintun yang melekat,

ingat lagi waktu awal kemunculan tomok dengan New Boyz nie,
rambut belah tengah dia memang trending.
jadi kegilaan gadis-gadis sekolah,
pakwe-pakwe pun duk follow rambut Tomok ni,
termasuk aku,
hahahahaha
new boyz
Sejarah Mungkin Berulang
kalau lagu pulak memang tangkap leleh punya lagu,
memang sesuai ler dengan mood orang bercinta,
kalau tengah frust pun aku rasa ada yang menangis duk layan
antara yang aku masih ingat lagu New Boyz
  • sejarah mungkin berulang
  • meraung
  • marah bukan sifatku
  • khilaf
  • norkia
  • luka mu luka ku jua
haishhh...
banyak lagi kot,
cuma tak ingat tajuk jer,
tapi kalau ada main kat corong radio tu memang boleh hafal  rasanya
dah macam die hard fan pulak.

Showcase Tomok Akustik ni akan diadakan pada 13 Ogos nanti,
tomok akan nyanyi balik lagu-lagu hit New Boyz
kalau tengok pada Facebook Official Tomok pun dia banyak flashback lagu-lagu newboyz,
rasa macam rugi pulak tak book awal-awal tiket.
menggamit kenangan lama itu memang indah :)

6 May 2016

Moh Ke Pahang Food Fest 2016

ada yang plan nak ke Kuantan hujung minggu ni?
kalau ada jangan lupa singgah di perkarangan Stadium Darul Makmur,
ada Pahang Food Fest yang julung kali diadakan.
insyaallah pelbagai makanan orang Pahang akan berada disini.
pahang food fest 2016
Jom Makan di Pahang Food Fest 2016
tak perlu cakap banyak kalau dah nama Food Festival,
makan , makan , dan makan,
pastikan bawa wang yang cukup.
bawak lebih pun tak apa,
sebab tengok pada senarai vendor yang terlibat memang banyak,
dah yang pasti semuanya datang dari negeri pahang,
nak rasa masakan orang Pahang inilah masanya.
masakan hotel,kedai makan popular dan jugak handmade semua ada disini.
pahang food fest
senarai vendor terlibat
insyaallah festival makanan ini akan berlangsung selama 3 hari.
bermula hari ini , Jumaat 06 Mei
dan akan berakhir pada hari ahad 08 Mei,
selama 3 hari bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.
bertempat di Stadium Darul Makmur,Kuantan Pahang

aku semestinya akan turun,
dekat sangat dengan rumah,
bila lagi nak rasa makanan-makanan best orang Pahang.
moh le kita.


25 Apr 2016

Excited Nak Pergi Konsert Slam

aku memang minat dengan suara Zamani Slam,
dari aku remaja sampai sekarang suara dia memang tidak berubah.
bagi aku suara zamani ni paling sedap antara penyanyi lelaki yang ada di Malaysia.
suara dia dengan lagu-lagu balada , lagu lentok memang tiptop
bila dengar Slam nak buat konsert,
memang aku excited nak pergi nanti
Konsert Kurnia Slam akan berlangsung bulan depan ,
14 mei di Kenanga Mall (KWC)
konsert kurnia slam
Konsert Kurnia Slam | sumber : TikcetPro
katanya nanti ada 20 buah lagu popular yang akan dinyanyikan,
dan aku yakin kesemua tu lagu-lagu faveret aku,
lagu-lagu cinta monyet time sekolah dulu,
lagu-lagu yang dah sememangnya aku hafal kalau dah minat,
memang time konsert nanti pakat karaoke ramai-ramai rasanya,
memang best bila dapat attend konsert yang macam ni.

jeling-jeling harga tiket TicketPro.com/Konsert Kurnia Slam macam tiada masalah,
tak mahal sangat ler.
dapat seat Gold rasanya memang perfect tu.
konsert kurnia slam
kedudukan pada konsert | sumber : TicketPro
konsert kurnia slam
harga tiket Konsert Kurnia Slam | sumber : TickerPro
harap-harap jadual pada minggu tu tak padat sangat,
14 mei pulak jatuh pada hari sabtu.
memang hari offday bekerja
peluang cerah dah disitu,.
memang excited dah nak pergi ni.
ada yang nak follow?

30 Nov 2015

17KM Yang Perit

pengalaman yang baru semalam.
larian 17KM yang memeritkan.
masa yang diambil 2 jam 53 minit.
ada yang sanggup berlari dan berjalan dalam tempoh tu?
kalau sanggup boleh join marathon lepas ni
mysihat health run
rekod 17KM
untuk 17KM semalam memang aku surrender.
laluan agak berlainan.
masuk jungle track dan kena berlari di tepi pantai.
boleh dikatakan semalam 13KM untuk beach run.
larian bermula agak lewat sekitar jam 8.
rata-rata perlari perlu berlari di sepanjang pantai sekitar jam 9-11 pagi.
boleh imagine tak panas matahari kat pantai time tu.
orang kata panas kat pantai ni memang lain macam.
memang diakui semalam.
dengan lopak air kena harung,
ditambah pula dengan pasir pantai.
berat sungguh nak angkat kaki.
memang semalam surrender nak lari.
banyak berjalan dari berlari.
mysihat health run
jungle track
mysihat health run
beach run
entah dimana silap penganjur MySihat Health Run
kalau nak ikut pada iklan katanya hanya sejauh 13KM.
tapi semalam bila dah sampai finishing line jarak larian semalam adalah 17KM.
ramai jugak yang bising semalam.
mindset masing2 dah set nak lari 13KM.
tak sangka pulak kena tambah 4KM lagi.
perit tau 4KM lari di tepi pantai
dengan matahari terpacak atas kepala
kasut dan stoking basah kena harung air.
ada jugak yang kecundang.
mysihat health run
x menang apa-apa
yang penting semalam selamat sampai 17KM.
kalau tengok rekod masa memang agak buruk tu.
tapi tak kisah ler.
satu pengalaman baru.
dan seperti biasa dapat lagi rakan baru semalam.
itu yang best kalau join marathon.
dapat kenal dan tambah rakan-rakan baru.

tunggu pula larian apa yang akan datang lepas ni.
waiting for that.

18 Nov 2015

Cabaran Untuk Larian 13KM

untuk tahun 2015 sudah dua kali join event larian sekitar bandar kuantan.
bulan april tiada masalah untuk 10KM Empire Run (klik untuk lihat rekod)
kemudian bulan jun alhamdulillah dapat jugak habiskan 10KM Half Marathon Kuantan(klik untuk lihat rekod)
insyaallah tahun ni akan tamat dengan MySihat Health Run Kuantan
kali ni larian 13KM pada hujung bulan nanti.
mampu ke tidak?

MySihat Health Run Kuantan
MySihat Health Run Kuantan 2015
kalau nak ikutkan program asal larian ini ialah pada 17 Oktober yang lalu,
tapi ditangguhkan kerana waktu tu masalah jerebu yang datang,
jadi ditangguhkan pada hujung bulan nanti.
tapi ada masalah jugak nanti nie
risau pulak kalau hujan,
maklumlah hujung-hujung tahun ni musim tengkujuh.
harap-harap cuaca baik sahaja minggu depan.

kalau hujan?
tengok keadaan macam mana.
kalau setakat hujan rintik-rintik tu akan digagahkan jua untuk berlari.
baru mencabar sikit.
seronok pun ada kalau berlari dalam hujan nie.
waktu kecik-kecik dulu bukan main happy kalau main dalam hujan.
kalau hujan lebat semacam datang pulak dengan kilat memang terpaksa tarik diri ler.
MySihat Health Run Kuantan
pendaftaran berjaya
untuk 13KM ni tak tahulah mampu ker tidak.
biasa buat 7-10KM jer dan rekod 10KM sekitar 1 jam.
bila dah tambah 3KM ni rasa berat ler jugak,
nampak jer macam sikit tapi kalau dah berlari atas jalan tu memang terasa ler jauhnya.
join larian kali ni dapat jugak buat persiapan untuk lebih aktif pada tahun depan.
setakat ni boleh join sekitar Kuantan jer.
tahun depan mungkin boleh ker negeri lain kalau betul-betul dah fit.

mental dah siap.
kaki dan lutut pun dah kasi warm up setiap petang.
harap-harap 13KM pertama nanti dapat dihabiskan tanpa kecederaan,

15 Sep 2015

Memori Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari

memori indah 2015 telah terpahat,
3hari 2malam di Hulu Langat memang satu pengalaman yang tak akan dilupakan,
pengalaman baru bersama keluarga baru.
keluarga yang bagi aku memang cukup sporting dan havoc,
terima kasih kepada Cosmoderm selaku panaja utama Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari.
Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari
Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari 2015
kalau tengok timeline facebook memang penuh dengan gambar-gambar disana,
tengok gambar memang meriah,
tapi realitinya lagi meriah lagi happening,

moment paling best?
rasanya sukan rakyat pada petang hari kedua memang paling happening,
dari awal sampai akhir team baju merah dan baju purple duk bergaduh,
perangai daddy-daddy time ni mengalahkan anak.
start dari kes curi tin sampai kes wrestling dalam air,
dari darat sampai ke air tak habis-habis duk gelak,
sakit rahang ni duk bergelak sakan.
masing-masing dah dapat mandi air sungai taknak naik,
daripada gambar sampai ke video
semuanya akan terpahat dalam memori

Happy Jump | full video di sini
lebih gambar menarik boleh ker Official instagram Kelab Blogger Ben Ashari

Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari
aksi team baju merah
Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari
acara wrestling paling havoc
memang tak kusangka perangai big boss aku berubah,
dari luar nampak sado nampak garang,
tapi bila dah start main game terus berubah watak jadi budak-budak.
peduli apa
kat sini dah tiada peranan seorang blogger,
semuanya dah macam adik beradik
semuanya dah macam satu family
tiada perbezaan langsung antara kami semua,
we strong we unite we are family

Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari
abg sado beraksi dalam diam-diam
Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari kali ini telah mendapat beberapa tajaan,
memang aku tak sangka ada pihak sudi menaja percutian kami disini,
cuma ralat sikit sebab aku tak dapat nak berapa enjoy,
badan terlalu letih dan minda letih,
hari selasa ke terengganu dan kelantan,
dari kelantan ke perak pada hari rabu,
hari khamis ada di pineng,
hari khamis tu jugak terus pulang ke kuantan,
jumaat terus gerak ke kL dan seterusnya ke Hulu Langat,
letih tapi dapat jumpa keluarga yang happening sikit sebanyak hilang semua tue.

family day kelab blogger ben ashaari
Last day bersama baby amal - anak blogger mommy rayyan
tak tahu nak start dari mana pengalaman bertemu dengan keluarga baru buat pertama kali,
terasa macam dah lama kenal diorang walaupun baru kali pertama jumpa,
selama ni asyik duk berborak dalam group whatsap saja,
komuniti kelab blogger ben ashaari memang aku follow dari dulu lagi,
dan tak sangka , aku sudah pun menjadi sebahagian dari keluarga kbba,

thanx n respect Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari

6 Jul 2015

Makanan Percuma Di Bulan Puasa

Free Food For Ramadhan.
program dari sukarelawan untuk memberi juadah berbuka secara percuma di bandar Kuantan
tidak kira golongan,tidak kira kaum semuanya boleh dapat makanan percuma disini.
makanan pula disediakan oleh orang- orang yang ingin bersedekah dan membuat kebajikan di bulan puasa.
free food for ramadhan
Free Food For Ramadhan di esplanade kuantan
duit tak cukup nak beli juadah?
student belum dapat duit saku,
ada jiran yang hidup susah,
ada nampak gelandangan?
balik kerja lewat?
boleh dapatkan juadah berbuka secara percuma disini.
free food for ramadhan
untuk sesiapa sahaja secara percuma
free food for ramadhan
kebajikan di bulan puasa
free food for ramadhan
masak begini dan beri percuma
free food for ramadhan
antara menu yang ada
modal sendiri,masak sendiri kemudian sedekahkan kepada orang ramai.
menu-menu pulak bukan sebarangan.
begitu ikhlas mereka membuat kebajikan di bulan puasa.
nak harapkan pihak tertentu?
tunggu tampal sticker siap baru boleh kasi.
nak harapkan hotel?
tunggu anak yatim,tunggu press baru ada.
susah nak jumpa yang betul-betul ikhlas dalam buat kebajikan.

program ini bermula 4 julai yang lalu,
dan insyaallah akan berterusan hingga 15 julai nanti.
khemah dibuka bermula jam 5 petang setiap hari di eksplanade kuantan.
setiap hari sukarelawan akan berada disini untuk berikan makanan percuma.
tiada logo tiada penaja.
semuanya ikhlas dan bertanggungjawab.
respect bagi mereka yang terlibat.
free food for ramadhan
Free Food For Ramadhan Kuantan
semoga bermanfaat.