Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

20 Feb 2017

Kartunis Ujang Dalam Bekazon

Bekazon...satu lagi majalah yang aku rasa perlu buat koleksi selepas penutupan majalah Ujang.
bekazon
bekazon bulan febuari
sekarang dah keluaran ke -7 bekazon ni...mungkin agak lewat aku beli tapi its better than nothing...korang perlu berbangga kalau baca majalah ni dalam LRT kemudian tersengih sorang-sorang...sebab korang tergolong dalam golongan orang yan rare..bukan senang nak cari majalah ni.

lawak yang ada masih lagi fresh dan masih lagi lawak antarabangsa...boleh dikatakan banyak jugak kartunis Ujang ada kat sini...kalau rindu dengan lawak mat despatch , lambok , bijan , tok moh , dicky workoshop , boleh ler beli dengan harga RM10...itupun nasib kalau korang bleh jumpa kat kedai majalah ni.
bekazon
Tok Moh
bekazon
Bijan
bekazon
bawang
bekazon
workshop
bekazon
mat despatch
korang tau tak hampir kesemua kartun dalam majalah ni ada sound...aku bagi contoh kalau korang baca lawak yang ada kat laut , korang akan dengar bunyi laut...kalau ada lawak kat pasar akan dengar bunyi suasana pasar...ini yang something special ada pada majalah bekazaon...katanya ini majalah pertama yang ada soundtrack..kreatif woo...berbaloi bagi aku dengan harga...nak rasa pergi ler beli...rujuk facebook bekazon untk lebih lanjut.

bagi korang yang sedih dengan penutupan majalah ujang apa tindakan korang sekarang ye...takkan setakat tulis kat facebook rasa sedih je kot...support ler sikit kartunis yang ada ni sementara mereka masih ada...nak tunggu lawak-lawak yang ada ni pupus baru nak beli ker...time tu memang tak dapat dah RM10...silap-silap boleh jadi RM100 akan datang...dah jadi collection rare nanti.

aku insyaallah akan terus support dan beli bekazon bersama dengan koleksi majalah gila-gila aku yang setakat ni masih lagi belum miss setiap bulan.

semoga bermanfaat.

16 Nov 2016

Majalah Gila Gila Kembali Panas

dapat jugak aku beli majalah Gila Gila keluaran November,
mungkin ini permulaan semula untuk aku baca balik majalah yang dah lama aku tinggalkan.
entah kenapa aku rasa untuk keluaran November ni dia punya aura lain macam,
tengok saja kulit muka depan kali ni,
baik punya bakar line.

gila gila november
Gila Gila November

rasa macam susah nak dapat Gila Gila sekarang ni,
dulu selalu jugak aku tengok ada jual kat 7eleven,
tapi time tu aku buat-buat tak nampak je sebab mood nak baca tu takdek,
tapi bila mood dah ada nak cari tu punya le seksa,

beberapa kartunis Gila Gila yang dulu kembali melukis untk keluaran November,
itu yang buat aku rasa nak baca balik majalah ni,
katanya dah mula kembali nak menyengat,

gila gila november
3 Dara Pingitan 
gila gila november
kartun bisu

dah habis baca semuanya,
memang puas hati,
3 dara pingitan tu aku rasa punya le lama duk dalam majalah ni,
kartun faveret mak aku tu,
kartun bisu pulak masih lagi berbisa,
tak ada dialog pun still humor,
ruangan kartun sembang-sembang up to date dengan bahas isu-isu semasa,
kartun A.Mamud ada jugak,
memang aku minat dengan lukisan kartun A.Mamud ni,
smart.

gila gila november
Selpie dulu

yang belum beli tu sila-sila le beli,
support kartunis tempatan.
tak mahal pun
RM6.50 je.
tak rugi pun enam ringgit tu.
berbaloi.

selamat membaca.

25 Jul 2016

Jualan Cuci Gudang BookCafe

wajib singgah wajib beli bagi penggemar buku,
Bookcafe sedang buat promosi minggu ni.
buku serendah RM 2 dan diskaun sehingga 50%.
bookcafe
Jualan Cuci Gudang Bookcafe

tengok pada pilihan buku yang ada memang not bad,
buku keluaran Dubook Press Dan Fixi semuanya ada diskaun,
banyak jugak sampai  40% diskaun Bookcafe kasi.
buku kontroversi Amran fans pun ada.

buku dubook press
antara yang menarik untuk dbaca

selain novel,
terdapat banyak jugak jenis-jenis buku yang ada dalam promosi nie,
buku-buku agama,buku-buku panduan haji,buku-buku panduan keluarga,
pendek kata kesemua buku ada untuk dibaca.

promosi hanya sah untuk minggu ni sahaja,
katanya sempena minggu gaji,
yang dah bergaji tu boleh ler dapatkan buku di Bookcafe.
beli buku secara online.
mudah dan murah.
boleh ke laman web www.bookcafe.com.my untuk maklumat lanjut.

semoga bermanfaat.

24 May 2016

Memang Patut Buku Amran Fans Diharamkan

aku agak terkejut bila dengar buku Amran Fans yang terbaru diharamkan,
kena pulak time PABKL 2016,
memang jatuh air muka meran ketika itu,
aku pun mencarut jugak sebab tak tahu alasan apa pihak tertentu memgharamkan buku "The Amran Fans
bagi aku koleksi lawak yang ada kat Facebook Amran Fans biasa-biasa saja walaupun agak mengarut sesetangahnya,
buku The Amran Fans
Buku kedua Amran Fans yang diharamkan
tapi malam tadi ada sahabat facebook kongsi isi-isi yang ada dalam buku The Amran Fans.
dan aku rasa aku tahu kenapa ia diharamkan,
agak melampau jugak bagi aku lawak-lawak lucah dalam tu.
dan tak berapa pasti ini lawak original Amran atau sekadar copy paste masuk dalam buku dia,
buku The Amran Fans
Nakal Abah Kau
buku The Amran Fans
Jenis Makwe
buku The Amran Fans
Lawak bebola Daging
buku The Amran Fans
Cincin
buku The Amran Fans
Jenis Balak
semua orang pernah buat silap.
dan bagi aku ini adalah kesilapan buat Amran Fans,
nak kata aku ni peminat Amran bukan jugak,
tapi aku antara peminat buku-buku genre "indie"
antara yang pernah aku kongsikan da
sori abang meran,
aku tak berapa setuju dengan kau kali nie,
terutama buku-buku koleksi kau,
aku rasa lagi banyak buku indie yang lebih berkualiti daripada ini.
dah makin ramai pengikut kau mula hilang pedoman,
mula syok sendiri,
itu yang aku rasa sekarang,

7 May 2016

3 Tahun Sembang Je Lebih

manusia memang susah nak berubah,
termasuk aku sendiri,
padahal dekat FB tu hari-hari je ada "quotes" yang boleh buat kita sentap,
kita sedar tapi tak ambil tindakan,
yang ada di FB akan berakhir di FB.
bukti ada dalam komik Sesembang dari MM Vectoristic
sesembang - MM Vectoristic
komik dalam ni memang penuh dengan realiti kehidupan orang di MALAYSIA,
kartun yang cukup simple,lukisan biasa je, tapi dia punya point luar biasa,
kartun dalam ni akan buat korang "throwback" viral-viral bermula tahun 2013,
komik sesembang
tiket free vs tiket berbayar
komik sesembang
kata sendiri paling baik
komik sesembang
sembang dalam dan luar
bila dah habis baca komik ni,
aku macam tak percaya,
dah 3 tahun tapi trend-trend dalam komik ni masih diamalkan sekarang,
tiada perubahan,

kalau ada baby tu rasanya sekarang dah pandai bercakap,
kita yang pandai befikir ni masih di takuk yang sama.
semuanya hanya sekadar sembang lebat di media sosial,
kalau tak percaya boleh dapatkan komik Sesembang ni

kat PBAKL 2016 pun ada buku ni.
boleh follow up kat Facebook Vectoristic
semoga bermanfaat.

7 Oct 2015

Ada Apa Pada Lelaki Simpanan

novel indie yang mampu mengeluarkan airmata,
kisah lelaki simpanan di sebuah kampung yang entah dari mana,
mereka bukan sebarang lelaki simpanan yang ada,
mereka tidak seghairah tidak seseksi seperti wanita simpanan,
tapi mereka ada sesuatu rahsia yang korang kena baca.
lelaki simpanan
Lelaki simpanan
novel ni tak tebal , tak besar,
memang boleh selit dalam handbag atau pouchbag,
boleh baca sambil duk tunggu bas,LRT,
boleh baca sambil duk tunggu kekasih hati hisap vape , pergi toilet
korang akan nampak bergaya bila baca buku ni di khayalak ramai.
lelaki simpanan
12 pengarang 1 jalan cerita
kisah bermula di sebuah kampung bernama Fatimah Kacip.
dalam masa terdekat mereka ada satu perlawanan bolasepak.
perlawanan yang membabitkan maruah kampung mereka.
dan nak dijadikan cerita pemain-pemai utama bolasepak mereka hilang,
hilang disaat-saat akhir pulak tu
kecoh satu kampung,
kecoh satu kedai makan,
mesyuarat dibuat dan pasukan bolasepak Fatimah Kacip terpaksa mencari pemain simpanan.
dari pemain simpanan itu wujudlah satu pasukan digelar Lelaki Simpanan.
siapa lelaki-lelaki simpanan nie?
boleh ker mereka bermain bola?
mana hilang pemain utama?
lelaki simpanan
Lin Dan pun ada main ?
lelaki simpanan
siapa Bedu McEnro?
kalau nak dibandingkan dengan cerita pasukan bolasepak Harimau Malaya,
cerita lelaki simpanan ni lagi hebat,
kaki kengkang ada , raja gulung takraw ada , yang kena sawan pun ada,
1 watak 1 tajuk kecil,
jadi korang akan akan tahu skill dan sejarah hidup lelaki simpanan ni,
sejarah yang akan buat korang ketawa keseorangan,
skill yang akan buat korang mengeluarkan airmata,

untuk info buku ini dikarang oleh 12 orang pengarang,
12 pengarang 12 jalan cerita kecil,
daripada jalan cerita kecil dibesarkan menjadi satu jalan cerita yang besar,
satu jalan cerita diluar jangkaan,
satu jalan cerita yang tak boleh diterima akal.

dapatkan buku ni di Facebook Sindiket Soljah.
harga memang setanding dengan jalan cerita.
kalau rasa nak beli borong,
beli sekali novel Sepucuk Pistol Di Dalam Laci.
shark dah review tempoh hari kat sini

oh ya,
novel lelaki simpanan  ni genre humour,
bukan novel edisi throback mahupun tangkap cintan.
ini novel memang lawak.
selamat bergelak ketawa.

22 Jun 2015

Gangster Rebut Gerai Mee Goreng

Lunch Hour di bulan puasa apa yang korang buat.
kalau gugurl ada alasan ler kalau masuk bilik yang berkunci tu.
kalau boboy memang nak kena hambat dengan bos buat macam tue.
mungkin ada yang lepak di surau time lunch hour.
ada yang melepak di luar untuk elak rasa bosan di dalam opis.
jangan pula ada yang melepak di kedai apek jual mee goreng.
shark pula habiskan masa lunch hour dengan koleksi buku -buku yang ada

sepucuk pistol di dalam laci
Sepucuk Pistol Di Dalam Laci
untuk minggu ni shark bawa bekal buku dari #indieke
Sepucuk Pistol Di Dalam Laci
ni adalah karya dari Hadi M.Nor
bukan kisah cinta bukan kisah sedih.
ini adalah koleksi cerpen pendek penulis berbentuk humor
beli buku ni dalam bulan 3 tenpoh hari di Pesta Buku Pahang 2015
sekarang dah masuk bulan 6.
nampak tak kat situ jurangnya perbezaan masa untuk baca buku nie.
heheheh.
biar lambat janji feel nak baca tu ada.
jangan baca masuk otak kiri keluar otak kanan.
sia-sia ler korang beli buku tu nanti.

sepucuk pistol di dalam laci
lain dari yang lain
boleh dikatakan cerpen pendek dalam ni semua diluar imaginasi.
penuh dengan lawak,nama karakter yang unik,jalan cerita yang pelik tapi ringkas.

cerita-cerita yang menyakitkan hari pun ada.

boleh tak bayangkan bila ganster KL merebut gerai mee goreng dan cendol.
lepas tu boleh pulak duk buru beruang sampai ke negara jepun.
yang tak boleh tahan ada cerita bintang hijau yang boleh buat sakit hati bila baca.
jauh perbezaan dengan novel-novel drama yang menjadi pujaan sekarang.
kalau rasa nak lain dari yang lain.
korang boleh pilih buku-buku indipenden seperti ini.
memang tak rugi.
nak dapat kat mana?
terjah Facebook Sang Freud Press untuk lebih info buku-buku indipenden
yang pastinya karya-karya penulis indipenden ni memang kreatif dan original.
semoga bermanfaat.


#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370
#kelabbloggerbenashaari