Showing posts with label bolasepak. Show all posts
Showing posts with label bolasepak. Show all posts

21 May 2017

10 Terbaik Gambar Final Piala FA 2017

goL.
goL.
goLLLLLLLL!
goL.
goLLLLLLLL!
begitulah nada gol malam tadi layan Final Piala FA kat rumah...dua gol awal slow dan pendek je bunyi ..lepas tu gegar kejap rumah bila player K-pop tu score...bunyi je wisel penamat terus alih channel layan Running Man...kuciwa.
gambar final piala FA 2017
Dato Seri Mukhriz pun ada malam tadi
tak nak cerita panjang-panjang...semua pun dah tahu perjalanan cerita bola malam tadi...tahniah buat pasukan Kedah juara Piala FA 2017...not bad jugak buat pasukan Pahang.

aku nak share antara 10 yang terbaik gambar Final Piala FA 2017 malam tadi...semua gambar dari photographer agensi gawang.my
gambar final piala FA 2017
penyokong tegar Pahang

gambar final piala FA 2017
penyokong tegar Kedah
gambar final piala FA 2017
chant dari ultras Kedah

gambar final piala FA 2017
chant dari ultras Pahang
gambar final piala FA 2017
aksi di atas padang

gambar final piala FA 2017
aksi di depan pintu gol
gambar final piala FA 2017
hero

gambar final piala FA 2017
kecewa
gambar final piala FA 2017
respect the game
gambar final piala FA 2017
champion
terbaik moment moment yang sempat dkrakam oleh lensa kemera photographer malam tadi..gambar last tu paling win bagi aku.

nak tengok lebih lagi boleh ke facebook gawang.my
mana tahu ada muka korang yang pergi stadium tu kat sana.

Tahniah kedah.
terima kasih Pahang.
jumpa di Piala Malaysia pulak.

18 May 2017

Nilai RM50 Tiket Final Piala FA 2017

harini tiket Final Piala FA 2017 mula dijual...harga tiket jatuh RM50 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.
tiket final piala fa 2017
info penjualan tiket Final Piala FA 2017

Mahal?
biasalah kalau dah permintaan tinggi harga mesti naik punya..nak taknak kena ler beli...kalau tak beli nanti FAM bising kata tak support bolasepak Malaysia pulak...bagi peminat setia harga tiket final itu sudah biasa...kalau pasukan faveret menang berbaloi ler...kalau kalah memang terasa niai RM50 tu...itu baru harga nak masuk stadium..belum lagi kira kos minyak,tol dan makan...menagis kalau difikrkan untuk peminat yang pertama kali nak ke stadium tengok final...yang dah biasa itu le passion dalam bolasepak..

tiket kesemua sekali dijual sebanyak 70ribu keping..kalau sold out tiket final Piala Fa 2017 ni boleh tahan banyak pulangan dia...Rm50 darab 70ribu bersamaan RM3.5juta tu...bayar sekian-sekian aku rasa tak sampai sejuta pun...baki tu kalau dapat masuk poket memang sedap tu.

kalau buka gerai pun sodap jugak ni..jual air ambik untung seringgit...dapat jual separuh daripada bilangan penyokong dapat jugak RM35ribu dalam tangan...tapi itu hanyalah kira-kira kasar...kalau kau sorang buka gerai kat situ memang dapat ler puluhn ribu...kalau puluhan gerai yang ada kira ler sendiri..hehehe..

untuk edisi Final Piala FA aku tak join...tengok skrin besar kat Kuantan je lar nanti...aura piala FA kurang sikit bagi aku...aku lebih minat final Piala Malaysia...tambahan aku rasa Kedah yang akan rangkul Piala Fa kali ni..sorry Pahang...its just my opinion.

korang sokong mana?

14 May 2017

Pahang Ke Final,Chelsea Juara

2 kemenangan berganda buat pasukan faveret bolasepak aku minggu ni...malam tadi Pahang layak ke Final Piala FA 2017...sebelum Pahang , satu lagi team faveret aku dari zaman sekolah menengah , Chelsea dapat title champion untuk liga EPL..owesome.
pahang ke final piala fa 2017
hogoh pahang hogoh
mulakan dulu dengan game malam tadi...tekaan aku sebelum ni untuk ramalan Final Piala FA 2017 nampaknya tepat...Pahang akan lawan Kedah last sekali.

final akan bermain di Stadium Shah Alam pada 20 May...kira-kira minggu depan jer...entah aku sempat turun ker tak Shah Alam nanti..memang rugi kalau final tengok kat TV je..tak feel..kalau pergi stadium tu mana tau terpijak rezeki jumpa jodoh..kalau bukan orang pahang dapat orang kedah pun boleh...tak jauh pun.hahahaha.

satu lagi pasukan faveret bolasepak aku Chelsea pulak dah jadi juara untuk liga EPL...tahun lepas tak ada rezeki nak menang...last jadi juara 2 tahun lepas...dan tak sangka dengan kemasukan pengurus dapat jugak Chelsea juara EPL 2016/17.
chelsea juara epl
chelsea juara EPL 2016/17
ada satu persamaan antara pasukan Pahang dengan Chelsea tahun ni...kalau nak ikutkan tahun lepas kedua-dua pasukan hilang dari radar...masing-masing tak perform dan selalu jugak jadi bahan troll...hahaha..tapi sebagai peminat setia tetap aku sokong...aku bukan penyokong lalang yang nak sokong waktu menang je..

untuk next week dan ramalan untuk Final Piala FA 2017 aku memilih Kedah sebagai pasukan faveret...sorry Pahang...its a fact melainkan ada perubahan dalam kesebelasan utama..walaupun kedah boleh menang aku tetap akan sarung jersi biru kuning...hogoh Pahang hogoh.

siapa pilihan korang final nanti.

1 May 2017

Sorry Negeri Sembilan

Separuh Akhir Piala FA | tamat 90 minit pusingan pertama separuh akhir Piala FA 2017...Alhamdulillah tiada provokasi dan permainan keras malam tadi...game bersekudahan dengan keputusan pahang 1 - 0 Negeri Sembilan.
separuh akhir piala fa 2017
kesebelasan Pahang malam tadi
nampak gayanya rekod tanpa kalah team nogori sebelum ni lebur di Stadium Darul Makmur...sayang sungguh...tapi masih boleh berbangga dengan rekod tanpa kalah di saingan Liga Perdana...kalau nak ikutkan game malam tadi pun hampir-hampir jugak team nogori ni nak kekalkan momentum tanpa kalah...tapi 10 minit terakhir tu boleh pulak terkena kaki permain pertahanan mereka  dan berikan Pahang gol...kiranya macam gol sendiri ler malam tadi.
separuh akhir piala fa 2017
aksi di Stadium Darul Makmur

separuh akhir piala fa 2017
aksi di Stadium Darul Makmur
pasukan Pahang pula macam kurang finishing di bahagian serangan...dah 2 game rasanya permainan agak bosan di Stadium Darul Makmur...game sebelum ni pun hanya mampu seri dengan Felda dalam saingan liga super..harapnya ada perubahan bila bermain di pusingan kedua separuh akhir Piala FA 2017 kat Paroi.
separuh akhir piala fa 2017
aksi di Stadium Darul Makmur

separuh akhir piala fa 2017
aksi di Stadium Darul Makmur
13 May kedua-dua pasukan akan bertembung sekali lagi...kali ni negeri sembilan pulak yang akan jadi tuan rumah...kelebihan untuk team nogori walaupun Pahang menang 1-0...main kat home memang lain feel dia.

satu lagi perlawanan kedah berjaya tewaskan Terengganu dengan keputusan 1-0...nampak macam menarik saingan separuh akhir Piala FA 2017 ni...keempat-empat pasukan masih lagi berpeluang ke Final Piala FA 2017...

siapa yang layak korang rasa..
aku memilih Pahang vs Kedah untuk Final Piala FA 2017.
hogoh pahang hogoh.
sumber gambar : FB Pahang FA

12 Mar 2017

Janna Nick Buat Pahang Susah Suku Akhir Piala FA

sempat jugak malam tadi ke Stadium Darul Makmur untuk piala FA Pahang lawan Melaka...Fullhouse stadium malam tadi berbanding dua game sebelum ni..memang meriah.
piala fa nalaysia 2017
cantik bas Melaka United
piala fa malaysia 2017
penuh stadium Darul Makmur
Alhamdulillah Pahang menang 2-0 walaupun game tak berapa best...masih terkesan kot dengan kekalahan dalam aksi liga super sebelum ni...dah menang automatik layak ke peringkat suku akhir piala FA yang baru je buat undian Live kat TV9 tadi...boleh pulak ada Janna Nick yang aku minat tu buat cabut undian...comel...tapi tangan dia pulak tak bawak untung untuk Pahang..nak marah pun ada...hahahahaha...tapi nak buat macam mana...dah begitu caranya undian dibuat..nasib atau tidak itu je...i still like u Janna Nick.
undian piala fa malaysia 2017
undian piala FA Malaysia 2017
game tak memihak sangat pada pasukan Pahang bila kena lawan JDT untuk peringkat suku akhir...untuk rekod pahang pernah tewas dalam aksi liga super dengan JDT baru-baru ni...sekali lagi game akan jadi tumpuan bila dua pasukan ni bertembung...stadium komfirm penuh..

suku akhir piala FA game timbal balik...jadi ada peluang le kalau kalah game pertama...tengok pada undian piala FA tadi , pasukan Kedah macam mudah untuk ke final...siapa yang akan ke final untuk bertemu Kedah agaknya...Pahang , JDT atau Negeri Sembilan antara pasukan faveret...
suku akhir piala fa malaysia 2017
peringkat suku akhir piala FA 2017
boleh dah beli jersi pasukan faveret masing-masing...bila babitkan piala ni memang lain macam dia punya aura...semua jersi pasukan bolasepak Liga malaysia pernah aku kongsikan sebelum ni..boleh tengok kat entry bolasepak/jersi

target aku untuk pasukan ke separuh akhir...Pahang vs Negeri 9 | Kedah vs Sarawak...betul ke tidak kita jumpa di entry pusingan separuh akhir pulak nanti..

pusingan pertama suku akhir pada 31Mac/1April dan timbal balik pada 21/22April.

jom tengok bola.

19 Jan 2017

Biru Kuning Itu Jersi Pahang 2017

akhirnya keluar jugak jersi yang ditunggu aku...jersi Pahang sudah pun ditunjuk untuk musim liga super 2017...kali ni dengan sponsor baru JAKO...brand sport dari luar negara..
jersi pahang 2017
jersi home pahang 2017
masih lagi kekal dengan warna kuning biru untuk jersi "home" dan hitam putih untuk jersi "away"...nampak smart jersi pahang 2017 dengan jalur menegak macam tu...matching jugak ler dengan warna kuning biru....untuk jersi away pahang 2017 biasa-biasa ajer...dari dulu aku tak berapa minat sangat jersi away pahang ni...jalur hitam putih je sokmo...takdek kelainan.

harga pula katanya hanya RM79.90...murah bebenor ni...musykil pula aku brand sport dari luar negara boleh murah macam ni...dan tak berapa pasti boleh belu kat mana jersi original ni...masih lagi tidak diberitahu umum..
jersi pahang liga super 2017
jersi pahang 2017
selain pahang  , PKNS FC pun baru-baru ni dah tunjuk jersi baru mereka...tiada yang menarik...tapi aku kongsikan jugak...safee sali dah berhijrah ke PKNS untuk musim baru..jersi PKNS ni boleh tahan terang warna dia...macam tak sesuai pulak aku nak sarung kalau beli..
jersi pkns 2017
jersi PKNS FC 2017
liga bolasepak malaysia akan bermula jumaat dan sabtu ini..ada lagi beberapa pasukan belum keluarkan jersi baru mereka..
harini dan esok kita boleh tengok le jersi pasukan Kelantan...tak sabar jugak aku nak tengok yang tu.

dah ada ke jersi yang korang berkenan?

17 Jan 2017

Smart Warna Kuning Jersi Perak 2017

mengancam habis warna kuning jersi Perak Liga Super 2017 kali ni...aku rasa hampir kesemua pasukan keluarkan jersi yang cantik pada musim baru 2017...banyak jugak pilihan yang boleh dibuat untuk koleksi...salah satu yang mesti ada dalam koleksi ialah jersi "home" pasukan Perak The Bos Gaurus...baru keluar secara rasmi malam tadi.
jersi perak 2017
jersi Perak Liga Super 2017
ini adalah rekaan kedua dari syarikat AL Sports selepas jersi pasukan Kedah yang mengancam tue...memang terbaik lah rekaan dari AL Sports...aku berkenan betul dengan corak jersi kuning perak musim ni...tak macam tahun lepas diorang hanya buat plain colour jer...untuk Liga Super 2017 kali ni nampak smart dengan belah kiri ada corak dan belah kanan pula plain...matching pulak jalur warna hitam kat bahagian lengan tue..aku rasa aku boleh pakai jersi kuning macam ni walaupun aku berkulit gelap...tengok player import tu pakai ok jer :)

jersi warna putih pula akan diguna untuk perlawanan "away"...yang jersi away ni rasanya biasa-biasa saja bagi aku..harga original RM119...design smart kualiti bagus memang kena dah harga tue.
jersi perak 2017
jersi home Perak 2017
jersi "home" Perak dah masuk dalam faveret list aku tahun nie...bagi yang berminat boleh dapatkan maklumat di Facebook AL Sports...katanya ada jugak jual yang replica dengan harga RM69...murah tu...jersi perak juga boleh didapati di Al-ikhsan terpilih...sama seperti pasukan Kedah sebelum ini...mereka berkongsi penaja yang sama...
amacam?
ada yang berminat tak nak sarung...kita boleh jadi geng...smart ni yob!

16 Jan 2017

Smart Doh Jersi Terengganu 2017

makin rancak pelancaran jersi baru pasukan Liga Malaysia 2017..hujung minggu baru ni saja beberapa pasukan dah buat majlis pelancaran...jersi Terengganu  dan T-team aku rasa berkenan nak pakai kedua-dua kit "home" dan "away"...minimalist dan simple...bawak kuar gi dating pun smart nie.
jersi terengganu 2017
jersi "home" Terengganu

jersi terengganu 2017
jersi "away" Terengganu
smart boh...warna putih tu nampak stylish sikit dari hitam....harga pula RM129.90...malas nak pertikaikan harga jersi...lain orang lain pendapat...lain orang lain pendapatan mereka...ada yang kata murah ada yang kata mahal..ada yang kata mahal tapi kualiti bagus...bagi aku kalau sedap dipakai berbaloi ler...aku tak pandang pun itu semua...janji smart dimata aku dah...pastu pergi cari kat pasar malam...hahahahahah....Terengganu dan T-Team akan menggunakan design jersi yang sama..cuma yang membezakan adalah penggunaan logo pada dada sebelah kanan...pasukan Terengganu akan bermain di Liga Perdana manakalan T-Team akan bermain di Liga Super..

bagi pendatang baru Liga Super 2017 , Melaka United jugak dah lancar jersi mereka...warna hijau putih menjadi warna untuk jersi utama mereka...manakala untuk jersi away menggunakan warna biru putih...berbanding dengan jersi Terengganu ,  jersi Melaka United agak meriah...
jersi melaka 2017
jersi Melaka 2017

jersi melaka united 2017
pemain Melaka United dengan jersi terbaru 2017
yang ni tak berapa pasti harga dia berapa..puas gak cari...tak jumpa...mungkin akan update selepas ni...minggu ni akan penuh aktiviti pelancaran jersi pasukan liga super 2017...semuanya akan lancar minggu ini sebab hari jumaat dan sabtu sudah pun bermula sepak mula Liga Super 2017...kembali beraksi selepas lama bercuti...

untuk pembelian jersi dan maklumat lanjut mengenai jersi yang ada boleh terjah facebook pasukan bolasepak masing-masing...sekarang hampir kesemua pasukan bola sepak dan kelab penyokong dah ada page...

jersi mana jadi pilihan kali ni.

14 Jan 2017

Jersi Merah Kedah Macam Portugal

jersi baru kedah untuk saingan Liga Super 2017 dah keluar..kit home dan away kali ni nampak macam smart kalau sarung...macam biasa warna hijau kuning menjadi tradisi untuk jersi kedah 2017 "home"...manakala untuk jersi "away" pulak warna merah...
jersi kedah 2017
jersi "home" kedah 2017

jersi kedah liga super 2017
jersi "away" kedah 2017
mula dijual hari ini di cawangan terpilih Al-ikhsan...kalau tak silap Al-ikhsan luar dari negeri kedah belum ada lagi...mungkin tumpu kat negeri Kedah je dulu..harga pula RM109..murah sikir dari jersi limited edition JDT semalam...

berkenan nak sarung jersi away kedah yang warna merah tu...smart ala-ala jersi pasukan bolasepak Portugal...nak pakai warna kuning macam tak sesuai dengan kulit aku yang hitam ni...makin menyerlah pulak nanti...

satu lagi jersi 3rd kedah nampak biasa-biasa ajer...warna kelabu tu rasanya tak ramai yang nak beli...heheheh..anggapanku sahaja...dah nama pun jersi ketiga...mana boleh lawan style dan smart yang nombor satu dan dua.
jersi kedah 2017
jersi kedah liga super 2017
bagi yang berminat boleh dapatkan di Al-ikhsan berdekatan...orang kedah dah bileh dapat hari ini...luar daripada kedah tunggu sahaja post dari facebook Al-ikhsan nanti..

lepas ni team apa pulak ye.

13 Jan 2017

Jersi Limited Edition JDT 2017

menarik pulak tengok jersi special editon pasukan bolasepak JDT untuk musim Liga Super Malaysia 2017...seperti tahun lepas , JDT antara yang terawal buat majlis pelancaran jersi baru...kali ini ada 4 jersi yang boleh dijadikan koleksi buat peminat bolasepak JDT...biasanya mana-mana pasukan hanya keluar 3 jersi sahaja untuk home,away dan third..tapi sempena juara 3x Liga Super diorang keluarkan jersi limited edition tahun ni...
jersu limited edition JDT 2017
jersi limited edition JDT 2017 | sumber : Facebook Johor Southern Tiger
aku memang berkenan dengan jersi special ediotion nie...tak berapa pasti pulak diorang akan guna untuk bermain di "home" atau hanya untuk koleksi peminat...berbanding 3 jersi yang lain hanya nampak biasa-biasa bagi aku..
koleksi pasukan bolasepak JDT 2017 | sumber : Harimau Malaya
harga pula RM139 original...kalau standard pasar malam tak tahuler berapa harga nie..tengok pada grade ler pulak...biasanya untuk jersi grade AAA ni tak sampai RM50 pun sehelai...memang jauh beza kan harga..aku pun memang selalu beli yang jenis grade jer,,nak pakai yang original ni memang tidak ler...

dalam masa dua minggu ni akan penuh jadual pelancaran jersi pasukan bolasepak Liga Super Malaysia..kalau tak silap harini 14haribulan ada pelancaran jersi pasukan Kedah dan Pulau Pinang,..esok pulak hari sabtu meriah...ada empat pasukan buat pelancaran jersi... terengganu / T-Team , Pahang , dan Melaka United...ramai yang ternanti pasukan Melaka United ni termasuk aku...pendatang baru dalam Liga Super malaysia...

kalau jersi smart boleh ler sarung...aku sarung bukan ikut pasukan faveret pasukan pilihan...aku sarung ikut design dan smart...hasrat tahun lepas nak sarung kesemua jersi pasukan liga super malaysia tidak kesampaian,,susah jugak nak collect semua nie..ingatkan senang jer...tahun ni tengok macam mana pulak,,,harap-harap tercapai hasrat tahun nie.

ada peminat JDT kat sini?
mana satu pilihan korang yer.

24 Nov 2016

Tak Perlu Boikot Piala AFF

entah kenapa boleh timbul berita nak boikot piala AFF 2016,
isu yang dimainkan pulak berkenaan dengan pembersihan puak Rohingya,
come on Malaysia , you are better than this,

boikot piala aff
poster boikot Piala AFF Suzuki

tarik diri lepas tu balik Malaysia dengan aman,
sampai Malaysia tengok pekerja Myanmar tengah cuci lantai kat KLIA,
sampai Malaysia tengok pekerja Myanmar tengah jaga kedai,
sampai Malaysia tengok pekerja Myanmar tengah buat bangunan
baca pulak paper terpampang kerajaan jaga baik hubungan diplomatik dengan Myanmar,
baca bahagian sukan tengok pasukan Myanmar sedia hadapi SUKAN SEA 2017 di Malaysia.
SHAME,

tarik diri bermakna kita dah bagi kemenangan percuma kat Myanmar,
Myanmar masuk separuh akhir dengan senang,
tanda support apa macam tu.

dan untuk pengetahuan semua,
hanya perlawanan kumpulan sahaja babitkan perlawanan di Myanmar,
kalau dah masuk separuh akhir dah tak main kat situ dah,
akan bermain di tempat team yang masuk separuh akhir,

sebab tu aku menyokong penuh pasukan harimau malaysia sabtu nanti,
Malaysia akan lawan pasukan Myanmmar untuk slot terakhir ke separuh akhir,
harap sangat boleh kalahkan Myanmar,
at least ada jugak ler semangat solidariti kat situ,
walaupun aku tahu kalah dan memang memang takde beza pun isu Rohingya yang dimainkan.

nak bagi support meh turun masjid jumaat esok,
ada bacaan Doa Qunut Nazilah untuk Rohingya
selepas solat jumaat insyaallah ada bacaan Qunut Nazillah di semua masjid terutama masjid dibawah kendalian JAKIM ( sumber : Sinar harian Online )
doa qunut nazilah untuk rohingya
Doa Qunut Nazilah Untuk Rohingya
lain orang lain pendapat kan,
rambut sama hitam hati lain-lain,
ini pendapat aku sebagai seorang peminat bolasepak,
berbeza pendapat itu biasa,
manusia tiada yang sempurna,
tapi jangan sampai berbeza pendapat sampai bermusuhan,

oh ya sebelum terlupa,
jangan lupa yer kita masih lagi boikot Mcdonald di Malaysia nie,
mungkin yg ni ada yang terlupa.

semoga bermanfaat.

27 Jun 2016

Italy Atau Spain Malam Ini

dua perlawanan terakhir untuk Round Of 16 Euro 2016 harini,
lepas ni Euro 2016 akan berehat sehingga hari Khamis,
untuk malam ni ada satu game yang paling ditunggu peminat Euro 2016,
round of 16 euro 2016
Round Of 16 harini
Spain atau Italy?
kedua-dua ada pasukan ada barisan pemain bintang,
aku tak tahu nak sokong mana,
kedua-dua best bagi aku,
mungkin game akan ditentukan dengan sepakan penalti.
yang menang akan berjumpa pula dengan pasukan Germany di suku akhir,

ada satu lagi perlawanan pada jam 3 pagi.
3 pagi : England vs Iceland
rasanya tiada masalah buat pasukan England untuk menang,
kalau menang , Enland akan bertemu pasukan tuan rumah , France.

selamat menonton
sumber infografik : www.clickuz.com

26 Jun 2016

Suku Akhir Mudah Buat France Dan Germany

seperti semalam,
harini ada 3 perlawanan Round Of 16 Euro 2016,
9 malam : France vs Ireland
12 tengah malam : Germany vs Slovakia
3 pagi : Hungary vs Belgium
round of 16 euro 2016
Round Of 16 euro 2016 - France
tiada yang menarik untuk perlawanan hari ini,
France tiada masalah untuk mengalahkan pasukan Ireland,
begitu juga dengan Germany,
kedua-dua pasukan mempunyai barisan pemain bintang,
jadi rasanya game untuk malam ni mudah untuk predict.

selamat menoton.
sumber infografik : www.clickuz.com

25 Jun 2016

Pusingan Kalah Mati Euro 2016 Untuk Portugal

Euro 2016 diteruskan harini untuk perlawanan 16 pasukan terbaik,
perlawanan kalah mati.
untuk hari ini ada 3 perlawanan,
dan hanya 1 yang menarik minat aku,
berikut adalah waktu perlawanan Round Of 16 Euro 2016
kesemua adalah dalam waktu Malaysia
9 malam : Switzerland vs Poland
12 tengah malam : wales vs Ireland
3 pagi : Crotia vs Portugal
round of 16 euro 2016
round of 16 Portugal
semestinya ini adalah perlawanan yang menarik,
game akan tertumpu pada kemampuan Portugal,
dalam aksi kumpulan Portugal nyaris jugak untuk pulang awal,
kesemua game mereka hanya mampu seri,
pasukan yang ada dalam kumpulan F bukanlah antara pasukan yang hebat,
dan Portugal berada di tangga ketiga keseluruhan,
Crotia pula gah dengan 2 kemenangan dan 1 seri,

susah jugak nak predict game nie,
tapi rasanya aku memilih Portugal untuk menang,
jangan tanya kenapa,
sebab kedua-dua bukan pasukan faveret aku.
mungkin Portugal 2 - 1 Crotia

selamat menonton.
sumber infografik : www.clickuz.com

22 Jun 2016

Jadual Hari Rabu Euro 2016 Waktu Malaysia

empat perlawanan ada hari ini untuk Euro 2016,
perlawanan terakhir babitkan Kumpulan E dan F.
seperti semalam ada dua perlawanan jam 12 tengah malam
12 tengah malam : Iceland vs Autria
12 tengah malam : Hungary vs Portugal
jadual euro 2016 waktu malaysia
jadual euro 2016 hari ini waktu malaysia
perlawanan paling dramatic untuk Kumpulan F,
keempat-empat pasukan masih layak untuk ke peringkat 16 pasukan terbaik,
pasukan pilihan,Potugal harus menang malam ini,
kedua-dua perlawanan sebelum ini,Portugal hanya mampu seri,
sebelum ini Ronaldo dah sia-siakan peluang,
malam ini kita tengok apa jadi.

jam 3 pagi pula babitkan perlawanan Pasukan E
3 pagi : Sweeden vs Belgium
3 pagi : Italy vs Ireland
tiada yang menarik untuk ditonton,
Italy sudah pun layak dan semestinya akan merehatkan pemain-pemain bintang,
Belgium hanya perlu seri dan Sweeden perlu menang.
tapi barisan pemain Belgium dan Sweeden nampak macam menarik jugak,

ini adalah perlawanan terakhir peringkat kumpulan,
selepas ini hanya 16 pasukan terbaik yang akan bertanding,
besok Euro 2016 akan rehat selama 2 hari
perlawanan berikutnya akan bermula hari sabtu jam 9 malam.
nantikan update pada hari sabtu nanti

selamat menonton.
sumber infografik : www.Clickuz.com

21 Jun 2016

Jadual Hari Selasa Euro 2016 Waktu Malaysia

berbeza dari semalam,
hari ini ada empat perlawanan EURO 2016,
kesemuanya perlawanan terakhir dalam kumpulan C dan D
2 perlawanan akan bermula jam 12 tengah malam ini waktu malaysia
12 tengah malam : Ukraine vs Poland
12 tengah malam : Ireland vs Germany
jadual euro 2016 waktu malaysia
jadual hari ini Euro 2016
tumpuan semestinya pada pasukan Germany,
kalau Ireland dan Poland menang malam ni silap-silap team faveret ni balik awal,
ketiga-tiga pasukan dalam kumpulan ni masih ada peluang kecuali Ukraine.
atas kertas Germany macam boleh menang,
barisan bintang pun ramai berbanding Ireland,
tapi apa-apa boleh jadi,

jam 3 pagi ada dua lagi perlawanan,
3 pagi : Republik Czech vs Turkey
3 pagi : Crotia vs Spain
jadual euro 2016 waktu malaysia
jadual euro 2016 hari ini waktu malaysia
dalam Kumpulan D tiada yang menarik untuk ditonton,
Spain sudah pun layak,
mungkin jugak tiada barisan pemain hebat untuk malam nie,
rasanya game pagi nanti akan seri.

esok cuti Nuzul Al-Quran,
peminat Spain tiada masalah ler kot nak berjaga tengok,
aku tak berminat,
cukup dapat tengok Germany dan France,

selamat menonton peminat Germany dan Spain.
sumber infografik : www.clickuz.com

20 Jun 2016

Jadual Hari Isnin Euro 2016 Waktu Malaysia

perlawanan terakhir bagi Kumpulan B hari ini untuk Euro 2016,
ada dua game awal pagi nanti,
kdua-dua bermula jam 3 pagi.
3 pagi : Russia vs Wales
3 pagi : England vs Slovakia
jadual euro 2016 waktu malaysia
jadual euro 2016 hari ini waktu malaysia
tumpuan pagi nanti semestinya pada pasukan England,
England hanya perlu seri dalam perlawanan ini,
tapi andaikata Slovakia dan Wales yang menang,
Rooney dan pasukannya mungkin terpaksa menunggu lagi untuk ke peringkat seterusnya.
say bye bye to geng EPL?

untuk Kumpulan A awal pagi tadi seperti diramal,
France dan  Switzerland layak ke peringkat 16 terbaik,
tak berjaga pun pagi tadi sebab dah tahu kedudukan pasukan mana layak
buang masa je tengok,
tengok highlight pun mereka seri 0-0.
untuk pagi nanti macam nak berjaga tonton game England,,
mana tahu game paling dramatic dapat tengok

buat peminat England,
Selamat Menonton.

sumber infografik : Facebook Clickuz

19 Jun 2016

Jadual Hari Ahad Euro 2016 Waktu Malaysia

harini dah bermula pusingan ketiga Euro 2016,
perlawanan terakhir bagi setiap pasukan dalam kumpulan,
selepas ini hanya 16 pasukan yang terbaik akan ke peringkat seterusnya,

hari ini 2 perlawan bermula jam 3 pagi,
tiada perlawanan jam 9 malam dan 12 tengah malam.
perlawanan babitkan Kumpulan A,
jadual euro 2016 waktu malaysia
jadual euro 2016 waktu malaysia - 3 pagi
tiada yang menarik untuk ditonton.
France sudah pun layak dan semestinya akan turun tanpa bintang,
pemain-pemain utama akan disimpan untuk elak dari kecederaan
Switzerland pula hanya mahukan seri untuk layak ke peringkat seterusnya

satu lagi perlawanan jam 3 pagi
3 pagi : Romania vs Albania
perlawanan untuk merebut tempat ketiga.
siapa menang dia mampu untuk ke peringkat seterusnya.

rasanya harini tak perlu berjaga,
game tak penting dan game yang bosan bila da h ada teman yang layak awal.
Portugal awal pagi tadi mampu seri je,
ini adalah game kedua mereka seri,
silap-silap boleh tersingkir kalau tak menang untuk game terakhir nanti.

buat peminat France semestinya akan tonton bukan.
selamat menonton

sumber infografik : facebook Clickuz

18 Jun 2016

Jadual Hari Sabtu Euro 2016 Waktu Malaysia

harini cuma ada satu perlawanan je yang menarik ditonton euro 2016,
itupun jam 3 pagi,
dua perlawanan jam 9 malam 12 tengah malam bukan pasukan faveret,
9 malam : Belgium vs Ireland
12 tengah malam : Iceland vs Hungary
Ronaldo dan Portugal main jam 3 pagi
jadual euro 2016 waktu malaysia - 3 pagi
kemenangan mudah rasanya buat Portugal,
Austria sebelum ni sudah pun kalah,
tewas di tangan Portugal awal pagi nanti mereka akan pulang awal,
ini adalah perlawanan terakhir untuk pusingan kedua.

selamat menonton
sumber infografik : Facebook Clickuz

17 Jun 2016

Jadual Hari Jumaat Euro 2016 Waktu Malaysia

2 perlawanan menarik hari ini untuk Euro 2016,
bermula jam 9 malam ada Italy.
jadual euro 2016 waktu malaysia
Jadual EURO 2016 harini - 9 malam
Italy sebelum ni sudah pun menang 1 perlawanan,
manakala Sweeden pula seri,
tak tahu siapa yang menang dalam game nie,
tengok macam sama kuat jer,
tapi rasanya kelebihan kepada Italy

kemudian jam 12 tengah malam ada satu perlawanan,
rasanya ramai tak berminat.
12 tengah malam : Republik Czesh vs Crotia
 Spain turun jam 3 pagi
jadual euro 2016 waktu malaysia
Jadual EURO 2016 hari ini - jam 3 pagi
rasanya tiada masalah buat Spain
kalau Turkey kalah dalam game ni maknanyer pulang awal mereka
walaupun pasukan ni bukan pasukan faveret,
tapi jersi pasukan Turkey rasanya paling smart,
geram pula nak sarung,

England semalam hampir jugak nak balik awal,
nasib baik dapat gol last minit,
German pula seri,
menyesal pula berjaga awal pagi,
game bosan,
harap-harap game Spain awal pagi nanti tak bosan

selamat menonton.