Showing posts with label aleesya nurani. Show all posts
Showing posts with label aleesya nurani. Show all posts

21 Dec 2016

Kena Eczema Tahap Satu

dapat berita tak berapa best harini,
anak buah sorang ni kena eczema,
alhamdulillah tahap satu je.
harap-harap tak teruk dan tak merebak.
anak buah dapat eczema
eczema tahap satu
puas jugak duk google penyakit eczema dan rawatan,
boleh tahan banyak produk yang ada,
rawatan  tradisional pun macam-macam ada.
tapi masih terlalu awal untuk dicuba.

tertarik dengan keratan akhbar utusan yang ada menyatakan tiada rawatan ajaib untuk penyakit eczema.
penyakit eczema
keratan akhbar utusan 2015
kalau ikut logik memang betul apa pakar tu cakap,
ramai yang anggap nak rawat kulit eczema ni boleh dengan guna produk losyen mahupun krim,
sampai satu tahap macam-macam ubat dan rawatan dah pergi,
sampai terlupa emosi bayi mahupun kanak-kanak boleh terganggu dengan sikap macam tu.
hati-hati ibubapa diluar sana.(sumber : utusan online 2015)

insyaallah lepas ni nak hantar dia ke klinik pakar kulit dulu,
taknak pandai-pandai guna krim lagi,
harap-harap dia mampu bersabar dulu.
aleesya nurani
the only one anak buah
kesian jugak tengok dia garu tiap-tiap malam.
garu pulak bukan sebarang garu,
penuh kudrat dia garu,
sakit wooo tengok.
umur baru 2 tahun lebih.
bersabarlah Aleesya Nurani.
insyaallah akan dipermudahkan segalanya.

29 Jan 2016

Pengaruh Didi & Friends

Didi & Friends,
sejak ada anak buah ni best pulak layan,
lagu-lagu pun best pulak dengar 
kartun memang kiut ler.
yang paling penting semuanya dalam bahasa melayu.
aku yang duk tengok ni pun boleh karaoke bersama.
didi & friends
3 maskot Didi & Friends
didi & friends
visual menarik
didi & friends
senyap dapat tengok
nak pujuk budak-budak sekarang senang je.
download video didi & friends save dalam smartphone.
senyap ler nanti diorang duk layan,
sambil layan tu sambil joget.
macam anak buah aku sorang ni.
sampai berjangkit kat pakcik dia.
kalau terbuka astro ceria tu memang melekat le kejap duk layan.

kredit pada team yang mengusahakan kartun Didi & Friends,
revolusi baru dalam dunia kartun kanak-kanak.

6 Jan 2016

Jubah Dari Makkah

ada budak tu happy dapat jubah dari makkah,
nenda baru pulang dari umrah last week.
alhamdulillah dipermudahkan segala urusan sewaktu disana.
nenda yang dimaksudkan ialah emak kepada adik ipar shark,
kiranya nenek kepada nurani ler.
gelaran nenda diberi :)

jubah dari makkah
happy dapat 3 pasang jubah
jubah dari makkah
control ayu  
jubah dari makkah
gelang pun dapat jugak
jubah dari makkah
buat-buat comel
untuk dia sahaja dapat 3 pasang jubah,
yang warna hitam ni adalah salah satu daripadanya,
gelang pun dia ada dapat jugak.
tak pasti berapa banyak gelang dia dapat.
beruntung betul kalau jadi cucu sulung nie.
dapat lebih daripada orang lain.
betul tak.

13 Nov 2015

Setahun Sudah Berlalu

aplikasi On This Day pada Facebook ni kadang-kadang berguna jugak,
mengimbau kenagan-kenangan lalu,
sedar tak sedar dah setahun aku jadi pakcik kepada Aleesya Nurani.
satu-satunya anak buah yang ada sekarang.
aleesya nurani
Umur sebulan
gambar diatas muncul harini.
waktu nie kecik molek lagi.
botak dan tembam.
time ni tau tido jer.
aleesya nurani
umur 3 bulan
ini diambil bulan febuary.
kalau tak silap umur ni ketika 3 bulan.
baru nak start meniarap.
pipi pau bermata bulat.
aleesya nurani
umur setahun
dan ini yang terbaru..
dia balik cuti raya Deepavali..
entah apa fesyen rambut ibu dia buat..

sekarang dah setahun lebih.
dah boleh berjalan dan mulut boleh tahan bising.
hahahah..
aleesya nurani
happy hour
gambar-gambar ni memang kena simpan.
kenangan di masa akan datang.
jangan ditanya bila pakcik dia nak dapatkn makcik.
memang tiada jawapan.
hehehehhe,.,

27 Aug 2015

Bila Baby Dah Demam

dah lama tak cerita pasal anak buah shark sorang nie.
aleesya nurani,
aleesya nurani
11 Bulan
pejam celik dah nak setahun bulan september nanti.
26hb september genap setahun,
2 hari selepas hari raya haji.
bila dah nak setahun ni macam-macam ragam ler ada.
yang terbaru kerap pulak demam.
aleesya nurani
budak demam
untuk bulan ni saja dah 2 kali demam,
haritu demam sebab tumbuh gigi,
kali ni tak tahu pulak sebab apa.
demam nak membesar agaknya.
bila tengok baby demam sedih pulak rasanya,
kita yang demam ni pun kadang-kadang tak tahan,
anak buah demam dah rasa sedih,
belum lagi anak sendiri,.
patut ler ada ibu bapa sanggup amik cuti nak jaga baby demam.
kalau jenis cerdik tu memang susah nak telan ubat.
part nie memang susah ler nak suap paksa ubat tu dalam mulut.
kena banyak berlakon kena banyak main psikologi.
kalau tewas jugak kena ambil krusus jaga anak dari orang tua balik.

zaman dah makin moden,
semua petua untuk anak demam ada dalam internet,
mommy-mommy blogger banyak kongsi petua,
jangan harapkan pengasuh semuanya,
bila demam ambil masa untuk bersama anak.
mana tahu lagi cepat sembuh.
harap-harap budak kecik ni pun cepat sembuh nanti.

8 Apr 2015

6 Bulan Bergelar Pakcik

aleesya nurani
Aleesya Nurani dalam pantang
sudah masuk bulan april 2015,
pejam celik pejam celik dah hampir 6 bulan aku bergelar pakcik.
pakcik kepada satu-satunya anak buah yang ada,Aleesya Nurani.
dari mata sepet sudah menjadi bulat matanya.
dari berkepala botak sudah ada rambut.
dari menangis sudah mula pandai mengomel.
kenangan indah semua itu.

gambar atas itu sekitar umur sebulan dia dilahirkan.
time tu rambut hitam pekat dan tumbuh dengan lebat.
sekarang sudah pun berumur 6 bulan,
agak-agak masih sama ke muka dia.
shark kongsikan bersama gambar terbaru anak buah kesayangan sorang nie.
aleesya nurani
6 bulan sengih xdek gigi
aleesya nurani
6 bulan dah pandai posing
masih lagi kiut miut seperti dulu.
hujung tahun ni genap dia satu tahun.
cukup umur satu tahun rasanya baru dia dapat makcik dari pak long dia nie.
insyaallah kalau ada jodoh.

semoga terhibur.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370
#kelabbloggerbenashaari

25 Feb 2015

Berenang-Renang Ke Tepian

aleesya nurani
budak happy dapat mandi kolam
tengok tajuk dah tahu harini nak kongsi cerita perihal my boolat,
cuti CNY tempoh hari bercuti di Bukit Tinggi,
buat pertama kali nurani turun berenang di Kolam,
jum kita tengok aksi aleesya nurani berenang di kolam.
aleesya nurani
perasaan cuak pertama kali turun ke kolam
aleesya nurani
mula membiasakan diri
aleesya nurani
bebas bergerak katanya
aleesya nurani
makan donut bila dah lapar berenang
aleesya nurani
keletihan lepas berenang
akhirnya boolat tewas di kolam,
keletihan agaknya asyik duk kuis kaki dalam air..
hehehe..
semoga terhibur.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayfomh370

21 Jan 2015

Anugerah Terindah Budak Mata Bulat

Wordless Wednesday bersama Aleesya Nurani bermata boolat.

aleesya nurani
mataku bulat?
aleesya nurani
bulat ker?
aleesya nurani
tengok betul-betul
aleesya nurani
kasi tengok lagi..
aleesya nurani
cakkkk~
semoga terhibur.

#PrayForPantaiTimur
#DoaUntukPantaiTimur
#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

7 Jan 2015

Model Tudung Untuk Bayi Perempuan

model tudung bayi
cakkkk..itter pakai tudung
ada gaya tak seorang model tudung untuk bayi perempuan.
kulit putih , mata bulat , pipi bulat,
memang menjadi kegilaan kalau tauke tudung tengok nie.
sebelum ni dah ada yang sponsor untuk dress Aleesya Nurani.
tudung untuk bayi tak pasti ler ada jual atau tidak.
mungkin tidak sesuai lagi peringkat umur bayi untuk memakai tudung.
model tudung bayi perempuan
gaya hisap jari
model tudung bayi perempuan
saya suka saya suka
Alhamdulillah,
genap 3 bulan sudah anak buah shark sorang nie,
sihat dan makin bulat,
katanya sekarang dah sibuk nak merniarap pulak.
itu kena tunggu next entry.
hari rabu adalah hari wordless wednesday untuk Aleesya Nurani.

semoga terhibur

#PrayForPantaiTimur
#DoaUntukPantaiTimur
#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

31 Dec 2014

Ulat Bulu Paling Besar Pernah Ditemui


Ulat bulu paling besar ditemui
shark pun tak pasti ini spesis ulat bulu atau ulat gonggok,
yang pasti size dia memang besar.
size yang besar bagi seorang baby.

jum kita tengok aksi Aleesya Nurani dengan ulat bulu paling besar pernah ditemui.
pertama kali kot dia jumpa spesis ni dalam hidup.
ulat bulu paling besar
terpinga-pinga bila 1st time melihat.
ulat bulu paling besar
mula takut bila letak atas badan dia
ulat bulu paling besar
beranikan diri untuk mencuba
ulat bulu paling besar
yeay~dh berani...ada kawan baru
ulat bulu paling besar
teman seperjuangan akhirnya

semoga terhibur

#PrayForPantaiTimur
#DoaUntukPantaiTimur
#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

17 Dec 2014

Jadikan Malam Ku Lebih Indah


tengok tajuk dah tahu kan itu lirik lagu.
last week Official Video Muzik Lagu Mewangi -Akim sudah pun keluar.
boleh ker laman Youtube - [MV] Mewangi - Akim & Majistret untuk melihatnya.

shark bukan nk kongsi lagu Mewangi harini.
tempoh hari sudah kongsi Lirik Lagu Mewangi kat sini
hari ini cuma nak terjemahkan tajuk diatas dalam bentuk gambar.
seperti biasa model pada hari rabu adalah Aleesya Nurani.
dan hari ini kita tengok telatah dan gaya tidur dia yang sempat dirakam.

aleesya nurani
gaya pertama - sopan santun
aleesya nurani
gaya kedua - hoorey
aleesya nurani
gaya ketiga - i can fly
aleesya nurani
gaya bebas - yeaahhhh

semoga terhibur

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

3 Dec 2014

Dress Aleesya Nurani

hari rabu adalah hari untuk Aleesya Nurani
kali ni nak share dress yang dipakai oleh anak buah shark sorang nie.
dress baby ni memang kiut,
dress ni dijahit oleh rakan shark,
tak boleh dibeli dan didapati di mana-mana kedai.
limited.
dress aleesya nurani
dress hitam putih-cucu orang pahang nie.
dress aleesya nurani
dress reben besar
dress aleesya nurani
dress bunga-bunga
ini pula dress ootd Nurani ketika Majlis Cukur Jambul.
dress ala-ala princess gitu.
dress aleesya nurani
ootd majlis cukur jambul
dress aleesya nurani
lena dibuai mimpi princess
dress ni memang dibuat khas untuk Nurani.
waktu nurani pakai ni umur dia baru sebulan.
rasanya boleh bertahan kot sampai 3-4 bulan kalau tgk dari size dress tue,
berminat?
boleh PM di Facebook shark kalau ada yang berkenan,
insyaallah shark akan usulkan nanti pada rakan shark.
design dan warna terletak pada kreativiti tukang jahit :)

semoga bermanfaat.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

26 Nov 2014

Botak Kesayanganku

sebelum ni dah tengok wajah anak buah shark , Aleesya Nurani di sini,
itu sekitar umur sebulan dan masih berambut lebat,
lepas majlis cukur jambul tempoh hari dia dibotakkan.
nak kata botak licin tak jugak,
botak nombor 1 pakai mesin,
macam mana rupa dia bila botak?
shark kongsikan koleksi Aleesya Nurani kepala botak.
aleesya nurani
kasi can dia tidur umur macam ni
aleesya nurani
tempat permainan sementara.
aleesya nurani
tiada gg tiada masalah
aleesya nurani
dah start main bubling
alessya nurani
tak mandi lagi nie..heheh

ngeh ngeh ngeh..
botak mana pun kalau dah muka baby face tetap geram duk melihatnya.
harini genap dia 2 bulan,
ibunya ada whatsap gambar terbaru hari ini,
katanya berat dia dah cecah 5.4kg.
rindu bangat walaupun baru 2 minggu dia balik ke Klang lepas ibu dia habis pantang disini.
aleesya nurani
#OOTD saya harini ke Klinik :)
semoga terhibur.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370