Header AD

kedaipheromone

Nak Sarung Baju Melayu Eddie Mohaizz

dah dua tahun rasanya aku memilih kurta di hari raya...dan tahun ni aku nak berubah selera pulak..aku rasa macam ramai memilih kurta untuk digayakan di pagi raya tahun ni...dah tak berapa special ler kalau ramai yang pakai nanti..nampak sama jer semua...hehehe..so aku ambil keputusan untuk memilih baju melayu untuk raya 2017...skroll punya skroll kat facebook terjumpa ler satu design yang smart semalam...baju raya Eddie Mohaizz..

A post shared by E D D Y M O H A I Z Z (@eddymohaizz) on


smart wooo..sekali tengok aku dah tertarik cara dia gayakan tu...nampak lain sikit design baju melayu Eddy Mohaizz ni dari patern baju melayu biasa...kolar cekak musang memang patern faveret aku untuk baju melayu...jenis kolar johor ni aku tak berapa berkenan sangat..bukan ler anti dengan JDT..tapi dari dulu aku tak minat kolar teluk belanga..

ala-ala kurta pun ada patern baju melayu ni...ada satu poket jer bahagian depan...labuh pun tak labuh sangat ukuran dia...nak kata patern slim fit pun ada..datang sekali dengan seluar jadi aku tak perlu risau nak cari seluar lain untuk mix and match...kalau taknak pakai sepasang pun aku rasa memang match pakai dengan mana-mana seluar jenis jeans hitam atau skinny....aku try google koleksi EddyMohaizzXaiditnoh tapi tak banyak info yang aku dapat..kecewa jugak...macam susah jer nak dapat baju melayu nie.
eddy mohaizz
smart jugak sarung denga samping | sumber : blog syazwan88

skrol punya skrol lagi dapat tahu baju ni ada jual kat http://www.roopawan.com/
harga RM190 dan aku rasa masih boleh terima harga tu...lagipun baju ni macam special edition sikit...nak dapat kat mana-mana butik macam payah..kira kena ler harga tu..
ada 5 warna kesemuanya..tapi tiga daripada lima warna dah sold out...yang tinggal warna maroon dan warna hijau emerald yang aku kongsikan dalam entry nie...aku lebih tertarik warna ini berbanding maroon..nampak lembut dan simple warna dia.

roopawan
koleksi Eddy Mohaiz di roopawan | sumber : rakan facebook

gaji belum lagi ni...nak harap bonus kerajaan memang jauh ler nak dapart kalau kerja swasta...harap-harap sempat ler aku grab sepasang baju melayu Eddy Mohaizz nie..nak tahu aku sempat beli ker tak kena ler tunggu next entry...kalau senyap tu tandanya tak sempat ler..

hehehe.
ada yang nk sponsor tak?
Nak Sarung Baju Melayu Eddie Mohaizz Nak Sarung Baju Melayu Eddie Mohaizz Reviewed by Shark Kay on Tuesday, June 06, 2017 Rating: 5

3 comments

Post AD

lemonex