16 May 2017

Jadi Pembeli Bertuah Di Hari Raya Dengan Shopee Malaysia

Aiman Tino dah bawak keluar lagu raya...jadi tak salah ler kalau aku pun dah boleh mula buat persedian untuk shopping raya tahun ni...seperti tahun-tahun lepas , shopping online masih menjadi tradisi , masih menjadi faveret untuk aku perhabiskan duit...dan untuk tahun ni aku memilih Shopee Malaysia pulak...katanya ada 45 hari SURPRISE GIVEAWAY kat sini...untung-untung sambil shopping dapat hadiah Samsung S8..wuuuuuuhuu~
shopee malaysia
Shopee Cahaya Raya

menarik tak promosi tu....kerat jari ler kalau cakap tak menarik...silap-silap hadiah giveaway yang kita dapat tu lagi tinggi harga dari belanja shoping kat shopee.com.my...laman web shopee aku dah bookmark...aplikasi shopee pun aku dah download...start harini sampai 30 Jun ler aku akan membulatkan mata kasi cuci mata ni dengan harga-harga sale sempena promosi Shopee Cahaya Raya.

kalau nak ikutkan ini pengalaman pertama untuk aku shopping di Shopee Malaysia...perasaan risau pasal takut barang tak sampai dan barang tak kualiti tu memang ada...tapi nasib baik aku ada rakan yang gila shopping ni dan dia kata kat Shopee ni memang selamat dan lain dari yang lain...

apa maksud dia lain dari yang lain?
dekat platform Shopee ni korang boleh chat atau berhubung terus dengan seller...korang boleh tanya next  stock bila ,postage apa , kualiti macam mana  dan persoalan basic ler bagi seorang buyer...aku rasa ini memang dah cukup bagus ni kalau ada function macam ni...apa-apa soalan terus tanya seller...tak ada lah nanti bila dah shopping barang sampai dapat lain dari yang lain lepas tu meroyan dalam FB...kalau ada apa-apa chat terus dengan seller..not bad Shopee.
pengalaman beli di shopee
pengalaman member kaki shopping kat Shopee

shopee malaysia
boleh chat terus dengan seller

dah terjamin nak beli kat Shopee...next apa lagi , kita cuci mata ler dulu sikit...duk belek-belek semalam rasa macam berkenan pulak tengok promosi handbag satu nie...bukan untuk aku yer..aku masih waras dan beriman...hehehe...6 dalam 1 Leisure Handbag dengan harga hanya RM39.10 sahaja...tak caya boleh tengok kat link ni https://shopee.com.my/-ready-stock-6-in-1-Nylon-Leisure-Handbag-Shoulder-Bag...murah sangat dah ni bagi aku...RM39 dapat 6 beg sekaligus...buat hadiah atau belikan untuk mak bergaya di Hari Raya nanti boleh jugak kan.
promosi shopee malaysia
koleksi warna 6 in 1 Leisure Handbag

leisure handbag 6 in 1
memang cantik kaler ni

pengalaman shopping di Shopee
dah ramai yang beli

tengok pulak kat bahagian komen siap ada orang post lagi gambar barang yang dah sampai...ramai pulak tu yang kasi feedback...rating pun bagus untuk seller nie...satu alagi function yang aku suka kat Shopee...senang untuk seller buat rujukan tentang sesuatu barang bila tengok bahagian komen...ini memang sudah baik...maknanyer aku sorang ler ketinggalan selama ni tak pernah shopping kat Shopee Malaysia.

bagi mereka yang masih belum cuba membeli atas talian di platform Shopee seperti aku , jom ler kita try shopping raya kat sini...ini baru hari pertama aku dah berkenan dekat promosi beg tue...hari-hari mendatang tak tahular...banyak kerja ler abang posmen lepas ni nak hantar barang kat rumah aku...hahaha..

jom terjah Shopee Malaysia.
bagi pengguna smartphone boleh download aplikasi di IOS dan Playstore...lagi mudah nak aksess shopping kat situ.
jangan lupa bookmark website dan rajin-rajin ler tengok tiap-tiap hari...bermula hari ini sehingga 30 Jun Promosi Cahaya Raya Shopee.
sambil shopping sambil menang giveaways..
mana tahu ada rezeki kan jadi pembeli bertuah di Shopee Malaysia.

6 comments:

  1. Tu yang bestnya Shopee, kita boleh chat dengan seller tanya pasal barang. Pastu promo raya pun menarik, 90% diskaun tu!

    ReplyDelete
  2. Lawanya handbag kaler purple tue...pantang tengok handbag.

    ReplyDelete
  3. Amboi murahnya beg smpai 6 beradik. Haishhhhh

    ReplyDelete
  4. Wife saya baru terjebak dengan shopee. Murah sana sebab free postage & postage ditanggung partially oleh shopee dan buyer. Jimatlah jugakkan shopping di sana. Nasib baik budget kurang takdelah shopping sana hanya window shopping. 11street dan lazada wife dah jarang buka asyik ke app shopee je.

    ReplyDelete
  5. Nak belanjer cik sue ke handbeg tu hehheheh

    ReplyDelete