6 May 2017

Final Maharaja Lawak Mega 2017 Ke Laut

ramai ke yang tonton final Maharaja Lawak Mega 2017 malam tadi...aku antara yang menonton tapi hanya mampu tengok pusingan pertama je...pusingan kedua aku dah tak larat nak tengok...boring.
maharaja lawak mega 2017
Final Maharaja Lawak Mega 2017
tak berapa excited malam tadi nak tahu siapa juara Maharaja Lawak Mega 2017...setiap jumaat MLM 2017 memang jadi rancangan hiburan untuk aku sekeluarga...pada awalnya nampak sikit kelainan ler pada tahun ni untuk persembahan mingguan...ada beberapa tema dah diubah dan tak sama seperti MLM sebelum ni..tapi malam tadi memang spoil.

aku tak tahu kenapa MLM masih gunakan tema yang sama setiap tahun...sejak dari zaman Jozan lagi kalau final jer mesti tema bebas dan muzikal...kalau dulu yess boleh pakai sebab dua tema tu yang jadi hit...tapi bila lama-lama jadi bosan gak...kalau diorang guna tema pickup line dan artis malam tadi aku rasa memang lawak...untuk tahun ni memang tema tu yang tiptop..kesian pada yang mengundi malam tadi...buat habis duit jer undi lawak macam tu.
juara maharaja lawak mega 2017
bocey juara MLM 2017
muzikal memang hampeh malam tadi...tema bebas pun aku rasa peserta dah ke laut buat lawak...lawak sama je..bahan sesama member...takdek lawak yang boleh viral ler malam tadi...aku pun tak tengok-tengok keputusan malam tadi..dah bosan lepas persembahan pertama terus alih tengok buah hati Ji Hyo ..lagi lawak.

apa-apa pun tahniah Bocey...banyak jugak menang malam tadi...RM500ribu untuk juara Maharaja Lawak Mega 2017...phew...bikin ustaz dan uztazah FB marah jer ni kalau dapat tahu.

3 comments:

  1. Memang bosan dan hambar, kita tengok persembahan Zero yang first je pastu tertidur. Tapi walau dulu buat tema bebas dan muzikal untuk final tetap best sebab pesertanya mampu berikan yang terbaik, tapi sekarang semua lawak entah apa².

    ReplyDelete
  2. memang membosankan. tp kuatkan hati utk tengok sampai habis.

    ReplyDelete
  3. Saya lagilah tak tengok pon..haha

    ReplyDelete