Header AD

kedaipheromone

Dapat Anak Buah Ketiga

Alhamdulillah semua dipermudahkan buat adik perempuanku...selamat melahirkan anak kedua pada hari jumaat last week...anak buah ketiga untuk aku...yuhuuu.
ank buah
berita gembira
kali ni dapat boboy...ini jugak adik kepada Aleesya Nurani yang selalu aku cerita...alhamdulillah dah dapat sepasang sekarang...

nama diberi Aydan Nurhan...sama dengan kakak dia bermula dengan huruf A & N di awalan nama...berat pulak 2.94kg...lahir pada 28-04...kebetulan hari tu jatuh pada 1 Rejab...semoga ada hikmah disebalik kelahiran anak buah ketiga aku ni.

harap-harap ada ler jodoh untuk pakcik duorang ni sebelum dapat anak buah keempat...hahahah...susah pulak aku nak jawab nanti kalau anak buah tanya mana makcik diorang...jatuh standard pakcik korang nanti.

buat Aydan Nurhan semoga terus diberi kesihatan yang baik dan jadi anak yang baik...tak sabar pulak nak kumpul raya nanti...meriah tahun ni ada 2 kelahiran yang baru dalam keluarga besar.

Dapat Anak Buah Ketiga Dapat Anak Buah Ketiga Reviewed by Shark Kay on Wednesday, May 03, 2017 Rating: 5

2 comments

Post AD

lemonex