22 May 2017

Susah Ke Buat Kuih Kaswi

kuih kaswi...aku tak tahu sejak bila aku minat kuih tradisional ni...seingat aku waktu sekolah dulu memang aku tak sentuh pun kuih kaswi ni..antara bukan kuih faveret aku dulu-dulu...ingat lagi kalau ada kuih ni kat moreh surau memang aku tak sentuh.
kuih kaswi
kuih tradisional kaswi

zaman berlalu dan aku dah mula suka pulak kuih ni...macam pelik pulak...atau dulu aku tersilap rasa kuih yang orang tak pandai buat...atau dulu aku dapat kuih kaswi yang kelapa dia tak fresh...tu yang buat rasa tak sedap tu...
kuih kaswi
dapat yang lembut memang sedap

sekarang boleh katakan selalu jugak aku beli untuk breakfast...5 biji RM2...tak tahulah mahal ke murah...bagi aku OK je harga tu kalau dah sedap...pernah jugak aku tersilap beli yang rasa dia tak sedap...ada yang tak lembut,ada jugak yang kedekut kelapa...pernah sekali dapat yang rasa bahagian hitam tu rasa apa ntah...salah sukatan kuih kaswi memang rugi satu talam.

kuih kaswi ni kalau dapat yang lembut dan kelapa fresh memang sedap...dah nak puasa ni boleh ler tengok kuih ni berlambak kat pasar ramadhan..harap-harap tak dapat yang kelapa dah basi.hehehe.

siapa penggemar kuih kaswi angkat tangan.

21 May 2017

10 Terbaik Gambar Final Piala FA 2017

goL.
goL.
goLLLLLLLL!
goL.
goLLLLLLLL!
begitulah nada gol malam tadi layan Final Piala FA kat rumah...dua gol awal slow dan pendek je bunyi ..lepas tu gegar kejap rumah bila player K-pop tu score...bunyi je wisel penamat terus alih channel layan Running Man...kuciwa.
gambar final piala FA 2017
Dato Seri Mukhriz pun ada malam tadi
tak nak cerita panjang-panjang...semua pun dah tahu perjalanan cerita bola malam tadi...tahniah buat pasukan Kedah juara Piala FA 2017...not bad jugak buat pasukan Pahang.

aku nak share antara 10 yang terbaik gambar Final Piala FA 2017 malam tadi...semua gambar dari photographer agensi gawang.my
gambar final piala FA 2017
penyokong tegar Pahang

gambar final piala FA 2017
penyokong tegar Kedah
gambar final piala FA 2017
chant dari ultras Kedah

gambar final piala FA 2017
chant dari ultras Pahang
gambar final piala FA 2017
aksi di atas padang

gambar final piala FA 2017
aksi di depan pintu gol
gambar final piala FA 2017
hero

gambar final piala FA 2017
kecewa
gambar final piala FA 2017
respect the game
gambar final piala FA 2017
champion
terbaik moment moment yang sempat dkrakam oleh lensa kemera photographer malam tadi..gambar last tu paling win bagi aku.

nak tengok lebih lagi boleh ke facebook gawang.my
mana tahu ada muka korang yang pergi stadium tu kat sana.

Tahniah kedah.
terima kasih Pahang.
jumpa di Piala Malaysia pulak.

20 May 2017

Perang Harga Sportbike Modenas Pulsar

3 model motor terbaru Modenas dah official launch semalam...macam tak percaya pulak modenas berani keluarkan tiga model sekaligus dengan model Pulsar RS200 , Pulsar NS200 dab V15...ketiga-tiga dalam kategori sportbike...bukan model kapcai yang banyak Modenas keluarkan sebelum ni.
modenas pulsar
model terbaru motor modenas 2017
yang paling menarik sekali ketiga-tiga model ni ialah harga dia yang dikatakan agak murah...untuk model Modenas V15 dengan 150cc harga bermula RM5,988...kalau tengok model ni lebih kepada retro design...nampak klasik..
modenas v15
Modenas V15
modenas v15
retro style


model Pulsar NS200 dan Pulsar RS200 antara yang menjadi tarikan semalam..kedua-dua model datang dengan 200cc.....yang membezakan hanyalah Model Pulsar RS200 model fairing dan Pulsar NS200 model naked handle..

untuk Pulsar NS200 harga RM 9,223..pilihan warna rasanya setakat ni hanya warna hitam je...tangki minyak 12liter dan berat 155kg...sesuai digunakan dalam tunggangan harian.
modenas pulsar NS200
Modenas NS200
modenas pulsar ns200
nampak garang

model Pulsar RS200 pulak model seakan-akan superbike...model fairing ni ramai jugak yang berkenan semalam..harga RM11,342...harga tinggi sikit berbanding model NS200 sebab model ni tangki minyak besar dengan 13 liter dan berat 164kg...sesuai untuk tunggangan jarak jauh.
modenas pulsar RS200
Modenas RS200
modenas pulsar RS200
sportbike modenas

mana satu pilihan korang kalau diberi peluang...aku secara peribadi minat model Pulsar NS200 yang naked handle tu...nampak garang dan harga memang tak masuk akal...kalau rasa nak bajet bawak superbike boleh ler angkat satu.

aku nak beli?
rasanya belum lagi kot..tengok memang murah..tapi hild dulu ler..terlalu awal untuk menilai..stakat ni kawasaki Z250 masih jadi faveret .

sumber info : motomalaya.net / paultan.org / Facebook Modenas


18 May 2017

Nilai RM50 Tiket Final Piala FA 2017

harini tiket Final Piala FA 2017 mula dijual...harga tiket jatuh RM50 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.
tiket final piala fa 2017
info penjualan tiket Final Piala FA 2017

Mahal?
biasalah kalau dah permintaan tinggi harga mesti naik punya..nak taknak kena ler beli...kalau tak beli nanti FAM bising kata tak support bolasepak Malaysia pulak...bagi peminat setia harga tiket final itu sudah biasa...kalau pasukan faveret menang berbaloi ler...kalau kalah memang terasa niai RM50 tu...itu baru harga nak masuk stadium..belum lagi kira kos minyak,tol dan makan...menagis kalau difikrkan untuk peminat yang pertama kali nak ke stadium tengok final...yang dah biasa itu le passion dalam bolasepak..

tiket kesemua sekali dijual sebanyak 70ribu keping..kalau sold out tiket final Piala Fa 2017 ni boleh tahan banyak pulangan dia...Rm50 darab 70ribu bersamaan RM3.5juta tu...bayar sekian-sekian aku rasa tak sampai sejuta pun...baki tu kalau dapat masuk poket memang sedap tu.

kalau buka gerai pun sodap jugak ni..jual air ambik untung seringgit...dapat jual separuh daripada bilangan penyokong dapat jugak RM35ribu dalam tangan...tapi itu hanyalah kira-kira kasar...kalau kau sorang buka gerai kat situ memang dapat ler puluhn ribu...kalau puluhan gerai yang ada kira ler sendiri..hehehe..

untuk edisi Final Piala FA aku tak join...tengok skrin besar kat Kuantan je lar nanti...aura piala FA kurang sikit bagi aku...aku lebih minat final Piala Malaysia...tambahan aku rasa Kedah yang akan rangkul Piala Fa kali ni..sorry Pahang...its just my opinion.

korang sokong mana?

16 May 2017

Jadi Pembeli Bertuah Di Hari Raya Dengan Shopee Malaysia

Aiman Tino dah bawak keluar lagu raya...jadi tak salah ler kalau aku pun dah boleh mula buat persedian untuk shopping raya tahun ni...seperti tahun-tahun lepas , shopping online masih menjadi tradisi , masih menjadi faveret untuk aku perhabiskan duit...dan untuk tahun ni aku memilih Shopee Malaysia pulak...katanya ada 45 hari SURPRISE GIVEAWAY kat sini...untung-untung sambil shopping dapat hadiah Samsung S8..wuuuuuuhuu~
shopee malaysia
Shopee Cahaya Raya

menarik tak promosi tu....kerat jari ler kalau cakap tak menarik...silap-silap hadiah giveaway yang kita dapat tu lagi tinggi harga dari belanja shoping kat shopee.com.my...laman web shopee aku dah bookmark...aplikasi shopee pun aku dah download...start harini sampai 30 Jun ler aku akan membulatkan mata kasi cuci mata ni dengan harga-harga sale sempena promosi Shopee Cahaya Raya.

kalau nak ikutkan ini pengalaman pertama untuk aku shopping di Shopee Malaysia...perasaan risau pasal takut barang tak sampai dan barang tak kualiti tu memang ada...tapi nasib baik aku ada rakan yang gila shopping ni dan dia kata kat Shopee ni memang selamat dan lain dari yang lain...

apa maksud dia lain dari yang lain?
dekat platform Shopee ni korang boleh chat atau berhubung terus dengan seller...korang boleh tanya next  stock bila ,postage apa , kualiti macam mana  dan persoalan basic ler bagi seorang buyer...aku rasa ini memang dah cukup bagus ni kalau ada function macam ni...apa-apa soalan terus tanya seller...tak ada lah nanti bila dah shopping barang sampai dapat lain dari yang lain lepas tu meroyan dalam FB...kalau ada apa-apa chat terus dengan seller..not bad Shopee.
pengalaman beli di shopee
pengalaman member kaki shopping kat Shopee

shopee malaysia
boleh chat terus dengan seller

dah terjamin nak beli kat Shopee...next apa lagi , kita cuci mata ler dulu sikit...duk belek-belek semalam rasa macam berkenan pulak tengok promosi handbag satu nie...bukan untuk aku yer..aku masih waras dan beriman...hehehe...6 dalam 1 Leisure Handbag dengan harga hanya RM39.10 sahaja...tak caya boleh tengok kat link ni https://shopee.com.my/-ready-stock-6-in-1-Nylon-Leisure-Handbag-Shoulder-Bag...murah sangat dah ni bagi aku...RM39 dapat 6 beg sekaligus...buat hadiah atau belikan untuk mak bergaya di Hari Raya nanti boleh jugak kan.
promosi shopee malaysia
koleksi warna 6 in 1 Leisure Handbag

leisure handbag 6 in 1
memang cantik kaler ni

pengalaman shopping di Shopee
dah ramai yang beli

tengok pulak kat bahagian komen siap ada orang post lagi gambar barang yang dah sampai...ramai pulak tu yang kasi feedback...rating pun bagus untuk seller nie...satu alagi function yang aku suka kat Shopee...senang untuk seller buat rujukan tentang sesuatu barang bila tengok bahagian komen...ini memang sudah baik...maknanyer aku sorang ler ketinggalan selama ni tak pernah shopping kat Shopee Malaysia.

bagi mereka yang masih belum cuba membeli atas talian di platform Shopee seperti aku , jom ler kita try shopping raya kat sini...ini baru hari pertama aku dah berkenan dekat promosi beg tue...hari-hari mendatang tak tahular...banyak kerja ler abang posmen lepas ni nak hantar barang kat rumah aku...hahaha..

jom terjah Shopee Malaysia.
bagi pengguna smartphone boleh download aplikasi di IOS dan Playstore...lagi mudah nak aksess shopping kat situ.
jangan lupa bookmark website dan rajin-rajin ler tengok tiap-tiap hari...bermula hari ini sehingga 30 Jun Promosi Cahaya Raya Shopee.
sambil shopping sambil menang giveaways..
mana tahu ada rezeki kan jadi pembeli bertuah di Shopee Malaysia.

15 May 2017

Kenapa Fattah Amin Bintang Popular ABPBH

macam mana keputusan Anugerah Bintang Popular Berita Harian tahun nie?
dengar kata ramai yang tutup TV malam tadi lepas tahu cik abam Fattah Amin dapat award paling popular...ahhahaha...tergelak jugak ler aku dengar pagi tadi...nak tengok malam tadi tak sempat...kalau tengok pun aku rasa sama macam yang lain kot..tutup TV.
fattah amin abpbh
Fattah Amin bersama kelab peminat beliau | sumber : BHarian

tak ada apa yang nak aku pertikaikan...kalau dah itu rezeki dia kan...tambahan pulak anugerah ni pun adalah hasil undian peminat...kalau dah nama undi peminat semestinya yang muda-muda dan yang ada gaya  je yang  akan bolot...yang veteran-veteran atau yang betul-betul berkualiti ni kena tunggu anugerah kat RTM...hehehe..biasanya kat situ je anugerah yang diadili oleh juri profesional.

aku ingatkan Neelofa yang dapat...tak sangka rezeki skandal dia pulak kali ni...hahaha...macam biasa ler Neelofa malam tadi memang cantik...haishhh....cun melecun dengan warna merah...siapa lah yang bertuah dapat anak dara cik siti wan kembang nie...takkan Fattah Amin lagi kot...memang murah rezeki dia kalau macam tu.

A post shared by @abpbh3.0 on

tahniah buat kelab peminat Fattah Amin...kalau tak silap nama kelab diorang The FA Team...tahniah sebab usaha korang semua berbaloi...peduli apa artis kesayangan korang kena kecam ke apa...janji menang..

yang tak habis-habis nak dengki tu telan air liur je lar...kalau dah tertulis tu rezeki dia kita kena terima...rezeki dia selepas kena hentam dan kecam sebelum ni...

nasib baik aku tak tengok malam tadi.
hahahahah.

14 May 2017

Pahang Ke Final,Chelsea Juara

2 kemenangan berganda buat pasukan faveret bolasepak aku minggu ni...malam tadi Pahang layak ke Final Piala FA 2017...sebelum Pahang , satu lagi team faveret aku dari zaman sekolah menengah , Chelsea dapat title champion untuk liga EPL..owesome.
pahang ke final piala fa 2017
hogoh pahang hogoh
mulakan dulu dengan game malam tadi...tekaan aku sebelum ni untuk ramalan Final Piala FA 2017 nampaknya tepat...Pahang akan lawan Kedah last sekali.

final akan bermain di Stadium Shah Alam pada 20 May...kira-kira minggu depan jer...entah aku sempat turun ker tak Shah Alam nanti..memang rugi kalau final tengok kat TV je..tak feel..kalau pergi stadium tu mana tau terpijak rezeki jumpa jodoh..kalau bukan orang pahang dapat orang kedah pun boleh...tak jauh pun.hahahaha.

satu lagi pasukan faveret bolasepak aku Chelsea pulak dah jadi juara untuk liga EPL...tahun lepas tak ada rezeki nak menang...last jadi juara 2 tahun lepas...dan tak sangka dengan kemasukan pengurus dapat jugak Chelsea juara EPL 2016/17.
chelsea juara epl
chelsea juara EPL 2016/17
ada satu persamaan antara pasukan Pahang dengan Chelsea tahun ni...kalau nak ikutkan tahun lepas kedua-dua pasukan hilang dari radar...masing-masing tak perform dan selalu jugak jadi bahan troll...hahaha..tapi sebagai peminat setia tetap aku sokong...aku bukan penyokong lalang yang nak sokong waktu menang je..

untuk next week dan ramalan untuk Final Piala FA 2017 aku memilih Kedah sebagai pasukan faveret...sorry Pahang...its a fact melainkan ada perubahan dalam kesebelasan utama..walaupun kedah boleh menang aku tetap akan sarung jersi biru kuning...hogoh Pahang hogoh.

siapa pilihan korang final nanti.

13 May 2017

Kesan Cakar Yang Panjang Dapat Waktu Tidur

panjang pulak aku kena cakar waktu tidur malam tadi...tak tahu ler dapat dari mana...nak kata kucing jauh sekali...bangun pagi tadi tak terasa apa-apa...bila mandi tu baru terasa pedih...terkezut jugak ler aku tengok ada kesan cakar lepas bangun tidur kat lengan ni..
kesan cakar lepas bangun tidur
panjang wei kena cakar
boleh tahan panjang jugak kena...dari bahagian siku sampai ketiak...nasib baik tak terasa sakit...pedih waktu mandi je lar baru terasa...waktu mandi tu aku dah pikir bukan-bukan dah...haishhhh.

bila aku google je kena cakar waktu tidur ada ler beberapa story yang keluar...semuanya cerita yang kurang menyenangkan aku...semua cerita hantu,jin dan syaitan keluar...aku ni dah ler tak berapa nak percaya sangat benda-benda mistik camni...walaupun tak percaya tapi aku tetap minta dijauhkan semuanya...iman tak kuat nak hadap ni...
kena cakar waktu tidur
macam kena cakar kucing

kena cakar
ada kata kena cakar rimau
aku cuba jugak ingat balik apa yang aku buat semalam..mana tahu ada sangkut paut ker.

petang semalan aku ada buat kerja berat..ada angkat kotak dan angkat benda-benda berat...nak sedapkan hati aku pikir mungkin kesan calar dapat dari situ kot.heheheh..mandi petang semalam tak tertengok pulak aku ada ke tak kesan calar ni...harap-harap betul lah tekaan ku..

tapi kalau betul-betul kena kacau waktu tidur nampak gaya kena buat something ler malam ni...dengar Al-Quran?

entahler...harap-harap malam ni tiada apa yang berlaku...mungkin ada jawapan untuk aku nanti...ada sesiapa ke yang boleh share kesan calar ni...rasanya ada kot yang pernah kena ni..share sikit mana  yang patut ye.

8 May 2017

Jom Try Main Spinner

minggu ni macam banyak pulak muncul gambar Spinner keluar kat timeline facebook...aku pulak jenis jari yang tak reti duduk diam rasa macam nak beli jer satu...rasanya setakat ni tak ramai lagi seller online yang jual menatang nie...mungkin sebab ramai lagi tak tahu kewujudan  gajet ni dan jugak ramai jugak yang tak tahu apa kegunaan sebenar Fidget Spinner nie...
fidget spinner
Spinner
pernah tak korang atau mana-mana member korang kalau dalam bilik meeting tu asyik duk main pen jer...kalau yang ada skill tu boleh siap main pusing-pusing lagi...tengah bosan-bosan ngadap kerja asyik duk main picik-picit jer pen tue...yang ni agak annoying sikit ler..buatnyer ada orang sakit gigi kadang-kadang bunyi pen tu boleh jadi marah wooo...untuk kes-kes macam ni , Spinner adalah ubat untuk diorang.

tengok macam mainan bodo jer kan...tak ada apa yang menarik pun..tapi percayalah kalau dah start pegang dan pusing toys ni memang gian ler jadinya...cara main dia senang jer...kepit Fidget Spinner kat tengah-tengah tu dengan ibu jari dan jari hantu...lepas tu pusingkan ajer dengan mana-mana jari korang...spinner tu akan berpusing dan jari korang akan sentiasa nak pusingkan blade spinner tue...tak paham apa yang aku cakap boleh cari kat youtube...
spinner malaysia
cara bermain spinner
spinner
Spinner berpusing
sesuai untuk semua peringkat umur..tapi kena hati-hati dan alert...ada setengah Spinner tak sesuai untuk kanak-kanak...biasanya model untuk kanak-kanak diperbuat daripada palstik...dan untuk orang dewasa ada pelbagai jenis dan boleh modify sendiri....nak yang berat ada , nak yang bilah banyak ada , nak yang stylist pun ada...memang gian ler kalu dapat benda nie...selagi boleh pusing jari tu akan duk pusing jer Spinner tue..dan kalau ada yang kreatif korang boleh buat macam-macam trick dengan Spinner ni..saper kreatif dia memang akan kelihatan cool...

harga pulak bermula dari RM8 bagi yang basic...ada jugak yang harga RM40 mengikut patern...bagi yang berminat boleh contact seller sorang ni kat facebook...trusted seller..boleh buat COD dan Pre-Order jugak..boleh add dan PM beliau di Facebook/Jean Gallyot...

jom try main Spinner pulak.

6 May 2017

Final Maharaja Lawak Mega 2017 Ke Laut

ramai ke yang tonton final Maharaja Lawak Mega 2017 malam tadi...aku antara yang menonton tapi hanya mampu tengok pusingan pertama je...pusingan kedua aku dah tak larat nak tengok...boring.
maharaja lawak mega 2017
Final Maharaja Lawak Mega 2017
tak berapa excited malam tadi nak tahu siapa juara Maharaja Lawak Mega 2017...setiap jumaat MLM 2017 memang jadi rancangan hiburan untuk aku sekeluarga...pada awalnya nampak sikit kelainan ler pada tahun ni untuk persembahan mingguan...ada beberapa tema dah diubah dan tak sama seperti MLM sebelum ni..tapi malam tadi memang spoil.

aku tak tahu kenapa MLM masih gunakan tema yang sama setiap tahun...sejak dari zaman Jozan lagi kalau final jer mesti tema bebas dan muzikal...kalau dulu yess boleh pakai sebab dua tema tu yang jadi hit...tapi bila lama-lama jadi bosan gak...kalau diorang guna tema pickup line dan artis malam tadi aku rasa memang lawak...untuk tahun ni memang tema tu yang tiptop..kesian pada yang mengundi malam tadi...buat habis duit jer undi lawak macam tu.
juara maharaja lawak mega 2017
bocey juara MLM 2017
muzikal memang hampeh malam tadi...tema bebas pun aku rasa peserta dah ke laut buat lawak...lawak sama je..bahan sesama member...takdek lawak yang boleh viral ler malam tadi...aku pun tak tengok-tengok keputusan malam tadi..dah bosan lepas persembahan pertama terus alih tengok buah hati Ji Hyo ..lagi lawak.

apa-apa pun tahniah Bocey...banyak jugak menang malam tadi...RM500ribu untuk juara Maharaja Lawak Mega 2017...phew...bikin ustaz dan uztazah FB marah jer ni kalau dapat tahu.

4 May 2017

Single Terbaru Maaf Dari Biru Band

Biru Band Maaf | kalau ada peminat band dari indonesia mesti kenal dengan Biru Band ni...dulu sekitar tahun 2013 pernah popular dengan lagu Pacar Yang hilang...sekarang muncul dengan single yang baru bertajuk Maaf.
lagu maaf biru band
Single Baru Biru Band-Maaf
Lirik official video sudah pun ada di Youtube...korang boleh ke pautan Youtube/Biru Band - Maaf...lirik yang agak simple dengan melodi yang slow rasanya boleh hit lagi sekali lagu ni.

kalau dah hit tu ramai ler yang nak request lagu ni buat caller ringtone...semua telco di Malaysia dah ada lagu Maaf - Biru Band...boleh pilih seperti dibawah.
MUAT TURUN NADA DERING
  • Maxis CallerRingtones -- Dial *131*563937# tekan Call/Hantar
  • DiGi CallerTunes -- Dial *233*1330489# tekan Hantar/Call
  • Celcom CallMeTones -- Dial *323*282685# tekan Call/Hantar
  • U Mobile ColourTones -- Taip CRM 6371645 dan hantar ke 28383

kalau tak puas dengar dan nak dengar berulang kali boleh ke pautan berikut.


buat pasangan yang sedang bergaduh tu rasanya lagu ni sesuai untuk korang request dan dedikasi lagu ni kat pasangan masing-masing...mana tahu sejuk hati dia dengar...tajuk lagu pun dah tahu apa maksudnya kan...semoga terhibur dengan single baru Biru Band - Maaf.

3 May 2017

Dapat Anak Buah Ketiga

Alhamdulillah semua dipermudahkan buat adik perempuanku...selamat melahirkan anak kedua pada hari jumaat last week...anak buah ketiga untuk aku...yuhuuu.
ank buah
berita gembira
kali ni dapat boboy...ini jugak adik kepada Aleesya Nurani yang selalu aku cerita...alhamdulillah dah dapat sepasang sekarang...

nama diberi Aydan Nurhan...sama dengan kakak dia bermula dengan huruf A & N di awalan nama...berat pulak 2.94kg...lahir pada 28-04...kebetulan hari tu jatuh pada 1 Rejab...semoga ada hikmah disebalik kelahiran anak buah ketiga aku ni.

harap-harap ada ler jodoh untuk pakcik duorang ni sebelum dapat anak buah keempat...hahahah...susah pulak aku nak jawab nanti kalau anak buah tanya mana makcik diorang...jatuh standard pakcik korang nanti.

buat Aydan Nurhan semoga terus diberi kesihatan yang baik dan jadi anak yang baik...tak sabar pulak nak kumpul raya nanti...meriah tahun ni ada 2 kelahiran yang baru dalam keluarga besar.

1 May 2017

Sorry Negeri Sembilan

Separuh Akhir Piala FA | tamat 90 minit pusingan pertama separuh akhir Piala FA 2017...Alhamdulillah tiada provokasi dan permainan keras malam tadi...game bersekudahan dengan keputusan pahang 1 - 0 Negeri Sembilan.
separuh akhir piala fa 2017
kesebelasan Pahang malam tadi
nampak gayanya rekod tanpa kalah team nogori sebelum ni lebur di Stadium Darul Makmur...sayang sungguh...tapi masih boleh berbangga dengan rekod tanpa kalah di saingan Liga Perdana...kalau nak ikutkan game malam tadi pun hampir-hampir jugak team nogori ni nak kekalkan momentum tanpa kalah...tapi 10 minit terakhir tu boleh pulak terkena kaki permain pertahanan mereka  dan berikan Pahang gol...kiranya macam gol sendiri ler malam tadi.
separuh akhir piala fa 2017
aksi di Stadium Darul Makmur

separuh akhir piala fa 2017
aksi di Stadium Darul Makmur
pasukan Pahang pula macam kurang finishing di bahagian serangan...dah 2 game rasanya permainan agak bosan di Stadium Darul Makmur...game sebelum ni pun hanya mampu seri dengan Felda dalam saingan liga super..harapnya ada perubahan bila bermain di pusingan kedua separuh akhir Piala FA 2017 kat Paroi.
separuh akhir piala fa 2017
aksi di Stadium Darul Makmur

separuh akhir piala fa 2017
aksi di Stadium Darul Makmur
13 May kedua-dua pasukan akan bertembung sekali lagi...kali ni negeri sembilan pulak yang akan jadi tuan rumah...kelebihan untuk team nogori walaupun Pahang menang 1-0...main kat home memang lain feel dia.

satu lagi perlawanan kedah berjaya tewaskan Terengganu dengan keputusan 1-0...nampak macam menarik saingan separuh akhir Piala FA 2017 ni...keempat-empat pasukan masih lagi berpeluang ke Final Piala FA 2017...

siapa yang layak korang rasa..
aku memilih Pahang vs Kedah untuk Final Piala FA 2017.
hogoh pahang hogoh.
sumber gambar : FB Pahang FA