Header AD

kedaipheromone

Sumayyah Kembali Diingati

Sumayyah Hijjaz | menjadi siulan pulak lagu Sumayyah selepas kumpulan Hijjaz menyayikan kembali lagu ini untuk konsert pengenalan Gema Gegar Vaganza di Astro hari sabtu baru-baru ini...lagu ni terdapat dalam album Hijjaz - Jalan Bahagia pada tahun 2002...selepas 15 tahun lagu ini hidup kembali...
gema gegar vaganza
Hijjaz Di Gema Gegar Vaganza
bila kali terkahir dengar nasyid?
bagi pendengar radio ikim FM memang setiap masa akan diputarkan lagu-lagu nasyid...tapi orang macam aku ni yang tak berapa nak sedar diri lagi , yang bajet hipster dan bajet raver biasanya dengar Era , Hot , Fly atau Hitz jer...kebiasaan lagu nasyid akan diputarkan sebelum azan...dan kat situ boleh kira ler berapa kali jer lagu nasyid dimainkan...hehehe..

tak sangka pulak kemunculan Hijjaz dengan lagu Sumayyah baru-baru ni sikit memberi impak...aku taknak sentuh lagi dengan Konsert Gema Gegar Vaganza...itu akan aku update selepas konsert kedua nanti....aku lebih berminat nak bercerita tentang lagu Sumayyah...ramai yang tersentuh dengar lagu tu baru-baru ni...ada yang menangis katanya...trending di media sosial lagu Sumayyah lepas tu.

aku sendiri dah tak berapa nak ingat bila aku mula mengenali pengorbanan Sumayyah ni...kalau tak silap waktu belasan tahun di sekolan menengah...itupun aku pasti dalam silibus pelajaran sekolah atau aku dengar ustaz bercerita....antara yang masih segar dalam ingatan ialah seksaan terhadap Sumayyah sekeluarga.
  • Rumah mereka dibakar
  • kaki tangan diikat dan diheret ke padang pasir
  • dicucuk dengan besi panas
  • ditikam dengan lembing
  • dicungkil biji mata
  • dibenam kedalam air
itulah seksaan yang diterima Sumayyah sekeluarga kerana enggan tunduk kepada Abu Jahal yang menyuruh mereka menyembah berhala...kalau hayati lirik lagu Sumayyah ni memang betul ler pengorbanan Sumayyah seperti digambarkan....tak hairanlah ada yang menangis tempoh hari.

tak hairan lah kalau lagu Sumayyah ni akan lebih kerap diputarkan di radio lepas nie...siapa tahu kan.

Sumayyah Kembali Diingati Sumayyah Kembali Diingati Reviewed by Shark Kay on Tuesday, April 11, 2017 Rating: 5

4 comments

  1. kalau kat IKIM fm kisah para sahabat anbiya diceritakan setiap hari selasa jam 5.15 petang shark.. mungkin boleh cari masa dengar lepas ni.. seronok!

    ReplyDelete
  2. Ustazah cerita pasal kisah summayyah dan suaminya kena seksa dulu ni, Allah betapa kuatnya diri dan iman dia. Memang sedih

    ReplyDelete
  3. Akak suka lagu sumayyah...pengorbanan dia sgt agung...kalau dengar dgn teliti lagunya bulu roma akak naik dan rasa meremang...besar jasanya

    ReplyDelete