Header AD

kedaipheromone

Pocket Rocketman Hero Sukan Baru Malaysia

Azizulhasni Awang Juara Dunia Keirin 2017 | mungkin inilah hero sukan yang baru untuk Malaysia selepas Lee Chong Wei dan Nicol David...idola baru...sumber inspirasi yang baru untuk mereka yang mudah dan cepat putus asa...Azizulhasni Awang ialah juara dunia keirin 2017 selepas 10 tahun mencuba.
juara dunia keirin 2017
Azizul juara dunia keirin 2017

10 Tahun Gagal , 10 Tahun Mencuba
full respect aku berikan kepada azizul atas kejayaan dia malam tadi...bukan sebab dapat title juara dunia...tapi atas usaha dan semangat dia selama 10 tahun untuk menjadi yang terbaik di dunia...10 tahun dia cuba...10 tahun jugak dia gagal...10 tahun jugak dia sabar...dan akhirnya malam tadi pengorbanan dia dibalas dengan gelaran juara dunia.

refresh balik sukan Olimpik 2016 tahun lepas yang dia dapat pingat gangsa untuk Malaysia...aku memang kecewa dia dapat gangsa jer...sebab waktu tu aku rasa dia di prestasi yang terbaik dan dia sendiri yakin dia dapat emas...kecewa punya pasal sampai rasa macam dah taknak support dia lagi...hahaha..kejam tak...biasalah kalau dah nama pun penyokong....nak tahu menang jer...kalah kita bash...mungkin sebab tu jugak aku bukan dilahirkan sebagai seorang ahli sukan...hati tak kental.

10 tahun bukan sekejap...10 tahun tu kiranya macam kau ada anak baru lahir dan besarkan dia sehingga dia darjah 4...rambut yang hitam pun rasanya boleh jadi putih sepanjang tempoh tu...mampu ker kita nak bersabar dan berusaha selama 10 tahun...tak ramai yang mampu...tengok saja owner-owner cafe hipsters yang semangat membara nak berniaga...tapi disebabkan terlalu banyak persaingan ramai jugak yang surrender...ramai jugak yang bungkus...ramai yang tewas walaupun aku rasa trend hipster ni baru setahun jagung wujud di Malaysia.

dua tiga hari ni memang penuh ler cerita pasal kejayaan The Pocket Rocketman...berita utama malam ni mesti fokus pada sukan dahulu...kejayaan yang sememangnya perlu diraikan...perlu dibanggakan...juara dunia tu...bukan juara asia atau juara negeri.

agaknya lepas ni ramai ler yang serbu kedai basikal...raket tennis dan raket badminton dah boleh gantung...hehehehe.


Tahniah Azizulhasni Awang.
Tahniah The Pocket Rocketman
You got my respect bro!

Pocket Rocketman Hero Sukan Baru Malaysia Pocket Rocketman Hero Sukan Baru Malaysia Reviewed by Shark Kay on Friday, April 14, 2017 Rating: 5

1 comment

Post AD

lemonex