Header AD

kedaipheromone

Al-Fatihah Buat Adik Thaqif

Pelajar Tahfiz Mohamad Thaqif Meninggal Dunia | agak mengejutkan juga berita yang baru ni...Allahuakbar...lepas satu-satu terjadi pada beliau akhirnya disahkan menghembus nafas terakhir petang tadi...sumber - Sinar Harian

baru berusia 11 tahun...insyaallah syurga menanti mu wahai adik Thaqif.

imbas balik le apa yang terjadi pada arwah Adik Tarqif ni..

  • disebat di tapak kaki kerana membuat bising didalam surau
  • arwah bersama 15 rakan lain disebat menggunakan getah paip tapi sebat dalam keadaan ringan sahaja
  • arwah mengadu sakit dan ibunya meletakkan ais di tapak kaki atas nasihat doktor
  • sakit berterusan , kaki arwah menjadi biru , doktor masih belum tahu punca dan ibunya memberikan ubat tahan sakit kepunyaanya yang baru lepas bersalin ( sumber : Hmetro )
  • dibawa keluar dari madrasah dan  dihantar masuk ke Hospital Sultan Ismail..Doktor sahkan ada darah beku dan jangkitan kuman merebak ke buah pinggang.
  • Doktor terpaksa memotong kedua-dua belah kaki dari terus merebak ( sumber : Sinar Harian )
  • kemudian arwah berada dalam keadaan koma dan tangan kanan menjadi hitam akibat jangkitan kuman pada tisu dan sel darah ( sumber : kosmo )
  • arwah ada menulis nota dalam buku yang mengatakan beliau sering dipukul warden ( sumber : Metro )
  • warden ditahan dan direman polis..warden ada rekod jenayah lampau dan pernah dipenjara 30 bulan ( sumber : Metro )
  • darah beku di tangan kiri pula...doktor sarankan tangan kanan dipotong dan pihak keluarga tidak bersetuju ( sumber : Sinar )
  • tak lama selepas itu keluarga bersedia sekiranya pemotongan tangan kanan diperlukan bagi menyelamatkan nyawa ( sumber : Mstar )
  • pembedahan tangan ditangguh selepas jantung adik Taqiff tak stabil ( sumber : kosmo )
  • selepas mengalami kemerosotan kesihatan sejak 31Mac lalu, arwah menghembuskan nafas terakhir jam 2:05 petang tadi.Al-Fatihah
sedih...begitu besar dugaan yang dihadapi arwah...taknak ler aku timbulkan isu siapa yang bersalah...biarlah pihak polis menjalankan tugas mereka...harapan besar diberikan agar kes ini dapat diselesaikan dan dapat memberi jawapan apa sebenar yang terjadi.

Al-Fatihah.
Al-Fatihah Buat Adik Thaqif Al-Fatihah Buat Adik Thaqif Reviewed by Shark Kay on Wednesday, April 26, 2017 Rating: 5

8 comments

  1. Sedihnya Kak Sue Shark.. huhuhu.. semoga syurga tempat mu nak..

    ReplyDelete
  2. Innalillah...insyaallah ke syurga arwah...

    ReplyDelete
  3. Sedihnya... Al Fatihah untuk arwah adik Thaqif, dan takziah utk family

    ReplyDelete
  4. Ade typo kat banner atas. Lifestlye blogger. LIFESTYLE

    ReplyDelete
  5. Huhuhu..Al-Fatihah utk anak syurga ni..

    ReplyDelete
  6. al-fatihah..sebak baca kisah adik ni,moga keluarganya tabah dan kuat ats kehilangan ank tercinta

    ReplyDelete

Post AD

lemonex