27 Apr 2017

Meleleh Tengok Mazda 2 Sedan

Mazda 2 Sedan 1.5 Skyactiv | harini terliur tengok sebiji kereta model Mazda 2 Sedan milik client kat tempat aku bekerja...phew...seksi body kereta ni.
mazda 2 sedan 1.5 skyactiv
Mazda 2 sedan
aku ni bukan lah pakar sangat pasal kereta...google punya google jumpa jugak model kereta ni...Mazda 2 Sedan 1.5 Skyactiv...kalau tengok pada gambar iklan tak secantik ini...tak seseksi yang ini.

skodeng punya skodeng rsanya kereta ni dah modified pakai bodykit...tayar pun dah tukar...ada sirkit..dan tambahan aksesori warna merah di beberapa bahagian...dalam pulak nampak mewah dengab seat kulit hitam..memang smart dan pandai owner kereta ni makeup...kereta warna putih memang matching dengan aksesori warna merah.
mazda 2 sedan
dah makeup dengan bodykit

mazda 2 sedan 1.5
sporty look
tak berapa pasti aku model ni tahun berapa keluar...tengok kat website mazda malaysia harga sekitar RM90k...boleh tahan jugak ler harga...tak mahal tak murah...berkenan pulak aku tengok kalau lama-lama

bukan lelaki maskulin kalau tak minat kereta...antara mampu dan tak mampu je untuk memiliki kereta idaman...kehendak dan keperluan belakang kira...kalau perlu tapi tak mampu boleh blacklist nama nanti kalau sangkut bayar..

aku nak pakai kereta ni?
insyaallah kalau dipermudahkan pintu rezeki...kereta idaman seorang lelaki maskulin sebelum ni pun tak tercapai- capai lagi.

smart tak model ni?

26 Apr 2017

Al-Fatihah Buat Adik Thaqif

Pelajar Tahfiz Mohamad Thaqif Meninggal Dunia | agak mengejutkan juga berita yang baru ni...Allahuakbar...lepas satu-satu terjadi pada beliau akhirnya disahkan menghembus nafas terakhir petang tadi...sumber - Sinar Harian

baru berusia 11 tahun...insyaallah syurga menanti mu wahai adik Thaqif.

imbas balik le apa yang terjadi pada arwah Adik Tarqif ni..

  • disebat di tapak kaki kerana membuat bising didalam surau
  • arwah bersama 15 rakan lain disebat menggunakan getah paip tapi sebat dalam keadaan ringan sahaja
  • arwah mengadu sakit dan ibunya meletakkan ais di tapak kaki atas nasihat doktor
  • sakit berterusan , kaki arwah menjadi biru , doktor masih belum tahu punca dan ibunya memberikan ubat tahan sakit kepunyaanya yang baru lepas bersalin ( sumber : Hmetro )
  • dibawa keluar dari madrasah dan  dihantar masuk ke Hospital Sultan Ismail..Doktor sahkan ada darah beku dan jangkitan kuman merebak ke buah pinggang.
  • Doktor terpaksa memotong kedua-dua belah kaki dari terus merebak ( sumber : Sinar Harian )
  • kemudian arwah berada dalam keadaan koma dan tangan kanan menjadi hitam akibat jangkitan kuman pada tisu dan sel darah ( sumber : kosmo )
  • arwah ada menulis nota dalam buku yang mengatakan beliau sering dipukul warden ( sumber : Metro )
  • warden ditahan dan direman polis..warden ada rekod jenayah lampau dan pernah dipenjara 30 bulan ( sumber : Metro )
  • darah beku di tangan kiri pula...doktor sarankan tangan kanan dipotong dan pihak keluarga tidak bersetuju ( sumber : Sinar )
  • tak lama selepas itu keluarga bersedia sekiranya pemotongan tangan kanan diperlukan bagi menyelamatkan nyawa ( sumber : Mstar )
  • pembedahan tangan ditangguh selepas jantung adik Taqiff tak stabil ( sumber : kosmo )
  • selepas mengalami kemerosotan kesihatan sejak 31Mac lalu, arwah menghembuskan nafas terakhir jam 2:05 petang tadi.Al-Fatihah
sedih...begitu besar dugaan yang dihadapi arwah...taknak ler aku timbulkan isu siapa yang bersalah...biarlah pihak polis menjalankan tugas mereka...harapan besar diberikan agar kes ini dapat diselesaikan dan dapat memberi jawapan apa sebenar yang terjadi.

Al-Fatihah.

Siapa Dalang Raja Bomoh

Raja Bomoh Bertaubat | akhirnya bocor sudah segala rahsia Raja Bomoh Malaysia...terkejut jugak semalam tengok sidang akhbar tentang permohonan maaf dan taubat oleh Raja Bomoh dekat berita...its a good effort for him.
raja bomoh insaf
sidang akhbar Raja Bomoh
menurut Raja Bomoh semalam , katanya segala aktiviti ritual yang dilakukan oleh beliau sebelum ini adalah bohong dab disebabkan atas arahan seseorang yang tidak.boleh didedahkan...jeng jeng jeng...baru jer nak habis kontroversi yang lama dah timbul balik kontroversi yang baru.

siapa agaknya yer dalang semua ni?
tertanya-tanya jugak aku aku adakah ini betul atau hanya satu lagi rekaan cerita.
mungkin juga ini salah satu teknik skim penipuan yang menggunakan bomoh?
kalau dah viral mesti ada yang tergoda dan berminat nak gunakan khidmat beliau kan...bila dah tak laku buat sidang akhbar tutup bisnes...hahaha..itu hanyalah andaian aku..

taknak le panjangkan cerita...Raja Bomoh pun dah insaf dan dah mohon maaf...harap-harap persoalan siapa dalang di sebalik viral Raja Bomoh tu akan terjawab.

14 Apr 2017

Siapa Nama Baby Hasrul Hassan

Siapa Nama Baby Hasrul Hassan | tahniah buat sifu SEO , blogger Hasrul Hassan atas kelahiran putera yang baru...Alhamdulillah masih bertenaga beliau...hehehe...tak sangka pulak kali ni blogger HH nak berkongsi kegembiraan dengan buat kontest yang bagi aku cukup unik...cuba teka nama anak beliau.
siapa nama baby hasrul hassan
siapa nama baby Hasrul Hassan
klue sudah dibagi...kalau rajin dan kreatif rasanya dah boleh teka..berikut adalah klue yang terkumpul setakat ni.
  • 2 perkataan 10 huruf
  • maksud nama adalah "kemas" dari bahasa arab
  • menjadi rujukan pelayar di lautan
  • nama ada versi lelaki dan wanita
  • HH macam ada kasi hint huruf J
  • semua nama anak lelaki ada ritma yang sama
korang rasa boleh teka tak dengan klue yang diberi...cari punya cari aku rasa macam dah jumpa dan macam dah boleh agak...dan aku memilih nama 
Hasif Jauza
Hasif  membawa maksud kemas dan Jauza membawa maksud nama bintang.

kalau betul Alhamdulillah..rezeki aku agaknya...kalau tak betul pun tak apa...diharapkan kelahiran baby baru  ini dapat sikit sebanyak menambah kebahagian dalam keluarga besar Hasrul Hassan...bertambah meriah ler raya nanti dengan penambahan ahli baru..diharapakan jugak baby baru ni akan terus sihat seperti abang dan kakaknya..

Tahniah sekali lagi buat blogger Hasrul Hassan atas kelahiran ahli keluarga yang baru,

Siapa Nama Baby Hasrul Hassan
Kontest "Siapa Nama Baby Hasrul Hassan" di hasrulhassan.com, direalisasikan bersama aynorablogs.com, ummumarjaan.com, sitiyangmenaip.blogspot.my, sayaiday.blogspot.com, kitepunye.com, cikpinz.com, khatyaiman.com, dan unclezuan.com
 

Pocket Rocketman Hero Sukan Baru Malaysia

Azizulhasni Awang Juara Dunia Keirin 2017 | mungkin inilah hero sukan yang baru untuk Malaysia selepas Lee Chong Wei dan Nicol David...idola baru...sumber inspirasi yang baru untuk mereka yang mudah dan cepat putus asa...Azizulhasni Awang ialah juara dunia keirin 2017 selepas 10 tahun mencuba.
juara dunia keirin 2017
Azizul juara dunia keirin 2017

10 Tahun Gagal , 10 Tahun Mencuba
full respect aku berikan kepada azizul atas kejayaan dia malam tadi...bukan sebab dapat title juara dunia...tapi atas usaha dan semangat dia selama 10 tahun untuk menjadi yang terbaik di dunia...10 tahun dia cuba...10 tahun jugak dia gagal...10 tahun jugak dia sabar...dan akhirnya malam tadi pengorbanan dia dibalas dengan gelaran juara dunia.

refresh balik sukan Olimpik 2016 tahun lepas yang dia dapat pingat gangsa untuk Malaysia...aku memang kecewa dia dapat gangsa jer...sebab waktu tu aku rasa dia di prestasi yang terbaik dan dia sendiri yakin dia dapat emas...kecewa punya pasal sampai rasa macam dah taknak support dia lagi...hahaha..kejam tak...biasalah kalau dah nama pun penyokong....nak tahu menang jer...kalah kita bash...mungkin sebab tu jugak aku bukan dilahirkan sebagai seorang ahli sukan...hati tak kental.

10 tahun bukan sekejap...10 tahun tu kiranya macam kau ada anak baru lahir dan besarkan dia sehingga dia darjah 4...rambut yang hitam pun rasanya boleh jadi putih sepanjang tempoh tu...mampu ker kita nak bersabar dan berusaha selama 10 tahun...tak ramai yang mampu...tengok saja owner-owner cafe hipsters yang semangat membara nak berniaga...tapi disebabkan terlalu banyak persaingan ramai jugak yang surrender...ramai jugak yang bungkus...ramai yang tewas walaupun aku rasa trend hipster ni baru setahun jagung wujud di Malaysia.

dua tiga hari ni memang penuh ler cerita pasal kejayaan The Pocket Rocketman...berita utama malam ni mesti fokus pada sukan dahulu...kejayaan yang sememangnya perlu diraikan...perlu dibanggakan...juara dunia tu...bukan juara asia atau juara negeri.

agaknya lepas ni ramai ler yang serbu kedai basikal...raket tennis dan raket badminton dah boleh gantung...hehehehe.


Tahniah Azizulhasni Awang.
Tahniah The Pocket Rocketman
You got my respect bro!

11 Apr 2017

Sumayyah Kembali Diingati

Sumayyah Hijjaz | menjadi siulan pulak lagu Sumayyah selepas kumpulan Hijjaz menyayikan kembali lagu ini untuk konsert pengenalan Gema Gegar Vaganza di Astro hari sabtu baru-baru ini...lagu ni terdapat dalam album Hijjaz - Jalan Bahagia pada tahun 2002...selepas 15 tahun lagu ini hidup kembali...
gema gegar vaganza
Hijjaz Di Gema Gegar Vaganza
bila kali terkahir dengar nasyid?
bagi pendengar radio ikim FM memang setiap masa akan diputarkan lagu-lagu nasyid...tapi orang macam aku ni yang tak berapa nak sedar diri lagi , yang bajet hipster dan bajet raver biasanya dengar Era , Hot , Fly atau Hitz jer...kebiasaan lagu nasyid akan diputarkan sebelum azan...dan kat situ boleh kira ler berapa kali jer lagu nasyid dimainkan...hehehe..

tak sangka pulak kemunculan Hijjaz dengan lagu Sumayyah baru-baru ni sikit memberi impak...aku taknak sentuh lagi dengan Konsert Gema Gegar Vaganza...itu akan aku update selepas konsert kedua nanti....aku lebih berminat nak bercerita tentang lagu Sumayyah...ramai yang tersentuh dengar lagu tu baru-baru ni...ada yang menangis katanya...trending di media sosial lagu Sumayyah lepas tu.

aku sendiri dah tak berapa nak ingat bila aku mula mengenali pengorbanan Sumayyah ni...kalau tak silap waktu belasan tahun di sekolan menengah...itupun aku pasti dalam silibus pelajaran sekolah atau aku dengar ustaz bercerita....antara yang masih segar dalam ingatan ialah seksaan terhadap Sumayyah sekeluarga.
  • Rumah mereka dibakar
  • kaki tangan diikat dan diheret ke padang pasir
  • dicucuk dengan besi panas
  • ditikam dengan lembing
  • dicungkil biji mata
  • dibenam kedalam air
itulah seksaan yang diterima Sumayyah sekeluarga kerana enggan tunduk kepada Abu Jahal yang menyuruh mereka menyembah berhala...kalau hayati lirik lagu Sumayyah ni memang betul ler pengorbanan Sumayyah seperti digambarkan....tak hairanlah ada yang menangis tempoh hari.

tak hairan lah kalau lagu Sumayyah ni akan lebih kerap diputarkan di radio lepas nie...siapa tahu kan.

9 Apr 2017

Wany Hasrita Jelmaan Siti Nordiana

Menahan Rindu - Wany Hasrita | lagu ni boleh kira berhantu jugak sekarang...bnyak kali diputarkan kat radio...kalau dengar carta tu aku rasa lagu ni dalam kelompok TOP 3...bila dah asyik radio putar lagu ni je automatik jugak ler aku rasa sedap pulak layan...meleleh woo.
wany hasrita
Menahan Rindu Wany Hasrita
aku tak tau sangat biodata Wany Hasrita ni...tak tahu dari mana dia start popular...tapi kalau bukak youtube tu macam banyak video smule dia...maybe dia start dia situ...sama macam Khai Bahar...google lagi terjumpa lagu dia yang pernah viral dengan lagu Memori Berkasih versi korea...memang sedap suara dia...ada yang kata jelmaan Siti Nordiana...hahaha..citarasa masing-masing.

nak dijadikan cerita lagu ni memang kuat sungguh main kat radio...masuk kereta lagu ni , masuk kedai makan lagu ni , masuk kereta balik pun ada lagi lagu ni...phew...orangnyer pun boleh tahan cantik...setakat ni aku belum tengok lagi dia bawak lagu Live...kalau dia boleh bawak live memang cerah karier dia nanti..

saper suka lagu menahan rindu ni kita geng.