Header AD

kedaipheromone

Ben Ashaari Nak Korek Rahsia Media Sosial Aku

macam tak percaya pulak aku bila bukak blog pokcik ni ada segmen untuk blogger yang bagi aku dah lama pupus dalam arena blog...apa mimpi entah dia nak buat balik...dan satu kerugian yang besar bagi aku sebagai blogger picisan tak ambil peluang yang ada...time ni lah aku boleh pancing rezeki yang ada...nak tarik traffic dan nak tarik pembaca baru.
ben ashaari nak korek rahsia media sosial aku
Ben Ashaari Nak Korek Rahsia Media Sosial Aku
ada 4 soalan yang pokcik Ben suruh aku jawab..aku try jawab secara jujur dan ikhlas.

1.Kenapa Jadi Blogger?
nampak mudah je soalan..tapi jawapan agak susah aku nak jawab...awal pembabitan aku dengan blog hanya suka-suka...waktu tu aku terikut dengan trend...orang nak blog aku pun nk ada blog...dan Alhamdulillah dari suka-suka tu timbul minat...minat bila ada orang kasi feedback apa yang kita cerita,apa yang kita kongsi...sampai sekarang aku jadi blogger sebab aku suka kongsi pendapat , cerita dan pegalaman aku dalam kehidupan seharian.

2.Blog Tidak Lagi Relevan?
maka rugilah kamu-kamu semua yang berfikir sebegitu...daripada melayan cerita-cerita fantasi di TV ada baiknya baca cerita-cerita realiti yang dikongsi oleh blogger...cakap je nak cerita apa...ibu mengandung ada , cerita besarkan anak autisme ada , cerita jodoh lambat ada...daripada percintaan sampai ada keluarga sampai ke dapur semuanya cerita realiti...takdek tokok tambah seperti dalam Facebook yang bnyak aku rasa ditokok tambah untuk menyedapkan sesuatu cerita...berbeza cara penulisan di blog dan facebook.

3.Iklan Yang Lebih Berkesan di Media Sosial?
100% aku rasa orang akan jawab Facebook...berbanding instagram dan blog , pengguna Facebook lebih ramai dan info yang ada lebih cepat dicapai...budak darjah 6 pun ada facebook...memang tak hairan lah kalau sale di Facebook lebih cepat flow berbanding yang lain...tapi kena ingat satu pekara...belum tentu yang senang capai tu betul-betul baik produknya...mana-mana cara sekalipun pelanggan tetap akan google dulu sesuatu barangan...dan bila dah google mesti akan ada tertarik dengan testimoni dan pengalaman blogger itu sendiri menggunakan sesuatu produk...yang mana lebih berkesan?..tepuk dada tanya selera.

4.Blogger Keyboard Warrior?
kena paham cabang-cabang yang ada dalam platform blog..ada yg politik , ada yang parenting , ada yang masakan , ada jugak yang hiburan...kebiasaan yang jadi keyboard warrior ni blog-blog politik dan hiburan...kalau macam aku ni yang lifestyle blogger ni takdek faedah aku nak jadi keyboard warrior...apatah lagi blogger masakan...hahahaha...jangan kerana setitik nila kau nak pecahkan satu belanga...dan satu lagi jangan salagkan keyboard warrior kalau diri sendiri tu terlalu mudah percaya dengan khabar-khabar angin.

dah habis 4 soalan aku jawab untuk Segmen Ben Ashaari Nak Korek Rahsia Media Sosial Aku...nak kata rahsia tu tak jugak...tapi itulah pendapat aku tentang media sosial sekarang...boleh follow aku di media sosial berikut.

Facebook: www.facebook.com/sharksuke
instagram: www.instagram.com/sharksuke
entry terbaru : Jakun Di TBS / Insaf Sekejap 

selamat berkenalan.
Ben Ashaari Nak Korek Rahsia Media Sosial Aku Ben Ashaari Nak Korek Rahsia Media Sosial Aku Reviewed by Shark Kay on Monday, March 06, 2017 Rating: 5

6 comments

  1. Aikkk rasa macam familiar la blog ni. Blogger lama ke? Haha. Setuju dgn semua point di atas. Memanglah fb and ig senang dicapai tapi gaya penulisan dan maklumat yg disampaikan berbeza kan.

    Btw singgah and follow sini. Jemput melawat blog saya jika berkelapangan.

    ReplyDelete
  2. setuju gak pasal facebook tuk iklan tu lebih praktikal ramai pengguna,selamat bersegmen,tok dang nok hambat doh heheheh

    ReplyDelete
  3. Best gak join segmen setelah lama tak dak kan

    ReplyDelete