27 Mar 2017

Mengenali Farrel Ryan AL Islam

sedap tak nama tu...heheh..itulah nama anak buah kedua aku yang kedua selepas Aleesya Nurani...ini anak sulung kepada adik aku yang nombor tiga...Alhamdulillah usia dah masuk dua bulan lebih dah...sihat waalfiat.
farrel ryan al islam
Farrel Ryan Al Islam
budak botak ni nama dia agak unik sikit...tak tahulah mimpi apa walid dia nak letak nama tue...konon-konon nak nama ala-ala artis macam Izzue Islam...hahahah...
nak suruh anak jadi pelakon ke apa walid kau ni...

nama panjang dia Farrel Ryan AL Islam bin Muhammad Shahrul Nizam...haaaaaaa...panjang tak...nama walid dia pun dah sedepa panjang....tambah lagi  ngan nama memang penuh column nama nak isi borang nanti...puas ler cikgu nak menyebut nama awak tu nanti...
nama anak zaman kini
anak buah kedua
tak kisah ler nama awak tu panjang...kat sekolah pun cikgu bukan panggil nama penuh pun...hahaha..kalau lepak ngan member pun tak ada lagi ler yang panggil nama penuh kan...cukup ler orang kenal dengan nama Farrel.

insyaallah kalau semua berjalan seperti dirancang , bulan 4 nanti aku akan terima anak buah ketiga pulak...hehe..ini adik kepada aleesya nurani...haisshhh...makin tercabar pulak pakcik korang ni bila anak buah dah nak masuk tiga..hahahahah..

sabar je lar.
say hai to Farrel.

22 Mar 2017

Nak Tengok Power Rangers Pun Tak Boleh

minggu lepas filem beauty and the beast hampir kena banned sebab ada scene hubungan sejenis..gay scene...khabarnya filem Power Rangers esok ni pun nak kena jugak...atas alasan yang sama tapi babitkan lesbian pulak...adeh.
beauty and the beast tangguh
filem kontroversi Malaysia 2017
aku tak ralat sangat dengan filem Beauty and the beast tu kalau kena banned...memang aku tak follow jalan cerita dia waktu kecik..yang aku tau  monster hodoh jatuh cinta sama sorang awek cun..itu jer..boring...hehe..not my type.

tapi kalau power rangers pun nak kena banned memang aku kesah ler...hahaha...cita-cita aku ni kot waktu kecik nak jadi power rangers...nak jugak mengimbau kenangan lalu dengan filem power rangers 2017...tak sabar nak tengok diorang panggil robot megazord tu...hahahaa...tapi boleh pulak diorang buat cerita power rangers kuning ni ada sangkut paut dengan geng LGBT...katanya diawal filem ada scene rangers kuning ni ada masalah dengan girlfriend dia..
isu lgbt dalam filem
rangers kuning lesbian?
rasanya tak ada kot aksi kissing mahupun ehem-ehem..mungkin hanya dialog sahaja...tapi kalau budak-budak tengok mesti diorang pelik...sel-sel otak pulak sedang berhubung...semestinya akan ada soalan yang akan keluar dari mulut kanak-kanak ni...berpeluh nak jawab nanti...susah jugak kan...haishhhh.

yang pengarah ni pun satu...kenapa lar nak selit isu LGBT dalam filem...otak iluminati betul ler diorang ni...tensen betul....kalau nak ikutkan bukan Malaysia je yang ambil tindakan macam ni...bnyak jugak negara lain yang ambil protes..tapi hampir kesemua tarik balik dan filem beauty and the beast diberi rating tontonan 18 tahun keatas..filem power rangers ni tak tau lagi...tengok ler apa jadi nanti...

kalau tak ada kat panggung pun bleh cari kat facebook jer lar nanti..bak kata harris iskandar ,
"tak dapat tengok tak apa , kita tengok ombak rindu"
hahahaha..win.

20 Mar 2017

Pakai Digi Prepaid Live Pulak

lebih kurang seminggu dah aku pakai Digi Prepaid Live ni...katanya special edition punya...Edisi Pantai Timur khusus untuk pengguna Pantai Timus katanya...aku pun tak tahu tang mana  yang special...tengok dekat web sama je promosi yang biasa.
digi prepaid live
Digi Prepaid Live 
aku bertukar ke Digi sebab promosi data mingguan mereka...kalau nak dibandingkan dengan telco yang lain , Digi murah sikit...speed pun setakat minggu ni aku puas hati...berdesup...sesikit beruntung ler sebab kawasan rumah aku dengan dengan bandar kuantan...jadi kalau pakai line apa pun tetap laju.

aku berminat dengan data mingguan Digi Prepaid Live ni...2GB data untuk seminggu hanya RM9...paling murah setakat ni untuk pekej mingguan...lepas tu kalau download pulak aplikasi MyDigi akan dapat percuma 1GB sebulan selama 3 bulan...not bad jugak promosi diorang ni...call dan sms memang aku tak pandang pun...sebabnya aku dah ada nombor tetap untuk urusan call dan sms...yang ni aku beli hanya untuk internet.
digi prepaid live
4G Plus Digi
selain data , ada jugak reward untuk pengguna Digi Prepaid Live ni...diskaun dan voucher 10% hingga 20% untuk shopping online macam Zalora , Agoda , Lazada , GSC dan selebihnya boleh korang tengok kat laman web Digi/reward.com.

aku pun tak ingat dah kali ke berapa aku tukar plan prepaid ni..ada yang murah aku tukar...tak kisahler terlco apa...setakat ni area bandar Kuantan semua ok...yang penting murah data internet...sekarang ni nak call pun pakai aplikasi whatsapp je.

apa pilihan data internet terbaik korang ye.
share sikit.

semoga bermanfaat.

17 Mar 2017

Lazada Birthday Blogger Contest | Happy 5th Birthday Lazada Malaysia

minggu depan bersiap sedia lah untuk sale besar di Lazada Malaysia..kali ni diskaun sampai 90% diberikan sempena ulangtahun Lazada yang ke-5...membulat ler mata masing-masing next week dengan promosi Lazada Birthday Sale yang bermula 22 hingga 24 Mac.
lazada birthday blogger contest
Lazada Birthday Blogger Contest
untuk memeriahkan lagi sambutan birthday diorang yang ke-5 next week , pihak Lazada telah mengadakan satu contest untuk blogger , Lazada Birthday Blogger Contest dan mereka mencari 30 pemenang...banyak tu wei..hadiah pulak boleh tahan banyak dalam bentuk wang tunai...heheh..tapi sebelum nak dapat tu kena ler jawab soalan-soalan yag diberikan.

aku jawab dulu soalan diorang ye
a) What Do You Love About Lazada
i dont know why i love Lazada...yang aku tahu aku bila aku masuk lazada,klik klik,tunggu barang sampai...hahah..saper tak suka kan...main klik-klik je barang yang kita nak...nak bayar pun senang...segala jenis bank diorang terima...postage pulak kalau bernasib baik sekejap je sampai...paliing cepat sehari dan paling lambat seminggu..itu antara pengalaman aku dengan Lazada.

b)Top Three Product pick From Lazada Malaysia
yang ni memang best kalau ditanya...nak bagi sepuluh pun takdek masalah...cakap je nak apa..semua ada..tapi dalam banyak-banyak yang ada aku nak Shake N Take Blender , Easy Bean Bag dan JBL Cinema Subwoofer...ketiga-tiga barang ni kalau ada sale diskaun sampai 90% memang aku klik masuk cart...tengok review semuanya ok dan star pun bnyak...tips nak tau barang kat Lazada tu ok atau tak , kena tengok kat komen dan star yang diberikan oleh customer..heheh..rahsia aku tu bila nak shopping disini.

Shake N Take Blender 2 bottle
top selling lazada malaysia
Shake N Take Blender
top selling product lazada malaysia
blend dan minum
bukan blender je aku dapat kalau beli ni...tapi aku dapat dua botol air sekali...kalau nak buat jus buah ke tak payah dah nak asing letak dalam botol lain...lepas blend terus minum jer dari bekas tu..inovatif kata orang...senang lepas ni aku nak blend protein mass aku...lepas blend je, cabut , bawa bekal pergi office..simple...bekas dia pun smart aku tengok..

Eazy Bean Bag
top selling lazada malaysia
Eazy Bean Bag
tengok pada harga dan review not bad...fast delivery...ini letak kat ruang tamu , letak kat depan TV memang syiok ler...macam-macam posisi boleh duduk kalau ada bean bag ni...baru selesa tengok tv tengok bola...kalau beli satu memang tak cukup...confirm berebut.

JBL Cinema SB150 Soundbar + Subwoofer
top selling lazada malaysia
JBL cinema and subwoofer
ini lawan dia kalau dah beli Eazy Bean Bag tadi...dapat home teater macam ni memang dah feel tengok cerita kat wayang dah...sound effect kompom sedap ada tambahan speaker macam ni...tambah pulak ada bean bag tu dah macam feel tegok wayang kat TGV Cinema yang jenis Beanie Seat tu pulak..hahaha..

itu antara tiga pilihan aku untu Top Three Product pick from Lazada..next question is

c)How Lazada Can Improve
kalau betul ler pihak Lazada terima cadangan aku memang bertuah ler rasanya...pekara paling penting aku rasa dalam pembelian atas talian ni ialah customer service...sepanjang aku beli dengan Lazada setakat ni tiada masalah..tapi ada rakan-rakan lain tak senasib dengan aku...antara yang paling banyak masalah ialah delivery lambat dan call center...bila delivery dah lambat , customer mesti nak call service center punya...tapi kalau dah asyik tak ada orang jawab call memang viral ler jawabnya...kalau pihak lazada boleh improve dari segi shipping dan customer servis rasanya tiada masalah dah...itu je yang perlu Lazada Malaysia improve.

d)Birthday Wish To Lazada
pertama kali tahniah untuk ulantahun kelima Lazada...terima kasih atas platform yang disediakan...memang diakui platform pembelian atas talian macam Lazada ni memudahkan urusan shopping zaman sekarang..diharapkan Lazada Malaysia terus memberikan promosi-promosi menarik dan meningkatkan lagi mutu servis yang sedia ada..that all.

bagi blogger yang nak join contest ni silakan..lagi ramai join lagi naik hadiah wang tunai untuk dimenangi..boleh ke laman web berikut untuk lebih maklumat.
gud luck.
http://www.lazada.com.my/blogger-contest/

happy birthday Lazada Malaysia.

16 Mar 2017

Siapa Wan Peah Ni.

aku pun dah tak ingat macam mana aku boleh terjebak tengok drama Misteri Wan Peah kat TV3 ni...biasanya drama melayu memang jarang aku tengok...tapi drama ni boleh pulak aku follow...rasa tak syok walaupun tertinggal satu episod...loghat utara yang digunakan dalam drama ni syiok dengar.
misteri wan peah
Misteri Wan Peah
aku tak berapa follow sangat di awal episod...sebabnya dah lali dengan jenis drama jam 10 dengan jam 7...tak habis-habis cinta...dan tak sangka pulak TV3 berani siar drama berlainan genre kali ni...tengok je macam seram tapi lawak rupanya.

tak perlu le aku bagi sinopsis drama Misteri Wan Peah ni...episod pun dah separuh...dan setakat ni memang aku terhibur tengok...palakon pulak semua fresh-fresh...tiada pelakon popular kecuali usop wilcha.

tapi watak yang dimainkan masing-masing memang menjadi..terutama watak 3 orang bujang tu...Yeh , Li dan Ghani antara watak yang menghidupkan drama Misteri Wan Peah...watak cikgu Zaiton pulak paling aku menyampah..kenapalah boleh wujud watak ni...hahahah..kalau dia takdek kan best.
drama misteri wan peah
3 watak yang menghidupkan drama Misteri Wan Peah
tak sabar nak tunggu episod-episod akhir ...nak tau siapa sebenar Wan Peah ni...setakat ni memang tak boleh nak tangkap apa rahsia yang dipegang Wan Peah dan Usop Wicha...dan aku tak pasti drama ni diambil dari cerita benar atau rekaan...sebab kalau tengok ending drama ni ada sikit selingan tentang watak 3 orang tu...watak Li , Yeh dan Ghani memang guna watak sebenar...ghani gagap tu memang wujud rupanyer...misteri jugak ni.

harap-harap lepas ni ada lagi ler drama macam ni...dah bosan ler layan drama-drama novel ni..jalan cerita sama je..ayah aku yang tak tengok drama pun boleh melekat tengok Misteri Wan Peah ni...jam 10 jer memang buka TV3.

yang masih belum menonton boleh tengok di TV3 jam 10 malam hari isnin hingga rabu.

13 Mar 2017

Pakai Jam Tangan Power Rangers

aku jenis kalau nak pergi mana-mana memang nak kena pakai jam tangan...tak selesa berjalan dengan tangan kosong...pakai jam ni nampak sikit kemas bila ootd...weekend baru ni tak perasan pulak jam faveret aku tak hidup...selongkar punya selongkar jumpa jam ni yang masih dalam bungkusan.
jam tangan
go go power rangers 
dah macam jam power rangers dah aku pakai...seingat aku jam ni aku beli kat Zalora...maybe time tu aku dapat kupon diskaun sebab kalau tak ada kupon memang aku tak beli kat situ..hehehe..gitu ler gaya kalau dah beli secara online...pada gambar tengok smart jer..tapi bila sampai tak hingat punya size dia...tapi bukan salah iklan pun..salah size aku ni yang kecik sebenarnya...nak taknak kena ler pakai jugak.
jam tangan
kalau jam ni suze kecik memang smart
katanya sekarang ni memang trend orang pakai jam tangan getah..teringin jugak aku nak pakai jam G-shock tu..tapi harga makkk aiihhh..boleh tahan jugak harga baru dan second...tak tahu ler tang mana mahal dia...mahal sebab trend atau mahal sebab kualiti...mahal-mahal pun tetap aku nak sambar satu nanti.

ingatkan berat badan dah tambah 5kg dalam sebulan ada ler penambahan size kat lengan ni...tapi tengok macam takdek perubahan pulak...still lagi kecik lengan ni...bila pakai jam power rangers ni dapat sikit ler motivate nak teruskan perjuangan menanmbah berat badan...hahaha..tak sabo pulak nak tengok lengan aku besar...bila dah besar senang ler aku nak cari jam tangan yang sesuai..tangan kecik ni memang susah nak match...chaiyokk!

12 Mar 2017

Janna Nick Buat Pahang Susah Suku Akhir Piala FA

sempat jugak malam tadi ke Stadium Darul Makmur untuk piala FA Pahang lawan Melaka...Fullhouse stadium malam tadi berbanding dua game sebelum ni..memang meriah.
piala fa nalaysia 2017
cantik bas Melaka United
piala fa malaysia 2017
penuh stadium Darul Makmur
Alhamdulillah Pahang menang 2-0 walaupun game tak berapa best...masih terkesan kot dengan kekalahan dalam aksi liga super sebelum ni...dah menang automatik layak ke peringkat suku akhir piala FA yang baru je buat undian Live kat TV9 tadi...boleh pulak ada Janna Nick yang aku minat tu buat cabut undian...comel...tapi tangan dia pulak tak bawak untung untuk Pahang..nak marah pun ada...hahahahaha...tapi nak buat macam mana...dah begitu caranya undian dibuat..nasib atau tidak itu je...i still like u Janna Nick.
undian piala fa malaysia 2017
undian piala FA Malaysia 2017
game tak memihak sangat pada pasukan Pahang bila kena lawan JDT untuk peringkat suku akhir...untuk rekod pahang pernah tewas dalam aksi liga super dengan JDT baru-baru ni...sekali lagi game akan jadi tumpuan bila dua pasukan ni bertembung...stadium komfirm penuh..

suku akhir piala FA game timbal balik...jadi ada peluang le kalau kalah game pertama...tengok pada undian piala FA tadi , pasukan Kedah macam mudah untuk ke final...siapa yang akan ke final untuk bertemu Kedah agaknya...Pahang , JDT atau Negeri Sembilan antara pasukan faveret...
suku akhir piala fa malaysia 2017
peringkat suku akhir piala FA 2017
boleh dah beli jersi pasukan faveret masing-masing...bila babitkan piala ni memang lain macam dia punya aura...semua jersi pasukan bolasepak Liga malaysia pernah aku kongsikan sebelum ni..boleh tengok kat entry bolasepak/jersi

target aku untuk pasukan ke separuh akhir...Pahang vs Negeri 9 | Kedah vs Sarawak...betul ke tidak kita jumpa di entry pusingan separuh akhir pulak nanti..

pusingan pertama suku akhir pada 31Mac/1April dan timbal balik pada 21/22April.

jom tengok bola.

9 Mar 2017

64GB Yang Dulu Dan Sekarang

makin lama makin mengecil...makin mengecil makin besar size dia...kalau dulu-dulu nak dapat pendrive besar 1GB bukan main mahal lagi...sekarang 64GB dah boleh dapat bawah RM100...size pulak bukan main kecik lagi...dan semalam aku beli USB Dual Drive size 64GB...kecik bebenor.
sandisk usb dual drive
USB Dual Drive OTG
orang kata sekarang dah ada usb pendrive yang boleh cucuk kat laptop dan jugak boleh cucuk kat smartphone dalam satu masa...maknanya dah perlu lagi kabel-kabel yang berserabut nak pindah data.

macam-macam nama ada...USB Dual , USB Dual drive , USB dual port , USB OTG...tak kisah ler nak panggil apa...yang penting dia ada satu port usb komputer dan satu port usb smartphone...yang aku beli ni model Sandisk Ultra Dual USB OTG Drive 64GB..tengok kat Lazada boleh dapat dalam RM84.
usb otg
cucuk kat laptop

usb dual drive
boleh cucuk kat smartphone
senang kerja lepas ni nak transfer data...tak payah susah-susah nak bawak kabel , nak pinjam kabel...cucuk je kat laptop pastu cucuk je kat smartphone.

tapi satu jer aku tak berkenan pasal USB OTG ni...size dia yang kecik...ini kalau hilang boleh menangis ni...64GB bukannya kecik...dibuatnya semua data kerja dan personal ada dalam tu lesap memang boleh jadi gila..dan satu lagi bila kecik-kecik ni risau jugak kalau mudah rosak...ada pro ada contra bila guna USB Dual Drive ni...kena pandai simpan dan asingkan.

dah beli besar-besar 64GB lepas tu tak tau nak letak apa dalam tu.jenggg sungguh rasa.

7 Mar 2017

Video Elsa Dan Spiderman Di Youtube

walaupun cerita dah agak basi tapi aku tetap nak up jugak sebab dah terjadi depan mata aku semalam...lagipun aku tak ada anak dan anak buah aku sorang tu , Aleesya Nurani tu pun bukan jenis pandai layan Youtube...aku buat endah tak endah je lar...tapi semalam terserempak dengan sorang kanak-kanak perempuan layan video Elsa dengan Spiderman.
elsa dan spiderman
elsa dan spiderman
pada mulanya aku ingatkan itu game...tengok graphic macam game biasa untuk kanak-kanak...tapi sampai satu scene tiba-tiba je elsa tu bukak baju dan muncul spiderman..terus bulat mata aku duk tengok...terus teringat kes yang orang cakap video elsa mengandung tu...demmit...berlaku depan mata aku sendiri pulak...

waktu tu dia duduk dengan adik beradik dia...aku duk cari gak mak ayah dia...tak ada pulak dekat meja tu..
mungkin tengah beratur beli makanan macam aku sebab time tu memang ramai orang beratur...diorang duduk situ nak booking tempat...aku nak tegur serba salah pulak dengan budak-budak ni..takut jadi kes lain...

rasa bersalah sungguh sebab biarkan dia tengok video tu...balik tu aku cari dalam Youtube memang betul ler ini video yang trending orang cakap tu...nampaknya masih ramai lagi ni parent yang tak tahu...kalau ramai yang alert tak adalah jadi depan mata aku.
elsa youtube
video seksi elsa
harap-harap lepas ni lebih ramai le ibubapa yang alert video elsa dengan spiderman ni..dan lagi satu tolong jangan log in Youtube menggunakan apa-apa akaun...setahu aku kalau kita log in pakai akaun , video yang kita tengok tu akan muncul di interface depan Youtube...sebab tu budak-budak ni mudah sangat klik video macam ni.

untuk elak ianya berulang korang boleh buat secara mudah untuk clear memory Youtube...pergi setting - application - youtube - klik clear chace - klik clear data...insyaallah video yang dah ditonton sebelum ni akan hilang dari interface depan...tapi diorang masih boleh akses kalau diorang pandai guna button search dan pandai mengeja...yang ini ibubapa kena ler amik perhatian dan kena lebih alert bila anak-anak bukak youtube...dah jadi video seksual ni...bahaya wooo...harap boleh alert ye.
elsa dan spiderman
clear cache dan data
semoga bermanfaat.

6 Mar 2017

Ben Ashaari Nak Korek Rahsia Media Sosial Aku

macam tak percaya pulak aku bila bukak blog pokcik ni ada segmen untuk blogger yang bagi aku dah lama pupus dalam arena blog...apa mimpi entah dia nak buat balik...dan satu kerugian yang besar bagi aku sebagai blogger picisan tak ambil peluang yang ada...time ni lah aku boleh pancing rezeki yang ada...nak tarik traffic dan nak tarik pembaca baru.
ben ashaari nak korek rahsia media sosial aku
Ben Ashaari Nak Korek Rahsia Media Sosial Aku
ada 4 soalan yang pokcik Ben suruh aku jawab..aku try jawab secara jujur dan ikhlas.

1.Kenapa Jadi Blogger?
nampak mudah je soalan..tapi jawapan agak susah aku nak jawab...awal pembabitan aku dengan blog hanya suka-suka...waktu tu aku terikut dengan trend...orang nak blog aku pun nk ada blog...dan Alhamdulillah dari suka-suka tu timbul minat...minat bila ada orang kasi feedback apa yang kita cerita,apa yang kita kongsi...sampai sekarang aku jadi blogger sebab aku suka kongsi pendapat , cerita dan pegalaman aku dalam kehidupan seharian.

2.Blog Tidak Lagi Relevan?
maka rugilah kamu-kamu semua yang berfikir sebegitu...daripada melayan cerita-cerita fantasi di TV ada baiknya baca cerita-cerita realiti yang dikongsi oleh blogger...cakap je nak cerita apa...ibu mengandung ada , cerita besarkan anak autisme ada , cerita jodoh lambat ada...daripada percintaan sampai ada keluarga sampai ke dapur semuanya cerita realiti...takdek tokok tambah seperti dalam Facebook yang bnyak aku rasa ditokok tambah untuk menyedapkan sesuatu cerita...berbeza cara penulisan di blog dan facebook.

3.Iklan Yang Lebih Berkesan di Media Sosial?
100% aku rasa orang akan jawab Facebook...berbanding instagram dan blog , pengguna Facebook lebih ramai dan info yang ada lebih cepat dicapai...budak darjah 6 pun ada facebook...memang tak hairan lah kalau sale di Facebook lebih cepat flow berbanding yang lain...tapi kena ingat satu pekara...belum tentu yang senang capai tu betul-betul baik produknya...mana-mana cara sekalipun pelanggan tetap akan google dulu sesuatu barangan...dan bila dah google mesti akan ada tertarik dengan testimoni dan pengalaman blogger itu sendiri menggunakan sesuatu produk...yang mana lebih berkesan?..tepuk dada tanya selera.

4.Blogger Keyboard Warrior?
kena paham cabang-cabang yang ada dalam platform blog..ada yg politik , ada yang parenting , ada yang masakan , ada jugak yang hiburan...kebiasaan yang jadi keyboard warrior ni blog-blog politik dan hiburan...kalau macam aku ni yang lifestyle blogger ni takdek faedah aku nak jadi keyboard warrior...apatah lagi blogger masakan...hahahaha...jangan kerana setitik nila kau nak pecahkan satu belanga...dan satu lagi jangan salagkan keyboard warrior kalau diri sendiri tu terlalu mudah percaya dengan khabar-khabar angin.

dah habis 4 soalan aku jawab untuk Segmen Ben Ashaari Nak Korek Rahsia Media Sosial Aku...nak kata rahsia tu tak jugak...tapi itulah pendapat aku tentang media sosial sekarang...boleh follow aku di media sosial berikut.

Facebook: www.facebook.com/sharksuke
instagram: www.instagram.com/sharksuke
entry terbaru : Jakun Di TBS / Insaf Sekejap 

selamat berkenalan.

Naik Bas Di Terminal Bersepadu Selatan (TBS)

boleh pulak aku lupa nak share pengalaman pertama turun dan naik bas di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) baru-baru ni...kebiasaan kalau dari Kuantan memang aku selalu turun kat hentian pekeliling dekat dengan hotel Vistana KL tu...maybe dah lama tak naik bas sampai tak tahu sekarang semuanya dah turun dan naik di TBS.
Terminal Bersepadu Selatan
Terminal Bersepadu Selatan (TBS)
mula-mula tu cuak jugak aku bila dapat tahu bas ni dah tak behenti kat pekeliling...benda pertama yang aku risau bila turun kt TBS ialah transport...kalau kat pekeliling senang je sebab dekat dengan monorail dan LRT...senang nak bergerak...dalam kepala ni dah pikir duit tambang teksi yang mahal kalau nak ke KL dari TBS.

masuk je kawasan TBS di Bandar Tasik Selatan ni aku jadi kagum..jadi jakun kejap...bapak besar kawasan terminal kat sini...patut ler diorang buat terminal ni jauh dari kawasan bandar KL...nampak lebih teratur berbanding hentian Putra dan hentian Pudu yang lalu...

tak sure aku ada berapa tingkat TBS ni..yang aku tahu tingkat bawah ialah tempat turun dan naik bas...naik tingkat 1 tempat beli tiket dan tempat menunggu...tingkat 2 ada kedai makan...hotel jer takdek dalam ni...kalau ada nanti tak tahular... 
terminal berseladu selatan TBS
tingkat 1 TBS
terminal bersepadu selatan tbs
ruang yang besar


kat sini boleh tahan jugak kemudahan yang ada...balai polis ada satu...skrin untuk jadual bas memang banyak...locker pun ada bnyak...locker kat sini pakai pasword dan bukan kunci...not bad jugak ler ikut peredaran masa...

rupanya kalau nak ke pusat bandar KL mudah jer dari sini...sebelah TBS ni ada 3 rail untk ke pusat bandar...ada LRT , komuter dan ERL klia...kalau nak cepat boleh naik ERL sebab rail ni direct terus ke KL Sentral...cuma harga tinggi sikit ler...kalau dari kL cara nak ke TBS pulak, korang kena berhenti di Stesen Bandar Tasik Selatan...ketiga-tiga rail hentian yang sama.
nak ke TBS
3 stesen rail bandar tasik selatan
yang aku suka sistem kat sini ialah kaunter tiket TBS..dah tak payah susah-susah korang nak cari kaunter tiket bas faveret korang...kat sini satu kaunter dia jual semua tiket bas yang ada...korang pergi je mana-mana kaunter cakap nak pergi mana , nak naik bas apa...nanti korang akan ditunjukkan senarai jadual pada skrin...pilih je waktu dan tempat duduk..senang...rasanya geng ulat tiket tak boleh operasi kat sini sebab tiket disini memang lain...semunya under TBS..siap ada kod QR lagi...

QR kod digunakan untuk penumpang tunggu bas di ruang menunggu...dah macam KLIA pulak...bas datang baru pintu dibuka...so bagi yang nak hantar anak kesayangan tu memang tak boleh follow sampai ke pintu bas...tak macam dulu-dulu ler...sorang je naik bas tapi yang datang sekampung...
tiket bas tbs
satu kaunter ke semua destinasi
terminal tbs
pilih bas dan tempat duduk
tiket bas TBS
tiket bas di TBS


terminal TBS
ruang menunggu untuk penumpang bas
terminal TBS
pintu hanya dibuka bila bas sampai


memang jauh berbeza sistem kali ni dengan Hentian yang dulu-dulu...kredit kepada pencetus idea TBS ni...memang tak sanggup rasanya kalau ingat balik naik bas di Hentian Putra mahupun Pudu...sebab dua-dua hentian aku ada pengalaman kena pow..jeng sungguh.

korang boleh follow apa-apa berita di TBS di facebook official mereka...TBS juga ada buat sistem online untk beli tiket bas online...maklumat lanjut boleh rujuk laman web mereka.
facebook : 

harapnya sistem di TBS akan kekal sistematik...

4 Mar 2017

Tukar Tayar Sebelum Terlambat

hidup kat garisan khatulistiwa ni memang susah nak jangka musim yang akan melanda..ingatkan musim hujan dah habis dah hujung tahun dan awal tahun baru ni...rupanya belum lagi...hujan sekejap-sekejap tapi lebat kat kuantan dalam 2 minggu ni...sekali turun memang lebat...kalau yang naik motor macam aku ni memang basah le...tak sempat nak tukar  pakai baju hujan tetiba je hujan berenti...heheh...hujan angin katanya...sekejap je dia lalu..sebagai mat motor yang sayangkan nyawa,semalam pergi le tukar tayar motor yang dah botak tu.
tayar motor
tayar bunga lebih selamat
rasa lebih selamat sikit bila ada tayar berbunga-bunga ni...baru boleh feel bawak motor dalam hujan...sebelum ni agak takut-takut sikit aku nak brek dan ambil selekoh bila hujan...jangan dibawa main-main bila jalan basah...silap sikit naya nanti...macam kejadian accident berlanggor semalam kat jalan aku nak pergi office.

nak dijadikan cerita aku on the way ke pejabat dari rumah lepas siap solat jumaat...macam yang aku cerita awal tadi , hujan angin datang memang lebat tiba-tiba...nasib baik aku memang dah pakai siap-siap baju hujan dari rumah...sampai kat satu jalan tengok jem yang agak luar biasa...cilok punya cilok rupanya ada accident motor dengan kerera kancil accident...baru berlaku je sebab aku tengok hanya sorang je datang tolong...hujan pulak time tu...mungkin tak ramai yang sudi turun...aku yang naik motor ni berenti ler kejap tolong.
accident motor
accident semalam
memang betul kejadian baru berlaku...orang yang datang tolong tu pun tak sempat call ambulans...dia tengah sedarkan mangsa naik motor tu yang terbaring atas jalan...driver kereta kancil tengah trauma takut...tengok macam laju je bawak sampai bonet depan kancil tu rabak..motor takyah cerita ler..total loss...tak tahu saper yang salah...aku call ambulans dan lepas tu sorang-sorang datang tolong mana yang patut...lega jugak bila tengok mangsa terbaring atas jalan tu bagi respon...kalau tak respon memang tak tidur malam aku malam tadi...

lepas setel tolong semua , hati tu punya berdebor tak hingat...itu belum jadi depan mata...petang tu jugak lepas balik kerja aku tukar tayar motor baru...sementara beringat tu better buat terus kan...hujan-hujan ni memang jalan licin..yang beroda halus macam aku ni memang kena slow je bawa...slow and steady Mat Dan cakap...

mat-mat motor tu harapnya boleh ler check kondisi tayar tu..kalau tayar botak tu korban ler sikit duit brim yang ada tu tukar tayar baru...duit brim boleh diganti...nyawa susah nak ganti.

2 Mar 2017

Pecah Kepala Main Sudoku

antara banyak-banyak game yang ada dalam zenfone aku ni satu je yang melekat aku main setiap hari...SUDOKU...tak pernah bosan kot main game ni.
main sudoku
pecah otak nak letak nombor
setengah orang memang tak suka dengan game sudoku ni...saper yang minat kalau dah game tu kena perah otak...tambah pulak main dengan nombor...baik main lawan lawan zombie...tekan-tekan je skrin tu asalkan zombi mati...duk touch-touch sampai masa retak jugak skrin tu...hahah..geram punya pasal..tapi setakat ni tak jumpa lagi le berita pasal skrin retak bila main game.

tapi bila korang dah start main dan dah boleh jawab satu puzzle tu aku boleh rekemen korang akan gian nak cuba lagi..syiok woo feeling dia bila dh boleh solve puzzle yang ada..setakat ni aku masih lagi di level medium...level hard tu sekali dua je main..itupun belum tentu dapat complete.
main sudoku
beratus sudoku sedia untuk didownload
kalau cari kat Playstore dan Appstore memang banyak game sudoku ni...pilih je nak yang mana..cara permainan sama je...yang berbeza interface dan jugak background...try jugak cari kot-kot ada yang boleh main online dan ada yang boleh lawan masa dengan player-player sudoku yang lain...tapi tak jumpa lagi.

lepas ni hajatnya nak try sudoku kat buku pulak...kalau kat kedai buku memang ada jual buku sudoku ni...entah feel main dekat buku macam mana nanti..nak main kat phone ASUS aku ni jer boleh rosak mata lama-lama...bateri satu hal...cuma satu kelebihan main kat phone ialah interface cantik..kalau kat buku tu nampak nombor dan kertas putih jelar...lagi stress kot....hahahaha..belum cuba belum tau..nanti test.

jom main sudoku.