23 Feb 2017

Transaksi Pertama Duit Brim 2017

dah nampak dah kemana nak belanja duit brim yang masuk semalam...alhamdulillah ada rezeki lagi tahun ni..siap ada penambahan daripada tahun lepas...baru tengah syiok berkira-kira buat bajet dengan brim 2017 harini ditimpa musibah pulak.
selipar putus
oh my Lee Cooper
selama ni takdek pulak dia tunjuk ciri-ciri nak putus...harini ribut takdek hujan takdek tengah sedap berjalan boleh tercabut pulak...mengada-mengada betul kakiku ini nak yang baru...tau-tau je dalam akaun tu ada masyuk...

kalau tak silap selipar ni pun dh pakai lebih kurang dua tahun...ingat lagi sejarah ni sebab beli waktu tu kebetulan aleesya nurani keluar dari perut ibu dia..boleh tahan lama jugak ler selipar ni bertahan...nampak gaya perkhidmatan dia selama dua tahun tamat harini..

petang ni jawabnya kena dapatkan yang baru..rasa macam nak pakai sandal pulak lepas ni..ada yang berkenan kita sarung saja nanti...transaksi pertama duit brim 2017...heheheh.


22 Feb 2017

Badan Cepat Kembang Cepat Kecut

stress ada...geram pun ada...baru jer nak happy naik 5kg sekarang dah kecut balik...misi nak besarkan badan tertangguh sekejap...mampu tahan dalam 3 minggu je rupanya suplement yang aku pakai ni...pernah aku kongsikan suplement ni dalam entry operasi membesarkan badan pada awal tahun...bila dah habis ni nak beli kali kedua tu agak sakit sikit..bila main dengan harga macam ni ler..
supliment
3 minggu habis
Alhamdulillah dalam masa 3 minggu cuba tu berat badan naik dalam 5kg...ambik supliment dan pergi ke gym ternyata berkesan...saper tak happy kalau dah capai target yang kita nak kan...sebelum ni 45 sekarang dah 50kg berat...berbaloi jugak usaha dan duit yang habis beli supliment dan bayar gym untuk capai target menambah berat badan...tapi bila dah habis mula terkial-kial...

pada awalnya aku taknak bergantung sangat pada supliment nie...lepas habis satu tong ni aku cuba untuk banyakkan makan tapi gagal...cepat muak pulak dah...gym pun sekarang aku dah tak pergi...agak busy dan tambah pulak dengan musim hujan angin memang perasaan malas tu mebuak-buak ler nak workout...sekarang makan kemana workout kemana...timbang semalam nampak dah turun berat badan...bertambah stress jadinya...
tambah berat badan
naik 5 kg
next week rasanya dah boleh start balik..ekonomi dah stabil sikit dan cuaca pun elok...next target nak tambah lagi 5kg...selain tu nak besarkan sikit mana-mana body yang patut...naik 5kg ni tak nampak sangat mana besarnya...yang ketara bahagian dada jer yang nampak...memang tak boleh nak tunjuk part tu...hahaha..harap-harap berbaloi lagi pelaburan aku kali kedua lepas nie.

20 Feb 2017

Kartunis Ujang Dalam Bekazon

Bekazon...satu lagi majalah yang aku rasa perlu buat koleksi selepas penutupan majalah Ujang.
bekazon
bekazon bulan febuari
sekarang dah keluaran ke -7 bekazon ni...mungkin agak lewat aku beli tapi its better than nothing...korang perlu berbangga kalau baca majalah ni dalam LRT kemudian tersengih sorang-sorang...sebab korang tergolong dalam golongan orang yan rare..bukan senang nak cari majalah ni.

lawak yang ada masih lagi fresh dan masih lagi lawak antarabangsa...boleh dikatakan banyak jugak kartunis Ujang ada kat sini...kalau rindu dengan lawak mat despatch , lambok , bijan , tok moh , dicky workoshop , boleh ler beli dengan harga RM10...itupun nasib kalau korang bleh jumpa kat kedai majalah ni.
bekazon
Tok Moh
bekazon
Bijan
bekazon
bawang
bekazon
workshop
bekazon
mat despatch
korang tau tak hampir kesemua kartun dalam majalah ni ada sound...aku bagi contoh kalau korang baca lawak yang ada kat laut , korang akan dengar bunyi laut...kalau ada lawak kat pasar akan dengar bunyi suasana pasar...ini yang something special ada pada majalah bekazaon...katanya ini majalah pertama yang ada soundtrack..kreatif woo...berbaloi bagi aku dengan harga...nak rasa pergi ler beli...rujuk facebook bekazon untk lebih lanjut.

bagi korang yang sedih dengan penutupan majalah ujang apa tindakan korang sekarang ye...takkan setakat tulis kat facebook rasa sedih je kot...support ler sikit kartunis yang ada ni sementara mereka masih ada...nak tunggu lawak-lawak yang ada ni pupus baru nak beli ker...time tu memang tak dapat dah RM10...silap-silap boleh jadi RM100 akan datang...dah jadi collection rare nanti.

aku insyaallah akan terus support dan beli bekazon bersama dengan koleksi majalah gila-gila aku yang setakat ni masih lagi belum miss setiap bulan.

semoga bermanfaat.

17 Feb 2017

2 Hari 1 Malam Di De Rhu Beach Resort Kuantan

dapat jugak aku merasa suasana 2 hari 1 malam di De Rhu Beach Resort Kuantan..selama ni asyik tengok member-member jer yang bermalam disini..aku nak bermalam bukan tak boleh..tapi rasa janggal pulak bila nak tido di hotel yang berdekatan dengan rumah..kira-kira 30 minit je De Rhu dari rumah aku...dekat kan.
De Rhu Beach Resort Kuantan
De Rhu Beach Resor Kuantan
tak susah pun nak cari De Rhu Beach Resort ni...kalau search dalam waze mahupun google map comfirm jumpa...kalau dari bandar kuantan tu kira-kira dalam 20-30 minit je jarak dia dengan jalan menghala ke balok..senang sangat jumpa.

cantik dan mewah bila masuk bangunan De Rhu Resort  ni ...masuk je pintu utama korang akan tengok lobi dia yang agak luas dan terbuka..cantik.
De Rhu Beach Resort Kuantan
lobi
De Rhu Beach Resort Kuantan
reception
bilik pulak memang cukup selesa bagi aku..aku dapat bilik Superior dengan katil King Size...bilik luas dan bersih...utilities dalam bilik cukup complete...rasanya semua ada..peti ais , sejadah , iron dan keetle eletrik..bilik mandi macam biasa ada shower...TV pula kalau tak silap ada 12 siaran...kalau rasa malas keluar bilik pun lepak jelar dalam bilik..selesa pun selesa...
De Rhu Beach Resort Kuantan
bilik superior
De Rhu Beach Resort Kuantan
tersusun dekorasi dalam bilik
De Rhu Beach Resort Kuantan
besar almari dia
De Rhu Beach Resort Kuantan
utilities lengkap
De Rhu Beach Resort Kuantan
bersih
De Rhu Beach Resot Kuantan ni menghadap ke pantai...memang dekat je dengan pantai...kena dengan cuaca yang cerah untung -untung dapat tgk sunset mahupun sunrise yang cantik dari bilik je...yang tu kena request ler nak bilik menghadap pantai...aku sempat jugak dibawa melawat ke bilik yang special..antaranya De Rhu Suite...sesuai untuk pasangan honeymoon dan jugak ada keluarga yang besar...ada 2 bahagian dalam suite nie...satu ruang tamu dan satu bilik...view pulak menghadap ke kolam dan pantai...cantik wooo.
De Rhu Beach Resort Kuantan
mewah dan romantik
De Rhu Beach Resort Kuantan
honeymoon
De Rhu Beach Resort Kuantan
bilik air luas
De Rhu Beach Resort Kuantan
view dari balkoni

selain daripada bilik yang selesa dan cantik...facilities dalam De Rhu Beach Resort ni memang complete...kat sini ada saja lebih kurang 10 dewan yang boleh disewa walaupun tak menginap disini...ada bilik karaoke...bilik meeting ...ada gym...surau yang besar di luar bangunan..dan juga padang yang luas..nak naik ATV pun ada disediakan.

dengan facilities yang banyak tu cakap jer nak buat majlis apa...semua boleh..daripada gathering sampai ke perkahwinan...cukup sesuai ..cukup complete...aku kat sini pun atas aktiviti gathering bersama rakan blogger untuk Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari...meriah.
De Rhu Beach Resort
salah satu dewan yang ada
De Rhu Beach Resort
cafeteria lepak tengok bola
De Rhu Beach Resort
dewan untuk seminar
De Rhu Beach Resort
bilik karaoke
De Rhu Beach Resort
gym
De Rhu Beach Resort
surau
De Rhu Beach Resort
ATV
De Rhu Beach Resort
padang untuk sukan
yang special kat De Rhu ni korang kena mandi kolam dia...ada 3 kolam kat sini mengikut kedalaman...ada 3 kaki , 5 kaki dan paling dalam 9 kaki...keluasan kawasan kolam rasanya memang paling besar pernah aku tengok antara resort dan hotel yang aku pergi...kalau ada anak yang takut main air tu boleh bawak pergi kat taman permainan sebelah kolam tu...kolam ni juga dibuka untuk orang awam pada hari biasa..tapi ditutup pada hari weekend dan hanya dibuka pada pelanggan yang menginap di De Rhu sahaja.
De Rhu Beach Resort
kolam De Rhu
De Rhu Beach Resort
luas
De Rhu Beach Resort
kawasan riadah dalam De Rhu yang luas
cuti sekolah bulan 3 tak lama dah...rasanya dah boleh masuk list De Rhu Resort untuk destinasi percutian.lagipun tahun ni merupakan tahun melawat pahang 2017...bole ler kiranya berjalan-jalan di sekitar Pahang.

sekarang  ada promosi untuk mereka yang ingin buat reunion..ada pekej istimewa dengan hanya RM300 satu keluarga...macam-macam kot boleh buat dengan harga tue...dapat guna semua fasilities yang ada...memang berbaloi aku cakap...dah boring lepak dalam hotel boleh amik angin kat pantai pulak..kat sini meriah jugak aktiviti pantai...memang happening dekat kawasan De Rhu Beach Resort Kuantan ni.

maaf kekurangan pada kualiti gambar...memang menunggu masa sahaja kemera smartphone ni ditukar ganti yang baru...
untuk lebih gambar yang cantik dan harga yang menarik boleh rujuk laman berikut..
web : http://derhu.com.my/
facebook : https://www.facebook.com/derhubeachresort/

semoga bermanfaat.

7 Feb 2017

Delivery Bunga Valentines Day Dengan Flower Chimp

kadang-kadang terpikir jugak nak buat surprise delivery dengan menghantar sejambak bunga untuk someone...sesibuk mana pun di pejabat kita still boleh buat orang tersayang happy bila dia dapat something surprise...duduk berjauhan pun tak ada masalah...order je via media sosial , nanti sampai ler kat buah hati...macam servis yang dibuat di Flower Chimp ni...menyediakan servis delivery bunga di sekitar KL dan Malaysia.
flower chimp
Flower Chimp
kalau tengok pada packaging dan bunga yang digubah dekat Flower Chimp ni memang aku suka...nampak esklusif dan nampak lebih branding...bunga yang digubah pulak bukan bunga kertas yer...semuanya fresh...segar bugar dengan warna dan bau...

flower chimp
gubahan bunga kekwa
delivery bunga
cantik dan nampak esklusif
sekarang ada promosi sempena Valentine Day di Flower Chimp...14febuary jatuh pada hari bekerja...rasanya tiada alasan lagi untuk korang yang nak hargai pasangan masing-masing dengan menghantar sejambak bunga walaupun sibuk dengan kerja di pejabat.

buka je laman web flower chimp...pilih bunga yang mana menjadi pilihan hati...seriously korang akan rambang mata tengok gubahan bunga yang disediakan Flower Chimp...
flower chimp
promosi sempena Valentine Day
delivery bunga
Yvate

delivery bunga flower chimp
Sweet Vibes

flower chimp
moonlight

flower chimp
just for you
dah jumpa bunga yang berkenan , boleh pilih nak tambah coklat ataupun kalau ada something nak wish boleh request kad...kemudian bayar secara online dan delivery akan dibuat pada hari yang sama kalau buat order sebelum jam 12 tengahari.

selain hari valentine day , flower chimp turut menerima tempahan untuk hari ulangtahun , hari perpisahan , juga disediakan untuk hamper dan hadiah untuk majlis tertentu...nampak kelainan sikit kalau bagi gift bunga ni.

lebih lanjut lebih koleksi delivery bunga layari web berikut.
web : www.flowerchimp.com/ValentinesDay/
facebook : facebook/flowerchimp
instagram : instagram/flowerchimp/

semoga bermanfaat.

2 Feb 2017

Perasan Cantik Dengan Meitu

boleh tahan superb jugak editing pakai aplikasi meitu ni...sampai aku pun terjebak nak mencuba...hasilnya memang tak masuk akal...tapi dia punya effect tu boleh jugak ler buat iman ni tergugat tengok bila ada awek single mingle yang buat...
meitu android
perasan cantik dengan aplikasi meitu
kalau bujang yang buat hasil dia macamni ler.
meitu
so cute
meitu
pink uolsssss
hahahahaha...rasa nak hempuk dengan batu lesung je tengok lama-lama...feloles uolllll walaupun kulit kita itam...perasan cantik jap...anak buah aku yang sorang pun cakap paklong dia cantik...

sekali sekala layan aplikasi macam ni apa salahnya...menghiburkan hati yang lara gara-gara 20sen...tapi jangan ler amalkan selalu...jap lagi sampai le tua perasan cantik susah pulak...bagi yang dah kahwin tak apa ler..bagi yang single tu jangan bagi harapan palsu kat bakal pasangan...dalam nampak lain luar nampak jauh...hahahah

download aplikasi Meitu di PlayStote Android...untuk ios tak sure...selamat mencuba.

1 Feb 2017

Hidangan Teragung Tahun Baru Cina 2017

mesti ada yang perasan kan kalau bukak youtube sepanjang minggu lepas ada iklan TNB yang kacau...hahahah...ada yang skip ker kalau keluar iklan TNB Chinese New Year 2017 ni...kalau korang skip memang korang tak perihatin ler...rugi ler kalau skip...dia punya jalan cerita dan effect cgi tu dah macam filem Stephen Chow...masih belum terlambat nak tonton...
Cooking Hustle - TNB Chinese New year 2017 - Youtube

kalau tengok bahagian komen tu memang ramai yang bagi kredit kat iklan raya cina TNB kali ni...mesej yang disampaikan agak menarik..tiada langsung kali ni iklan raya berkenaan elektrik mahupun apa-apa berkenaan kerja TNB...sebaliknya mengenai ikatan sesebuah keluarga yang bagi aku memang realiti dalam kehidupan kita...kalau hari raya jer bermacam hidangan disediakan , bermacam rasa , bermacam rupa sama seperti sikap ahli keluarga yang pulang ke kampung untuk beraya...mesti akan ada perbezaaan pendapat dan sikap...rambut sama hitam , hati lain-lain...tapi dalam perbezaaan pendapat bila kita bersatu dan sepakat , semuanya akan menjadi lebih manis dan mana tahu akan tercipta sahu hidangan "Table Of Harmony" yang cuba disampaikan oleh TNB kali nie

kehadiran ahli keluarga untuk tradisi makan besar menjelang perayaan Tahun Baru Cina adalah lebih penting dari menu yang terhidang di atas meja...waktu perayaan sebegini lah kita dapat mengenepikan segala perbezaan pendapat dan merapatkan semula ikatan persaudaraan...bersatu kita teguh , bercerai kita roboh...tidak perlu bergaduh tentang perbezaan pendapat sebaliknya kita kongsi bersama...

mari uji sejauh mana korang punya sikap bila ahli keluarga berkumpul bersama..game ini dipanggil Mystery Dish..game ini pun dari TNB jugak.

buka lama web https://betterbrighter.my/tableofharmony
1 ) klik Unveil Mistery Dish
iklan raya cina tnb 2017
klik unveil mystery dish

2 ) klik " Discover What Mystery Dish You Are & Join The Table.,kat sini akan link dengan akaun FB personal korang...jangan risau..ianya tak collect apa2 data peribadi.
iklan raya cina tnb 2017
klik discover & join the table

3 ) lepas tu akan keluar pilihan Mistery Dish yang mana korang akan pilih jawapan berdasarkan perangai korang sendiri.
iklan raya cina tnb 2017
pilih mystery dish

4 ) jawapan korang pilih tadi akan keluar satu menu special yang sesuai untuk korang..klik Unveil Your Dish

iklan raya cina tnb 2017
klik unveil your dish

5 ) dan kat sinilah nak tahu sejauh mana korang punya sikap dan tanggungjawab sebenar..klik  Share Result dan kongsi bersama mystery dish korang di facebook.
iklan raya cina tnb 2017
aku dapat ni.
iklan raya cina tnb 2017
klik share result dan akan dikongsi ke FB
aku dapat dish "Diced Chicken Of The Nine Towers"..macam gempak jer bunyi kan..disebalik dish ni teserlah aku punya sikap yang kool dan tenang untuk apa jenis situasi yang aku hadap...aku juga seorang multitasking dalam buat kerja....phew...patut ler dipanggil permainan Mystery Dish...memang betul apa yang keluar tue..seram pulak game ni bila betul...hahahaha.

korang punya macam mana...berani tak unveil sikap korang dengan game ni..meh join...semuanya dari program TNB untuk perayaan Tahun Cina 2017...nampaknya TNB kali ni betul-betul meraikan perayaan tahun baru cina kali nie.
tahniah TNB

maklumat lanjut layari 

semoga bermanfaat.