iklan
kedaipheromone

11 Jan 2017

Kelahiran Kedua Yang Dinanti

nak kongsi sikit le kegembiraan aku dan keluarga hari ahad yang lepas...Alhamdulillah aku sudah pun menerima anak buah kedua di awal tahun 2017...baby tahun baru...baby boy...lahir pada 08-01-2017 sekitar jam 2 pagi...ini adalah kelahiran kedua yang dinanti selepas kelahiran pertama tahun 2014
anak buah
seorang lagi anak buah lahir
kalau nak ikutkan due date adik ipar aku ni 31disember...mungkin sedap sangat landing kat dalam perut  sampai seminggu lepas tu baru keluar...ramai yang mengharap baby ni keluar 01hb sempena new year...tapi degil budak ni...hahahah...akhirnya keluar 08hb...keluar awal pagi pulak tu time pakcik dia tengah sedap bermimpi..

insyaallah gambar akan dikongsi nanti...sekai dengan nama dia...special nama budak ni...boleh tahan panjang jugak...kesian kat cikgu dia nanti...tak tahulah apa mimpi ayah dia kasi nama ni...selalu tengok kat FB je nama-nama panjang...sekali lekad daa kat nama anak buah sorang ni..tapi tak apa..ada makna dan maksud baik disebalik nama tu...

harini pulak facebook keluar moment 2 tahun yang lepas...rasa nak gelak pun ada..rasa tua pun ada...dah besar anak buah pertama aku ni...aleesya nurani yang makin banyak akal dan mulut..
anak buah
dah macam anak cina pun ada budak ni
aleesya nurani
dah nak jadi kakak dah sekarang
sedar tak sedar dah dua tahun aku jadi pakcik...anak buah dah membesar dan bertambah...aku entah bila dapat rasa zuriat sendiri...sabar dan terus bersabar..insyaallah ada rezeki tahun ni...target tahun ni dapat lepas hantar rombongan meminang jadilah..bulan 4 nanti kalau ikut perancangan akan keluar sorang lagi anak buah...hehehe...kali ni adik kepada Aleesya Nurani tu...dah 3 anak buah kalau kira-kira tahun ni...tercabar jugak pakcik dia ni...tu yang mengharap perancangan tahun ni berjalan seperti diimpikan.

nampak gaya tahun 2017 kali ni dimulakan dengan pekara yang baik..syukur Alhamdulillah..semoga berterusan hingga ke akhir tahun..
Amin.

6 comments:

  1. alhamdulillah..tahniah..tunggu pic baby baru ni. :)

    ReplyDelete
  2. Allhamdulillah.... menyambut kehadiran org baru dgn penuh kegembiraan... mesti cumilkan...

    ReplyDelete
  3. Hihi ingatkan menyambut kegembiraan anak sendiri tadi...Tak pe lah Shark insyaallah kalau ada rezeki dan ada jodoh akan adalah zuriat awak sendiri nanti...

    Nama budak budak sekarang memang panjang panjang ek

    ReplyDelete

Logo KBBA