23 Jan 2017

Why It’s Time to Invest Property in Malaysia



 Although the country of Malaysia is rich in history and culture, that doesn’t mean it was always a prime destination for real estate ventures. However, whether you’re a lifelong resident or an expat looking for a new retreat, now is the time to purchase Malaysian real estate given the exciting developments in the national economy and burgeoning industries such as tourism and individuals seeking medical services. While real estate sectors in other countries have shown decline, the market in Malaysia has continued to look promising. However, one of the most important factors you need to consider is where to buy. Here are a few pointers about not only why it’s time to buy real estate, but also, how to conduct an effective, fruitful search.
property guru
invest property in Malaysia


  1. Prices Are Rising
You don’t need a financial advisor to tell you when prices are rising, time is of the essence, and that’s the case when it comes to Malaysian real estate. For example, according to Property Guru, price trend of house for sale in Kuala Lumpur has been steadily increasing over the decade. This is a perfect example of a township that offers attractive packages for would-be homeowners. Most premier, new real estate in Malaysia, as is the case with other countries with burgeoning real estate markets such as India and Singapore, is being erected in townships. One reason that these locales are so popular is because the actual units themselves not only boast state of the art decor and design, but are also situated in carefully kept grounds with convenient services such as on-site hospitals, schools, and shopping.
Although many residents prefer to still be nearby to large metropolitan centers, living in a township provides the best of both worlds. This is one of the top reasons that the prices of new real estate are rising steadily. The best properties in preferred townships are being bought up at a fast pace.

  1. A Diversifying Economy
One of the most important ways to gauge how reliable and long-term an investment in real estate will be is to assess what’s happening with a country’s economy. Malaysia is looking at a healthier GDP growth and this accounts to a stable economy. This makes it a particularly attractive destination for prospective overseas investors as well as local investors. Taking out a mortgage to pay for your home over a period of years for a nice home is a more attractive prospect where there’s financial security. Therefore, if you’re considering purchasing property, the time is ideal. Unlike many world economies that have seen the housing market collapse or major inflations, real estate in Malaysia has continued to be a growing sector.

There are also a number of ways and reasons to purchase property in the first place. If you are looking for homeownership, there are lots of options out there, though there may not be for long. If you’re an expat or a foreigner, and looking to generate income with tenants, there are other things to consider, but purchase price is on the list of upsides. Having tenants can be a tricky business, but if you’re worried about whether a purchase will be a fruitful investment, that shouldn’t be as much of an issue.

  1. Amenities Galore
The expression “getting the most for your money” is more applicable today than ever. You should expect most of the townships you look at to have impeccable landscaping, a must have for any prospective homeowner in Malaysia today. Standards you can expect are open spaces to jog and enjoy nature, full-time security, fitness centers for township residents including pools and gyms, and even common social spaces. If there aren’t shopping centers on-site, then usually they’re very nearby. These townships are designed with convenience in mind. Not only that, but you should also consider carefully the access the location provides to transportation. If you commute to work via car and you require easy access to a highway, for example, you’ll need to ensure that the township you’re looking at is in proximity to major roadways. The same goes for public transportation.

If you’re an investor, the same standards apply. No tenants are going to want to pay for a rental unit that they can’t commute from. Although the real estate sector in Malaysia is prime right now, that doesn’t mean you can afford to forsake basic common sense.

If you’re still debating whether to go ahead with a real estate investment in Malaysia, now’s the time to strike. Whether you want to rent out a property or live there yourself, there are lots of reasons to move forward. As years progress, you’ll undoubtedly see prices continue to rise. There are many reasonably priced homes that are also in premier townships, but they won’t last long as the country’s real estate continues to become an increasingly popular investment for both expats and Malay citizens alike.

19 Jan 2017

Biru Kuning Itu Jersi Pahang 2017

akhirnya keluar jugak jersi yang ditunggu aku...jersi Pahang sudah pun ditunjuk untuk musim liga super 2017...kali ni dengan sponsor baru JAKO...brand sport dari luar negara..
jersi pahang 2017
jersi home pahang 2017
masih lagi kekal dengan warna kuning biru untuk jersi "home" dan hitam putih untuk jersi "away"...nampak smart jersi pahang 2017 dengan jalur menegak macam tu...matching jugak ler dengan warna kuning biru....untuk jersi away pahang 2017 biasa-biasa ajer...dari dulu aku tak berapa minat sangat jersi away pahang ni...jalur hitam putih je sokmo...takdek kelainan.

harga pula katanya hanya RM79.90...murah bebenor ni...musykil pula aku brand sport dari luar negara boleh murah macam ni...dan tak berapa pasti boleh belu kat mana jersi original ni...masih lagi tidak diberitahu umum..
jersi pahang liga super 2017
jersi pahang 2017
selain pahang  , PKNS FC pun baru-baru ni dah tunjuk jersi baru mereka...tiada yang menarik...tapi aku kongsikan jugak...safee sali dah berhijrah ke PKNS untuk musim baru..jersi PKNS ni boleh tahan terang warna dia...macam tak sesuai pulak aku nak sarung kalau beli..
jersi pkns 2017
jersi PKNS FC 2017
liga bolasepak malaysia akan bermula jumaat dan sabtu ini..ada lagi beberapa pasukan belum keluarkan jersi baru mereka..
harini dan esok kita boleh tengok le jersi pasukan Kelantan...tak sabar jugak aku nak tengok yang tu.

dah ada ke jersi yang korang berkenan?

18 Jan 2017

Ayam Panggang Dengan Rasa Mango & Lime Di Nando's Malaysia

berkesempatan malam tadi bersama blogger kak ita dari kbba9 untuk mencuba menu baru dari Nando's Malaysia...bagi korang suka rasa limau nipis yang masam dan jugak rasa manis buah mangga , memang wajib lah korang cuba flavour Mango & Lime di restoran Nando's ni...
flavour lemon & lime
kombinasi mangga dan limau kasturi
kecur air liur tak kalau dua buah ni kita blend dan buat jus..letak pulak dalam peti ais kasi dia sejuk...phewww...meleleh dah air liur dapat rasa masam dan manis buah mangga dan limau kasturi bila dicampur sekali...
macam tu jugak ler rasa flavour baru ayam panggang Nando's yang mana akan menjadi menu tarikan utama terbaru mereka...ayam tu akan disalut dengan flavour Mango & Lime...kira-kira macam perapan ler orang kita kata...perapan mangga dan limau kasturi..
flavour lemon & lime
antara menu dengan flavour Lemon & Lime
aku dah rasa malam tadi...braper ketul chicken wings entah dapat kat aku malam tadi...memang terasa betul flavour Mango & Lime dia...rasa macam nak jilat je ayam-ayam tu sebab rasa masam manis pada ayam tu memang melekat...anak-anak kecil pun boleh makan ni...jangan risau...flavour ni memang tak pedas...kalau korang nak pedas letak saja sos peri-peri yang special ada kat Nando's tu...perfect jadi hidangan korang tu nanti.

belanja sikit ler gambar ayam dengan flavour Mango & Lime yang aku rasa malam tadi...
Chicken wings nando's malaysia
chicken wings dengan flavour Mango & Lime
nando's malaysia
kasi close up sikit ayam yang dipanggang cukup perfect
menu Nando's malaysia
menu utama Nando's Malaysia
dah kenyang dah puas rasa ayam jangan lupa pulak order minuman...Tropical Fruitea korang kena cuba..minuman baru sempena flavour baru...imagine je lar korang campur orange juice dalam lemon tea...hehehe..boleh tak rasa kemasamam kemanisan air dia tue...sedap.
tropical fruitea nando's malaysia
tropical fruitea
nando's malaysia
gabungan rasan orange juice dengan lemon tea
cuti tahun baru cina tak lama dah..boleh ler plan bawak family dan anak-anak cuba menu baru di Nando's Malaysia...cakap je nak rasa flavour Mango & Lime...nanti tahuler pekerja mereka yang peramah dan sentiasa senyum tu buat kerja...takpun tunjuk je blog ni kat diorang...paham-paham ler diorang nanti...hahaha..

untuk lebih info boleh like page Facebook Nando's Malaysia.
selamat menjamu selera.

17 Jan 2017

Smart Warna Kuning Jersi Perak 2017

mengancam habis warna kuning jersi Perak Liga Super 2017 kali ni...aku rasa hampir kesemua pasukan keluarkan jersi yang cantik pada musim baru 2017...banyak jugak pilihan yang boleh dibuat untuk koleksi...salah satu yang mesti ada dalam koleksi ialah jersi "home" pasukan Perak The Bos Gaurus...baru keluar secara rasmi malam tadi.
jersi perak 2017
jersi Perak Liga Super 2017
ini adalah rekaan kedua dari syarikat AL Sports selepas jersi pasukan Kedah yang mengancam tue...memang terbaik lah rekaan dari AL Sports...aku berkenan betul dengan corak jersi kuning perak musim ni...tak macam tahun lepas diorang hanya buat plain colour jer...untuk Liga Super 2017 kali ni nampak smart dengan belah kiri ada corak dan belah kanan pula plain...matching pulak jalur warna hitam kat bahagian lengan tue..aku rasa aku boleh pakai jersi kuning macam ni walaupun aku berkulit gelap...tengok player import tu pakai ok jer :)

jersi warna putih pula akan diguna untuk perlawanan "away"...yang jersi away ni rasanya biasa-biasa saja bagi aku..harga original RM119...design smart kualiti bagus memang kena dah harga tue.
jersi perak 2017
jersi home Perak 2017
jersi "home" Perak dah masuk dalam faveret list aku tahun nie...bagi yang berminat boleh dapatkan maklumat di Facebook AL Sports...katanya ada jugak jual yang replica dengan harga RM69...murah tu...jersi perak juga boleh didapati di Al-ikhsan terpilih...sama seperti pasukan Kedah sebelum ini...mereka berkongsi penaja yang sama...
amacam?
ada yang berminat tak nak sarung...kita boleh jadi geng...smart ni yob!

Tergoda Dengan Awek Punya Macbook

semalam kan aku ada lepak breakfast makan KFC...tengah duk sedap makan Twin Egg Rise tu mata ni terpandang ler dua orang awek yang baru masuk...dah siap order dia boleh pulak duduk depan aku...jangan mimpi ler dia nak duduk satu meja ngan aku...maksud aku tu dia duduk meja depan aku...dia keluarkan something dalam beg dan buat pertama kali aku jatuh cinta pandang pertama dengan benda itu...jenggg...cantiknya Macbook 12 inch dia...
macbook 12 inci
Macbook 12 inch
ya ampun....nipis bebenor laptop keluaran apple nie...tu yang buat aku jatuh cinta tu....memang smart giler macbook punya nipis...tambahan size dia tak terlalu besar...12 inci jer...tak sure pulak macbook awek tu semalam warna apa..hampir sama jer warna dengan gambar kat atas tu...gold ataupun rose gold...tapi memang cantik ler dia punya warna , nipis , dan saiz dia...terliur tengok.
macbook 12 inch
nipis bebenor macbook nie
berusaha jugak ler aku google time tu jugak lepas dia show off dia punya macbook tue...cari punya cari baru ler aku tahu dia punya tu macbook 12 inci...maklumlah aku ni bukan pengguna apple...tak tahu sangat bab-bab product  keluaran barang mahal nie...ada 2 harga kalau buka laman web Apple Malaysia...RM5,499 dan RM6,699...boleh tahan jugak harga dia.

satu lagi yang aku berkenan dengan macbook ni ialah keyboard dia...nak kata lain dari laptop lain rasa macam sama jer...entahler...tapi tengok semalam macam keyboard apple ni nampak lebih kemas pulak...boleh tahan besar jugak walaupun size 12 inci...memang puas ni kalau dapat menaip blog kat keyboard nie...pagi-pagi lepak KFC buat entry blog..hahaha..poyo sangat tu..

macbook 12 inc
keyboard macbook nampak cantik
macbook 12 inch
meleleh tengok dia puna saiz dan nipis
dari segi luaran memang aku bagi 100 bintang ler untuk macbook nie...smart , stylo dan elegen gitu...dari segi software dan hardware aku tak boleh nak compare...sekali lagi aku tegaskan aku bukan pengguna produk apple yang tegar...tapi kalau tengok pada harga rasanya perfect jugak ler dia punya spec nie...kalau tak power takkan harga boleh cecah RM5k dan 6k...tapi kalau ikut apa yang aku google...macbook ni keluaran 2015...dah setahun lebih jugak ler ada di pasaran...kalau aku beli masih relevan kah spec tahun 2015 ni...kena tanya yang pakar bab tue.

perasaan nak dapatkan sebijik macbook nie memang membuak-buak...kebetulan aku memang perlukan sebiji laptop sekarang...rasa tak puas pula bila blogging dan trading dengan smartphone atau asus zenpad retak seribu aku ni...

nak seribu daya , taknak seribu dalih..aku cuba usahakan setakat mana yang mampu...tak dapat macbook pun tak apa...rasanya sekarang dah banyak kot laptop yang senipis macbook ni...kena banyak mencari dan usaha...terima kasih ler buat awek macbook tu...sedikit sebanyak bagi inspirasi kepada aku...harap-harap kita berjumpa lagi...time tu aku duduk depan kau pulak...hahaha.

p/s : sumber gambar : The Verge - 12 inch Macbook Review

16 Jan 2017

Smart Doh Jersi Terengganu 2017

makin rancak pelancaran jersi baru pasukan Liga Malaysia 2017..hujung minggu baru ni saja beberapa pasukan dah buat majlis pelancaran...jersi Terengganu  dan T-team aku rasa berkenan nak pakai kedua-dua kit "home" dan "away"...minimalist dan simple...bawak kuar gi dating pun smart nie.
jersi terengganu 2017
jersi "home" Terengganu

jersi terengganu 2017
jersi "away" Terengganu
smart boh...warna putih tu nampak stylish sikit dari hitam....harga pula RM129.90...malas nak pertikaikan harga jersi...lain orang lain pendapat...lain orang lain pendapatan mereka...ada yang kata murah ada yang kata mahal..ada yang kata mahal tapi kualiti bagus...bagi aku kalau sedap dipakai berbaloi ler...aku tak pandang pun itu semua...janji smart dimata aku dah...pastu pergi cari kat pasar malam...hahahahahah....Terengganu dan T-Team akan menggunakan design jersi yang sama..cuma yang membezakan adalah penggunaan logo pada dada sebelah kanan...pasukan Terengganu akan bermain di Liga Perdana manakalan T-Team akan bermain di Liga Super..

bagi pendatang baru Liga Super 2017 , Melaka United jugak dah lancar jersi mereka...warna hijau putih menjadi warna untuk jersi utama mereka...manakala untuk jersi away menggunakan warna biru putih...berbanding dengan jersi Terengganu ,  jersi Melaka United agak meriah...
jersi melaka 2017
jersi Melaka 2017

jersi melaka united 2017
pemain Melaka United dengan jersi terbaru 2017
yang ni tak berapa pasti harga dia berapa..puas gak cari...tak jumpa...mungkin akan update selepas ni...minggu ni akan penuh aktiviti pelancaran jersi pasukan liga super 2017...semuanya akan lancar minggu ini sebab hari jumaat dan sabtu sudah pun bermula sepak mula Liga Super 2017...kembali beraksi selepas lama bercuti...

untuk pembelian jersi dan maklumat lanjut mengenai jersi yang ada boleh terjah facebook pasukan bolasepak masing-masing...sekarang hampir kesemua pasukan bola sepak dan kelab penyokong dah ada page...

jersi mana jadi pilihan kali ni.

Sedap Jugak Breakfast Di KFC

bangun pagi ni entah datang dari mana mood mengidam nak makan KFC...orang kata kalau dah ada niat tu elok percepatkan...kalau lambat nanti tak merasa...sebelum masuk office gagahkan jugak aku singgah breakfast kat KFC....
kfc breakfast
breakfast di KFC
makan burger kita pagi ni...omputih dah rasa...nasib baik le tekak ni tak memilih sangat bab makan...ada jugak sesetengah orang dia tak boleh nak telan...pagi-pagi mesti dia nak nasi...kebanyakkan orang macam ni orang yang kerja berat le..kalau stakat duduk atas kerusi office tu makan apa pun tak apa...tak banyak tenaga nak pakai.

boleh tahan menu breakfast yang ada kat KFC ni...orang kata nasi lemak KFC best...tengok pada harga 1 set RM12.xx...heheheh..boleh tahan nasi lemas KFC ni punya harga...mahal tang ayam dia je aku rasa ni...last-last aku pilih set Twin Egg Rise dengan harga RM8.50...dapat cofee , hash brown dan burger benjo dengan dua telor...simple je.
set breakfast KFC
Twin Egg Rise

KFC Indera Mahkota Kuantan
kFC Indera Mahkota Kuantan
kenyang perut senang hati...nampak jer mudah dan simple dengan roti dengan telur...tapi sedap jugak rasa bila dah letak sos cili tu...dapat pulak kopi pagi-pagi...mood nak ker kerja tu ada ler lain sikit bila dah lepas hajat tu...dah macam orang mengidam pulak rasanya...
breakfast kFC
swafoto ler lepas kenyang
setel hajat pagi ni.harap-harap esok tak mengidam lagi.

15 Jan 2017

Beli Kereta Secara Online Dan Dapat Ang Pow Hanya Di Tookar.my

beli kereta secara online?...hehehe..aku ingatkan ini main-main...tak sangka pulak kereta pun dah boleh beli online..kalau tak percaya boleh tengok kat Tookar.my...ramai jugak yang dah beli kereta online kat sini rupanya...trusted servis dan trusted site...
kereta online
ingat kereta baru ingat #Tookar | sumber : NST
Tookar adalah platform untuk pembelian kereta secara online...mensasarkan pengguna untuk memudahkan pembelian kereta secara digital yang mana akan menjimatkan kos dan masa...masuk laman web tookar.my - pilih kereta - pilih warna - pilih promosi yang ada - bayar pendahuluan booking - tunggu kat rumah dan dealer akan contact dan hantar kereta di pintu rumah...semuanya di hujung jari...senang kan.

dan lagi best sekarang diorang tengah buat promosi sempena perayaan Tahun Baru Cina yang akan datang nanti...pelanggan yang beli kereta baru secara online kat sini berpeluang jugak dapat ang pow dari pihak #Tookar..rezeki berganda tu...dapat kereta baru siap dapat ang pow lagi...salah satu ang pow yang ada ialah penjimatan sebanyak RM1000...

kongsikan sikit antara koleksi kereta dengan harga promosi yang ada di Tookar.my
beli kereta online
MyVi 

beli kereta online
proton saga
beli kereta online
honda city

beli kereta online
honda civi 2016
beli kereta online
honda vios

boleh tahan jugak harga kereta yang ada...untuk lebih info dan juga promosi boleh terus ke laman web www.tookar.my atau kunjungi laman sosial facebook mereka www.facebook.com/tookarMY

bagi mereka yang berminat jangan lupa promosi ini akan berakhir pada 31 Januari dan gunakan kod SL1E8PC2 untuk dapatkan ang pow terpilih.
tookar
promosi peluang untuk dapatkan ang pow sempena CNY

jom singgah tookar.my dan booking kereta baru anda secara online..
register , pilih dan tunggu kereta sampai dirumah.

semoga bermanfaat.

14 Jan 2017

Jersi Merah Kedah Macam Portugal

jersi baru kedah untuk saingan Liga Super 2017 dah keluar..kit home dan away kali ni nampak macam smart kalau sarung...macam biasa warna hijau kuning menjadi tradisi untuk jersi kedah 2017 "home"...manakala untuk jersi "away" pulak warna merah...
jersi kedah 2017
jersi "home" kedah 2017

jersi kedah liga super 2017
jersi "away" kedah 2017
mula dijual hari ini di cawangan terpilih Al-ikhsan...kalau tak silap Al-ikhsan luar dari negeri kedah belum ada lagi...mungkin tumpu kat negeri Kedah je dulu..harga pula RM109..murah sikir dari jersi limited edition JDT semalam...

berkenan nak sarung jersi away kedah yang warna merah tu...smart ala-ala jersi pasukan bolasepak Portugal...nak pakai warna kuning macam tak sesuai dengan kulit aku yang hitam ni...makin menyerlah pulak nanti...

satu lagi jersi 3rd kedah nampak biasa-biasa ajer...warna kelabu tu rasanya tak ramai yang nak beli...heheheh..anggapanku sahaja...dah nama pun jersi ketiga...mana boleh lawan style dan smart yang nombor satu dan dua.
jersi kedah 2017
jersi kedah liga super 2017
bagi yang berminat boleh dapatkan di Al-ikhsan berdekatan...orang kedah dah bileh dapat hari ini...luar daripada kedah tunggu sahaja post dari facebook Al-ikhsan nanti..

lepas ni team apa pulak ye.

13 Jan 2017

Jersi Limited Edition JDT 2017

menarik pulak tengok jersi special editon pasukan bolasepak JDT untuk musim Liga Super Malaysia 2017...seperti tahun lepas , JDT antara yang terawal buat majlis pelancaran jersi baru...kali ini ada 4 jersi yang boleh dijadikan koleksi buat peminat bolasepak JDT...biasanya mana-mana pasukan hanya keluar 3 jersi sahaja untuk home,away dan third..tapi sempena juara 3x Liga Super diorang keluarkan jersi limited edition tahun ni...
jersu limited edition JDT 2017
jersi limited edition JDT 2017 | sumber : Facebook Johor Southern Tiger
aku memang berkenan dengan jersi special ediotion nie...tak berapa pasti pulak diorang akan guna untuk bermain di "home" atau hanya untuk koleksi peminat...berbanding 3 jersi yang lain hanya nampak biasa-biasa bagi aku..
koleksi pasukan bolasepak JDT 2017 | sumber : Harimau Malaya
harga pula RM139 original...kalau standard pasar malam tak tahuler berapa harga nie..tengok pada grade ler pulak...biasanya untuk jersi grade AAA ni tak sampai RM50 pun sehelai...memang jauh beza kan harga..aku pun memang selalu beli yang jenis grade jer,,nak pakai yang original ni memang tidak ler...

dalam masa dua minggu ni akan penuh jadual pelancaran jersi pasukan bolasepak Liga Super Malaysia..kalau tak silap harini 14haribulan ada pelancaran jersi pasukan Kedah dan Pulau Pinang,..esok pulak hari sabtu meriah...ada empat pasukan buat pelancaran jersi... terengganu / T-Team , Pahang , dan Melaka United...ramai yang ternanti pasukan Melaka United ni termasuk aku...pendatang baru dalam Liga Super malaysia...

kalau jersi smart boleh ler sarung...aku sarung bukan ikut pasukan faveret pasukan pilihan...aku sarung ikut design dan smart...hasrat tahun lepas nak sarung kesemua jersi pasukan liga super malaysia tidak kesampaian,,susah jugak nak collect semua nie..ingatkan senang jer...tahun ni tengok macam mana pulak,,,harap-harap tercapai hasrat tahun nie.

ada peminat JDT kat sini?
mana satu pilihan korang yer.

11 Jan 2017

Kelahiran Kedua Yang Dinanti

nak kongsi sikit le kegembiraan aku dan keluarga hari ahad yang lepas...Alhamdulillah aku sudah pun menerima anak buah kedua di awal tahun 2017...baby tahun baru...baby boy...lahir pada 08-01-2017 sekitar jam 2 pagi...ini adalah kelahiran kedua yang dinanti selepas kelahiran pertama tahun 2014
anak buah
seorang lagi anak buah lahir
kalau nak ikutkan due date adik ipar aku ni 31disember...mungkin sedap sangat landing kat dalam perut  sampai seminggu lepas tu baru keluar...ramai yang mengharap baby ni keluar 01hb sempena new year...tapi degil budak ni...hahahah...akhirnya keluar 08hb...keluar awal pagi pulak tu time pakcik dia tengah sedap bermimpi..

insyaallah gambar akan dikongsi nanti...sekai dengan nama dia...special nama budak ni...boleh tahan panjang jugak...kesian kat cikgu dia nanti...tak tahulah apa mimpi ayah dia kasi nama ni...selalu tengok kat FB je nama-nama panjang...sekali lekad daa kat nama anak buah sorang ni..tapi tak apa..ada makna dan maksud baik disebalik nama tu...

harini pulak facebook keluar moment 2 tahun yang lepas...rasa nak gelak pun ada..rasa tua pun ada...dah besar anak buah pertama aku ni...aleesya nurani yang makin banyak akal dan mulut..
anak buah
dah macam anak cina pun ada budak ni
aleesya nurani
dah nak jadi kakak dah sekarang
sedar tak sedar dah dua tahun aku jadi pakcik...anak buah dah membesar dan bertambah...aku entah bila dapat rasa zuriat sendiri...sabar dan terus bersabar..insyaallah ada rezeki tahun ni...target tahun ni dapat lepas hantar rombongan meminang jadilah..bulan 4 nanti kalau ikut perancangan akan keluar sorang lagi anak buah...hehehe...kali ni adik kepada Aleesya Nurani tu...dah 3 anak buah kalau kira-kira tahun ni...tercabar jugak pakcik dia ni...tu yang mengharap perancangan tahun ni berjalan seperti diimpikan.

nampak gaya tahun 2017 kali ni dimulakan dengan pekara yang baik..syukur Alhamdulillah..semoga berterusan hingga ke akhir tahun..
Amin.

10 Jan 2017

Operasi Membesarkan Badan

awal tahun 2017 dimulakan dengan proses membesarkan badan...tahun ni nekad sebelum raya nak naikkan sikit berat badan nie...jangan ingat orang besar je ada masalah berat badan...orang kurus pun ado tau...atas nasihat rakan-rakan aku gagahkan ambil suplement...dan aku memilih produk Muscletech Mass Tech.
naikkan berat badan
bapak besar tong suplement ni
sebelum ni banyak kali jugak aku gagal menaikkan berat badan ni...ada yang suruh makan banyak...ada yang suruh makan kerap...mampu bertahan seminggu jer aku follow tips tu...lepas tu mula muak dengan makanan.
kalau dah muak tu macam mana ler aku nak sumbat makanan tue...sebab tu ler aku maintain jer takat 45kg sekarang,

bagi orang kurus seperti aku memerlukan sekurangnya 2ribu kalori setiap hari...kalau kau hanya makan berat waktu pagi tengahari dan malam memang susah ler nak capai kalori sebanyak itu...kalau kau orang kuat bersukan dan suka workout lagi lah seksa...seribu kalori pun belum tentu cukup...ada yang pesan makan lebih kerap dari biasa...aku dah cuba dan yer terbukti berkesan,
waktu makan time tu :
  • 8 pagi - breakfast
  • 10/11 pagi - makan
  • 1 tengahri - lunch tengahri
  • 4 petang - makan
  • 8 malam -makan malam
  • 11 malam - makan

boleh bayangkan tak aku duk mengunyah jer...makan bukan sebarang makan...kena makan yang berat-berat jugak...naik memang naik berat tu...lama-lama jadi muak dan tak boleh nak teruskan,

kenapa suplement?
aku pada mula-mula memang taknak bergantung kepada benda nie...nak clean food katanya...tapi kalau makan kerap pun dah tak larat inikan pula nak sediakan clean food...modal untuk aku sediakan makanan dan beli supliment ni sama jer...tambahan suplement ni senang disediakan...bancuh dengan air siap,
kandungan kalori dia pun tinggi sekitar 800 sehari...yang lebihnya aku boleh dapat dari makanan harian,
mass muscletech
3Kg mass tech dari muscletech
abang sado
boleh jadi sado ker ni
amacam?
besar tak tong nie...1 tong bersamaan 3kg...harga RM145 tapi aku beli waktu harga promosi RM129 sahaja...harga ni ada lagi kat web musclemaniaclub...kalau ada yang berminat beli online je kat https://www.musclemaniaclub.net ....aku ambil perisa Milk Chocolate...rasa dia macam susu Dutch Lady je...tak ada le pelik sangat rasa minum suplement nie...risau jugak mula-mula takut tak boleh nak telan.

workout aku akan berjalan seperti biasa,
cuma rasanya kali ni memang aku kena pergi gym untuk angkat berat...orang kata kalau setakat buat dirumah memang susah otot-otot tu nak pecah...kalau tak pecah macam mana nak kembang...kalau tak kembang macam mana nak besar...betul kan...jangan ingat susu ni untuk jadi SADO pulak,
hahahahha,
tak ada formula untuk jadi sado dengan minum susu nie...nak jaid sado kena ada disiplin yang kuat...aku memang kurang bab disiplin nie...bab sado ni belakang kira...yang penting berat aku naik.

berjaya atau tidak kena ler tunggu...berat aku sekarang 45kg...dapat target 50kg Alhamdulillah.
aku update progress nanti.

5 Jan 2017

Memori Sekolah Rendah Lebih Manis Banding Sekolah Menengah

kalau ditanya nama kelas waktu aku sekolah rendah memang aku hafal semuanya,
nama cikgu pun boleh dikatakan masih ingat kesemua,
tapi kalau ditanya zaman sekolah menengah terus aku blank.
hahahahah.
tak tahuler kenapa.
nama kelas darjah 1
memori sekolah rendah
ada yang masih ingat nama kelas masa darjah 1 dulu?
aku masih ingat sampai sekarang,
sebabnya sekolah aku dulu hanya ada 2 nama je.
Amanah dan Bestari,
Cerdik pun ada tapi bukan semua darjah ada,
bergantung pada bilangan murid,
maklumlah sekolah dalam Felda,
memang tak ramai bilangan pelajar.

kalau dah masuk kelas Amanah tu dah kira macam bagus dah,
sebab tu adalah kelas pertama,
kiranya macam kelas budak pandai,
dulu-dulu punya sistem macam tu ler,
sekarang tak tahuler macam mana,
rasanya ada yg dah campur dan aku setuju kalau sistem macam ni,
macam tak best pulak nak asing ikut IQ.

masuk sekolah menengah rasanya aku lost memory,
tak berapa nak hafal sangat nama kelas dan memori best kat sekolah menengah,
time ni rasanya masing-masing dah berlagak hensem,
dah akil baligh,
dah ready untuk bercinta,
tu yang memory tak ada sangat macam sekolah rendah.

rindu pulak nak pergi sekolah rendah yang dulu,
agak-agak budak zaman sekarang ada lagi ke main permainan macam aku.
kena terjah nanti ni.
heheheh.
korang mana best waktu sekolah dulu ye.
sekolah rendah atau menengah.
cer citer.

1 Jan 2017

Tak Excited Dengan Tahun Baru 2017

apa macam tahun baru korang harini,
yang sambut main bunga api malam tadi camner,
ada beza ke dengan hari pertama dengan hari terakhir semalam.
kalau sama kiranya buat rugi je lar terpekik melalak duk countdown.
takziah buat mangsa bunga api di Klang.
teruk jugak katanya.
harap boleh ambil iktibar untuk akan datang.
tahun 2017
selamat tahun baru
tahun 2017 tiada yang menarik rasanya untuk aku sambut,
cuma mengharapkan yang lebih baik dari tahun lepas,
umur pun dah cecah 31.
macam banyak je yang aku kena fikir,
dengan status bujang pada umur macam ni agak tergugat jugak life aku sebenarnya,
hampir kesemua sahabat dan saudara sebaya aku dah mendirikan rumah tangga,
siap anak nak masuk tadika dah,
hebat kau kawan,
tengok masing-masing update kat facebook rasa jeles jugak,
anak buah pulak kalau ikut jadual tahub ni aku akan dapat 2 orang lagi selepas aleesya nurani.
heheh
makin meriah keluarga besar.
insyaallah tahun ni cuba usaha untuk tamatkan status bujang,
dapat status tunang pun Alhamdulillah.

tahun ni rasanya kena rajin banyak untuk cari duit lebih,
nak harapkan gaji memang susah nk hidup,
terpikir jugak aku nak buat dropship ataupun jadi ejen jualan produk,
sebelum ni pun dh banyak aku review produk-produk yang ada di blog,
kesemua produk yang bagus aku dapat.
yang terbaru stevia royal leaf,
disebabkan ramai dah yang mula sedar kebaikan stevia,
dan ramai jugak nak bertukar selera dengan stevia ni,kenapa tidak aku ambil peluang,
produk bagus mesti permintaan tinggi kan.
insyaallah akan cuba nanti,

rasanya cukup le dua niat aku untuk tahun ni,
setel dua ni baru pikir yang lain.

apa pula perancangan 2017 korang ye.