31 Dec 2016

Setiap Hari Dengan Minyak Herba Asmak

sekali pandang aku memang berkenan tengok packaging Minyak Herba Asmak ni,
nampak lain sikit dari botol-botol minyak sapu yang ada dipasaran.
ini botol kedua aku dengan minyak asmak.
satu letak dirumah satu lagi di office.
minyak herba asmak
botol kedua minyak herba asmak

minyak herba asmak
standby kat meja office satu
Minyak Herba Asma Mujarab Sdn.Bhd
bukan produk baru di Malaysia,
seingat aku waktu first aku beli sekitar awal tahun,
beli waktu tu sebab aku ni ada masalah sikit dengan hidung waktu pagi,
resdung tahap 1 jugak ler kiranya,
alah sikit dengan habuk dan kadang-kadang mandi waktu pagi.
aku amalkan sapu minyak asmak ni kat hidung dan rongga,
Alhamdulillah ada kesan,
botol minyak herba asmak
memang terasa lega bila dapat sapu,
bau minyak asmak ni boleh tahan sedap jugak bau dia
antara kandungan dalam minyak ni ada :

  • minyak zaitun
  • minyak kelapa dara
  • habbatus sauda
  • gamat
bau gamat tu yang aku rasa paling kuat.
walupun kuat tapi tidak ler hilang kalau bau nasi lemak pagi-pagi tu.

kalau member office cina pun boleh terima bau ni aku rasa memang OK le.

Minyak Asmak Penawar Asma
bagi sesiapa yang mengidap asma memang aku rekemen produk Minyak Herba Asmak ni.
datang semput atau asma sapu je kat bahagian dada tu,
dah sapu tu nanti akan rasa ler berangin je bahagian dada tu,
lepas tu bau pulak minyak asmak ni yang sedap insyaallah lega sikit sakit tu,

produk ni adalah produk R&D.
Research And development,
diorang akan buat kajian dan buat sesuatu produk lebih berkesan dari biasa.
katanya lama jugak masa diambil untuk memproses minyak ni supaya selamat digunakan,
dan hasilnya :

  • tiada kandungan bahan aktif  yang tinggi,
  • tidak "overdose" dengan bahan tertentu
  • lebih suci

jadi ianya sesuai jugak untuk digunakan sebagai penawar asma untuk bayi,
penawar asma untuk bayi
sesuai juga untuk bayi
belanja sikit video untuk orang yang ada asma.

selain dari asma,
minyak ni berkesan jugak untuk yang kena batuk,gigitan serangga,senggugut,sakit kepala,sakit perut mahupun lenguh-lenguh badan.

sebab tu aku letak sebotol kat office ni,
tensen dengan keje sampai pening sampai lenguh,
sapu je minyak asmak ni setel.
kat rumah pulak kalau kena selsema atau hidung tersumbat pagi pagi tu memang minyak asmak ni le aku sapu.
minyak herba asmak
keep calm,minyak herba asmak ada
kalau ada yang berminat,
ada resdung macam aku atau nak tolong mak ayah yang ada asma,
boleh dapatkan minyak asmak ni ke link berikut atau terus contact je,

Hotline HQ : 019 - 970 8897
Website rasmi syarikat : http://mham.com.my/
Website Minyak Herba Asmak :
http://penawarasma.com.my
Ig : mham.sdnbhd
https://www.instagram.com/mham.sdnbhd/
Fb Page :
Penawar Asma Mujarab
https://www.facebook.com/penawarasma/
Minyak Herba Asmak HQ
https://www.facebook.com/minyakherbaasmamujarabsdnbhd/
Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCW7XwJbaxkXCKe3f7NEucag

kalau nak jadi egen pun boleh.
tahun 2017 ni tahun mencabar,
nak cari side income inilah masanya,
lagipun minyak herba asmak ni pun bagus,
kalau bagus insyaallah permintaan tinggi.
minyak herba asmak
1 rumah 1 mham
jom amalkan minyak herba asmak dalam kehidupan seharian.
pastikan yang original dari Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd.
insyaallah semuanya akan dipermudahkan.

semoga bermanfaat.

28 Dec 2016

Rasa Manis Stevia Royal Leaf

dah lama aku dengar pasal stevia ni,
ramai jugak rakan-rakan yang dah guna dalam minuman seharian,
katanya lagi berkhasiat dari gula biasa kita pakai tu,
dan aku pula baru seminggu amal menggunakan stevia,
Stevia Royal Leaf ialah stevia pertama aku cuba.
stevia royal leaf
smart botol stevia royal leaf 
Stevia Royal Leaf
stevia royal leaf
Stevia Royal Leaf
rasanya tak perlu kot aku nak terangkan apa kelebihan stevia nie,
rata-rata dah tahu ianya pengganti kepada gula putih yang biasa kita pakai dalam minuman,
cuma yang korang kena tahu ialah kelebihan yang ada pada Stevia Royal Leaf nie.

waktu mula-mula cuba tu apa yang aku rasa lain ialah manis dia,
memang dia punya manis rasa lain dari gula putih,
rasa manis yang sedap,
untuk secawan teh o letak je 2 titik,
sebelum ni macam tak percaya jugak bila kata letak 2 titik dah cukup,
bila dah cuba tu baru lah tahu.
memang betul 2 titik dah manis air.

Kelebihan Stevia Royal Leaf
stevia royal leaf
packaging Stevia Royal Leaf
selain manis dia yang sedap tue,
terdapat beberapa lagi kelebihan menggunakan Stevia Royal Leaf ni,
antaranya :
  • menurunkan paras gula dalam darah
  • mengurangkan kesan radang
  • anti oksidan yang tinggi
  • merawat cirit-birit
  • kawal kandungan air dalam badan
  • membunuh bakteria
  • bantu kurangkan berat badan
  • mampu percepatkan pengeringan luka
tak salah kalau aku katakan Stevia Royal Leaf ni adalah penawar semulajadi untuk tubuh badan kita,
tengok saja kelebihan yang ada,
semuanya kerana Stevia Royal Leaf diperbuat daripada stevia rebaudiana gred A
jadi tak hairan lah beberapa masalah badan dapat diubati dengan produk ni.
stevia royal leaf
pemanis semulajadi
Stevia Royal leaf bukan produk baru dipasaran,
setakat ini boleh dikatakan setiap negeri ada stokis dan pengedar,
tak lama lagi akan keluar batch ke-5 pengeluaran Stevia Royal Leaf dengan packaging yang baru,
makin branding tu.

bagi yang ingin mencuba dan ingin bertukar manis dalam minuman macam aku boleh ke laman sosial atau hubungi terus HQ mereka
Facebook : Royal Leaf Stevia HQ
Instagram : Royal Leaf Stevia
email: royalleafstevia@yahoo.com
whatsapp : 019-2000 647

bila dah pakai tu memang jimat masa jugak ler nk buat air,
tak perlu lagi nk rasa-rasa manis cukup ke tak,
letak setitik dua dah cukup untuk segelas scawan air,
dan yang paling penting botol dia,
nampak smart dengan padanan warna hitam gold,
dan mudah dibawa kemana-mana sebab kecik.
next time pergi kedai mintak teh o kosong jer,
gula dah bawak dari rumah,
hehehe.
terbaik.
stevia royal leaf
kecik molek botol dia
harga?
tak mahal lah.
hanya RM30 sahaja.
dapat dalam 280 titik sebotol tu.
bahagi pulak dengan 2 untuk segelas.
kiranya dapat 140 gelas untuk sebotol.
banyak tu.
harga murah untuk jaga kesihatan badan.
stevia royal leaf
bertukar lah ke stevia
memang tak rugi kalau korang tukar gula putih yang sedia ada dengan Stevia Royal Leaf,
lain macam manis dia.

selamat mencuba
semoga bermanfaat.

27 Dec 2016

Makan Sorang Forever Alone

tertarik pulak dengan keratan akhbar Sinar Harian semalam.
melihat seseorang makan seorang diri digelarnya forever Alone.
hahahahha..
nak tergelak pulak aku baca,
tapi tak salah pun,
dah memang mindset orang sekeliling macam tue.
sumber : Sinar Online - Lebih Ramai Suka Makan Sendiri
makan seorang diri
keratan akhbar Sinar
aku antara yang tergolong ler dalam kalangan makan seorang diri,
makan,shopping dan wayang ada jugak beberapa kali seorang diri,
tiada langsung masalah pada diriku,
bukan taknak bergaul,
cuma aku lebih senang dan mudah bergerak,

ada jugak member sekerja tanya,
tak malu ker kau makan sorang kat kedai?
aku tak tahu nak jawab macam mana
pelik jugak dengan pertanyaan diorang tue,
salah sangat ker makan sorang.
tak jatuh pun ego seorang lelaki makan sorang
aku memang tak segan kalau bab makan sorang-sorang nie.

nak ajak member takdek hal,
tapi paham-paham je lar kalau janji melayu,
30 minit belum tentu sampai
30 minit belum tentu siap makeup,
selera makan boleh hilang duk menunggu,

kadang-kadang selera kita dengan diorang pun bukan sama,
tak syiok pulak kan kita makan dia pulak tak minat,
kalau ajak yang bujang-bujang ni memang payah sikit ler,
masalah bajet menjadi alasan utama,
hehehhe.
kalau nak ajak yang bekeluarga pun kadang-kadang masa tak kena,
that why aku lebih bergerak secara solo.
gugurl?
kalu dah cinta jarak jauh memang kena korban ler masa untuk berdua,
kalau nak kata forever alone tu memang tidak ler.

makan sorang?
tiada masalah bagiku.
peduli apa orang sekeliling pandang,
perut aku,selera aku,duit aku,
hahahahhaa.

tetiba balik kerja kang rasa nak makan KFC :)

25 Dec 2016

Ruginya Tak Pergi MAHA 2016

aku antara bukan 3.7 juta yang datang ke MAHA 2016 baru-baru ni,
memang satu kerugian yang besar bila tak dapat join,
last aku pergi MAHA 2010 rasanya,
tapi time tu tak semeriah tahun ni,
maha 2016
rekod terbaik MAHA2016
berlansung selama 11 hari di Serdang,
timeline di Facebook memang penuh dengan suasana di MAHA 2016,
ramai rakan-rakan yang pergi,
boleh tahan jugak trending beberapa pekara di Pameran Antarabangsa Pertanian,Hortikultur dan Agro Pancongan Malaysia(MAHA).
timelapse maha 2016

antara yang masih aku ingat ialah lembu sado,
lembu bukan sebarang lembu ni,
ni yang orang kata terbaik dari ladang,
hahahah.
memang sado tengok pada gambar,
Sazali Samat pun sempat selpi dengan dia.
maha 2016
lembu sado jadi tarikan
selain lembu sado terdapat banyak lagi haiwan ternakan lain yang unik,
antaraya ikan besar,unta,ayam burung hantu,
entah korang larat ke tak pusing nak tengok semua tu.
semuanya berkumpul dan hanya boleh dilihat di MAHA 2016,
jadi memang tak hairan ler boleh tarik 3.7juta pengunjung,
maha 2016
ayam atau burung hantu
maha 2016
merpati?
maha 2016
bapak segala ikan
bab makanan tak payah cerita ler,
aku rasa bahagian ni yang paling ramai,
segala buah segala makanan ada,
nasi beriyani udang katanya dapat perhatian.
insyaallah kalau jadi perancangan,
next MAHA aku akan ada disana bersama produk mak aku.
jual karipap mini dan karipap frozen.
harap-harap jadilah.
MAHA 2016
syurga makanan MAHA 2016
susah nak dapat ni
ufang sanggul
maha 2016
nasi beriyani udang
MAHA 2016 kali ni berlangsung sampai ke malam,
siang hari dah penat pusing,
malam pulak masa untuk rehatkan kaki,
terdapat beberapa konsert yang berlangsung sepanjang pameran,
bagi yang tak minat hiburan mereka boleh rilek selfi dan wefie di Light Sensation.
cantik pulak tengok dalam gambar.
maha 2016
suasana light sensation
maha 2016
selfi kat sini memang cantik
maha 2016
konsert ROTF
maha 2016
kemeriahan sampai malam
timelapse malam maha 2016

nak cakap panjang-panjang pun tak guna,
MAHA2016 kali ni memang yang terbaik pernah diadakan,
tak sabar pulak rasanya nak tunggu MAHA 2018,
tahun depan memang tak ada le sebab ia berlangsung 2 tahun sekali,

nak rasa lagi kemeriahan MAHA 2016 boleh like page Facebook MAHA 2016,
terdapat gambar-gambar menarik disana,
buat pengunjung 3.7 juta tu boleh le tengok kot-kot gambar korang ada jugak.

MAHA 2018,
mu tunggu aku datang.

21 Dec 2016

Kena Eczema Tahap Satu

dapat berita tak berapa best harini,
anak buah sorang ni kena eczema,
alhamdulillah tahap satu je.
harap-harap tak teruk dan tak merebak.
anak buah dapat eczema
eczema tahap satu
puas jugak duk google penyakit eczema dan rawatan,
boleh tahan banyak produk yang ada,
rawatan  tradisional pun macam-macam ada.
tapi masih terlalu awal untuk dicuba.

tertarik dengan keratan akhbar utusan yang ada menyatakan tiada rawatan ajaib untuk penyakit eczema.
penyakit eczema
keratan akhbar utusan 2015
kalau ikut logik memang betul apa pakar tu cakap,
ramai yang anggap nak rawat kulit eczema ni boleh dengan guna produk losyen mahupun krim,
sampai satu tahap macam-macam ubat dan rawatan dah pergi,
sampai terlupa emosi bayi mahupun kanak-kanak boleh terganggu dengan sikap macam tu.
hati-hati ibubapa diluar sana.(sumber : utusan online 2015)

insyaallah lepas ni nak hantar dia ke klinik pakar kulit dulu,
taknak pandai-pandai guna krim lagi,
harap-harap dia mampu bersabar dulu.
aleesya nurani
the only one anak buah
kesian jugak tengok dia garu tiap-tiap malam.
garu pulak bukan sebarang garu,
penuh kudrat dia garu,
sakit wooo tengok.
umur baru 2 tahun lebih.
bersabarlah Aleesya Nurani.
insyaallah akan dipermudahkan segalanya.

15 Dec 2016

Malu Dengan Dato Seri Vida

tertarik pulak aku untuk menonton The House musim kedua ni.
aura Dato Seri Vida tu memang kuat aku rasa,
musim lepas aku tak berapa nak layan sangat sebab macam anoyying je dengan lakonan adik beradik maembong.
musim ni nampak realistik sikit dengan suasana family Dato Seri Vida(DSV)
the house dato vida
The House Musim ke-2
dah 2 episod ditayangkan,
dan kedua-dua episod aku dah tengok,
bila buat up-close personal macam ni baru ler aku tahu DSV ni memang bagus orangnya.
walaupun perangai dia ramai menjadi bahan ketawa,
bila pikir-pikir balik aku rasa tiada manusia pun yang sempurna,
perangai dia mungkin macam tu ,
tapi disebaliknya siapa tahu.
mak aku pun respect dia bila tengok episod malam tadi.

satu-satunya yang aku perasan ialah bila dia baca doa.
tanya diri sendiri,
tanya haters diluar sana,
sejauh mana kita hafal doa-doa harian.
aku sendiri,
suruh baca doa naik kenderaan pun terkebil-kebil lagi,
mau buka google dulu kalu disuruh baca.

kalau tengok episod pertama ada scene diorang baca doa naik kenderaan,
lancar sungguh DSV baca,
itu aku tak eksites sangat,
tapi episod malam tadi barulah aku rasa malu dengan DSV ni,
diorang ditugaskan untuk menjual nasi lemak,
sebelum niaga tu DSV ada baca doa murah rezeki,
bila tengok dia baca tu memang aku kagum,
lancar je,
mak aku sendiri pun puji dia.
mungkin inilah rahsia dia menjadi jutawan.
doa.
dan bila doa-doa pun dia dah hafal,
solat apatah lagi kan.
the house dato vida
scene DSV baca doa malam tadi | sumber : astrogempak
dont judge book by its cover.
mungkin diluar dia nampak lain.
belakang kita tak tahu.
aku duk kutuk-kutuk dia terasa hina pulak,
harap ke doa makan je hafal.
insyaallah akan diperbaiki nanti.

buat DSV,
u got my respect.
yang belum menonton boleh tonton rancangan The House musim kedua setiap rabu jam 9:30mlm dia astro Ria dan Ria HD.
yang tak ada astro boleh cari kat Youtube.
ada perasan tadi dah ada yang upload.

selamat menonton.
semoga bermanfaat.

13 Dec 2016

Segak Bergaya Raja Aku Yang Baru

pagi tadi sempat jugak ler tengok Sultan Kelantan berlepas ke Kuala Lumpur untuk majlis angkat sumpah sebagai Yang Dipertuan Agong ke-15.
aku rasa ini lah Raja yang dinantikan rakyat jelata,
Raja berjiwa rakyat.
memang ramai kagumi baginda dengan sikap bersahaja beliau.
kalau tengok live kat Tv pagi tadi memang lain macam penampilan Agong kali ni.
smart sungguh.
sultan kelantan
Yang Dipertuan Agong 15 sultan kelantan
umur baginda 47 tahun,
tengok dari luaran baginda memang sihat dan nampak muda,
teringat pulak akan Yang Dipertuan Agong-13 , sultan terengganu Sultan Mizan,
antara raja yang tampak bergaya bagi aku.

baginda selalu jugak muncul di media sosial mahupun lensa-lensa kemera,
antara yang aku suka tengok ialah bila cara baginda berjalan,
boleh tahan laju langkah baginda,
harap-harap lepas ni baginda kerap ler turun padang,
sedap sikit tengok kalau ada muncul kat berita,
dah bosan dah tengok muka jibby kat TV :p
sultan kelantan
segak bergaya raja yang baru.
ternanti-nanti apa yang akan dibawa oleh baginda nanti,
mungkin jugak aku dapat melihat satu lagi sejarah untuk istiadat perkahwinan diraja?
ataupun istiadat pertabalan Raja Permaisuri Agong?
hehehehe.
mana tahu kan.

diharapakan baginda diberikan kesihatan yang baik sepanjang menjadi Yang Dipertuan Agong ke -15 ,
Daulat Tuanku !!!