24 Nov 2016

Koleksi Barangan Sale Lazada 11.11

last week penuh timeline dengan sale Lazada 11.11,
aku pun terasa jugak ler dengan kemeriahan sale kali nie,
buat pertama kali aku terima Box Of Joy dari pihak Lazada,
box of joy lazada
semua barang ni ada di Lazada
apa yang ada dalam box ni semuanya ada di dalam web Lazada,
semuanya barangan-barangan yang diual sempena Online Revolution 2016,
terkejut jugak aku bila bukak ada sekotak air susu Full Cream dari Nestle,
lagi besat dapat Nescafe perasa pandan tue.
terus jugak ler bukak laman web Lazada nak tengok betul ker diorang ada jual air?
rupanya Lazada sekarang dah macam supermarket dah,
bahagian Groceries  memang terdapat barangan minuman dan makanan ringan,
dah siap asing macam sebijik dalam pasaraya.
mudah betul sekarang nak shopping!

dalam box ni ada jugak barangan bayi,
aku dapat tisu basah dari Mamy Poko dan susu bayi dari Lactokid,
yang ni aku tak hairan sangat,
ramai jugak ler kaum ibu-ibu kat facebook aku tengok shopping pampers bayi kat Lazada nie,
katanya selalu jugak ada sale pampers dan barangan bayi kat sini,
kalau taknak terlepas memang kena hari-hari bukak laman web lazada,
bookmark terus,
box of joy lazada
yang mana paling best

barang barang yang lain itu biasa kita tengok,
antaranya pencuci muka dari L'Oreal,
barangan eletronik untuk smartphone dan laptop tak perlu cakap,
memang bersepah dalam web Lazada nie,
pandai cari dan pandai bajet jer,
aku excited jugak bila dapat Dual USB Drive 64GB dari Sandisk,
besar punya memory,
nanti aku cerita untuk next entry apa kegunaan benda alah nie,
boleh gak dipanggil USB OTG - USB On The Go

boleh dikatakan semua barangan peringkat umur ada di Lazada,
daripada bayi sampai barangan keperluan orang dewasa
boleh jugak katakan pelbagai jenis barangan ada di sini,
daripada barangan dapur,makanan hingga ke aksesori kenderaan ada dijual,
senang cerita dah kira macam Hypermarket dah kat Lazada ni,

sale Lazada masih bersambung yer,
ianya berlangsung sehingga 12.12.2016
cakap banyak dah tak guna dah.
khabarnya ada sale bahagian barangan baby sekarang,
bukak terus Lazada sekarang disini Lazada | Big Baby Fair

jangan lupa yer kalau nak beli tu masukkan voucher diskaun ni.
gunakan saja code "20LAPOR25"
banyak tau diskaun 20% tu
barang baby di lazada
Promosi sekarang di Lazada

selamat bershopping,
semoga bermanfaat.

Tak Perlu Boikot Piala AFF

entah kenapa boleh timbul berita nak boikot piala AFF 2016,
isu yang dimainkan pulak berkenaan dengan pembersihan puak Rohingya,
come on Malaysia , you are better than this,

boikot piala aff
poster boikot Piala AFF Suzuki

tarik diri lepas tu balik Malaysia dengan aman,
sampai Malaysia tengok pekerja Myanmar tengah cuci lantai kat KLIA,
sampai Malaysia tengok pekerja Myanmar tengah jaga kedai,
sampai Malaysia tengok pekerja Myanmar tengah buat bangunan
baca pulak paper terpampang kerajaan jaga baik hubungan diplomatik dengan Myanmar,
baca bahagian sukan tengok pasukan Myanmar sedia hadapi SUKAN SEA 2017 di Malaysia.
SHAME,

tarik diri bermakna kita dah bagi kemenangan percuma kat Myanmar,
Myanmar masuk separuh akhir dengan senang,
tanda support apa macam tu.

dan untuk pengetahuan semua,
hanya perlawanan kumpulan sahaja babitkan perlawanan di Myanmar,
kalau dah masuk separuh akhir dah tak main kat situ dah,
akan bermain di tempat team yang masuk separuh akhir,

sebab tu aku menyokong penuh pasukan harimau malaysia sabtu nanti,
Malaysia akan lawan pasukan Myanmmar untuk slot terakhir ke separuh akhir,
harap sangat boleh kalahkan Myanmar,
at least ada jugak ler semangat solidariti kat situ,
walaupun aku tahu kalah dan memang memang takde beza pun isu Rohingya yang dimainkan.

nak bagi support meh turun masjid jumaat esok,
ada bacaan Doa Qunut Nazilah untuk Rohingya
selepas solat jumaat insyaallah ada bacaan Qunut Nazillah di semua masjid terutama masjid dibawah kendalian JAKIM ( sumber : Sinar harian Online )
doa qunut nazilah untuk rohingya
Doa Qunut Nazilah Untuk Rohingya
lain orang lain pendapat kan,
rambut sama hitam hati lain-lain,
ini pendapat aku sebagai seorang peminat bolasepak,
berbeza pendapat itu biasa,
manusia tiada yang sempurna,
tapi jangan sampai berbeza pendapat sampai bermusuhan,

oh ya sebelum terlupa,
jangan lupa yer kita masih lagi boikot Mcdonald di Malaysia nie,
mungkin yg ni ada yang terlupa.

semoga bermanfaat.

21 Nov 2016

Pertama Kali Masuk Gym

semalam gagahkan jugak aku nak masuk gym,
tebalkan muka nak main besi kat gym,
bndan kecik molek camni ada hati nak angkat dumbell yang besor-besor,
peduli apa aku,
selagi ada fikiran kolot macam tu,
selagi itu aku tak akan merasa feel workout di gym
asyik tengok orang lain jer enjoy,
nak gak merasa sekali sekala
pertama kali gym
gym kosong boleh ler selpie

Alhamdulillah semalam habis tanpa sebarang kecederaan,
hahahaha,
risau jugak ler kot-kot terseliuh salah form,
jangan dibawa main-main kalau salah form nie,
silap-silap terus takleh main besi lagi,

berusaha jugak ler aku cari artikel kat internet untuk pertama kali masuk gym,
nasib baik ada beberapa aplikasi kat Playstore yang boleh aku rujuk,
nanti aku kongsi untuk next artikel.

dah habis beberapa set baru ler aku tahu kenapa ramai sekarang suka workout kat gym,
best jugak rupanya,
selama ni aku syok workout dirumah jer,
sekali sekali tukar mood rasa gian pulak nak masuk gym.
pertama kali gym
selpie di gym itu wajib

walk in untuk weekend kat gym ni RM7,
waktu aku pergi memang tak ramai,
mungkin hari minggu hari diorang rehat,
nasib baik jugak ler tak ramai,
kalau ramai malu jugak woo first time nak angkat berat.

lepas ni aku dah set dalam jadual,
weekend sabtu dan ahad aku workout di gym,
dengan RM7 tu aku rasa berbaloi,
hari minggu kita main besi,
hari biasa aku buat workout bodyweight di rumah saja,
kalau hari-hari masuk gym rabak jugak poket nie.

tiba-tiba terasa tak sabar nak tunggu hari sabtu dan ahad.
heheheheh.

18 Nov 2016

Smart Kad ATM Debit Hong Leong

ada lagi ke yang belum tukar kad ATM yang baru,
ni dah bulan november,
tinggal sebulan je lagi untuk tukar,
sementara masih free ni pergi le buat cepat,
start januari 2017 dah kena caj,
time tu kau nak maki hamun pun tarak guna,
silap-silap kau dapat malu,
aku baru je tukar kad ATM MyDebit Hong Leong,

kad mydebit paywave
kad ATM Hong Leong

dalam banyak-banyak kad bank,
aku rasa kad ni paling smart,
dah nampak macam kredit kad pulak.
nampak esklusif banding kad ATM bank yang lain.
jangan banding dengan kad ATM maybank yang DIY tu pula,
heheh.
itu kategori lain.

sekejap je nak tukar kad sekarang,
kebanyakkan bank dah memang stanby satu kaunter khas untuk urusan tukar kad,
jadinya masa untuk menunggu tu tak lama,
tak berebut dengan orang nak urusan deposit mahupun withdraw,
lagipun sekarang orang dah tak ramai dah tukar,
semua tukar awal-awal,
alasan takdek masa tu dah tak boleh pakai,
jadi buat sebelum terlambat.

17 Nov 2016

Fobia Dengan Demam

Alhamdulillah,
kembali bekerja selepas dua hari MC,
bukan beli MC ye,
ini doktor yang check-up,
terima kasih ler doktor bagi pelepasan sampai dua hari
walaupun rasa heaven sangat dapat rilek kat rumah,
perasaan takut tu memang ada bila dapat demam sekarang,
takut sangat aku kalau kena denggi,

beli mc
gumbira rasa bila dapat sijil ni

dua hari demam ni memang selalu jugak le aku belek-belek badan,
risau jugak kalau naik bintik merah,
tak nak ler kena demam denggi,
cukup le sekali tengok mak sakit depan mata kena denggi,
member dekat office pun baru-baru ni dah kena tahan wad sebab yang sama,denggi.
demam dan muntah memang terus kena pergi check lepas ni,
tanda awal demam denggi ler tu.
aku nasib baik tak muntah,
tapi kena jaga-jaga ler jugak
tak senang hati wei kalau demam sekarang.

denggi kat malaysia ni memang tinggi,
nampak je macam remeh bila bab nyamuk,
binatang paling kecik je kot,
tapi bila spesis nyamuk belang-belang dah hinggap,
boleh naya satu badan,

nasihat kepada rakan-rakan,
terutama yang ada baby tu,
selalu ler periksa air-air yang bertakung kat rumah tu,
dekat pasu-pasu bunga tu kena check,
situ biasanya port diorang,
barang-barang tak pakai elok dibuang,
jangan buat hiasan depan rumah,
cegah sementara korang sihat ni.

semoga bermanfaat.

16 Nov 2016

Majalah Gila Gila Kembali Panas

dapat jugak aku beli majalah Gila Gila keluaran November,
mungkin ini permulaan semula untuk aku baca balik majalah yang dah lama aku tinggalkan.
entah kenapa aku rasa untuk keluaran November ni dia punya aura lain macam,
tengok saja kulit muka depan kali ni,
baik punya bakar line.

gila gila november
Gila Gila November

rasa macam susah nak dapat Gila Gila sekarang ni,
dulu selalu jugak aku tengok ada jual kat 7eleven,
tapi time tu aku buat-buat tak nampak je sebab mood nak baca tu takdek,
tapi bila mood dah ada nak cari tu punya le seksa,

beberapa kartunis Gila Gila yang dulu kembali melukis untk keluaran November,
itu yang buat aku rasa nak baca balik majalah ni,
katanya dah mula kembali nak menyengat,

gila gila november
3 Dara Pingitan 
gila gila november
kartun bisu

dah habis baca semuanya,
memang puas hati,
3 dara pingitan tu aku rasa punya le lama duk dalam majalah ni,
kartun faveret mak aku tu,
kartun bisu pulak masih lagi berbisa,
tak ada dialog pun still humor,
ruangan kartun sembang-sembang up to date dengan bahas isu-isu semasa,
kartun A.Mamud ada jugak,
memang aku minat dengan lukisan kartun A.Mamud ni,
smart.

gila gila november
Selpie dulu

yang belum beli tu sila-sila le beli,
support kartunis tempatan.
tak mahal pun
RM6.50 je.
tak rugi pun enam ringgit tu.
berbaloi.

selamat membaca.

14 Nov 2016

Hujan Campur Supermoon

dah pukul 2 petang,
hujan dari pagi tadi tak henti-henti di Kuantan.
hujan monsoon dah datang agaknya,
malam ni pulak supermoon,
air pasang besar di beberapa tempat,
harap-harap semua terkawal.

supermoon 2016
Supermoon 2016 | fotog : Azami Adi Putera II

harini langsung tak nampak matahari,
langit putih je penuh dengan awan hujan,
nampak gaya malam ni tak dapat le nak tengok bulan penuh,
katanya 14% besar dari biasa,
bulan tak besar,
cuma jarak dia jer dekat dengan bumi,
kang ada pulak keluar fakta iluminati cakap saiz bulan membesar.
hehehe.

beberapa tempat dah nampak bulan malam tadi,
kalau yang ada kemera best-best tu boleh le standby,
tahun ni nampak lagi besar dari tahun lepas,
ada yang kata supermoon ni 18 tahun sekali.
heheheh.
silap fakta tu.
supermoon ni muncul setiap 1 tahun 42 hari.
cuma yang nampak besar dari biasa adalah 18 tahun sekali (sumber : Falaq Online )

di kuantan entah dapat tengok ke tak,
kalau hujan tak berhenti rasanya memang kempunan ler,
mampu tengok gambar je lar.

harap-harap tiada kawasan naik air malam ni.

10 Nov 2016

Episod Akhir Gary Bersama Running Man

Gary sudah comfirm keluar Running Man,
semalam perasan kat Youtube dah ada episod terakhir Gary dengan Running Man,
episod ke-324.

gary keluar running man
last episod Gary bersama Running Man

rasa geram je nak tengok,
tengah berkira-kira nak layan sekarang atau tunggu malam esok je kat channel KBS (astro 393),
tapi tak sure jugak astro siar yang mana untuk esok,
kalau tengok kat youtube tak feel pulak nak layan kat skrin phone,
episod best ni.

nak kata kipas susah mati Running Man tak jugak aku ni,
kalau tak silap, aku mula follow rancangan ni start tahun kedua atau ketiga,
lepas tu sampai sekarang ler aku tak miss tengok,
walaupun sejak kebelakangan ni episod dia agak kureng best,
tetap jugak nak layan sebab ada Ji Hyo yang comel kiut babas tue,

running man
Running Man

kurang meriah ler kalau Gary dah tak ada lepas ni,
mamat ni pun boleh tahan blur dan lawak,
6-7 tahun bersama memang boleh kata lama tu untuk sebuah show,
ahli pula kekal dari dulu sampai sekarang,
memang dah macam keluarga dah diorang nie.

biasanya kalau sorang dah keluar,
lepas ni tak terkejut ler ada ahli lain yang follow,
macam variety show korea yang aku minat dulu, 2 days & 1 night.
program ni pun memang syok jugak layan,
tapi lepas sorang-sorang keluar dan ganti orang baru terus aku tak minat,
ambil masa jugak ler nak kasi feel minat tu datang balik.

harap-harap lepas ni Running Man masih mampu bertahan,
nak kena standby tisu rasanya tengok episod last gary nie,
tengok pada komen macam ada special slot nanti,
phew,
perlukah aku menangis.
hahahahhaa.
tengok je lar macam mana nanti.

selamat menonton buat peminat Running Man,
goodbye Gary oppa,

8 Nov 2016

Aku Memilih Hillary Clinton

harini rakyat amerika mengundi,
siapa Presiden Amerika Syarikat seterusnya 
walaupun takdek sangkut paut dengan kehidupan seharian aku,
tetap jugak ler nak amik tahu

presiden amerika syarikat
siapa presiden Amerika Syarikat yang baru

nak cakap lebih pun tak guna,
aku bukan kenal sangat dua-dua calon nie,
dan aku yakin Hillary Clinton akan menang,
golongan profesional semestinya akan memilih Hillary,
beliau ada pengalaman bekerja dengan White House,
Donald Trumph mungkin boleh menang juga,
tapi untuk penggal akan datang kalau dia masih berminat.
terlalu awal kot dia nak masuk dunia politik bagi aku,

lagi satu perangai dia yang sombong dan bongkak tu aku rasa memang tak sesuai kot nak jadi Presiden,
tambah- tambah dengan kenyataan Donald Trumph yang anti-islam tu,
kalau dia jadi Presiden rakyat Malaysia takleh masuk le Amerika,

dulu-dulu aku minat jugak dengan Donal Trumph nie,
minat dengan kemewahan dia,
minat dengan sikap tegas dia
minat dengan cara dia jalankan bisnes,
tapi itulah,
orang kata hidup ini umpama roda,
kadang-kadang diatas ,
kadang-kadang dibawah

beliau berada di puncak ketika rancangan The Apprentice,
ramai nak jadi seperti dia,
ramai yang jadikan dia idola dalam bisnes,
sekarang tak tahulah,
bagi aku dia dah berada di bawah dengan sikap negatif dia tu.
mungkin dia berada di puncak balik kalau dia kalah pilihanraya kali ini,

tunggu saja sejarah yang akan tercipta
Hillary untuk Presiden Wanita pertama
atau Donald seorang bisnesman yang akan menjadi Presiden Amerika Syarikat.

Rambut Botak Mula Trending

bukan orang cakap,
ini aku yang cakap,
lepas sorang-sorang yang aku kenal botak,
lepas tu tengok pulak Mark Adam botak rambut time separuh akhir muzik-muzik,
aku amik keputusan untuk membotakkan juga kepala nie.
gaya rambut lelaki
botak itu seksi?

tindakan drastik jugak ler aku buat kali ni,
bukan sebab trend bukan sebab suka-suka,
aku tak tahan dengan kelumumur sebenarnya,
rambut aku ni kalau tebal sikit je mula gatal rasanya,
mudah pulak kelumumur ni datang,
garu punya garu sampai luka pun ada,
tak tahan wei.

lagi satu sebab bila workout memang rimas kot dengan rambut nie,
kalau rambut dah boleh cecah hidung kau rasa macam mana,
sikit-sikit nak betulkan rambut,
bila rambut masuk mata boleh tahan pedihnya,

fesyen rambut lelaki
dare to be different

dah botak ni rasanya kena cari cermin mata baru pulak,
yang sedia ada ni rasa macam tak sesuai bila dah botak,
kepala pun nampak kecik jer,
kena cari bingkai spek mata yang kecik pulak rasanya.

sesuai atau tidak aku botak itu belakang kira,
kalu dah hensem tu memag hensem ler jugak,
buat ler fesyen rambut lelaki apa sekalipun,
hahahahhahaha.

3 Nov 2016

Ramai Menangis Layan Sunk Into The Whomb

trending betul movie Sunk Into The Whomb minggu ni,
ada yang kata ini cerita benar,
kisah benar yang terjadi di japan satu ketika dulu,
percaya atau tidak terpulang,
aku luangkan jugak sikit masa nak  layan movie ni.
seram jugak ending dia.

sunk into the whomb
ending for Sachi and Sora

flow cerita agak bosan di awal dan pertengahan,
dialog memang tak banyak,
tapi nasib baik ada watak Sachi ni yang berjaya hidupkan feel filem ni.
nak dekat ending tu baru ada klimak sikit,
seram pun ado.
teka teki memang bersepah dalam movie ni sepanjang duk tonton,
tertanya-tanya jugak aku apa Sachi akan buat.

sunk into the whomb
seram aku tengok dia main pisau
sunk into the whomb
nak buka tin
sunk into the whomb
ibu dia buang ulat pada badan sora
sunk into the whomb
buat apa tu
sunk into the whomb
terjawab isu Sachi

tengok sampai habis terfikir aku,
betul ke ini diambil dari kisah benar,
kuat betul Sachi mampu bertahan.
google punya google jumpa jugak,
Japanese Mother Lets her 2 Children Starve To death
memang betul ini cerita benar.
tapi ada sedikit ler tokok tambah,
ini untuk beri feel kepada penonton,
dan feel itu berjaya bagi aku.

ending real life , ibu dia skarang ada dalam penjara,
kena penjara 30 tahun bermula tahun 2010,
kira-kira 2030 baru dia dilepaskan dan waktu tu umur dia dah 53,
entah umur dia panjang ker tak nanti.

yang belum tonton boleh cari kat Youtube,
takpun kat facebook pun ada,
mudah dah sekarang nak tengok movie,
janji ada data jer,
aku pakai pakej Hotlink 4G RM3 untuk 1GB

yang dah tonton tu mesti dah nangis-nangis kan.
hehe.
yang belum menonton selamat menonton.

2 Nov 2016

Mohon Pak Menteri Henti Buat Statement Pasal Minyak

masuk hari kedua isu harga minyak naik,
aku kalau boleh nak diamkan diri ajer.
nak menyumpah sorang diri,
nak mencarut sorang diri,
tapi gagal.
geram dengan beberapa statement bijak dari pak menteri kita.

minyak petrol naik november 2016
terima kasih PM mintak diskaun

menyampah tak tengok.
ini dari buletin utama TV3 malam tadi,
isu harga minyak petrol bulan november,
aku tergelak duk dengar,
nak maroh pun ada,
tak ingat dah menteri mana kasi statement ni.
bersungguh betul dia jaga boss dia,

minyak masak naik november 2016
Minyak masak naik , harga makanan kekal

yang ni pula amaran untuk peniaga,
jangan memandai-mandai nak naik harga walaupun harga minyak masak naik
tak tahu malu betul pak menteri kita,
tebal sungguh muka diorang.
mungkin setebal poket diorang
heheheh.

aku harap lepas ni cukup-cukuplah pak menteri kasi kenyataan pasal isu minyak ni,
kalau dah naik tu naik le jugak,
tak payah nak sibuk-sibuk buat pandai,
rakyat yang dh marah bertambah marah bila ada statement macam ni,
awak tu tak apalah,
minyak petrol claim,
minyak masak rasanya tak pakai pun kat rumah tu,

rakyat tengah marah kot,
awak tu duk diam sudah,