24 Oct 2016

Masa Untuk Cari Isteri?

entah macam mana aku boleh lupa harini
dah wangi lepas mandi,kasi ponmade rambut,
start-start motor tetiba jiran tegur
"eh,kerja ker harini"
Ya Allah.
macam mana aku boleh lupa harini Pahang cuti,
Hari Kerputeraan Sultan Pahang,
hari keputeraan sultan pahang
Daulat Tuanku

rasa nak mencarut kat diri sendiri jer,
lepas subuh tadi punya le best kalau sambung tidur,
cuaca sejuk hujan time tu
padahal semalam duk elok sembang cakap cuti harini,
enah kenapa boleh mamai pagi ni,
dah kena cari isteri dah ni agaknya,
ada jugak le orang duk ingatkan  nanti kan.
hehehehe.

back to the story,
korang rasa apa aku buat lepas tu,
dah nama pun bujang kan.
terus masuk bilik ler sambung aktiviti.
hahahahaha.
manfaatkan cuti yang ada,
no blues monday for me today.
kul 10 baru bangun ni ha,

ampun tuanku,
selamat menyambut hari keputeraan baginda yang ke berapa entah.
terima kasih untuk cuti harini ;)

22 Oct 2016

Tiada Penaja Untuk Lawak Solo?

puas hati layan Lawak Solo minggu pertama malam ni,
program baru dari astro untuk mencari bakat baru dalam berlawak secara solo,
bakat-bakat yang boleh menggantikan harith iskandar,nabil,douglas
lawak solo
Lawak Solo 

aku tak hairan kalau program ni tak ada penaja besar,
maklumlah program baru,
masing-masing masih tak berani kot,
tapi kalau tengok minggu pengenalan ni macam boleh jadi hit,
boleh trending lawak dia macam Maharaja Lawak Mega.

bila dah tak ada penaja ni rasa syok pulak tengok,
smooth je show punya flow,
simple but happening,
kalau ada penaja kang sibuk pulak nak interface,
nak segmen baca twitter lar,
nak segmen bersama perserta belakang pentas ler,
program yang pendek boleh jadi panjang,
program yang best boleh jadi bosan.

masih awal nak pilih peserta faveret,
ada beberapa ler yang lawak dia malam ni boleh ingat,
antaranya peserta paling kecik tu,Din,
yg kedua peserta last yang tiru boleh tiru suara yusof haslam,adi putra,
oh ye,
peserta cina tu pun boleh tahan gak.
arkitek dan student PHD pn ada dalam ni,
bukan calang
peserta lawak solo
Din Dingerous anak 3

peserta lawak solo
tiru suara Adi Putra memang lawak

harap-harap minggu kedua nanti semua lawak best sama macam malam ni,
semua lawak-lawak yang fresh,
buat pelanggan astro boleh layan setiap jumaat jam 10malam,
bukan pelanggan astro boleh tunggu kot kat mana-mana pahe yang rajin upload nanti.
hehehe.

not bad program Lawak Solo ni,

21 Oct 2016

Bajet 2017 Bajet Pancing Undi PRU14

jahat tak tajuk harini,
itu pembentangan bajet 2017 kalau aku jadi Perdana Menteri,
bajet 2017
bajet 2017

kalau aku tak silap tahun depan kita akan hadap PRU14,
tahun untuk mengundi,
tahun untuk menabur janji-janji manis,
dan semestinya bajet kali ni mungkin adalah bajet terbaik dari kerajaan untuk rakyat.

Bajet 2017 

kalau aku jadi Perdana Menteri mesti aku dah ambil peluang Bajet 2017 untuk pancing rakyat.
apa yang aku akan buat?
  • Bonus penjawat awam naik
  • gaji minium dinaikkan,
  • gandakan BR1M,
  • rumah kos rendah lagi murah,
  • tambang pengangkutan awam turun,
  • up lagi voucher untuk mahasiswa mahasiswi 
hahahaha..
amacam?
boleh lingkup negara aku rasa kalau fokus pada tu jer,
nasib baik ler aku tak jadi Perdana Menteri,
nak jadi ketua keluarga pun belum tentu,
inikan pula ketua negara.

siaran langsung bajet 2017
siaran langsung bajet 2017

siaran langsung bajet 2017 akan berlangsung jam 4 petang,
semua saluran TV akan ambil bahagian,
jadinya memang tiada cerita best kat TV petang ini,
nak tonton online bajet 2017 pun boleh rasanya,
google jer nanti.
dan berita malam ni pun semestinya tiada yang menarik,
100% akan hurai ucapan bajet 2017 dari Perdana Menteri
harapnya ada berita baik untuk rakyat petang nanti,

rata-rata mesti tunggu part BRIM kan
kalau naik kembang ler hidung abang Jibby,
kalau kekal kena sembur ler dia nanti,
kesian dia.

aku pula cuma nak tunggu part cukai , rumah dan juga kereta,
dengar cerita ada insentif menarik nanti.

selamat berucap YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak.
ku menuggu khabai baik darimu/

20 Oct 2016

6:53 Dah Masuk Waktu Maghrib

bulan oktober ni, waktu solat zon Kuantan agak awal dari biasa,
waktu solat kuantan 2016
Waktu Solat Bulan Oktober di Kuantan 2016

kalau tengok pada takwim solat di laman web e-Solat.
maghrib paling awal di Kuantan jam 6:53 petang,
dan akan berlarutan sehingga awal bulan depan,
begitu jugak waktu waktu solat yang lain,
semuanya awal dari biasa,
sampaikan office mate cina pun terkejut dengar azan Zohor sebelum waktu lunch,
"aik,belum lunch dah sudah bunyi sembahyang meh ?"
hahahhaa,
mungkin dia lupa setiap tahun pun ini macam,
biasanya dalam setahun tu mesti ada satu bulan waktu solat kita awal dari biasa,

ini kalau maghrib jatuh awal sekitar 6:50 waktu puasa,
kanak-kanak ler paling gembira,
termasuk aku ler sekali,
awal tu berbuka,
hehehe.

jam berapa Maghrib di tempat korang?
jangan tahu ingat time bulan puasa jer yer.
nah sedikit pesanan dari The Muslim Show ni
mohon sentap .
kartun the muslim shhow
sebelum dan selepas ramadhan  | sumber : The Muslim Show

dapatkan takwim waktu solat di zon masing-masing di laman web e-Solat

semoga bermanfaat.

Orang Tido Aku Workout

jam 11:40malam dah,
sedang orang lain tengah sedap tido,
aku baru je habiskan workout,
madbarz aplikasi
4 round 49minit workout
beginilah kalau dah busy siang hari kat office,
malam baru ada masa sikit nak workout di rumah
kalau ikutkan memang malas,
nak rehat je tengok tv , layan neelofa yang gebu gabas comel tu
tapi bila fikirkan nak badan yang sedap dipandang kena jugak aku paksa,
maklumlah badan aku sekarang ni memang kurus,
tak seronok dipandang,
dapat shape sikit pun jadilah.

workout harini fokus pada fullbody dengan aplikasi Madbarz.
upper body,core dan leg,
tiga excerciss last tu paling seksa,
lepas push up , buat plank ,then sambung pike push up,
direct ketiga-tiga guna kekuatan tangan,
mental jugak nak habiskan 4 round.
tapi bila dah setel semua rasa puas hati.
dah peluh dah letih , mandi , tidur.
phew..lena rasanya.

19 Oct 2016

Kenapa Mesti Shopping Di Ezbuy

satu lagi platform shopping online yang wajib ada dalam list, ezbuy
merupakan ejen Taobao Di Malaysia.
Taobao memang terkenal buat penggemar kaki shopping online seluruh negara,
pelbagai barangan antrabangsa ada disni.
tapi platform Taobao tak begitu friendly,
maka ezbuy wujud untuk memudahkan pelanggan di Malaysia membeli barangan sama di laman web Taobao.
https://ezbuy.my
beli barang di ezbuy
ezbuy Malaysia

ezbuy Malaysia

terdapat banyak kategori pilihan untuk kaki shopping disini,
boleh dikatakan serba lengkap semuanya,
aku tertarik bila pertama kali buka laman web ezbuy
agak senang nak akses,
disusun kemas untuk setiap kategori.
kesemua harga pula dalam bentuk Ringgit Malaysia,
kos shipping pula hanya serendah RM4.50/500g 

aku cuba buka kategori Best Selling item - reading book for bookworms
banyak betul rak-rak buku yang smart,
nak cari kat Malaysia memang susah nak jumpa nie,
beli di ezbuy
best selling iterm for bookworm
rasa macam nak borong semua,
lepas tu buka kedai sendiri,
harga memang not bad kat sini

Kos Penghantaran RM8.80 Dengan Prime Service

kalau rasa taknak membazir bayar shipping cost yang tinggi boleh guna Prime Service.
kos penghantaran paling rendah yang takkan boleh jumpa kat mana-mana platform,
hanya RM8.80 untuk kos penghantaran,
beli ler banyak mana pun,
tak kisah ler berat mana pun,
dengan Prime Service , kos penghantran hanya Rm8.80
prime service ezbuy
perbezaan menggunakan Prime Service
kalau nak jadi pembeli yang bijak memang kena pakai servis nie.

Voucher Percuma ezbuy RM15

bagi yang ragu-ragu lagi dengan perkhidmatan ezbuy,
aku sugget korang guna dua cara ini.

  1.  register disini dan claim Voucher ezbuy RM 15 - dengan voucher nilai ni boleh dapatkan satu atau dua barangan di Ezbuy
  2.  masukkan kod ezship15 - dapat diskaun 15% shipping cost

dapat RM15 percuma dengan diskaun 15% untuk kos penghantaran
mana lagi boleh dapat macam tue.
at least korang boleh cuba pengalaman pertama beli barang di ezbuy Malaysia.
semuanya dihujung jari.
senang kan.
layari https://ezbuy.my/

semoga bermanfaat.

Minat Elizabeth Tan Pulak

amoi sorang ni boleh tahan jugak kiutnya,
tipulah kalau tak tangkap cintan sama Elizabeth Tan,
nak masukkan dia dalam list faveret artis selepas Janna Nick & Sari Yanti.
hahahahhaa.
elizabeth tan
Elizabeth Tan
nama manja dia Lizzy,
umur baru 23 tahun,
tapi sekali tengok macam tak kena dengan umur dia tue,
nampak matang dari usia,
suka nyanyi lagu dalam bahasa melayu,
lepas tu suka pulak lelaki melayu
haishhhhhhh...
abam tak kuat kalau dengar ni.
sungguh comel statement kamu tu.

antara lagu dia yang hit semestinya lagu Knock-Knock ,
kemudian lagu Setia duet bersama Faizal Tahir,
dan terbaru lagu Tabah.
nak lagu dan lirik lagu Tabah Elizabeth Tan boleh google jer
sebelum jadi artis dia dah memang famous dekat Youtube,
amoi ni ler yang nyanyi lagu raya yang viral sekitar tahun 2014,
tup tap tup tap dah jadi artis lepas tu..
elizabeth tan knock knock
single pertama yang menaikkan nama Lizzy
nak cakap pasal wajah rasanya tak perlu kot.
cantik , cantik dan cantik.
kalau dia pakai spek lagi cantik,nampak comel gitu.,
Lizzy kalau dress up aku suka tengok
simple sangat -sangat,
mungkin sebab dia amoi , pakai jeans koyak ngan tshirt pagoda pun nampak cantik

cuma body Lizzy jer nampak kurus.
kurus sangat macam aku,
kalau Lizzy ni masuk gym kasi up sikit badan dia tu,
phewwww,,
aku pun rela masuk gym.
hahahahaha
elizabeth tan
kiut miut jer bila pakai spek
elizabeth tan
kurusnya kamu
Ok lah,
malas nak cerita panjang,
takut nanti syok sendiri pulak,
ini hanya entry hiburan semata-mata,
entry fantasi bagi seorang lelaki,
cukuplah jadi antara salah seorang peminat dia yang beribu-ribu tu,
boleh follow dia kat facebook/Elizabethtsmfan

18 Oct 2016

Bila Artis Doodle Malaysia Conteng Dinding Stesen LRT Masjid Jamek

rasanya dah 2 minggu projek ini berjalan,
karya-karya doodle dari pelukis tempatan menghiasi terowong pejalan kaki di Stesen LRT Masjid Jamek,
kalau dekat dah lama dah aku pergi selfie kat sana,
semua koleksi yang ada memang terbaik dan luar imaginasi,
biasa tengok diorang conteng atas kertas sebesar A4 jer,
kali ni mereka conteng doodle dalam saiz yang besar.

ini antara doodle yang ada disana.
sumber : FB Tiny Project
doodle malaysia
karya dayang deno & Allie hill

doodle malaysia
jangan pening tengok nie

doodle malaysia
contenglah !

doodle malaysia
Happy Boy

doodle malaysia
karya Ellie Yong & Chuppy Lim

doodle malaysia
karya Adel Shat & Munif Malek

doodle malaysia
karya Azmil , Lydia Rayyan , Wang Jewq Liew

doodle malaysia
karya Ellie Yong & Allahyarham Farhan Rosdi

comel bukan.
setiap doodle yang diconteng ada cerita,
bukan  saja-saja conteng yer,
ini cara mereka untuk bercerita dan sampaikan mesej,

aku lebih suka doodle ni diconteng berbanding letak iklan billboard,
nampak kelainan,
nampak kemas,
dan nampak bersih jer,
doodle malaysia
everyone can contenglah !

korang yang lalu kat sini jangan lupa support karya-karya doodle malaysia nie,
korang bebas untuk berselfi disini,
guna kreativiti korang untuk berselfie,
kalau tak silap pameran doodle sampai penghujung November je,
jadi rugi kalau tak ambil peluang,
bila lagi nak tengok doodle sebesar ini.
lokasi di stesen LRT Masjid Jamek
jangan lupa hashtag #aotm #doodlemalaysia #mythinkcity
doodle malaysia
kucing comel  dari Kopi Soh
aku hanya mampu kagumi bakat diorang,
aku nak buat doodle memang tak dapat ler,
tangan keras.

tahniah buat artis doodle malaysia,
bakat korang semua memang terbaik.

14 Oct 2016

Sebab Lofa Aku Layan Suri Hati Mr Pilot

macam tak caya aku boleh lekat tengok sampai episod 4 malam tadi.
rupanya drama ni adaptasi dari novel Suri Hari Mr Pilot,
sama macam drama faveret aku juga sebelum ni Bukan Kerana Aku Tak Cinta.
kalau heroin lawa gebu gabas memang boleh layan ler.
suri hati mr pilot
drama Suri Hati Mr Pilot

nak kata tertarik dengan jalan cerita tak pun,
sebab Neelofa jer aku boleh layan cerita nie,
lakonan pun aku tengok macam kureng jer,
x sehebat pelakon lain,
tapi muka Neelofa tu yang cun melecun buat aku geram jer tengok,
nak harap lakonan memang tidak ler,
tak pernah ingat pun lakonan hebat dia dalam mana-mana filem,
sori Lofa,
its a fact.
but i still like you.
too adorable,
its a fact too.
neelofa suri hati mr pilot
cuteness overload

untuk minggu ni punya episod Suri Hati Mr Perfect masih lagi boleh follow,
episod 1 setakat ni paling best,
sweat sour sour jer time tue,
episod pengenalan mesti ler kena tarik penonton kan.
kemudian masuk pulak orang ketiga dan bermula plot-plot cerita,
entah boleh habis ker tak aku layan drama nie,
malam tadi punya episod pun dah macam boring sikit,
mungkin aku memang bukan kipas susah mati drama melayu.

bagi bukan pelanggan astro boleh tonton drama ni di internet,
try je google tonton online drama Suri Hati Mr Pilot,
banyak jugak blog yang kumpul cerita lakonan Neelofa dengan Fattah Amin ni.
nak download pun boleh,
blog aku memang tak buat ler koleksi drama,
ehehehe..
aku minat heroin jer.
selamat menonton.

saper minat Neelofa kita geng.

13 Oct 2016

Impian Menginap Di Sunway Resort Hotel

hampir ke penghujung tahun 2016 dah,
tengok kalendar macam free jer hujung tahun nanti untuk bercuti
boleh aku ambil kesempatan bawak famiy pergi jalan-jalan,
tengok pulak iklan promosi Traveloka - "Tempah Awal Lebih Jimat"
terasa nak book untuk 2 malam di Hotel impian aku selama ini,
Sunway Resort Hotel.
booking dengan traveloka
hotel bertaraf 5 bintang

4 Perkara Paling Best Pasal Sunway Hotel

Tempat penginapan yang terletak berdekatan Sunway Lagoon Water Park ini tak perlu diperkenalkan lagi.
dah ramai rakan-rakan aku yang dah menginap kat sini.
semuanya atas sebab yang sama.
bersebelahan Sunway Lagoon dan jugak tempat shopping Sunway Piramid.
sunway hotel
bangunan Hotel Sunway
Dari luar, reka bentuk bangunan serta  landskap di sekitar resort ini memang cukup cantik dan menarik.
harap-harap aku tak lupa nak selfie kat sini.
asyik tengok orang lain punya gambar je kat sini.
peluang untuk menginap di salah sebuah Sunway Hotel yang terdapat di negara kita merupakan salah satu pengalaman yang mungkin aku takkan lupakan.
aku kongsikan kenapa aku dan rakan-rakan yang lain memilih untuk menginap disini

1. Bilik
All the rooms there were mesmerizing,
aku confuse nak pilih yang mana.
Terdapat bilik jenis deluxe yang mempunyai pemandangan taman, executive deluxe untuk mereka yang inginkan lebih ruang keselesaan, bilik keluarga yang ditawarkan untuk mereka yang travel bersama anak kecil, family suite bagi mereka yang inginkan suasana mewah sepanganjang penginapan bersama keluarga dan banyak lagi jenis bilik-bilik yang lain.
sunway hotel
bilik menghadap sunway lagoon
Sunway Resort Hotel Spa yang terkenal dengan warm hospitality bukan saja menekankan tentang keselesaan pengunjung,
malah mereka juga menitik beratkan tentang hiasan dalaman dalam setiap bilik .
Daripada warna cat pada dinding, kemasan perabot yang disusun kemas dan rapi, jenis katil yang membuatkan kita tidur nyenyak sepanjang malam, sampai lah ke jenis fabrik yang digunakan bagi bantal, selimut serta bed sheet.
Tandas dan bilik mandinya pula serba lengkap.
Terdapat built-in hair dryer, pilihan shower foam, shampoo dan hair conditioner yang berbau harum dan menyenangkan serta tuala yang bersih dan empuk.
semuanya telah dihalusi dan dipilih dengan berhati-hati demi menjamin pengamalan penginapan yang superb untuk semua pengunjung.

2. Layanan
Ramai yang puji dan bagi kredit service kat sini.
Bermula dari pertama kali melangkah masuk sampai lah ke saat-saat terakhir penginapan.
Setiap detik dilayan macam raja!
Semua staf yang sentiasa tersenyum dan menyapa pengunjung dengan penuh sopan.
Pernah rakan aku cerita sekali tu, dia tertinggal kunci somewhere dan tak boleh masuk ke dalam bilik.
cuak jugak le dia sebab mesti la staf kat situ akan buat muka tak puas (sebab tak boleh sound guest).
Yelaa, dah menyusahkan diorg kan.
Tapi bila dia pegi report kat front desk, diorg siap comfort dan bgtau diorg akan setelkan hal ni secepat mungkin.
Siap assure yang barang-barang dalam bilik semua selamat.
Bukan tu je,
kalau korang belum book Sunway Lagoon resort ticket, diorg terus offer untuk uruskan semua.
siap hantar dari hotel sampai ke entrance park lagi.
memang layanan macam raja dah.

3. Makanan
aspek paling penting untuk menilai sesebuah tempat penginapan.
Buat pengetahuan , terdapat 15 buah restoran, kafe dan bar dalam resort ni.
Antaranya ialah The Resort Cafe, The Lobby Lounge, Cherootz, Busaba Thai, Taste Enclave dan Eight Gourmet Gala dan banyak lagi!
Pilih je nak makan makanan jenis apa? Semua ada.
dan aku yakin semua makanan memang terbaik sebab tukang masak kat sini terdiri daripada mereka yang terlatih dan banyak pengalaman dalam bidang kulinari.
Dari sarapan pagi hingga ke hidangan lewat malam,
be ready to put your taste bud on thrill ;)
sunway hotel
restoran yang terdapat dalam Sunway Hotel

4. Lokasi
Memang tak dinafikan, lokasi yang sangat strategik membuatkan Sunway Hotel menjadi salah satu daripada tempat penginapan terbaik di Lembang Klang.
Terletak berdekatan dengan pusat membeli-belah yang terkenal the Sunway Pyramid,
tempat ni menjadi pilihan utama bagi mereka yang inginkan pengalaman bercuti sambil membelah-belah yang hebat.
Selain tu, terdapat juga restoran-restoran terbaik yang menghidangkan pelbagai jenis sajian daripada seluruh dunia di kawasan sekeliling hotel ini.
kalau dah rasa bosan dengan makanan hotel boleh pusing-pusing je area sini nak makan.
dah macam syurga makanan pulak.
Yang paling penting, tempat ni mempunyai access yang sangat excellent kerana kedudukannya yang berada berdekatan susur lebuh raya utama di sini iaitu, New Pantai Expressway (NPE) dan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP).
sunway hotel
view yang cantik

itu antara pengalaman yang diceritakan oleh rakan-rakan yang dah menginap di Sunway Hotel,
tak puas hati lagi aku baca feedback-feedback yang ada kat ruangan komen Traveloka.
boleh dikatakan semua kasi 8 - 10score
tunggu pulak aku kasi berapa bintang nanti,
harap-harap dapat ler merasa nanti.

11 Oct 2016

Lasak Tak Lasak Asus Zenpad

nak marah ada,
nak nangis pun ada,
skrin gajet kesayangan retak seribu.
buruk jadinya Asus Zenpad C aku sekarang.
asus zenpad c
retak seribu skrin gajet kesayangan

Asus Zenpad C 7.0
Harga sekitar RM450-RM500 sahaja,
Asus Zenpad C bukan model flagship atau high end spec,
ianya model basic dengan harga mampu milik,
1GB RAM dengan 16GB memory dah cukup bagi aku ketika itu,
tambahan bajet pun ada ngan-ngam ngan harga,
dah setahun pakai alhamdulillah tak bagi masalah pada aku.

satu sebab aku memilih Zenpad time tu ialah rekaan belakang dia yang stylish,
kedudukan kemera pun smart,
tablet jenama lain kebanyakkannya letak kat tengah-tengah,
buruk jadinya bila tak pakai case,
tapi rekaan Asus Zenpad ni macam pakai cover kulit,
bawa bogel macam tu pun stylo habis
asus zenpad c
belakang asus zenpad c
asus zenpad c
smart and stylish
smart kan.
tapi sayang dah setahun pakai dia buat hal,
my bad sebenarnya sebab silap letak,
terjatuh zenpad ni dekat tangga dari tingkat 1,
tengok dia jatuh tu ibarat retak seribu jantungku,
hahahah,
banyak hal-hal kerja ada dalam tu,
mau tak risau kalau tak sempat nak backup

Alhamdulillah,
dah jatuh camtu pun touch skrin masih berfungsi baik,
speaker pun tak rosak,
cuma skrin je ada retak,
nasib baik jugak time tu aku pakai screen glass protector,
dapat jugak ler cover skrin yang sensitif ni,
kalau tak pakai memang menangis nak ganti,
asus zenpad c
buruk jadinya
setakat ni aku masih lagi pakai,
mostly entry dalam blog aku pakai gajet ni termasuk entry yang ini,
tapi bila dah retak tu tak berapa sedap pulak nak tengok,
slow-slow cari yang baru ,
lagipun model ni masih ditakat 3G,
aku pulak pakai Hotlink 4G percuma 2GB setiap sabtu ahad,
tahun 2016 dah terasa sikit lembap bila pakai network 3G
nak upgrade kalau ada rezeki.

10 Oct 2016

Power Rangers Di Usia 30 Tahun

trailer official Power Rangers 2017 dah keluar,
tahun depan akan masuk panggung di seluruh dunia termasuk Malaysia,
last aku betul-betul layan Power Rangers ni waktu darjah 6 kot,
umur 12 tahun,
masuk sekolah menengah dah slow-slow layan sebab perasaan bajet malu nak layan cerita superhero,
power rangers 2017
Power Rangers 2017
tengok pada kostum nampak smart dan garang berbanding dulu,
seksi pun ada jugak rangers perempuan tu,
dulu-dulu badan flat je rangers pink dan kuning,
sekarang bukan main diorang punya body,
hahaha,

mungkin pengarah target filem Power Rangers 2017 ni untuk mereka yang membesar dengan era mighty morphin,
nak imbau balik zaman fantasi dulu-dulu.
bukan untuk totonan budak-budak zaman sekarang yang membesar dengan spongebob.
power rangers 2017
power rangers tahun 1993
power rangers 2017
kostum power ranger 2017
excited?
of course ler,
dulu selalu gaduh kot nak pilih hero kaler apa,
time diorang nak bertukar jadi power rangers tu moment paling best,
lepas tu keluar pulak robot-robot bergabung,
haishhhh,
tak tahular feeling tu masih ada lagi ke tak untuk Power Rangers 2017 ni.
umur dah 30 tahun masih nak layan Power Rangers.
tak sabar nak tunggu tahun depan.

7 Oct 2016

Rumah Bebas Asap Rokok

beberapa anggota KOSPEN datang rumah,
ingatkan nak buat bancian ker apa.
rupanya nak kasi sticker yang bagi aku cukup berbangga dapat tampal kat rumah nie.
rumah bebas asap rokok
Rumah Bebas Asap Rokok
sedar tak sedar rupanya dalam rumah ni tak ada yang hisap rokok,
sedar tak sedar jugak tiada seorang anggota keluarga aku yang hisap rokok,
abah aku memang tak hisap rokok dari dulu lagi,
aku pula memang tak pernah sentuh,
adik ipar aku pun memang tak merokok,
adik lelaki nombor 3 dah berapa tahun berhenti selepas hisap Vape,
yang bongsu pun sama dalam lama berhenti.

patutkah aku bangga?
mestilah.

6 Oct 2016

Filem Terakhir Rimba Bara

Filem Rock Bro bakal ditayangkan pada 27 Oktober nanti,
katanya ini adalah filem terakhir untuk kumpulan Rimba Bara,
filem pertama Rock adalah pada tahun 2006,
kemudian sambung kepada Rock Oo tahun 2013,
sekarang dah 2016 dan sekuel terakhir bakal ditamatkan.
10 tahun untuk 3 cerita.
kredit pada pengarah Mamat Khalid
rock bro
Rock Bro

OST Rock Bro

lagu promosi untuk Filem Rock Bro dah keluar,
lagu Sekelip Mata Kau Berubah dari Lestari diolah balik dan dinyanyikan semula oleh Khir Rahman bersama Rimba Bara,
aku rasa lagu ni boleh jadi hit balik dalam carta radio,
tengok video klip dia memang sakit hati,
hahahahhaa
lawak siut,
boleh layan kat Youtube Sekelip Mata Kau Berubah - Rimba Bara

sekelip mata kau berubah rimba bara
Rimba Bara - Sekelip Mata Kau Berubah

Sinopsis Rock Bro

ada watak Ella dan Jojie dalam filem Rock Bro kali ini,
tapi sayang bukan ella yang akan berlakon nanti,
sebaliknya Kaka dan juga Jihan yang akan lakonkan watak mereka,
dengar nama pelakon pun macam aku dah nak tergelak,
macam mana le diorang punya lakonan tue nanti,
watak-watak ahli Rimba Bara masih dikekalkan
kecuali Que Haidar atau Mat Piah jer tak ada,

katanya filem terakhir ni mengisahkan kejatuhan kumpulan Rimba Bara,
dan jugak kejatuhan irama rock di Malaysia pada awal 1990-an
irama Rap dan Hiphop mula masuk ketika itu menyebabkan Rimba Bara kurang persembahan,
kemudian datang pula percintaan antara Jijoe dengan Ella,
cinta punya pasal Jijoe meninggalkan kumpulan Rimba Bara

macam menarik jer tengok sinopsis.
Rock dan Rock Oo aku dah tengok,
jadinya Filem Rock Bro ni aku mesti tengok,
tak complete ler kalau tak tengok filem terakhir Rimba Bara nie.
sabar menanti 27 Oktober nanti.

5 Oct 2016

Perjalanan Yang Berat Dan Jauh Bagi Seorang Lelaki

dapat artikel ni dari group whatsapp..
menarik untuk dikongsi untuk para lelaki.
perjalanan berat dan jauh bagi seorang lelaki
gambar sekadar hiasan
*Untuk Mu Yang Bergelar Lelaki...
*Renungkanlah...
Tahukah Kamu Wahai Lelaki...
Perjalanan Terjauh Dan Terberat Bagi Seorang Lelaki Adalah Perjalanan Ke Masjid...
Sebab Ramai Orang Kaya Tidak Sanggup Mengerjakannya...
Jangankan Sehari Lima Waktu... Bahkan Ramai Pula Yang Seminggu Sekalipun Terlupa... Tidak Kurang Pula Yang Seumur Hidup Tidak Pernah Singgah Ke Sana...
Perjalanan Terjauh Dan Terberat Adalah Perjalanan Ke Masjid...
Kerana Orang Cerdik Dan Pandai Pun, Sering Tidak Mampu Menemukannya...
Walaupun Mereka Mampu Mencari Ilmu Hingga Ke Universiti Di Eropah.. Ataupun Amerika... Mudah Melangkahkan Kaki Ke Jepun, Australia Dan Korea... Dengan Semangat Yang Membara...
Namun Ke Masjid Tetap Saja Perjalanan Yang Tidak Mampu Mereka Tempuh... Walau Telah Bergelar PHD...
Perjalanan Terjauh Dan Terberat Adalah Perjalanan Ke Masjid...
Kerana Para Pemuda Kuat Dan Bertubuh Sihat Yang Mampu Menakluki Puncak Gunung Berapi... Pun Sering Mengeluh Ketika Di Ajak Ke Masjid... Alasan Mereka Pun Bermacam2... Ada Yang Berkata Sebentar Lagi... Ada Yang Beralasan Tidak Selesa Di Cop Alim...
Perjalanan Terjauh Dan Terberat Adalah Perjalanan Ke Masjid...                            
Hatta Pemain Bola Sepak Yang Kuat Bertarung 90 Minit, Hampir Saban Minggu Belum Pasti
Gagah Melangkah Ke Masjid...
Maka Berbahagialah Diri Mu Wahai Lelaki... Bila Engkau Telah Terbiasa Melangkahkan Kaki Ke Masjid...
Kerana Sejauh Manapun Engkau Melangkahkan Kaki... Tidak Ada Perjalanan Yang Paling Mulia Serta Membanggakan... Selain Perjalanan Mu Ke Masjid...
Biar Aku Beritahu Rahsia Kepada Mu... Hakikatnya Perjalanan Mu Ke Masjid Adalah Perjalanan Untuk Bertemu Rabb Mu...
Itulah Perjalanan Yang Di Ajarkan Oleh Nabi Mu... Serta Perjalanan Yang Akan Membezakan Mu Dengan Orang2 Yang Lupa Akan Rabbnya...
Perjalanan Terjauh Dan Terberat Adalah Perjalanan Ke Masjid..
Maka Lakukanlah Walau... Engkau Terpaksa Merangkak Dalam Gelap Subuh Demi Mengenal Rabb Mu... Nescaya Kamulah Insan2 Yang  *BERUNTUNG*... Di
*AKHIRAT* Kelak...
Jom ke masjid...
memang betul apa yg dikata tu.
kita jauh-jauh boleh pergi,
bukit punya tinggi boleh daki.
bangga dapat sampai,
tapi surau belakang rumah langsung tak sampai-sampai

itu sebab dalam entry semalam aku buat workout di rumah je,
dan bukan workout di gym
aku sentap dengan tazkirah waktu solat terawih puasa yang lepas.
apa yang ustaz tu bagi sebijik macam artikel ni.

pergi ceramah ustaz azhar jauh-jauh boleh pergi,
pergi gym semangat
tengok wayang midnight sanggup tunggu,
konsert besar-besar boleh plan awal cuti,
tapi pergi masjid krik-krik.
sentap woooo kena.
sebijik kena atas muka.

lepas dari tu aku mula slow-slow ke masjid
maghrib dan isyak,
itupun ada gak kantoi skip dalam seminggu,
masih belum sempurna,
tapi its better than nothing.

kepada lelaki diluar sana boleh take action lepas ni,
maghrib dengan isyak bukan lama pun kat surau,
tak terlepas punya show-show kat TV tu,
nak ngeteh pun pukul 9 tu masih dikira awal.
jom ke Masjid.

4 Oct 2016

Workout Orang Malas

dah masuk bulan oktober,
tengok kalendar atas meja macam banyak agenda bulan ni,
jawabnya sibuk lagi lah bulan ni
tengok pula kalendar workout.
aduhhhh.
untuk bulan 9 macam tak ada workout yang aku buat.
macam mana nak dapat badan fit kalau macam ni.
freeletics malaysia
rutin Freeletics bulanan
biasanya untuk workout aku guna 2 aplikasi dalam smartphone,yang atas ni dipanggil Freeletis Bodyweight,
dan satu lagi Madbarz
boleh download percuma dia playstore dan appstore
madbarz
rutin Madbarz bulanan
kedua-duanya aplikasi untuk bodyweight workout,
lebih kepada gunakan badan sebagai beban,
alternatif workout bagi sesiapa yang takdek masa nak pergi gym.
buat saja dirumah.

tapi kalau workout kat rumah dugaan dia memang besar
datang perasaan malas memang tak buat le jadinya.
aku pula biasanya workout antara jam 10-12mlm
lepas makan malam datang pula mengantuk kenyang satu hal.
kalau pergi gym tu memang tak mengantuk.
suasana kat sana memang meriah berbanding kat umah.
tapi nak pergi gym tu pulak yang jadi hal.
surau belakang rumah jarang pergi inikan pula gym yg berkilometer jaraknya.
malu weiii.

bulan ni rasanya kena jugak curi masa untuk workout.
nak besarkan badan kena rajin.
nak harapkan makan je memang tak jadi
tak lawo pulak badan nanti.
sebu je.
bosan dah pkai size xs dan s.
hehehe.
kalau rajin bulan ni dapat le pakai size M pulak.
insyaallah.

3 Oct 2016

7 Botol Seminggu Susu Kurma

tak pernah cukup kalau beli air Susu Kurma Farm Fresh nie,
dalam sehari 2 botol boleh habis,
stok pula bukan main payah nak dapat.
selalu jer SOLD OUT.
susu kurma farm fresh
susu kurma Farm Fresh
ini dah kali kedua topup susu kurma kat rumah,
sebelum ni dah beli 3 botol,
tak sampai berapa hari dah habis,
lepas tu mak pula request nak lagi,
time tu mak baru baik kena demam denggi,
mak punya request mana boleh tolak.
alhamdulillah ada lagi stok.
tambah lagi 4 botol.
total 7 botol tak sampai seminggu dah habis.
hahahahha.
tu belum kira yang bulan lepas.

kalau kat Kuantan biasanya aku akan beli dengan dealer Farm Fresh
beli dengan diorang mudah sikit,
ada khidmat COD dan jugak kalau stok sampai diorang update dalam group whatsapp.
nak cari kat supermarket memang tak dapat,
kalau ada pun mungkin yogurt dan susu coklat.
dealer susu kurma kuantan
COD sampai ker pintu rumah
yang belum pernah cuba rasa lagi tu maybe boleh try minum air cendol,
rasa susu kurma nie hampir sama dengan rasa air cendol,
mula-mula minum dulu pun rasa pelik,
macam mana air ni boleh rasa macam tue,
walaupun aku tak berapa minat dengan cendol,
tapi rasa yang ni aku boleh ketagih.

bila dah selalu beli dan minum,
rasa macam nak jadi dealer susu kurma pulak.
kalau ada rezeki mungkin boleh tambah pendapatan sampingan,
produk best memang boleh jual punya.
yang belum rasa lagi tu rajin-rajin ler cari,
orang kuantan yang nak nombor dealer area kuantan boleh PM shark kat FB.
hehehe
farm fresh malaysia
antara produk Farm Fresh
nak try Cafe Latte pulak lepas nie.
susu coklat dan yogurt aku dah try,
setakat ni memang semua produk Farm Fresh ni sedap.
memang rekemen ler kepada sesiapa nak mencuba.