29 Sep 2016

Lumur Badan Dengan Ji-Ji Coffee Scrub

jangan ingat kopi hanya untuk diminum,
Di Brazil dan Australia mereka gunakan kopi sebagai produk kosmetik.
katanya mampu untuk atasi masalah kulit muka dan juga badan.
dan sekarang Kopi Premiun dari USA ni dah sampai ke Malaysia.
terima kasih buat Ji-Ji Coffee Scrub.
produk body scrub Nombor 1 Di Malaysia
body scrab nombor 1 malaysia
Ji-Ji Coffee Scrub
Ji-Ji Coffee Scrub

100% bahan oragnik digunakan untuk menghasilkan produk Coffee Scrub nie
jadi tiada masalah atau ragu-ragu lagi tentang status halal haram dalam penggunaan di Malaysia
penggunaan pula cukup ringkas,
tak perlu nak scrub hari-hari.
cukup sekadar 2-3 kali dalam seminggu,

antara kandungan organik yang ada dalam Ji-Ji Coffee Scrub
  • Vanilla Extract - antibakteria 
  • Olive Oil - melembabkan kulit
  • Argan Oil - menghaluskan kulit
  • Premium Coffee USA - mengurangkan selulit
  • Raw Sugar - merawat kulit merekah
  • Cocoa Butter - mengurangkan kedutan
  • Shea Butter - menginkatkan pengeluara kolagen
  • Jojoba Oil - perlindungan Sinara UV

Body Scrub Nombor 1 Malaysia
ji-ji coffee scrub
body scrub nombor 1 malaysia

jika ada yang risau tentang masalah kulit kering , selulit , kulit merekah , jerawat di badan , daki yang banyak  ,  boleh cuba menggunakan Coffe Scrub ini,
bila dah scrub tu insyaallah badan rasa fresh,
kalau kopi yang kita minum pun boleh buat kita tambah tenaga,
inikan pula kita lumur pada satu badan.

manfaat yang kita dapat bila dah scrub dengan Ji-Ji Coffe Scrub
  • membantu membersihkan kulit
  • membantu mencerahkan kulit
  • membuang sel kulit mati
  • menghilangkan jerawat
  • mengurangkan selulit
  • hilang bau badan
  • anti-penuaan
  • tona kulit yang lebih sekata

ji-ji coffee scrub
lumur badan dengan Coffee Scrub

banyak tue.
tak payah nak pakai banyak produk,
hanya lumur sahaja di badan,
tak perlu lagi susah payah nak buat temujanji di Spa,
tak perlu lagi nak buang tenanga buang duit minyak,
beli sahaja Ji-Ji Coffee Scrub dan lumur satu badan di rumah.
sambil tengok TV pun boleh buat,

packaging Ji-Ji Coffee Scrub ni memang nampak menarik.
senang nak dibawa kemana-mana,

100 Unit Percuma JI-Ji Coffee Scrub Untuk Dicuba
ji-ji coffee scrub
100 unit percuma

peluang hanya datang sekali,
orang tua kata rezeki jangan ditolak,
buat pembaca Blog Cerita Shark ada unit percuma untuk dicuba
tapi hanya 100 orang terawal sahaja.
dan tarikh tutup di penghujung bulan september.
lira-kira 2 hari dari sekarang.

Caranya mudah sahaja:
  1. Like page - Ji-Ji Coffe Scrub - Body Scrub No.1 Malaysia
  2. Share Post ini
  3. Komen " Saya Nak "
  4. Isi Maklumat di http://www.ji-ji.my/

siapa cepat dia dapat
100 orang sahaja tau.

untuk maklumat lanjut boleh layari laman berikut
website : http://www.ji-ji.my/
facebook: Ji-Ji Coffee Scrub - Body Scrub No.1 Malaysia
Instagram : jijicoffeebodyscrub

semoga bermanfaat.
jom kita berlumur dengan Ji-Ji Coffee Scrub di rumah.

28 Sep 2016

Sakitnya Tengok Emak Kena Denggi

Alhamdulillah.
bangun pagi ni tengok mak dah boleh bangun.
dah boleh berdiri kalau nak ke bilik air.
lega sikit dapat tengok.

kalau tak silap ini kali pertama mak demam teruk macam ni.
sampai 4 hari tak boleh bangun.
langsung tak terdaya dia nak lawan demam tu.
dan 2 hari kena tahan wad di HTAA kuantan.
ambil darah dan xray baru tahu mak kena denggi.
denggi
pertama kali jaga ahli keluarga di hospital
ada orang kata demam ni memang sakit.
bila tengok mak sendiri yang kena memang aku percaya.
bayangkan nak berdiri pun tak boleh
nak makan apatah lagi.
tenaga langsung takdek kalau dah tak makan.
kalau nak bergerak memang kena papah
sakitnya tu tak tahulah macam mana

pengalamam pertama jugak buat aku dan adik beradik
dalam sejarah memang tiada lagi insiden macam ni.
aku bersyukur ada adik-adik yang bertanggungjawab.
masing-masing ada kat rumah masa mak tak larat.
masing-masing dah tahu nak buat apa.
tak payah nak disuruh.
hasil didikan emak dan abah :).

pagi ni alhamdulillah tengok mak punya progress,
mampu berdiri walaupun masih belum pulih sepenuhnya.
selera makan pun dah ada.
dalam 2 hari lagi mungkin aktif seperti biasa.
Insyaallah.
misi seterusnya mencari ketam nipah - ubat orang denggi

terima kasih buat sahabat-sahabat yang mendoakan kesihatan mak sebelum ni.

22 Sep 2016

Roti Campur Planta Campur Gula

rasaya dah lama kot tak makan macam ni.
sampai aku terbawa-bawa pergi office hari ni,
punya ler sedap sampai bawa bekal.
hahahahaa.
macam lawak pun ada.
roti campur planta campur gula
roti planta gula
entah mana yang sedap pun aku tak pasti,
cara buat simple jer,
bahan pun simple jer,
tapi bila dah campur semuanya rasa sedap pulak,

biasa pagi-pagi nasi lemak.
kadang-kadang roti canai,
tak pun nasi minyak,
pagi ni ringan-ringan untuk breakfast,
teringat balik masa sekolah rendah dulu,
selalu jugak ler bekal roti ni,
kalau rasa nak mewah sikit letak MILO,
tapi aku rasa tak sesedap planta dengan gula.

budak sekolah zaman sekarang entah ada lagi tak yang bawa bekal macam nie.

20 Sep 2016

Sakitnya Batu Karang Dalam Hempedu

kesian pulak tengok bila buah hati kena batu karang dalam hempedu,
aku pulak baru tahu batu karang ni ada banyak jenis,
google punya google,
boleh tahan sakit bila baca pengalaman orang yang alami penyakit batu karang nie
batu karang
bahaya penyakit batu karang
Batu Karang Dalam Hempedu

katanya punca utama dapat penyakit ni dari pengambilan makanan berlemak.
ada yang kata pengambilan diet harian dan kurang bersenam,
melibatkan 3 organ iaitu hati , pundi hempedu dan pankreas,
bila sebut tiga organ dah naik seriau dengar.
golongan wanita berisiko 2x ganda dapat penyakit ini.
jadi kena jaga-jaga wanita luar sana
( sumber : MyHealth.gov.my )

Rawatan Batu Karang Dalam Hempedu

setakat nie aku jumpa tiga rawatan untuk buang batu karang dalam hempedu
  • operate
  • cara traditional
  • buang di pusat rawatan 

rasanya mesti ramai yang akan tolak bahagian operate,
tengok gambar pun gerun,
tapi kalau batu karang tu dah besar memang tiada pilihan,
WAJIB operate.

tertarik dengan cara tradisional untuk buang batu karang dalam hempedu nie.
bahan-bahan yang diperlukan pun senang nak dapat.

Petua Tradisional Buang Batu Karang Hempedu

rawat batu karang hempedu
rawat batu karang hempedu | sumber : Mama LIna Blog
  • Epal Hijau - 30 biji (60hari)
  • Lemon - 3 biji (setengah gelas)
  • Garam Epsom - 2 sudu Teh ( ada di farmasi / kedai organik )
  • Minyak Zaitun Setengah Gelas

Hari 1 - hari 6
minum air epal minimum 1 liter sehari / 4 gelas / 5 biji epal
1 gelas 1 biji epal
makan sebiji epal
buat 5-6 hari berturut-turut

Hari ke-6
-jangan makan malam (optional rasanya )
-pukul 6 petang makan satu sudu Garam Epsom bersama segelas air sua
-pukul 8 malam ulang sekali lagi
-pukul 10 malam , campurkan minyak zaitun (250ml) ke dalam jus lemon(3 biji)

insyaallah esok harinya , buang air besar akan keluar batu karang,
ada yang bagi testimoni buat ni ibarat makan julap,
jadi kena pandai atur hari yang sesuai,
ramai yang dah buat dan Alhamdulillah berkesan,

boleh tengok testimoni

meang sakit kalau siapa yang kena ni,
nak putus nyawa katanya,
bayangkan kalau nak bernafas pun kadang-kadang di tarik kat bahagian rusuk tue,
biasanya orang yang kena batu karang hempedu akan rasa sakit bahagian bawah rusuk,
macam buah hati aku,
tak boleh tidur dia sejak kena,
menangis tak berlagu duk tahan sakit,
harini katanya nak ke Melaka,
ada satu tempat rawatan untuk buang Batu Karang tu,
Insyaallah akan kongsi bila dia balik nanti.

pesanan untuk semua,
sila ambil perhatian dalam rutin permakanan harian kita,
terutama yang nak berdiet,
bila korang ubah cara permakanan sekaligus akan ubah cara organ berjalan.

semoga bermanfaat.

13 Sep 2016

Mood Kerja Kelaut Minggu Ni

kembali bekerja seperti biasa harini,
tapi suasana dalam office luas biasa pulak,
jalan pun agak sunyi pagi tadi nak pergi kerja,
ramai lagi rupanya yang bercuti hari raya haji,
semangat betul diorang beraya.
cuti minggu ini
tengok kalendar minggu ni memang menarik,
cuti hari isnin dan jumaat
kira-kira 3 hari jer bekerja minggu nie.
ada jugak yang berkerja 2 hari jer kalau dah cuti harini,
tak tau ler pulak kalau ada yang sambung terus,
heheh.
baik hati sungguh syarikat kalau nak lepas,

aku pula akan ambil cuti pada hari khamis,
sehari sebelum Cuti Am Hari Malaysia,
ikut plan nak balik Kelantan ada majlis perkahwinan sepupu disana,
kiranya aku pun bekerja 2 hari jer,

mood kerja minggu ni memang kelaut,
tak tau nak start dari mana,
esok last kerja sebelum cuti,
harini office sunyi sepi jer,
boss pulak rasanya memang seminggu bercuti,
jadi kiranya kita ler jadi boss untuk minggu ini.

nak buat apa harini?
goyang kaki sahaja kat office :)

5 Sep 2016

Smatphone Paling Lama Aku Miliki

berapa banyak dah korang tukar telefon,
kalau yang jenis follow dengan teknologi semestinya setiap tahun bertukar,
pantang ada yang baru nak tukar,
biasanya setiap orang akan bertukar smarphone dalam 2-3 tahun sekali.
samsung keystone
sudah berjasa beberapa tahun phone nie
dalam sejarah,
Samsung keystone ni paling lama aku pakai.
nombor yang ada dalam phone ni nombor utama aku,
nombor yang dipakai waktu mula-mula aku berjinak dengan phone,
simkad nombor ni pun masih lagi besar tak macam simkad yang ada sekarang,
segala urusan panggilan aku pakai telefon ni,

Lenovo A7000 adalah phone kedua aku,
baru je pakai dalam beberapa bulan lepas Asus Zenfone 2 jatuh berderai,
nak repair memang takdek mood dah,
harga repair tu orang kata boleh dapat yang baru,
untuk Lenovo A7000 ni aku pakai simkad lain,
yang ini khusus untuk internet sahaja.
buat masa sekarang aku pakai sim card Hotlink 4G yang baru,
memang best sebab dapat percuma 2G setiap sabtu dah Ahad.
samsung keystone
saiz kecik
samsung keystone
ringan
ada dua function yang aku suka pasal phone nie,
satunya bateri tahan lama.
samartphone punya bateri pun tak boleh challenge,
hahaha.
setakat ni seminggu sekali je aku caj,

satu lagi ciri istimewa samsung keystone ni boleh buat lampu suluh,
dia punya kecerahan bagi aku memang sempurna,
dah tak perlu lagi lampu suluh yang dulu kita pakai,
saiz pun kecik jer,
smartphone pun ada jugak function nie,
tapi sanggup ker korang berkorban bateri?
heheheh.

kenapa aku pakai dua phone?
salah satunya aku taknak bergantung sangat pada satu phone,
taknak bergantung pada smartphone,
nama je smartphone tapi kalau dia buat hal memang huru-hara jadinya.
at least kalau ada dua boleh le buat backup
lagi satu aku tak larat nak caj smartphone nie,
buatnya tengah caj tiba-tiba ada panggilan,
serabut wei sambil caj sambil buat panggilan.
silap-silap boleh meletup.

samsung keystone ni saiz dia kecik,
jadi takdek masalah untuk aku bawa dua phone dalam satu masa,
bukan berat  mana pun,
biasanya aku letak samsung keystone ni dalam poket,
dan smartphone dalam clutch bag,

bagi aku samsung keytone ni adalah smartphone,
paling lama bertahan dan function yang ada memang terbaik.
siapa lagi yang pakai samsung keystone ni?

4 Sep 2016

Bila Aku Nak Kahwin

harini 4 september.
buka facebook keluar memori tahun 2011
memori 5 tahun yang lalu.
4 september 2011 time tu kita sambut hari raya puasa.
kenangan 5 tahun
kenangan 5 tahun yang lalu
ini gambar waktu aku bersama member-member dari sekolah rendah.
alhamdulillah persahabatan masih terjalin sampai sekarang,
start umur 12 tahun smpai dah 30 masing-masing sekarang.

nak dijadikam cerita,
waktu kitaorang bergambar ni semuanya bujang lagi,
hahahaha,
memang rare gambar ni.
rambut aku pun bleh tahan jugak time tu.
kenangan lalu
muka-muka bujang dan anak dara 2011
guess what after 5 years,
kesemua bujang-bujang dan anak dara kat dalam gambar ni semua dah kahwin.
kecuali aku dan sorang lagi member pompuan yang duduk hujung tu,
tapi dia pun tak lama dah tu,
yang lain Alhamdulillah dah selamat,
ada yang baru,
ada yang anak 2,
aku???

hehehe,
tercabar jugak le rasanya,
5 tahun tu,
diharapakan tahun depan ada le rezeki aku.
amin.

1 Sep 2016

Buat Dada Bidang

sedar tak sedar aku dah boleh buat 30 push up.
kalau ingat balik waktu dulu-dulu nak buat 5 pun semput.
start dari situ aku mula workout sebab rasa malu dengan diri sendiri.
sekarang alhamdulillah mampu buat.
dan semalam dah up 1 video kat FB dan IG.
push up
push up 30 reps
apa yang aku dapat dengan push up?
secara asas workout ni akan babitkan bahagian dada (chest) , dan belakang lengan (tricep).
jadinya badan tu takdek le nampak sekeping je.
dapat le jugak dada bidang dengan workout ni.
pakai baju nampak le sikit bentuk body tu.
katanya ramai gadis-gadis minat orang dada bidang.
tapi ada jugak tak minat sebab katanya buruk lelaki ada buah dada.
hahahaha.
selera masing-masing kan.
kesan push up
workout push up
push up ni paling senang nak praktik.
boleh buat kat mana-mana je,
masa yang diambil pun berapa minit je,
biasanya aku akan buat sebelum tidur.
kalau lupa tu buat lepas bangun tidur pulak.

setakat ni alhamdulillah dah cecah 30 sekali buat.
dan maksimum 4 set.
total sehari semuanya 120 kali aku push up.
tapi dinasihatkan jangan buat hari-hari.
otot tu kena berehat jugak.
waktu rehat jugak le otot tu akan membentuk.
aku buat 2 hari sekali.

bagi yang nak kecikkan bahagian lengan tu boleh cuba.
nak kurus pun boleh.
aku yakin bila dah biasa dengan push up ni korang akan mula suka untuk workout yang lain.
dari situ minat untuk bersenam timbul.

jom push up.
jom tekan tubi.
jom pumping.