30 Aug 2016

Malaysia Ada Group Acappella Rupanya

kat mana silapnya aku pun tak tahu,
boleh pulak aku tak sedar kewujudan Colour Of Voices (C.O.V) selama ni
group acappella Malaysia yang keluar dalam Majalah 3 malam tadi.
rupa-rupanya ada jugak group acappella kat Malaysia nie.
colour of voice
cover terbaru Colour Of Voice sempena MERDEKA
kredit pada Majalah 3 kerana memperkenalkan group C.O.V,
terus jugak aku cari malam tadi lagu-lagu yang diorang bawa dekat Youtube.
kalau dah minat acappella memang tangkap cinta terus ler,
tapi sayang tak banyak cover lagu yang diorang bawa,

aku start minat acappella ni lepas tonton movie Pitch Perfect,
yang terbaru Pitch Perfect 2 keluar tahun lepas,
yang masih tak tahu apa itu acappella boleh tonton movie nie,
memang aku rekemen bagi yang belum tengok,
movie ni lawak dan banyak koleksi lagu yang diorang cover dalam bentuk acappella,
lagu acappella
Movie Pitch Perfect
selama ni layan acappella dekat Youtube je,
antara yang selalu aku dengar Mike Tompkins dengan Pentatonix
dan tak pernah pula aku jumpa C.O.V ni dalam related video dalam playlist Youtube,
hangin betul.
tu yang tak pernah tahu kewujudan mereka,
tapi bila buka Facebook tengok macam dah popular,
masuk paper dan TV dah,
mungkin aku yang ketinggalan.
so sad.

walaupun tak banyak cover lagu yang diorang buat,
tapi antara koleksi yang ada memang terbaik,

kalau dah minat tu semua lagu sedap,
acappella Kopi Dangdut tu menarik.
korang boleh cari lagu diorang dekat Channel Youtube
group acappella malaysia
anggota C.O.V
nak tahu kat mana diorang punya show dan persembahan,
boleh like facebook mereka di facebook/COVMalaysia
dan aku rasa kalau dah keluar majalah 3 tu insyaallah bertambah famous ler C.O.V
aku harapkan jugak lagi banyak lagu yang diorang boleh cover lepas ni.
good luck Colour Of Voices.
respek karya korang semua.

siapa minat acappella kita geng.

29 Aug 2016

3 Pekara Meluat Tengok AF 2016

ada lagi ke yang follow Akademi Fantasia tahun ni,
aku last follow rancangan realiti ni waktu zaman Hafiz,
lepas tu dah slow,
tengok-tengok macam tu jer,
itu pun sebab pengacara best.
akademi fantasia 2016
bintang pelajar Akademi Fantasia 2016
untuk Akademi Fantasia 2016 baru saja bermula,
dan malam tadi kalau tak silap baru Konsert minggu kedua,
dah 13 tahun konsep masih tidak berubah,
masih lagi ada part-part yang meluat aku tengok,
terutama bila di penghujung konsert.
drama kebudak-budakkan.

Simbolik Beg Atas Pentas
penghujung konsert beg akan diletakkan diatas pentas,
kononnya beg baju peserta dan ada penyingkiran
kemudian pengacara acah-acah buat suspen,
time ni memang banyak masa dibuang,
semua nak tiru zaman Aznil buat sedih,
dulu boleh ler nak touching-touching sebab rancangan baru,
kalau dah 13 tahun rasanya dah tak laku dah drama ending macam ni,

Pelajar Menangis Bila Penyingkiran
part ni paling menyampah aku rasa,
terutama pelajar perempuan,
nak menangis bagai macam tak boleh jumpa 5-6 tahun,
macam malam tadi sempat ler tengok drama pelajar lelaki,
adehhhh,,
bersungguh betul.
malas nak salahka pelajar,
mungkin jugak mereka dipaksa berlakon.

Lagu Menuju Puncak
rasanya dah tak perlu kot bahagian nie.
dah macam budak-budak sekolah menari jer aku tengok,
kalau seragam tak apa jugak,
ini berterabur,
aku pun tak tahu apa motif nyanyi lagu ni di penguhujung konsert,
bajet macam lagu sekolah ke apa.

kalau nak diikutkan Akademi Fantasia nie memang layan,
tapi disebabkan drama yang melebih-lebih rasa meluat nak tengok,
ambil contoh American Idol sudah,
tak pun The Voice,
diorang punya program cukup simple,
tak payah nak dramatik sangat,
bila konsert buat cara konsert,
tapi artis yang lahir dari program tu semuanya dah pusing benua,
juara AF ?
pusing malaysia jer lar aku tengok boleh pergi,
paling jauh pun Indonesia,

untuk AF 2016 aku tak tahu ler siapa boleh dapat,
tak ada aura lagi aku nak layan,
kalau ada muka macam Amira AF 2013 best ler jugak layan.
tengok apa jadi pada Konsert Minggu Ketiga AF 2016 nanti.

22 Aug 2016

Love U Ella

sori kapten Azhar,
terlepas jugak lafaz I Love U kat wife kapten,
tapi aku rasa bukan aku sorang je kot yang tangkap cintan dengan Ella malam tadi,
Konsert Lentera Muzika Ella malam tadi memang "WOW"
tak sangka dah 29 tahun dia menyanyi.
dan lagi terkejut bila kira balik umur Ella.
hehehe..
konsert lentera muzika
Lentera Muzika Ella
last week Lentera Muzika sudah pun bawa XPDC,
dan aku pun dah review tak puas dengar lagu XPDC,
tapi aku rasa konsert malam tadi lagi best dari last week,
sori XPDC,it is a fact,

cara Ella beraksi atas pentas semalam memang aku respect,
sifat manja dia semulajadi dah tak boleh buang,
kalau buang bukan Ella namanya,
kalau buang tak berseri konsert dia,
comel dan kiut miut jer suara dan manja dia,
itu yang buat peminat geram tue.

interaksi dengan peminat memang mesra Ella malam tadi.
boleh pulak sambil buat konsert sambil ambil gambar,
peminat nak selfie pun dia layan.
ada satu part tu dia ajak penonton naik pentas untuk nyanyi sama-sama,
risau jugak aku tengok bila ramai yang naik,
takut kacau konsert je.
konsert LIVE kot,
tapi dapat jugak dikawal dengan baik.
terbaikkk.
konsert lentera muzika ella
betapa bertuah brader ni selpi time ella nyanyi..hahahaha
aku suka outfit dia malam tadi,
nampak kemas dan sopan,
imej rock tu tetap ada walaupun dah bertudung,
puas jugak cari gambar outfit dia malam tadi kat media sosial untuk aku kongsi kat sini,
tapi tak jumpa untuk dikongsi,
suara?
tak payah cakap ler,
no one cant challenge,
konsert lentera muzika ella
outfit Ella malam tadi memang cantik. | sumber : Bharian Online
dekat twitter dan FB hashtag #lenteramuzika #ella19872016 trending,
nak tengok kemeriahan dan gambar dari peminat boleh search pakai hashtag tersebut.
masing-masing ada kenangan masing-masing dngan lagu ella,
lagu-lagu yang dibawa malam tadi pula semua lagu hit Ellatengok pada bilangan penonton sampai ke bawah penuh,
duduk bersila.
itu yang buat konsert ella malam tadi nampak meriah.

siapa yang tak tengok malam tadi tu memang rugi ler,
entah ada ker tidak siaran ulangan,
konsert XPDC last week pun aku tunggu jugak kot-kot ada ulangan kat RTM,
hampa.tak ada.
harap-harap kali ini ada ler,

20 Aug 2016

Kesian Lee Chong Wei

pasrah sekali lagi malam tadi.
dua malam menanti pingat emas tak sampai,
dan sekarang LCW terpaksa pikul harapan rakyat Malaysia.
harapan untuk pingat emas pertama Malaysia.
kesian Dato Lee Chong Wei.
lee chong wei
cantik aksi Dato Lee Chong Wei
kalau aku ditempat LCW memang aku tak boleh kot nak bertanding,
lemah semangat.
seram.
duk bersorak malam tadi pun dah berdebar,
menggigil badan.
perasaan LCW tak tahulah macam mana.
perasaan kena tinggal mata,
perasaan kalah satu set,
phewwww..
hati kena kering.
tambah-tambah malam ni.

harapan memang besar malam ni.
harap-harap dapat le satu pingat emas nanti,
terubat sikit jantung ni lepas dua malam kecewa.
kalau tak dapat jugak memang merajuk nak tengok badminton lepas ni.
hahahahaha.
badminton olimpik
Kau Boleh
chaiyok Dato Lee Chong Wei,
Malaysia boleh.

siapa tak tengok malam ni dia bukan rakyat Malaysia.


18 Aug 2016

Rumah Kontena Dah Jadi Banglo

minggu ni viral pasal rumah kontena milik Azree,
aku pun tak sangka rumah kontena beliau dah jadi macam banglo,
dah bertingkat pulak,
aku pernah share pasal rumah kontena milik azree pada januari 2015,
rumah kontena
awal pembinaan rumah kontena
aku ingatkan pembinaan rumah kontena beliau hanya setakat itu sahaja.
boleh tengok entry lama aku di entry Rumah Kontena Muhamad Azree
daripada sebijik kontena sekarang dah ada 4 biji,
tinjau sikit apa yang menarik rumah kontena nie.
sumber dari Facebook Muhamad Azree
3 tingkat | 3 Tandas
6 Bilik | Rooftop Garden
SoHo | 2 ruang tamu
2400sqft | RM 130K
rumah kontena
pandangan dari luar Rumah Kontena
rumah kontena
kawasan dalam rumah kontena
rumah kontena
ruang tamu rumah kontena
rumah kontena
tingkap besar nampak luas ruang
rumah kontena
ruang tamu nombor berapa pun tak tahu ni
rumah kontena
rooftop rumah kontena
rumah kontena
suasana malam rumah kontena
RM130K untuk rumah sebegini,
kalau buat kat kampung memang puas hati ler,
menghadap pulak kesawah.
heaven kot rasanya.

boleh buat income sekali untuk pakej Homestay macam Muhamad Azree ni buat,
kalau nak rasa pengalaman tidur dan menginap di rumah kontena ada pakej disediakan,
nak tahu panas ker tidak boleh try,
nak tahu lasak ker tidak cuba try test dulu,
mana tahu lepas semalaman dapat tidur terasa nak buat rumah kontena macam ni boleh terus bincang dengan beliau.

untuk lebih lanjut pasal rumah kontena nie boleh ke facebook berikut.
semoga bermanfaat.

17 Aug 2016

OOTD Support Team Olimpik Malaysia

makin semangat rasanya nak tengok Olimpik 2016,
pagi tadi dah dapat gangsa dari Azizul Hasni Awang,
dan harini jugak ada tiga acara membabitkan atlit Malaysia.
jadinya kita sarung baju yg rasa boleh bagi support untuk atlit bertanding hari ini.
malaysia olimpik 2016
gud luck atlit Malaysia
plan awal nak sarung warna kuning,
sebab team badminton malaysia kita punya jersi warna kuning,
tapi kulit kita yang hitam ni memang tak sesuai le dengan warna terang tu.
sarung baju yang ada tulis MALAYSIA pun jadilah.
baju dari event FIT Malaysia

ini jadual Atlit Malaysia untuk hari ini.
  • 7:30 mlm - badminton suku akhir - Dato Lee Chong Wei 
  • 10:50 mlm - baminton akhir beregu campuran
  • 2.00 pagi - saringan 10m terjun individu pandelela dan Nur Dhabitah Sabri

acara dinanti pastinya badminton beregu campuran.
emas dan perak mana satu agaknya.
alang-alang dah masuk Final kita mesti le target emas.
bila lagi nak capai kalau dah ada peluang macam ni.
memang aku mengharapkan emas untuk malam ini.

jom support.
kalau emas kita nyanyi lagu Negaraku kat depan TV masing-masing.

16 Aug 2016

Tengok Badminton Tengok Woon Khe Wei

tak perasan pulak kecomelan atlit badminton beregu wanita negara sorang ni,
semalam tertengok acara beregu wanita suku akhir badminton Olimpik RIO 2016,
mata ni asyik fokus kat Woon Khe Wei jer,
bukan aku sorang ye,
kamera pun asyik duk tunjuk muka dia jer,
hehehehe.
memang comel dia nie.
woon khe wei
Woon Khe Wei  berambut panjang
berumur 27 tahun kalau ikut biodata Woon Khe Wei ni,
kelahiran selangor,
pencapaian dia dalam badminton peringkat antarabangsa not bad jugak,
yang paling latest rasanya pingat Perak untuk Sukan Sea 2015 di Singapura (sumber: stadium astro)
rangking dunia pulak dia berkedudukan di tangga ke-15
tapi sayang malam tadi badminton beregu wanita tewas,

selama ni kalau badminton memang jarang aku tengok game,
tengok tak tengok game Dato Lee Chong Wei sahaja
yang lain aku skip ,
jawabnya lepas ni kalau ada lagi game badminton aku kena tengok pasangan beregu nie,
kena masuk dalam list "must watch"
kongsi sikit gambar dia di luar gelanggang badminton.
woon khe wei
bersama YB KJ | sumber : facebook Woon Khe Wei
woon khe wie
model untuk megazine CLEO | sumber : CLEO
cantik kan amoi ni,
lepas ni tak tahu lah nak tengok badminton ke atau tengok amoi.
kalau tak silap lepas ni masih ada lagi acara badminton peringkat kumpulan,
nampak gaya masih boleh tengok lagi aksi dia di gelanggang,
yang masih belum kenal tu boleh ler tengok nanti,

semoga berjaya atlit badminton Olimpik Rio 2016

15 Aug 2016

Lagu XPDC Takkan Padam

puas hati dapat layan balik lagu-lagu XPDC malam tadi,
kredit pada RTM TV1 yang bawa Live Konsert Lentera Muzika XPDC - Mencari Sakinah.
konsert xpdc
XPDC - mencari sakinah
semua lagu malam-malam tadi lagu popular,
lagu-lagu karaoke,
aku pun tak ingat siapa yang buat konsert malam tadi,
aku atau ali xpdc,
semua lagu aku duk nyanyi memang tenggelam le suara ali,

banyak juga kalau aku nak list lagu-lagu malam tadi,
ni antara lagu yang aku ingat le.
lagu-lagu konsert aku jugak malam tadi.
lagu evergreen
  • cinta kenangan silam
  • cinta
  • semangat yang hilang
  • aku masih disini
  • hentian ini
  • teman
dakwah ali xpdc
smart penampilan ali xpdc malam tadi
sound system best,
ada pulak okestra,
konsert nampak teratur je,
memang best layan malam tadi,
penampilan Ali XPDC pun nampak lain,
memang nampak smart berbanding dulu,
umum dah tahu dia sekarang memang aktif dalam berdakwah dengan ahli XPDC
dengan berjambang dan kadang-kadang berjubah nampak simple je.

harap-harap ada ulangan,
tak puas wei dengar.


12 Aug 2016

Menang Percutian Percuma Dari Syarikat MLM

dua hari lepas dapat satu panggilan,
katanya nama aku telah terpilih dalam satu cabutan bertuah,
hadiahnya berupa voucher penginapanan percuma ke Langkawi,
percuma penginapan?
percutian percuma?
siapa tak gembira kan.
hari ini dapat sms pengesahan suruh ambil voucher tersebut.
voucher percutian percuma
dapat voucher penginapan percuma
lepas je habis dia call tempoh hari terdetik jugak aku untuk berfikir,
masa bila aku berdaftar dengan syarikat tersebut,
memang tak pernah dengar pun nama syarikat tue,
google punya goolge dapat jugak jawapan,

rupanya ini syarikat yang bagi aku lebih kepada sistem MLM,
google nama syarikat tu keluar beberapa perkataan "leader"
tengok pula bahagian image ada le beberapa individu dengan berpakaian kot,
terus impian untuk aku bercuti dengan percuma hancur,
memang aku tak minat dengan syarikat seperti ini,
kalau dah ada keyword leader,jutawan muda, memang aku tak layan ler,

google dan google lagi jumpa beberapa pengalaman dari blogger,
ada yang positif ada yang negatif,
korang boleh cuba google "voucher percutian percuma",
ada beberapa blog yang ceritanya sama seperti aku,
kalau hati kering hati kental boleh pergi,
waktu nak collect tu bukan boleh ambil voucher pastu balik,
hehehhehe
paling tidak kena dengar taklimat perihal syarikat mereka,
paling buruk korang akan dikerumun oleh ahli-ahli dan "push" korang join mereka,
aku memang tak suka marketing dan promosi macam ni.
serabut.

akhirnya ambil keputusan untuk lepaskan sahaja,
pagi tadi diorang ada call,
mungkin untuk comfirm dan book tempat,
aku biarkan saja ia berdering,
biarlah aku terlepas percutian dan penginapan percuma kali ini.
mana tahu ada rezeki tempat lain,

kalau korang ada terima situasi macam aku fikir-fikrlah,
nama aku pun diorang salah eja,
nampak sangat tak serius,
pelik jugak macam mana diorang dapat nom telefon dan nama nie.
haishhhhhh~

11 Aug 2016

Parti Bersatu Parti Baru Politik Malaysia

nampak gaya jadi jugak Tun Mahathir tubuh parti politik yang baru,
borang pendaftaran Parti Bersatu sudah dihantar,
kalau lulus , bertambah rancak ler perang PRU ke 14 nanti.
parti bersatu
#bersatu
parti bersatu
logo Parti Bersatu
menggunakan lambang bunga raya sebagai logo,
5 kelopak bunga melambangkan prinsip Rukun Negara,
merah untuk keberanian
Putih untuk keislaman dan kedamaian.

sejauh mana Parti Besatu ini mampu untuk menukar Malaysia ke arah lebih baik?
sama-sama ler kita tengok perancangan mereka.
kali terakhir kita mengundi pada tahun 2016,
kalau dikira-dikira tinggal setahun lebih je lagi untuk PRU 14,
hanya tinggal setahun lebih jugak Parti Bersatu ni untuk berkempen.
parti bersatu
perlembagaan Parti Bersatu
korang dah daftar belum untuk mengundi ?

sumber gambar : Facebook Saya Sayang Tun Dr Mahathir

9 Aug 2016

Puas Hati Dapat Note 7

majoriti semua dah tahu Samsung Note 7 akan keluar tak lama lagi.
kalau tak silap sekitar bulan ni,
Samsung Malaysia pun dah mula buat tawaran untuk Pre-Order Samsung Note 7.
samsung note 7 malaysia
Pre-Order Samsung Note 7
aku antara yang teruja dengan Note 7 ni nanti.
baca review kat blog soyacincau lagi excited pula rasanya,
dari segi design memang seksi dan smart,
saiz 5.7 inci tu rasanya sedap-sedap pegang,
tak besar tak kecik,
skrin katanya ada sikit lengkung macam model samsung edge,
RAM 4GB memang sedap layan game high graphic.
multitasking rasanya lagi mudah lepas ni.
kamera pulak 12mp dengan 5 mp,
kalau tengok pada model Note 5 sebelum ni cantik sungguh output kamera dia.
boleh pulak buat manual mode lagi sedap le ambil gambar,
bajet-bajet pakai DSLR.
show off sikit gambar Note 7.
samsung note 7 malaysia
saiz Note 7
samsung note 7 malaysia
pandangan belakang Note 7
samsung note 7 malaysia
nipis jugak Note 7 ni
samsung note 7 malaysia
kamera Note 7
samsung note 7 malaysia
ada sikit lengkungan di bahagian tepi
tengok pada body memang mengancam habis.
memang jauh beza waktu mula-mula Samsung keluarkan model Note,
time tu ramai yang kutuk sebab saiz yang besar,
sekarang ramai yang tergila-gila cari model smartphone skrin besar.

harga  Note 7 katanya sekitar RM 3,199
part ni yang membantutkan aku nak pakai,
tapi bila fikirkan balik dah hampir 2 tahun tak tukar phone,
apa salahnya berbelanja,
puas hati kot kalau dapat Note 7.
mampukah aku?
tunggu ajer next entry kalau aku berjaya beli.
hehehehe.

4 Aug 2016

Mampos Kau Cacing

semalam nekad ke farmasi beli ubat cacing.
Zentell jadi pilihan sebab kat google ramai yang makan jenis ni.
ubat cacing dewasa
ubat cacing untuk dewasa
selalu jugak aku dengar masalah cacing dengan berat badan nie,
makan banyak-banyak pun kalau berat sama je mesti ada cacing,
berkongsi makanan dengan cacing,
nak kata bela saka memang takdek,

kenapa aku ambil ubat cacing?
aku dalam proses nak tambah berat badan,
ada beberapa rakan lama tegur aku semakin kurus,
mungkin nampak jelas cekung di muka aku,
down jugak rasanya bila yang cakap makin kurus.
nak kata tak makan impposible,
selera ada
mungkin betul selama ni aku berkongsi makanan dengan cacing,
bila google ada yang suggest telan ubat cacing dulu,
nekad jugak ler aku nak try.

geli pulak bila sebut pasal cacing dalam perut nie.
waktu kecik-kecik dulu memang fobia nak makan ubat cacing nie.
bila berak keluar cacing..
eeuuuuwwwwwwww...
siapa ada pengalaman tu rasanya boleh ler kot telan sekali lagi,

ubat cacing zentell dah telan,
harap-harap ada perubahan pada berat badan dan size,
dah letih dah nak cari baju size S,

2 Aug 2016

Tomok Refresh Balik Lagu-Lagu NewBoyz

baru je plan nak ke showcase Tomok Akustik 13 haribulan nanti,
semalam buka page tomok tengok-tengok tiket dah sold out,
rupanya bukan aku seorang peminat lagu-lagu New Boyz
showcase tomok akustik
Tomok Akustik
New Boyz ni kalau tak silap famous sekitar 1999,
waktu tu aku baru je masuk ke sekolan menengah tingkatan satu,
bercinta waktu usia 13 tahun itu biasa,
waktu tu masing-masing dah bajet matang,
duduk pulak kat asrama memang wajib dan pasti ada cintan cintun yang melekat,

ingat lagi waktu awal kemunculan tomok dengan New Boyz nie,
rambut belah tengah dia memang trending.
jadi kegilaan gadis-gadis sekolah,
pakwe-pakwe pun duk follow rambut Tomok ni,
termasuk aku,
hahahahaha
new boyz
Sejarah Mungkin Berulang
kalau lagu pulak memang tangkap leleh punya lagu,
memang sesuai ler dengan mood orang bercinta,
kalau tengah frust pun aku rasa ada yang menangis duk layan
antara yang aku masih ingat lagu New Boyz
  • sejarah mungkin berulang
  • meraung
  • marah bukan sifatku
  • khilaf
  • norkia
  • luka mu luka ku jua
haishhh...
banyak lagi kot,
cuma tak ingat tajuk jer,
tapi kalau ada main kat corong radio tu memang boleh hafal  rasanya
dah macam die hard fan pulak.

Showcase Tomok Akustik ni akan diadakan pada 13 Ogos nanti,
tomok akan nyanyi balik lagu-lagu hit New Boyz
kalau tengok pada Facebook Official Tomok pun dia banyak flashback lagu-lagu newboyz,
rasa macam rugi pulak tak book awal-awal tiket.
menggamit kenangan lama itu memang indah :)