25 Jul 2016

Jualan Cuci Gudang BookCafe

wajib singgah wajib beli bagi penggemar buku,
Bookcafe sedang buat promosi minggu ni.
buku serendah RM 2 dan diskaun sehingga 50%.
bookcafe
Jualan Cuci Gudang Bookcafe

tengok pada pilihan buku yang ada memang not bad,
buku keluaran Dubook Press Dan Fixi semuanya ada diskaun,
banyak jugak sampai  40% diskaun Bookcafe kasi.
buku kontroversi Amran fans pun ada.

buku dubook press
antara yang menarik untuk dbaca

selain novel,
terdapat banyak jugak jenis-jenis buku yang ada dalam promosi nie,
buku-buku agama,buku-buku panduan haji,buku-buku panduan keluarga,
pendek kata kesemua buku ada untuk dibaca.

promosi hanya sah untuk minggu ni sahaja,
katanya sempena minggu gaji,
yang dah bergaji tu boleh ler dapatkan buku di Bookcafe.
beli buku secara online.
mudah dan murah.
boleh ke laman web www.bookcafe.com.my untuk maklumat lanjut.

semoga bermanfaat.

22 Jul 2016

Jom Tengok Kabali

pagi ni agak trending Filem Kabali kat timeline Facebook,
filem tamil lakonan Rajnikanth yang ke -159 ni katanya full hall semalam,
siapa tak minat lakonan dia memang rugi ler,
aku dah terjebak sekali minat,
yang paling aku ingat Filem Sivaji The Boss.
terbaik woooo.
filem kabali
Kabali Rajnikanth
tengok poster dah tau dah lokasi utama pengembaraan filem ni,
hampir keseluruhan scene dalam filem Kabali sekitar  Kuala Lumpur,
memang syiok le layan.
lagi best bila Rosyam Noor dan Norman Hakim pun ada berlakon sekali.
tu yang rasa nak tengok tue.
bukan senang nak tengok aksi-aksi tak masuk akal kat Malaysia nie.

filem ni ada 2 versi,
satu versi tamil yang sudah mula ditayang semalam,
satu lagi Kabali versi bahasa melayu yang akan tayang minggu depan,
sebelum ni sudah pun trending dan viral rajnikanth cakap melayu - klik sini
ini adalah filem tamil pertama yang dialih bahasa ke bahasa melaysia.
ak pasti pulak suara siapa yang ada nanti.
tapi aku rekemen better tengok versi tamil,
bila dah alih bahasa ni biasanya dah tak best nak layan,
tak original.

bila sebut filem tamil mesti dalam kepala dah set aksi-aski yang tak masuk akal,
tapi yang tak masuk akal tu jugak ler yang buat filem ni menarik,
sound effect yang melebih-lebih,
dan paling best bila ada aksi letup-letup kebabom,
hahahaha.
diorang memang suka main bakor-bakor,
diorang tak main CG dan grafik komputer nie,
tak feel.
real punya letup diorang buat,
tu yang best kalau layan.

jom ke panggung,,
harap-harap tiada lagi kes bakar panggung mcam sebelum nie.
hehehe.

21 Jul 2016

Susah Dah Nak Kahwin Kat Thailand

berita tak best didengari untuk orang yang ingin berpoligami.
mungkin lepas ni nak kahwin di Thailand tak semudah sekarang,
tangani kahwin di thailand
keratan akhbar Utusan hari ini | sumber : Utusan Online
satu mekanisma baru akan dibuat untuk urusan pernikahan di thailand,
sumber : Utusan Malaysia Online - Malaysia , Selatan Thailand Tangani Isu Nikah

memang tak sedap duduk ler lepas ni bagi mana-mana pasangan yang nak kahwin senang,
lebih-lebih lagi orang yang ingin berpoligami,
untuk rekod ramai jugak yang ke thailand untuk urusan poligami.
aku pun tak tahulah apa yang difikirkan sampai nak akad nikad ke Thailand,
kahwin di Malaysia cerewet? banyak syarat? banyak pakai duit?
yang banyak syarat tue ler buat rumahtangga tu BERKAT wahai sahabat.
perkataan berkat tu aku rasa dah cukup besar bagi kita sebagai umat islam.
ingat nak bina sebuah masjid ni macam main pondok-pondok ke.

dengan ada mekanisme baru ni harap-harap ada ler perubahan.
berkahwin lah dengan syarat yang sah.
berkahwin lah dengan restu ibubapa.
berkahwin lah dengan usaha yang halal.

aku punya masjid pun entah bila nak bina,
macam tak jadi jer.
tawakkal je yang mampu
biar lambat janji direstui dengan usaha yang halal.

20 Jul 2016

Antara Janna Nick Dengan Sari Yanti

ini janna nick
janna nick
dan ini Sari Yanti
gambar sari yanti
sari yanti
sorang nampak comel dengan rambut pendek.
sorang lagi nampak cantik berambut panjang.
kalau bertudung dua-dua boleh kasi gegar tulang rusuk ni.

motif aku cerita pasal diorang?
takdek apa pun.
cuma nak kasitahu yang aku minat Janna Nick dengan Sari Yanti je.

diorang sekarang dah pandai nk ber 'cia cia' pulak.
kalau ada punchline kita kasi panas line.
jangan kecam sangat le kalau kaum-kaum lelaki berebut share posting FB diorang,
sekadar memeriahkan keadaan.
bosan jugak asyik layan masalah rumah tangga orang je kat facebook.

antara Janna Nick dengan Sari Yanti mana yang aku suka?
aku sendiri tak tahu.
sukar untuk buat pilihan.
kalau mampu kedua-dua aku pinang dengan Bismillah.
hehehe.

hiburan semata-mata.

Terapi Diri Dengan Astaghfirullah

bila dengar alunan Zikir Astaghfirullah dari Hafiz Hamidun dalam radio,
aku rasa malam tadi dah macam alami proses "self healing"
tak puas dengar terus cari dalam youtube,
nak jimat data aku cari dalam aplikasi Spotify,
Alhamdulillah ada dan aku ulang lagu tu sampai tertidur,
zikir terapi diri hafiz hamidun
Zikir Terapi Diri Astaghfirullah Hafiz Hamidun
kalau dah betul-betul feeling boleh menangis dengar zikir ni,
ditambah pula dengan alunan muzik memang terasa hiba bila dah feeling tu
cuba faham apa maksud Astaghfirullah akan terasa bertapa hinanya diri kita ketika itu
"Sesiapa mengucapkan astaghfirullah hal 'azim al lazi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaih, akan diampuni dosa-dosanya, walaupun dia pernah lari dari medan peperangan". (HR Al Hakim)

"Sesiapa yang mengucapkan pada masa dia mahu tidur : astaghfirullah hal 'azim al lazi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaih, maka di ampun dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan, walaupun sebanyak bilangan daun di pokok, walaupun sebanyak pasir di pantai dan walau sebanyak mana bilangan hari di dunia." (HR at-Tirmizi, Hasan Gharib, al-Jami', no. 3397)
memang betu-betul terapi diri aku malam tadi,
kredit  untuk Hafiz Hamidun dengan suara dan zikir yang bagi aku cukup berkesan bila dengar,
tajuk album Zikir Terapi pun memang sesuai sangat,
dalam koleksi aku ada Zikir Terapi 2 dan Zikir Terapi 3.
album Zikir Terapi 2 terbaik setakat nie.

kalau yang ada rasa tertekan,hati tak tenteram,banyak sangat masalah,
cuba amalkan apa yang aku buat malam tadi,
insyaallah diri tu rasa tenang dan kosong je bila dengar zikir,
bila dah dengar automatik korang jugak akan ikut berzikir,
boleh cari di Youtube Zikir Astaghfirullah Hafiz Hamidun ni

semoga bermanfaat.

19 Jul 2016

Senarai Pemandu Guna Lorong Kecemasan Dipamer

ingat lagi tak kes viral kenderaan halang ambulans di Highway Utara-Selatan tempoh hari?
katanya dah dapat cari dan sudah pun didenda masing-masing,
siap dedah nama pesalah lagi di dada akhbar,
boleh tahan jugak permainan JPJ sekarang
kenderaan halang ambulan di lorong kecemasan
senarai nama pemandu kenderaan halang ambulans | sumber : facebook JPJ MALAYSIA
tak berapa pasti pulak keratan akhbar mana,
ini pun ambil dari Facebook JPJ Malaysia,

denda sebanyak RM 1Ribu - RM 2Ribu rasanya memang tinggi bagi aku,
gila apa guna lorong kecemasan kena denda banyak tue,
tengah sedap duk potong 'que' tetiba dapat surat dari JPJ,
kalau tak boleh nak bayar kena pulak hukuman penjara sebulan dua,
menangis tak berlagu ler duduk dalam lokap,
memang serik agaknya lepas ni kalau dah kena,
untuk kes viral hari itu sahaja JPJ dah kutip RM 28Ribu,
senang-senang je korang kasi duit kat JPJ kan.
lepas tu bising anggota JPJ dapat bonus banyak :p

agak-agak lepas ni ada lagi ke senarai nama pesalah dipamerkan di dada akhbar,
kalau nama aku tersenarai sama seperti kat atas tu rasanya boleh tahan malu jugak,
hahaha,
member-member yang "lost contact" pun boleh cam kalau nama dah keluar,
kena beringat ler lepas nie,
biar ler lambat sampai,
janji duit tak hilang,
Rm 2Ribu tu macam-macam boleh buat wei.