29 Jun 2016

Cuba Try Test Jubah Raya

semalam cuba gayakan jubah raya adik tahun lepas,
kalau tak silap jubah ni baru dipakai sekali,
itupun hari raya pertama,
lepas tu tersimpan dalam almari,
tahun ni tak pasti ler dia nak pakai ker tak untuk hari raya nanti.
condition jubah ni memang macam baru ler kalau baru sekali pakai.
jubah raya
jubah di pagi raya ?
kalau dia taknak pakai aku je pakai nanti,
tapi bila dah test semalam aku rasa macam tak best pulak pakai jubah nie,
rasa macam tak bebas nak bergerak,
mungkin sebab langkah aku besar,
mungkin jugak sebab aku ni lasak,
pergerakan agak terbatas.
kalau setakat pakai untuk smart boleh ler kot,
buat photoshoot.

ambil keputusan untuk recycle jer baju-baju yang lepas raya nanti,
akhirnya tak jadi aku nak beli Kurta Elrah
belek-belek dalam almari duk tengok baju melayu sebelum ni terusik pun,
nampak sangat baju melayu yang dibeli pada hari raya hanya pakai sekali dua,

jadi tiada baju melayu baru tahun nie,
boleh dah jimat kos kat situ.
duit yang ada mungkin itu rezeki duit raya untuk orang lain.
macam mana dengan baju raya rakan-rakan lain,
yang baru atau sama macam aku recycle mana yang ada :)

27 Jun 2016

Italy Atau Spain Malam Ini

dua perlawanan terakhir untuk Round Of 16 Euro 2016 harini,
lepas ni Euro 2016 akan berehat sehingga hari Khamis,
untuk malam ni ada satu game yang paling ditunggu peminat Euro 2016,
round of 16 euro 2016
Round Of 16 harini
Spain atau Italy?
kedua-dua ada pasukan ada barisan pemain bintang,
aku tak tahu nak sokong mana,
kedua-dua best bagi aku,
mungkin game akan ditentukan dengan sepakan penalti.
yang menang akan berjumpa pula dengan pasukan Germany di suku akhir,

ada satu lagi perlawanan pada jam 3 pagi.
3 pagi : England vs Iceland
rasanya tiada masalah buat pasukan England untuk menang,
kalau menang , Enland akan bertemu pasukan tuan rumah , France.

selamat menonton
sumber infografik : www.clickuz.com

26 Jun 2016

Suku Akhir Mudah Buat France Dan Germany

seperti semalam,
harini ada 3 perlawanan Round Of 16 Euro 2016,
9 malam : France vs Ireland
12 tengah malam : Germany vs Slovakia
3 pagi : Hungary vs Belgium
round of 16 euro 2016
Round Of 16 euro 2016 - France
tiada yang menarik untuk perlawanan hari ini,
France tiada masalah untuk mengalahkan pasukan Ireland,
begitu juga dengan Germany,
kedua-dua pasukan mempunyai barisan pemain bintang,
jadi rasanya game untuk malam ni mudah untuk predict.

selamat menoton.
sumber infografik : www.clickuz.com

25 Jun 2016

Pusingan Kalah Mati Euro 2016 Untuk Portugal

Euro 2016 diteruskan harini untuk perlawanan 16 pasukan terbaik,
perlawanan kalah mati.
untuk hari ini ada 3 perlawanan,
dan hanya 1 yang menarik minat aku,
berikut adalah waktu perlawanan Round Of 16 Euro 2016
kesemua adalah dalam waktu Malaysia
9 malam : Switzerland vs Poland
12 tengah malam : wales vs Ireland
3 pagi : Crotia vs Portugal
round of 16 euro 2016
round of 16 Portugal
semestinya ini adalah perlawanan yang menarik,
game akan tertumpu pada kemampuan Portugal,
dalam aksi kumpulan Portugal nyaris jugak untuk pulang awal,
kesemua game mereka hanya mampu seri,
pasukan yang ada dalam kumpulan F bukanlah antara pasukan yang hebat,
dan Portugal berada di tangga ketiga keseluruhan,
Crotia pula gah dengan 2 kemenangan dan 1 seri,

susah jugak nak predict game nie,
tapi rasanya aku memilih Portugal untuk menang,
jangan tanya kenapa,
sebab kedua-dua bukan pasukan faveret aku.
mungkin Portugal 2 - 1 Crotia

selamat menonton.
sumber infografik : www.clickuz.com

24 Jun 2016

Bebaloi Ke Smartphone Neffos C5 Live Fun

smartphone Neffos?
baru pertama kali aku dengar jenama smartphone ni,
Neffos C5 Live Fun mula dijual sekitar April 2016,
tengok pada harga dan ciri yang ada pada smartphone Neffos C5 ni boleh tahan jugak.
boleh dikategorikan dalam Mid-range smartphone.
neffos C5 Live Fun
Neffos C5 Live Fun
dari luaran Neffos C5 ni bersaiz 5 inci,
tiada masalah untuk pegang dan guna dengan sebelah tangan sahaja,
skrin hadir dengan HD IPS Dislay,
pengalaman aku menggunakan smartphone skrin seperti ini memang cantik,
dua slot sim kad disediakan,
kedua-duanya boleh digunakan untuk 4G sim kad,

neffos C5 Live Fun
5 inci Neffos C5 | sumber : gadgetmtech
tidak sah smartphone tanpa kamera,
untuk Niffos C5 hadir dengan 2 kemera,
8 megapixel bahagian belakang
terdapat dua flash di bahagian belakang,
rasanya tiada masalah untuk megambil gambar didalam keadaan gelap
5 megapixel di bahagian hadapan untuk selfie,
ada beberapa ciri tambahan pada kemera hadapaan untuk kaki selfie,

rasanya sekarang dah ramai tahu pasal penggunana RAM pada smartphone,
untuk Neffos C5  Live Fun ni , 2GB RAM disediakan,
jadi tiada masalah untuk multitasking,
boleh buka web browser,facebook,instagram dalam satu masa dengan lancar,
nak main game yang grafik cantik pun tiada masalah,
dapat skrin HD memang satu kepuasan ler main game dengan Neffos C5

neffos C5 live fun
multitasking Neffos C5
secara kesimpulan aku cukup kagum dengan smartphone Neffos C5-Live Fun,
harga pula hanyalah sekitar RM539
cukup berbaloi untuk smarphone bersize 5 inci , skrin HD , RAM 2GB , dua slot simkad 4G ,  
mana boleh dapat smartphone harga tu dengan pakej yang cukup lengkap bagi aku.
konsep Live & Fun yang cuba dibawa oleh Neffos C5 mampu menarik minat bagi mereka yang inginkan smartphone yang berkualiti dengan harga yang rendah

untuk lebih lanjut boleh ke laman web www.neffos.com.my
atau boleh ke Facebook Official Neffos Malaysia,

semoga bermanfaat.

23 Jun 2016

Aku Kalah Samyang Challenge

dapat jugak aku merasa Samyang Spicy Korean Noodle yang viral tue,
viral sebab kepedasan dia,
isu halal korea samyang ramen rasanya dah selesai,
JAKIM pun dah sahkan ianya halal.
jadi sudah-sudah ler bergaduh pasal nie.
jual ramen samyang
ramen samyang di Jusco Bukit Raja Klang
ramen ni adik aku yang beli,
katanya kat Jusco Bukit Raja Klang,
pertama kali nak rasa tu memang eksited,
tak sabar nak rasa kepedasan yang orang duk kecoh-kecoh tu,
selama ni asyik tengok video challenge kat Youtube je,
orang lain dah berbulan rasa aku baru nak rasa,
akhirnya dapat jugak aku merasa.
boleh tahan besar packing dia.
ramen samyang korea
ramen samyang korea
tengok ada kat Youtube sampai ada yang menangis tu risau jugak nak cuba,
tapi cuba beranikan diri,
kalau dah viral tu rasa macam rugi pulak kalau tak cuba,
samyang challenge
ready for serve
waktu nak suap ramen tu aku boleh lupa pulak tahap kepedasan ramen ni,
dengan selamba masuk penuh dalam mulut,
baru masuk sesuap dalam mulut aku dah menggelupur,
hahahahhaa
menangis bro,
memang kaw-kaw pedasnya,
memang patut pedas dia tu boleh viral.
tapi pedas-pedas ramen korean ni rasa dia sedap,
pedas yang sedap,
bukan pedas kosong,

walaupun aku ni suka makan pedas,
untuk ramen ni memang aku kalah,
tapi  rasa nak cuba lagi,
sebab rasa dia sedap,
lagi satu agak tercabar jugak tengok ada yang selamba je makan,
jadi untuk percubaan pertama,aku kalah dalam Samyang Challenge.
nasib baik jugak ler aku tak buat video,
kalau tidak memang malu besor dapat.

bagi yang tak makan pedas dinasihatkan jangan cuba,
tak pasal-pasal sakit perut nanti.
aku yang makan malam tu pun rasa tebal bibir,
hahahaha,
kalau tetap nak rasa mungkin boleh kurangkan perencah yang ada,
tapi nanti hilang ler pula eksitednya rasa ramen korean nie.

selamat mencuba,
selamat menjamu selera.

22 Jun 2016

Jadual Hari Rabu Euro 2016 Waktu Malaysia

empat perlawanan ada hari ini untuk Euro 2016,
perlawanan terakhir babitkan Kumpulan E dan F.
seperti semalam ada dua perlawanan jam 12 tengah malam
12 tengah malam : Iceland vs Autria
12 tengah malam : Hungary vs Portugal
jadual euro 2016 waktu malaysia
jadual euro 2016 hari ini waktu malaysia
perlawanan paling dramatic untuk Kumpulan F,
keempat-empat pasukan masih layak untuk ke peringkat 16 pasukan terbaik,
pasukan pilihan,Potugal harus menang malam ini,
kedua-dua perlawanan sebelum ini,Portugal hanya mampu seri,
sebelum ini Ronaldo dah sia-siakan peluang,
malam ini kita tengok apa jadi.

jam 3 pagi pula babitkan perlawanan Pasukan E
3 pagi : Sweeden vs Belgium
3 pagi : Italy vs Ireland
tiada yang menarik untuk ditonton,
Italy sudah pun layak dan semestinya akan merehatkan pemain-pemain bintang,
Belgium hanya perlu seri dan Sweeden perlu menang.
tapi barisan pemain Belgium dan Sweeden nampak macam menarik jugak,

ini adalah perlawanan terakhir peringkat kumpulan,
selepas ini hanya 16 pasukan terbaik yang akan bertanding,
besok Euro 2016 akan rehat selama 2 hari
perlawanan berikutnya akan bermula hari sabtu jam 9 malam.
nantikan update pada hari sabtu nanti

selamat menonton.
sumber infografik : www.Clickuz.com

Kat Mana Al-Quran Korang Sekarang

tiap-tiap tahun kita buat ucapan sempena Hari Nuzul Al-Quran
timeline facebook selalunya akan penuh dengan kata-kata dan potongan ayat Al-Quran,
tapi cukup ke kalau sekadar buat ucapan?
cuba tengok dalam rumah tu dimana Al-Quran sekarang,
hari nuzul al-quran
Al-Quran
harini rasanya ramai yang cuti kan,
kakitangan kerajaan semestinya cuti,
bagi swasta macam aku ni ada yang bekerja ada yang cuti.
sepatutnya kita boleh bersyukur diberi cuti untuk memperingati turunnya kitab suci Al-Quran,
tapi sayang seribu kali sayang,
hari cuti seperti hari ini tidak dimanfaatkan sebaiknya,
ada yang masih lagi tidur ketika ni aku rasa,
nak lepak kedai kopi memang bukan bulan yang sesuai,
jadi tak salah kot harini kita curi masa sikit untuk baca Al-Quran,

kalau rasa malas tahap beruang koala macam aku,
kita cuba baca selepas solat Zohor nanti,
dapat baca satu muka surat syukur Alhamdulillah,
tak boleh buat Zohor kita buat Asar,
tak larat sangat sebab puasa kita buat Maghrib
dapat baca satu muka surat tu pun dah cukup besar pahala tu,
nak harapakan khatam di bulan puasa memang susah dah,
kalau takdek hari ni bila lagi nak baca

Al-Quran takdek kat rumah?
tak payah susah-susah nak keluar beli,
Zohor dan Asar nanti cuba lah ke masjid atau surau berdekatan,
harini kan cuti,
solat berjemaah sekali,
besar pahala tu,
lepas solat baca Al-Quran,
dalam masjid tu banyak Al-Quran untuk dibaca,
Free Of Charge jer.

yang bekerja pulak tiada masalah,
download je aplikasi Al-Quran dalam Playstore atau IOS
bukan besar mana pun size aplikasi tu berbanding pahala yang kita dapat.
malu ler sikit kalau harini kita tak dapat baca satu muka surat,
buat apa bagi cuti kalau macam tu.

jom sama-sama kita ubah sikit Hari Nuzul Al-Quran untuk tahun ini,
bukan lama pun masa nak baca satu muka surat tue,
kalau itu pun masih berkira susah ler nanti,
sementara kita sihat lagi harini kita buat,

enrty ini hanyalah sedikit teguran dan nasihat untuk diri aku sendiri dan rakan-rakan,
harap-harap tiada yang tersinggung,
sama-sama kita manfaatkan Hari Nuzul Al-Quran,
jangan tau buat ucapan je.

semoga bermanfaat.

21 Jun 2016

Menangis Dengar Bacaan Muzammir Hasballah

pertama kali aku dengar nama dia,
pertama kali aku dengar suara dia,
betul,
aku hampir menangis mendengar bacaan surah dari Muzammil Hasballah
muzammil hasballah
Muzammil Hasballah
biasanya bacaan Al-Quran merdu orang akan cakap datang dari suara Pak Arab,
aku pun akui jugak tue,
tapi tak kurang hebatnya jugak alunan suara Muzammil ni,
dia bukan dari negeri arab,
dia berasal dari Acheh,
baru berusia 23 tahun.
mahasiswa dari salah satu universiti di Indonesia,
walapun bergelar mahasiswa,
dia juga seorang Imam di Masjid Al lathiif Bandung,

cukup dengan biodata Muzammil Hasballah ni,
aku tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan bila first time dengar tadi,
keluar rasa insaf tu
malu pun tak hingat,
bacaan dia memang sedap,
yang paling aku kagum ialah suara dia.
memang lunak habis,
tambah-tambah bila part dia nak tarik tue,
phewwww,,
nak menangis,
sentap.
jangan ingat lagu je yang boleh tarik,

taknak cakap banyak ler,
aku sediakan salah satu bacaan yag ada dalam koleksi beliau.
ini bacaan surah Ar-Rahman yang buat aku nak menangis dengar tadi.
katanya ini sewaktu dia menjadi imam untuk Qiyamulail

bayangkan kalau bacaan tu boleh dengar time terawih,
Ya Allah,
Insyaallah boleh penuh kot masjid sampai habis.
korang jugak boleh dengar banyak bacaan dia di Youtube.
dia ada page Youtube sendiri - Youtube | Muzammil hasballah

semoga bermanfaat

Jadual Hari Selasa Euro 2016 Waktu Malaysia

berbeza dari semalam,
hari ini ada empat perlawanan EURO 2016,
kesemuanya perlawanan terakhir dalam kumpulan C dan D
2 perlawanan akan bermula jam 12 tengah malam ini waktu malaysia
12 tengah malam : Ukraine vs Poland
12 tengah malam : Ireland vs Germany
jadual euro 2016 waktu malaysia
jadual hari ini Euro 2016
tumpuan semestinya pada pasukan Germany,
kalau Ireland dan Poland menang malam ni silap-silap team faveret ni balik awal,
ketiga-tiga pasukan dalam kumpulan ni masih ada peluang kecuali Ukraine.
atas kertas Germany macam boleh menang,
barisan bintang pun ramai berbanding Ireland,
tapi apa-apa boleh jadi,

jam 3 pagi ada dua lagi perlawanan,
3 pagi : Republik Czech vs Turkey
3 pagi : Crotia vs Spain
jadual euro 2016 waktu malaysia
jadual euro 2016 hari ini waktu malaysia
dalam Kumpulan D tiada yang menarik untuk ditonton,
Spain sudah pun layak,
mungkin jugak tiada barisan pemain hebat untuk malam nie,
rasanya game pagi nanti akan seri.

esok cuti Nuzul Al-Quran,
peminat Spain tiada masalah ler kot nak berjaga tengok,
aku tak berminat,
cukup dapat tengok Germany dan France,

selamat menonton peminat Germany dan Spain.
sumber infografik : www.clickuz.com

20 Jun 2016

Jadual Hari Isnin Euro 2016 Waktu Malaysia

perlawanan terakhir bagi Kumpulan B hari ini untuk Euro 2016,
ada dua game awal pagi nanti,
kdua-dua bermula jam 3 pagi.
3 pagi : Russia vs Wales
3 pagi : England vs Slovakia
jadual euro 2016 waktu malaysia
jadual euro 2016 hari ini waktu malaysia
tumpuan pagi nanti semestinya pada pasukan England,
England hanya perlu seri dalam perlawanan ini,
tapi andaikata Slovakia dan Wales yang menang,
Rooney dan pasukannya mungkin terpaksa menunggu lagi untuk ke peringkat seterusnya.
say bye bye to geng EPL?

untuk Kumpulan A awal pagi tadi seperti diramal,
France dan  Switzerland layak ke peringkat 16 terbaik,
tak berjaga pun pagi tadi sebab dah tahu kedudukan pasukan mana layak
buang masa je tengok,
tengok highlight pun mereka seri 0-0.
untuk pagi nanti macam nak berjaga tonton game England,,
mana tahu game paling dramatic dapat tengok

buat peminat England,
Selamat Menonton.

sumber infografik : Facebook Clickuz

Selepas 14 Hari Berpuasa

15 hari dah puasa,
biasanya lepas dua minggu mood puasa dah hilang dah,
masing-masin dah pikir nak raya dah,
termasuk aku.

lepas dua minggu puasa , radio dibenarkan main lagu raya,
pagi tadi radio mana yang dah mainkan lagu raya?
aku dah lama tak dengar radio jadi mood raya tu tak datang lagi,
tengah buat kerja lagu raya keluar,
tengah syiok buat kerja boleh pulak tetiba isi form cuti,
hahaha,
yang tak boleh cuti pulak mesti berair  mata dengar lagu dendang perantau,

dalam dua minggu ni jugak kaum ibu sibuk di dapur,
bahan -bahan almond london,tart nenas,semperit semua dah ready
tunggu nak uli,
tunggu nak bakar jer,
time-time camni ler bau-bau biskut raya menggoda,
nak gi terawih pun tergoda dek bau semperit,

dalam supermarket tak payah cerita,
diskaun sampai bulat mata tengok,
memang ramai ler manusia berpusu,
bila dah ramai, pasang pulak lagu raya full volume,
memang feel le nak shopping raya,
feel tu yang ramai ponteng terawih tu.
heheheh.

itu lah feel bila waktu kecik-kecik dulu,
dah lepas separuh puasa dah pikir raya,
kita tunggu pulak seminggu lagi,
tido ngan baju raya pun ada.
hahahaha.

penangan 14 hari selepas puasa.

19 Jun 2016

Jadual Hari Ahad Euro 2016 Waktu Malaysia

harini dah bermula pusingan ketiga Euro 2016,
perlawanan terakhir bagi setiap pasukan dalam kumpulan,
selepas ini hanya 16 pasukan yang terbaik akan ke peringkat seterusnya,

hari ini 2 perlawan bermula jam 3 pagi,
tiada perlawanan jam 9 malam dan 12 tengah malam.
perlawanan babitkan Kumpulan A,
jadual euro 2016 waktu malaysia
jadual euro 2016 waktu malaysia - 3 pagi
tiada yang menarik untuk ditonton.
France sudah pun layak dan semestinya akan turun tanpa bintang,
pemain-pemain utama akan disimpan untuk elak dari kecederaan
Switzerland pula hanya mahukan seri untuk layak ke peringkat seterusnya

satu lagi perlawanan jam 3 pagi
3 pagi : Romania vs Albania
perlawanan untuk merebut tempat ketiga.
siapa menang dia mampu untuk ke peringkat seterusnya.

rasanya harini tak perlu berjaga,
game tak penting dan game yang bosan bila da h ada teman yang layak awal.
Portugal awal pagi tadi mampu seri je,
ini adalah game kedua mereka seri,
silap-silap boleh tersingkir kalau tak menang untuk game terakhir nanti.

buat peminat France semestinya akan tonton bukan.
selamat menonton

sumber infografik : facebook Clickuz

18 Jun 2016

Jadual Hari Sabtu Euro 2016 Waktu Malaysia

harini cuma ada satu perlawanan je yang menarik ditonton euro 2016,
itupun jam 3 pagi,
dua perlawanan jam 9 malam 12 tengah malam bukan pasukan faveret,
9 malam : Belgium vs Ireland
12 tengah malam : Iceland vs Hungary
Ronaldo dan Portugal main jam 3 pagi
jadual euro 2016 waktu malaysia - 3 pagi
kemenangan mudah rasanya buat Portugal,
Austria sebelum ni sudah pun kalah,
tewas di tangan Portugal awal pagi nanti mereka akan pulang awal,
ini adalah perlawanan terakhir untuk pusingan kedua.

selamat menonton
sumber infografik : Facebook Clickuz

Letih Tengok Budak-Budak KFC Bekerja

cerita semalam aku singgah KFC Indera Mahkota 8,
semalam mak buat Chicken Chop untuk berbuka,
nak lengkapkan hidangan aku ke KFC beli Coleslow dan Mash Potato,
nak buat sendiri memang tak sempat nak google resepi Coleslow semalam,
ramai jugak yang pandai buat sendiri mash potato KFC,
tapi rasa tak tahu le macam mana,

aku sampai dalam jam 6 setengah,
buka je pintu tengok dah ramai yang beratur,
terdetik jugak semalam nk balik je takut tak sempat berbuka,
tapi bila mak sendiri yang request nak Coleslow aku turutkan juga,

20 minit jugak beratur semalam,
sepanjang duk beratur tu dapat tengok le betapa kepam kabutnya dapur KFC,
jenis dapur open memang seronok ler tengok,
sibuk bukan main budak-budak KFC ni,
tak menang tangan yang jaga kaunter dalam dan drive-thru KFC
ke hulu ke hilir masing-masing,
dan aku syak sejak jam 6 kot diorang kena dera macam ni.
1 jam kena berdiri,
jalan sana-sini ambil set letih woo,
1 jam non stop

itu belum masuk layan perangai pelanggan lagi,
ada le sorang dua customer ni semalam
dia beratur sama lama dengan aku,
boleh pulak dah sampai turn dia waktu tu baru nak fikir makan apa,
boleh tahan perangai,
kalau sorang takper,
kalau 1 family bayangkan ler,
apa salahnya pikir awal-awal masa tunggu que,
muka budak yang amik oder tu pun aku tengok kesian,
dalam hati tu mesti dah kena sumpa seranah,
hahaha,
tapi dia tetap senyum.
respect.

lepas ni kena beringat kalau nak buka puasa di KFC,
kena datang awal,
jam 6 rasanya dh boleh,
kalau lewat memang orang azan pun kita duk beratur lagi,
semalam aku beli coleslow dan mash potato makan masa setengah jam,
tapi puas hati dengan layanan pekerja KFC,
sopan santun dan senyum walaupun letih,

nak berbuka di KFC harini?
selamat menjamu selera.
dapat kurma free kalau beli waktu berbuka :)

17 Jun 2016

Jadual Hari Jumaat Euro 2016 Waktu Malaysia

2 perlawanan menarik hari ini untuk Euro 2016,
bermula jam 9 malam ada Italy.
jadual euro 2016 waktu malaysia
Jadual EURO 2016 harini - 9 malam
Italy sebelum ni sudah pun menang 1 perlawanan,
manakala Sweeden pula seri,
tak tahu siapa yang menang dalam game nie,
tengok macam sama kuat jer,
tapi rasanya kelebihan kepada Italy

kemudian jam 12 tengah malam ada satu perlawanan,
rasanya ramai tak berminat.
12 tengah malam : Republik Czesh vs Crotia
 Spain turun jam 3 pagi
jadual euro 2016 waktu malaysia
Jadual EURO 2016 hari ini - jam 3 pagi
rasanya tiada masalah buat Spain
kalau Turkey kalah dalam game ni maknanyer pulang awal mereka
walaupun pasukan ni bukan pasukan faveret,
tapi jersi pasukan Turkey rasanya paling smart,
geram pula nak sarung,

England semalam hampir jugak nak balik awal,
nasib baik dapat gol last minit,
German pula seri,
menyesal pula berjaga awal pagi,
game bosan,
harap-harap game Spain awal pagi nanti tak bosan

selamat menonton.

Sampul Duit Raya Palestin Limited Edition

dah ada ke yang mencari sampul duit raya?
yang tengah mencari tu apa kata beli sampul duit raya Palestin ni,
limited edition punya tau.
bukan beli saja,
tapi kita membeli sambil menderma.
sampul duit raya Aman Palestin - warna hijau
sampul duit raya aman palestin - warna kuning
cantik jugak sampul ni,
terpampang perkataan Palestin,
sikit sebanyak kita boleh ingatkan budak-budak kepada Palestin,
mana tahu kan timbul perasaan budak-budak tu nanti nak menderma pula kepada penduduk Palestin,

harga murah sangat.
RM3 untuk 1 pek ( 1 pek ada 10 pcs )
postage pula untuk semenanjung RM7 | sabah sarawak RM11
kena ingat yer.
kita beli sambil menderma

kalau berminat boleh whatsapp admin Aman Palestin
013-680 6687
kasi butiran berikut dalam whatsapp
  • Nama Penuh
  • Alamat Penuh
  • No Telefon
  • Kod dan kuantiti
mudah jer.
atau boleh turun sendiri ke
Kedai Amal Aman Palestin Berhad
No.2-G, Jalan Putra Kajang 6, Taman Putra Kajang,
43000 Kajang, Selangor D.E Malaysia.
Email : kedaiamal.ap@gmail.com
kalau lupa boleh terjah sendiri Facebook Aman Palestin

shark insyaallah dalam 2-3 hari lagi akan oder,
tengah berkira-kira berapa pek nak beli,
hajat nak suruh satu family pakai sampul duit raya palestin tahun ni

jom kita.
sambil membeli sambil menderma.

16 Jun 2016

Jadual Hari Khamis Euro 2016 Waktu Malaysia

ada dua perlawanan best untuk Euro 2016 harini,
jam 9 malam ada game England
jadual euro 2016 waktu malaysia
jadual euro 2016 hari ini waktu malaysia
England perlu menang malam malam nie,
kalau seri atau kalah memang jawabnya pulang awal,
mengamuk lagi ler peminat England dekat stadium,
tempoh hari dah buat onar bila pasukan mereka seri,
Wales pula akan ke peringkat seterusnya kalau boleh kalahkan England,
sebelum ni mereka dah pun menang di pusingan pertama,
bukan calang-calang pasukan Wales nie.

kemudian jam 12 ada satu perlawanan,
jam 12 tengah malam : Ukraine vs Ireland
peminat german termasuk aku akan berjaga jam 3 pagi waktu malaysia
jadual euro 2016 waktu malaysia
jadual euro 2016 hari ini waktu malaysia
kedua-dua pasukan dah pun menang untuk pusingan pertama,
jadi masing-masing mesti nak menang malam nie,
aku mengharapkan german menang untuk game ini,

game awal pagi tadi , France dah pun layak ke pusingan seterusnya,
laluan mudah buat pasukan tuan rumah,
player France , Payet menjadi tumpuan,
semalam dia score sebijik,
last week dia pun ada score jugak,
memang naik nama dia lepas nie.

buat peminat England dan German,
selamat menonton

sumber infografik : facebook Clickuz

Terbeli DVD BoboiBoy The Movie

kalau tengok pada widget Popular Post tu,
entry Review Boboiboy The Movie masih menjadi tumpuan,
Filem dah tengok.
aku sendiri rasa tak puas tengok tempoh hari,
rasa macam nak beli jer DVD Boboiboy The Movie nie.
dvd boboiboy the movie
DVD Boboiboy The Movie | dapatkan di Bookcafe.com.my
tengah mencari buku kat web BookCafe tadi,
ternampak pula DVD Boboiboy
tengok pada harga cam murah , RM28.11
kalau dicampur dengan harga buku yang aku nak beli macam boleh dapat Free Shipping,
syok betul kalau beli online kita tak perlu bayar kos penghantaran,
dah boleh jimat banyak jugak kat situ.
akhirnya DVD Boboiboy The Movie ni masuk dalam cart shopping

dah dapat DVD puas hati sikit nak layan,
nasib baik jugak aku takdek anak lagi,
anak buah pun baru sorang,
kalau ada memang sampai muntah hijau ler diorang suruh pasang DVD ni.

kepada yang ingin membeli DVD Boboiboy The Movie ni,
boleh dapatkan di laman web Bookcafe | www.bookcafe.com/dvd boboiboy the movie
mudah jimat dan selamat kalau beli kat laman web ni,
aku dah beli dan aku rekemen.
sebelum beli seperti biasa kena isi butiran peribadi,
sama seperti web Lazada dan Zalora
senang jer,
5 minit jer dah siap dan bnyak jugak diskaun kalau jadi ahli Bookcafe ni.

semoga bermanfaat.

15 Jun 2016

Jadual Hari Rabu Euro 2016 Waktu Malaysia

hari ni bermula pusingan kedua Euro 2016,
minggu ni kita boleh lihat pasukan mana yang boleh ke peringkat seterusnya,
dan pasukan mana yang pulang awal,
berikut jadual perlawanan untuk hari ini waktu malaysia
9 malam : Russia vs Slovakia
12 tengah malam : Romania vs Switzerland
tiada game menarik untuk ditonton malam ini.
cuma awal pagi jam 3 ada game France,
euro 2016 waktu malaysia
jadual Euro 2016 hari ini waktu malaysia
sebelum ni Albania telah pun tewas dengan Switzerland,
kalau tewas lagi dengan France maka pulang awal pasukan ni.
France semestinya nak menang dan gah di tempat sendiri,
rasanya game untuk harini tidak menarik untuk ditonton,
France boleh menang mudah.
boleh rehat dari berjaga jam 3 pagi.

awal pagi tadi dah tengok Portugal,
keputusan seri buat pasukan Ronaldo,
katanya Ronaldo tak puas hati dan mengkritik cara permainan Iceland,
hehehe.
biasalah tu kalau dah keputusan seri atau kalah,
 
selamat menonton buat penyokong France.
sumber infografik : Facebook clickuz
 

Brojat Store Setanding Kedai Ustaz

kalau kat Damansara dan KL famous dengan Kedai Ustaz,
kedai menjual aksesori phone termurah katanya,
kat Kuantan kita ada Brojat Store,
kedai brojat store
Brojat Store Kuantan
sama konsep dengan Kedai Ustaz yang viral tu,
turut menjual aksesori phone dengan harga yang murah di sekitar Kuantan,

aksesori phone murah
ruang kedai brojat store
untuk pengetahuan,aku pernah cerita kedai aksesori ini seitar tahun 2014,
kedai yang sama , bangunan yang sama , owner yang sama,
Disember 2014 - Kedai Aksesori Telefon Adam Hawa

kalau tengok entry lama tu memang banyak perubahan,
dulu pakai nama Adam Hawa,
kemudian dia rebranding balik dengan nama Brojat Store,
lepas tukar nama  , cat bangunan dengan warna merah ,bawa masuk banyak aksesori  terus jadi tumpuan,

aku respect pemilik Brojat Store nie,
berani dan terus bersaing dengan market setempat,
berani cat bangunan 3 tingkat ini dengan warna merah,
dari dalam mall pindah ke premis bangunan,
dari satu tingkat nak ke 2 tingkat insyaallah,
macam mana aku tak respect.
brojat store
meriah setiap malam
brojat store
pssstt..owner dia pakai baju kemera merah bertopi tu :)
kalau yang berkesempatan turun ke Kuantan,
nak cari aksesori phone murah boleh singgah ke Brojat Store,
lokasi agak mudah,
cari sahaja Shoping Komplek Kuantan Parade,
dan dari situ dah nampak kedai dia,
kedai dia je satu-satunya warna merah pada bangunan tu.
hehehhe.
atau boleh ke Facebook Brojat Store 
 
brojat store kuantan
Lokasi Brojat Store
tahniah buat pemilik Brojat Store,
bagi aku dia memang berani dan profesional,
contoh usahawan yang berjaya yang patut dicontohi,

semoga bermanfaat.

14 Jun 2016

Jadual Hari Selasa Euro 2016 Waktu Malaysia

hanya 2 perlawanan  untuk Euro 2016 hari ini,
tiada perlawanan jam 9 malam
sebaliknya jam 12 tengah malam dan 3 pagi waktu Malaysia
12 tengah malam : Austria vs Hungary
peminat - peminat Cristiano Ronaldo mesti berjaga awal pagi nanti,
pemain kesayangan mereka akan turun bermain jam 3 pagi.
jadual euro 2016 waktu malaysia
Jadual Euro 2016 waktu malaysia
rasanya tiada masalah Portugal nak menang pagi nanti,
teringin jugak nak tengok aksi Ronaldo bersama Portugal,
mamat ni punya skill memang aku kagum,
waktu dia bersama Real madrid memang aku tak pernah tengok,
mampu tengok highlight jer.
sebab aku bukan peminat beliau dan Real Madrid.
heheh

game semalam seperti diramal,
pasukan pilihan , Spain dan Italy menang,
rasanya setakat ni semua pasukan pilihan menang,
tiada lagi kejutan dan kontroversi,
habis 2 perlawanan hari ini akan melengkapkan pusingan pertama Euro 2016,
besok akan bermula pusingan kedua,
penentuan pasukan mana yang layak dan pasukan mana yang balik awal

untuk pagi ni tak tahulah nak tonton atau tidak.
kalau bangun kita tengok,
kalau tak bangun teruskan mimpi indah :)
selamat menonton.
sumber infografik : facebook clickuz

Kurta Elrah Untuk Hari Raya

duduk skroll timeline FB ternampak status menarik dari owner Elrah, El Azman
phew,
bleh tahan juga rekod jualan baju Elrah,
baju elrah exclusive
Jualan Elrah Exclusive
aku kenal jenama Elrah baru tahun lepas,
waktu tu memang trending jubah Elrah ni,
jubah dia lain dari yang lain sebab rekaan lebih kepada slim fit,
ada cutting body sikit berbanding jubah biasa,

untuk raya kali ni Elrah dah keluarkan beberapa rekaan jubah dan kurta,
aku macam rasa nak sarung pula dengan kurta yang dia pakai tu,
kurta amani elrah
Kurta Milan Elrah

yang aku berkenan sangat ialah bahagian belah tepi tu,
tak tahulah orang panggil apa,
nampak macam belahan dia agak tinggi,
dan memang mudah le untuk seluk poket sluar,
rekaan masih lagi slim fit
harga pula RM89 je,
memang jatuh cinta terus ler rekaan Kurta Milan Elrah ni

menjadi persoalan sekarang sempat tak sampai sebelum raya,
tahun lepas ada juga merungut postage dan tempahan lewat,
tapi aku tak salahkan pihak Elrah,
adat le kalau dah baju trending mesti oder yang diterima luar jangkaan,
lagipun sebelum ni mana ada orang nak gayakan jubah di hari raya.
lepas rekkan jubah slim fit ni je baru ada orang minat.

masih lagi berkira-kira nak oder ke tak ni,
dalam kepala dah ada target pilhan warna,
kurta milan elrah
Kurta Milan Elrah - Wine Red
kurta milan elrah
Kurta Milan Elrah - Navy Blue
matching pula dengan seluar hitam atau putih,
memang kena ni.
rekaan kurta amani ni ada 2 jenis,
kolar cekak musang dengan teluk belanga,
dan aku lebih suka dengan cekak musang,
bila ada kolar ni nampak smart sikit.

harap-harap dapat ler gayakan kurta elrah ni untuk hari raya nanti,
smart.

13 Jun 2016

Jadual Hari Isnin Euro 2016 Waktu Malaysia

Euro 2016 diteruskan dengan 3 perlawanan harini,
ada 2 game yang menarik untuk ditonton,
game awal pada jam 9 malam ada Spain,
jadual euro 2016 waktu malaysia
jadual euro 2016 hari ini waktu malaysia
agak awal pula juara tahun lepas ni main,
rasanya malam ni ramai yqng skip terawih,
termasuk aku,
yang bekeluarga tu memang berebut ler remote TV kul 9 malam ni,
hehehehe.
kemudian jam 12 ada perlawanan kedua,
yang ini rasanya tak ramai yang berminat.
12 tengah malam : Ireland vs Sweeden
kemudian jam 3 pagi waktu malaysia ada satu lagi perlawanan menarik
jadual euro 2016 waktu malaysia
jadual euro 2016 hari ini waktu malaysia
Italy rasanya tahun ni mampu beri saingan,
dah lama jugak tak follow team Italy ni,
dulu salah satu pasukan kuat jugak,
lawan belgium rasanya boleh jadi game yang menarik untk ditonton awal pagi.

team faveret,jerman dah pun menang pagi tadi,
satu kepuasan bila dah berjaga team faveret pulak menang,
yang tak puas hati bila kaco timing tidur,
harap-harap mampu bertahan di pejabat harini.

untuk Spain predict menang 2-1
untuk italy maybe seri 1-1
selamat menonton.
jangan gaduh-gaduh ye malam ni.

sumber infografik Facebook Clickuz



12 Jun 2016

Jadual Hari Ahad Euro 2016 Waktu Malaysia

3 perlawanan euro 2016 diteruskan hari ini,
seperti semalam tiada perlawanan tumpuan pada jam 9 dan 12 malam,
9 malam : Turkey vs Crotia
12 tengah malam : Poland vs Ireland
satu lagi perlawanan jam 3 pagi waktu malaysia membabitkan pasukan faveret aku ,Germany atau jerman.
jadual euro 2016 waktu malaysia
Jadual Perlawaan Euro 2016 hari ahad waktu malaysia
Kalau dah pasukan faveret memang satu kemestian kena tengok,
jam 3 pagi pun sanggup berjaga,
entah apa jadi kat office esok hari,
ramai ni berkira-kira nak berjaga atau tidur jer,
seksa jugak bila dah berjaga ni,
kena pulak aircond kt office memang cukuo menggoda le untuk lelap,

game pagi tadi antara England vs Rusia berkesudahan seri,
sama seperti yang aku jangka,
untuk jerman pulak aku rasa macam boleh menang,
harap-harap menang ler,
kalau tak, sia-sia jer berjaga jam 3 pagi,

selamat menonton.
sumber infografik : Facebook Clickuz

11 Jun 2016

Jadual Hari Sabtu Euro 2016 Waktu Malaysia

untuk hari ini ada 3 perlawanan yang kan berlangsung,
game pertama bermula jam 9 malam,
game kedua jam 12 tengah malam,
dan yang terakhir jam 3 pagi,
itu adalah jadual perlawanan euro 2016 di Malaysia hari ini.

antara 3 game harini,
hanya satu yang boleh dikatakan menarik,
jam 9 malam dan 12 tengah malam merupakan pasukan buka faveret.
9 Malam : Albania vs Switzerland
12 Tengah Malam : Wales vs Slovakia
jam 3 pula babitkan pasukan England,
rasanya kat Malaysia ni memang ramai peminat England.
jadual euro 2016 waktu malaysia
perlawanan euro 2016 hari sabtu waktu malaysia
jawabnya sekali lagi kena berjaga jam 3 pagi,
England dan Rusia ni diatas kertas merupakan pasukan pilihan,
kedua-dua pasukan ada ramai jugak bintang bolasepak terkenal,
rugi kalau tak tengok ni.
esok pun cuti jadi tiada masalah nak layan,

pagi tadi dah berjaga tengok game France,
berbaloi jugak berjaga sebab ada 3 gol terhasil,
France pun main sedap malam tadi,
banyak jugak peluang dan skill untuk game pertama,

harap-harap game Engalnd vs Russia ni sedap ditonton,
yang paling penting ada gol,
ralat jugak kalau takdek gol,
untuk game ni aku tak pasti siapa menang,
rasanya akan berkesudahan dengan seri.

selamat menonton.
sumber infografik : Facebook Clickuz

Terawih Bersama Imam Dari Syria

seperti tahun lepas,
sudah menjadi tradisi masjid di tempat aku,Masjid Al Makmur Indera Mahkota 2, menjemput imam dari syria untuk mengimamkan solat terawih,
Alhamdulillah, sudah 2 malam terawih bersama imam Syria disini,

bacaan surah dari imam Syria ni memang aku suka,
mengasyikkan,
bacaan lagu dalam solat terawih memang sedap,
lain dari kebiasaan yang kita dengar,
suara dia pun jelas dan lantang,
dia baca surah panjang pun aku tak perasan,
punya le kusyuk dengar dia baca surah,
tak dapat nak gambarkan sebenarnya bacaan dari imam ni,
kalau search kat youtube mungkin le dapat sikit gambaran,
insyaallah aku akan cuba rekod bacaan dia untuk didengar bersama,
bila bacaan dalam solat dah sedap,
automatik jugak le nak terawih tu seronok sikit,

pihak masjid bukan jemput saja-saja dia kesini,
sepanjang dia ada disini setiap malam jugak kutipan derma akan dibuat,
dan kutipan akan dikumpul sehingga dia habis menjadi imam disini,
derma akan diwakilkan kepada beliau untuk disalur kepada yang memerlukan di Syria.
itu yang sebenarnya pihak masjid menjemput imam untuk datang kesini.

diharapkan perancangan pihak masjid berjalan lancar,
mungkin lepas ni lebih banyak masjid buat seperti ni,
setidaknya kita boleh bantu saudara islam kita di bumi Syria.
semoga terawih kali ini lebih baik dari sebelumnya,

nak dengar bacaan merdu dari imam Syria jemput terawih bersama di Masjid Al Makmur Indera Mahkota 2 Kuantan.

10 Jun 2016

Jadual Hari Pertama EURO 2016 Waktu Malaysia

lepas ni geng kaki bola ada selera nk bersahur,
sambil sahur sambil tengok euro 2016 yang bermula awal pagi nanti,
satu lagi festival bolasepak yang besar selepas Piala Dunia,
euro 2016 waktu malaysia kali ni ada 3 sesi.
sesi pertama jam 9 malam,
sesi kedua jam 12 tengah malam
dan sesi ketiga jam 3 pagi

awal pagi nanti satu perlawanan je berlangsung,
membabitkan pasukan tuan rumah,Perancis atau France,
jadual euro 2016 waktu malaysia
Euro 2016 hari pertama waktu malaysia | sumber : FB clickuz
rasanya tiada masalah buat France,
bermain di halaman sendiri ,
tambahan pula perlawanan selepas perasmian,
semangat pasukan tuan rumah semestinya lain macam,
aku predict France akan menang untuk game pertama.
dan aku semestinya akan tonton,

tak pasti TV mana yang ambil siaran LIVE euro 2016 di Malaysia,
bagi pengguna astro tiada masalah,
kesemua perlawanan ada LIVE,
yang tiada astro jawabnya ke kedai mamak le,
jam 3 pagi di kedai mamak meriah,
biasanya kalau jam 3 akan habis jam 5,
durasi setiap  perlawanan 2 jam
jawabnya terus sahur kat situ  balik rumah tidur,
esok cuti weekend,
yang bujang OK le,
yang dah bersuami dan ada anak tu pandai-pandai le,
hehehe,

selamat menonton,
sumber infografik : facebook clickuz
 

9 Jun 2016

Buy-to-Let Investments: Property in Malaysia



Buy-to-let property means that you are buying a certain building in order to rent it out to tenants. In this case, the structure becomes either a medium or long-term investment addition in your portfolio. The Sun Daily reports that even with rising property prices and affordability, there is an increased interest in the Malaysian real estate market. The report also indicates that the property market is set to get better with more buyers looking to purchase properties. This means purchasing a building now offers infinite possibilities for investors in the near future. However, how do you know if this is the right vehicle for you?
property in malaysia
Buy To Let Investment
A Buy-to-Rent Property is Right for You When:



  • You are willing and capable of tying up a significant amount of money for a long period.

  • If you understand that house prices do fluctuate (they can go up as well as down).

  •  If you are willing to accept the knowledge that the investment may not necessarily offer you profits overnight.

  •  When you understand and accept the additional risks that come with borrowing money for the purchase of premises.

  •  You understand and are willing to shoulder the amount of input, in terms of time and costs, that is required to successfully own and run a rental property as well as the impact this is likely to have on potential return.

What Does Buy-to-Let Mean?

A buy-to-let investment is not the same as owning your own home. As the landlord, you are actually running a small business that comes with an income stream and serious legal responsibilities. Here are the three most important things you should remember as a landlord:

  • You do not own the house any more. Tenancy means that you are selling that space to the tenants for a period of time. You have to allow the leaseholder to occupy the house without interference.

  • You are responsible for ensuring the residence is in good condition. This means that you have to ensure that water, electricity and sanitation systems are in proper working condition at all times.

  • The only way to evict a tenant is through the courts. Yes, if your tenant wants to stay on beyond the due day, you will have to serve the proper notice on him or her and proceed to court to obtain an order for possession.


How Buy-to-Let Investments Work

To purchase that residential dwelling you have had your eye on in Malaysia, you can use your own cash savings or obtain a buy-to-let mortgage after you make a cash deposit. Remember, taking out a mortgage comes with risks. If you have to sell your building at a loss, the sale price may not be enough to cover all that you owe on mortgage. Also, when tenants leave, you’ll have no rent coming in, but you’ll still have to make your expected mortgage repayments. You can purchase buy-to-let properties with a bank loan. This means that your total capital and gains are based, not the amount you have paid back, but the value of your estate. The gains are in effect from money, in reality, that is not yours yet. On the other hand, investing in the stock market would require you to make an upfront payment – leaving your investment vulnerable to economic fluctuations.

This also offers you satisfactory capital growth that is long term. This is because housing is a primary human need that is always in demand with shortages being the norm. This makes this asset, although affected by economic hiccups, more resilient to other vehicles you may be considering.

Once you purchase the premises, you income stream will come in through:

  • Capital growth. This is the profit you are likely to gain should you decide to sell your land for more than you paid for.

  •   Rental yield. This is the profit from tenants’ rent money, minus running and maintenance costs like agent fees and repairs.



The Risks and Returns

Purchasing buy-to-let is a big commitment that comes with risk and return in equal measure. Some of the things you should be aware of include:

·         The amount you can charge your tenants depends on various factors, including market trends beyond your control. It is also safer if you can remember that being paid is not guaranteed.
·         If you cannot find tenants you might have to reduce your fee.
·         When the housing market is doing well, you will be in a better position to sell your estate at a profit.

While choosing the building you would like to purchase, it is critical that you consider it as a long-term investment. Select one in terms of its ability to attract tenants in five, ten, or even fifteen years after you get your first tenant. If the building is located in an area that is already showing signs of decline, avoid it.

What Costs Should You Expect?

Purchasing a leasehold unit does come with some extra charges on top of the final buying price. Some of the costs you are expected to cover when buying may include:

  • The lawyer’s fees (if you will be working with a lawyer to ensure that everything in the transaction is done within the boundaries of the Malaysian law)

  • Stamp duty land tax

  •  Survey fees


There are also maintenance and running costs that are a part of purchasing any building. A letting or sales agent will also a charge a fee. If you will be working with an agent, ensure that you compare costs to get the best deal in town. When selling your houses, you might have to shoulder marketing and taxes like Real Property Gains Tax (RPGT) charged by the Inland Revenue Board (LHDN), according to Hasil.gov.my.

The Takeaway

Purchasing a property in Malaysia on PropertyGuru requires that you understand all the processes involved. Before taking the plunge, understand your finances and the market conditions. Then, carry out research for the best loan giver. Doing all these things with professionals guiding you will help you reap handsomely from your investment. They are, after all, one of the best ways to ensure that you have a steady passive income. In addition, real estate is by far the safest asset investment class that is capable of offering you handsome results for a long time.