31 May 2016

Puas Hati Dapat Layan Ultraman

ultraman,
waktu aku kecik cita-cita nak jadi ultraman memang ada,
perasan nak jadi hero selamatkan bumi,,
selalu jugak aku impikan ada rasaksa turun dan ada ultraman kasi kuasa kat aku,
hahaha,
kenangan yang takkan dilupa,
dan malam tadi memori zaman kanak-kanak kembali,
ada pulak movie ultraman kat Astro Citra,
memang aku tonton le dengan penuh minat.
mega monster battle
Mega Monster Battle - Ultra Galaxy Legend The Move
puas hati dapat layan movie yang ni,
waluaupun dah lama keluar ini first time baru dapat tengok,
semua kaum kerabat adik beradik ultraman keluar,
hero-hero ultraman yang aku kenal waktu kecil ada,
haishhhhh..
memang feel macam budak-budak le bila layan malam tadi,
nasib tak bawak dalam mimpi je.

walaupun grafik tak secanggih movie yang ada sekarang,
tak payah nak effect yang melampau-lampau,
cukup sekadar dapat tengok cara ultraman taro bertukar,
ultraman seven dengan bilah dia,
uniform ultraman yang berzaman-zaman masih dikekalkan.
itu dah cukup untuk aku mengimbau kenangan zaman kecik.
aku enjoy sepenuhnya.
ultraman taro
Ultraman Taro paling senang nak ingat
keluarga ultraman
Antara Ultraman yang famous
kali terakhir tengok ultraman pun aku tak ingat dah,
sekarang pun aku rasa masih lagi ditayangkan di TV,
generasi ke berapa pun tak tahulah,
kalau yang jenis episod-episod ni memang aku tak layan,
sebab dah tahu jalan cerita dia,
hehehe,

tapi sayangnya movie malam tadi takdek subtitle,
naik hangin jugak aku,
duk tunggu-tunggu tak muncul sarikata bahasa melayu,
buat-buat paham je lar apa yang diorang bebel,
nok marah ASTRO kang memang buang masa je,
harap-harap ada ulangan nanti dengan subtitle sekali,

yang pasti aku memang enjoy tengok movie Ultraman malam tadi,

30 May 2016

Bawa Biri-Biri Masuk Mall

setakat bawa kucing comel masuk mall tak hairan dah,
macam mana kalau bawa biri-biri masuk mall,
terjadi kat Shoping Mall ECM Kuantan semalam.
biri -biri masuk mall
pakcik dan biri-biri comel dia di ECM kuantan semalam
jadi tumpuan semalam pakcik ni,
memang bersih biri-biri dia,
putih mulus bulu,
nampak macam baka mahal je,
siap pakai pampers lagi.
biri biri masuk mall
ambil peluang bergambar
bila dh comel memang ramai le nak berselfie,
kaum hawa memang excited ler jalau jumpa benda comel macam ni,
kalau tengok macam biri-biri ni dijaga dengan baik,
mungkin haiwan kesayangan pakcik ni,
bersih dan dibelai seperti haiwan peliharaan,

tak tau apa motif dia bawa biri-biri,
mungkin saja dia nak bawa berjalan,
kalau dah haiwan kesayangan memang begitu kita layan,
tapi kira ok le dari bawak binatang yang haram kita pegang,
ada lagi yang pelik korang tengok selain ni?

27 May 2016

Lain Macam Maggi Goreng Mamak

lepas  solat jumaat memang dah menjadi kebiasaan aku lepak kedai mamak,
lagipun kedai ni yang paling dekat dengan masjid dan pejabat,
lokasi startegik bagi aku yang malas nak keluar mencari makan tengahari,
setiap kali masuk aku akan order Maggi Goreng,
maggi goreng
Maggi Goreng dari  Che Mat Gebu | sumber : Tiffin Biru
orang bujang macam aku ni kalau buat maggi goreng takkan menjadinya,
resipi maggi goreng orang bujang senang jer,
rendam maggi dengan air panas kemudian toss,
lepas tu campur je perencah yang sedia ada,
gaul-gaul siap
tak perlu pakai api dapur.
cuma kalau nak special sikit goreng ler telur sebiji.
simple.
sedap tu memang tidak sesedap makan di kedai.
tapi setakat buat alas perut tengah-tengah malam boleh ler.

aku rasa mamak punya maggi goreng paling sedap,
tak tahulah apa rahsia maggi goreng mamak nie,
bila dia dah start tumis memang semerbak harum bau dia,
kalau pergi kedai makan biasa memang tak terasa nak makan maggi goreng,
tapi bila lepak kedai mamak automatik mengidam maggi goreng
roti canai mamak?
biasa-biasa je bagi aku.

cuba lepak kedai mamak pagi hujung minggu,
orang lain order roti canai,
kita order maggi goreng,
dan korang boleh tengok lepas tu akan ada orang follow,
hahahaa.
bau maggi goreng satu kedai boleh bau.
maggi goreng mamak memang luar biasa,
apa yang dia letak pun aku tak tahulah.

satu pesanan dari aku,
nak lepak kedai mamak tu hati-hati,
pilihlah yang betul-betul bersih,
rajin-rajin lah kedapur diorang,
mamak pnya restoran memang jenis open,
buat-buat ke tandas tu jeling-jeling ler sikit dapur dia,
kalau sedap mata memandang order,
kalau tak sedap order air jelar.

jom goreng maggi kalau ada yang terliur dengan entry ni :p

26 May 2016

Facebook JPJ Malaysia Dah Mula Siar Gambar Kereta Pesalah Lalulintas

viral di media sosial baru-baru ini kes kemalangan di PLUS Arah utara
cerita bermula apabila ambulan tiba lewat 2 jam ke tempat kejadian,
2 jam yang bagi aku memang cukup azab nak menunggu,
bukan silap ambulans,
tapi silap pemandu yang gunakan laluan kecemasan sesuka hati.
cerita dan video boleh rujuk di facebook Mohd Zulhairi Shariff,
beliau saksi kejadian.
pembunuh guna laluan kecemasan
pembunuh di PLUS arah utara
kalau tengok video yang dirakam tu memang hangin satu badan,
dah sedap potong que orang mula terhegeh-hegeh nak masuk line balik,
jangan harap aku nak kasi masuk kalau jumpa orang macam ni,
memang aku follow rapat kereta depan nak block kasi kau masuk,
kau nak tarik muka kau punya pasal,
dah sedap pecut tetiba nak potong line memang sorry le.

disebabkan dah viral dan aduan orang ramai,
Facebook JPJ Malaysia dah mula operasi viral nombor plate,
dah mula siar gambar kereta pesalah lalulintas,
malam tadi sebiji kereta dah kena.
berebut nak masuk traffic light.
hahahaha.
tak pasti ini akan bersambung atau hanya sekadar memberi amaran.
jpj malaysia
mangsa pertama
jangan salahkan sesiapa
rupanya dari tahun 2014 aduan boleh begini sudah berkuatkuasa,
cara buat aduan simple je,
ambil gambar,pastikan nom plate jelas,kawasan mana,report,
email terus ke aduantrafik@jpj.gov.my.
untuk lebih lanjut boleh ke Facebook JPJ Malaysia
kesalahan menggunakan laluan kecemasan
kenyataan rasmi Facebook JPJ tahun 2014
suka atau tidak itu hak masing-masing,
bagi aku bagus jugak buat macam ni,
dah kena saman baru nak sedar,
duit lagi penting dari nyawa pemandu macam ni,

sekarang beringat lah kalau nak potong line.
ada yang memerhati.

24 May 2016

Memang Patut Buku Amran Fans Diharamkan

aku agak terkejut bila dengar buku Amran Fans yang terbaru diharamkan,
kena pulak time PABKL 2016,
memang jatuh air muka meran ketika itu,
aku pun mencarut jugak sebab tak tahu alasan apa pihak tertentu memgharamkan buku "The Amran Fans
bagi aku koleksi lawak yang ada kat Facebook Amran Fans biasa-biasa saja walaupun agak mengarut sesetangahnya,
buku The Amran Fans
Buku kedua Amran Fans yang diharamkan
tapi malam tadi ada sahabat facebook kongsi isi-isi yang ada dalam buku The Amran Fans.
dan aku rasa aku tahu kenapa ia diharamkan,
agak melampau jugak bagi aku lawak-lawak lucah dalam tu.
dan tak berapa pasti ini lawak original Amran atau sekadar copy paste masuk dalam buku dia,
buku The Amran Fans
Nakal Abah Kau
buku The Amran Fans
Jenis Makwe
buku The Amran Fans
Lawak bebola Daging
buku The Amran Fans
Cincin
buku The Amran Fans
Jenis Balak
semua orang pernah buat silap.
dan bagi aku ini adalah kesilapan buat Amran Fans,
nak kata aku ni peminat Amran bukan jugak,
tapi aku antara peminat buku-buku genre "indie"
antara yang pernah aku kongsikan da
sori abang meran,
aku tak berapa setuju dengan kau kali nie,
terutama buku-buku koleksi kau,
aku rasa lagi banyak buku indie yang lebih berkualiti daripada ini.
dah makin ramai pengikut kau mula hilang pedoman,
mula syok sendiri,
itu yang aku rasa sekarang,

22 May 2016

Sebab Angelina Jordan Aku Minat Lagu Jazz

lagu jazz memang tak ramai yang minat,
termasuk aku,
tapi lepas tengok satu episod "The Little Big Shot" ni,
aku rasa macam dah syok kat suara dia,
kiut miut orangnyer
suka tengok dia senyum dengan gigi arnab dia tu.
angelina jordan
Angelina Jordan 
baru berusia 10 tahun,
Angelina Jordan punya suara bagi aku memang unik,
jauh beza dengan talent-talent yang ada kat Ceria Popstar tu,
sorry to say but its a fact.

dia memang minat lagu jazz,
dan dia lahir dari rancangan realiti Got Talent Norway,
sepanjang pertandingan dia bawakan lagu jazz,
kalau cari kat youtube ada beberapa perfomance dia,
memang menangis kot dengar,
lagu jazz ni memang susah kita nak minat,
tapi kalau dah suara unik memang boleh masuk selera,
Angelina Jordan berbakat jugak dalam gubah lagu,
dan yang paling ku respect bila dia buat perfomance memang dia feel habis lagu yang dibawa,

yang terbaru dia baru je gubah lagu Amy Winehouse,
lagu "Back To Black" ni memang tangkap jiwa bila dengar,
angelina jordan
Back To Black - Angelina Jordan
boleh tengok kat youtube/Angelina Jordan - Back To Black,
dah dengar boleh komen kat sini,
aku comfirm ramai yang kagum dengan suara dia.
dah dengar lagu tu boleh pulak dengar dia nyanyi lagu "bang bang"
rasa nak dengar banyak kali je,
dan sebab suara dan feel dia tu aku dah minat lagu-lagu jazz ni.
semoga terhibur dengan apa yang aku kongsikan.

19 May 2016

Adab Ketika Makan Yang Semakin Dilupakan

baru lepas balik dari lunch hour,
pekena ayam masak lemak sama sayur labu,
phew..sodap.
tapi bukan nak cerita pasal menu lunch hour tadi,
cuma nk kongsi sikit ler perangai kita yang aku rasa makin lama makin parah,
makin lama makin annoying,

dimana adab ketika makan zaman sekarang ni,
tadi terlihat le aksi seseorang depan meja makan aku,
tengah makan tu  tangan kanan dan kiri dia berfungsi,
yang sebelah kanan duk suap nasi,
yang sebelah kiri duk skroll telefon,
mata tak pandang dah kat nasi,
lalat ke lipas duk hinggap tak cara dah,
sumbat je dalam mulut tu,
mata duk ralit tengok ke smartphone,
waktu nk basuh tangan tu sempat le aku jeling,
nak tau jugak le kot-kot dia tengah buat urusan kerja,
gaya macam penting sangat.
skali tengok......adeh,
tengah main game rupanya,

tengok gaya macam tangan kidal,
sebab laju betul cara dia handle telefon dengan tangan kiri,
aku memang terkial-kial dah sebab tak biasa,
kira ok le dia kidal,
dapat jugak le suap makanan pakai tangan kanan,

nak tengok orang makan tangan kiri main telefon tangan kanan?
ada je orang buat macam ni,
bila makan snack,fries, atau makanan ringan,
tengok tangan masing-masing macam mana,
multitasking,
pheww...rosak rosak.

aku pun pernah buat jugak semua tu,
tambah-tambah lepas dapat phone baru,
setiap masa nak belek,
tapi lepas kena troll,
lpas kena perli dalam komik antaranya Sesembang,
aku amik sebagai panduan,
malu weii nak hidup dengan tiada adab,
bukan kita je kena,
orang tua kita pun kena tempias,

beringat-ingatlah lepas ni,
jaga sikit adab ketika makan,
bukan lama pun nak hadap rezeki tu,
samo-samo kita ubah.

18 May 2016

Gelek Sampai Bintang

bagi pelanggan astro rasanya malam ni mesti duk layan dangdut,
dah masuk minggu keempat konsert Dangsut Star di Astro,
lain sikit ler konsep yang dibawa oleh astro kali ni,
kebiasaan asyik lagu-lagu trending yang sama je
kali ni punya konsep semua lagu dangdut,
memang layan le kepala ni sebab dah lama kot tak dengar dangdut.
konsert dangdut star
Konsert Dangdut Star di Astro
barisan peserta pulak ada macam-macam latar belakang,
ada yang sudah bergelar artis,
ada yang artis dah lama tak menyanyi,
ramai jugak ler suara sedap-sedap bila berdangdut dalam konsert ni

konsert dibuat secara rakaman,
tak pasti kenapa bukan live,
tapi aku suka flow konsert kali ni,
juri pun simple je 2 orang,
takder drama gaduh-gaduh sesama juri,
pengacara Tauke dan kumpulan De Fam nampak best,
tak melalut tak meleret,
konsert simple macam ni baru syiok layan,

wani , penyanyi dangdut dari kelantan antara faveret aku,
layan penyanyi dangdut kelantan memang best,
lain dari yang lain.
boleh katakan dangdut moden ler,
semua genre lagu diorang gubah jadi dangdut,
lagu omputih,lagu hindustan semua makanan diorang tu kalau nak berdangdut,
antara yang popular lagu Akon - Right Now (NaNaNa),
tengok kat youtube Akon Versi Kelantan - Dok Mano
nanti tahulah korang betapa kreatif cara diorang bekarya.

lagu Nana dan arwah Achik boleh jadi hit dalam radio,
lagu Ziana Zain yang dah berzaman Putus Terpaksa boleh popular,
semuanya datang dari  konsert Gegar Vaganza di Astro,
rasa-rasanya lepas ni dangdut pulak akan ikut trending,
lagu-lagu lama ni kalau dengar balik memang layan,
tipulah kalau kepala tu tak goyang ayang dangdut.
siap nak berjoget wei kalau dah lagu tu rancak.

masih menuggu kreativiti peserta bawa lagu dangdut dalam Dangdut Star,
kalau kena memang hit le penyanyi tu,
jom layan dangdut setiap Rabu , jam 9 malam di Astro Prima (105)
gelek sampai bintang boh.

17 May 2016

Ke Festival Filem Cannes Akhirnya

dia punya lakonan memang real dan over bagi ku,
Wan Hanafi memang antara pelakon dalam favourite list,
bagi le watak apa pun memang akan nampak dia punya over dalam lakonan tu,
aku memang suka cara dia berdialog dalam filem,
lain dari yang lain.
tak kenal wan hanafi?
dia sorang-sorang je pelakon berambut putih seingat aku.
wan hanafi
Wan Hanafi
sekarang dia berada di Festival Filem Cannes,
bukan calang-calang pelakon dapat ke sini,
sama ada tercalon atau untuk tayangan perdana,
yang betul-betul berkualiti je dapat pergi,
kalau setakat populariti memang belum layak.
wan hanafi ke cannes
Wan Hanafi di Festival Filem Cannes
dan untuk Wan Hanafi,
lakonan beliau dalam Filem "Apprentice" dapat tayangan perdana disini,
filem ini adalah filem dari produksi Singapura dan pengarahnya pun dari Singapura,
filem ini akan ditayangkan di Singapura,Jerman,Perancis, Hong Kong dan Qatar ( sumber astroawani )

boleh tonton trailer filem Apprentice tersebut di Youtube,
kalau tengok trailer macam Wan Hanafi pegang watak utama,
tapi sayang aku tak berapa suka penampilan beliau dalam filem ni,
rambut dia dah pendek,
tak nampak rock
tak nampak ganas,
bagi aku , dia nampak hebat dengan rambut panjang.
tengok le gambar waktu dia ke Festival Filem Cannes tue,
dengan rambut yang berputih , cermin mata hitam,
phewww,
stylo habis.
dah macam pelakon Hollywood,

tahniah buat pelakon Wan Hanafi,
harap-harap lepas ni boleh le tengok dia berlakon hollywood pulak,

15 May 2016

Workout Berjemaah Dengan Freeletics Pahang

workout bersama member-member Freeletics Pahang pagi tadi memang enjoy.
satu kepuasan dapat bersenam secara berkumpulan dan kenal sahabat-sahabat baru.
bersosial dengan cara yang sihat.
melepak kat rumah pagi minggu bukan ada apa.
keluarkan peluh pagi-pagi ada jugak faedah.
freeletics pahang
dynamic warmup freeletics
Freeletics Pahang baru sahaja ditubuhkan,
dan pagi tadi adalah aktiviti pertama untuk memperkenalkan senaman freeletics,
ramai jugak yang berminat,
buat pulak kat tempat terbuka di Taman Bandar , Indera Mahkota Kuantan,
feeling workout tu memang lain berbanding workout di gym.
freeletics pahang
workout freeletics
kebiasaan aku workout kat rumah je sorang-sorang,
bila dah buat secara berkumpulan ni suasana memang meriah.
dapat kenal member baru,
dapat info pasal fitness,
dapat tahu kedai-kedai berkenaan fitness.
satu kelebihan yang besar bila dah dapat jumpa member-member yang berkongsi minat yang sama..
freeletics pahang
antara geng Freeletics Pahang pagi tadi
apa itu freeletics?
satu senaman yang hanya menggunakan berat badan tanpa menggunakan peralatan lain.
untuk lebih info boleh download aplikasi Freeletics Bodyweight yang ada dia Playstore android dan IOS.
yang gemuk nak kurus boleh cuba,
yang kurus nak buat otot pun boleh cuba.
yang aku boleh gerenti bila buat tu banyakkan mengucap.
memang 100% cardio dan strenght digunakan.
pancit macam pergi jogging,
penat macam angkat dumbell.
cubalah :)
freeletics pahanh
jangan lupa follow di app Freeletics
untuk orang kuantan boleh follow FB Freeletics Pahang  untuk aktiviti senaman yang akan disediakan nanti.
jom kita freeletics.

14 May 2016

Kazar Dan Amran Fans Orang Yang Sama

percaya tak kalau aku cakap Amran Fans ialah Kazar,
Kazar yang kepala botak tu,
penyanyi asal lagu “memburu impian"
kalau amran masih nak berteka-teki siapa dia sebenarnya,
jadi aku boleh syak Kazar ialah orangnya,
siapa amran fans
dating dengan JLo katanya
siapa amran fans
JLo sayang dia katanya
siapa amran fans
bestfriend Ronaldo
peminat setia Ronaldo dan JLo,
katanya JLo tu awek dia
dan Ronaldo tu bestfriend dia,
kalau tengok gambar-gambar yang ada memang aku percaya.
hahahaha.
kreatif jugak rupanya artis sorang ni.

cara dia melawak sama dengan Amran,
potong kepala dan tampal sesuka hati,
lepas tu caption memang tahap sakit hati je baca,
lawak habis.
sebab tu aku cakap dia dan Amran orang yang sama.

boleh follow FB Kazar di Facebook/kazar35 
dan jugak IG di instagram/kazar35
tengok sendiri karya-karya Kazar dalam tu,
kalau tanya aku siapa Amran Fans,
jawapan aku ialah Kazar.
hahahaha.

12 May 2016

Menyirap Darah Dengan Clash Royale

agak terlewat aku main game ni,
sebabnya aku takut gian bila dah install,
sekarang dah mula gian dan geram dengan game yang tengah viral , Clash Royale.
clash royale
game Clash Royale
cara main agak senang,
grafik game memang cantik,
watak-watak pula agak unik,
yang dah biasa dengan game Clash Of Clan memang dah familiar dengan semua watak
lagipun game ni daripada pengeluar game yang sama.
clash royale
watak dalam Clash Royale
memerlukan internet untuk bermain,
sebab kita akan lawan secara online dengan pemain seluruh DUNIA,
jangan risau kalau korang jenis kedekut data,
game ni pakai sikit je data internet,
lebih kurang whatsapp jugak.

bila bosan-bosan tu memang layan main game ni,
rasa geram itu biasa,
naik marah itu memang biasa,
nak menangis pun ada jugak kadang-kadang,
tapi seronok sebab cara main dia agak mudah dan cepat habis.
kasi hancur je kubu lawan,
sambil-sambil tu kena pertahankan jugak kubu kita,
kita serang dia,
dia serang kita,
masa macam ni lah nak tengok otak kita berfungsi atau tidak.
clash royale
dia serang kita,kita serang dia
clash royale
menang bila habis kubu lawan
clash royale
SnowBlack itu aku
aku dah start gian,
boleh download di Playstore android dan ios,
mana tahu pasni kita boleh terserempak dalam game ni pulak.
aku punya nama glame dalam game Clash Royale ialah “snowblack
hahahahaha.
jom perang game.

10 May 2016

Tukar Tinted Helmet

bukan cermin kereta je boleh tinted,
motor pun boleh.
tapi bukan pada motor lah,
tinted pada helmet motor,
tinted pada visor helmet.
semua jenis helmet ada tinted visor,
macam aku pakai helmet KHI memang mudah nak cari.
helmet khi
helmet KHI dengan visor tinted pelangi
dah bertahun tak tukar helmet visor,
sampaikan dah pudar warna,
patutlah rasa silau je sekarang bila bawa motor,
kesan calar memang tak hingat ler banyak,
weekend baru ni pergi kedai beli visor baru,
pasang sendiri kat rumah,
visor tinted pelangi menjadi faveret.

tengok perubahan bila pakai tinted visor,
visor helmet
visor lama
visor tinted pelangi
visor baru
bukan sekadar nak smart bila pakai,
tinted pada visor sama fungsi dengan tinted cermin kereta
nak halang daripada silau yang berlebihan

tapi sayang penggunaan tinted visor pada helmet menjadi isu kepada polis dan JPJ.
katanya kes merompak dan meragut banyak pakai helmet dengan visor tinted.
ada betulnya,
tapi bila fikirkan keselamatan aku nak bawa moto di siang hari pedulikan ajer,
nak follow rule 100% pun x boleh jugak.
aku pakai untuk halang silau bukan buat kerja yang terkutuk tu.
visor helmet
visor lama
visor tinted pelangi
visor baru
nampak jelas kan perbezaan disitu,
itu pandangan dari dalam.
kalau pakai helmet memang terasa perbezaan,
memang tak silau dari visor asal atau visor lama.
dari luar pulak nampak seperti ini.
visor tinted pelangi
visor tinted pelangi
memang tak nampak muka si pemakai,
tak hairan lah kalau jadi isu kepada pihak berkuasa,
nak buat macam mana,
dah ini pilihan yang ada.

bukan semua orang jahat itu jahat,
dan
bukan semua orang baik itu baik.

9 May 2016

Minggu Kucing Jadi Singa

urusan kerja dan peribadi aku catat pada kalendar di pejabat,
bagi aku lebih senang begini,
sebab pagi-pagi je dah terpacak kat office,
memang fresh ler sikit otak ni nak remind dan buat plan.
hari-hari mengadap kalendar atas meja ni memang membantu aku untuk menghafal aktiviti dan kerja yang ada.
malas nak berharap sangat kalendar dalam smartphone,
aku bukan VVIP pun nak banyak sangat aktiviti.
kalendar 2016
aktiviti minggu ini
Kalendar Oh My Jep menghiasi meja pejabat aku,
boleh dapat kat entry sebelum ini disini
untuk minggu ni tengok macam penuh,
ada 2 audit yang perlu aku hadap,
dan aku rasa semua pekerja kat bumi ni paling menyampah bila kena audit,

preparation untuk audit memang lama,
ada yang ambil masa seminggu,
kalau kerja dia bagus , 2-3 hari dah siap,
tapi tetap kena standby untuk siapkan dokumen yang perfect,
kalau yang familiar dengan audit ISO,HACCP,Halal memang tahu le cerewet tahap mana.
kalau ada nampak leaking minyak setitik pun tak boleh.
menyirap jugak kadang-kadang.

satu lagi yang paling aku menyampah bila kena sahkan dokumen,
nak kena tandatangan dokumen,
kalau kerja babitkan ramai staff kadang-kadang minggu ini le kucing boleh jadi singa,
kerja kita dah siap tapi terbantut dek orang lain yang belum siap,
nak taknak kena ler tunggu,
nak marah kang memang bukan aku punya style,
last-last bertimbun dokumen kena sign sebab aku orang terakhir kena semak.
sign dokumen
tandatangan dokumen
harap-harap dapat lepas audit minggu ni dengan penuh kesabaran
satu audit pun dah pening,
inikan pula dua,
harap-harap kucing tak jadi singa minggu ni.

7 May 2016

3 Tahun Sembang Je Lebih

manusia memang susah nak berubah,
termasuk aku sendiri,
padahal dekat FB tu hari-hari je ada "quotes" yang boleh buat kita sentap,
kita sedar tapi tak ambil tindakan,
yang ada di FB akan berakhir di FB.
bukti ada dalam komik Sesembang dari MM Vectoristic
sesembang - MM Vectoristic
komik dalam ni memang penuh dengan realiti kehidupan orang di MALAYSIA,
kartun yang cukup simple,lukisan biasa je, tapi dia punya point luar biasa,
kartun dalam ni akan buat korang "throwback" viral-viral bermula tahun 2013,
komik sesembang
tiket free vs tiket berbayar
komik sesembang
kata sendiri paling baik
komik sesembang
sembang dalam dan luar
bila dah habis baca komik ni,
aku macam tak percaya,
dah 3 tahun tapi trend-trend dalam komik ni masih diamalkan sekarang,
tiada perubahan,

kalau ada baby tu rasanya sekarang dah pandai bercakap,
kita yang pandai befikir ni masih di takuk yang sama.
semuanya hanya sekadar sembang lebat di media sosial,
kalau tak percaya boleh dapatkan komik Sesembang ni

kat PBAKL 2016 pun ada buku ni.
boleh follow up kat Facebook Vectoristic
semoga bermanfaat.

6 May 2016

Moh Ke Pahang Food Fest 2016

ada yang plan nak ke Kuantan hujung minggu ni?
kalau ada jangan lupa singgah di perkarangan Stadium Darul Makmur,
ada Pahang Food Fest yang julung kali diadakan.
insyaallah pelbagai makanan orang Pahang akan berada disini.
pahang food fest 2016
Jom Makan di Pahang Food Fest 2016
tak perlu cakap banyak kalau dah nama Food Festival,
makan , makan , dan makan,
pastikan bawa wang yang cukup.
bawak lebih pun tak apa,
sebab tengok pada senarai vendor yang terlibat memang banyak,
dah yang pasti semuanya datang dari negeri pahang,
nak rasa masakan orang Pahang inilah masanya.
masakan hotel,kedai makan popular dan jugak handmade semua ada disini.
pahang food fest
senarai vendor terlibat
insyaallah festival makanan ini akan berlangsung selama 3 hari.
bermula hari ini , Jumaat 06 Mei
dan akan berakhir pada hari ahad 08 Mei,
selama 3 hari bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.
bertempat di Stadium Darul Makmur,Kuantan Pahang

aku semestinya akan turun,
dekat sangat dengan rumah,
bila lagi nak rasa makanan-makanan best orang Pahang.
moh le kita.


5 May 2016

Marah Tak Kena Cara

boleh dijadikan iktibar kes Bella Nebela semalam,
sifat marah dan panas baran beliau memakan diri,
“i hate malay product"
malas nak komen panjang sebab masing-masing dah boleh fikir,
video dia pun dah viral,
yang kita boleh buat sekarang ambil saja pengajaran daripada kesilapan dia,
bella nabela
trending semalam | sumber : Malaysia Networks
bila dah marah,
pekara sebesar kuman boleh jadi sebesar gajah,
bila dah marah perasaan malu boleh hilang,
bila perasaan malu dah hilang,
itu yang buat kita lupa diri,
buat pekara-pekara di luar jangkaan,
buat benda-benda yang tak pernah kita buat selama ni,
ada yang sanggup membunuh bila dah marah.
semuanya hilang akal ketika marah.

kita boleh elak kalau kita banyakkan bersabar,
bila dah bersabar kita boleh fikir secara rasional,
bila dah boleh fikir kita tahu apa tindakan yang boleh kita buat daripada mengamuk depan kamera,

kalau rasa nak marah tu banyakkan istighfar,
kemudian baca doa hilangkan rasa marah
doa bila marah
doa kawal marah
bila dah jadi macam ni,
kita yang dapat malu,
tengok pada komen-komen video dia semalam,
phew,
semuanya kecam,
entah boleh tido ke tak bella nabela malam tadi.

tumpang simpati jugak pada beliau,
bella ada hak sebagai pengguna,
cuma tindakan dia je kurang bijak.
dan akhirnya memakan diri.
sama-sama kita ambil iktibar.
semua orang pernah buat silap.

4 May 2016

Dugaan Kecil Bila Bawa Motor

diduga dengan dugaan kecil pagi ni,
dugaan biasa bagi penunggang motor,
dugaan yang paling leceh,
tayar motor tiba-tiba pancit.
tayar motor pamcit
tayar pancit
mental jugak kalau pagi-pagi dah kena macam ni,
mood pergi kerja pun kelaut,
bila dah kena,
pekara paling utama kena tahu lokasi bengkel yang terdekat,
lagi bagus kalau korang ada nombor pomen atau tukang tukar tiub bergerak,
tayar motor pancit
tersadai sekejap di tepi jalan
kalau takdek,
tebalkan muka tolak motor ke bengkel,
kebiasaan memang aku tak tolak,
naik je dengan kelajuan 20-30km/j
budak naik basikal pun boleh lintas bila dah laju tahap tu,
kejap-kejap kena berhenti tengok kedudukan tayar,
silap-silap kalau tayar keluar dari rim memang menangis ler,
rim boleh bengkok dan lidi-lidi pada rim boleh patah,
sebab tu kalau tayar bocor jangan sesekali bawak laju.

waktu macam ni le latihan mental diuji,
muka kena tebal,
awek-awek lalu dengan kereta abaikan je,
berbangga dengan motor yang dibeli sekali langsai je,
kalau lori-lori besar lalu tabahkan hati,
kalau kena waktu panas tengahari bersabar,
waktu ni memang kita susah,
rasa kerdil je diri,
rasa niat nak pakai kereta membuak-buak,
positifkan diri,
buang perasan malu,
tayar motor pancit
tolak punya tolak sampai
sedar-sedar dah sampai bengkel,
RM10 dikenakan untuk servis tukar tiub,
dah setel aku kembali mencilok,
kembali beraksi di traffic light,

dugaan kecil yang hanya sementara,
kalau yang ni tak boleh nak atasi,
susah ler hidup nanti.