29 Apr 2016

Air Paip Rasa Payau

dah masuk hari ke-3 air paip kat rumah ni rasa payau.
rakan-rakan sosial yang berada sekitar kuantan pun dah mula perasan.
jadi bukan rumah aku seorang yang kena
air rasa payau di kuantan
perkongsian cerita bersama Kuantan Whatsapp Group
tak tahu le punca dari mana.
sekarang pun memang sekitar kuantan selalu jugak ada gangguan bekalan air,
kerja-kerja pemasangan paip.
tapi selalunya takdek effect pun rasa air,
paling biasa klorin,
itupun sekejap je.
tapi bila dah babit rasa payau tu rasanya itu bukan benda biasa.

pakar-pakar FB ada jugak bagi sebab.
antaranya air laut dah bercampur dengan air sungai sebab musim el-nino.
ada jugak yang babitkan bauksit.
masing-masing punya pendapat.

cari punya cari,
terjumpa sharing dari rakan facebook.
air rasa payau di kuantan
notis kandungan air di kuantan
kalau betul kenyataan dari surat ni memang patut le air rasa payau,
kandungan pH air biasa sekitar 30-50microS.
tapi di kuantan dah cecah 800microS.
banyak jugak tu beza.
dan tak tahulah apa effect pada body nanti.

menjadi persoalan surat kat atas tu hanya untuk staf jabatan PAIP di kuantan.
memo untuk penduduk kuantan takdek pulak.

sampai bila pun tak tahulah air ni akan rasa payau,
harap-harap badan ni mampu bertahan.
dugaan di musim El-nino.

27 Apr 2016

Penat Jugak Jadi Lee Chong Wei

last pegang raket badminton rasanya time sekolah menengah,
itupun sekitar tingkatan 3 & 4,
dah berbelas tahun malam tadi dapat jugak main badminton.
lega rasanya sebab aku masih tahu cara memegang raket.
main badminton
betul ke cara pegang raket ni ?
dapat  jugak 3 set main malam tadi,
walaupun tak sehebat Lee Chong Wei,
letih jugak ler menari dalam gelanggang,
kiri kanan,
depan belakang,
semua penjuru aku kena buli malam tadi,
skill tak payah cerita ler,
setakat backhand,jumping smash,drop shot,main net  semua keluar,
jadi dengan tak jadi je.
hahahhaa..
janji ada gaya.

satu kepuasan dapat main badminton malam tadi,
tujuan asal bukan nak main sangat,
saja nk berjumpa rakan-rakan sosial yang baru,
kenalan-kenalan sosial dari pagi facebook,
daripada jumpa lepak minum kat kedai lagi baik jumpa dalam aktiviti riadah macam ni,
enjoy pun enjoy,
sihat pun sihat bila dapat keluar peluh,
main badminton
riadah bersama rakan-rakan sosial
dapat lepas 3 set baru le aku tahu macam mana level fitness Lee Chong Wei,
tengok dia main pun dah macam mandi peluh,
kita yang bukan atlit ni apatah lagi,
yang dah lama tak main macam aku lagi ler,
silap-silap 1 set dah surrender.
penat main badminton ni.
tak caya boleh cuba kalau berani.

25 Apr 2016

Excited Nak Pergi Konsert Slam

aku memang minat dengan suara Zamani Slam,
dari aku remaja sampai sekarang suara dia memang tidak berubah.
bagi aku suara zamani ni paling sedap antara penyanyi lelaki yang ada di Malaysia.
suara dia dengan lagu-lagu balada , lagu lentok memang tiptop
bila dengar Slam nak buat konsert,
memang aku excited nak pergi nanti
Konsert Kurnia Slam akan berlangsung bulan depan ,
14 mei di Kenanga Mall (KWC)
konsert kurnia slam
Konsert Kurnia Slam | sumber : TikcetPro
katanya nanti ada 20 buah lagu popular yang akan dinyanyikan,
dan aku yakin kesemua tu lagu-lagu faveret aku,
lagu-lagu cinta monyet time sekolah dulu,
lagu-lagu yang dah sememangnya aku hafal kalau dah minat,
memang time konsert nanti pakat karaoke ramai-ramai rasanya,
memang best bila dapat attend konsert yang macam ni.

jeling-jeling harga tiket TicketPro.com/Konsert Kurnia Slam macam tiada masalah,
tak mahal sangat ler.
dapat seat Gold rasanya memang perfect tu.
konsert kurnia slam
kedudukan pada konsert | sumber : TicketPro
konsert kurnia slam
harga tiket Konsert Kurnia Slam | sumber : TickerPro
harap-harap jadual pada minggu tu tak padat sangat,
14 mei pulak jatuh pada hari sabtu.
memang hari offday bekerja
peluang cerah dah disitu,.
memang excited dah nak pergi ni.
ada yang nak follow?

12 Apr 2016

Mencari Calon Isteri Yang Pandai Bancuh Kopi

amacam tajuk blog harini,
bujang teruna and single sedang mencari calon isteri ni.
nak cari calon yang pandai bancuh kopi.
heheheh.
ada ke?
kopi pak belalang
sekadar hiasan -Mira Filzah dalam iklan Kopi Pak Belalang
duk sembang dengan member pasal kopi pagi tadi,
ikutkan pengalaman yang ada,
memang tak ramai yang pandai bancuh kopi,
setakat nescafe tu sebelah mata je,
tapi bila kopi je memang buka dua biji mata pun tak jadi.
melainkan kopi "3 in 1"
tapi rasa kopi segera ni tak sesedap kopi bancuh,
begitu jugak dengan kopi starbuck,
bukan original kopi bagiku,
hanya gah pada nama,
hanya gah pada harga,
rasa biasa-biasa sahaja.

kalau ada awek pandai bancuh kopi memang dia pandai le dia buat air.
that my opinion.
kalau dah pandai bancuh memang tiap-tiap malam le kopi kat rumah,
tiada lagi alasan nak keluar minum kopi bersama rakan lepas ni.


11 Apr 2016

Kenapa Jerawat Tumbuh Di Situ

serba tak kena harini hidung harini.
pepagi lagi dah sok-sek kena selsema,
masih lagi mampu bertahan yang tu,
part paling tak tahan bila ada jerawat dalam lubang hidung.
haishhhh...

bangun pagi cam biasa kena melombong dulu,
hahaha,
jangan nak tipu ler kalau korang tak melombong di pagi hari,
kalau tak korek hidung memang pengotor ler orang itu,
selekeh.
back to story,
tengah syok masuk jari boleh pulak terkena part jerawat tu,
kalau saper pernah alami boleh tau le perasaan time tu,
menangis,
nak menitik air mata rasanya,
berguling-guling diatas katil
pedih.
korek hidung
sekadar hiasan -nikmat pagi-pagi macam ni
bila dah tahu ada jerawat dalam idung memang tak duduk diam ler tangan ni,
asyik nak pegang hidung je.
tak tahu le kenapa.
tabiat refleks mungkin,
nak picit jerawat dalam lubang hidung?
memang tidok ler,
takder pasal nak besarkan lubang hidung cari jerawat.
nak picit hidung pun pedih.

dengan hidung selsema tambah pulak dengan jerawat,
harini punya kerja cincai-cincai je,
takdek mood.
cuba gak try cari cara ubati jerawat dalam hidung,
tapi semua hampeh,
sikit-sikit nak pakai produk,
solution dia biarkan ajer jerawat ni,
terpaksa lar bertahan sehari dua ni,
besyukur ler masih lagi mampu bernafas kan.
bersyukur ler jerawat je tumbuh,
kalau benda lain?
sendiri jawab.

5 Apr 2016

Sedia Untuk Jawatan Bos

tertarik dengan artikel dari Majalah Niaga berkenaan persediaan sebelum berhenti kerja.
antara 5 langkah yang dikongsikan , 
4 daripadanya aku boleh katakan aku mampu dan lulus syarat yang ada.
mungkin aku dah bersedia untuk bekerja sendiri pula lepas nie.
dah bersedia untuk jadi bos untuk pekerjaan sendiri.
ini adalah 5 langkah persediaan sebelum berhenti kerja.
boleh jugak jadikan tip persediaan sebelum memulakan bisnes sendiri.
kredit kepada facebook Majalah Niaga
persediaan sebelum berhienti kerja
wajib ada tabung simpanan
persediaan sebelum berhienti kerja
sudah ada bisnes dan pendapatan sama dengan gaji
jeling jeling dalam akaun alhamdulillah,
sudah cukup syarat nombor 1,
bersyukur jugak sebab aku ada pendapatan lain selain makan gaji di syarikat swasta ni.
aku antara salah seorang trader forex yang ada di Malaysia.
haram?
malas aku bangkitkan isu hukum hakam tersebut,
biarlah aku fahami sendiri mana yang boleh dan tidak dalam forex.
4 tahun trading dalam forex banyak pengalaman pahit manis aku dapat.
dan sekarang hasil trading aku mampu menyamai gaji yang ada sekarang.
cukup-cukup bersyukur apa yang ada.
persediaan sebelum berhienti kerja
waktu kerja lebih daripada biasa
perihal waktu bekerja tiada masalah bagiku,
apalah sangat kerja lebih 8 jam dari kebiasaan,
sekarang pun aku dah kerja lebih masa,
pagi ke petang di pejabat,
malam pula masa untuk aku trading dan blog
dan kadang-kadang aku jadi media untuk salah satu pasukan bolasepak di Malaysia:)
kerja lebih masa untuk kerja yang kita suka rasanya lagi enjoy daripada kerja ikut arahan dari orang lain.
janji aku dapat bahagikan masa untuk diri sendiri dan keluarga.
persediaan sebelum berhienti kerja
ini paling penting
paling utama dalam apa jua tindakan,
restu ibubapa haruslah diikuti,
jangan ingat bila dah besar panjang korang tak perlukan restu,
dan aku bertuah dapat mak dan abah yang merestui tindakan ku.
tapi pastikan korang dah tunjukkan komitmen yang betul-betul
persediaan sebelum berhienti kerja
perancangan itu mesti ada
dan ini problem aku paling besar,
tak tahu sebenarnya nak buat apa lepas aku berhenti kerja.
fulltime blogger?
bukan mudah.
ingat senang ker nak update hari-hari,
nak tarik reader baca blog satu hal,
fulltime trader?
kemungkinan ya tapi aku kalau boleh nak elakkan bergantung kepada forex.
biarlah ia menjadi pendapatan sampinganku.

dalam kepala ni dah fikir nak jual baju,
nak buka butik lelaki,
menjual pakaian-pakaian lelaki,
sebabnya aku perhatikan butik lelaki macam tak wujud.
butik pakaian wanita bukan main lagi hebat bersaing.
insyaallah kalau diberi peluang ada ler nanti.
aku perlu rancang sebaiknya,
mungkin ini tahun terakhir untuk aku makan gaji.
beranikan diri untuk hidup yang baru.