31 Mar 2016

Baju Raya 2016 Dah Siap

belum puasa lagi baju raya untuk tahun ni dah siap.
bukan saja dah siap,
dah siap rasmi pakai dah pun seharian.
fesyen pilihan tahun ni kurta.
warna pilihan pula gold & black
baju raya 2016
baju raya untuk tahun ni dah siap
yang sebenarnya baju ni khusus untuk Majlis Sambut Menantu adik lelaki aku hujung minggu baru ni,
disebabkan majlis dengan raya hanya beza beberapa bulan je kitaorang decide baju ni nanti akan jadi baju raya untuk tahun ni,
tak adalah nampak membazir sangat buat baju semata-mata untuk majlis sambut menantu.
dah alang-alang buat kita buat untuk raya terus,
baju raya 2016
kurta jadi pilihan
baju raya kanak-kanak 2016
baju raya anak buah sorang ni pun dah siap
baju ni bukan baju siap pasang,
baju ni tailor yang buat,
dan hasilnya not bad,
tapi aku kena hantar balik mintak dia baiki sikit,
baju ni besar pulak jadinya,
entah macam mana dia ukur,
mungkin jugak dia tak biasa dengan feayen kurta,
aku yang kurus ni kalau pakai baju besar memang selekeh jadinya,
nak suruh dia buat fit sikit,
baru ada gaya.
warna gold & black dah tiptop rasanya.
tunggu baju ni fit baru kita posing selfie sekali lagi.

ini baru dalam 80% je siap.
saja reveal awal-awal,
mana tahu boleh bagi idea untuk rakan lain berfesyen di hari raya nanti.
tahun lepas lelaki popular dengan fesyen jubah raya,
aku pulak sejak tahun lepas dah minat dengan kurta,
dan tahun ni kurta tetap jadi pilihan.

dah smpai penghujung bulan mac.
esok dah april.
kemudian may.
lepas tu Jun dan kita mula berpuasa.
tak lama dah tu dalam dua bulan lagi.
ada yang tak sedar lagi ke.
heheh.

29 Mar 2016

17 Tahun Baru Jumpa

kalau dulu kenal waktu dia tadika, sekarang dah bermisai,
kalau dulu dia junior di sekolah , sekarang dah bekerluarga,
17 tahun tak berjumpa,
alhamdulillah masih dapat ketemu jiran-jiran lama dulu,
jiran sewaktu duduk di Felda Aring,Gua Musang Kelantan.
felda aring 2
selepas 17 tahun
17 tahun?
jumpa tak jumpa kat majlis sambut menantu adik lelaki aku hujung minggu baru ni,
waktu diorang kenalkan diri memang aku lost memory,
memang langsung tak cam wajah masing-masing,
ada yang aku cam sebab satu sekolah,
ada yang aku tak cam sebab bila masuk sekolah menengah aku ke asrama,
kalau dah jadi budak asrama memang susah ler nak bergaul.

memang tak sangka dapat jumpa jiran-jiran lama ni,
betul ler orang kata,
jangan malas kalau dapat jemputan kahwin,
kat sini ler kita dapat eratkan tali persahabatan,
tambah-tambah kalau jemputan tu dari sahabat ibubapa kita,
mana tahu jumpa rezeki kekasih lama , kekasih cinta monyet,
hahahaha,

25 Mar 2016

Hilang Keupayaan Menulis

minggu yang agak meletihkan,
seingat aku untuk minggu ni,
pen yang ada dalam bekas tidak terusik.
masih tidak dibuka plastik yg dibeli last week,
8 jam di ofis asyik dengan keyboard,
balik rumah asyik dengan smartphone,
sampai satu tahap nak menulis pun dah tak mampu,
baru tulis satu perenggan dengan pen , naik lenguh pergelangan tangan,
sudah...
cerita shark
cara aku pegang pen
ada ke orang macam aku ni?
kerja dia langsung tak pegang pen.
mungkin ada mungkin tidak,
urusan surat menyurat semua pakai komputer je.
papan keyboard tu kalau tutup mata aku masih mampu menaip dengan baik.
pen?
hanya nak turunkan autograf kalau perlu,
selain tu semuanya dihujung jari saja,

harini cuba praktis menulis,
dan hasilnya...
cerita shark
my original handwriting
tulisan tak payah cakap,
budak sekolah rendah lagi lawa.
baru tulis sikit dah naik lenguh tangan,
padahal kat keyboard tu punya lama menaip takdek pulak rasa,
nampak gaya kalau lama-lama macam ni memang boleh hilang keupayaan menulis.
kena rajin menulis lepas ni agaknya.


21 Mar 2016

Hotel Ritz Garden , Bilik Mewah Dengan Harga Bajet

baru-baru ni sempat ke Manjung,Perak atas urusan kerja,
first time sampai sini.
ikut fakta wiki , Manjung menjadi destinasi utama perlancongan kerana disini terletaknya pulau pangkor dan Teluk Batik.
tapi sayang tak tersampai hajat nak kesana tempoh hari.
tapi sempat jugak bermalam di Hotel Ritz Garden  Manjung,
Hotel Ritz Garden Manjung
Hotel Ritz Garden Manjung
dari luar nampak biasa je
tapi bila chek in , bilik nampak agak mewah,
macam tak percaya pulak dengan harga bilik yang dikenakan
Hotel Ritz Garden Manjung
bilik di Hotel Ritz Garden
dengan rate harga RM17x.xx,
bilik lengkap dengan peti ais mini dan safety box,
siaran TV pun boleh tahan banyak dengan chanel Astro,
air mineral,air panas, dan snack turut disediakan,
katil tak payah cerita ler,
sekali dapat landing memang lena terus atas tilam empuk tu.
Hotel Ritz Garden Manjung
utilities dalam bilik Hotel Ritz Garden
bilik air agak simple dekorasi,
tak sangka hotel ni ada sediakan sikat dan berus gigi sekali,
nak bawa balik sebagai kenangan pun boleh
hair dryer  dah siap pasang dalam bilik air,
Hotel Ritz Garden Manjung
bilik air Hotel Ritz Garden
Hotel Ritz Garden Manjung
Shower Hotel Ritz Garden
Hotel Ritz Garden Manjung
sikat dan berus gigi disediakan
Hotel Ritz Garden Manjung
lengkap hair dryer dalam bilik air
orang kata kalau nak tengok hotel tu best atau tidak,
tengok bilik air,
kalau bilik air tu lain dari lain memang berbaloi ler nak chek-in.
tahap kebersihan kena tiptop.
dalam kes ni ,Hotel Ritz Garden memang cukup sempurna
Hotel Ritz Garden Manjung
selfie itu wajib
puas hati bermalam di Hotel Ritz Garden,
selain dari penginapan,
turut disediakan dewan untuk majlis perkahwinan dan aktiviti makan malam.
untuk lebih lanjut dan lokasi hotel boleh hubungi mereka.

Facebook : Hotel Ritz Garden ManjungTelefon : 05 - 688 8811

bagi sesiapa yang berkunjung ke Manjung boleh menginap di Hotel Ritz Garden.
hotel ni bersebelahan sahaja dengan pasaraya Billion.
selamat mencuba.
Terima Kasih Hotel Ritz Garden Manjung kerana menyediakan tempat tidur yang selesa.

17 Mar 2016

Jeans Koyak Lutut

sama ada kepala lutut aku yang tajam atau ,
seluar jeans aku ni yang dah expired.
baru je hantar repair gi tampal,
tak sampai beberapa bulan sekali lagi seluar jeans koyak bahagian lutut.
jeans koyak
seluar jeans tampal
makin melarat pulak bahagian koyak tu,
kalau pergi tampal memang buruk jadinya jeans ni,
nak buang?
memang tidak ler..
yang koyak pun bahagian lutut je.
nak sedekah?
bukan caraku,
tak sampai hati nak bagi kat orang seluar yang tak cukup sifat.
tabiat sedekah barang yang rosak dekat orang kurang kemampuan bukan style ku.
nak berfesyen?
trend fesyen seluar jeans koyak dah lama ditinggalkan.
macam susah nak follow balik.
jeans koyak
buruk bebenor pakai seluar koyak camni
last option ialah hantar balik kedai baiki,
tapi rasanya dah tak nak tampal dah bahagian koyak tu,
kita potong habis kasi jadi seluar pendek pulak,
at least boleh jugak pakai dalam umah,
musim panas ni memang tak tahan pakai seluar panjang.
daripada buang membazir,
ada baiknya guna lagi,

korang buat apa dengan seluar jeans yang dah koyak begini.
ada pengalaman?
jom share.

11 Mar 2016

Kereta Kancil Dulu Dan Kini Dan Selamanya?

kalau nak ikut wikipedia sejarah perodua kancil,
tahun 2016 model kereta ni sudah pun berusia lebih kurang 17 tahun,
dan sekarang kereta ni seolah-olah tiada nilai,
ada yang anggap ni kereta murah,
ada yang cakap kereta pasar,
kereta tiada standard pun dah biasa dengar,
kita begitu kaya smpai boleh cakap seperti itu.

walaupun sudah berbelas tahun tapi masih lagi gagah di atas jalan raya,
kita masih dapat lihat kereta kancil di atas jalan,
yang modified tak perlu cerita
yang standard kilang pun masih lagi ada dipandu,
perodua kancil
perodua kancil
antaranya officemate aku,
dia antara yang berjuta yang hanya tau pandai bawak kereta,
bab-bab modified ni memang jauh sekali nak ambil tahu,
pagi pagi panas enjin kereta jalan,
tengok kereta dah ler,
standard gaban dengan rim asal.

bila pikir balik not bad jugak kereta malaysia ni,
enjin masih boleh dipakai,
rosak sikit-sikit itu biasa.
kereta BMW pun ada jugak rosaknya.

agak-agak sampai bila kereta kancil mampu dipandu.
2020 masih ada lagi kereta ni?
kita tunggu dan lihat.

9 Mar 2016

Koleksi Gambar Gerhana Matahari

ada yang bertuah dapat tengok gerhana matahari pagi tadi?
di Malaysia tidak bertuah seperti di Indonesia.
disana mereka dapat lihat gerhana matahari secara penuh.
alhamdulillah sempat tengok secara live streaming dari Indonesia pagi tadi.
cantik SUBHANALLAH.
gerhana matahari 2016
Gerhana Matahari penuh dari Palu , Indonesia
di Malaysia kita hanya boleh lihat gerhana matahari separa sahaja.
tapi rasanya itu sudah cukup untuk melihat keajaiban dan kekuasaan Allah S.W.T ,
ramai jugak yang share di Facebook pagi tadi,
bukan selalu dapat tengok.
kali terakhir di Malaysia pada Januari 2010 (sumber : falak online )

shark kongsikan bersama gambar terbaik Gerhana Matahari di indonesia,
semuannya screenshot dari live streaming pagi tadi di indonesia
gerhana matahari 2016
gerhana matahari di Jakarta
gerhana matahari 2016
gerhana matahari di Malut
gerhana matahari 2016
seperti pesta di Indonesia
gerhana matahari 2016
cantik ciptaan Allah harini
boleh ke instagram untuk lebih koleksi gambar gerhana matahari di indonesia pagi tadi,
guna hashtag #solareclipse #gerhanamataharitotal.

cantik ciptaan Allah harini.

8 Mar 2016

Teruja Dengan BoboiBoy Kuasa 7

tertarik dengan rekod kutipan tiket yang dah sampai berjuta,
habis kerja semalam terus ke panggung East Cost Mall Kuantan,
segan jugak nak beli tiket bila tengok awek yang jaga,
tebalkan muka jugak ler kerana BoboiBoy The Movie.
boboiboy the movie
layan sorang je Boboibiy The Movie
show petang semalam tak penuh,
mungkin kerana hari bersekolah dan hari bekerja,
tak seperti sbelum ini pada hari minggu,
katanya semua panggung SOLD OUT,

rasanya tak perlu nak review jalan cerita disini,
rata-rata dah ramai tahu,
iklan pun selalu muncul di kaca TV,
yang pasti BoboiBoy The Movie memang terbaik,
animasi yang tidak mengecewakan,
animasi yang bukan untuk kanak-kanak sahaja.
jadi memang tak pelik kutipan filem Boboiboy sekarang dah sampai 3 juta untk 4hari
boboiboy the movie
kutipan terkini hari ke-4
banyak jugak yang buat aku tergamam menonton animasi dari Monsta ni.
antaranya:
  • watak Papazola dengan dialog kebenaran dan ayat merapu tu memang menghiburkan.
  • dialog dan skrip bersahaja
  • grafik cantik sekali , nampak lebih real
  • watak superhero nampak lagi kemas,
  • aksi fighting yang diluar jangkaan.dah macam tengok dragonball pun ada.
  • soundtrack lagu best
  • kuasa boboiboy dari ke jadi 5.dan akhir sekali memang power boboiboy kuasa 7.
  • aksi fighting sekali lagi part ending tu memang terbaek.
  • dari size tv ke size panggung memang puas hati
suasana dalam panggung pun meriah bila ada kanak-kanak,
bila part boboiboy kuasa 7 muncul semua "woaahhh"
siapa ada berdiri tiru aksi boboiboy.
kiut miut je.
aku yang tengok ni pun rasa nak jadi kanak-kanak balik.
boboiboy the movie
ending moment boboiboy the movie
bagi yang masih ragu-ragu keupayaan animasi tempatan ni boleh ler tonton,
tak rugi duit tiket tu layan Boboiboy The Movie.
boleh tengok beribu komen yang menonton di Facebook Boboiboy
tahniah kepada team Monsta.
Boboiboy 2 The Movie?
tungguuuuu...

7 Mar 2016

Rasa Kopi McDonalds

bila breakfast di KFC mahupun Mcdonalds,
satu yang aku suka ialah kopi dia,
pekat dan bau yang sedap,
macam original kopi,
kalau pandai combine gula dengan krim memang tiptop rasa kopi Mcdonalds tu,
tapi kalau orang macam aku ni yang jarang singgah memang selalu spoil bab campur gula dan krim
kopi mcdonalds
Roast Cofee Mcdonald
pagi tadi , akhirnya dapat jugak rasa apa yang aku nak,
2 setengah paket gula campur 2 paket krim buat kopi Mcdonalds pagi tadi lemak berkrim.
dah rasa macam jumpa rahsia terbesar Mcdonalds pulak.
rasa complete breakfast pagi tadi bila dapat kopi sedap.
cofee mcdonalds
sukatan yang sempurna
mungkin ramai yang dh tak makan Mcdonalds lepas boikot produk israel kan.
aku pun boikot jugak.
tapi tak sampai hati jugak nk boikot owner melayu yang buka Mcdonalds ni.
tak salah.
kalau pagi tadi aku dah sumbang beberapa peluru,
lepas ni akan ku lebihkan derma dan doa untuk saudara kita disana.
keep it simple.

apa pula sukatan kopi korang di Mcdonalds atau KFC.
kongsikan.

5 Mar 2016

Menginap Di Han Rainforest Resort Taman Negara

kalau mahu ke Taman Negara,
jangan lupa dapatkan perkhidmatan dari Han Rainforest Resort,
disini bukan penginapan je ada,
tapi turut menyediakan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di Taman Negara.
pengalaman 4 hari 3 malam di Han Rainforest Resort baru - baru ni shark kongsikan bersama
han rainforest resort taman negara
Han Rainforest Resort Taman Negara
Dari segi penginapan boleh dikatakan cukup selesa,
suasana sunyi dan dikelilingi hutan memberikan pengalaman berbeza dari resort-resort percutian yang ada di Malaysia.
dalam bilik pulak cukup simple dan luas,
warna putih menjadikan bilik nampak bersih dan teratur.
han rainforest resort taman negara
cukup simple dan bersih
han rainforest resort taman negara
meja dan cermin makeup
han rainforest resort taman negara
cukup minimalist perabot yang ada
oh ya.
kat sini tiada TV.
sebab korang tak perlukan hiburan TV disini.
korang sendiri akan dapat lebih hiburan bila menginap disini.
aktiviti yang disediakan akan buat korang lupa hiburan-hiburan semasa.
aku yang kaki TV ni pun x percaya boleh survive tanpa TV selama 4hari 3malam.

breakfast , lunch dan dinner tiada komplen,
bagi aku cukup rasa dan puas hati dengan hidangan yang disediakan,
mini market turut disediakan.
barang-barang peribadi dan utilities ada dijual.

aktiviti Taman Negara turut disertakan sekali dalam pakej menginap disini.
program yang disediakan pula oleh Han Rainforest Resort cukup banyak.
bila ada di Taman Negara mana boleh duduk diam,
jadual seharian korang akan full, padat dengan aktiviti,
penat?
datang dan alami sendiri pengalaman berada di Taman Negara,
penat lelah semua hilang walaupun aktiviti yang disediakan cukup extreme.

bila lagi nak merasa masuk hutan , kanopi walk , camping 1 malam tepi sungai , mandi sungai , naik 4WD , naik bot sampai lenjun , melawat kampung orang asli depan mata dan banyak lagi.
semua aktiviti ni ada di Taman Negara,
dan semuanya disediakan oleh Han Rainforest Resort,
han rainforest resort taman negara
jungle trekking di Taman Negara
han rainforest resort taman negara
camping 1 malam di tepi sungai tembeling
han rainforest resort taman negara
santai di malam camping
han rainforest resort taman negara
mandi sungai
han rainforest resort taman negara
melawat kampung orang asli
han rainforest resort taman negara
kanopi walk
nak rasa nak feel macam Kembara Kelab Blogger Ben Ashaari Ke Taman Negara ?
rujuk dan hubungi sendiri Han Rainforest Resort untuk pakej yang disediakan.

facebook : Han Rainforest Resort

insyaallah satu memori yang takkan dilupakan bila berada di Taman Negara.
tinggalkan sementara dunia gajet,
masuk hutan dan penuhkan memori dalam ingatan.

3 Mar 2016

Sepahtu Reunion Setanding Senario?

sekarang ni dah jadi trending lawak jep.
antaranya "chia chia chia"
dan jugak ayat - ayat mengayat yang power,
awak ada kunci ?
saya nak buka kunci hati awak...
semuanya datang dari sitcom Sepahtu Reunion
tonton sepahtu reunion
Sepahtu Reunion 
setakat ni memang tak pernah episod Sepahtu Reunion
memang duk tunggu setiap hari khamis malam.
yang paling duk ingat episod pertama lah.
time tu sari yanti jadi tetamu.
start situ punchline-punchline power keluar,
makin menjadi bila uqasha senrose pulak jadi tetamu.

tadi pun ada gak punchline power.
boleh pulak dia tukar skrip "spirit spirit come to me"
dapat kat diorang jadi "secubit-secubit come to me".
memang lawak habis layan.
episod sepahtu reunion
sepahtu reunion episod 1
setanding senario ?
secara peribadi memang aku katakan ya.
sitcom tanpa skrip bukan senang,
tanpa skrip pun boleh muncul punchline,
kalau apek terkenal dengan "gitu-gitu"
sekarang turn jep pulak dengan "chia-chia"

yang terlepas pandai-pandai le cari kat google.
banyak jugak blog yang berkongsi link.
samada download atau tonton online episod Sepahtu Reunion.
selamat menonton.

Jangan Lupa Bersyukur

bangun pagi ni tengok langit masih biru seperti semalam.
masih lagi cantik seperti semalam
alhamdulillah biru cantik , cuaca baik.

langit biru
langit pagi harini seperti semalam
sudah ucap Alhadulillah pagi ni?
sudah ucap syukur untuk pagi ni?

bersyukur masih lagi diberi nafas,
berayukur badan sihat,
bersyukur cuaca masih baik,
bersyukur dapat sarapan,
bersyukur selamat sampai ke tempat kerja.
bersyukur kenderaan tidak rosak,
bersyukur masih lagi bekerja,

banyak tu.
tapi kita sentiasa lupa.
lupa untuk bersyukur,
lupa untuk ucap Alhamdulillah,
sama-sama kita amalkan,
pesanan untuk rakan dan diri sendiri.

2 Mar 2016

Bergaya Dengan Jersi Liga Super 2016

Liga Super 2016 sudah masuh game ke-4,
tapi satu jersi pun tak sempat nak beli.
hasrat tahun ni nk cuba dapatkan kesemua jersi Liga Super 2016,
jersi liga super 2016
Jersi Liga Super 2016 | sumber : Facebook BBST
untuk musim kali ni semua jersi nampak smart kalau disarung,
yang paling smart jersi pasukan Terenganu.
yang paling kontroversi semestinya Kelantan,
kalau sarung tu boleh jadi putih katanya.
nak sangat aku cuba tu.

original atau grade copy?
bergantung kepada kemampuan,
kalau setakat pakai sekali dua rasanya cukup ler beli jersi grade copy.
beli mahal-mahal pun bukan pkai hari-hari.
jersi biasanya ootd untuk hari sabtu.

tak support bolasepak Malaysia kalau tak beli original?
hehehe.
lawak tu.
tengok dulu taraf bolasepak kita kat mana.
dah bertahun-tahun menanti.
dah bertahun-tahun bersorak.
taraf kita sampai situ jer.
tunggu Harimau Malaysia masuk piala dunia baru beli barangan original.
dah lama dah support tapi kalau masih ditakat yang sama sia-sia sahaja ler.

harap-harap tercapai ler nak kumpulkan semua jersi pasukan Liga Super tahun nie.
12 pasukan 12 koleksi kesemuanya
lepas complete "home" jersi kita fokus pada "away" pulak.
kasi penuh almari dengan jersi.
mampukah?
tunggu sahaja.