29 Feb 2016

Pilihan Gaya Potongan Rambut Lelaki

sekarang ni kedai gunting rambut lelaki bukan macam dulu,
kalau dulu mostly kedai mamak yang jadi pilihan,
sekarang trending kedai gunting rambut hipster,
siap ada cafe lagi bagi sesetangah Barber Hipster.
kalau yang berdekatan dengan Ampang boleh terjah Edd The Barber.
memang terbaik dekorasi dalaman dia.
dah tak amcam kedai gunting rambut pulak
revolusi baru dalam dunia fesyen lelaki

dah tak tahu nak buat fesyen rambut apa?
susah nak explain kat tukang gunting rambut nak style macam mana?
meh sini nak kasi antara contoh-contoh terkini fesyen rambut 2016.
korang boleh save dalam smartphone masing-masing,
nanti pergi barber hipster tunjuk saja gambar nie,
pandai ler  hair stylist yang ada tu nak buat macam mana nanti.


barber hipster
fesyen rambut lelaki

kedai gunting rambut hipster
gaya rambut lelaki

fesyen rambut lelaki
hairstyle rambut lelaki
sekarang ni ramai yang minat dengan fesyen Pompadour,
jenis rambut wak doyok,
memang nampak smart potongan tu,
tapi bila ramai yang buat dah hilang keunikan tu,
aku pula dalam proses nak buat gaya peaky blinder atau slick back,
jenis botak tepi tarik sampai atas,
rambut atas tidak terusik.
itu coming soon :)

kepada lelaki diluar sana,
simpan gambar ini dalam smartphone,
jadikan panduan untuk gayakan rambut.
orang lelaki kena juga jaga keterampilan.
baru ada style.

26 Feb 2016

Syok Sendiri Dengan Camera360

aku antara individu yang baru nak berjinak dengan selfie,
sebelum ni asyik perati jer rakan-rakan duk selfie,
sebelum ni asyik duk dengar jer kehebatan camera360
nak cuba tapi segan,
tapi beranikan jugak diri baru-baru ini.
dah hasilnya.
camera360
auuuuuuuwwwww
hahahahhaaahaha.
memang terbaik hasilnya,
lubang-lubang jerawat ditutup rapi,
kedut-kedut jadi tegang,
yang kelam jadi terang,
bila dah selfie macam ni mula syok sendiri.
hensem rupanya aku.
adeh.....

bahaya jugak penangan camera360 nie.
boleh syok sendiri,
yang ni ler orang kata nak cari jodoh jgan cari dalam FB dan IG,
kang pengsan pulak tengok realiti.

kena buang aplikasi camera360 .
takut nanti terbawa-bawa perangai buruk.
hehehe.
selfie pakai kamera original sudah.
nanti nak dating senang,tak banyak soalan keluar:p

24 Feb 2016

Cuci Mata Di Taman Negara

Alhamdulillah diberi peluang baru-baru ini untuk merasai pengalaman berada di hutan Taman Negara.
4 hari 3 malam  bersama 35 sahabat yang satu kepala memang satu pengalaman yang takkan dilupakan.
terima kasih buat Han Rainforest Resort yang banyak menyediakan aktiviti dan penginapan yang akan menjadi memori dalam hidup.
taman negara
masih terjaga
taman negara
khazanah alam
dah puas tengok pembangunan di tengah bandar,
dah puas tengok bangunan-bangunan tinggi,
bila masuk je hutan di Taman Negara aku  rasa something different,
masih tak percaya hutan disini masih terjaga,
masih tidak terusik flora dan fauna,
hutan disini masih original.
dapat rasa sendiri dapat tengok depan mata sendiri memang puas hati,
hijau dan sunyi,
lepas semua stress dan suasana bingit di tengah bandar.
memang tak rugi kalau jejak kaki kesini.

kalau rasa nak try jungle tracking ,  nak rasa suanan hutan sebenar boleh ke Taman Negara,
boleh rujuk Han Rainforest Resort untuk penginapan dan aktiviti disini.
memang satu pengalaman yang terbaik korang akan dapat.
cubalah.

16 Feb 2016

Bertimbun Duit Syiling

wallet makin berat dengan duit syiling.
wallet makin kembung dengan duit syiling.
bila kira-kira ada RM8 syiling sahaja.
adeh...
syiling banyak menyusahkan?
kalau boleh memang tak minat nak bawa duit syiling ni.
bila bertimbun macam ni boleh rosak wallet.
tapi kalau pergi mana-mana kedai runcit , kedai makan atau 7e mesti diorang mintak duit kecik.
beli tiket monorail / lrt memang kena ada syiling.
seksa jugak kalau syiling takder.
nak bayor kena tunggu tukar duit kecik dulu.
yang cepat jadi lambat.

1 beg khas untuk duit syiling?
tidok le bagi lelaki.
kalau boleh nk kasi clear je poket ni.
bebas dan free je bergerak.
kalau gugurl tiada masalah.
boleh sumbat dalam handbag tu.
laki nak bawak handbag kang lain macam pulak jadinya.

nak taknak memang kena standby syiling dalam wallet.
memudahkn urusan kita dan cashier jugak nanti.
paling senang stanby je dalam RM2-RM3 syiling dlm wallet sehari.
kalau tak habis boleh masuk tabung.
besoknya buat lagi.
hari-hari le amalkan.
ada jugak budaya menabung disitu :)

15 Feb 2016

Beli Breakfast KFC

pagi ni beli breakfast kat KFC.
bukan nk berlagak.
cuma nk tukar selera di hari pertama bekerja.
dah cuti seminggu paham-paham le mood kerja macam mana.
nak ambik balik mood kerja kena buat something different.
dan ini adalah salah satu yang aku buat.
breakfast dari kebiasaan.
kfc zinga burger
Zinger Burger
kalau korang rasa takdek mood nk kerja lepas cuti panjang mungkin boleh cuba.
buat sesuatu yg lain dari hari biasa kita bekerja.
kalau tiap-tiap pagi breakfast kat kedai makcik minah je apakata harini beli kat kedai pokcik rashid pulak.
asyik-asyik nasi lemak roti canai je,
cuba pekena kfc atau subway pulak.
kasi feel pagi tu nampak lain sikit.

kalau dh cuti panjang mesti ada yg shopping,
nak pergi kerja tu try le pakai baju baru,
nak pilih baju kerja pagi tu rasa semangat sikit ada baju baru,
nak lagi best pakai warna terang,
kalau ada jam baru sila pakai,
ada kasut baru sila sarung,
baru ada feel nak ke pejabat selepas cuti panjang.

itu antara tip yang selalu aku praktik kalau balik dari cuti panjang.
mungkin ada yang boleh praktik nanti.
untuk pagi blues monday pun boleh.
buat something different kalau rasa mood bekerja off,
selamat mencuba.

2 Feb 2016

Clash Of Clan Malaysia Cup

tahu tak sekarang sedang rancak berlangsung COC Malaysia Cup kat malaysia nie,
terdapat 13 negeri , 1 wilayah dan 2 kelab menyertai pertandingan ini,
bukan main bola, bukan main futsal,bukan main badminton,
meraka suma main game,Clash Of Clan
coc malaysia cup
TH9 COC Malaysia Cup
sayangnya aku tak dapat masuk sebab belum cukup syarat,
lagipun mereka yang join ni memang hebat-hebat semuanya,
sekarang setiap negeri dah ada wakil masing-masing,
dah terasa macam main liga bolasepak pula,
siap ada logo lagi,
antara yang menarik ,
sumber dari Survivor COmbo MY Academy
coc cup malaysia
TH9 Pahang 
coc malaysia cup
TH9 Terengganu 
coc malaysia cup
TH9 Johor 
coc malaysia cup
TH9 Negeri Sembilan
coc malaysia cup
TH9 Selangor
coc malaysia cup
TH9 Kelantan
pasukan mana yang akan Juara?
nantikan final 12 Febuari nanti,
ada LIVE?
itu kena tunggu sponsor.
siapa sangka sekarang permainan game mampu mengeratkan dan menjalin persahabatan.
kalau dulu game dikatakan buang masa buang duit,
sekarang main game pun dah boleh buat duit,
revolusi permainan online.

kalau rasa nak support team negeri masing-masing boleh tukar pic profile yang ada,
kalau tak silap semua wakil sudah ada logo masing-masing,
boleh cari di page FB yang terlibat.
yang kelantan tu memang rare dan nakal
hehehhe.
coc malaysia
Clash Of Clan Malaysia
untuk mengikuti perkembangan COC TH9 Malaysia Cup boleh like page berikut.
www.facebook.com/clashofclanmalaysia
www.facebook.com/COCFBMalaysia
www.facebook.com/TH9malaysiacup

1 Feb 2016

Dapat Adik Ipar Baru

Alhamdulillah,
sabtu yang lalu aku dapat adik ipar yang baru,
dengan sekali lafaz , adik lelakiku sudah bergelar suami,
dan officialnya aku dilangkah bendul kali kedua,
adik ipar
adik ketiga sudah sah bergelar suami
adik ipar
semoga berbahagia hendaknya
tergugat?
itu semestinya,
tapi insyaallah aku akan menyusul,
apalah sangat kalau setakat langkah bendul tue.
yang penting ahli keluarga sudah bertambah,
makin meriah ler nanti bila hari raya.
adik ipar
keluarga besar kami
jangan ditanya yer bila aku punya.
dah malas dah nak jawab..
haritu saja dah bertalu soalan yang sama.
adat ler kalau adik kahwin dulu.
tunggu saja pengumuman,
insyaallah ada nanti.