29 Jan 2016

Pengaruh Didi & Friends

Didi & Friends,
sejak ada anak buah ni best pulak layan,
lagu-lagu pun best pulak dengar 
kartun memang kiut ler.
yang paling penting semuanya dalam bahasa melayu.
aku yang duk tengok ni pun boleh karaoke bersama.
didi & friends
3 maskot Didi & Friends
didi & friends
visual menarik
didi & friends
senyap dapat tengok
nak pujuk budak-budak sekarang senang je.
download video didi & friends save dalam smartphone.
senyap ler nanti diorang duk layan,
sambil layan tu sambil joget.
macam anak buah aku sorang ni.
sampai berjangkit kat pakcik dia.
kalau terbuka astro ceria tu memang melekat le kejap duk layan.

kredit pada team yang mengusahakan kartun Didi & Friends,
revolusi baru dalam dunia kartun kanak-kanak.

27 Jan 2016

Menu Percuma Di Gerai Nasi Lemak Malaysia

dari luar mungkin nampak biasa warung ni.
tiada beza dengan kedai makan yang lain
warung nasi lemak malaysia
warung nasi lemak malaysia ,
terletak di Bukit Setongkol Cenderawasih,
Warung Nasi Lemak Malaysia ni ada something special.
warung nasi lemak malaysia
pelanggan lain bayar pelanggan memerlukan dapat percuma
apa yang korang paham kat whiteboard tu.
itu adalah antara menu percuma.
percuma sebab sudah ada pelanggan yang bayar.
ada pelanggan yang sudi bersedekah.
ada pelanggan yang sudi belanja,

gaji tak masuk lagi,
student kesempitan wang,
boleh makan dan minum disini sebab sudah ada yang bayar untuk anda,
selagi ada menu yang tampal disitu anda boleh request,
yang rasa mampu tapi nak jugak percuma boleh je request,
tapi harap-harap boleh ler belanja yang lain selepas tu,
warung nasi lemak malaysia
waktu urusniaga
kredit pada warung nasi lemak malaysia,
ada menyediakan servis seperti ini.
dan tak lupa juga kepada penderma,
begitu murah dan mulia amalan anda,
derma tak semestinya dalam wang ringgit,
derma tak semestinya pada tabung-tabung,
nak derma macam-macam cara ada.

untuk lokasi dan menu yang disediakan,
boleh rujuk Facebook Warung Nasi Lemak Malaysia.
diharapkan ada lebih banyak kedai-kedai makan seperti ini.

26 Jan 2016

Singgah Sebentar Di Syria

apa agaknya yang sedang berlaku di Syria sekarang,
masih amankah bumi Palestine,
sudah agak lama tidak menjengah,
sudah agak lama tidak berkongsi cerita mengenai mereka,
lalai dan lupa.
sedar tak sedar saudara kita makin berkurangan disana,
sedar tak sedar mereka sedang kesejukkan disana,
sedar tak sedar mereka kekurangan makanan disana,

gambar di syria
masih dihujani peluru dan bom
gambar di syria
hijrah dan lari dari negara sendiri
gambar di syria
selagi masih bernyawa
gambar di syria
musim sejuk disana
gambar di syria
makan apa yang ada
gambar di syria
mencari kayu api 
gambar di syria
mencari apa sahaja untuk hidup
jangan sesekali kita lupa saudara kita disana,
Facebook Syria Care Malaysia sentiasa berikan gambaran setiap hari disana,
sama-sama kita ambil iktibar dan panjatkan doa untuk mereka.

25 Jan 2016

Sorry Arsenal Thank You Costa

habis je layan AJL30 mata dah kuyu,
mungkin agak kecewa sebab lagu Faizal Tahir bukan juara semalam,
tambahan konsert semalam bukanlah yang terbaik bagi aku.
sori TV3.

lepas AJL ada game best malam tadi.
sanggup bersengkang mata walaupun mata dah layu.
bila dah babit team faveret main bola mana boleh miss,
nak taknak bulatkan jugak mata yang stim ni.
dia hard fan chelsea katanya,
tapi tak sia-sia jugak ler menanti sampai jam 2 pagi,
chelsea menang 1-0 mengalahkan Arsenal.
gol dari diego costa.
tido ada senyum malam tadi.

untuk separuh masa pertama gagah lagi depan TV,
bila masuk masa kedua mula gelisah,
tak senang duduk dah
bantal memanggil-memanggil suruh teman,
last-last tutup tv layan streaming atas katil,
baru syiok
streaming bola sepak
layan bola streaming kat phone
streaming bolasepak
ohsem menang 1-0
streaming bola sepak
berbaloi tunggu sampai jam 2 pagi
mungkin rezeki malam tadi tak baik,
pekej burung hantu celcom macam tak berjalan,
pakej free internet jam 1-7 pagi mungkin tak support live streaming.
terpaksa ler tukar kepada telco Digi,
alhamdulillah kat kawasan rumah aku ni kedua-dua ada coveraga 4G,
dan tiada masalah bila streaming menggunakan Digi 4G,
yang menjadi masalah adalah kegunaan kuota,
hehehe,
tapi kalau dah minat peduli apa,
layan,
nasib baik menang ,
kalau kalah sia-sia jer penggunaan data malam tadi,
silap-silap Digi 4G aku kutuk.

next time nak cuba Celcom Burung Hantu pulak,
adakah masih hidup atau mati.

24 Jan 2016

AJL 30 Paling Best

dah masuk ke 30 tahun AJL kali ni.
sama usia dengan aku rupanya.
setakat ni masih belum miss lagi setiap kali AJL.
kemunculan Caliph Busker tahun lepas masih fresh.
apa agaknya yang jadi untuk AJL 30 malam ni.
ajl 30
Anugerah Juara Lagu 30
kalau nak ikutkan memang aku tak follow AJL kali ni.
konsert separuh akhir memang langsung tak tengok.
sebabnya bertindih dengan konsert Gegar Vaganza pada hari ahad.
aura Gegar Vaganza lagi kuat dari AJL30.
ajl 30
finalis AJL30
tengok pada Finalis AJL 30 nampak menarik.
susah jugak nak predict siapa juara kali ni.
tak semestinya lagu hantu "potret" akan dapat.
lagu yang sedap belum tentu lirik mendalam.
telinga peminat dengan telinga juri jauh beza.
kalau tengok pada lirik macam faizal tahir atau Caliph Busker.

untuk persembahan terbaik susah jugak tu.
mungkin Caliph Busker dapat lagi.
siapa tahu kan kalau dah babitkan emosi.
vokal terbaik antara hazama,black atau Dayang.
yang lain so-so je.

mungkin konsert AJL 30 malam ni antara yang terbaik.
sebab katanya lagu-lagu juara yang dulu akan ada persembahan jugak.
target malam ni nak layan dan pilihan juara
  • Faizal Tahir
  • Caliph Busker
  • BunkFace
  • Dayang
ajl 30
tak sabar nak tengok macam mana persembahan mereka
kita layan jam 9 malam nanti di TV3.
harap-harap menarik ler malam ni.
dan mengharap jugak tiada persembahan dari Dato Vida.
hehehe.

23 Jan 2016

Konspirasi Jatuhkan Dato Vida

dulu-dulu iklan Qu Puteh hanya dalam akhbar,
pandang sebelah mata pun tidak kalau tengok,
kemudian selangkah masuk ke iklan tv,
selangkah masuk ke dunia pengiklanan,
mula berani menaja rancangan,
berani pula cipta sejarah dalam dunia bolasepak,
Dato Seri Vida berada di puncak perniagaan,
dan tetiba sahaja malam tadi kecoh salah satu produk Qu Puteh ditarik balik.
qu puteh ditarik balik
produk QU Puteh diharamkan
qu puteh haram
produk yang diaktakan ada bahan kimia terlarang
tanggapan pertamaku ini adalah konspirasi nak jatuhkan oranng yang sedang berjaya.
konspirasi jatuhkan Dato Vida
dijatuhkan bila berada di kemuncak kejayaan.
tiba-tiba sahaja diserang dengan cara begini.
pokok tidak akan bergoyang kalau tiada angin.

tak pelik pun sebenarnya kalau produk ni ada bahan terlarang,
mana ada produk kecantikan yang 100% guna bahan organik.
yang ada hanyalah tertulis pada label.
yang ada hanyalah gimik pengiklanan.
panadol yang kita telan pun ada bahan terlarang.
rokok yang ada beribu bahan nirkotin pun ada orang isap lagi.
semuanya masuk terus dalam sistem badan.
inikan pula produk sapuan pada muka.
alahaiii..

lepas ni mesti ada cerita-cerita novela yang keluar.
cerita-cerita yang diadaptasi dari kisah :

  • pengalaman jiran sebelah rumah
  • cerita abang sepupu kerja di kilang
  • rahsia dari pakcik belah mak

aku tak kisah sangat pasal konspirasi mahupun kes merkuri ni.
yang aku nak tengok apa tindakan Dato Seri Vida selepas ini.
cepat melatah atau cepat ambil tindakan.
macam mana dia nak hadapi semua cemuhan ni.
mampu atau tidak dia bertahan.
bagaimana cara orang yang bermula dari bawah dapat selesaikan masalah ini.
kalau dia berjaya memang aku respek.
kalau tidak berjaya aku tumpang simpati.

orang kita memang mudah berjaya dan mudah jatuh.
standard orang kita.

19 Jan 2016

Sakit Hati Main Piano Tiles

entah macam mana boleh terjebak main game Piano Tiles ni.
aku memang mudah addict dengan game.
dah start main memang gian ler jawabnya.
yang terbaru Piano Tiles 2.
game terbaik tahun 2015 katanya.
piano tiles 2
Piano Tiles 2
cara main simple je.
tekan-tekan je tiles hitam bila muncul.
konon-konon kita tengah main piano.
piano tiles 2
tekan tiles hitam bila muncul
nampak mudah je main.
tapi bila dh sampai satu stage rasa serabut pun ada.
game ni memerlukan mata dan jari.
makin lama makin laju tile hitam tu turun.
nak berkelip pun tak boleh dah sebab takut miss tiles hitam tu.
makin lama makin bnyak dia muncul.
time tue jugak ler jari duk sibuk tekan skrin,
silap - silap boleh tembus skrin telefon.
hahahahaa.
time tue ler rasa nak baling je telefon bila tersilap,
nak marah pun ada bila silap tekan.
dan bertambah bengang bila tengok score member -member FB yg main.
semuanya tinggi daripada kita.
Piano Tiles
bersaing sesama rakan FB
bila dh tengok score kita rendah tu yang jadi gian tu.
rasa nk beat je member-member yang lain.
game ni tak bosan sebab kita challange rakan-rakan FB kita.
tak ada le kita syok sendiri je main bila highscore.

yang nak cuba boleh download di Google Play,
cari Piano Tiles 2,
kita tengok mata saper hebat,
kita tengok jari saper pantas,
kita tengok tebal ker tak mental main game nie.
Game On.

14 Jan 2016

Bila Jep Turun Kuantan

dengar je Jep nak turun kuantan aku dah excited semalam,
Aaron Aziz turun kuantan pun aku tak excited macam nie,
Nora Danish ada kat shooting pun aku malas nak layan,
kalau Mira Filzah mungkin ler turun nak jumpa.
tapi bila so gomok jep buat status nak bersantai di TC aku terus plan nak pergi.

oh my jep
excited tengok status ni semalam
habis kerja semalam terus ke Teluk Cempedak,
dengan harapan dapat jumpa secara live kucing famous nie,
jep tiba agak lewat,
tapi peduli apa,
kalau dah comel dan gebu gabas memang orang akan tunggu punya,
termasuk aku,
bila jep sampai je terus kena serbu,
ternyata bukan aku seorang peminat jep di kuantan nie,
majoriti yang ada adalah kaum wanita,
memang meriah jugak ler semalam,
dah macam mintak autograf artis pulak,
kongsikan sikit gambar-gambar jep diserbu peminat,
oh my jep
sampai je terus serbu
oh my jep
gambar wajib ambik
oh my jep
jepp pandang aku semacam jer
oh my jep
selpi ngan awek
oh my jep
piss jep
oh my jep
rehat dulu
kesian jugak tengok jep semalam,
lepas sorang-sorang nak selfie,
tapi nak buat macam mana jep,
kalau kau dah famous memang itu yang kau kena hadap.
alhamdulillah rasanya semuanya dapat selfie dan pegang jep,
tak meragam jep semalam,
masing-masing pulang dengan ceria jer,
termasuk aku,
siap beli 2 kalendar meja lagi 
satu kat rumah dan satu lagi kat office,
oh my jep
kalendar jep 2016
dapt tengok live memang besar jugak jep nie,
gebus gabas kata orang,
yang paling mahal rasanya muka dia,
tak habis-habis dengan muka "whatever " dia tue,
satu kepuasan ler semalam walaupun sekejap,
dah rasa macam tercapai sesuatu azam bila dapat selfie bersama jep,
kenangan tu.
oh my jep
best shot bila jep pun pandang kemera
oh my jep
ko dah kenapa jep
thanks to umi Azwana & husband kerana sudi bawa jep turun kuantan,
kalau semalam tak pegi entah bila dapat jumpa,
dan buat jep,
ada satu kenyataan,
ko memang hensem.

Gaya Klasik Kasut Dr Martens

cuci mata di Zalora terpandang pulak kasut jenama Dr Martens ni,
jatuh cinta pandang pertama tengok koleksi-koleksi yang ada,
yang buat aku terpikat ialah gaya klasik yang cuba dipertengahkan.
buat kaum lelaki yang gemar meniru gaya Wak Doyok memang sesuai ler kasut yang sebegini.
hipster style,

kasut dr martens
antara koleksi kasut lelaki Dr Martens di Zalora

kalau rasa nak bergaya sedondon dengan pasangan tiada masalah,
koleksi Dr Martens tunrut boleh didapati untuk kaum wanita,
lagipun sekarang dah ramai wanita mula berani menggayakan boots,
nampak matured dan stylist,

kasut dr martens
antara koleksi kasut wanita Dr Martens di Zalora

jenama Dr martens bukan lah jenama baru,
sudah lama bertapak dalam dunia fesyen,
kalau rajin boleh google gambar-gambar kasut Dr Martens,
jangan terkejut kalau tengok ada artis antarabangsa yang turut menggayakan jenama ini,

kalau rasa nak nampak kelainan dalam berfesyen boleh cuba koleksi kasut Dr Martens,
koleksi boot yang ada pasti buat orang terpandang,
warna dan gaya memang lain dari yang lain.
kalau artis pun ada pakai maknanyer kasut tu memang selesa ler dipakai,
kita pun tahu ragam artis macam mana,
keselesaan paling utama dalam karier meraka.

dapatkan koleksi kasut Dr Martens di Zalora sekarang,
bergaya dengan gaya klasik dan hipster,

6 Jan 2016

Jubah Dari Makkah

ada budak tu happy dapat jubah dari makkah,
nenda baru pulang dari umrah last week.
alhamdulillah dipermudahkan segala urusan sewaktu disana.
nenda yang dimaksudkan ialah emak kepada adik ipar shark,
kiranya nenek kepada nurani ler.
gelaran nenda diberi :)

jubah dari makkah
happy dapat 3 pasang jubah
jubah dari makkah
control ayu  
jubah dari makkah
gelang pun dapat jugak
jubah dari makkah
buat-buat comel
untuk dia sahaja dapat 3 pasang jubah,
yang warna hitam ni adalah salah satu daripadanya,
gelang pun dia ada dapat jugak.
tak pasti berapa banyak gelang dia dapat.
beruntung betul kalau jadi cucu sulung nie.
dapat lebih daripada orang lain.
betul tak.

5 Jan 2016

Langgar Pantang Demi Mira Filzah ?

dah masuk episod ke berapa Cinta Si Wedding Planner di Tv3.
masih belum sempat lagi nak tengok lakonan Mira Filzah dalam cerita ni,
ada sebab kenapa aku tak follow walaupun minat dengan senyuman Mira Filzah tu,
cinta si wedding planner
Cinta Si Wedding Planner
dalam sejarah setakat ni memang aku tak follow drama popular di TV3,
kesemua drama popular dimainkan waktu Maghrib,
memang dalam rumah ni time maghrib tidak dibenarkan membuka TV,
menghormati waktu maghrib,
memang dari kecik kami adik beradik telah diajar begitu.
sampai sekarang Alhamdulillah masih ingat pesan mak dan abah,
satu lagi pesanan entah betul entah tidak,
time ni jugak ler banyak syaitan yang keluar suka menghasut tinggalkan Maghrib,
kita mana tahu kan,
sedar-sedar jer maghrib dah sampai penghujung,
syok sangat layan.

lagipun time Maghrib sahaja yang sempat aku ke surau berdekatan,
malu woo surau belakang rumah punya dekat taknak pergi,
tapi ceramah Ustaz Azhar Idrus yang jauh 10-20KM sanggup pergi.
sebab itu sampai sekarang aku tak follow drama yang dimainkan jam 7 di TV3,
tengok tak tengok pun time-time dah nak habis,
buka TV sbb standby nak tengok berita.
time tu ler baru tahu saper belakon dan drama apa yang ada.
cinta si wedding planner
tengok dia senyum
skarang ni Mira Filzah pulak yang keluar time maghrib,
memang tak boleh tengok dia senyum,gugur jantung dibuatmya,
syaitan pun memang suka ler hasut aku time maghrib,
tapi sori Mira Filza,
tak dapat nak follow lakonan kamu untuk kali nie,
lagipun kalau dah popular memang banyak ler drama dia lepas nie.
so tak ralat sangat ler kalau tak tonton.
satu lagi ini drama dari Novel,
takdek original langsung.
buang masa je layan.
hehehehe.

jumpa next drama Mira Filza,
tak sanggup nak langgar pantang hanya untuk kamu :)