30 Nov 2015

17KM Yang Perit

pengalaman yang baru semalam.
larian 17KM yang memeritkan.
masa yang diambil 2 jam 53 minit.
ada yang sanggup berlari dan berjalan dalam tempoh tu?
kalau sanggup boleh join marathon lepas ni
mysihat health run
rekod 17KM
untuk 17KM semalam memang aku surrender.
laluan agak berlainan.
masuk jungle track dan kena berlari di tepi pantai.
boleh dikatakan semalam 13KM untuk beach run.
larian bermula agak lewat sekitar jam 8.
rata-rata perlari perlu berlari di sepanjang pantai sekitar jam 9-11 pagi.
boleh imagine tak panas matahari kat pantai time tu.
orang kata panas kat pantai ni memang lain macam.
memang diakui semalam.
dengan lopak air kena harung,
ditambah pula dengan pasir pantai.
berat sungguh nak angkat kaki.
memang semalam surrender nak lari.
banyak berjalan dari berlari.
mysihat health run
jungle track
mysihat health run
beach run
entah dimana silap penganjur MySihat Health Run
kalau nak ikut pada iklan katanya hanya sejauh 13KM.
tapi semalam bila dah sampai finishing line jarak larian semalam adalah 17KM.
ramai jugak yang bising semalam.
mindset masing2 dah set nak lari 13KM.
tak sangka pulak kena tambah 4KM lagi.
perit tau 4KM lari di tepi pantai
dengan matahari terpacak atas kepala
kasut dan stoking basah kena harung air.
ada jugak yang kecundang.
mysihat health run
x menang apa-apa
yang penting semalam selamat sampai 17KM.
kalau tengok rekod masa memang agak buruk tu.
tapi tak kisah ler.
satu pengalaman baru.
dan seperti biasa dapat lagi rakan baru semalam.
itu yang best kalau join marathon.
dapat kenal dan tambah rakan-rakan baru.

tunggu pula larian apa yang akan datang lepas ni.
waiting for that.

27 Nov 2015

Hanya Di Kuantan

Kuantan dah jadi planet Marikh?
sejauh mana korang percaya mitos ni.
mungkin dengan koleksi gambar ni akan dapat jawapannya.
koleksi kereta bauksit di kawasan Bauksit Kuantan,Pahang Malaysia.

bauksit di kuantan
cuba teka warna apa kereta ni
bauksit di kuantan
ini bukan kereta rally
bauksit di kuantan
tiada lagi warna putih suci murni
bauksit di kuantan
ada nampak P ?
bauksit di kuantan
mana nombor plate?
bauksit di kuantan
dua warna
bauksit di kuantan
seni airbrush?
bauksit di kuantan
bukan kereta klasik
bauksit di kuantan
dah tahu datang dari mana
bauksit di kuantan
tiada lagi kereta sport
bauksit di kuantan
redha
bauksit di kuantan
mampu tak nak basuh
bauksit di kuantan
tinggi pun kena
jangan ditanya kenapa dan mengapa kalau terserempak dengan kereta sebegini di bandar kuantan.
silap-silap dapat pelempang nanti.
bukan malas ,bukan tiada masa , bukan taknak cuci.
tapi dah memang takdir hidup mencari rezeki di daerah bauksit.
tambah2 musim hujan ni memang bertambah pekat warnanya.
bauksit di kuantan
macam mana rupa tuan dia
sampai  bila?
tunggu sampai tiada nilai tanah disini.
kuasa kerajaan kuasa sultan?
hanya mampu berkuasa didepan TV.

p/s : Maaf kepada pemilik kenderaan..nombor pendaftaran jelas terpampang..harap dimaafkan.

25 Nov 2015

Kerja Paling Leceh

bangun pagi tadi tengok air aquarium dah bertukar warna.
dah tak ingat bila last cuci aquarium ni.
rasa macam baru lagi.
memang satu kerja yang leceh kalau nak cuci aquarium ni
kalau dah hobi bela ikan guppy kena ler buat jugak.
aquarium gupi
air dah bertukar kehijauan sikit
dalam aquarium ni ada 10 ikan guppy dewasa.
dan 2-3 minggu lepas ada pertambahan lebih kurang 20 anak ikan guppy.
itu yang leceh bila dah bela ikan guppy.
saiz yang kecik tu memang susah nak asingkan.
kadang-kadang kalau terlepas pandang memang mati sia-sia je guppy tu.
bertambah leceh bila ada anak ikan guppy bersaiz jentik-jentik.
memang kena sabar nak asingkan ikan bersaiz kecik ni.
tapi kalau dah minat kena ler buat.
kalau kotor memang tak nampak ler keunikan ekor ikan guppy nanti.
aquarium gupi
masih nampak aktiviti mereka
aquarium gupi
hijau tapi bersih?
walaupun air dah nampak kehijauan,
tapi still lagi boleh nampak apa yang ada kat dalam aquarium tu.
mungkin jugak pertambahan anak ikan tempoh hari buat air cepat kotor.
harap-harap dapat ler bertahan 1-2 minggu lagi.
takdek mood lagi ni nak cuci.

23 Nov 2015

Sekali Guruh Berbunyi

jam lebih kurang pukul 3 pagi.
memang masa tu semua tengah dibuai mimpi.
ada juga yang masih menonton tv.
aku?
tengah syok layan mimpi.
mimpi siapa pun dah tak ingat.
bunyi kilat di kuantan
kilat di bandar kuantan
tengah syok tido tiba-tiba terjaga dengar bunyi guruh.
phew.
memang lain macam bunyi dia.
bunyi guruh memang terlalu kuat.
sekali bunyi jer.
biasanya guruh ni ada sambungan dia.
terus time tu fikir yang bukan-bukan.
langit berlubang ler,
ribut nak datang ler,
angin taufan semua duk imaginasi dalam kepala otak time tu
macam zaman kanak-kanak punya fikiran dah.

alhamdulillah.
lepas buat apa yang patut terus sambung tidur.
harap-haral itu hanyalah kilat biasa.
mungkin bunyi kuat sebab time tu keadaan terlalu sunyi.
petanda sesuatu yang buruk akan berlaku?
entahler.
itu suma kuasa Allah.
kita berdoa sahaja agar semuanya baik-baik sahaja.

18 Nov 2015

Cabaran Untuk Larian 13KM

untuk tahun 2015 sudah dua kali join event larian sekitar bandar kuantan.
bulan april tiada masalah untuk 10KM Empire Run (klik untuk lihat rekod)
kemudian bulan jun alhamdulillah dapat jugak habiskan 10KM Half Marathon Kuantan(klik untuk lihat rekod)
insyaallah tahun ni akan tamat dengan MySihat Health Run Kuantan
kali ni larian 13KM pada hujung bulan nanti.
mampu ke tidak?

MySihat Health Run Kuantan
MySihat Health Run Kuantan 2015
kalau nak ikutkan program asal larian ini ialah pada 17 Oktober yang lalu,
tapi ditangguhkan kerana waktu tu masalah jerebu yang datang,
jadi ditangguhkan pada hujung bulan nanti.
tapi ada masalah jugak nanti nie
risau pulak kalau hujan,
maklumlah hujung-hujung tahun ni musim tengkujuh.
harap-harap cuaca baik sahaja minggu depan.

kalau hujan?
tengok keadaan macam mana.
kalau setakat hujan rintik-rintik tu akan digagahkan jua untuk berlari.
baru mencabar sikit.
seronok pun ada kalau berlari dalam hujan nie.
waktu kecik-kecik dulu bukan main happy kalau main dalam hujan.
kalau hujan lebat semacam datang pulak dengan kilat memang terpaksa tarik diri ler.
MySihat Health Run Kuantan
pendaftaran berjaya
untuk 13KM ni tak tahulah mampu ker tidak.
biasa buat 7-10KM jer dan rekod 10KM sekitar 1 jam.
bila dah tambah 3KM ni rasa berat ler jugak,
nampak jer macam sikit tapi kalau dah berlari atas jalan tu memang terasa ler jauhnya.
join larian kali ni dapat jugak buat persiapan untuk lebih aktif pada tahun depan.
setakat ni boleh join sekitar Kuantan jer.
tahun depan mungkin boleh ker negeri lain kalau betul-betul dah fit.

mental dah siap.
kaki dan lutut pun dah kasi warm up setiap petang.
harap-harap 13KM pertama nanti dapat dihabiskan tanpa kecederaan,

16 Nov 2015

Dikocok Kocok Baru Sedap

Teh Kocok.
agak trending jugak air ni di kuantan.
aku pulak boleh dikatakan setiap minggu minum.
dekat dengan rumah memang senang ler nak dapatkan air teh kocok di kuantan ni.
rasa dia lain sikit dari minuman kedai makan biasa.
rasa lebih original dan pekat.
pilihan air pun ada banyak.
daripada teh,teh hijau,kopi,coklat hingga keladi.
harga pula RM3.50 sahaja.
teh kocok
Teh Kocok
packing air ni memang cantik.
siap ada plastik bag.
cara penyediaan nampak macam simple.
sukatan air dia hanyalah sebesar gelas cawan "sake"
masukkan serbuk teh,air panas dan kacau.
kemudian masukkan air tadi dlm plastik yang berisi ais.
masukkan susu dan kocokkan.
kat situlah kot dapan nama teh kocok ni.
teh kocok
perisa kopi menjadi faveret
RM3.50 untuk sebesar ni.
bagi aku ok ler.
rasa dia memang betul rasa teh dan kopi.
rasa lemak-lemak manis pun ada.
cuma kandungan ais bagi aku terlalu banyak.
sebab tu air nampk banyak.
standard orang jual air :)
tapi bila difikirkan balik maybe itu cara hilangkan rasa teh pekat yang dibuat sebab tu kena letak ais yang banyak.
teh kocok
sedap bohhhh
tak berapa pasti kat mana lagi ada teh kocok ni.
kalau kat kuantan boleh dapatkan di Indera Mahkota 2,
lokasi dia di sebelah pasaraya tunas manja.
gerai payung tapi jalan sahaja.
untuk harga serendah tu rasanya tiada masalah kalau nak rasa air yang lain dari yang lain.
tengok cara penyediaan pun boleh terhibur.
kena kocok baru sedap.

13 Nov 2015

Setahun Sudah Berlalu

aplikasi On This Day pada Facebook ni kadang-kadang berguna jugak,
mengimbau kenagan-kenangan lalu,
sedar tak sedar dah setahun aku jadi pakcik kepada Aleesya Nurani.
satu-satunya anak buah yang ada sekarang.
aleesya nurani
Umur sebulan
gambar diatas muncul harini.
waktu nie kecik molek lagi.
botak dan tembam.
time ni tau tido jer.
aleesya nurani
umur 3 bulan
ini diambil bulan febuary.
kalau tak silap umur ni ketika 3 bulan.
baru nak start meniarap.
pipi pau bermata bulat.
aleesya nurani
umur setahun
dan ini yang terbaru..
dia balik cuti raya Deepavali..
entah apa fesyen rambut ibu dia buat..

sekarang dah setahun lebih.
dah boleh berjalan dan mulut boleh tahan bising.
hahahah..
aleesya nurani
happy hour
gambar-gambar ni memang kena simpan.
kenangan di masa akan datang.
jangan ditanya bila pakcik dia nak dapatkn makcik.
memang tiada jawapan.
hehehehhe,.,

11 Nov 2015

Air Epal Asam Boi

air epal asam boi.
ketagih pulak minum air ni sekarang.
dulu tak pandang pun kalau ada jual kat pasar malam rumah tu.
terjebak minum air epal asam boi ni waktu kena demam tempoh hari.
nak sedapkan mulut kena ler beli air yang masam.
demam-demam pun gigih ke pasar malam nak cari air yang boleh sedapkan mulut.
start dari situ jumpa dan mula jadi faveret setiap kali pasar malam.

entah kat mana sedap rasanya air ni.
rasa pada buah epal atau asam boi.
epal hijau dah masam.
asam boi plak masam manis.
bila dah campur sekali memang terbaik.
masam-masam manis.
tambah sedap bila ada cebisan kulit epal sekali.
sambil minum boleh kunyah.
nikmat air epal asam boi ada kat situ.

nak dapat yang betul-betul sedap memang susah.
ada yang nama je asam boi tapi tak rasa masam.
ada yang nama je epal tapi rasa manis.
standard kalau dh beli kat pasar malam.
tak boleh nk komplen.
air epal asam boi
bukan sekadar air..siap ada isi lagi
tapi nasib baik jugak ada satu peniaga ni betul-betul sedap air asam boi dia.
setiap selasa shark kompom singgah beli bila dia niaga di pasar malam area rumah shark ( indera mahkota 2 kuantan)
tak kedekut epal.
tak kedekut asam boi.
tak rasa air gula pun.
masam-masam manis original dari epal dan asam boi.
cebisan kulit epal dan isi asam boi akan ada punya dlam cawan.
harga pulak RM2 je.
puas hati dapat.

kalau singgah restoran pun belum tentu dapat rasa macam ni.
harga tak payah cerita ler.
letak asam boi je dah caj singgit.
terus air sama harga dengan nasi goreng.

pasar malam korang air apa yang best?
cari-cari ler air epal asam boi kalau ada.
kena pandai pilih kalau jumpa.
nanti epal tak rasa , asam boi tak rasa.
rasa air gula je.
hehehehe.

6 Nov 2015

Polis Evo Di Astro First

baru jer 2 hari lepas langgan Astro First tengok Jurassic World,
semalam Astro buat iklan cerita Polis Evo dah ada dalam Astro First.
langgan lagi jawabnya hujung minggu nanti
harga?
sama dengan nilai sekeping tiket wayang.
boleh tengok banyak kali dalam masa 2 hari.
jimat sikit dari harga tiket panggung wayang.
polis evo di astro first
Polis Evo kini ditayangkan di Astro First
mungkin agak terlambat untuk menonton,
tapi peduli apa,janji boleh tonton.
kepada yang tak ada Astro dan tak tengok lagi tak perlu risau,
kalau dah keluar kat Astro First tu mesti ada link download lepas nie.
dah boleh cari kat FB dan google link download Polis Evo.
teknologi pada dekoder Astro sekarang memudahkan kerja pencetak rompak,
boleh rekod dan rakam dalam bentuk HD.
kemudian masuk dalam CD dan jual di pasar malam.
bagi yang kaki internet lagi mudah,
boleh dapatkan secara percuma dengan link download yang bersepah nanti,
cakap je nak format apa semuanya ada.
bergantung pada kualiti dan kuota internet korang.
zaman sudah di hujung jari katanya.

terpulang nak tengok yang mana satu.
asalakan korang tak terlepas untuk menonton filem yang telah catat sejarah dalam perfileman Malaysia.
kalau tak silap kutipan Polis Evo dah cecah 17juta.
phewww.
berapa bonus yang diterima oleh sam dan zizan kalau dah kutipan macam tu.
boleh beli cash kereta Evo sebijik sorang dah.

tak sabar nak tonton hujung minggu nanti.
kebetulan adik beradik pun ada balik bercuti.
memang terbaik ler luang masa nanti.
seronok sikit tengok ramai-rama.
nak tahu jugak le sejauh mana kualiti filem 17juta ni.
berkualiti atau sekadar gimik action.
kalau berkualiti harapnya dapat diteruskan dengan Polis Evo 2.

5 Nov 2015

Best Ke Pencetus Ummah 2015 ?

pencetus ummah 2015
Pencetus Ummah 2015 setiap Khamis jam 9.30malam
sudah masuk minggu keempat Pencetus Ummah 2015,
setakat ni alhamdulillah tak pernah miss lagi setiap malam jumaat.
last week punya mimbar memang terbaik.
terbaik sampai air mata jantan aku boleh keluar.
boleh tengok entry yg lepas kenapa aku menangis ( klik sini ).
malam ni apa pula ilmu yang boleh kita dapat.
kalau ditanya PU faveret rasanya semua best.
tapi kalau dari segi personaliti,
aku memilih PU Allen,

Pencetus Ummah 2015
Rock macam man pun , Allah jangan lupa
PU Allen ni dulu pernah viral di media sosial dengan lagu " She's Gone"
seorang peniaga char kuey teow di pulau pinang,
pernah dijemput menyanyi dalam konsert Kilauan Emas dengan kasut boot kuning.
nak dengar suara dia boleh google atau Youtube Allen Castello.
itu baru nyanyian,
belum lagi dengar dia azan,
memang sedap dia punya alunan azan,
trademark dia "rock -rock juga,Allah jangan lupa" ,
kalau nak tengok dia berdakwah jangan lupa tonton setiap khamis jam 9.30 malam di Astro Oasis dan Astro Maya HD,
hanya di Pencetus Ummah 2015

4 Nov 2015

Cuti Di Hari Bekerja

cuti di hari bekerja.
orang lain tengah tension kerja,
aku melepak sahaja di rumah.
manfaatkan cuti tahunan yang ada.
baki cuti banyak lagi , jadi ambil keputusan berehat di rumah harini.
rehat sebelum kembali sibuk esok dan hari berikutnya.

best memang best.
saper kata tak best cuti.
bangun tidur pun pukul berapa harini.
skip brekfast , bangun-bangun je lunch :)
tapi ada jugak satu tahap bosan yang amat bila.
terutama bila petang
nak layan TV memang tiada siaran best.
astro tak payah cakap le dia punya ulangan sampai beratus kali sebulan.
nak kuar minum semua member busy kerja.
nak kuar mall pun bkn ada apa.
melepak kat rumah jelar jawabnya.
last-last kena langgan Astro Best.
cerita pilihan Jurassic World.
langgan astro first
langgan Astro First dengan mudah
langgan astro first
 Jurassic World
ada jugak ler hiburan harini.
nak layan drama memang tidak ler.
best ke cuti hari bekerja?
best ler dapat berehat.
yang tak best melepak dalam rumah je.
sorang-sorang kat rumah boleh tahan bosan.