30 Oct 2015

Andai Aku Tidak Dapat Melihat

"Abah seorang yang buta,
Abah tidak pernah melihat wajah anak-anak abah,
bilakah abah mampu meilihat wajah-wajah yang abah besarkan dengan kasih sayang"
apa perasaan jika itu yang ditanya oleh ibubapa kita yang cacat penglihatan.
itu yang terjadi pada sahabat dalam Pencetus Ummah 2015 malam tadi.
memang tidak disangka soalan begitu keluar dari ayahanda beliau,
soalan yang perlu dijawab secara langsung,
soalan yang aku rasa anak sendiri tidak menyangka akan ditanya begitu
aku yang tengok memang terkejut dan ye aku menangis.
apatah lagi PU Amin yang ditanya oleh bapanya sendiri,
begitu besar dugaan beliau malam tadi
begitu besar juga pengorbanan PU Amin membesarkan bapanya yang cacat penglihatan,

pencetus ummah 2015
suasana pilu di Pencetus Ummah Minggu ketiga malam tadi | sumber : FB Pencetus Ummah
kita  pula bising akan benda-benda yang kita tak dapat nikmati dengan sempurna,
sedang syok tengok tv tiba-tiba blackout
sedang syok membaca tiba-tiba lampu terpadam,
sedang syok menjamah makanan tiba-tiba gelap.
apa perasaan ketika itu,
marah , hilang mood , mengamuk tak tentu pasal.
walaupun sekejap tapi kita tidak mampu untuk bertahan.
bersyukur lah kita mampu melihat sebelum itu.
syukur lah kita masih mampu melihat selepas semua dibaikpulih.
ada yang tidak bertuah seperti kita di dunia ini.
pandangan mereka kabur selama-lamanya.

sementara kita masih mampu melihat ni tatap le sepuasnya,
jangan bila dah hilang baru kita nak rindui wajah mereka,
baru sibuk nak buat wallpaper di smartphone,
hargai mereka ketika kita masih mampu melihat.
tak pernah terfikir apa yang akan terjadi andai aku tak dapat melihat.
semua gelap dan hanya suara yang dapat didengar.
umpama menonton tv tanpa gambar,
menikmati makanan tanpa melihat.
mampukah aku laluinya?
tidak.

28 Oct 2015

Nak Pakai Adidas ZX

kalau ikutkan hati nak je buat koleksi adidas ZX nie.
walaupun dah lama ada dalam pasaran tapi masih lagi berstyle,
yang menarik pasal kasut adidas ZX ni ialah warna.
macam-macam kombinasi warna ada.
tiada lagi satu kasut satu warna seperti dulu-dulu
sekarang semua warna ada pada sepasang kasut.
patern pula ada banyak,
dan yang paling diminati ialah ZX Flux
design Flux memang simple,moden,stylish dan colourfull.
adidas zx
patern Adidas ZX Flux
adidas ZX ni kalau kena dengan gaya pemakaian memang stylo,
nak pandai matching warna je.
kena pada warna,kena pada gaya memang dah macam artis.
posting #ootd kat IG boleh dapat beribu like,
itu kalau pandai ler.
kalau tak pandai matching umpama pakai kasut sukan biasa jer.
adidas zx
Adidas ZX 630 ( Red Zest )
adidas zx
matching dengan pakaian memang awesome
ramai jugak yang jual adidas ZX klon nie,
kalau refer pada IG memang ramai yang jual,
ada yang kata Gred AAA,ada yang kata klon 1:1
cap ayam pun ada jugak,,sekali basuh abis rosak kasut.
tapi harga memang jauh lebih murah daripada original.

kalau nak beli boleh beli yang model  ZX Flux.
sebab ZX Flux ni koleksi dia ada banyak dan trending,
rasanya memang boleh disesuaikan dengan mana-mana majlis,
dari warna sampai ke patern,
dari satu warna sampai warna pelangi,
memang smart dan stylo kalau dah sarung.
adidas zx
ZX Flux Poppy Red
adidas zx
ZX 8000 Dark Teal
adidas zx
ZX Floral
original atau klon itu subjektif,
yang penting selesa pakai.
lagipun kasut ni bukan pakai hari-hari,
setakat keluar hujung minggu jer,
kalau harga klon dah murah boleh beli beberapa pasang,
kalau dah bnyak koleksi boleh ler setiap minggu tukar,
takdek ler kasut tu cepat rosak.

harap-harap dapat ler beberapa koleksi kasut Adidas ZX nie dalam simpanan nanti
kalau ada sesiapa nak sponsor pun boleh,
nak belanja pun dialukkan.
kita kan kawan :)

26 Oct 2015

Rambut Mohawk

“tepi kasi botak,
atas kasi simpan.
depan kasi V"
simple order jer untuk new hairstyle,
alhamdulillah tukang gunting ni paham apa yang aku nak.
fesyen rambut lelaki bukan susah.
last touchup jadi ler rambut mohawk,
fesyen rambut lelaki
mohawk style
bahagian tepi dibotakkan sehingga paras atas,
kalau ikut cakap barber,
itu adalah bahagian tapak rambut,
botak pula ambil nombor 1,
pakai mesin set je nombor 1 dapat ler nipis macam ni.
bahagian atas tak usik apa-apa
kalau dh bosan buat pacak boleh buat style lain jugak.
buat rambut pun kena ada backup plan.
nanti takdekler bosan rambut sama je pergi mana-mana majlis.
bahagian depan kasi tajam macam huruf V.
kasi nampak berstyle.
fesyen rambut lelaki
rambut jahat tapi dalam hati ada taman
kalau dulu-dulu rambut macam ni orang kata rambut gangster.
rambut budak bermasalah.
rambut budak jahat.
sekarang tak tahuler masih ada lagi yang berfikiran macam tu.
kalau ada biarkan saja apa kata mereka.
biar mereka dengan dosa mereka.
yang penting aku masih mampu solat dengan rambut begini.

22 Oct 2015

Godaan Bau Asap Vape

semalam ada orang hisap vape flavour buah salak.
phew.
asap pun sekarang dah ada bau.
tak tercapai dek akal bila buah-buahan pun boleh dijadikan flavour vape
katanya flavour milo pun ada.
aiskrim paddle pop pun ada.
macam mana diorang buat pun tak tahu ler.
bau pulak memang sama dengan yang original.
flavour milo ais
flavour vape -milo ais
bila duduk dengan orang hisap vape ni kadang-kadang boleh tergoda dengan bau asap tu.
kalau yang hisap flavour blackcurrent tu rasa manis je.
rasa macam gula-gula sugus pun ada.
rasa nak kunyah-kunyah je bau asap vape tu.
flavour gula-gula
flavour gula-gula dan air
tak hairan lah kalau orang yang tak pernah hisap rokok tetiba je nak hisap vape.
sekarang ni pun ramai dh kaum wanita yang hisap vape.
mungkin sebab bau flavour vape ni wangi.
tambahan pula ada macam-macam perisa.
daripada buah,gula-gula,dan katanya flavour nasi lemak pun ada.
memang siapa tak tergoda kan.
orang malaysia memang tak boleh tolak bab makanan.
budak sekolah pun boleh tergoda kalau perisa strawberi pun ada.
hisap vape bau wangi je.
tiada lagi bau rokok dunhill melekat pada baju sekolah.
tak boleh nak salahkan mana-mana pihak kalau dah babit budak bawah umur.
masing-masing ada tanggungjawab.
pandai atau tidak je nak laksanakan.

stakat ni tak terlintas lagi nak hisap vape.
rokok jauh sekali.
cuma risau jugak le kalau asyik sedut asap vape je ni.
macam-macam flavour dah dalam masuk hidung.
harapnya tak bawa penyakit yang serius.

agak-agak lepas ni apa pulak yang trending.
vape dah ramai yang pakai.
asap vape pulak dah ramai yang komplen.
mungkin lepas ni asap bewarna-warni pulak?
siapa tahu kan.
kalau dah kreatif apa saja boleh dibuat.
#vapeon katanya.

vape-vape juga.
orang sekeliling jangan lupa.

16 Oct 2015

Nama Dia Mira Filzah

Mira Filzah.
sekali dia senyum memang rasa nak patah-patah je tulang rusuk ni.
first time tengok dia waktu bulan puasa.
rancangan Qari Junior.
dia pengacara.
tiap-tiap petang jugak ler aku tercongok depan TV.
nak tengok adik-adik Qari yang genius kononnya.
padahal nak tengok kak mira (panggilan dalam rancangan itu)
jatuh cinta terus kali pertama tengok.
bukan lelaki ler kalau tak terpikat dengan wajah Mira Filzah.
mita filzah
sekali dia senyum..erghhhhhh
kali kedua tengok dia dalam drama Abang Beduk di astro.
start situ baru tau dia ni pelakon.
jarang layan drama sebab tu tak tahu sangat perihal pelakon-pelakon baru.
dalam drama tu memang hanya Allah yang tahu perasaan ku.
cantik dan manis orangnyer.
paling mahal bila dia senyum.
memang time tu makan coklat cadburry pun cair aku pegang.
time tu muncul mat jenin menghasut aku.
mula berangan nak jadikan dia awekku.
mula berangan nak dapatkan gadis seperti Mira Filzah.
tapi nasib baik jugak aku ni masih mampu berfikir.
masih kuat iman kononya.
cukuplah aku mengagumi kecantikan beliau.
drama abang beduk
Drama Abang Beduk di Astro
Mira filzah
cantik bila dia senyum
malam tadi dia muncul lagi.
dalam rancangan Pencetus Ummah.
aku hanya mampu memandang dari jauh.
abang cameraman pun jahat jugak malam tadi.
bnyak kali kasi frame muka dia.
nk kasi aku jeles atau abang cameraman pun minat dia.
berapa ramai agaknya yang menunggu que.

kepada Mira Filzah.
Gud Luck for your future.
bersyukur atas pemberian Allah kepada kamu.
kamu memang cantik.
kalau senyum bertambah cantik.
menusuk jantungku

oh ya.
Mira Filzah juga ada blog.
mungkin ada yang tahu mungkin tidak.
boleh ke blog Mira Filzah di www.mirarafilzah.blogspot.my

14 Oct 2015

Sado Yang Trending

trending jugak perkataan sado sekarang nie.
bukan saja perkataan,
badan-badan sado pun dah jadi macam trending sekarang,
dulu bukan main kutuk abang-abang sado,
katanya buat apa lengan besar-besar,
nak garu belakang pun tak sampai,
tapi sekarang kalau pergi gym budak sekolah pun sibuk nak sado.
jordan yeoh
bila abang sado Jordan Yeoh jual durian
kalau tak silap sado ni trending lepas munculnya Zul Ariffin,
dulu-dulu Zul Ariffin ni takder ler orang pandang sangat rasanya,
lepas drama popular kat TV3 terus trending,
nak tengok Zul Ariffin yang dulu boleh tengok entry ni.
bila dah popular satu badan ler orang tengok,
start dari situ ler ramai yang nak jadi abang sado,
jeles ler tu awek dia minat Zul Ariffin,
tu yang memasing nak jadi sado,

pergi gym sekarang bukan lagi untuk kesihatan,
pergi gym sekarang hanya untuk kelihatan sado,
sanggup berhabis ratusan ringgit nak dapatkan supliment,
susu dan supliment bukan murah,
semuanya ratus-ratus,
lagi mahal dari bayar kat gym tiap-tiap bulan.
kat situ ramai yang silap nak jadi sado ekspress.
tak sado awek tak terpikat,
tak sado orang tak pandang,
sedih betul kalau ada orang yang berfikir macam nie.

aku?
masih bersykur dengan badan slim macam nie,
nak naik tu memang susah kot,
tambahan pulak aku ni lebih suka bersukan,
selang sehari workout kat rumah,
jogging memang dah rutin setiap minggu.
rasa tak complete kalau badan ni tak kasi peluh
biar aku kurus,
janji aku sihat.
nak juga sado tue,
tapi sado aku takdelah sampai habis beratus ringgit.
sado aku takdelah untuk bermegah
sado aku hanya untuk fitness dan kesihatan.
sado
rutin workout kat rumah ..follow my IG
sekadar peringatan untuk yang nak jadi abang sado ekspress,
sekdara peringatan untuk budak-budak sekolah yang nak jadi sado.
jangan ikutkan sangat trending-trending,
jangan harapkan sangat pada supliment.
simpan duit dan training secara sihat.
eat clean food.
Love Your Body.

7 Oct 2015

Ada Apa Pada Lelaki Simpanan

novel indie yang mampu mengeluarkan airmata,
kisah lelaki simpanan di sebuah kampung yang entah dari mana,
mereka bukan sebarang lelaki simpanan yang ada,
mereka tidak seghairah tidak seseksi seperti wanita simpanan,
tapi mereka ada sesuatu rahsia yang korang kena baca.
lelaki simpanan
Lelaki simpanan
novel ni tak tebal , tak besar,
memang boleh selit dalam handbag atau pouchbag,
boleh baca sambil duk tunggu bas,LRT,
boleh baca sambil duk tunggu kekasih hati hisap vape , pergi toilet
korang akan nampak bergaya bila baca buku ni di khayalak ramai.
lelaki simpanan
12 pengarang 1 jalan cerita
kisah bermula di sebuah kampung bernama Fatimah Kacip.
dalam masa terdekat mereka ada satu perlawanan bolasepak.
perlawanan yang membabitkan maruah kampung mereka.
dan nak dijadikan cerita pemain-pemai utama bolasepak mereka hilang,
hilang disaat-saat akhir pulak tu
kecoh satu kampung,
kecoh satu kedai makan,
mesyuarat dibuat dan pasukan bolasepak Fatimah Kacip terpaksa mencari pemain simpanan.
dari pemain simpanan itu wujudlah satu pasukan digelar Lelaki Simpanan.
siapa lelaki-lelaki simpanan nie?
boleh ker mereka bermain bola?
mana hilang pemain utama?
lelaki simpanan
Lin Dan pun ada main ?
lelaki simpanan
siapa Bedu McEnro?
kalau nak dibandingkan dengan cerita pasukan bolasepak Harimau Malaya,
cerita lelaki simpanan ni lagi hebat,
kaki kengkang ada , raja gulung takraw ada , yang kena sawan pun ada,
1 watak 1 tajuk kecil,
jadi korang akan akan tahu skill dan sejarah hidup lelaki simpanan ni,
sejarah yang akan buat korang ketawa keseorangan,
skill yang akan buat korang mengeluarkan airmata,

untuk info buku ini dikarang oleh 12 orang pengarang,
12 pengarang 12 jalan cerita kecil,
daripada jalan cerita kecil dibesarkan menjadi satu jalan cerita yang besar,
satu jalan cerita diluar jangkaan,
satu jalan cerita yang tak boleh diterima akal.

dapatkan buku ni di Facebook Sindiket Soljah.
harga memang setanding dengan jalan cerita.
kalau rasa nak beli borong,
beli sekali novel Sepucuk Pistol Di Dalam Laci.
shark dah review tempoh hari kat sini

oh ya,
novel lelaki simpanan  ni genre humour,
bukan novel edisi throback mahupun tangkap cintan.
ini novel memang lawak.
selamat bergelak ketawa.