29 Sep 2015

Antara Nora Danish Dengan Priyanka Chopra

malam tadi sempat tonton Quantico,
drama tv bersiri yang baru dalam channel AXN,
akan bersiaran setiap malam isnin nanti di astro.
yang menarik drama ni sebab ada pelakon bollywood,Priyanka Chopra
priyanka chopra
Quantico - tv series terbaru di AXN
Priyanka Chopra memegang watak utama dalam rancangan bersiri U.S
bukan sebarang watak yang dia dapat tu,
pelakon utama dipegang oleh pelakon bollywood,
dan tengok cara dia speaking pun boleh tahan tiptop,
kalau kat malaysia ni pelakon-pelakon bollywood dicemuh,
sikit-sikit menari,
sikit-sikit menyanyi,
cerita pun kadang-kadang tak logik,
tapi sekarang diorang dah boleh pegang watak dalam rancangan bersiri international,
kalau tak silap ini bukan kali pertama  pelakon bollywood berlakon hollywood,
artis Malaysia?
nora danish polis evo
ala tomey tomey Nora Danish
belajar luar negara rasanya ramai,
yang cantik yang comel yang seksi pun boleh tahan,
anugerah pulak ada yang dah menang bertimbun,
tapi sampai mana pencapaian mereka sekarang,
hanya boleh berbangga dalam negara,
nak dengar diorang speaking susah,
semuanya bercampur rojak,
tapi kredit ler jugak sebab diorang boleh dialog loghat semua negeri,
yang terbaru Nora Danish cakap ganu dalam Polis Evo,
boleh tahan lawak bila dia dialog dalam loghat ganu

takut aksi melampau yang ada dalam filem hollywood?
setakat peluk-peluk tu tak perlu risau sangat,
macam tak biasa buat dalam filem malaysia,
takut pakaian seksi?
berkemban pun dah pernah ada dalam filem malaysia,
lagipun tak semua filem hollywood ada adengan macam tu.
Michelle Yeoh?
bukan pelakon Malaysia sangat pun Michelle Yeoh nie,
lahir jer kat malaysia,
Malaysia je yang tumpang nama dia,

bila agaknya pelakon-pelakon kita nak ke hollywood,
penyanyi dah ada,
tunggu Nora Danish ler pulak lepas nie.
berdarah hidung nanti tengok dia berlakon Hollywod.

23 Sep 2015

Pandang Rendah Filem Kapsul

ramai yang bagi feedback menarik Filem Kapsul.
kalau sebelum ni aku excited nak tengok Polis Evo yang macam best tue,
rasanya boleh tambah satu lagi list untuk ditonton nanti.
filem kapsul
Kapsul
kekuatan cerita nie?
kalau tengok pada trailer semestinya nak tunggu kemunculan istimewa Tun Mahathir tu.
katanya ada jugak kemunculan Kereta Perdana generasi baru yang akan dikeluarkan nanti.
hero pulak faizal Hussein,
siapa peduli pasal heroin kalau jalan cerita dia dah menarik.
tengok pada review filem kapsul macam tak percaya.
ada yang menangis part ending
ada yang ketawa sinis bila part PM kita muncul (hehehe)
ada yang dah tengok 2-3 kali
ada yang bawa satu family tengok.
respect pada mereka yang support filem tempatan
repsect pada mereka yang support filem patriotik macam ini.

filem kapsul
adegan Tun Mahathir
filem kapsul
Kereta Perdana Yang Baharu
pertama kali tengok pada jalan cerita secara jujur aku tak berminat.
mungkin semangat patriotik aku tak menebal macam orang lain
malu pada diri sendiri.
tapi bila dah rakan-rakan sendiri dah tonton dah bagi tumbs up,
aku perlu ubah minda.
aku perlu ubah citarasa,
aku harus tonton sendiri Filem kapsul ni
betul ler cakap orang putih
"Dont Judge Book By Its Cover "

insyaallah akan ke pawagam dalam  masa terdekat.
tak sabar jugak nak tonton hasil karya allahyarham Martias Ali,
mungkin ada yang kenal mungkin tidak,
allahyarham Martias Ali adalah suami kepada blogger Bicara Mak Dara.
at least boleh jugak support sesama blogger,

jangan lupa singgah ke Facebok Kapsul The Movie,
kat situ ada semua feedback dari penonton yang dah tengok,
kat situ kita boleh nilai kekuatan filem kapsul.
tak sabar pulak nak tengok.

22 Sep 2015

Godaan Maggi Kari

cerita ahad yang lepas,
makan maggi kari petang-petang minggu.
semuanya gara-gara layan Running Man kat TV2,
yang tonton Running Man ahad lepas mesti tahu slot nie.
part dimana Jae Suk kena pilih makanan yang digemari.
atas meja tu ada ler aiskrim,roti,ayam KFC dan yang buat aku terliur ialah Ramen,
makan maggi kari
slot yang buat aku terliur
entah macam mana boleh plak terliur tengok dia makan ramen.
tak boleh nak imagine kot perasaan time tue.
ramen panas-panas letak dalam periuk,
bila buka tudung periuk keluar ler wap asap panas tu,
dengan warna kari dia yang cantik memang bikin terliur jer tengok.
secara automatik aku terhidu bau maggi kari.

time iklan dengan gigih ke kedai runcit,
nasib baik jugak ler kedai runcit kat rumah nie dekat,
balik dari kedai terus masak terus lahap.
dah lama sangat kot tak makan Maggi sampai boleh aku tergoda
tak payah telur tak payah sayur,
masak dengan air yang sikit kasi kuah dia pekat dah cukup tiptop.
maggi kari
kuah kasi pekat memang tiptop rasanya
kalau time skolah dulu maggi ni boleh buat jajan kot.
belajar dengan saper entah makan maggi mentah.
buat macam mamee monster.
kasi dia hancur , letak perencah , goncang-goncang kasi sebati , makan.
hahahaha..
heaven rasa dapat makan macam tue.

dah besar ni rasa dah kurang sikit makan maggi,
selera dah bertukar maybe,
tapi still rasa terliur kalau dapat bau maggi kari nie.
bau kari dia lain macam sikit,
kalau jiran sebelah masak maggi kari pun still boleh bau.
penangan Maggi Kari.

21 Sep 2015

Kaio Studio , Dari Malaysia Ke Paris

Kaio bukanlah nama baru dalam industi photography,
kaio atau nama sebenarnya Khairul Anwar Abdullah mempunyai sejarah tersendiri dalam bidang fotografi dan videografi di malaysia
daripada bergerak solo sehingga mempunyai pasukan sendiri Kaio Studio,
Kaio Studio - Cinematography & Photography
kerjaya awal kaio bermula sebagai Pemandu Pelancong,
sekitar tahun 2008 beliau telah menguruskan rombongan dari serata dunia,
Iran,Jepun,Vietnam,China,Australia semunya telah dibawa,
dan beliau pernah muncul di kaca TV dan akhbar sebagai pemandu pelancong muda yang berjaya
pemandu pelancong muda
dari pemandu pelancing ke jurufoto profesional
tahun 2009,
kaio mula terjun ke dunia blog secara suka-suka,
dan mula aktif sekitar 2011,
mula dikenali apabila banyak melibat diri dengan rangkaian media sosial,
beliau bayak bekerjasama denga Harian Islam , Oh Media , Hai Blogger dan yang terbaru Kelab Blogger Ben Ashaari.
kaio studio
Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari
tahun 2012 kaio mula serius dalam bidang fotografi dan videografi,
beliau mula bergerak secara kumpulan dengan jenama sendiri , Kaio Studio
kini Kaio Studio boleh bangga dengan pencapaian yang ada,
daripada Malaysia hingga ke Paris ,Cairo dan Mesir.
daripada video perkahwinan sehingga ke video peragaan fesyen terkemuka,
daripada pertunjukan fesyen sehingga ke persembahan artis tersohor
kaio studio
photoshoot model di Paris
kaio studio
Bersama pereka fesyen Melinda Looi
kaio studio
Bersama dato Siti Nurhaliza
kaio studio
photoshoot bersama Anuar Zain Di Paris
berikut adalah hasil-hasil kerja Kaio Studio :

1. Cover Magazine Photoshoot with Anuar Zain in Paris (video by Kaio Studio)
2. Mothers Day Miracle Night with Dato Siti Nurhaliza
3. Lumiere Fashion Show, MiTC Melaka
5. Jubah Eisa by Ezuwan Ismail feat. Ungku Ismail Aziz Videoshoot in Cairo, Egypt.
6. Ceres Jewels Bollywood Gala Night
7. Pure Lens by Mawar Rashid.
8. Official videogreapher for IMBAS by Zawara Fashion Show 2015
9. Islamic Fashion Festival Kembara Nazneen 2012, Perlis.
10. Korporat video ICON OFFSHORE Sdn Bhd
bagi Anwar Abdullah pulak,
pengalaman beliau cukup luas dalam bidang fotografi dan videography,
pernah dipanggil menjadi fotographer untuk syarikat Felda Global Venture (FGV) sewaktu syarikat tersebut membuat lawatan ke Chiang Mai
beliau juga pernah menghasilkan video korporat bersama Iron Lady Malaysia , Datuk Maznah Hamid,
dijemput khas oleh Tourism Authority Of Thailand untuk membuat liputan "Discover Thainess 2015"
boleh lihat hasil kerja beliau di Youtube - Discover Thainess 2015
kaio studio
bersama Iron Lady Malaysia , Datuk Maznah Hamid
dan baru-baru ini baru sahaja memenangi Pertandingan Most Glam Fashion Videographer daripada  Glam Megazine Malaysia.

banyak lagi hasil-hasil kerja mereka yang begitu kreatif dalam videografi dan fotografi,
daripada perkahwinan sehingga video korporat,
nak tengok hasil terbaru dari Kaio Studio boleh ke Instagram Kelab Blogger Ben Ahsaari,
boleh lihat moment-moment yang diambil oleh Team Kaio sendiri,
cantik dan ada penceritaan.

untuk dapatkan pakej-pakej yang ditawarkan boleh terus ke laman sesawang mereka,
www.kaiostudio.com
disitu anda boleh dapat dan lihat hasil-hasil kerja dari team Kaio Studio.
boleh juga follow mereka di Facebook Dan Instagram
Facebook : www.facebook.com/kaiocreativestudio
Instagram : www.instagram.com/kaiostudio 

abadikan moment indah bersama Kaio Studio.
takkan menyesal dengan pakej dan servis yang diberikan.
100% recommended.

17 Sep 2015

Polis Evo Macam Best

harini Filem Polis Evo akan ditayangkan di semua pawagam,
kalau tengok daipada trailer macam boleh bikin pecah panggung,
polis evo
lakonan Shaheizy Sam dan Zizan
malam tadi astro ada buat tayangan perdana 20 minit,
sempat jugak ler tengok .
awal tayangan dah menarik bila dengar Nora Danish cakap ganu,
kecomelan Nora Danish tu tak perlu ler nak cerita
bertambah comel pulak bila dialog dalam loghat ganu.
Shaheizy Sam kali ni nampak lain,
nampak smart dengan badan  baru dia yang sado tue.
boleh bikin jeles jugak tengok.
katanya dia buat badan dalam masa 5 bulan je.
zizan pulak so-so saja,
sori zizang,
kalau tengok pada trailer lokasi shooting kali ni cantik,
luar daripada kebiasaan,
Terengganu menjadi lokasi utama pengambaraan,
boring jugak asyik duk tengok bandar kL je dalam movie,

sebelum ni pengarah filem Polis Evo ada muncul di rancagan Meletop,
katanya filem Polis Evo ni akan ada sambungan,
akan ada sekuel dia,
kalau kt US ada Fast Furious,Mision Imposible
kat Malaysia kita ada Polis Evo,
satu perkembangan positif untuk filem malaysia,
harap-harap setanding ler dengan kualiti filem barat,

tengah berkira-kira bila nak tengok kat panggung,
harap-harap berbaloi ler dengan harga tiket,
tengok pada trailer memang macam best,
tengok tayangan awal malam tadi pun macam best jugak.
harap filem ni bukan filem bajet best.

15 Sep 2015

Memori Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari

memori indah 2015 telah terpahat,
3hari 2malam di Hulu Langat memang satu pengalaman yang tak akan dilupakan,
pengalaman baru bersama keluarga baru.
keluarga yang bagi aku memang cukup sporting dan havoc,
terima kasih kepada Cosmoderm selaku panaja utama Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari.
Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari
Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari 2015
kalau tengok timeline facebook memang penuh dengan gambar-gambar disana,
tengok gambar memang meriah,
tapi realitinya lagi meriah lagi happening,

moment paling best?
rasanya sukan rakyat pada petang hari kedua memang paling happening,
dari awal sampai akhir team baju merah dan baju purple duk bergaduh,
perangai daddy-daddy time ni mengalahkan anak.
start dari kes curi tin sampai kes wrestling dalam air,
dari darat sampai ke air tak habis-habis duk gelak,
sakit rahang ni duk bergelak sakan.
masing-masing dah dapat mandi air sungai taknak naik,
daripada gambar sampai ke video
semuanya akan terpahat dalam memori

Happy Jump | full video di sini
lebih gambar menarik boleh ker Official instagram Kelab Blogger Ben Ashari

Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari
aksi team baju merah
Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari
acara wrestling paling havoc
memang tak kusangka perangai big boss aku berubah,
dari luar nampak sado nampak garang,
tapi bila dah start main game terus berubah watak jadi budak-budak.
peduli apa
kat sini dah tiada peranan seorang blogger,
semuanya dah macam adik beradik
semuanya dah macam satu family
tiada perbezaan langsung antara kami semua,
we strong we unite we are family

Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari
abg sado beraksi dalam diam-diam
Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari kali ini telah mendapat beberapa tajaan,
memang aku tak sangka ada pihak sudi menaja percutian kami disini,
cuma ralat sikit sebab aku tak dapat nak berapa enjoy,
badan terlalu letih dan minda letih,
hari selasa ke terengganu dan kelantan,
dari kelantan ke perak pada hari rabu,
hari khamis ada di pineng,
hari khamis tu jugak terus pulang ke kuantan,
jumaat terus gerak ke kL dan seterusnya ke Hulu Langat,
letih tapi dapat jumpa keluarga yang happening sikit sebanyak hilang semua tue.

family day kelab blogger ben ashaari
Last day bersama baby amal - anak blogger mommy rayyan
tak tahu nak start dari mana pengalaman bertemu dengan keluarga baru buat pertama kali,
terasa macam dah lama kenal diorang walaupun baru kali pertama jumpa,
selama ni asyik duk berborak dalam group whatsap saja,
komuniti kelab blogger ben ashaari memang aku follow dari dulu lagi,
dan tak sangka , aku sudah pun menjadi sebahagian dari keluarga kbba,

thanx n respect Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari

9 Sep 2015

Shazzwan,Dulu Banduan Kini Rapper

sebelum ni memang shark tak mengenali rapper baru ni,
katanya album beliau , Shazzwan -Titipan Banduan Muda baru sahaja dikeluarkan,
isnin yang lepas shazzwan muncul dalam Rancangan Malaysia Hari Ini,
dan menyanyikan beberapa buah  lagu beliau.
first impression bila dengar lagu dia "WOW"
lirik,lagu dan suara dia memang terbaik,
shazzwan
album Shazzwan - Titipan banduan Muda | sumber : Ben Ashaari
setakat ni dalam malaysia minat Joe Flizzow dan Malique je dalam dunia HipHop,
tapi bila dengar lagu shazzwan ni rasanya boleh masuk dalam list faveret,
kalau dia mampu menulis lirik,buat lagu,dan rap dia adalah rapper sejati,
sorry Zizan, kau bukan seorang rapper :)

lirik lagu shazzwan memang mudah kita nak faham
setiap lirik ada makna,
rapper dia pun mudah kita nak dengar,
lagu "Dosa Menghantui" dan "Titipan Banduan Muda" memang tak puas dengar,
kalau tak silap lagu ni menceritakan kisah beliau di masa lalu,
dan kesemua lagu-lagu dalam album ini adalah hasil buah tangan dia sendiri dan pengalaman sendiri,
memang tidak hairan lah bila dengar lagu dia rasa macam  something he want to share
sumber : Hmtero - Tak Malu Kongsi Sejarah Hitam
shazzwan titipan banduan muda
shazzwan,dulu banduan kini rapper | sumber : Hmetro
yang masih belum dengar boleh ker Youtube - Titipan Banduan Muda
official VKlip sudah pun ada untuk lagu tersebut.
untuk lebih info dan perkembangan terkini boleh follow shazzwan di Facebook/shazzwan.mss

sebut banduan secara otomatik kita duk fikir orang jahat,
macam ler kita ni bagus sangat,
setiap banduan ada cerita ada sebab mengapa mereka jadi begitu,
cuma kita saja yang tahu tahu dan tak ingin ambil tahu,
begitu bangga dengan dunia sendiri.

7 Sep 2015

Movie Di Panggung Lagi Feeling?

ada yang belum tengok Fast Furious 7 ?
yang ada astro boleh tonton di Astro Best.
harga untuk tayangan Fast Furious 7 RM 10.60.
tayangan selama 2hari,
nak tengok ramai mana pun boleh.
nak guling nak baring pun boleh.
boleh tahan le harga untk RM10 di Astro Best.
cuma tayangan tu agak lambat le sikit.
tayangan astro best
tayangan di Astro Best
tak puas sebenarnya layan FF7 kat panggung tempoh hari.
nak tengok kali kedua terbantut je.
katanya ada yang lebih 2kali tengok cerita ni.
masing-masing punya minat.
dengar lagu "when i see u again" je ingat movie ni.
astro plak asyik tunjuk je iklan dia.
itu yang sabtu baru ni langgan juga Astro Best.

bila tengok kat tv entah kenapa feeling dia tak sama tonton di panggung wayang.
kalau kat cinema time ada part lawak memang riuh satu panggung,
sound memang tak payah cerita le tiptop.
kat rumah kalau ada part lawak tak semeriah di panggung.
mungkin kali kedua tengok mood dia lain sikit.
rasa rugi plak langgan
cuma yang best boleh ulang tayang jelar.
tengok jelar sampai muntah 2 hari tu.

lepas ni tunggu movie Mission Imposible.
yang terbaru ni tak sempat nak tengok.
mungkin feel dia lain pulak kalau movie tu kita tak tengok lagi
tak tahu jalan cerita.
tak tahu element surprise.
beza kalau kita dah tonton kali kedua.
itu yang takdek feel tu.

4 Sep 2015

1 Gambar 17 Cerita

gambar seorang kanak-kanak syiria terdampar di pantai mendapat perhatian,
kecik-kecik lagi beliau sudah menjadi pelarian,
lari dari negara sendiri,
lari dari ketamakkan dan keangkuhan manusia
lari untuk mencari kehidupan yang lebih baik,
tapi sayang ianya berhenti di pertengahan jalan,
bot yang mereka naiki karam di pantai Turki,
sumber : Utusan : Eropah Dikecam Enggan Terima Pelarian
kanak-kanak syiria terdampar di tepi pantai
Alyan Kurdi,terdampar di tepi pantai
hati mana tak sayu melihat mangsa terdampar begitu,
tak dapat nak imagine apa perasaan dia ketika itu.
tangan yang kecil kaki yang kecil memang susah untuk berenang,
tangan kecil hanya mampu tergapai-gapai mengharap pertolongan.
kaki hanya mampu menguis mengharapkan badan tidak tenggelam
hanya mampu menangis dan menjerit memohon pertolongan,
Ya Allah begitu besar dugaan dia.

daripada 1 gambar timbul 17 cerita,
cerita yang membawa maksud tersendiri,
cerita daripada pelukis-pelukis seluruh dunia menunjukkan tanda simpati.
shark kongsikan bersama antara yang menarik.
kanak syiria terdampar tepi pantai
ada yang simpati selain spesis manusia
kanak syiria terdampar tepi pantai
harapan yang tak pasti
kanak syiria terdampar tepi pantai
karam
kanak syiria terdampar tepi pantai
yang sepatutnya
kanak syiria terdampar tepi pantai
tidur lena selamanya
antara gambar ni ada yang buatkan aku menangis,
cerita yang disampaikan begitu dalam dalam satu lukisan.
realiti kehidupan di bumi yang kita diami.
untuk lebih lukisan boleh ke page FB 3DFirstaid Visual Architecture
viral dan share kalau anda perihatin.
kita tidak mahu lagi kejadian sebegini berlaku lagi.
kanak-kanak tidak berdosa menjadi mangsa.

1 Sep 2015

Drama AF Yang Basi

ada yang menonton Akademi Fantasi 2015 yang baru ni?
Ahad yang lepas baru masuk minggu ke-4,
untuk tahun ni adalah jugak minat beberapa suara yang best untuk dilayan,
ditambah pula dengan lawak spontan Zizan jadi menarik konsert AF 2015 kali ini,
akademi fantasi 2015
Akademi Fantasi 2015
untuk konsert baru-baru ini,
#af2015 sekali lagi buat drama yang agak membosankan.
drama tak kena tempat.
kononya lagu tugasan Faroq AF2015 ada kena mengena dengan kehidupan silam beliau,
lagu ni bapak ler best kalau nyanyi betul-betul
Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu - Uji Rashid
tapi disebabkan drama lagu ni jadi hancur,
suara pun hancur,
boleh pulak datang adik beradik buat drama atas pentas,
nak buat drama tak salah,
tapi buat ler lepas persembahan habis,
ini pertandingan,
bukan persembahan.

akademi fantasia 2015
drama minggu keempat AF2015
lagu dan melodi awal-awal dah best,
buat drama hancur jadi lagu,
pengkritik Ramli MS pun dah tegur,
setiap tahun ada jer drama yang dibuat,
bila habis konsert habis musim rasanya tiada efect pun drama tue,
cukup-cukup ler drama tue.
kalau rasa lagu tu ada kena mengena dengan kehidupan pelajar tak perlu ler buat,
tak payah nak feeling-feeling sangat menyanyi,
masuk telingak kanan keluar telinga kiri jer nanti.
American Idol pun tak buat mcm ni.

masuk minggu ke-5 minggu nie akademi fantasi 2015,
setakat ni yang nampak Sufi adalah bakal calon juara,
mamat dari singapore ni memang terbaik suara dan lentok dia,
nanyi dengan gaya tersendiri,
kalau dia juara memang tak hairan.
jangan pula lepas ni bising orang singapore tak layak menang di malaysia.