27 Aug 2015

Bila Baby Dah Demam

dah lama tak cerita pasal anak buah shark sorang nie.
aleesya nurani,
aleesya nurani
11 Bulan
pejam celik dah nak setahun bulan september nanti.
26hb september genap setahun,
2 hari selepas hari raya haji.
bila dah nak setahun ni macam-macam ragam ler ada.
yang terbaru kerap pulak demam.
aleesya nurani
budak demam
untuk bulan ni saja dah 2 kali demam,
haritu demam sebab tumbuh gigi,
kali ni tak tahu pulak sebab apa.
demam nak membesar agaknya.
bila tengok baby demam sedih pulak rasanya,
kita yang demam ni pun kadang-kadang tak tahan,
anak buah demam dah rasa sedih,
belum lagi anak sendiri,.
patut ler ada ibu bapa sanggup amik cuti nak jaga baby demam.
kalau jenis cerdik tu memang susah nak telan ubat.
part nie memang susah ler nak suap paksa ubat tu dalam mulut.
kena banyak berlakon kena banyak main psikologi.
kalau tewas jugak kena ambil krusus jaga anak dari orang tua balik.

zaman dah makin moden,
semua petua untuk anak demam ada dalam internet,
mommy-mommy blogger banyak kongsi petua,
jangan harapkan pengasuh semuanya,
bila demam ambil masa untuk bersama anak.
mana tahu lagi cepat sembuh.
harap-harap budak kecik ni pun cepat sembuh nanti.

26 Aug 2015

Better Than FAM

better than fam
Pingat kepada Player Juara Liga Super ,Liga Premier | sumber : semuanyabola.com
itu adalah pingat yang dikalungkan kepada pemain bolasepak JDT dan Kedah,
pingat untuk Juara Liga Super dan Juara Liga Premier,
pingat kepada juara Bola Sepak Malaysia,
bukan pingat peringkat negeri,
bukan pingat peringkat daerah
bukan juga pingat peringkat sekolah,
itu adalah pingat peringkat MALAYSIA.

bentuk bulat,
gambar piala pula kartun,
tulisan taraf pingat sekolah rendah,
tali pingat taraf budak tadika,
harap warna emas sahaja.
itupun emas celup rasanya,
kalau gantung kat rumah pun memang tak perasan ini dari FAM,
tak boleh nak beza dengan piala-piala yang anak-anak dapat di sekolah.

hashtag #BetterThanFAM pada hari ahad agak trending,
masing-masing showoff pingat yang mereka dapat,
masing-masing nak bandingkan pingat dengan pingat FAM,
majoriti pingat yang ada adalah dari larian marathon,
nak tengok koleksi pingat daripada hashtag #BetterThanFAM boleh rujuk sini.

shark pun nak showoff jugak pingat yang ada,
lagi menarik kot dari FAM,
better than fam
bentuk paling sempoi tapi berat , tulisan timbul , logo timbul - EMPIRE RUN
better than fam
bentuk paling smart - ANNUAL MARATHON KUANTAN
ada yang kata pingat tak penting,
yang penting duit kemenangan,
betul jugak kata mereka,
tapi bila dah tua bila bersara pingat ini yang akan jadi kenangan,
duit kemenangan sekejap je boleh habis,

tapi kalau dah pingat taraf budak sekolah rasanya malu nak gantung buat kenangan.

21 Aug 2015

Himpunan GERAM

permit untuk perhimpunan sudah diluluskan.
kalau berjalan lancar besok akan ada satu himpunan Geram di kuantan,
ini semua untuk gerakan hentikan Pencemaran Bauksit .
rasanya 2 entry shark sebelum ni sudah cukup menggambarkan pencemaran bauksit.
orang-orang VIP sudah pun turun padang,
tapi semuanya tiada tindakan,
sekadar melawat dan makan angin di tempat perlombongan Bauksit,
buat sidang akhbar buat statement,
semuanya habis di dada akhbar sahaja,
jadi besok tugas rakyat pula untuk turun padang,
himpunan geram
Himpunan Geram
kalau takdek program rasanya boleh ler shark join besok,
nak jugak lihat kuasa rakyat ditunjukkan,
nak jugak tengok suara rakyat dilaungkan,
berjaya atau tidak gerakan himpunan ini tiada siapa yang tahu,
yang pasti usaha telah pun dibuat,
himpunan geram
This Is Kuantan
tema besok warna merah,
sesuai ler dengan kesan pencemaran bauksit.
dalam almari rasanya ada baju tema,
semestinya besok shark turun,
follow up nanti perhimpunan GERAM di Facebok/sharksuke besok.

19 Aug 2015

Kenangan 3 Tahun Yang Lalu

buka Facebook arini tetiba ada edisi throwback,
menggamit kenangan 3 tahun yang lepas,
on this day facebook
cerita 3 Tahun Yang Lepas
dalam kepala ni memang dah tak ingat dh kejadian-kejadian 3 tahun lepas,
setahun yang lepas pun belum tentu ingat,
aplikasi On This Day pada facebook boleh menggamit memori lampau ni,
dah macam Sejarah Hari Ini pulak,
kalau tengok balik memang lawak kot gambar-gambar dulu,
status-status yang kita tulis pun ada jugak disimpan,
boleh tengok ler kita matang ker tidak kita dulu-dulu,
kalau yang frust menonggeng putus cinta pun boleh ingat balik ni.
hahahaha.

boleh cuba ke aplikasi On This Day Facebook untuk throwback apa yang korang buat pada hari kejadian,
macam harini dah boleh tahu,
3 tahun yang lepas harini ialah hari raya puasa yang pertama.
not bad untuk tengok sejarah-sejarah kita yang lampau.
boleh jugak tengok progress kita adalam masa 3 tahun nie.

selamat menggamit memori.

14 Aug 2015

Samsung Galaxy Note 5 Yang Baru

hampir setahun galaxy note 4 di pasaran,
awal pagi tadi , samsung secara rasmi mengeluarkan keluarga baru dalam Galaxy Note,
Samsung Galaxy Note 5,
apa pula yang best dengan Note 5 kali nie.
shark kongsi secara ringkas review samsung galaxy note 5,
review galaxy note 5
rekaan logam dan kaca pada Galaxy Note 5
Spesifikasi Galaxy Note 5
  • skrin masih sama seperti Note 4 bersaiz 5.7inci
  • pixel skrin pada Note 5 lebih tinggi, tulisan dan gambar lebih jelas dan tajam,
  • rekaan body pula kali ini pula berasaskan logam dan kaca,
  • nampak lebih mewah dan elegan bila cover belakang dibuat daripada gelas dan logam
  • terdapat lengkungan pada bahagian belakang untuk keselesaan bila memegang,
  • RAM 4GB
  • tiada slot micro SD,
  • cover dan bateri tidak boleh dicabut,
  • ruang storan kekal ( 32G & 64G )dan bateri kekal,
  • kamera pula 16MP dan juga 5MP untuk selfie. 
  • ada pengimbas cap jari,
  • penggunaan s-pen dinaik taraf.
  • terdapat aksesori tambahan untuk keypad

Gambar Galaxy Note 5
review galaxy note 5
samsung galaxy note 5
review galaxy note 5
perbezaan cover belakang Note 5 dengan Note 4
review galaxy note 5
lengkungan di bahagian belakang
review galaxy note 5
aksesori tambahan keypad
bila Galaxy Note 5 Malaysia nak masuk masih belum diputuskan,
ura-ura kata minggu pertama september nanti.
harga tak dapat nak agak berapa,
mungkin sekitar RM 3.5K
memandangkan Ringgit Malaysia kita makin lama makin naik,
kepada yang berminat sediakan sahaja duit,

yang dah ada Note 4 rasanya tak pelu upgrade,
yang pertama kali nak merasa phone phablet boleh cuba,
yang pasti kena hati-hati sebab sekali jatuh memang susah nak cari ganti.

ada yang berminat belanja RM3 ribu untuk smartphone?

sumber gambar :

12 Aug 2015

Wap Air Kata Mereka

vapor agak trending sekarang di Malaysia.
kedai-kedai jual vaper pun boleh tahan makin berkembang.
entah dari kajian saintis mana wujud rokok elektronik ni,
entah dari fakta mana diorang belajar pasal wap air nie.
aku dah makin kompius skarang nie.
tak boleh nak beza wap air dengan asap.
vape on
bergetar tulang belakang tengok nie
vape malaysia
wap air keluar dari mulut dan hidung
vape malaysia
vape on
bahaya ker tak malas nak cerita,
masing-masing ada fakta masing-masing,
bila kena tegur masing-masing dah macam jadi menteri kita pulak,
bagi jawapan mudah jer bila kena tegur,
jawapan copypaste.
jawapan pointer ahmad maslan.
"tak bahaya tu,,wap air jer" 
vape malaysia
kesan dari wap air
tak larang pun nak hisap vape,
tapi respect ler orang sekeliling,
respect ler diri sendiri,
awak tu bertudung tak payah ler nak hisap depan orang ramai,
tak payah nak bangga sangat sembur wap air tue.
wap air apa kejadah kalau dah berkepuk macam tue,
kalau ikut sains wap air takder asap.
kalau ada tindakbalas dengan bahan kimia,itu yang jadik asap
kalau dah keluar asap bukan wap air namanya.

please respect each other.
keep calm & #vapeon

11 Aug 2015

Rahsia Memikat Dengan Wangian Pheromone

kedai pheromone
pheromone rahsia memikat
cium baju yang tak dibasuh bila rindu?
jangan ditanya kenapa dan mengapa.
kita sendiri pernah buat semua itu.
bantal busuk yang dipeluk dari kecik masih lagi disimpan,
masih lagi dicium walaupun tak basuh,
rindu suami/isteri bila outstation kita cium baju mereka,
sebabnya bau badan dah melekat pada baju pada bantal.
itu yang kita panggil Pheromone.
satu daya tarikan seksual
satu rahsia memikat lelaki,
satu rahsia memikat wanita,
tak dapat cium tu boleh buat kita gelisah,rindu
bak kata orang tidur tak lena,mandi tak basah.

ramai yang tak tahu pheromone terdapat pada kulit lelaki dan wanita,
kimia pada peluh akan berinteraksi denga bakteria untuk hasilkan pheromone
semua orang ada daya tarikan pheromone,
semua orang ada daya tarikan seksual,
tapi sayangnya bila kita mandi , pakai wangian , pakai deodorant,
semua bau daya penarik pheromone hilang,
kita tak dapat nak hidu bau sebenar pheromone,
tak dapat hidu bau sebenar badan kita.
kita hilang daya penarik kita,
tapi sekarang tidak lagi
pheromone dari badan manusia sekarang boleh kita dapati dalam botol seperti minyak wangi,
kedai pheromone
kedai pehoromone | www.kedaipheromone.com
Di Malaysia , Kedai Pheromone adalah salah satu pengedar wangian pheromone,
terdapat beberapa jenis perfumes pheromone lelaki dan wanita di kedaipheromone.com
bila dah cuba nanti boleh tengok apa yang akan terjadi.
jangan terkejut kalau :
  • komunikasi antara pasangan lagi rapat,
  • kualiti percaya pada diri makin tinggi
  • hubungan profesional lebih baik
  • hubungan suami isteri lebih intim
  • hubungan seksual yang lebih tinggi
kedai pheromone
testimonie pengguna
kedai pheromone
testimoni pengguna
untuk lelaki produk Phero-X adalah wangian pheromone yang agak popular,
untuk wanita pula Pheromiss For Her adalah yang terbaik.
itu antara yang paling dicari dan sering menjadi restock di kedaipheromone.com,
apa yang membezakan setiap produk adalah kandungan pheromone,
makin tinggi kandungan pheromone makin tinggi daya penarik.
boleh lihat produk yang dijual oleh kedai pheromone disini
botol wangian pheromone dibuat dalam saiz yang agak kecil,
ianya boleh dimuatkan didalam handbag mahupun clucth bagi lelaki,
nak isi dalam poket seluar pun boleh tapi kalau pecah anda tanggung,
kena serbu nanti pakat nak cium.
kedai pheromone
Phero -X untuk lelaki memikat wanita | beli disini
kedai pheromone
Phermosiss untuk wanita memikat lelaki | beli disini
kalau rasa tiada keyakinan diri untuk memikat,
tiada lagi rasa ghairah untuk suami mahupun isteri,
hubungan suami isteri makin jauh,
boleh cuba wangian pheromone yang terdapat di kedaipheromone.com
kesemua urusan dalam bentuk Ringgit Malaysia,
COD jugak boleh dibuat untuk beberapa kawasan terpilih,
boleh hubungi kedai pheromone di laman sosial berikut.
katanya sekarang diorang tengah buat Sale.
perfume dari RM130 dah jadi RM80.
rugi kalau tak ambil peluang nie.
semua orang boleh pakai,
bujang mahupun sudah berkahwin,
wangian pheromone adalah cara untuk memikat pasangan kita.
selamat memikat.

7 Aug 2015

Apa Tindakan Kita?

tersentap dangan status sahabat FB dan juga keratan akhbar hari ini.
Bayi 8 bulan meniggal akibat kecuaian Pengasuh.
itu yang direportkan dalam akhbar.
sumber : HMetro : Lemah , Muntah Darah Sebelum Meninggal.
mangsa baru berusia 8 bulan | sumber : Harian Metro
itu cerita wartawan,
cerita sebenar dan realitinya lain pula.
telah diakui sendiri oleh ibu bapa mangsa,
dan diceritakan oleh sahabat FB yang juga jiran mangsa.
katanya bayi comel ini telah didera,
sebelum ni terdapat bantak kesan lebam dan kali ini paling teruk
cerita oleh sahabat FB
cerita sahabat FB
cuai atau dera?
sikap manusia yang entah bila akan berubah,
sudah banyak kali kot kes penderaan bayi masuk TV , masuk paper,
tapi masih ada lagi yang tidak bertanggungjawab,
bapa yang dera anak sendiri kita dah dengar,
anak yang dera ibubapa pun kita dah dengar
apatah lagi pengasuh yang entah kita kenal atau tidak.

adakah kerajaan akan buat syarat lebih ketat kepada pengasuh lepas ni
nak beri latihan ? nak beri lesen?
dengan automatik harga untuk pengasuh makin tinggi.
makin terbeban pula jadinya,
kita sendiri dah kena dera sekarang,

dah banyak kali dengar kes bayi didera pengasuh,
apa tindakan kita selepas ini?
viral di FB lepas tu senyap.
kalau ada jawapan tindakan , insyaallah tiada lagi kes babitkan bayi.
kalau tiada jawapan , kita akan dengar dan dengar lagi berita sebegini..

Al-Fatihah buat adik  Mohamad Haziq Izzudin Mohd Safari.

Mohamad Haziq Izzudin Mohd Safari
Mohamad Haziq Izzudin Mohd Safari

5 Aug 2015

Ikan Di Gebeng Kuantan Sudah Tercemar

dari tanah menjadi debu,
dari debu menjadi toksin.
makin hari makin teruk hasil perlombongan bauksit ni,
sebelum nie shark dah kongsi masalah bauksit disini.
kali ini bauksit di Kuantan buka satu lagi kes baru,
air dan ikan di sekitar kawasan bauksit sudah tercemar oleh ARSENIC.
sumber : NST | Water , Fish Contain High Level Of Arsenic
arsenic in the water
Laporan Khas Bauksit di NST 04-08-2015
kalau ikut laporan dari NST,
3 sampel ekor ikan yang diambil telah diuji,
dan hasil kandungan Arsenic yang direkod adalah 101.5mg/kg,
kandungan Arsenic yang dibenarkan dan selamat dalam makanan hanya 1mg/kg.
boleh dikatakan hampir 100mg melebih paras selamat,
dah masuk kategori tahap bahaya nie.
kandungan arsenic yang tinggi pula dikatakan boleh membawa kanser pada manusia,
kandungan arsenic dalam ikan
beli NST harini untuk lebih info
boleh imagine tak kalau ikan-ikan ini berhijrah ker tempat lain,
lekat pada pada joran kaki pancing,
lekat pula pada budak-budak menjala di anak sungai,
tanpa sedar ikan yang diraih itu telah tercemar,
dari luaran memang nampak elok,
tapi dalaman siapa yang tahu.
sumber makanan tue,
hari-hari duduk makan ikan.
itu baru ikan,
macam pula degan air?
air sungai yang mengalir entah kemana,
membawa toksin-toksin yang ada,
ikan dan air sudah tercemar.

pihak berkuasa?
roadblock?
saman lori?
tauke besar boleh pejam mata nak bayar saman-saman lori,
entah pada siapa lagi yang boleh diharap.
nak harapkan si baju kuning entah bila,
si baju putih pula entah kemana,
mungkin nak tunggu kes kematian arsenik pertama baru nak ambil tindakan.

ikan dan air sudah tercemar,
lepas ni apa pula?
siapa lagi yang boleh diharap.

4 Aug 2015

Semak Mudah Baki Kredit Dan Kuota Internet

dulu-dulu punya style kalau nak semak baki kredit kena ada imei kod,
imei kod pula berbeza-beza mengikut telco masing-masing,
kalau pakai lebih 2 nombor memang susah nak ingat imei kod,
kadang -kadang selalu jugak tersilap.
shark pakai Digi,
untuk semak baki dan kuota internet Digi kena pakai kod *128#
kalau untuk maxis/hotlink kena pakai kod *100#

zaman makin canggih,
zaman makin mudah,
sekarang dah tak perlu dah kod imei nak semak baki kredit,
dah tak perlu tekan * atau # untuk semak baki kuota internet,
semuanya sekarang dah boleh pakai aplikasi,
semua telco dah ada aplikasi masing-masing,
macam shark pakai Aplikasi My Digi.
aplikasi my digi
aplikasi My Digi
dengan Aplikasi My Digi shark boleh tahu berapa nilai baki yang ada,
bila baki kredit akan tamat,
berapa bonus free yang tinggal.
semuanya boleh dapat dalam satu aplikasi,
dah tak main dah tekan * dan #
aplikasi my digi
beli pakej internet
nak beli pakej internet pun dah tak perlu susah-susah pakai imei kod,
semua ada dalam satu aplikasi,
pilih dan tekan sahaja,
senang.

semua telco dah ada aplikasi masing-masing.
semuanya boleh download secara percuma di Play Store Google,
untuk Hotlink User boleh download Aplikasi Hotlink Red.
korang akan dapat 1GB Internet Percuma kalau pertama kali menggunakan Hotlink Red.
kalau tak caya boleh cuba.
pakai smartphone cangih mangih tapi masih tekan imei kod,
tak up to date ler.

semoga bermanfaat.

3 Aug 2015

Semput Selepas Sebulan

lega rasanya dapat jogging semalam,
puasa sebulan memang cuti sepenuhnya,
tiada langsung aktiviti mengeluarkan peluh,
semua aktiviti menternak lemak.
semalam dapat jugak mood nak berjogging,
jogging
30 minit untuk 5 KM
alhamdulillah dapat habiskan 5 KM semalam
semput tak payah cakap ler,
dalam kepala semalam nak jer stop,
mood malas masih lagi tebal bila dah lama tak buat,
bila pikir balik nak badan sihat ,
bila pikir balik nak badan cantik,
dapat jugak habiskan 5 KM dalam masa 35 minit.
Taman tasik bandar indera mahkota kuantan
cuaca cantik di pagi minggu - Taman Tasik Bandar Indera Mahkota Kuantan
apa yang best jogging?
korang akan dapat lihat keindahan alam,
korang akan dapat lihat langit biru,
dapat lihat semua ni boleh hilang stress kerja
berbanding hari kerja yang korang takkan pandang kelangit,
bangun pagi masuk kereta drive masuk office,
apa yang korang pandang ialah benda-benda yang mnyakitkan mata
benda -benda yang menyakitkan hati,
itu yang kadang-kadang mood di tempat kerja bawa balik kerumah.

kalau ada masa luangkan sedikit untuk bersenam,
tak susah pun,
20 minit sudah cukup,
tak dapat jogging boleh buat senaman dirumah,
jenis-jenis senaman boleh google,
memang ada banyak koleksi senaman yang ada
hendak atau tidak sahaja,
daripada duduk terperap dirumah ada baiknya keluarkan peluh.
untuk diri sendiri jugak.