31 Jul 2015

Wallet Baru Bewarna Biru

kalau tak silap last beli wallet 3-4 tahun lepas,
entah sebab apa wallet jarang sangat nak beli,
nak kata kualiti bagus tak jugak.
beli pun yang RM10 kat pasar tani yang kononya kulit original.
nak kata jarang guna mustahil,
hari-hari bawak keluar duk bayar itu-ini,
sampai naik lunyai wallet.
dah tertanggal kulit  pun masih nak pakai.
disebabkan wallet ni duduk dalam poket  seluar jer itu yang buat tak tahu,
bawak keluar pun 1-2 minit lepas tu simpan dalam poket,
 memang tak ambil kisah ler buruk ker tak wallet tu.
cuba kalau tali jam buruk.
terus pergi tukar baru  rasanya.
wallet lelaki
brand tak penting janji boleh pakai
wallet lelaki
ada button kiri kanan untuk lock
hari raya baru ni sempat ler beli wallet online di nile.com,
koleksi wallet lelaki kat sana boleh tahan smart design-design dia,
harga tak payah cakap ler,
semuanya bawah RM30 sahaja,
delivery servis pun cepat,
beli harini esok dah sampai.
wallet lelaki
poket duit syiling
yang menarik pasal wallet ni dia ada satu poket untuk duit syling,
kebanyakkan wallet lelaki memang tak ada poket untuk duit syiling,
kalau ada pun jenis yang slot-slot macam nak letak kad ATM,
agak limit dan terhad nak isi duit syiling,
lama-lama boleh koyak.
wallet ni dia asingkan poket duit syiling,
memang style dan smart ler cara dia letak ,
yang ada zip tu tempat poket duit syiling kalau tengok dalam gambar.
senang dan selamat,
sekarang memang kena standby duit syilling dalam wallet,
nak beli topup kadang-kadang penjual akan tanya ada syiling tak.
diorang pun kehabisan duit syiling gara-gara cukai GST nie,
30sen dan 60sen kena standby bali topup.

harini try buka nile.com.my
tengok balik koleksi wallet yang ada,
untuk koleksi ni dah SOLD OUT,
nasib baik jugak beli awal-awal tempoh hari.
harga murah , design smart,
berbaloi-baloi bak hang.
kalau rasa nak cari wallet lelaki murah boleh singgah ni laman web nile.com.
mana tahu boleh buat hadiah untuk suami,tunang,boyfriend atau rakan.

entah lepas ni tahun bila pulak nak beli wallet :)

30 Jul 2015

Malaysia Selepas Muhyiddin

cerita pasal politik Malaysia sikit.
sekali sekala kena sembang jugak pasal politik.
jangan dicakap korang tak peduli pasal politik,
jangan dicakap politik bukan bidang korang,
2 faktor tersebut buat negara kita jadi begini,
2 faktor tersebut yang akan ubah masa depan korang.

jangan tak amik peduli pasal politik..merana diri nanti.
2 hari selepas pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dari kabinet,
2 hari juga kita dah dapat Timbalan Perdana Menteri yang baru,
tiada apa-apa yang  menarik berlaku,
masing-masing masih lagi meraikan kenaikan pangkat,
masing-masing masih lagi sibuk membuat sidang akhbar,
masing-masing masih sibuk membuat komen bergambar,
masing-masing masih sibuk menyusun ayat untuk dijadikan trending,
masing-masing ada agenda masing-masing,

pemecatan Muhyiddin Yassin tak pelik pun rasanya,
sebelah pihak cakap KPI tak bagus,
sebelah pihak cakap dia lawan cakap boss,
rasanya kedua-dua alasan ni kukuh,
beliau dalam menteri pendidikan pun tak nampak sangat sumbangan,
tiap-tiap tahun ada sahaja silibus baru,
sekejap bahasa inggeris , sekejap bahasa melayu,
tahun lepas rasanya semua keputusan peperiksaan menurun.
sumber : Mstar : Keputusan SPM A Menurun

kes dia lawan cakan bigboss rasanya semua dah tahu,
memang tak ada dalam sejarah ler lawan ketua pengawas boleh jadi pengawas,
pandai lawan pandai terima kenyataan,
pemecatan beliau diterima dengan hati yang terbuka,
tahniah Tan Sri Muhyiddin Yassin atas sikap keperibadian beliau.
Datuk Nur Jazlan Mohamed | sumber : Malaysian Insider
Yang menjadi hairan ialah bagaimana dan macam mana Datuk Nur Jazlan masuk kabinet,
beliau sebelum ni adalah pengerusi untuk audit isu 1MDB,
muka beliau selalu jugak ler masuk TV3 tue,
audit belum habis dah dilantik menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri,
jadi orang kanan Datuk Zahid Hamidi le yang pegang jawatan ni dan juga TPM yang baru,
dah terpaksa cari orang baru untuk audit 1MDB,
kes 1MDB pun tangguh sampai kertas jadi kuning.
sumber : Astro Awni | Saya Akan Bantu Najib Jaga Kenteraman Awam

itu cerita politik di malaysia sekarang,
lain diharapkan lain pula jadinya,
bnyak lagi cerita kabinet nak kongsi bersama,
malas nak kopek dalam-dalam.
nanti PM marah susah pulak,
cukup ler tahu cerita asas dan fikir sejenak.
apa yang jadi seterusnya pada negara selepas Muhyiddin.

28 Jul 2015

Lampu Merah Aku Langgar

tengah sedap korang tekan minyak kereta
tengah sedap korang pulas minyak motor,
tetiba korang kena stop kat traffic light lintasan pejalan kaki,
lampu merah tanda berhenti,
tengok kiri kanan tak ada orang lintas,
mungkin orang yang tekan dah lepas lalu,
mungkin jugak ada yang main-main,
korang tunggu atau jalan terus.
heheheheh.
lintasan pejalan kaki
berani langgar?
itu rutin harian kalau nk ke pejabat hari-hari,
tak cukup dengan traffic light simpang,
kena pulak hadap trafic light pejalan kaki,
lampu merah tapi tak ada orang lintas,
jalan depan dah clear,
nak langgar lampu merah tak berani,
dalam kepala dah set takut kena saman,
dalam kepala dah set lampu merah tanda berhenti,
last-last berhenti ler kat situ dalam 20saat,
dah macam orang bodoh pun ada.
berhenti tapi takder apa-apa berlaku.
pagi ni saja 3 kali lampu merah kena kat lintasan penjalan kaki.

kebiasaan memang aku langgar je bila dah bosan,
tengok pada situasi,
kalau takder orang lintas memang sorry ler nak tunggu,
tengok side mirror line clear atau tidak,
kelibat abam trafiic takder memang langgar jer
kalau ada terpaksa ler berlakon jadi pemandu yang cermat.
jalan dah selamat buat apa nak tunggu,
dulu-dulu boleh ler nak stop lepas tu selfie,
skang dah jemu duk selfie memanjang,
lintasan pejalan kaki
jangan dilanggar bila begini
nak langgar lampu merah kat area pejalan kaki tu pandai-pandai ler.
lagipun pejalan kaki tak ramai sangat yang pakai,
diorg lebih suka guna "The Power Of Hand"
tunjuk jer tapak tangan kompon dapat jalan
bergantung juga pada jenis kenderaan nak tunjuk tu,
silap tunjuk nahas nanti.

27 Jul 2015

Bauksit Bukit Goh Kuantan

kalau masuk bandar kuantan ikut exit gambang memang nampak biasa,
lain pula kalau masuk ikut exit Kuantan/Bukit Goh,
korang akan rasa macam masuk ke padang pasir
korang akan feel racing seperti di Rally Dakar,
dah tak nampak dah langit-langit biru kat sini.
yang korang nampak adalah semuanya bewarna oren.
jalan,pokok,kereta semua bertukar warna.
inilah hasil dari Bauksit Bukit Goh Kuantan
bauksit kuantan
debu-debu melayang  photo : FB Hazeri Samsuri
bauksit kuantan
rally dakar | photo : FB Hazeri Samsuri
bauksit kuantan
ini bukan di padang pasir | photo : FB Hazeri Samsuri
bauksit kuantan
ribut debu merah | photo : FB Hazeri Samsuri
apa itu bauksit?
mungkin ada yang tahu mungkin tidak.
bauksit adalah bahan galian dalam tanah yang berasaskan Aluminium,
bauksit ni agak dalam kena korek baru boleh jumpa.
secara fakta makin dalam bahan galian makin tinggi nilai dan kualiti
nak tahu kualiti sebenar bauksit ni tengok pada badan kapal terbang,
salah satu bahan nak buat badan kapal terbang ialah bauksit.

felda Bukit Goh salah satu tempat penemuan Bauksit Di Malaysia,
entah siapa yang jumpa tak tahulah,
wang ringgit jadi taruhan,
ada yang nak cepat kaya,
ada yang nak cepat naik haji,
tanah digadai dan ladang-ladang dikorek dan ditebang,

kesan perlombongan bauksit?
makin dalam tanah dikorek,
makin hilang mineral dalam tanah
makin hilang zat-zat dalam tanah,
bila dah hilang zat nak tanam apa pun tak boleh.
kawasan yang dilombong akan menjadi kawasan berdebu.
akan dibiarkan begitu sahaja,

ini baru sikit pasal bauksit.
banyak lagi nak cerita pasal bauksit nie.
apa dan kenapa penduduk benci bauksit nie
nanti akan diceritakan pada entry akan datang.

semoga bermanfaat.

15 Jul 2015

Laluan Alternatif Balik Raya Ke Pantai Timur

rasanya harini dan esok jalan ke Pantai Timur mula sesak,
suasana yang meriah di atas jalan raya bila hari raya,
diharapkan semua perjalanan selamat dan teratur,
shark beraya di Kuantan untuk raya pertama,
raya kedua baru balik kampung beraya di Kelantan.
pengalaman 12 jam balik kelantan tahun lepas dah diceritakan disini,
rasanya tahun ni lagi hebat kot situasi ke Pantai Timur.

untuk mereka yang balik kampung ke Pantai Timur,
terdapat beberapa jalan alternatif yang boleh digunakan,
jalan alternatif ke pantai timur ini adalah panduan dari JKR sendiri.
antara laluan alternatif yang terlibat adalah
  1. Laluan Bentong Ke Kota Bharu Melalui Felda Mempaga
  2. Laluan Bentong Ke Kota Bharu Melalui Raub
  3. Laluan Chukai Ke Kuala Terengganu Melalui Kg.Ibok
  4. Laluan Gua Musang Ke Kota Bharu Melalui Kuala Krai.
shark sertakan sekali peta yang disediakan oleh JKR.
untuk leboh info boleh semak sendiri di Facebook JKR

jalan alternatif dari bentong ke kota bharu
Jalan Alternatif dari Bentong  Ke Kota bharu
jalan alternatif dari bentong ke kota bharu
Jalan Alternatif dari Bentong Ke Kota Bharu
jalan alternatif dari chukai ke kuala Terengganu
Jalan Alternatif Dari Chukai Ke Kuala Terengganu
jalan alternatif dari gua musang ke kota bharu
Jalan Alternatif dari Gua Musang Ke KOta Bharu
jalan sudah disediakan,
papan tanda arah pun sudah disediakan di setiap simpang,
diharapkan semua perjalanan berjalan lancar,
bawa-bawa bersabar kalau drive balik kampung beraya,
masing-masing dah ada pengalaman stuck dalam jammed,
tak payah nak bawa laju-laju.
masing-masing tetap akan sampai nanti.

semoga bermanfaat.

14 Jul 2015

Shopping Dan Shipping Di Lazada

harini hasil shopping di Lazada last week dah sampai rumah,
tak sangka pulak sampai awal.
shopping haritu 9hb disebabkan notis pos laju last terima barang 10hb,
rupanya barang yang dibeli tu guna khidmat GDex.
tengok laman web GDex macam tiada last date pos untuk raya,
berjalan seperti biasa,
not bad.
shoulder bag
beg raya pilihanku - warna apa ntah
beli 2 beg di lazada,
satu untuk adik dan satu lagi untuk diri sendri,
kalau bosan pakai boleh tukar-tukar jer,
dua-dua jenis shoulder beg.
cuma berlainan bentuk dan warna.
raya nanti senang nak sumbat powerbank ngan phone yang besar gedabak.
wallet pun boleh isi sekali .
wallet kalau letak kat poket belakang bahaya untuk lelaki.
tak senang duduk dan bahaya untuk tulang belakang.
boleh baca di entry shark sebelum ni kat sini
cara pakai shoulder bag
antara cara pemakaian shoulder bag
kasihan jugak shark pada rakan-rakan yang shopping online tapi barang yg dibeli masih belum sampai.
antaranya blogger TengkuButang,
beli powerbank kat Lazada tapi barang sampai sudah tak dapat.
dia beli awal dari shark tapi barang shark plak sampai dulu.
salah satu risiko bila beli online,
barang lambat sampai.
antara sebabnya mungkin barang kehabisan stock dan kedai menunggu stok baru,
bila nak tunggu stok baru tu yang jadi lambat shipping,
memang ralat kalau dh bayar barang tak sampai-sampai.
tambah-tambah nak pakai hari raya nanti.
mood raya pun boleh hilang bila duk pikir.

ada 3 tips shopping di lazada,
shark kongsikan pengalaman tips shopping online selama ini.
tips shopping di lazada
tips shopping online
  1. tengok bintang dan review ( kat sini boleh tahu barang yang dibeli ori atau tidak dengan baca review dari pembeli )
  2. tengok tempoh shipping (sini boleh agak bila barang akan sampai)
  3. tengok kepuasan pembeli ( tengok populariti kedai yang menjual )
itu antara tips shopping di lazada yang slalu shark buat.
kebiasaan akan baca review dahulu,
kat sini memang kita boleh tahu barang tu ori atau clon
bila beli online ni kita mudah tertipu dengan gambar yang ada.
kat monitoar nampak ok jer.
bila sampai lain bebenor.
tapi kira ok ler jugak barang sampai dari tak sampai.

diharapkan perkongsian ini dapat bantu mana-mana rakan yang ingin membeli di Lazada kelak.
tak kisah ler beli di mana-mana platform,
hampir kesemua sama sahaja tips,
yang penting jangan sesekali terpedaya dengan harga yang murah.
harga murah mungkin ada sebabnya.

semoga bermanfaat.

11 Jul 2015

Giveaway Cash Raya RM1000 by Emas Putih : Cetak Baju Murah Sufi Printing Services


Giveaway Raya Cash RM1000 by Emas Putih : Cetak Baju Murah Di Sufi Priting Services | Salam. Giveaway uzu kali ni dibawakan khas untuk Sufi Printing Servives . So sesiapa yang menang wang tunai RM1000 cash, bolehlah join GA uzu ni ye..

Hadiah :
Top Referral : RM100 x 1
Random : RM 50 x 18 Pemenang

Mula : 06 Julai 2015 | Tamat : 15 Julai 2015
Pengumuman Pemenang : 16 Julai 2015 (Khamis)

Sufi Printing Services merupakan kedai cetak baju murah yang menawarkan perkhidmatan print baju murah yang mana telahpun beroperasi sejak tahun 2010 lagi.
Sufi Printing Services merupakan pakar dalam menyediakan perkhidmatan mencetak baju untuk badan-badan kerajaan, pelajar kolej dan universiti, pelajar sekolah dan sesiapa sahaja yang memerlukan khidmat cetak baju murah dengan harga yang MURAH, CEPAT dan BERKUALITI. Sufi Printing Services memberi maklumbalas yang yang cepat melalui email, SMS ataupun whatsapp.

Terdapat banyak kedai cetak baju murah di Malaysia tapi kena anda perlu cetak baju murah di Sufi Printing Services? Dengan pengalaman dalam bidang design and print cetak baju murah selama 5 tahun merupakan tempoh yang cukup lama dan sangat berpengalaman dalam bidang ini dan semestinya cetak baju murah di Sufi Printing Services adalah sangat berbaloi kerana perkhidmatan yang cepat tapi berkualiti serta harga yang murah membuatkan cetak baju murah di Sufi Printing Services memikat hati pelanggan dan tidak lupa juga Sufi Printing Services mengutamakan misi dan visi agar kepuasan pelanggan amatlah diutamakan.

Sufi Printing Services adalah syarikat Bumiputra yang telah menjalankan perniagaan mencetak baju sejak tahun 2010. Sufi Printing Services juga telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia bernombor pendaftaran SA0171741-M . Sufi Printing Services mempunyai lesen yang sah untuk menjalankan perniagaan di kedai kami beralamat di 17-1 Jalan AWF 3, Ampang Water Front, 68000 Ampang Selangor.
[ Gambar Di Luar Kedai ]
[ Gambar Di Dalam Kedai ]

Antara Perkhidmatan yang ditawarkan di Sufi Printing Services :

Uniform F1

6 Sebab Kenapa Anda Perlu Tempah Dengan Sufi Printing Services :

1. Mempunyai Premis Perniagaan.
Kebanyakkan orang akan meragui sama ada betul atau tidak bisnes yang kami lakukan. Sebabnya order kami tawarkan melalui online. Muka tak nampak ape pun tak nampak.. nak transfer duit pun takut kene tipu.. Perkara ni normal dalam dunia Online. Apa bisnes pun akan merasai perkara yang sama. Alhamdulillah setakat ini pelanggan kami berasa yakin dengan kami kerana kami mempunyai premis perniagaan yang sah yang terletak di Ampang Water Front. Gambar premis kami dari luar yang beralamat di 17-1 Jalan AWF 3, Ampang Water Front, 68000 Ampang Selangor.

Kami mengalu-alukan kehadiran anda yang berada di sekitar lembah klang untuk melawat pejabat operasi kami untuk melihat sendiri kualiti cetakkan dan juga jenis-jenis baju yang anda mahukan.

2. Cara Dan Masa Untuk Deal Tempahan Lebih Mudah
Bagi yang tak sempat nak datang ke kedai kami atau berada di luar selangor, anda boleh deal melalui email, Facebook, Sms ataupun Whatsapp. 24jam on. Insyaallah kami akan balas semua pertanyaan anda dengan cepat.

3. Penghantaran Yang Fleksible
Maksud penghantaran yang fleksible ni adalah, anda boleh pilih sama ada nak COD kat kedai kami ataupun hantar melalui PosLaju. Kalau poslaju tu ada caj la kan.. caj tu poslaju yang tentukan. Kami juga boleh hantar ke tempat anda jika menepati syarat-syarat yang kami kenakan.

4. Tiada Design? Kami Boleh Designkan :)
Ramai juga pelanggan kami yang tidak mempunyai design. Dengan kami xde masalah. Kami boleh designkan ikut design yang anda mahukan. Cuma berikan kami idea dan kami akan designkan ikut idea anda. Caj minimum untuk design adalah RM50.

5. Kami Print Sendiri. Bukan Sub Kilang 100% s
Semua baju yang ditempah kami cetak sendiri. Kami tak sub ke mana2 kilang. Jom kita tgk tempat operasi kami.
6. Harga Boleh Runding Sampai Jadi
Cerita pasal harga anda jangan takut. Insyaallah harga boleh nego sampai jadi. Tapi janganlah sampai mintak harga yang tak logik huhu.. Kalau mahal atau lari dengan bajet anda, sila beritahu kami untuk kami semak semula harga supaya kedua-dua belah pihak berpuas hati :) Ok cukup 6 sebab mengapa anda perlu tempah dengan kami. Insyaallah lain hari kami akan update lagi beberapa sebab untuk menguatkan lagi keyakinan anda terhadap kami.

Untuk pertanyaan dan tempahan baju, boleh hubungi kami disini -> HUBUNGI KAMI atau terus call pejabat kami ditalian 03-4280 0833 atau whatsapp 011 3550 5319. Waktu operasi adalah dari jam 10 pagi sampai 7 malam.


8 Jul 2015

Last Week Shopping Online

jari dah start mengira hari untuk raya.
kerja yang ada letak kat tepi,
siapkan yang urgent sahaja,
boss hilang kemana,
mood pekerja dia pun hilang,
minggu ni mood nak shopping online jer,
shopping raya.
tarikh akhir pengeposan pos laju raya 2015
tarikh akhir pos laju hantar barang untuk hari raya 2015
Pos Laju dah keluar info,
minggu ni adalah minggu terakhir untuk penghantaran raya,
tarikh akhir pengeposan barang Pos Laju untuk hari raya 2015 adalah jumaat ini,10 Julai,
lepas tarikh tu maknanya lepas raya ler baru dapat barang online.
sebab tu minggu ni kena ambil masa untuk selak mana-mana jualan online yang best,

Alhmadulillah baju hari raya pertama dah dapat,
tahun ni ambil kelainan sikit,
dah habis warna pakai baju melayu selama 29 tahun,
raya kali ni shark pakai kurta pulak,
warna coklat jadi pilihan,
nak tengok kena ler tunggu #ootd hari raya kt facebook dan ig,
kurta boleh digayakan dengan apa sahaja jenis seluar,
stok seluar kat rumah pun banyak so tak perlu risau sangat,
agak simple jugak pemakaian kurta nie sebenarnya.

baju raya pertama dah dapat,
baju raya kedua dan seterusnya tak kisah sangat,
boleh shoping last minit kat ekspo ramadhan.
harga kompom terbaik sebab penjual nak habiskan stok.

next plan shopping online nak dapatkan aksesori untuk hari raya,
benda yang paling dicari adalah Messenger Bag atau sling bag
boleh sumbat powerbank,batang monopod,sampul duit raya,
talipon pulak semuanya dah bersaiz besar sekarang,
nak letak dalam poket memang kurang selesa,
jawabnya memang kena ada satu beg nak letak semua.
wallet pun nak kena ganti baru jugak nie.
kasut kalau ada harga best boleh masuk dalam list.
alang-alang sekarang harga pun murah sebab promosi raya kita bedal ajer.
sling bag lelaki
sling bag atau messengger bag lelaki
tempat best shopping sekarang adalah Lazada dan Nile
dua-duanya dah ada pengalaman membeli,
so far memang tiada masalah sebelum ni,
yang menjadi masalah kat lazada kena tengok hari-hari promosi yang ada,
Flash Sale di Lazada ni memang harga dia murah dari promosi biasa,
cuma Flash Sale ni hanya untuk 24 jam dan barang yang ditawarkan tak banyak,
lain hari lain barang,
nak tunggu barang yang nak beli tu entah ada entah tidak.
ada rezeki kita rembat,
takder rezeki kita beli harga promosi biasa.
letih jugak nak menunggu tue.

kalau kat Nile pulak barang cepat habis,
baru minggu lepas tengok buka harini dah sold out,
pilihan warna pun susah nak dapat, 


dalam kalendar dah tanda 9hb ni adalah hari last beli secara online,
kalau beli 9hb mungkin 10hb diorang dah buat postage,
so ada masa ler barang sampai sebelum raya.
sempat ler bergaya di hari raya.
yang nak beli online tu kena ingat,
10hb Julai hari last pos laju buat penghataran.
kalau taknak menangis di hari raya beli le cepat.

semoga bermanfaat.

6 Jul 2015

Makanan Percuma Di Bulan Puasa

Free Food For Ramadhan.
program dari sukarelawan untuk memberi juadah berbuka secara percuma di bandar Kuantan
tidak kira golongan,tidak kira kaum semuanya boleh dapat makanan percuma disini.
makanan pula disediakan oleh orang- orang yang ingin bersedekah dan membuat kebajikan di bulan puasa.
free food for ramadhan
Free Food For Ramadhan di esplanade kuantan
duit tak cukup nak beli juadah?
student belum dapat duit saku,
ada jiran yang hidup susah,
ada nampak gelandangan?
balik kerja lewat?
boleh dapatkan juadah berbuka secara percuma disini.
free food for ramadhan
untuk sesiapa sahaja secara percuma
free food for ramadhan
kebajikan di bulan puasa
free food for ramadhan
masak begini dan beri percuma
free food for ramadhan
antara menu yang ada
modal sendiri,masak sendiri kemudian sedekahkan kepada orang ramai.
menu-menu pulak bukan sebarangan.
begitu ikhlas mereka membuat kebajikan di bulan puasa.
nak harapkan pihak tertentu?
tunggu tampal sticker siap baru boleh kasi.
nak harapkan hotel?
tunggu anak yatim,tunggu press baru ada.
susah nak jumpa yang betul-betul ikhlas dalam buat kebajikan.

program ini bermula 4 julai yang lalu,
dan insyaallah akan berterusan hingga 15 julai nanti.
khemah dibuka bermula jam 5 petang setiap hari di eksplanade kuantan.
setiap hari sukarelawan akan berada disini untuk berikan makanan percuma.
tiada logo tiada penaja.
semuanya ikhlas dan bertanggungjawab.
respect bagi mereka yang terlibat.
free food for ramadhan
Free Food For Ramadhan Kuantan
semoga bermanfaat.

4 Jul 2015

Pergi Zoo Di Hari Raya

dah boleh bercerita pasal raya bila dengar lagu raya kat radio,
semangat nak balik kampung raya?
mana boleh.
tak dengar ker apa pakar motivasi cakap baru-baru nie.
"cuba jangan balik kampung di musim perayaan" 
jangan balik raya
viral viral viral
bukan sekali,
bukan dua kali,
tapi dah bekali-kali kot statement berbau sup otak lembu nie dikeluarkan,
yang terbaru dari Syed Abd Aziz Al-Qubra,
entah saper entah beliau nie,
katanya pakar celik kewangan,
tambahan pulak rancangan bual bicara TV1,
sering dijemput untuk slot rancangan Selamat Pagi Malaysia
memang sory to say ler nak tengok rancangan TV1 nie.
tengok tak tengok bila ada rakan-rakan muncul.
dari pagi sampai ke malam tak habis-habis dengan rancangan bual bicara.
apa yang dibincangkan pun tak tahulah,
ekonomi tetap macam tu jugak.
dari pagi sampai ke malam pakai kot.

bila dah tak boleh balik raya apa nak buat?
duit ada banyak ni sebab dah tak bayar duit minyak,
duit tol pun selamat kalau tak balik kampung.
duit servis kereta pun boleh tahan banyak jimat nie.
pening jugak ni nak pikir apa nak buat hari raya nanti,
takkan nak pergi zoo pulak di hari raya,
apa plan korang semua nanti bila tak boleh balik raya?

idea idea idea.

1 Jul 2015

Buku Diari Masih Releven 2015?

entah dimana silapnya,
bangun sahur harini tengok-tengok phone dah mati.
rasanya malam tadi dah fully charge.
cuba on tapi tak boleh
boleh plak dia stuck kt logo dan restart.
kebiasaan kalau masalah macam ni di panggil "Bootloop"

bootloop masalah utama android

jadinya bila dah terjadi begitu memang smartphone tak boleh buka,
nak solve sendiri boleh tapi agak leceh dan harini agak busy,
nak taknak kena hantar kedai jugak,
jawabnya harini tak boleh whatsap , tak boleh fb , tak boleh main coc,
aktiviti selepas sahur tidak dapat dibuat dengan sempurna,
menyirap jugak darah bila dah tak boleh buka phone,
nasib baik jugak le dah memang stanby phone backup untuk nombor utama.
untuk smartphone pakai nombor tak penting untuk tujuan internet sahaja,

kalau dah smartphone rosak memang kerja hari ini serba tak menjadi
sekarang semua kerja ,semua data ada dalam whatsap,
aktiviti dalam kalendar tak dapat akses,
aktiviti sosial dalam group whatsap tak dapat join,
satu masalah besar jugak bila dah asyik bergantung pada smartphone,
pagi pagi je bos dah tanya ada terima tak whatsap dia.
adehhhh...memang susah kalau bos pun hantar data kerja pakai whatsap.
jadual meeting,jadual kerja mostly disimpan dalam kaledar phone,
bila dah terjadi begini baru lah tau antara keburukan smartphone,

diari 2015
buku diari 2015
bila dah jadi baru teringat akan buku diari,
entah masih ada lagi orang menggunakan diari zaman sekarang,
kalau nak ikutkan dalam buku diari tu sudah cukup sempurna,
ada ruangan kalendar,
ada ruangan nombor telefon,
ada ruangan catatan
saiz buku diari pun tidak le besar mana,
bila google buku diari tengok buku-buku diari sekarang boleh tahan design
boleh dikatakan semua yang ada dalam smartphone ada dalam diari.
mungkin lepas ni boleh cuba-cuba gunakan diari sebagai panduan.
serik jugak kalau nak bergantung semua dalam smatphone,

diari 2015
diari 2015 dengan design menarik

kepada peniaga online terutamanya jangan bergantung sangat pada smartphone,
nombor telefon pelanggan,alamat,aktiviti penghantaran elok direkod di tempat lain,
buku diari adalah tempat yang paling sesuai bagi shark.
jangan tunggu smartphone rosak baru nak buat.
buku diari kat kedai-kedai buku pun rasanya berlambak,
entah terjual atau tidak buku diari tu.

semoga bermnafaat.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370
#kelabbloggerbenashaari