30 Jun 2015

Nak Pakai Apa Pagi Raya

pagi raya nak pakai baju apa?
tahun 2015 tahun untuk baju melayu moden,
ditambah pula dengan trending jubah lelaki, dan juga  jubah moden
kalau dulu-dulu senang tak payah pikir nak pakai apa.
dulu-dulu cuma ada pilihan baju melayu cekak musang atau baju melayu teluk belanga,
ada jugak ler problem nak pikir baju warna apa.
itu ada setengah kaum lelaki tak kisah sangat pasal warna ni.
janji baju melayu.

jubah moden lelaki
antara koleksi jubah moden lelaki

zaman makin kreatif,
sel-sel otak mula berhubung,
muncul pereka fesyen muda mempertaruhkan skill masing-masing,
untukraya kali ini rasanya jubah lelaki moden akan menjadi tumpuan,
terdapat pelbagai jenis jubah moden yang dihasilkan,
pelabagai patern dan warna boleh didapati,
dulu-dulu punya jubah hanyalah satu warna,
sekarang tidak,
ditambah lagi dengan musim abang-abang sado,
jubah fit turut menjadi tumpuan.
jubah fit lelaki kalau digayakan memang cair awek-awek tengok.

ada jugak shark berkenan dengan jubah-jubah yang ada sekarang,
jenis fit dan patern yang simple memang rasa nak sarung sahaja hari raya nanti,
tapi bila dfikirkan balik rasanya macam tak berbaloi,
jubah memang smart tapi lepas hari raya bila pulak nak pakai?
tergantung dalam almari.
pakai tak pakai mungkin hari raya aidiladha.
kalau majlis open house atau majlis hari raya tak berapa sesuai.
begitu juga dengan baju melayu raya-raya lepas,
lepas hari raya tergantung.

kurta moden hari raya
idea di hari raya

semalam adik perempuan shark bagi idea,
katanya adik ipar nak pakai kurta tahun nie.
kurta kalau lepas raya boleh jugak dipakai untuk majlis keraian yang lain,
nampak simple dan boleh digayakan dengan pelbagai jenis seluar,
harga pula sekali imbas macam menarik.
2 helai kurta boleh dapat sehelai jubah moden.
tapi design-design kurta pula tak semeriah jubah moden lelaki,
mungkin kerana kurta masih lagi tidak mendapat perhatian,
tapi tidak mustahil kalau tahun depan kurta moden pula trending seperti jubah moden

untuk raya nanti mungkin shark akan gayakan kurta,
kalau ada rezeki lah.
problem bagi orang kurus ni adalah saiz.
harap2 masih belum terlambat untuk window shopping kurta yang ada.
pada rakan-rakan yang tahu butik online jual kurta sila tinggal link di ruangan komen.
terima kasih atas perkongsian itu nanti.
so tahun ni kurta menjadi pilihan dihari raya,

semoga bermanfaat.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370
#kelabbloggerbenashaari

27 Jun 2015

RM2.2 Juta Harga Ferrari 488 GTB Di Malaysia

nilai jutaan ringgit untuk sebuah kereta?
bukan 1 juta tapi 2 juta.
itulah realiti bagi harga sebuah Ferrari,
Ferrari 488 GTB adalah model terbaru Ferrari yang dibawa masuk ke Malaysia
dan telah dilancarkan secara official pada 16 Jun yang lalu.

ferrari 488 gtb malaysia
Ferrari 488 GTB | sumber : Paultan

harga Ferrari 488 GTB  adalah RM1.07 Juta.
tapi selepas dicampur tax dan cukai jalan ianya bernilai RM2.2 Juta untuk Ferrari 488 GTB.
nampak tak kat situ harga tax dan cukai sama harga dengan kereta.
seksi memang seksi Ferrari 488 GTB nie.
tapi nak bayar tu boleh tahan seksa.
kalau ditanya penduduk bumi yang ada,
majoriti 98% akan berkata mahal nak mampus.
hanya 2% sahaja yang masih mampu tersenyum untuk memilikinya.

ferrai 488 gtb malaysia
pandangan belakang Ferrari 488 GTB | sumber : Paultan
ferrari 488 gtb malaysia
steering Ferrari 488 GTB | sumber : Paultan
ferrari 488 gtb malaysia
ruang dalaman Ferrari 488 GTB | sumber : Paultan

tipulah kalau kata tak berminat dan tak meleleh tengok Ferrari nie,
kalau abang sado drive memang gugur ler jantung para gadis,
kalau gadis cantik drive maka menyorok ler para jejaka menutup malu,

kalau di Malaysia ni rasa-rasanya dah boleh tahu siapa yang mampu,
kalau bukan kaum kerabat diraja yang pakai ,
tauke "terlajak laris" , tauke QU Puteh rasanya boleh bergaya dengan Ferrari 488 GTB selepas ini.

kita?
buat dono jelar.
pakai sahaja kereta impian rakyat malaysia yang mampu milik.
harga kereta puluhan ribu pun kita berhutang 9 tahun.
diatas jalan nanti kita boleh lihat kereta seperti ini di traffic light.
kalau untung dapat lihat kereta seperti ini habis minyak di tengah jalan :p

untuk melihat lebih dekat dan jika ada berminat ingin membelinya,
boleh ker Facebook Naza Italia
disini terdapat koleksi kereta-kereta mewah yang sedia untuk dipandu oleh orang yang berjaya.

semoga bermanfaat.
sumber :

#prayforpalestine
#Prayforgaza
#prayformh370
#kelabbloggerbenashaari

25 Jun 2015

Kepelbagaian Solat Sunat Terawih

solat sunat terawih , solat sunat tarawih, solat sunat tarawikh,
perbezaan perkataan tetapi bunyi dan maksud yang sama.
kemeriahan dan solat yang dinantikan setiap kali menjelang Ramadhan
agaknya kat Malaysia ni ada berapa jenis solat sunat terawih

solat tarawih
kelebihan solat sunat Tarawih
Lain masjid lain caranya.
lain surau lain meriahnya.
ada yang buat 8 rakaat.
ada yang buat 20 rakaat.
percaya atau tidak 100 rakaat di Masjid Yemen | sumber : Blog Pakcik Chomy
ada yang buat satu malam satu juzuk AL-Quran.
ada yang berimamkan pelajar tahfiz.
ada yang import imam dari luar kawasan.
ada juga yang selitkan solat terawih dengan tazkirah.
kepelbagaian ini yang menghidupkan suasana di Malam Ramadhan.
tak cukup dengan itu bunyi-bunyi mercun kadang kala memeriahkan suasana.

di tempat shark,
terawih di Masjid Al Makmur Indera Mahkota 2 Kuantan pun meriah jugak.
untuk tahun ini,pihak masjid menjemput imam dari Syiria,
sepanjang terawih untuk tahun ini akan diimamkan oleh imam Syiria,
suara dan lagu dalam bacaan memang tak perlu diceritakan.,
tiptop,syahdu dan sedap didengar,
lagu dalam bacaan oleh imam Syiria memang boleh kalah lagu dalam carta.
kat sini solat terawih dilakukan sebanyak 8 rakaat.
selesai 4 rakaat pertama akan diselitkan dengan tazkirah selama 20 minit.
tazkirah pula akan diberikan oleh ustaz-ustaz yang dipanggil dari luar.
selepas itu sambung dan dihabiskan dengan solat sunat witir.
kira-kira dalam jam 1030 malam selesai solat sunat terawih disini.
kadang-kadang akan diteruskan dengan bertadarus oleh imam Syiria tadi,

bunyi mercun tu menjadi kebiasaan ketika terawih.
sekali bunyi mercun sekali itu jugak ler orang-orang yang tertido dalam solat terjaga.
ada bagusnya juga budak-budak nakal ni main mercun.

main mercun
setiap tahun cerita yang sama
benda ni kalau larang pun macam masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
nak taknak kena ler tunggu salah sorang jadi mangsa korban mercun.
bila dah kena baru tahu erti penyesalan.
kadang-kadang ini yang menjadikan malam di bulan ramadhan meriah.
di masjid dan surau pun meriah dengan orang ramai.
di tepi-tepi masjid pun meriah dengan bunyi mercun
sebulan sekali dalam setahun.

semoga bermanfat.
selamat beribadat.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370
#kelabbloggerbenashaari

24 Jun 2015

Shopping Raya Dengan Promosi Riang Raya Lazada

Puasa baru jer masuk hari ke-7 tapi dah sibuk dengan plan shopping raya.
tahun ini sekali lagi membeli barangan secara online menjadi pilihan.
antara yang menjadi pilihan adalah Promosi Riang Raya Lazada.
setiap tahun promosi raya dari Lazada menyediakan diskaun dan barangan yang menarik.
bermula 11 Jun lagi Lazada dah mulakan kempen shopping raya.
start haritu mata dah rambang tengok barang-barang yang dipromosikan.

shark kongsi sedikit antara barangan yang menarik perhatian untuk raya nanti.

1 . Messenger Bag Atau Beg Sandang
riang raya lazada
SAMMONS Messenger Bag
benda yang paling most wanted sewaktu raya adalah messenger bag atau beg sandang,
dalam ni nanti boleh sumbat wallet,smartphone dan juga power bank.
messanger bag SAMMONS ni memang styo bagi shark.
warna hitam dan design yang minimalist memang nampak smart kalau dipakai.
klik link dibawah untuk ke pautan Lazada dan buat tempahan.
Sammons  Messenger Bag - RM178.90


2 . Kasut Raya
riang raya lazada
Rocklander Casual Shoes
kasut raya satu kemestian.
nak beraya rumah sahabat,saudara,mahupun teman hati memerlukan gaya yang sempurna,
kalau boleh elakkan memakai selipar.
tak sesuai benar nampak walaupun selipar anda itu mahal.
kasut ni baru harganya RM42.
simple dan smart kalau digayakan dengan baju melayu dan kasual.
warna light brown beri sedikit kelainan pada si pemakai.
boring jugak kalau asyik hitam jer warna kasut.
klik link dibawah untuk ke pautan Lazada dan buat tempahan.
Rocklander Smart Casual Shoes - RM42.00


3. 2-in-1 Vacuum
riang raya lazada
OMI 2-in-1 Vacuum Cleaner
tertarik pulak shark dengan Vacuum 2-in-1 yang dipromosikan oleh lazada nie.
tengok pada size kecik dan senang digunakan.
tengok pada rating dan review boleh tahan ramai yang suka,
boleh ler beli untuk persiapan raya nanti.
tak payah susah-suah nak vacuum pakai yang besar.
klik link dibawah untuk ke pautan Lazada dan buat tempahan.
OMI  2-in-1 Vacuum Cleaner - RM119.00

cukup 3 barangan buat masa sekarang.
kalau lama-lama duduk kat web Lazada boleh bankrap nanti.
nasib baik ler raya aidilfitri ni sekali setahun.
masih ada masa lagi untuk rakan-rakan membeli di Lazada

riang raya lazada
Riang raya 2015

Lazada Malaysia akan mengadakan jualan eksklusif raya selama sebulan bermula 11 June hingga 15 July 2015  dan SPECIAL "Riang Ria Raya - Jualan Terhebat" bermula 24 June hingga 26 June 2015 iaitu 24 hari sebelum perayaan Syawal. Lazada akan menawarkan promosi menarik serta tawaran eksklusif untuk pelbagai kategori selama 3 hari untuk membantu persiapan raya nanti. 

Boleh mula shopping raya dengan klik Riang Ria Raya 2015 :


Dapatkan apa yang di inginkan untuk musim perayaan ini, dari telefon bimbit, tablet dan peralatan elektronik hinggalah ke fesyen koleksi raya, barangan rumah untuk dekorasi raya. Meriahkan raya anda dengan Lazada! 




------------------------------------------------------------------
Ini adalah Blogger Contest anjuran Lazada Malaysia dengan kerjasama sayaiday. 6 Pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi hadiah Gopro 4 dan Duit Raya ! Untuk sertai contest ini, sila ke blog sayaiday dengan ke link ini : LINK CONTEST  
------------------------------------------------------------------
 
semoga bermanfaat.

#prayforpalestine
#praforgaza
#prayformh370
#kelabbloggerbenashaari

22 Jun 2015

Gangster Rebut Gerai Mee Goreng

Lunch Hour di bulan puasa apa yang korang buat.
kalau gugurl ada alasan ler kalau masuk bilik yang berkunci tu.
kalau boboy memang nak kena hambat dengan bos buat macam tue.
mungkin ada yang lepak di surau time lunch hour.
ada yang melepak di luar untuk elak rasa bosan di dalam opis.
jangan pula ada yang melepak di kedai apek jual mee goreng.
shark pula habiskan masa lunch hour dengan koleksi buku -buku yang ada

sepucuk pistol di dalam laci
Sepucuk Pistol Di Dalam Laci
untuk minggu ni shark bawa bekal buku dari #indieke
Sepucuk Pistol Di Dalam Laci
ni adalah karya dari Hadi M.Nor
bukan kisah cinta bukan kisah sedih.
ini adalah koleksi cerpen pendek penulis berbentuk humor
beli buku ni dalam bulan 3 tenpoh hari di Pesta Buku Pahang 2015
sekarang dah masuk bulan 6.
nampak tak kat situ jurangnya perbezaan masa untuk baca buku nie.
heheheh.
biar lambat janji feel nak baca tu ada.
jangan baca masuk otak kiri keluar otak kanan.
sia-sia ler korang beli buku tu nanti.

sepucuk pistol di dalam laci
lain dari yang lain
boleh dikatakan cerpen pendek dalam ni semua diluar imaginasi.
penuh dengan lawak,nama karakter yang unik,jalan cerita yang pelik tapi ringkas.

cerita-cerita yang menyakitkan hari pun ada.

boleh tak bayangkan bila ganster KL merebut gerai mee goreng dan cendol.
lepas tu boleh pulak duk buru beruang sampai ke negara jepun.
yang tak boleh tahan ada cerita bintang hijau yang boleh buat sakit hati bila baca.
jauh perbezaan dengan novel-novel drama yang menjadi pujaan sekarang.
kalau rasa nak lain dari yang lain.
korang boleh pilih buku-buku indipenden seperti ini.
memang tak rugi.
nak dapat kat mana?
terjah Facebook Sang Freud Press untuk lebih info buku-buku indipenden
yang pastinya karya-karya penulis indipenden ni memang kreatif dan original.
semoga bermanfaat.


#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370
#kelabbloggerbenashaari

19 Jun 2015

Berlumba-Lumba Di Bulan Ramadhan

cara kita berpuasa
yang mana style kita berpuasa
tertarik betul dengan satu ilustrasi dari The Muslim Show ini,
mungkin ada yang paham mungkin ada yang tidak.
cara kita mengejar ibadat di bulan puasa.
yang mana satukah kita.

Sprint?
berlumba-lumba untuk dapatkan saf hadapan sewaktu terawikh,
berluma-lumba untuk habiskan juzuk Al-Quran,
semangat untuk berubah sebelum puasa lagi.

Marathon?
bermula seperti biasa,
istiqamah sehingga tamatnya Ramadhan,

shark sendiri akui kalau dulu-dulu memang selalu sprint di bulan puasa,
semangat pergi terawikh,
masuk 2 minggu je semangat dah luntur,
masuk 2 minggu jer dah sibuk dengan program raya,
habis puasa terus tinggalkan Masjid.
malu dengan diri sendiri.
harapnya tahun ini dapatler mengubah cara berpuasa.

semoga bermanfaat.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370
#kelabbloggerbenahsaari

17 Jun 2015

Harimau Kau Hijau

Harimau Malaya tewas kepada Palestine.
bukan perlawanan persahabatan,
bukan perlawanan amal.
tetapi perlawanan merebut slot ker Piala Dunia 2018 / Piala Asia 2019
entah macam mana boleh bolos sampai 6 gol.
entah macam mana tiada langsung jaringan dari pemain Harimau Malaya.
ni yang buat rasa nak mencarut jer.

harimau malaya
Harimau Malaya kau Hijau
memang ramai yang kecewa malam tadi.
boleh dikatakan juga semua peminat kecewa dengan keputusan malam tadi.
kalah dengan jumlah gol yang besar.
kalah bermain di tempat sendiri.
kalah dihadapan penyokong sendiri.

nak kata cuaca tak sesuai tak mungkin.
hari-hari melepak kat Malaysia
nak kata letih tak mungkin.
sukan sea pun tak main.
nak kata tak cukup pngalaman tak mungkin.
Chelsea,Liverpool,Manchester,Tothenham semua dah lawan.

apa-apa pun tahniah buat pasukan Harimau Malaya mampu bertahan sehingga 6 gol.
harap-harap jurulatih tak muncul di media dan bagi sepatah dua kata.
harimau kau dah hijau.


#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370
#kelabbloggerbenashaari

9 Jun 2015

Suara KRU Selepas 23 Tahun


Kuasa Juara KRU Sukan Sea 2015
Kuasa Juara KRU Sukan Sea 2015 | sumber : NST
kalau sesiapa ada mengikuti Sukan Sea 2015 mesti tahu lagu tema kontijen Malaysia,
Lagu Kuasa Juara ini adalah karya daripada Norman dan dinyanyikan sendiri oleh KRU.
dah lama rasanya tak dengar suara KRU ni,
kalau dengar di radio memang tak cam suara mereka.
semalam sempat lihat vklip Kuasa Juara dan kagum jugak dengan KRU ni.
Tonton Video Klip Kuasa Juara di Youtube - Kuasa Juara 
kalau dikira-kira usia KRU di sudah pun cecah 23 tahun,
1992 sehingga sekarang empayar KRU masih kukuh dalam industri muzik malaysia.
ini bukan kali pertama KRU menghasilkan lagu untuk temasya sukan,
kalau masih ingat lagu Everest (1997)
kemudian sukan komanwel (1998) 
kedua-dua lagu tersebut bagi shark memang terbaik.
lagu pembangkit semangat

Kuasa Juara KRU Sukan Sea 2015
3 beradik masih power | sumber : Bharian
dalam video klip  Kuasa Juara ada menampilkan beberapa atlit malaysia,
antaranya Datuk Lee Chong Wei,
konsep lagu kali ini agak rancak,
tak sangka pulak Norman masih mampu rap dalam lagu nie.
dan tak sangka jugak 3 beradik masih ada masa untuk kolaborasi bersama.
bukan senang nak berduet bila masing-masing sudah ada kerjaya sendiri,
tambahan pula 23 tahun adalah tempoh yang  panjang untuk sesebuah kumpulan.
KRU terbaik.

semoga terhibur

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370
#kelabbloggerbenashaari

5 Jun 2015

Jumaat Pagi Di Malaysia

Gempa Bumi Di Sabah Dan PM Najib tidak hadir mewarnai Malaysia hari ini,
timeline di Facebook dan twitter bergerak laju di pagi hari

Gempa Bumi landa Ranau,Sabah.
lebih kurang pukul 7:15 pagi tadi di ranau Sabah,
satu gempa bumi berukuran 6.0 Magnitud dirasai di beberapa tempat di Sabah
sumber : astro awani - Gempa 6.0 Magnitud Landa Ranau,Sabah
gempa bumi di sabah pagi tadi mengejutkan semua orang termasuk shark,
beberapa permis rosak walaupun gegaran berlaku hanya 15-20 saat.
koleksi gambar gempa bumi di sabah boleh lihat di Page FB Sayang Sabah
tak sangka pulak kejadian ini boleh berlaku di garisan khatulistiwa.
tapi kita tidak boleh menyangkal kekuasaan dan takdir Allah.
ada yang kata ini ada sangkut paut dengan kes berbogel di Gunung Kinabalu tempoh hari,
shark tak berani nak komen,
diharapkan kejadian ini sedikit sebanyak dpat memberi kita lebih sedar akan kekuasaan Allah.
gempa bumi di sabah
 kerosakan rumah flat akibat gempa bumi pagi tadi
gempa bumi di sabah
beberapa premis turut rosak akibat gegaran

PM Najib Tidak Hadir Dialog  #Nothing2Hide
belum sempat lagi berita gempa bumi habis,
satu lagi berita panas berlaku di PWTC,
hari ini dijadualkan PM Najib akan hadir untuk memberi taklimat dan jawapan mengenai semua kontroversi,
tapi sayangmya PM kita tidak dapat hadir di saat-saat akhir,
sumber : astro awani - Dialog #Nothing2Hide Dibatalkan
sekaligus mengecewakan ramai orang termasuk shark,
dah stanby live streaming dengan speaker harini kat office,
besok cuti Hari Agung jadi mood masing-masing di ofis harini kelaut,
termasuk big boss sendiri.
tunggu punya tunggu PM Najib tak muncul
yang muncul hanyalah Tun Mahathir.
tapi sayang seribu kali sayang,
polis pula menghalang Tun M untuk terus berucap.
viral jugak video Tun Mahathir berucap di laman sosial.
dialog PM bersama NGO
Tun M diminta berhenti mebuat ucapan

macam-macam ragam.
macam-macam hal
kita manusia biasa ini sepatutnya jangan ambil tak endah apa yang berlaku,
jadi manusia yang bertanggungjawab dan perihatin sikit,
ambil iktibar apa yang terjadi pada pagi ini.
semua yang terjadi akan menentukan hala tuju kita kelak.

semoga bermanfaat.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370
#kelabbloggerbenashaari

4 Jun 2015

Beli Buku Simpan Jadikan Hiasan


malam nisfu syaaban
Malam Nisfu Sya'ban
kalau nak dikira-kira,
hari ini adalah hari ketiga buku baru untuk amalan kita selepas Malam Nisfu Sya'ban.
mungkin ramai yang diluar sana menerima mesej memohon maaf seperti diatas,
katanya pada Malam Nisfu Sya'ban buku amalan ditutup dan ditukar dengan yang baru.
percaya atau tidak itu pilihan dan kefahaman masing-masing.
ada yang mengatakan dalil catatan buku amalan ini tidak kukuh.
dan ada yang berkata sebaliknya.

shark kongsikan bersama pendapat orang yang lebih arif mengenai fadhilat dan amalam Malam Nisfu Sya'ban
jangan pula kita bergaduh sesama sendiri untuk mempertikaikan mana yang betul mana yang tidak.
jadikan ianya satu ilmu dan bahan bacaan untuk kita sama-sama mantapkan keimanan kita..

berkenaan mesej yang banyak diterima pada hari isnin yang lalu,
ramai jugak yang memohon ampun dan maaf,
adakah ianya ikhlas atau sekadar copy paste sahaja,
harap-harap ianya ikhlas.
zaman sekarang memnag mudah untuk meminta maaf.
hanya buka status di laman sosial sahaja sudah cukup.

bila dah masuk hari ketiga ni agak-agak apa amalam yang dah kita buat,
dah pergi masjid bagi yang dekat?
cukup sempurna solat 5 waktu untuk hari ketiga?
dah masuk buku baru nie.
kalau masih lagi catatan sama seperti buka lama tiada makna ler anda memohon maaf.
tiada guna ler anda memeriahkan malam Nisfu Sya'ban tempoh hari,
dah dapat buku simpan dalam almari jadikan hiasan.
tahun depan tukar buku baru simpn lagi dan jadikan hiasan lagi.

semoga bermanfaat

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370
#kelabbloggerbenashaari

1 Jun 2015

Dapat Medal Dapat Sakit

happy ada.
sakit pun ada.
selepas sebulan 10KM Empire Run pada bulan 4 yang lalu,
semalam sekali lagi shark menyertai larian 10KM.
kali ini lebih besar dan meriah.
Half Marathon Kuantan 2015 adalah larian tahunan di Kuantan.

datang awal dapat menari dulu | sumber : FB Run&Explore
lari lari selamatkan diri | sumber : FB Run & Explore

nak dijadikan cerita pada hari semalam,
shark terlewat bangun dan terlewat sampai untuk waktu perlepasan.
kira-kira 15 minit jugak ler lewat.
nasib baik rumah dengan vanue tak berapa jauh.
bayar pun sudah,memang rugi ler kalau dah bayar tapi tak pergi.
sampai-sampai je semua peserta sudah pun memulakan larian.
warming up tak buat
stretching pun tak buat.
dengan selamba badak shark mulakan larian.
tebal muka jugak berlari keseorangan di belakang.
lari punya lari dapat juga kejar kelompok peserta.
Alhamdulillah sempat juga habiskan 10KM semalam.
dapat jugak medal finisher untuk koleksi.

half marathon kuantan 2015
medal #HKM2015 semalam memang smart
sakitnya tuh disini bila dah sampai kat rumah,
baru selangkah nak naik tangga menyirap sekejap darah ni,
lutut terasa sakit yang amat,
naik satu hal,
bila turun nak menangis pun ada
berkali ganda sakitnya.
terpaksa semalam naik turun tangga seperti ketam.
dalam kepala dah risau takut-takut serius jadinya.
nasib baik jugak ada sahabat-sahabat fisio bagi tips
lega dapat tahu itu hanyalah simptom biasa.
dalam masa seminggu ni terpaksa ler berehat dulu kaki nie,
ambil pengajaran untuk next larian.
warming up dan stretching memang WAJIB dibuat.
jika tidak sengsara nanti.

half marathon kuantan 2015
selfie itu mesti
semoga bermanfaat.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370
#kelabbloggerbenashaari