29 May 2015

Komen Berbisa Pok Mang

berbaju tshirt berseluar track,
itulah penampilan biasa bagi seseorang yang dipanggil Pok Mang.
hari ini gaya Pok Mang agak berlainan dari hari biasa.
nampak lebih kemas dan lebih wangi.
mungkin kerana hari ini hari Jumaat.

berjalan Pok Mang ke kedai makan berhampiran,
kedai makan ini memang menjadi port melepak Pok Mang 24jam.
dari jauh sudah berbau aroma nasi lemak ynag menjadi menu hari ini di Kedai Kojek yang baru sahaja dibuka lebih kurang 3 bulan yang lalu.
menu utama disini adalah Mi Calong,
tapi kadang-kadang diselitkan jugak dengan nasi lemak,nasi ayam berempah dan nasi koboi,

melangkah masuk ke kedai,kelihatan beberapa orang sedang menikmati makanan,
sambil makan sambil menonton TV,
pandai juga tauke kedai ni tarik pelanggan dengan meletak TV di dalam kedainya,
siap pasang ASTRO lagi,
memang hari-hari ler orang kat sini layan citer ulangan yang disiarkan di ASTRO,
dan sekarang mereka tengah layan Konsert Kilauan Emas,

menonton orang-orang yang berumur sedang karaoke kadang-kadang menghiburkan,
kadang-kadang naik menyampah juga dengan drama yang cuba dibuat,
standard rancangan realiti,
menjadi kebiasaan orang-orang yang menonton akan menjadi juri tak bertauliah.
termasuk ler Pok Mang,
"Dah tua-tua pun masih lagi tak reti duduk kat rumah,
sibuk nak menyanyi,joget sana-sini,sibuk duk hafal lagu,tak paham aku.
malu ke cucu duk tengok.bawak-bawak ler g masjid,kalau cucu suruh ngaji kang mula berpinor mata.
rosak rosak"
bersuara Pok Mang bila melihat salah seorang peserta menyanyi,
nasi penuh dalam mulut pun masih sibuk nak bercakap,

sejam melepak di Kedai Kojek,Pok Mang kembali kerumah,
waktu tengahri sudah habis bagi beliau bila dah kenyang makan nasi koboi,
sampai dirumah dicabut semua baju diganti pula dengan kain pelikat.
kerusi malas yang berada di beranda rumah dijadikan tempat berehat beliau,
senyuman diberikan kepada orang lalu-lalang di depan rumahnya yang baru habis solat Jumaat.
tak sampai 15minit , Pok Mang lena dibuai mimpi,
bangun tak bangun Pok Mang bila azan maghrib berkumandang,
itulah Pok Mang.

semoga terhibur

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370
#kelabbloggerbenashaari

26 May 2015

Koleksi Sembonia Spring Summer 2015

cantik , stylish , dan elegen cukup menggambarkan Koleksi Terbaru Spring Summer Sembonia
diberi nama  The Liberal Art Of Geometry kini boleh didapati di semua cawangan Sembonia.
shark berkesempatan untuk menghadiri Majlis Pelancarannya Di East Cost Mall,Kuantan baru-baru ini,
warna pink dan kuning diketengahkan untuk koleksi Liberal Art Of Geometry,
tapi sayangnyer hanya terdapat warna kuning sewaktu pelancaran,
shark nak cerita lebih pun tak pandai bab-bab handbag nie..
kita layan ajer gambar lebih senang.
lebih real dan lebih menggoda.

sembonia Spring Summer Liberal Of Art Geometry
antara koleksi Spring Summer Liberal Of Art Geometry
sembonia Spring Summer Liberal Of Art Geometry
antara koleksi Spring Summer Liberal Of Art Geometry
sembonia Spring Summer Liberal Of Art Geometry
antara koleksi Spring Summer Liberal Of Art Geometry
sembonia Spring Summer Liberal Of Art Geometry
close up Spring Summer Liberal Of Art Geometry
rasanya tak cukup complete kalau tengok handbag atas meja sahaja.
macam mana agaknya bila si pemakai memakai koleksi terbaru sembonia ini.
mari kita lihat.

sembonia Spring Summer Liberal Of Art Geometry
 koleksi Spring Summer Liberal Of Art Geometry
sembonia Spring Summer Liberal Of Art Geometry
koleksi Spring Summer Liberal Of Art Geometry
sembonia Spring Summer Liberal Of Art Geometry
koleksi Spring Summer Liberal Of Art Geometry
amacam?
kalau nak difikrkan dari segi harga shark rasa ianya amat berbaloi,
kualiti yang dihasilkan oleh sembonia memang ternyata begitu teliti dan halus,
anda boleh lihat dan rasai sendiri di semua cawangan Sembonia sekarang,
jauh  berbeza dengan barangan tiruan yang ada di pasaran.
tambahan sembonia sentiasa mengadakan promosi setiap bulan
terjah cawangan sembonia dan rasai perbezaan dan kualiti yang dihasilkan.

untuk info -info terkini mengenai koleksi sembonia boleh follow di laman sosial berikut.
Facebook Sembonia : https://www.facebook.com/sembonia
Instagram Sembonia : www.instagram.com/sembonia_style

semoga terhibur
semoga bermanfaat.
selamat bershopping

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370
#kelabbloggerbenashaari

23 May 2015

Milik Siapakah Gadis Ini

rata-rata harini akan bercerita perihal Final Piala FA 2015
masing-masing ada pilihan pasukan faveret.
tapi rasanya ramai yang memilih pasukan Kelantan sebagai wakil Malaysia.
shark bukan nak cerita pasal bola harini.
cuma tertarik dengan sekeping gambar dari Harian Metro Semalam.
aduh.
boleh gugur jantung ni bila tatap lama-lama gambar tu.
pandai fotographer ni ambil shot begini.
rasa nak nyanyi je lagu Sudirman depan dia.
memang betul ler orang kata gadis-gadis cik siti wan kembang memang cantik.
tidak kisahler beliau sudah berpunya atau tidak.
cuma shark nak cakap gambar ni dan juga gadis tu memang cantik.
viral jugak gambar nie kt media sosial.
gomo kelate gomo !!!!!

awek kelantan
milik siapakah gadis ini
#prayforpalestine
#prayforgaza
#praformh370
#kelabbloggerbenashaari

22 May 2015

Konvoi Final Piala FA Ke Bukit Jalil

konvoi piala fa ke bukit jalil
Said,wok yoh dan samad  ke Bukit Jalil
sudah mula rasa kehangatan Final Piala FA Malaysia 2015,
hari ini boleh dikatakan sudah ramai penyokong pasukan Kelantan bertolak ke Bukit Jalil.
shark kongsikan sedikit kemeriahan dan gelagat rombongan ke Bukit Jalil

konvoi piala FA ke bukit jalil
konvoi ke bukit jalil | sumber : FB Nik Mat @ Pelangi Putih
konvoi Piala FA ke bukit jalil
bendera itu wajib | sumber : FB Nik Mat @ Pelangi Putih
konvoi piala FA ke bukit jalil
1 Malaysia | sumber : FB Nurul fatinah
konvoi piala FA ke bukit jalil
seperti balik beraya | sumber : FB Muhammad Nasarudin
konvoi piala FA ke bukit jalil
ini paling rare | sumber : FB Khai Amrie
ini baru untuk hari jumaat.
dijangka hari besok lagi meriah Lebuharaya Pantai Timur nie,
lagi meriah rasanya situasi di Tol Gombak pada hari esok.
bagi mereka yang menggunakan Lebuhraya LPT sentiasalah berhati-hati.
jangan cemarkan kemeriah ini dengan berita-berita yang kurang enak di jalan raya.
besok kita dapat lihat Bukit Jalil akan bewarna merah.
wuhuuuu~kemah sek kito.

Pandu Cermat Jiwa Selamat.
Ingat Orang Tersayang
Gomo Kelate Gomo

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370
#kelabbloggerbenashaari
#gomokelategomo

20 May 2015

Forget Your Age

terasa muda bila beraksi begini.
sedar atau tidak , tahun depan dah 30.
ready for new life?

wordless wednesday
Forget You Age
#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370
#kelabbloggerbenashaari

14 May 2015

Jerawat Atas Hidung

kedudukan jerawat
jerawat atas hidung
sudah 2 hari jerawat bertenggek kat hidung,
boleh tahan jugak sakit dan tak selesa bila kena.
nasib baik jugak kulit ni jenis hitam manis.
kalau kulit putih mulus memang nampak macam badut dah berhidung merah.
nak selfie pun malu nak kasi tunjuk.

semua orang ada masalah jerawat pada bahagian muka,
tips hilangkan jerawat shark rasa tak perlu shark kongsikan disini.
masing-masing dah pakar dalam bab petua hilangkan jerawat nie.
ada yang gunakan produk
ada juga gemar gunakan cara tradisional.
yang penting jerawat atas muka boleh hilang dan kita boleh selfie dengan gumbira.

punca dan kedudukan jerawat
sekilas pandang punca dan kedudukan jerawat
shark tertarik untuk berkongsi artikel mengenai kedudukan jerawat pada muka.
jerawat kalau tumbuh di tempat yang berlainan ianya adalah normal,
kalau ia sekejap ada sekejap tak ada itu adalah disebabkan perubahan hormon.
tapi kalau ia sering tumbuh di tempat yang sama , ianya tidak normal
ada yang mengatakan ianya menggambarkan area dalaman kita mempunya masalah.
shark kongsikan bersama antara punca jerawat dan kedudukan jerawat
  • Dahi - suhu badan melampau,peredaran darah tidak baik,mungkin terlampau letih atau stress.
  • Hidung - jerawat atas batang hidung bermaksud tulang belakang mungkin bermasalah, hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sistem penghadaman tidak normal , salah satu hujung hidung pula dikaitkan dengan ovari dan sistem reproduksi
  • Dagu - fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin terjejas..kaum wanita pula dikaitkan dengan haid yang tidak teratur dan sistem peranakan bermasalah
  • Pipi Kiri -fungsi hati mungkin kurang lancar , nyahtoksin dan penghasilan darah
  • Pipi Kanan - fungsi paru-paru mungkin tidak normal
  • pada badan (belakang dan depan ) - sistem perkumuhan bermasalah,sembelit
itu adalah antara yang mungkin kita perlu ambil tahu.
shark sendiri tidak pasti sejauh mana benar kedudukan jerawat ini dalam masalah sistem badan,
tapi ianya lebih baik jika kita tahu apa yang ada di luaran datangya dari sistem dalaman
ada juga yang mempunyai masalah dalaman tetapi jerawat tidak muncul di kulit muka,
itu pula bergantung kepada genetik
kalau ada rakan-rakan yang mempunyai masalah jerawat tumbuh di tempat yang sama sila ambil perhatian.
mungkin boleh ambil langkah berjaga-jaga selepas ini.

diharapakan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat menjawab teka teki kenapa jerawat tumbuh di tempat yang sama..
perkongsian ini shark petik dari Facebook Page Miracle Mask

semoga bermanfaat

#Prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370
#kelabbloggerbenashaari

12 May 2015

Lukisan Berharga 179Juta USD Dijual

lukisan picasso
lukisan Picasso
bagi yang buta seni seperti shark memang tidak tahu mana datangya value lukisan ini.
tapi bagi penggemar seni mungkin lukisan ini ada maksud tersendiri.
tambahan pula lukisan ini dilukis oleh pelukis tersohor , Picasso.
kalau dipandang sekali imbas memang agak menarik lukisan ini.
yang shark nampak ada gambar wanita dan juga beberapa tubuh susuk wanita dalam tu.
boleh tahan seksi lukisan ini.

lukisan picasso
lelong lelong lelong | sumber : Bharian
untuk info,
lukisan Picasso ini telah dijual semalam dalam satu lelongan di New York,
diberi nama  " Woman Of Algiers " telah direkod sebagai karya paling mahal terjual untuk abad ini.
dalam masa 11 minit lukisan ini telah dibida dan dijual dengan harga 179 Juta US Dollar.
siapa yang membeli lukisan tersebut masih dirahsiakan
kalau diberitahu umum silap-silap kena rompak nanti.
sumber :
 Bharian - Lukisan Picasso Catat Rekod Lelongan Termahal
 abc.net - Picasso Painting fetche Record Price Auction
179juta US Dollar,
kalau nak tukar dalam juta Ringgit Malaysia rasanya memang tak terkira,
tapi itulah nilai lukisan minyak oleh Picasso,
shark pun tak pasti lukisan ini mahal sebab Picasso atau sebaliknya.
rasanya dengan nilai jualan lukisan ini mampu memberi inspirasi kepada para pelukis
bukan semua orang mampu melukis,
bukan semua orang mampu mentafsir maksud si pelukis,
mungkin disebabkan itu terletaknya nilai yang tinggi dalam satu lukisan.

agak menarik juga kalau gantung lukisan seperti ini dirumah.
semestinya akan menjadi topik perbualan bila tetamu datang kerumah.
cantik pun cantik kalau dijadikan hiasan dinding rumah.
tapi kalau dengan harga setinggi itu rasanya boleh memakan diri.

semoga bermanfaat

#prayforpalestine
#Prayforgaza
#Prayformh370
#kelabbloggerbenashaari

11 May 2015

Ibu Shopping,Anak Jatuh Eskalator Lagi

Lokasi Kejadian Semalam | sumber : Hmetro
petang semalam dikejutkan lagi dengan kes budak jatuh dari eskalator,
kali ini kejadian berlaku di Kota Kinabalu,
Alhamdulillah menurut akhbar ,mangsa berada dalam keadaa stabil dan sedang dalam rawatan.
kita harapkan yang terbaik buat mangsa.
Utusan Online - Jatuh Eskalator ,Kanak Kanak 18 Bulan Selamat
Hmetro - Budak Perempuan Parah Jatuh Eskalator
dalam kes ini difahamkan mangsa jatuh ketika ibu mangsa membuat pembayaran tiket tempat letak kereta,
mangsa berumur 1 tahun 6 bulan,
kanak-kanak seusia ini sememangnya kita sedia maklum dengan perangai mereka,
berlari kesana kemari,
tertarik dengan benda-benda yang bergerak.
seolah-olah tempat yang luas ini menjadi taman permainan mereka.
Watson Nyambek pun boleh semput kalau bawa anak dalam shopping Mall.
Sazali Samad pun x larat nak dukung anak sepanjang dalam shopping Mall.

rasanya ini kes kali kedua membabitkan ibu dan anak,
shark tertanya-tanya juga dimana perginya suami mahupun ayah dalam situasi begini.
mungkin kerana ayah sibuk di pejabat ,ibu keluar mencari barang-barang keperluan,
nak pegang handbag,nak pegang tangan anak, nak pegang barang dibeli. 
agak-agak kalau nak bayar di kaunter macam mana kalau tangan dah penuh,
jadi kita tak boleh nak salahkan ibu mangsa dalam kes ini,
bagi ayah-ayah diluar sana jangan cepat melatah jangan cepat menunding jari bila kes ini berlaku.
kalau anda bersama mereka rasanya kejadian ini tidak akan berlaku.
untuk mengelak dari berulang kejadian ini kedua-dua ibu bapa harus berada bersama,

korang mampu?
bila dah berlaku kejadian seperti ini,
seperti biasa pengguna laman sosial akan menunding jari kepada ibu mangsa.
yang belum kahwin pun sibuk nak bagi syarahan dan nasihat.
kita kena ingat setiap orang pernah buat silap.
walaupun anak dibela bagai menatang minyak yang penuh tapi ada ketika juga kita lalai,
sama juga seperti di jalan raya.
kalau bukan kita yang langgar orang,
orang yang langgar kita,
kemalangan memang tidak berbau.

semoga bermanfaat.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370
#kelabbloggerbenashaari

8 May 2015

Autodebit RM10 Untuk Tabung Palestin

RM10 sebulan sudah cukup untuk kita membantu saudara kita di Palestin.
kalau dikira-kira dalam setahun kita boleh menyumbang Rm120 ke Tabung Palestin
nilai bukan ukuran.
yang penting keikhlasan dan niat kita untuk membantu.

tabung palestin
Tabung Palestin secara autodebit
sumbangan kini lebih mudah dengan sistem autodebit dari akaun Maybank.
bagi yang berminat untuk menyumbang secara autodebit boleh mengikut cara berikut.

SMS atau Whatsap
< Autodebit > < Daerah > < Negeri >
Hantar ke 013-4400929
untuk sumbangan secara terus juga boleh di buat melaui Akaun Aman Palestin.
berikut adalah senarai Bank dan Nombor Akaun untuk tabung palestin
  • Bank Islam: 12029010047880 
  • Maybank :562263010787 
  • CIMB: 8600460353 
  • Bank Muamalat: 12070005133717  
  • RHB Bank: 21245760004907 
  • Bank Rakyat: 220806195922
untuk lebih rujukan boleh layari Facebook Aman Palestin
pelbagai cara sudah dibuat oleh pihak Aman Palestin bagi memudahkan rakyat Malaysia mederma untuk Palestin.
satu usaha murni yang sangat shark kagumi.
kita memang tidak mampu menyumbang tenaga untuk memerangi keganasan disana.
tapi kita mampu untuk membantu membaik pulih prasarana yang musnah.
kita boleh bangkitkan semula Palestin jika kita sama-sama membantu.
hanya doa dan keikhlasan diperlukan untuk saudara kita di Palestin

semoga bermanfaat

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370
#kelabbloggerbenashaari

7 May 2015

Fenomena Baju Melayu Hipster Zery Zamry

kalau sebut nama Zery Zamry mungkin ramai yang tidak mengenali beliau,
tapi kalau sebut Baju Melayu Hipster pasti ramai yang mengetahuinya,
beliau lah pereka fesyen koleksi Baju Melayu Hipster yang kecoh baru-baru ini,
Baju Melayu Hipster Zery Zamry mendapat tumpuan terutama di media sosial.
ada yang boleh menerima dan ada juga yang tidak.
lain orang lain citarasa.
baju melayu Hipster Zemry Zamry
Zery Zamry
Zery Zamry bukan orang baru dalan industri fesyen tanah air,
rekaan beliau sering digayakan oleh selebriti-selebriti di Malaysia,
antara yang pernah menggayakan rekaan beliau ialah Dato'Siti , Rozita Che Wan dan ramai lagi.
YB Kahiri Jamaludin pun pernah menggayakan Baju Melayu dari Zery Zamri

tidak hairan lah kalau rekaan Baju Melayu Hipster Zery Zamry nampak begitu trendy.
beliau cukup berani untuk menginovasikan rekaan baju melayu.
tambahan elemen leather patch dan netting dalam rekaan baju melayu beliau nampak lain dari yang lain.
3 jenis pakaian tradisional telah diberikan sentuhan moden dalam koleksi Hipster beliau.
Baju Melayu Cekak Musang , Baju Melayu Teluk Belanga dan Jubah.
berikut adalah antara koleksi Baju Melayu Hipster Zery Zamry

baju melayu hipster zery zamry
Baju Melayu Cekak Musang bersamping biasa
baju melayu Hipster Zemry Zamry
Baju Melayu Cekak Musang bersamping moden
baju melayu Hipster Zemry Zamry
Baju Melayu Teluk Belanga
baju melayu Hipster Zemry Zamry
Jubah
entah kenapa ianya menjadi berita hangat baru-baru ini.
ini mungkin kerana baju-baju melayu hipster ini digayakan oleh abang-abang sado.
dah nama pun sado semestinya baju yang dipakai nampak ketat.
bagi ler baju apa pun kat abang sado memang nampak seksi ler.
bab samping tu boleh ditukar..dah nama pun fesyen.
kalau tak percaya boleh google baju raya YB Khairi Jamaludin tahun lepas.
baju yang sama dipakai oleh model abang sado tapi bila dipakai YB KJ nampak biasa sahaja.
nak kasi nampak fit atau tidak itu hak si pemakai.
kalau baju kurung boleh jadi baju kebaya.
kenapa tidak baju melayu :)

semoga bermanfaat.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370
#kelabbloggerbenashaari

6 May 2015

Tak Suka Makan Durian?

Durian adalah raja buah di Malaysia.
entah datang dari mana status raja pun shark tak pasti.
yang pasti keenakan dan keharuman buah durian memang tidak dapat digambarkan.
tapi ada juga sesetengah orang tak suka buah durian nie.
kalau orang putih memang tak pelik le.
yang pelik orang Malaysia sendiri pun ada tak suka.
entah kenapa.
mungkin bau terlalu kuat atau risau mulut berbau?

raja buah durian
tengok gambar dah mengidam
shark kongsikan sedikit fakta buah durian.
fakta bukan sebarang fakta.
ini adalah kelebihan buah durian dari segi zat makanan.
sumber dari status Facebook Kevin Zahri.

fakta durian
6 Fakta Durian
shark tak suka makan durian?
sorry ler.
koi orang malaysia.
bukan orang malaysia ler kalau tak suka makan durian nie.
menyesal seumur hidup kot kalau tak makan.
bagi yang tak gemar buah durian tu cuba-cuba ler rasa.
malu ler kalau tak suka.
raja buah malaysia nie.
takkan diberi gelaran raja kalau rasanya sama seperti buah lain.

semoga bermanfaat

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370
#kelabbloggerbenashaari

5 May 2015

Koi Nak Rembat Bola Ni Yeop

malam ini ada satu perlawanan Liga Super antara Pahang Dan Perak.
pasukan yang menang malam ini akan menerajui takhta Liga Super Malaysia.
ini adalah perlawanan terakhir Pusingan Pertama Liga Super 2015
selepas ini Liga Super Malaysia akan berehat sehingga 20 Jun

Siaran Langsung Pahang lawan Perak
Siaran Langsung Pahang lawan Perak
kalau ditanya shark semestinya Pahang menjadi pilihan untuk keputusan malam ini.
bermain di Stadium Darul Makmur akan menjadi kelebihan pada skuad Tok Gajah.
Perak pula masih lagi bersemangat selepas menewaskan gergasi merah selangor sabtu lepas.
siapa yang menang akan mengumpul 20 mata dan akan menjadi pendahulu liga.
terasa pula nak ke stadium malam ni.
perlawanan menarik memang berbaloi beli tiket dan tonton live di stadium.

siaran langsung perak lawan pahang
penentuan 3 mata untuk carta liga super 2015
kalau tok gajah ada awang itam yang gagah perkasa
boss gourus atau seladang pula memiliki artis Kpop yang bergaya.
mereka berdua mempunyai sejarah tersendiri sebelum ini.
Namkung Wong pernah dikerjarkan ke Hospital gara-gara asakan dari Damion Stewert.
ketika itu Namkung Wong mewakili pasukan Kedah untuk Piala Malaysia 2014.
agak panas jugak insiden itu di dada akhbar,
di media sosial pula penyokong kedua belah pihak bertikam lidah.
akhirnya semangat kesukanan dan sikap profesional para pemain meleraikan sengketa.

Siaran Langsung Pahang lawan Perak
peristiw hitam Namkung Wong Piala Malaysia 2014 | sumber : SinarHarian

Siaran Langsung Pahang lawan Perak
semangat kesukanan dan sikap profesional
RTM TV2 akan membawa siaran langsung Pahang lawan Perak malam ini.
diharapkan perlawanan malam ini akan berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
koi nak rembat bola malam ni yeop.
kome jaga ler pintu gol elok-elok.

selamat menonton


#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370
#kelabbloggerbenashaari