30 Apr 2015

Muka iras Fizo Omar

orang kata kat dunia ni ada 7 orang muka serupa.
mungkin ada yang dah jumpa secara realiti.
mungkin juga ada yang dah jumpa didalam alam maya.
harini shark terjumpa muka seiras Fizo Omar.
kembar fizo omar
look like fizo omar?
hahahahahaha.
amacam?
tak sangka plak shark ni muka serupa dengan beliau.
nak pecah hidung ni bila dah matching.
kalau dah matching ngan Fizo Omar harap-harap jumpa jugak le bakal isteri macam mawar.
so lepas ni ingat Fizo Omar ingat shark.
wuhuuuuu~

bahaya betul aplication ni.
boleh bikin syok sendiri.
kepada yang rasa nk syok sendiri boleh cuba layari mortepedict.com

semoga terhibur.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370
#kelabbloggerbenashaari

29 Apr 2015

Pahang Cuti Seminggu

Kerajaan Negeri Pahang meluluskan cuti peristiwa 5 Mei untuk PRK Rompin.
sumber :

cuti peristiwa 5 mei
cuti peristiwa 5 mei
melompat keriangan bagi yang bekerja di sektor awam
merah pedam muka bagi bekerja di sektor swasta.
kalau dikira-kira untuk cuti minggu depan,
Pahang akan bercuti lebih kurang satu minggu.
  • 1Mei ( Jumaat ) - Hari Pekerja
  • 2Mei ( Sabtu ) - Cuti Weekend
  • 3Mei ( Ahad ) - Cuti Weekend & Hari Wesak
  • 4Mei ( isnin ) - Cuti Wesak dibawa ke hari isnin
  • 5Mei ( Selasa ) - PRK Rompin ( Pahang Sahaja )
  • 6Mei ( Rabu ) - hari berkerja
  • 7Mei ( Khamis ) - Hari Hol (Pahang Sahaja)
  • 8Mei (Jumaat ) - Hari Bekerja
  • 9Mei (Sabtu ) - Cuti Weekend
  • 10Mei (Ahad ) -  Cuti Weekend
6 dan 8 Mei adalah hari berkerja.
tapi 7 dan 9 Mei adalah hari cuti,
7 Mei adalah Hari Hol dan cuti umum untuk Negeri Pahang
Hari Hol Pahang boleh rujuk entry shark sebelum ini disini

kalau diberi peluang dan ditanya mana-mana pkerja,
semestinya mereka akan mengambil cuti pada hari tersebut.
dan kalau lulus memang sedap ler goyang kaki di rumah,
kalau tak lulus pandai-pandai ler buat demam mintak MC.
10 Hari cuti.

bagi yang bekerja di sekstor swasta,cuti dan hari bekerja tiada beza,
ada yang sanggup berkerja di hari cuti kerana bayaran lebih lumayan.
ada juga yang berkerja dek kerana syarikat tidak mengikut jadual cuti am.
bagi yang berkerja teruskan komitmen anda.
bagi yang bercuti rancang percutian anda.

slamat bercuti warga pahang.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370
#kelabbloggerbenashaari

28 Apr 2015

10KM Tiada Masalah

10KM Empire Run 2015  shark tamatkan dengan rekod baru.
Alhamdulillah boleh habiskan 10KM dengan masa 55minit.
satu rekod baru untuk diri sendiri.
10km empire run 2015 kuantan
medal pertama untuk tahun 2015
seperti yang shark kongsikan bersama sebelum ini disini,
niat untuk menyertai larian 10KM tercapai.
dengan cuaca yang baik dan kesihatan yang baik larian 10KM dapat ditamatkan.
tak sangka juga shark dapat berlari non stop dalam 10KM tu.
cuma agak ralat sedikit bila tak dapat rekod larian dalam aplikasi endomodo.
aplikasi endomodo shark gunakan untuk merekod masa setiap kali berjogging,
entah kenapa pagi semalam gps tak dapat berfungsi.
rekod secara manual je semalam untuk set timing.

larian 10KM agak meriah dengan kehadiran orang ramai,
larian bermula jam 7:30pagi dan teryata ramai bersemangat bangun awal pagi.
yang datang dari luar Kuantan pun ada turut serta,
shark kongsikan sedikit gambar larian 10KM Empire Run 2015 Kuantan.
sumber diambil dari page Mount Runner yang bertindak sebagai penganjur.
10km empire run 2015 kuantan
bermula seawal Jam 7:30pagi
10km empire run 2015 kuantan
minuman disediakan disepanjang larian
10km empire run 2015 kuantan
respect uncle ni boleh habiskan 10km
10km empire run 2015 kuantan
respect abang ni boleh habiskan 10km
perasan ada peserta berkulit hitam?
mereka warganegara Kenya,
mereka tamatkan larian 10KM dalam masa 30minit sahaja.
ada 3 orang warga Kenya semalam dan mereka adalah juara dan naib juara.
seorang lagi juara veteran.
kuat sungguh stamina mereka nie.
kalau tengok Olimpik pun memang mereka yang menopoli tempat dalam marathon.
shark ada sertakan gambar 2 individu antara yang shark respect semalam.
mungkin juga  boleh jadikan inspirasi.
kalau mereka boleh kita pun boleh.
tiada alasan untuk tidak bersenam.

Insyaallah shark akan sertai lagi larian 10KM di penghujung Mei 2015,
tengok pada event macam lebih besar dan lebih meriah.
akan kongsikan bersama untuk next entry.
yang penting semalam dah collect 1 medal untuk tahun 2015,
10km empire run 2015 kuantan
medal 10 KM Empire Run 2015
semoga bermanfaat

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370
#kelabbloggerbenashaari

25 Apr 2015

PRK Permatang Pauh Berat Sebelah

PRK Permatang Pauh 2015
PRK Permatang Pauh 2015
bermulanya hari ini , Permatang Pauh akan jadi kawasan panas,
PRK Permatang Pauh 2015 akan menyaksikan pertembungan dua kuasa besar parti politik,
hari ini , 25 April adalah hari penamaan calon,
malam ini bermulalah perang pskilogi, perang poster, perang mulut untuk memancing undi.
syurga dan lubuk emas juga bagi peniaga-peniaga yang bijak mengambil peluang,

kalau ditanya pendapat shark yang cetek politik berkenaan PRK Permatang Pauh,
shark dapat lihat, Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempunyai peluang yang cerah,
calon yang dipertandingkan pula adalah orang kuat PKR sendiri , dato Seri Wan Azizah,
tambahan pula Permatang Pauh adalah kubu kuat PKR.
isu gst
lawak kartun GST
kalau fikir secara logik ,  PRK Permatang Pauh boleh dikatakan berat sebelah,
Parti Barisan Nasional (BN) memang tiada harapan untuk menang disini.
isu GST akan menjadi topik dan debat yang akan dibawa oleh PKR.
manakala di pihak BN semestinya akan menggunakan media untuk menguatkan kempen,
mungkin juga akan mengkaitkan kemampuan Dato Seri Wan Azizah menjaga 2 kawasan beliau.
tanggungjawab yang besar dan berat buat calon BN untuk menerangkan kebaikan GST.
isu GST sudah cukup untuk membuktikan siapa kuat siapa lemah.
itu belum masuk lagi bab jet peribadi,hutang negara dan yang terbaru kes statement Datuk Ahmad Maslan
keputusan PRK Permatang Pauh sudah boleh diketahui dari awal lagi.
PRK Rompin 2015
PRK Rompin 2015
selain di Permatang Pauh,
satu lagi PRK sedang rancak di Rompin.
PRK Rompin dibuat setelah kematian datuk Jamaluddin Jarjis dalam kemalangan Helikopter tempoh hari.

berapa banyak agaknya wang yang dibelanjakan untuk 2 PRK ini.
kalau dah nama pun kubu kuat tak perlu untuk berbelanja besar,
tak perlu guna tenaga seluruh ahli untuk turun kesana,
adalah lebih baik panggil semua ahli turun ke kelantan.
banyak lagi rumah-rumah mangsa banjir belum siap.
kalau tak boleh bagi sumbangan wang tidak mengapa.
sumbangan tenaga kerja pun boleh diberikan disana.
boleh rujuk gambar sekitar kelantan selepas 3 bulan banjir disini.
tak perlu buang air liur,
tak perlu bertekak.
tak perlu panggil orang datang dengar ceramah malam-malam.
daripada saling tuduh menuduh antara satu sama lain ada baiknya bergabung,
diharapkan tiada kejadian yang buruk berlaku sepanjang kempen berlangsung,

semoga bermanfaat.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370
#kelabbloggerbenashaari

21 Apr 2015

Bujang Itu OK ?

hidup seorang bujang
Artikel Akhbar Metro - Saya Bujang , Saya OK
menarik pulak baca keratan akhbar Harian Metro pada 3 April yang lalu,
membincangkan tentang kelebihan hidup dengan status bujang.
kalau dah sebut bujang semestinya dah kena pada batang hidung sendiri.
tapi betulkah hidup berstatus bujang ini banyak kelebihan?
shark kongsikan antara kelebihan hidup bujang yang terdapat pada artikel berkenaan.
  • Bebas Jadi Spontan - bebas bergerak tanpa menunggu persetujuan..nak bela ayam nak bela itik tak perlu tanya pendapat pasangan..pergi je terus beli ayam buat binatang peliharaan 
  • Kenali Diri - lebih banyak masa mengenali diri sendiri.tidak perlu sibuk dengan perihal pasangan.  
  • Bebas Mengembara - mengajar untuk lebih berdikari dan survivor  
  • Lebih Peluang Pekerjaan - orang bujang dan tidak bercinta lebih banyak fokus dalam kerja  
  • Lebih Masa Untuk Keluarga Dan Sahabat - lepak dan shopping bersama keluarga dan teman sepejabat 
  • Boleh Berjimat - tiada hadiah untuk pasangan,tiada makan malam romantik,tiada wayang  
ada yang menyokong?
bagi pendapat shark ada yang betul ada yang salah.
  • Bebas Jadi Spontan ? - andaikata kita diberi peluang dan pilihan dan kita buat pilihan yang silap,apa jadi.
  • Kenali Diri ? - kalau umur dah sampai 30 tahun masih tak mengenali diri sendiri memang susah ler..memang tak layak nak berumah tangga kalau masih tak panda mengenali diri sendiri
  • Bebas Mengembara ? - bebas memang bebas,tapi kalau mengembara bersama orang tersayang lagi best rasanya. 
  • Lebih Peluang Pekerjaan ? -mungkin ya untuk bujang,mungkin tidak bagi yang sudah mempunyai anak.
  • Boleh Berjimat ? - kalau dah boros tetap boros 
  • Lebih Masa Untuk Keluarga dan Sahabat ? -sampai bila?
lain orang lain pendapat.
bagi shark hidup bujang memang ada banyak kelebihan.
tapi sampai bila nak hidup membujang.
sanggup ker hidup berseorangan sampai tua?
takkan taknak lihat zuriat sendiri yang mungkin akan bawa kebanggaan kelak,
status bujang kena ada limit dia
mana tahu kelebihan hidup berpasangan lagi banyak daripada ini.

"orang makan burger kita makan roti canai"
semoga bermanfaat

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370
#kelabbloggerbenashaari

20 Apr 2015

Berlari Untuk 10KM Empire Run

Empire Run 2015 Kuantan
10 KM Empire Run 2015 Kuantan
Insyaallah kalau diberi kesihatan yang baik,
satu lagi larian 10KM menanti pada minggu hadapan , 29April
10KM Empire Run 2015 Kuantan akan shark sertai.
Empire Run 2015 Kuantan
baju Empire Run 2015
semalam dah pun ambil baju dan juga nombor yang akan digunakan,
shark masuk kategori terbuka lelaki.
bayaran RM50 dikenakan untuk setiap penyertaan.
setiap penyertaan akan diberi baju dan yang paling best adalah semua perserta layak mendapat medal.
lari punya lari dapat nombor last pun tak apa.
janji dapat medal.
untung jugak ler bayar RM50 dapat baju dan medal.
Empire Run 2015 Kuantan
Laluan 10KM Empire Run 2015
terdapat 4 kategori yang dipertandingakan,
  • Lelaki terbuka
  • Wanita terbuka
  • Veteren Lelaki 
  • Veteren Wanita
hadiah yang disediakan juga agak menarik
  • Juara : RM500 + Medal + thropy
  • 2nd : RM300 + Medal + thropy
  • 3rd : RM200 + Medal + thropy
  • semua peserta layak mendapat medal.
Empire Run 2015 Kuantan
nombor bertuah
target shark?
dapat sampai ke garisan penamat pun dah cukup.
setakat ni 6-9KM sudah menjadi rutin jogging setiap petang,
bila ada event camni kebiasaan akan cuba pecah rekod sendiri,
beat masa terbaik,
joging secara santai beramai-ramai memang best.
dapat kenalan baru dan juga untuk kesihatan sendiri.
daripada tidur di pagi minggu bangun tengahari ada baiknya keluarkan peluh.

shark akan kongsikan apa yang terjadi di  Empire Run 2015 nanti.
harap-harap shar diberi kesihatan yang baik pada waktu itu.
semoga bermanfaat

#prayforpalestine
#Prayforgaza
#prayformh370
#kelabbloggerbenashaari

16 Apr 2015

Bila Atuk Dan Nenek Menyanyi

Kilauan Emas 5 2015
Konsert Kilauan Emas 5 2015
malam tadi sempat le tengok atuk dan nenek beraksi di konsert Kilauan Emas 5,
no komen untuk konsert pertama,
terlalu awal nak tengok siapa yang hebat.
cuma ada ler 2-3 orang yang suara unik,
tapi tak ingat nama siapa
shark bukan fanatik sangat nak hafal nama-nama diorang nie.
Kilauan Emas 5 2015
Sharul Zaman a.k.a Zaman KE5
perasan jugak malam tadi kelibat seorang pelakon lama yang jadi peserta KE5,
dulu-dulu memang selalu muka dia dalam drama,
Shahrul Zaman Kamaluddin.
tak sangka dia pun ada bakat dalam nyanyian.
bertahan lama atau tidak shark tak pasti,
tips paling senang nak kekal dalam Kilauan Emas ni senang jer,
bawa imej rock mesti boleh kekal sampai konsert akhir,
entah apa kaitan rock dengan orang veteran,
pandai tonjolkan diri dan pandai melawak memang boleh kekal.
rancangan realiti memang itu realitinya,
contoh terdekat peserta KE sebelum ini, Mak Ros
suara nombor 2,
personaliti nombor 1.

Konsert Kilauan Emas 5 akan bersiaran setiap hari rabu,
siaran langsung bermula jam 9 malam di Astro Prima dan Maya HD
atuk siapa paling hebat?
nenek siapa paling famous?
tonton sahaja setiap hari rabu.

selamat menonton

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370
#kelabbloggerbenashaari

14 Apr 2015

Giveaway PROJEK April by Syira Lokman

blogger Syira Lokman buat giveaway di bulan april.
shark join memeriahkan majlis.
moh ler join.
mana tahu ada rezeki.

klik banner untuk join.

giveaway projek april by syira lokman
Giveaway PROJEK April By Syira Lokman

Jom join Giveaway PROJEK APRIL by Syira Lokman.

Special untuk anda?

Wang tunai RM30 [Gnor.gnur]
Wang tunai RM20 [yanayani]
Wang tunai RM20 [yana]
Wang tunai RM10 x3 [Zaidatulazney]
Wang tunai RM10 [Khaty]
Wang tunai RM10 [sitiliza.aufa]
Wang tunai RM10 [ikazulaikha]

2 dress and 1 bawal ruffle x1 [nurul]
Tudung x1 [embun]
Rempah ayam tandoori x1 [embun]
Tudung bawal sequin x5 [mrspuex] 
Tapak Iklan free selama sebulan [Syira]

selamat mencuba

#prayforpalestine
#Prayforgaza
#Prayformh370
#Kelabbloggerbenashaari

13 Apr 2015

Air Kayor Gabungan Nescafe Dengan Lemon

air kayor
campuran nescafe dengan lemon
Air Kayor ?
Air teh campur lemon jadi Teh O Limau,
kalau nak sejuk oder Teh O Ais Limau,
macam mana pula kalau nescafe campur lemon?
itulah air kayor yang boleh didapati di Jaman Tory Resepi di Kuantan.

air kayor
jangan fikir air yang bukan-bukan..
shark sempat rasa air kayor ni malam tadi,
pada mulanya agak risau nak rasa,
takut jugak kalau perut ni tak boleh terima gabungan caffein dengan asid,
tapi alhamdulillah tiada apa-apa bangun pagi ini.
jangan terkejut kalau tengok air koyar ni sampai atas meja.
sekali tengok dah macam beer dah.
Dont Judge Book By Its Cover.
Harian Metro : Air Kayor Jaman Tory Resepi
bila dah rasa memang satu kelainan,
agak ringan rasa dia,
tak terlalu pekat dan tak terlalu masam,
nescafe dan lemon cukup rasa,
tak lebih tak kurang.
kalau dah jemu dengan teh o ais limau boleh cuba air kayor ini,
harga pun sekitar RM1.80 sen jer.
rugi kalau tak cuba sesuatu yang baru.

jaman tory resepi
Jaman Tory Resepi Indera Mahkota Kuantan
kalau ada peluang ke Kuantan,
jangan lupa singgah di Jaman Tory Resepi untuk rasa air Kayor,
lokasi kedai adalah di Indera Mahkota 2,
boleh rujuk Facebok Jaman Tory Resepi untuk lokasi.
kalau oder nanti jangan pula salah sebut nama air,
sebut betul-betul air kayor bukan air koyar.
kat sini juga popular dengan Nasi Set Daging Salai yang terbaik.

kalau dah singgah jangan lupa roger shark sekali,
5 minit boleh sampai disini,
lokasi rumah shark dengan Kedai Jaman Tory ni 5 minit sahaja.

selamat mencuba

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370
#kelabbloggerbenashaari

11 Apr 2015

Karaoke Lagu Potret Akim & The Majistret

potret akim & majistret
Potret Akim & The Majistret 
mesti dah ramai hafal dan download MP3 Potret Akim & Majistret
mesti dah ramai juga ternanti-nanti version karaoke di pusat karaoke kegemaran.
selepas dah bernanah telinga dengar lagu Mewangi,
sekali lagi Akim & Majistret membawa lagu berhantu mereka,
kali ini diberi judul Potret,
tajuk yang agak ringkas tapi melodi lagu bagi shark memang terbaik.
setanding lagu Mewangi.

Lirik Lagu Potret - Akim & The Majistret

Terangi malamku dengan syiar indahmu
Menenun kasih dalam sepi yang terasing
Saat kau pergi lemasku bila tiadamu

Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harusku pergi

Engkau bagaikan bintang-bintang di angkasa
Hanya mampu melihat kamu yang terbiar
Walaupun sakit walaupun pedih tak berdaya

Berjalan tenang menghampiri persisiran
Melakar namamu di sisi pasir pantai
Pastinya hilang tidak rasaku kepadamu

Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harusku pergi

Jauh terbawa lukisan hatimu
Warna pelangi hiasan terindah
Hati ini tak akan terbahagi
Sampai harusku pergi

Menuju aku kepadamu jadi satu
Meraih kasih kita

Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harus ku pergi

Jauh terbawa lukisan hatimu
Warna pelangi hiasan terindah
Hati ini tak akan terbahagi
Sampai harusku pergi

potret akim & majistret
 LIVE Potret Akim & Majistret | sumber : Youtube
pertama kali shark dengar lagu ni ketika rancangan Meletop di Astro Ria,
time tu dia nyanyi secara live dan  dah boleh agak lagu ni akan sehebat Mewangi,
boleh tonton video di chanel Meletop Youtube
melodi lagu pun seakan-akan sama.
tidak hairan kalau lagu ini pula yang akan menjadi siulan peminat dan carta nombor 1.
kita geng kalau minat lagu nie :)

semoga bermanfaat.
selamat berkaraoke

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370
#kelabbloggerbenashaari

10 Apr 2015

Kecewa , Kecewa Dan Terus Kecewa

harimau malaya
Harimau Malaya
Harimau Malaya jatuh tangga lagi,
kali ini , Ranking skuad Bolasepak Malaysia berada di kedudukan 164 dunia.
ranking FIFA terkini bulan April masih tidak menyebelahi skuad kebangsaan
ini adalah kedudukan ketiga terburuk dalam sejarah bolasepak tanah air.
kecewa?
semestinya kecewa bila satu-satunya pasukan faveret masih tidak berubah.
harapan yang diberikan kepada coach baru hanya tinggal harapan.
ranking bolasepak malaysia
ranking terbaru bolasepak malaysia
lebih memalukan kita berada di bawah negara yang entah dari mana asal usul,Bhutan.
untuk fakta,Negara Bhutan menyertai FIFA pada tahun 2013,
dan mula serius dalam bola sepak pada tahun ini sahaja,
kita yang serius dalam bola sepak dah berzaman masih berada di tahap itu.
dengan negara india pun kita kalah.
kecewa sekali lagi.
sumber : Utusan - Kita Dibawah Bhutan ,Timor Leste
Rajagopal dipecat,
diganti pula dengan Dollah Salleh.
tiada guna ambik coach baru kalau masih gunakan player coach lama.
masih lagi mengharapkan kepada pengalaman player lama,
masih lagi mengharapkan tuah perlawanan,
masih ingin berlagak mahu gunakan khidmat anak tempatan,
malaysia julang piala dunia
Malaysia julang Piala Dunia?
kecewa , kecewa dan terus kecewa,
itu sahaja yang dapat diluahkan sebagai peminat bolasepak tempatan.
untuk melihat Harimau Malaya beraksi di pentas Piala Dunia memang tidak akan tercapai.
itu adalah fakta.
kena terima hakikat.

walaupun kecewa harapan masih masih lagi diletakkan pada skuad Harimau Malaya,
bola itu bulat,
kadang-kadang gol.
kadang-kadang tidak,
sedangkan rooney pun boleh miss penalti,
inikan pula Safee Sali yang menunggag.
jangan pula sampai bola itu jadi petak.
jiwa peminat menjadi retak.

sokong tetap sokong,
kritik tetap kritik.
semoga bermanfaat.

#prayforpalestine
#praforgaza
#prayformh370
#kelabbloggerbenashari

8 Apr 2015

6 Bulan Bergelar Pakcik

aleesya nurani
Aleesya Nurani dalam pantang
sudah masuk bulan april 2015,
pejam celik pejam celik dah hampir 6 bulan aku bergelar pakcik.
pakcik kepada satu-satunya anak buah yang ada,Aleesya Nurani.
dari mata sepet sudah menjadi bulat matanya.
dari berkepala botak sudah ada rambut.
dari menangis sudah mula pandai mengomel.
kenangan indah semua itu.

gambar atas itu sekitar umur sebulan dia dilahirkan.
time tu rambut hitam pekat dan tumbuh dengan lebat.
sekarang sudah pun berumur 6 bulan,
agak-agak masih sama ke muka dia.
shark kongsikan bersama gambar terbaru anak buah kesayangan sorang nie.
aleesya nurani
6 bulan sengih xdek gigi
aleesya nurani
6 bulan dah pandai posing
masih lagi kiut miut seperti dulu.
hujung tahun ni genap dia satu tahun.
cukup umur satu tahun rasanya baru dia dapat makcik dari pak long dia nie.
insyaallah kalau ada jodoh.

semoga terhibur.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370
#kelabbloggerbenashaari

7 Apr 2015

See You Again Paul Walker

see you again paul walker
Fast Furious 7
tamat sudah watak Paul walker didalam movie bersiri The Fast And The Furious
shark berkesempatan menonton Fast Furious 7 (FF7) minggu lepas,
watak akhir Paul Walker menjadi sebab utama begitu ramai yang ingin menonton.
secara keseluruhan FF7 adalah sebuah movie yang harus ditonton.
fast furious 7
One Last Ride Fast Furious 7
part paling best?
semestinya ending movie adalah bahagian yang tidak boleh terlepas,
kalau rasa nak terkucil tu tahan jer,
di penghujung movie memang menyentuh perasaan bagi peminat setia Fast Furious,
kalau ada yang mengalir air mata tu memang tak pelik ler,
tambah-tambah dengan lagu OST Fast Furious 7 - See You Again dimainkan.
plot terkahir akan buatkan peminat akan ke pawagam sekali lagi.
memang killer ending untuk Fast Furious 7 kali ini.

Official OST Fast Furious7 - See You Again on Youtube

bagi shark lagu OST Fast Furious 7 ini memang terbaik,
melodi dan lirik memang dituju khas bagi memperingati pemergian watak Paul Walker.
tajuk lagu pun dah menunjukkan maksud yang mendalam - See You Again.
Video Klip Official See You Again mengimbau perjalanan Paul Walker dalam Fast Furiuos.

it’s been a long day without you my friendand i’ll tell you all about it when i see you againwe’ve come a long way from where we began. ..oh i’ll tell you all about it when i see you again. ..when i see you again. ..

bagi yang belum menonton jangan lepaskan peluang,
menyesal seumur hidup kalau tak tonton nie.
lebih feeling layan di panggung berbanding layan dirumah,
berbaloi harga tiket untuk menonton Fast Furious 7

semoga bermanfaat
selamat menonton

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370
#kelabbloggerbenashaari

3 Apr 2015

Contest Teka Berat Baby Amal Insyirah

Klik banner untuk join

berat baby amal insyirah

Hadiah berupa wang tunai berjumlah RM100

Pemenang adalah peneka paling tepat. Jika tiada jawapan paling tepat, jawapan paling hampir di kira sebagai pemenang.

Tarikh tamat penyertaan adalah pada bila-bila masa sahaja bergantung kepada penganjur.

Penyertaan nya mudah aja:

1. Follow blog www.irrayyan.com dan
           instagr.am/rayyankata

2. Follow blog sponsor

3. Masukkan blog di bawah ke dalam bloglist
  1. ana www.anajingga.blogspot.com
  2. kc www.memburucintamu.blogspot.com
  3. sha www.awansayatasana.blogspot.com
  4. pcl www.nazlee.com
  5. anis www.adnan-daughter.blogspot.com

4. Follow instagram
tekaan shark untuk berat baby Amal Insyirah adalah 3.15 Kg.
kompom

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370
#kelabbloggerbenashaari

2 Apr 2015

Resit GST

memang meriah perayaan GST semalam.
hampir setiap jam ada sahaja gambar resit GST di Facebook,
watsap dan telegram memang tak payah cerita ler,
notify yang masuk penuh dengan isu GST,
resit gst
contoh resit GST
resit,resit dan resit,
jika tidak mahu tertipu dengan syarikat yang menipu,
pastikan anda semak dahulu resit yang diberikan.
pastikan ada nombor GST pada resit berkenaan.
kedai takder resit tapi kenakan caj GST?
ambil gambar dan laporkan pada GST Hotline

bila dah bayar dan dapat resit tu jangan ler pula duk tonggek kat kaunter pula,
perihatin betul kamu sampai terus nak tengok resit,
orang lain pun nak bayar jugak.
resit gst
laporkan jika ini berlaku
tak dinafikan kadar GST yang dikenakan sedikit sebanyak membebankan kita semua,
tak sangka nak beli topup pun kena GST?
nak bayar bil online pun kena GST?
susah ini macam,
nak mencarut membabi buta pun tiada guna,
sabar sahaja menuggu PRU akan datang.
orang kata sabar itu separuh daripada iman,
sabar itu membawa berkat.
so kalau kita bersabar sampai PRU insyaallah ada berkatnya nanti.

besok nak layan Fast Furious 7,
tengok tiket ada GST6%
nak bising takdek guna,
dah beli tonton sahaja lah.
minggu depan beli lagi.
minggu depan mencarut lagi kena GST.
adat orang kita :)
resit gst
Fast Furious 7
sabar menghadapi dugaan.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370
#kelabbloggerbenashaari