31 Mar 2015

3 Bulan Selepas Banjir Di Kelantan

banjir di kelantan
petikan daripada rakan Facebook Dr.Abu Anas Madani
masih ingatkah kita kepada kejadian Banjir Besar Melanda Kelantan baru-baru ini?
dikira-kira sudah hampir 3 bulan selepas banjir buruk di Kelantan.
macam mana agaknya situasi disana,
apa agaknya keadaan sahabat sahabat kita disana?
ada yang sudah lupa?
maklumlah kita sekarang memang sibuk dengan GST yang walhal kita tahu benda itu tetap tidak berubah,
maki le banyak mana pun,
ianya tetap akan dilaksanakan

semalam ada rakan FB berkongsi gambar selepas 3 bulan selepas banjir,
dalam hati memang timbul rasa kasihan kepada mereka.
masih ada lagi yang berteduh di bawah khemah,
masih ada lagi yang tidur dibawah khemah,
macam mana agaknya anak-anak yang bersekolah,
macam mana agaknya keselamatan anak-anak dara dalam khemah
banjir di kelantan
3 bulan mereka menetap didalam khemah
banjir di kelantan
khemah sebagai rumah mereka
bantuan?
entahler dimana bantuan yang disalurkan,
mungkin sudah ada mungkin juga dalam proses,
diharapkan rakan-rakan kita disana bersabar dan terus bersabar.

gambar adalah sumber dari Facebook Dr Abu Anas Madani
semoga bermanfaat.
#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370
#kelabbloggerbenashaari

27 Mar 2015

Nilai RM100 di Pesta Buku Pahang 2015

pesta buku pahang 2015
Pesta Buku Pahang 2015
sempat juga shark singgah di Pesta Buku Pahang 2015 semalam,
10 hari Pesta Buku Pahang berkampung di Shopping Kompleks Kuantan Parade
peminat -peminat novel ,majalah semestinya tidak akan melepaskan peluang ini,
selain jualan buku pelbagai aktiviti lain seperti persembahan nasyid,ceramah agama,motivasi dan pelancaran buku baru turut akan dimeriahkan selama 10 hari disini.

hajat dihati semalam hanyalah ingin mencari buku Catatan Mat Luthfi,
bila dah sampai , rambang mata juga tengok buku yang ada.
walaupun tak semeriah di Pesta Buku di PWTC , tapi ianya masih boleh diterima,
agak ralat jugak bila tengok promosi diskaun yang diberikan,
potongan harga boleh dikatakan biasa dan tidak sehebat nama Pesta Buku,
booth-booth buku agak sedikit dan koleksi buku kebanyakkan sama sahaja dengan Pesta Buku 2014.
pesta buku pahang 2015
antara yang terpilih

walaupun kurang menarik,
melayang jugak RM100 shark semalam bila sekali terjah.

  • CD Zikir Terapi Diri 3
  • Catatan Mat Luthfi
  • Lelaki Simpanan
  • Fobia Kumpulan Cerpen
  • Sepucuk Pistol Di Dalam Laci
pesta buku pahang 2015
booth Selut SFP di Pesta Buku pahang 2015
antara yang menarik kali ini di Pesta Buku Pahang 2015 ialah booth Selut SFP.
disini boleh dikatakan semua karya-karya cerpen dan puisi lain dari yang lain.
jalan cerita semestinya berbeza dari novel cintan cintun suami dan teman lelaki yang entah apa-apa,
tengok sahaja kulit buku yang dihasilkan , memang berbeza dan unik 
shark baru saja berjinak dalam novel genre begini,
sebelum ini hanya biasa dengan majalah dan biografi.
kalau rasa nak kelainan dan ingin cuba sesuatu yang baru boleh dapatkan karya Selut SFP.
sudah-sudah lah dengan novel percintaan suami dan teman lelaki,
jalan cerita sama sahaja semuanya,
buka minda dengan karya-kaya original dari penulis di Selut SFP.
insyaallah shark akan review antara karya yg shark beli disini.

sekali terjah RM100 bila berada disini.
ikutkan hati memang terasa nak terjah lagi,
hari terakhir ahad nanti , insyaallah akan sekali lagi ke Pesta Buku Pahang 2015.
harap-harap hari terakhir nanti adalah diskaun hebat yang diberikan.
kalau tidak ada maka selamatlah duit.
kalau ada rabak lagi duit.
RM100 untuk buku?
semestinya berbaloi-baloi.

semoga bermanfaat

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370
#kelabbloggerbenashaari

25 Mar 2015

Kualiti Masa Bersama Keluarga

masa bersama keluarga
3 beradik bersama anak buah sulung
apa agaknya perasaan kita bila tiada disisi keluarga,
semua ahli keluarga dapat berkumpul tetapi kita tidak.
sedang seronok mereka ketawa bersama , kita di pejabat,
sedang seronok mereka makan bersama , kita bersama rakan pejabat.
mungkin setengah orang dah biasa,
mungkin setengah orang tidak ambil peduli.
satu memori indah yang jarang sekali kita dapat bila semua ahli keluarga dapat berkumpul.
masa bersama keluarga
keluarga besar shark
minggu lepas semua ahli keluarga shark dapat berkumpul bersama,
tapi sayangnya shark tak dapat nak turut serta,
ada beberapa kerja pejabat yang perlu dibuat.
bila tengok je semua dapat berkumpul memang terasa bila kita tiada bersama mereka.
rasa nak jer putar balik masa guna alat Doremon.

dulu-dulu mungkin ada yang tak ambil endah pun kalau keluarga berkumpul.
zaman sekarang zaman teknologi zaman selfie.
bila dah berkumpul mesti nak amik gambar :)
bila tengok gambar kita jer takder memang terasa ralat.
bila lagi kita ada masa untuk berkumpul begini.
kalau tunggu hari raya jer belum cukup.
anak buah pun tak kenal pakcik kalau asyik jumpa time raya je.
sementara semua masih ada luangkan masa bersama mereka.
rancang aktiviti bersama keluarga.
meyesal tak sudah nanti bila masing-masing tiada masa nanti.

semoga bermanfaat.

#prayforplaestine
#prayforgaza
#prayformh370
#kelabbloggerbenashaari

24 Mar 2015

Papan Iklan Paling Perihatin

papan iklan seksi
reaksi sahabat Facebook
entah dimana silapnya papan iklan seksi ini boleh dikeluarkan.
model iklan dah cukup lawa..
seiras Dato' Siti pun ada,
tapi tang butang baju tu pulak.
adehhhh...
memang perihatin syarikat ni.
papan iklan seksi
menarik dant tertarik?

motif?
mungkin nak bagi mata pemandu segar bila lihat papan iklan ni.
mungkin juga nak kurangkan kebosanan pemandu di atas jalan raya.
tak pasti dimana lokasi papan iklan tersebut.
kalau ada sesiapa yang melihat boleh ler selfie yer.
tapi jaga-jaga bila melalui papan iklan ini.
takut anda akan terlibat dalam kemalangan kelak.
biasanya kes begini bahagian buntut kereta akan jadi sasaran.
jaga mata jaga hati.
ingat orag tersayang kt rumah ye.

update : papan iklan ini terdapat di Higway Plus Sg.Besi menghala ke Melaka

hati-hati dijalan raya.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370
#kelabbloggerbenashaari

21 Mar 2015

Bayi Dibuang Di Depan Rumah

buang bayi
buang bayi 
tertarik degan posting FB Siakap Keli malam tadi
difahamkan bayi ini dibuang,
tapi dia bernasib baik kerana ibunya masih ada rasa sayang terhadap dia.
kalau tengok pada gambar bayi ini diletakkan dibawah kelambu,
bayi ini diletakkan di hapadan rumah individu yang tidak dikenali,
tengok pada gaya bayi ini sihat dari segi fizikal.
dia antara bayi yang bernasib baik tidak dibuang dan tidak dibunuh.
buang bayi
diletakkan dengan elok
masalah kewangan menjadi punca utama bayi ini dibuang,
dengar kata susu bayi pun naik jugak gara-gara GST nanti.
kesian bayi-bayi sekarang,
nak minum susu pun susah.
kecik-kecik dah kena GST.

terfikir sejenak,
masih ada lagi dikalangan kita yang masih belum mampu untuk mendirikan rumah tangga dengan sempurna,
masih ada lagi ibubapa yang tidak mampu ukur baju dibadan sendiri,
jangan bina keluarga kalau setakat pandai membuat bajet perkahwinan,
jangan pandai-pandai nak jadi ketua keluarga kalau masih belum mampu.
buang bayi
malaysia perihatin
dalam banyak-banyak komen yang ada,
shark tertarik dengan komen sahabat kita ni yang berbangsa cina,
walaupun berlainan agama beliau masih ingi membantu,
This Is Malaysia,
rakyat malaysia memang terkenal dengan sikap perihatin,
nak harapkan perihatin Kerajaan entah bila,
tunggu PRU akan datang baru kita rasa keperihatinan kerajaan.
diharapkan bayi ini dapat dijaga dengan baik dengan keluarga baru.

semoga bermanfaat.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370
#kelabbloggerbenashaari

17 Mar 2015

Simkad Rakyat 1 Malaysia Berbaloi Atau Tidak

Simkad Rakyat 1 Malaysia
Simkad Rakyat 1 Malaysia
Simkad Rakyat 1 Malaysia telah pun dilancarkan secara rasminya semalam.
satu lagi perkhidmatan rangkaian telefon yang baru di Malaysia,
sebut pasal rakyat , sebut pasal 1 malaysia sudah tahu kan apa maksudnya,
katanya simkad ini dapat mengurangkan perbelanjaan ke atas telekomunikasi bagi yang berpendapatan rendah.
simkad Rakyat 1 Malaysia atau SR1M bekerjasama dengan rangkaian U-Mobile.
dengan erti kata lain dimana ada signal U-Mobile disitu ada signal SR1M
sumber :
kalau dah nama 1 Malaysia semestinya harga yang ditawarkan murah.
untuk harga pek permulaan ialah RM5.90
kredit percuma sebanyak RM5 diberikan pada pek permulaan.
zaman sekarang orang ramai dah tak peduli kada caj panggilan dan sms,
yang paling penting adalah kadar caj internet yang diberikan.
berikut adalah kadar caj internet Simkad Rakyat 1 Malaysia
Simkad Rakyat 1 Malaysia
kadar internet Sim kad Rakyat 1 Malaysia
Simkad Rakyat 1 Malaysia
kadar internet langganan kedua  Sim Kad Rakyat 1 Malaysia
shark agak keliru dengan kadar internet yang diberikan.
difahamkan RM17 untuk 1GB hanya untuk langganan kedua.
langganan pertama mungkin boleh rujuk rajah yang shark sertakan.
kalau tengok pada kadar caj yang diberikan rasanya tiada beza degan yang lain.
dan yang paling sedih kadar caj PPU akan dikenakan kalau kuota sudah habis digunakan.
simkad rakyat 1 malaysia
kadar PPU
berbaloi atau tidak?
tepuk dada tanya selera.
lain orang lain pendapat.
keupayaan coverage masih lagi belum meluas,
kadar internet tiada beza dengan telco yang lain.
pengedar dan kemudahan topup yang masih belum shark jumpa.
bagi shark ianya tidak berbaloi.

bagi sesiapa yang ingin dapatkan Simkad Rakyat 1 Malaysia boleh dapatkan di pengedar yang berdaftar,
boleh rujuk laman web www.sr1m.com.my untuk melihat senarai pengedar Simkad Rakyat 1 Malaysia
layari Facebok Simkad Rakyat 1 malaysia untuk maklumat lebih lanjut.

semoga bermanfaat.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370
#kelabbloggerbenashaari

16 Mar 2015

Mobil Musolla Surau Bergerak Di Kuantan

Mobil Musolla Surau Bergerak Di Kuantan
Mobil Musola Surau Bergerak
Khidmat Surau Bergerak mula diperkenalkanbaru baru ini di Kuantan,
satu perkhidmatan yang menyediakan kemudahan tempat bersolat di kawasan tumpuan umum,
diberi nama Mobil Musolla , lori yang diubahsuai dijadikan tempat untuk menyediakan kelengkapan dan ruangan solat.
Mobil Musolla ini akan bergerak dari satu tempat ke satu tempat di Kuantan.
Mobil Musolla ini juga akan ditempatkan di Pasar Malam dan Stadium jika ada perlawanan bola sepak.
ini semua untuk mendorong orang ramai menunaikan kewajipan solat tidak kira dimana berada.
satu usaha yang baik dari NGO Badan Nadwah Islamiah Pahang(Nadwah)

shark kongsikan bersama keadaan rupa sebenar surau bergerak Mobil Musolla.
sumber gambar adalah dari Page Mobil Musolla.
Mobil Musolla Surau Bergerak Di Kuantan
ruang solat lelaki
Mobil Musolla Surau Bergerak Di Kuantan
ruang solat wanita juga disediakan
Mobil Musolla Surau Bergerak Di Kuantan
begini keadaan bila solat nanti
Mobil Musolla Surau Bergerak Di Kuantan
didalam ruangan solat wanita
Mobil Musolla ini sudah pun beroperasi sepenuhnya.
baru-baru ini dapat saksikan khidmat surau bergerak ini digunakan di Stadium Darul Makmur ketika perlawanan membabitkan Pahang menentang Global FC .
Alhamdulillah dapat menarik para peminat bola sepak untuk menunaikan solat Maghrib secara berjemaah sebelum masuk ke Stadium
Mobil Musolla Surau Bergerak Di Kuantan
peminat bolasepak pahang bersedia menunaikan solat Maghrib
Mobil Musolla Surau Bergerak Di Kuantan
Solat Maghrib berjemaah di perkarangan stadium
diharapkan perkhidmatan surau bergerak ini akan terus berkembang dan dipergiatkan lagi,
sedikit sebanyak perkhidmatan ini dapat menyedarkan orang ramai tentang solat 5 waktu,
kadang-kadang kita memang alpa dan lupa untuk mendirikan solat.
kadang-kadang kita tidak ambil endah tentang kedudukan surau disesuatu tempat.
tapi dengan kehadiran lori Mobil Musolla ini rasanya sedikit sebanyak dapat menyedarkan kita.
untuk maklumat lanjut boleh ke Facebook Page/Mobil Musolla
aktiviti Mobil Musolla juga boleh diikuti di twitter/MobilMusolla.

semoga bermanfaat.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370
#kelabbloggerbenashaari

12 Mar 2015

Tips Dan Petua Bila Dah Sakit Tekak

petua hilangkan sakit tekak
sakit tekak dan batuk
start semalam lagi tekak ni dah rasa gatal-gatal dan perit.
tanda awal-awal nak dapat demam atau batuk bila dah sakit tekak.
harini tekak makin terasa panas dan anak tekak terasa kecil.
harini terpaksa kurangkan bercakap dan jangan gelak,
kalau gelak rasanya memang cari penyakit jawabnya
petua hilangkan sakit tekak
petua hilangkan sakit tekak
cuba try test cari petua hilangkan sakit tekak dan batuk.
boleh tahan juga ramai yang berkongsi tips merawat sakit tekak.
dan kebanyakkan tips dan petua yang dikongsi adalah sama.
antaranya.

  • minum air asam jawa
  • minum banyak air suam
  • minum air tanak nasi
  • minum teh o limau campur madu.
  • kumur dengan air garam
  • minum Jus Timun
  • makan aiskrim?
itu antara petua tradisional merawat sakit tekak dan batuk.
nampak senang dan mudah untuk diamalkan.
kalau boleh elak kita elak.
shark kalau boleh memang nak elak daripada terkena batuk,
kalau demam biasa boleh terima lagi,
kalau batuk memang tak tertahan rasanya.
serabut dan sakit jugak bila batuk.
satu lagi bila batuk kita akan ganggu orang sekeliling.
duduk dalam opis dengar suara kita jer batuk.
diorang takkan bising tapi dalam hati paham-paham ler.
petua hilangkan sakit tekak
penawar sakit tekak
rumusanya shark beli air asam jawa bersama Strepsil harini,
harap-harap dapat legakan sikit sakit tekak harini,
malas sangat nak harapkan ubat di klinik,
selagi ada tips selagi ada petua kita amalkan dahulu,
bila dah teruk baru kita jumpa doktor dan ambil ubat klinik.
harap-harap ini hanyalah sementara.

semoga bermanfaat
jaga kesihatan.

#Prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370
#kelabbloggerbenashaari

10 Mar 2015

Melihat Alam Ghaib Dengan Mata Tak Berhijab

Mata Tak Berhijab
Mata Tak Berhijab 
Mata Tak Berhijab?
bunyi agak pelik.
bunyi agak seram.
tapi itulah yang cuba disampaikan oleh penulis, Zulkifli Ahmad Idrus.
salah seorang penulis novel seram di Malaysia,

bukan semua orang mampu untuk melihat alam ghaib mahupun makhluk ghaib,
bukan semua orang mampu untuk bercerita apa yang dilihat,
itulah keistimewaan pada penulis novel Mata Tak  Berhijab ini,
bagi shark penulis seorang yang berani,
dengan keistimewaan yang ada beliau menulis untuk berkongsi pengalaman,
menulis pula bukan dengan cerita-cerita palsu dan plot-plot tambahan,
cerita yang disampaikan adalah bedasarkan pengalaman sendiri,
cerita yang ditulis adalah cerita yang dilihat dengan mata sendiri.
Mata Tak Berhijab
Mata Tak Berhijab Siri 2
Mata Tak Berhijab
Mata tak Berhijab Siri 3
kalau tak silap shark ,Mata Tak Berhijab ni sudah masuk edisi ke-3
kepada yang terlepas edisi pertama boleh dapatkan di MPHOnline degan harga RM12.90
dan untuk edisi kedua dan ketiga boleh dapatkan di mana-mana kedai buku yang terpilih.
shark tak pasti masih ada atau tidak buku ini.
kalau anda cuba google novel mata tak berhijab boleh tahan juga ramai yang membaca.
mungkin ini salah satu sebab kenapa buku ini sukar diperolehi - sold out mungkin.

kalau rasa tak mampu dan was-was dengan cerita yang disampaikan,
anda juga boleh baca pengalaman pendek beliau di blog matatakberhijab.blogspot.com
di blog ini penulis ada juga coretkan sedikit cerita-cerita seram yang pendek.
dan juga dapatkan info terbaru daripada penulis di Facebook Mata Tak Berhijab Fans.

kepada peminat cerita seram boleh dapatkan karya dari saudara Zulkifli Ahmad Idrus ini,
cerita dan pengalaman sebenar beliau dicoretkan didalam novel Mata Tak Berhijab,
sudah-sudah lah dengan cerita-cerita cinta,cerita boyfriend dan suami didalam novel.
tak berkembang mana pun otak tu kalau asyik duk membaca cerita dan plot yang sama.
buka minda buka mata dengan cerita-cerita dari pegalaman sebenar.

selamat membaca.
semoga bermanfaat.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

Berhati-Hati Dengan Perfume Pheromone

pheromone
Produk Pheromone
hati-hati dengan produk Pheromone
sudah ramai yang kecundang,
sudah ramai yang tewas,
sudah ramai yang terpesona dengan bau perfume Pheromone,
wangian Pheromone mampu membangkitkan rasa dan perasaan kepada si pemakai.
bukan omong kosong
bukan penyedap cerita.
itulah realiti kehebatan wangian dari perfume Pheromone.
pheromone
wanita dengan pheromone
pheromone
lelaki dengan pheromone
perfume pheromone
bekerja denga pheromone
ada yang masih tak tahu apa itu Pheromone?
shark sudah terangkan apa itu perfume Pheromone disini..
nak memikat nak memujuk tiada lagi masalah.
nak yakin dan cantik tiada lagi halangan,
dah bosan dengan bau perfume yang sama di pasaran?
wangian Pheromone mampu mengubahnya,
wangian Pheromone mampu meningkatkan keyakinan dan penampilan dalam diri.
belum cuba belum tahu.
layari kedaiPheromone.com untuk lebih rahsia dalam memikat.

semoga bermanfaat.
selamat mencuba.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#Prayformh370

9 Mar 2015

Nak Tonton Atau Tidak Chappie

review chappie
Charpie
Chappie.
salah satu movie yang baru ditayangkan di pawagan minggu lepas,
tengok pada trailer dan tengok pada poster movie ni macam gempak,
orang lelaki kalau tak minat robot bukan lelaki namanya,
dan seperti biasa bila nak tengok kena ler tengok review dahulu,
sekarang ni mudah nak tahu movie itu best atau tidak,
tunggu sahaja dari rakan-rakan kaki wayang yang akan buat review,

kalau nak ikutkan hati memang nak tonton Charpie nie,
tertarik dengan karakter robot  tue,
sebelum beli tiket kita tunggu dulu review di timeline Facebook.
ada 2 pendapat yang berbeza pulak movie Chappie dari rakan Facebook shark.

review chappie
awesome movie

review chappie
filem tak payah tonton
hehehehehe...
mana satu pilihan anda,
tepuk dada tanya selera,
lain orang lain citarasa.
lain orang lain minat dia.
review chappie
konsep robot ni menarik
nak tahu best atau tidak kena tonton sendiri jawabnya,
rasanya berbaloi kot beli tiket sebab nak tengok robot.
lagipun cerita ni lebih kepada action movie.
kalau cerita romance memang tidak le ku sanggup untuk menonton.
ada sesiapa nak join?

semoga bermanfaat.
selamat menonton.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370





3 Mar 2015

Godaan Samsung Galaxy S6

samsung galaxy s6
Samsung Galaxy S6
Samsung Galaxy S6 telah dilancarkan semalam,
Galaxy S6 keluar selepas setahun keluaran Samsung Galaxy S5 pada Febuay tahun lepas,
sekali imbas memang tergoda dengan rekaan kaca samsung Galaxy S6 ni,
dari segi pemprosesan pun boleh tahan juga dengan 3Gb Ram,
Kamera pula 16MP di bahagian belakang dan 5MP untuk kemera hadapan.

shark memang tergoda dengan kecantikan samsung Galaxy S6 kali ini,
permukaan belakang dan depan yang diperbuat daripada kaca memang cantik,
didatangkan dengan 4 warna iaitu hitam,puith,biru dan emas.
bahagian tepi pula bulat dan selesa untuk dipegang,
ada yang kata mirip iPhone 6,
tepuk dada tanya selera.
shark kongsikan gambar Samsung Galaxy S6.
sumber daripada The Skop
samsung galaxy s6
samsung galaxy s6 dari belakang
samsung galaxy s6
samsung galaxy s6 dari tepi
samsung galaxy s6
samsung Galaxy S6 dari depan ( warna emas )
samsung juga memperkenalkan Galaxy S6 Edge,
rekaan samsung Galaxy S6 Edge agak berbeza berbanding Samsung Galaxy S6,
mungkin ada yang sudah mempunyai Galaxy Note 4 Edge yang sama rekaan dengan ini,
cuma samsung Galaxy S6 mempunyai lengkungan di kedua-dua bahagian tepi skrin,
semestinya terdapat fungsi yang menarik di kedua-dua lengkungan tersebut.
samsung galaxy s6
samsung Galaxy S6 Edge
untuk generasi ke-6 dalam keluarga Samsung Galaxy S,
shark rasa ini adalah yang terbaik,
nampak lebih premium berbanding sebelum ini yang dibuat daripada palstik,
warna pula nampak cantik dan eksklusif dengan rekaan kaca di bahagian belakang dan depan,
masih lagi nipis dan saiz tidak begitu besar.
dijangkakan Samsung Galaxy S6 akan dipasarkan pada 10 April nanti
Harga Samsung Galaxy S6 akan diketahui kelak,
mungkin juga harga tinggi berbanding Samsung Galxy S5 tambahan dengan kadar GST nanti.

untuk lebih info,gambar dan harga,
boleh rujuk laman web berikut :

semoga bermanfaat.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

2 Mar 2015

Monday Blues Bersama Chelsea - Champion Capital One Cup

chelsea capital one cup
Capital One Cup Final 2015
tak sia-sia bersengkang mata sehingga jam 2 pagi tadi,
sedang orang lain enak dibuai mimpi,
shark pula masih didepan kaca TV,
menanti 90 minit yang ingin diraikan dan ingin dibanggakan.

2 gol berbalas kosong,
itulah keputusan bagi Final Capital One Cup 2015 awal pagi tadi.
penantian yang berbaloi-baloi bagi peminat chelsea seperti shark.
sudah tidak peduli dengan waktu tidur bila ada game yang menarik.
pukul 4 pagi pun sanggup kalau melibatkan perlawanan Semi-Final dan Final.
chelsea capital one cup
aksi spontan Jose Mourinho "The Special One"
dalam saingan Liga bertambah menarik dengan Chelsea masih lagi berada di puncak liga,
tambahan pula Manchester City kalah malam tadi dengan Liverpool,
Chelsea semakin selesa diatas dengan jarak 5 mata dan kelebihan 1 perlawanan.
hilang Monday Blues untuk hari isnin kali ini.
rasa semangat tu ada bila pasukan pilihan berada dipuncak.
chelsea 2015
kedudukan terkini dalam saingan EPL
satu pencapaian yang menarik bagi peminat chelsea,
shark berkongsi kegumbiraan ini bersama blogger Fatin Bella dan blogger Yoorin
mereka berdua juga adalah antara peminat Chelsea dikalangan rakan blogger..
diharapkan konsistensi permainan Chelsea akan berterusan hingga ke penghujung musim 2015,
kalau tak konsisten pun Chelsea tetap pilihan Nombor 1.
tiada yang kedua mahupun ketiga.
proud to be part of True Blue!
A photo posted by @sharksuke on

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370