26 Feb 2015

2 Bulan 54 Kematian Kerana Demam Denggi

demam denggi malaysia
keratan akhbar Utusan 25 Feb 2015
tengok sahaja rekod yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan.
agak terperanjat dan sedih melihat peningkatan kes demam denggi di Malaysia,
Di Selangor dalam masa 2 bulan ini,54 kematian sudah direkod 
54 orang mati kerana nyamuk aedes,
tahun lepas dalam tempoh yang sama kematian yang direkod hanyalah 25 kematian.
penambahan yang agak drastik disitu.
itu baru di Selangor,
macam mana pula dengan negeri-negeri lain..
di kawasan kejiranan rumah shark sendiri dah beberapa kali kena fogging.
apa agaknya rekod yang akan ditunjukkan pada penghujung tahun nanti.

sumber : Utusan - Kes Demam Denggi Paling Serius

bila dah jadi begini masing-masing akan menunding jari,
semua tak mengaku bertanggungjawab,
akan menyalahkan kawasan permbinaan terdekat,longkang tersumbat,sampah tidak dipungut,
padahal semuanya boleh diselesaikan di rumah,
nak kata susah dapatkan ubat nyamuk agak mustahil,
nak kata harga ridsect naik tak tahuler pulak,
bila dah terkena baru nak melalak.
demam denggi malaysia
Atasi Demam Denggi
apa salahnya pada waktu maghrib sembur ridsect di kawasan ruang tamu,
kalau ada yang alahan boleh pakai ubat nyamuk elektrik,
pasang di kawasan ruang tamu pada waktu maghrib.
nyamuk memang aktif ketika itu.
sebelum tidur sembur juga ridsect di bilik tidur,
pasang juga ubat nyamuk di bilik tidur,
harga ubat nyamuk tak sampai RM50 pun,
tahan sampai sebulan lagi,
makan sedap-sedap satu malam sehingga RM20-30 boleh pulak.

diharapkan kes demam denggi tidak mencatatkan kes yang lebih tinggi selepas ini,
jangan pandang remeh.
gigitan nyamuk boleh bawa kematian.
sayang duit atau sayang nyawa anda yang tentukan.
anda perihatin anda bertanggungjawab anda punya peranan.
shark hanya sampaikan pesanan untuk diri sendiri,keluarga dan rakan lain.
demam denggi malaysia
Atasi Demam Denggi...Kita Mampu Lakukan

semoga bermanfaat.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

25 Feb 2015

Berenang-Renang Ke Tepian

aleesya nurani
budak happy dapat mandi kolam
tengok tajuk dah tahu harini nak kongsi cerita perihal my boolat,
cuti CNY tempoh hari bercuti di Bukit Tinggi,
buat pertama kali nurani turun berenang di Kolam,
jum kita tengok aksi aleesya nurani berenang di kolam.
aleesya nurani
perasaan cuak pertama kali turun ke kolam
aleesya nurani
mula membiasakan diri
aleesya nurani
bebas bergerak katanya
aleesya nurani
makan donut bila dah lapar berenang
aleesya nurani
keletihan lepas berenang
akhirnya boolat tewas di kolam,
keletihan agaknya asyik duk kuis kaki dalam air..
hehehe..
semoga terhibur.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayfomh370

24 Feb 2015

Kerja Dari Rumah Di TaskV.com

kerja dari rumah
kerja dari rumah
masih mencari peluang kerja kosong?
tercari-cari peluang kerja dari rumah?
ingin bekerja dari rumah?
TaskV.com ada menyediakan khidmat senarai kerja kosong yang lebih menarik.
TaskV.com adalah portal pekerjaan khusus untuk kerja-kerja yang boleh dilakukan hanya dari rumah.
setiap tawaran kerja akan disahkan dan dikumpulkan oleh team TaskV.com secara manual.
ini hanyalah untuk memastikan kesahihan kerja yang diberikan dan boleh dilakukan dimana sahaja.
taskV.com
taskV.com
TaskV.com menyediakan perkhidmatan dengan menyediakan dan mencari senarai tawaran kerja yang tanpa anda perlu datang ke tempat kerja.
kesemua tugasan dan kerja akan disahkan didalam 'job board' yang akan dikemaskini melalu email setiap hari.

disini anda wajib menguasai bahasa inggeris yang asas.
ini kerana senarai kerja yang akan diberikan adalah datang dari pelusuk dunia,
dan bayaran semestinya anda akan dapat dalam nilai  usd dollar.
Faedahnya anda akan mendapat peluang bekerja dari rumah dengan sumber yang sah.
setiap bayaran akan bergantung kepada jenis perkerjaan yang anda terima.
$25 - $750 boleh diperolehi  dan akan dibayar melalu paypal , cek atau bergantung kepada sumber perkerjaan nanti.

terdapat 9 kategori perkerjaan utama yang disediakan di taskV.com.
kalau anda mahir dalam jualan dan marketing anda boleh dapatkan disini,
mahir dalam it dan web boleh juga dapatkan disini,
anda cari kerja disini dan bekerja di rumah.
  • Admin Support
  • Bussines Service
  • Customer Service
  • Design & Multimedia
  • Networking & IT
  • Sales & Marketing
  • Software Development
  • Web Develpoment
  • Writing & Translation
untuk mendapat perkerjaan yang ditawarkan,
terdapat 5 plan kepada pelanggan untuk menjadi ahli dan akses secara 24 jam kerja di taskV.com
berikut adalah yuran yang akan dikenakan kepada ahli.
  • 1 Minggu - $1 
  • 1 Bulan - $17
  • 3 Bulan - $27
  • 6 Bulan - $37
  • 1 Tahun - $47
terdapat diskaun yang hebat untuk menjadi ahli selama setahun,
TaskV menawarkan diskaun dengan plan keahlian Diamon Plan sebanyak $14.99 sahaja,
70% diskaun daripada harga biasa.
untuk dapatkan diskaun ini anda perlukan Promotion Code : REVIEW
dan sah sehingga 28 Febuari 2015.

daftar untuk menjadi ahli dan dapatkan diskaun tersebut,
berikut shark sertakan sekali cara pendaftaran di taskV.com
  1. layari www.taskV.com
  2. isikan ruang pada  START TODAY dengan nama dan juga email anda.
  3. pilih kerja yang anda inginkan dan klik Get JOb Alert
  4. satu email akan dihantar ke email yang anda daftarkan dan anda perlu sahkan email tersebut.
  5. kemudia anda akan diminta mengisi ruang form dengan butiran peribadi seperti biasa
  6. Masukkan juga Promotion Code : REVIEW di ruang yang disediakan
  7. proses pembayaran boleh dibuat melalui Paypal
  8. Tahniah anda sudah menjadi ahli dan boleh akses untuk berkerja dari rumah.
diharapkan perkongsian ini dapat membantu rakan-rakan yang masih tercari cari peluang pekerjaan,
peluang yang diberikan pula adalah kerja dari rumah.
anda adalah bos.
anda adalah majikan.

untuk maklumat lebih lanjut boleh ke laman web mereka http://taskv.com/
semoga bermanfaat.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

24 Febuary Kali Ke 29

24 febuary
happy birhtday :)

alhamdulillah,
sekali lagi dapat menyambut 24 febuary kali ke 29 di tahun 2015.
yesss...i'm turn 29 now.
berkongsi tarikh lahir yang sama dengan Steve Job.
24 febuary
tengkiu my lovely sis n my boolat,
tiada apa yang ingin dibanggakan setakat ini,
bersyukur masih lagi sihat dan terus bahagia bersama keluaga,
dikala umur 29 memang satu cabaran yang getir,
bertambah getir bila berbicara perihal jodoh.
bertambah perit berbicara perihal aset.
insyaallah semuanya akan terjawab pada umur 30 tahun dan keatas :p

harini semestinya timeline Facebook akan dipenuhi dengan ucapan,
terima kasih kepada rakan-rakan dan ahli keluarga yang memberi ucapan,
harap-harap ada ler jugak jodoh yang bagi ucapan harini..
hahahaha...

Assalamualaikum buat semua,
terima kasih buat semua.
happy bitrhday for me :)

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370


12 Feb 2015

Zul Ariffin Dulu Dan Sekarang

rambut zul ariffin
Zul Ariffin
sejak dua menjak ni kerap betul muka Zul Ariffin keluar tv..
terutama tv3.
trending jugak dia sejak jadi hero dalam drama Istikharah Cinta.
shark memang sori ler nak layan drama-drama nie.
setakat layan iklan jelar,
lepas abis drama dia muncul lagi dalam iklan Nescafe yang terbaru,
bila tengok balik mamat ni smart pulak sekarang,
(jangan pula ada yang salah anggap bila shark kata dia nampak smart..i'm still normal.)
dulu rasanya macam biasa-biasa ajer.
rambut zul ariffin
iklan Nescafe terbaru
bila tengok gambar lama-lama baru perasan,
style rambut Zul Ariffin yang baru ni memang nampak stylo,
bila dia potong haircut macam tu memang nampak lain muka,
shark pun ta pasti bila dia start potong rambut style macam sekarang,
shark bukannya follow sangat bab-bab pelakon nie.
cuma sekarang jer tertarik dengan gaya rambut dia.
( minat tang rambut sahaja,tang lain ku tak peduli )
yang ni orang kata rambut adalah mahkota lelaki.
rambut zul ariffin
Zul Ariffin dulu-dulu
bagi orang lelaki yang ingin nampak kelainan,
jangan takut untuk berfesyen dengan rambut,
teknologi sekarang mudah dan senang untuk mencuba apa sahaja gaya rambut yang ada,
screenshot dalam smartphone dan tunjukkan pada tukang gunting rambut,
itu yang shark praktikkan sekarang bila ke kedai gunting rambut.
tapi jangan ler pula anda pergi ke kedai gunting rambut mamak,
memang susah ler nak dapatkan rambut yang berstyle,
apa salahnya belanjakan wang untuk gunting rambut di saloon,

kalau orang perempuan fesyen terletak pada pakaian,
fesyen lelaki terletak pada rambutnya,
jangan malu dan jangan takut untuk mencuba,

semoga bermanfaat.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370




11 Feb 2015

Saya Nak RM150 Produk Percuma Daripada Nile.com.my

saya nak RM150 produk percuma daripada nile
http://www.nile.com.my/page.php?cd=96
dengar kata nile.com.my ada buat contest untuk produk percuma bernilai RM150.
satu peluang yang tidak harus dilepaskan begitu sahaja.
besar nilai RM150 tue,
shark dah ada pengalaman shopping di nile.com.my sebelum ni.
dengan belanja RM50 shark dapat 3 item untuk bergaya di hari raya tahun lepas.
boleh baca pengalaman shark belanja di nile.com disini

apa yang shark inginkan dengan RM150 produk percuma daripada nile.com.my?
shark kongsikan bersama.
Saya Nak RM150 Produk Percuma Daripada Nile.com.my
Fitness Chin-Up - RM32.10
Saya Nak RM150 Produk Percuma Daripada Nile.com.my
dumbbell 10Kg - RM85.60
Saya Nak RM150 Produk Percuma Daripada Nile.com.my
fashionable Track Sport Pant/Jogger  -  RM24.59
Total keseluruhan Rm32.10 + RM85.60 + RM24.59 = RM142.29
bawah RM150 untuk semua peralatan sukan yang shark perlukan.
semua tu bukan lah untuk jadi abg sado.
hanya ntuk jaga fitness dan body yang seksi..
bukan pompuan je nak seksi.

harap-harap ada ler rezeki daripada Giveawaya Nile.com.my nie.
kepada yang masih belum sertai jangan lepaskan peluang.
mana tahu dapat rezeki barang percuma dari Nile.com.my
untuk sertai boleh terjah ke Blog Lyssa Faizureen.

selamat mencuba

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370


10 Feb 2015

Seorang Sebiji Kereta


boleh dikatakan sekarang bilangan kereta di atas jalan semakin bertambah,
ada sahaja nombor plate yang baru setiap hari.
kereta pun bukan calang-calang yang keluar,
honda city , honda jazz 2014 , SUV Kompak , Axia dan Iris memenuhi di atas jalan,
tidak hairan lah kenapa setiap pagi jalan sentiasa sesak.
jalan jem.
jalan jem
on the road by kartunis LAT
shark masih lagi bermotosikal ke tempat kerja,
dan seperti mat-mat motor yang lain,
di setiap persimpangan lampu isyarat kami lah yang berada di depan.
cilok mencilok dengan begitu bergaya :)
setiap kali berhenti setiap kali itu jugak lah mata ini memandang kereta-kereta yang melintas,
dan boleh dikatakan 90% kereta yang ada hanya mempunyai seorang individu,
kereta besar tapi sayangnya hanya nampak driver yang keseorangan.
ini yang dikatakan seorang sibiji kereta,

kalau tak silap dulu shark rasa macam ada kempen berkongsi kenderaan,
entah masih boleh diguna pakai zaman sekarang,
dulu mungkin kes kenaikan harga minyak yang sampai ada kempen kongsi kereta,
harga minyak pula dah turun sekarang,
rata-rata memang tak ambil peduli ler sekarang,
boleh drive dan pusing shopping komplek selepas balik kerja,
kalau harga dah naik nanti jangan bising pulak dan sibuk nak kongsi kereta,
kempen kongsi kenderaan
kongsi kenderaan pada tahun 2008
harga dan promosi kereta yang sekarang jauh lebih murah daripada yang dulu,
dulu-dulu kalau pelajar pergi kolej/universiti naik bas yang disediakan ajer,
habis kuliah je masing-masing duk tunggu kat bus stand,
sekarang masing-masing dah boleh ada kereta,
promosi dan harga muka yang rendah memang boleh buat pelajar bernafsu untuk memiliki kereta,
tidak hairan ler kenapa kereta semakin bertambah sekarang,
pakai duit biasiswa pun dah boleh pakai kereta,
lepas tu mula ler diet makan megi dalam baldi :)
promosi beli kereta
promosi beli kereta 
rasanya tahun ini lagi mencabar kepada sesiapa yang ingin pulang beraya ke Pantai Timur,
kalau tahun lepas shark dah kena 11 jam dari kuantan ke kelantan,
tahun ini dan selepasnya entah berapa lama pula masa yang diambil.
tidak kisahler anda mampu berkereta atau tidak.
yang pasti bila dah bawa kereta , bawa motor sila berhati-hati,
kereta semakin banyak,jalan semakin sempit,
perangai pemandu-pemandu di Malaysia pun boleh tahan aneka ragam,
kawal emosi dan ingatlah orang tersayang :)

semoga bermanfaat.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370


9 Feb 2015

Goyang Goyang Sakitnya Tuh Disini

sakitnya tuh disini
Sakitnya Tuh Disini
adeh.
dah mula terjebak dengan virus lagu nie,
pada mulanya lagu Sakitnya Tuh Disini viral dengan video senamrobik di Indonesia,
pada waktu itu shark memang tak ambil peduli,
tapi semalam terdengar pula lagu ni kat THR Radio,
1st impression memang nak berjoget dengar lagu nie,
hahahaha..
memang patut ler boleh jadi viral video senamrobik tempoh hari dengan lagu ni,


nama penyanyi Sakitnya Tuh Disini ialah Cita Citata
tak pasti lah nama betul atau nama glamour.
tengok pada Video Klip Sakitnya Tuh Disini macam boleh buat parody,
memang boleh jadi bahan ler pada sesiapa yang suka buat parody tue,
tak pasti ler genre apa lagu ni,
disko , tekno , dangdut semua ada,
memang rasa nak goyang punggung ler kalau dengar.
Vklip lagu ni boleh lihat di Youtube- Sakitnya Tuh Sini

pada sesiapa yang malas nak bersenam tu boleh ler layan lagu nie,
memang terasa nak senamrobik bila layan,
nak goyang-goyang tu pandang dulu sekeliling,
kang ada pulak yang kata buang tebiat.

semoga terhibur.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370



7 Feb 2015

Lentok Dengar Radio THR


sudah menjadi kebiasaan bila berkerja di hari sabtu buka radio sekuat mungkin,
tiada orang di pejabat jadi secara otomatik kita lah big boss.
mood memang kelaut bila bekerja di hari sabtu.
thr gear
THR Gegar
harini radio THR menjadi santapan telinga di pagi hari,
shark mendengar dengan aplikasi streaming di internet,
dimulakan dengan Carta Hits Gegar jam 10 pagi,
lagu-lagu dalam carta ni boleh tahan feeling lentok,
boleh dikatakan semua lagu-lagu jiwang yang ada dalam carta Hits Gegar,
habis sahaja carta , mula berputar lagu-lagu lentok dari zaman sekolah dulu,
lagu-lagu feeling cintan monyet,
lagu-lagu frust menonggeng pun semua keluar
sekali dengar dah terasa macam tua dah diri ini,
lentok habis,
feeling jer layan.
radio thr
DJ Nazz - DJ Cinta Gegar
kesannya boleh buat mata ini kuyu dan lelap seketika,
dengar pula suara DJ Nazz yang memang dari dulu lentok gaya percakapan,
kalau dengar segmen #cintagegar di THR memang menusuk kalbu.
memang susah nak cari macam suara DJ Nazz sekarang nie.
kebanyakan stesen radio ambil DJ yang muda-muda sekarang,
jadi suara diorg lebih hyper dan lebih bertenaga.
kadang-kadang ada jugak yang syok sendiri.

apa kegemaran radio sahabat yang lain di hujung minggu yer.

selamat berhujung minggu.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

6 Feb 2015

Dato' AC Mizal Joker Malaysia

Maharaja Lawak Mega 2014
Maharaja Lawak Mega 2014
akhirnya sudah sampai ke kemuncak akhir Maharaja lawak Mega 2014,
5 kumpulan , 5 superhero akan bertarung untuk menjadi juara lawak malaysia malam ini,
masing-masing ada kumpulan faveret,
bagi shark hanya seorang jer yang shark boleh bagi HERO sepanjang MLM2014 berlangsung,
tidak lain ialah pengacara MLM2014 itu sendiri iaitu Dato'AC Mizal.
Maharaja Lawak Mega 2014
Pengacara terbaik - AC Mizal
shark gelarkan Dato'AC Mizal sebagai Joker Malaysia.
kalau tonton filem batman semestinya sudah familiar dengan watak joker ini.
watak joker yang terbaik adalah dalam filem Batman The Dark Knight.
watak joker dalam filem ni memang terbaik,gila-gila,serius dan sentiasa berpakaian kot.
Maharaja Lawak Mega 2014
Joker dalam Batman The Dark Knight
begitu juga personalitu Dato'AC Mizal dalam MLM 2014,
sporting ,  gila-gila ,  style rambut  dan yang pasti fesyen kot yang diperagakan paling mencuri perhatian,
kebiasaan kot yang sering kita  lihat adalah kasual dan berwarna hitam,
sepanjang minggu menonton MLM 2014, kot yang dipakai AC Mizal memang lain dari yang lain.
shark kongiskan antara kot yang dipakai oleh AC Mizal
gambar diambil dari page FB Maharajalawak Mega 2014
Maharaja Lawak Mega 2014
kot oppo 
Maharaja Lawak Mega 2014
kot merah dengan karikatur sendiri
Maharaja Lawak Mega 2014
che mat poi pun ada
Maharaja Lawak Mega 2014
kot oren dengan karikatur sendiri
itu baru fesyen yang diperagakan,
yang paling best ialah bila dia pun turut mencelah membuat persembahan di minit terakhir peserta,
semuanya secara spontan.
paling best bila tengok dia menari,,hahahaha...
kalau menari dah macam mr.bean pun ada..
macam pingu si penguin pun ada.
kalau tengok iklan teaser akhir MLM2014 memang sebijik macam joker.
memang susah nak cari pengacara spontan dan lawak seperti dia.

untuk akhir Maharaja lawak Mega 2014 malam ini shark rasa macam dah boleh agak keputusan,

  • juara : Sepahtu
  • nom 2 : Shiro / bocey
  • nom 3: Zero
  • nom4 : shiro / bocey
  • nom 5 : nabil

Sepahtu semestinya akan juara seperti tahun lepas,
Zero rasanya ada can nak dapat tempat dalam pentas akhir malam nie.
tapi itu semua bergantug kepada undian sms.
undian sms ini bergantung kepada bilangan peminat sahaja bukan bakat

selamat menonton

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

5 Feb 2015

Jersi Pasukan Liga Super Malaysia 2015

Liga Super Malaysia 2015
Liga Super Malaysia 2015
perlawanan pertama kumpulan Liga Super Malaysia 2015 akan bermula sabtu ini,
peminat bolasepak tanahair semestinya tidak sabar untuk menyarung dan menggayakan jersi pasukan kegemaran masing-masing.
shark kongsikan antara koleksi jersi pasukan Liga Super Malaysia 2015.

JDT
jersi liga super malaysia 2015
Jersi JDT 2015 | sumber : al-ikhsan
PAHANG
jersi liga super malaysia 2015
Jersi Pahang 2015 | sumber : khairulazrin.wordpress
SELANGOR
jersi liga super malaysia 2015
jersi selangor 2015 | sumber : faselangor.my
TERENGGANU
jersi liga super malaysia 2015
jersi terengganu 2015 | sumber : terengganufa.my
KELANTAN 
jersi liga super malaysia 2015
jersi kelantan 2015 | sumber : FB TRWFC
PERAK
jersi liga super malaysia 2015
jersi kelantan 2015 | sumber : duniasukan.com
SARAWAK
jersi liga super malaysia 2015
jersi sarawak 2015 | sumber : ultrasarawak.com
Sime Darby
jersi liga super malaysia 2015
jersi Sime Darby 2015 | sumber : duniasukan.com
Lion XII
jersi liga super malaysia 2015
jersi Lion XII 2015 | sumber : fourfourtwo.com
Felda United
jersi liga super malaysia 2015
jersi Felda United 2015 | sumber : formasi.my
PDRM 
jersi liga super malaysia 2015
jersi PDRM 2015 | sumber : FB PDRM
ATM
jersi liga super malaysia 2015
jersi ATM 2015 | sumber : FB ATM FanClub
cukup 12 pasukan  jersi  Liga Super Malaysia 2015 shark kongsikan.
antara  yang menarik perhatian shark ialah jersi ATM.
paling smart untuk digayakan pada musim ini.

semoga bermanfaat.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

4 Feb 2015

Pheromone - Perfume Pemikat

pheromones perfume malaysia
daya tarikan hormon manusia
Pheromone?
Pheromones Perfume di Malaysia?
mungkin masih ramai tidak menyedari akan produk perfume Pheromone ini,
Pheromone adalah isyarat daya tarikan seksual bawah sedar ( sub-conciuos mind) atau
lebih mudah dikenali sebgai hormon manusia yang keluar melalui peluh.
bila sebut tarikan seksual ianya bukan membawa maksud kepada ubat peransang,
Pheromone adalah sejenis perfume yang dihasilkan dari aroma badan manusia.

Asas Pheromone yang perlu kita ketahui :
  • Pheromone adalah hormon yang keluar melalui atau bersama peluh
  • Pheromone tidak berbau . Peluh yang busuk bukan bau pheromone
  • Pheromone mempengaruhi hidup seharian dari emosi,sosial dan hubungan seks
  • Perfume Pheromone dicipta di makmal,bahan sintetik 
Di Malaysia , Produk Pheromone boleh didapati di kedaipheromone.com
urusan jual beli secara COD disediakan di beberapa negeri semenajung malaysia.
pembungkusan dan penghantaran juga turut disediakan.
pheromones perfume malaysia
kedaipheromone.com
ini antara produk perfume Pheromone untuk lelaki
kesemua harga dan promosi semasa bergantung kepada kedaipheromone.com
pheromones perfume malaysia
Phero -x
Phero-x adalah antara produk yang paling tinggi permintaan,
menganduxi 25x pheromonoe didalam botol 5ml Phero-x
sesuai untuk anda yang bekerja , dating , majlis orang ramai , persahabatan dan konfident
bau dari phero-x ini mampu untuk memikat dan membuatkan wanita rasa tertarik.
pheromones perfume malaysia
Pheromances
Pheromance dicipta khas untuk lelaki yang mementingkan penampilan diri,
mengandunig 50x pheromone didalam botol 10ml Pheromance
2 titis dari pheromance sudah cukup untuk anda kelihatan seksi dan menawan.
pheromones perfume malaysia
Flaming Desire
Flaming Desire wangian seakan-akan bau Dunhill Disere ,D7G Disire,
harga pula lebih jauh murah,

Pheromone bukan sahaja dicipta untuk lelaki memikat wanita,
wanita juga boleh menggunakan produk pheromone untuk memikat kekasih hati,
berikut antara produk Pheromone untuk wanita.
pheromones perfume malaysia
Pheromiss untuk wanita berwarna pink
Pheromiss dicipta khas untuk wanita.
bentuk dan kandungan sama seperti produk Pheromance cuma berlainan warna.
Pheromiss mengandungi Copilins , sejenis hormon yang diambil dari DNA wanita.
wangian ini mampu menarik minat sang jejaka
pheromones perfume malaysia
Pherolins
Pherolins ialah wangian yang disebatikan dengan pheromone pada tahap optimum
wangian yang mampu menaikkan keyakinan diri dan penampilan yang lebih perhatian,
untuk suami isteri sudah mampu untuk merapatkan lagi hubunggan dan keintiman berdua.
pheromones perfume malaysia
Mystique Switzeland
Mystique Switzeland adalah antara hormon pemikat lelaki paling kuat dicipta,
20 tahun kajian telah membutktikan wangian ini 5x lebih kuat berbanding produk lain.
mampu membuatkan lelaki rasa lebih tenang,seronok dan konfident bersama wanita.

kalau anda rasa sudah bosan dengan bau-bauan yang terlalu wangi dan pekat bila dihidu,
cuba perfume pheromone dalam kegunaan harian,
kepada yang masih tercari-cari pasangan hidup cuba amalkan wangian ini,
insyaallah wangian yang dipakai mampu menarik minat seseorang,
kepada yang sudah berkahwin boleh amalkan untuk terus memikat pasangan masing-masing.

untuk lebih informasi ,testimonial dan urusan jual beli,
boleh terus ke laman web www.kedaipheromone.com atau
ke facebook mereka di facebook/kedaipheromone.

semoga bermanfaat.
selamat mencuba.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370