31 Jan 2015

Piala Sumbangsih 2015 Milik Harimau Selatan Atau Tok Gajah?

Piala Sumbangsih 2015
Piala Sumbangsih 2015
Kempen Liga Bolasepak Malaysia 2015 sudah sampai ke kemuncak pembukaan,
seperti biasa , perlawanan pertama akan menyaksikan dua juara untuk merebut Piala Sumbangsih 2015,
Juara Liga Super 2014 , JDT akan bertemu Juara Piala Malaysia 2014 , Pahang malam ini.
jangan lupa saksikan siaran langsung Piala Sumbangsih 2015 di kaca tv.
Piala Sumbangsih 2015
Piala Sumbangsih JDT vs Pahang | sumber : FB Artortoise
dikharbarkan Stadium Larkin sudah pun meriah malam tadi,
sudah ada yang beratur  sejak 8 malam untuk mendapatkan tiket walaupun kaunter hanya dibuka pagi ini,
mungkin setengah orang anggap ini adalah kerja sia-sia,kerja gila dan tidak berfaedah,
terpulang pada pendapat masing-masing.
bagi shark inilah semangat bolasepak yang ingin kita lihat,
dulu-dulu sering kita dengar keluhan betapa suram kempen liga malaysia,
tapi kini bila ianya mula mendapat tempat di hati penonton kita juga yang aibkan sesama sendiri,
bila suram bising , bila dah meriah pun nak bising lagi.
lumrah manusia.
piala sumbangsih 2015
berkongsi minat berasama si cilik | sumber : FB Johor Souther Tigers
peminat sudah beratur dari malam tadi. | sumber :FB Johor Souther Tigers
malam ini shark memilih pasukan JDT sebagai pilihan untuk menjulang Piala Sumbangsih,
tapi untuk satu musim shark masih memilih skuad Tok Gajah sebagai pasukan faveret
tak penting siapa yang menjadi pilihan dan faveret.
yang penting semangat untuk melihat kembangkitan dan kehangatan kempen liga bolesepak Malaysia 2015,
TV3  turut memeriahkan kempen liga Malaysia dengan menyiarkan secara langsung perlawanan malam nanti.
malam ini kita dapat lihat perbezaan kualiti penyiaran siaran langsung bolasepak antara tv tempatan.
TV1 atau TV3 yang akan mendapat tempat malam ni?
shark memilih TV3.
ootd jersi JDT 2015
siapa yang mampu menjulang Piala Sumbangsih 2015?
skuad harimau selatan atau skuad tok gajah?
mampukah harimau selatan menahan asakan dari amukan tok gajah?
mampukah tok gajah mengamuk di tempat lawan?
semua akan terjawab.
saksikan siaran secara langsung Piala Sumbangsing di TV1 , TV3 dan Astro Arena,
kesemua siaran secara langsung akan bermula jam 8:30 malam.
Piala Sumbangsih 2015
siarang langsung piala sumbangsih 2015 TV1
Piala Sumbangsih 2015
siaran langsung piala sumbangsih 2015 TV3

semoga bermanfaat
semoga terhibur,
selamat menonton

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

29 Jan 2015

Cara Mudah Hafal Sifir

Cara Mudah Hafal Sifir
hafal sifir
sifir.
boleh dikatakan formula matematik yang agak leceh untuk dihafal.
terdapat pelbagai cara untuk kuasai sifir,
kalau dulu-dulu yang shark tahu hanya sifir 9 dengan menggunakan jari,
tahun tu sekitar tahun 1998,
sekarang dah masuk tahun 2015 dan pelabagai teknik dan cara mudah untuk menghafal sifir.
kredit shark berikan kepada cikgu-cikgu yang kreatif untuk membantu anak murid mereka.

shark kongsikan antara yang menarik yang shark perolehi dari laman Facebook,
dikatakan cara mudah hafal sifir ini dibuat oleh Cikgu llyanakhisma Ismail.
antara sifir yang ada adalah sifir 6, sifir 7 , sifir 8 , sifir 9
terdapat juga sifir 12 yang shark peroleh daripada pekongsian di laman fb cikgu ilyanakhisma.
Cara Mudah Hafal Sifir
Sifir 6 yang diambil dan diolah dari sifir 5 dan Jam
Cara Mudah Hafal Sifir
sifir 7 yang diolah daripada keypad telefon
Cara Mudah Hafal Sifir
sifir 8 yang diambil dari terbalikkan sifir 2
Cara Mudah Hafal Sifir
sifir 9 diambil dengan terbalikkan nombor
Cara Mudah Hafal Sifir
sifir 12 dari rakan cikgu
menarik sungguh idea dan kreativiti cikgu ilyanakhisma ni,
mungkin sudah ada cikgu yang berbuat demikian,
tapi ini baru kali pertama shark nampak kaedah seperti ini.
sejak tinggal alam persekolahan ni memang tak sentuh langsung dengan sifir.
tekan kalkulator jer.

diharapkan perkongsian ini dapat membantu anak dan murid dalam ujian matematik nanti,
sebelum jawab peperikasaan boleh conteng dulu sifir yang ada,
nanti senang nak imbas.
tak payah lagi nk pecah kepala duk hafal bila jawab peperiksaan.
yang penting free,
tak perlu susah-susah nak hantar anak masuk kelas berbayar :)

semoga bermanfaat.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

28 Jan 2015

Seminggu Tanpa Android

seminggu tanpa android
smartphone jatuh di saat-saat akhir.
harini genap seminggu tanpa smartphone.
boleh tahan juga godaan dan cobaan bila tak gunakan smartphone nie,
back to normal life.
back to reality life.

dulu-dulu setiap jam duk tatap skrin phone,
tiada notify yang masuk pun tetap jugak nak tengok skrin tue,
gian nak scroll kat skrin.
dah jadi habbit pula.

sekarang ni back to zaman dulu-dulu,
back to zaman nokia 3310,
bila tengok tv kita tengok tv,
bila makan kita makan,
bila sembang kita sembang,
bila joging kita joging,
tiada lagi gangguan orang ketiga bila buat sesuatu kerja.
seminggu tanpa android
nostalgia
sampai bila agaknya mampu bertahan.

semoga bermanfaat.

#PrayForPantaiTimur
#DoaUntukPantaiTimur
#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

27 Jan 2015

Gambar 1600 ekor Panda Di Malaysia

1600 panda di Malaysia
1600 panda di Malaysia
berakhir sudah perjalanan 1600 ekor panda di Malaysia,
15 lokasi pilihan telah pun dilawat oleh 1600 replika panda di Malaysia,
ini semua sempena mempromosikan pentingnya pemuliharaan alam sekitar dan pembangunan mampan.
kenapa 1600 ekor?
1600 ekor mewakilili jumlah sebenar panda yang hidup di bumi kita sekarang.
boleh dikatakan agak kritikal kalau tinggal 1600 ekor je panda kt dunia ni.
boleh pupus dalam masa begitu singkat.

apa yang menariknya 1600 panda di malaysia ni adalah gambar mereka di 15 lokasi terpilih,
mungkin sudah ada yang follow perjalanan mereka di FB 100 Pandas My.
kepada yang belum,
shark kongsikan bersama kemeriahan dan keunikan gambar 1600 panda Di Malaysia.
semua gambar adalah dari Facebook 1600 Pandas MY
1600 panda di malaysia
somewhere in Ipoh
1600 panda di Malaysia
Gunung Lang , Ipoh
1600 panda di Malaysia
Perkampungan Nelayan PuLau Pinang
1600 panda di Malaysia
Tapak Warisan Pulau Pinang
1600 panda di Malaysia
Red Square Melaka
1600 panda di malaysia
Kuala Sepetang , Perak
1600 panda di malaysia
Cameron Highland
1600 panda di Malaysia
bersama Datuk LCW
1600 panda di Malaysia
di hadapan KTM Kuala Lumpur
menarik bukan.
begitu cantik dan unik gambar ini diambil,
bukan senang nak susun 1600 panda nie,
untuk lebih gambar boleh ke Facebook 1600 Pandas MY

kira beruntung juga ler ada 2 ekor panda yang ada di Malaysia baru-baru ini.,
mungkin itu antara 2 daripada 1600 ekor panda yang ada di bumi,
samapi bila agaknya panda 1600 panda ini mampu bertahan sebelum pupus.

semoga terhibur.

#PrayForPantaiTimur
#DoaPantaiTimur
#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

26 Jan 2015

Gaji Harian Mereka RM5 Sehari


mereka bekerja 12 jam dan kadang kala lebih daripada itu,
mereka bekerja di bawah sinaran matahari,
tiada bumbung,tiada aircond,tiada kipas,tiada lunch hour,
mereka bekerja bukan untuk gaji sebulan,
mereka bekerja untuk terus hidup dari hari ke hari.
itulah kehidupan penduduk di tapak perlupusan sampah Sylhet,Bangladesh.
kutip sampah di bangladesh
hanya memakai selipar dan sandal dalam mencari sesuap nasi | sumber : dailymail
kutip sampah di bangladesh
tanpa sarung tangan mereka selongkar sampah yang ada | sumber : dailymail
kutip sampah di bangladesh
mencari dan terus mencari | sumber : dailymail
kerja harian mereka mengutip sampah-sampah yang boleh diguna pakai untuk dijual semula,
menjual semula sampah?
apa agaknya barang yang mereka boleh dapati disini,
dan siapa pula yang membelinya?
ada pula yang sanggup membeli?
terdesak atau memang begitu naif kehidupan disana,
kutip sampah di bangladesh
sayur yang dibuang untuk dimakan atau dijual | sumber : dailymail
tidak dapat bayangkan kehidupan mereka
masih ada lagi masyarakat yang hidup sebegini,
kais pagi makan pagi.
bersyukur kita masih lagi mampu untuk bekerja dengan selesa.

semoga bermanfaat
sumber : Hmtero - Sampah Jadi Rezeki
sumber : DailyMail - The Rubbish Picker of Bangladesh

#PrayForPantaiTimur
#DoaUntukPantaiTimur
#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

23 Jan 2015

Godaan Dan Dugaan Sebiji Burger

prosperity burger 2015
Prosperity Burger 2015
Prosperity Burger,
boleh dikatakan inilah burger terbaik pilihan shark daripada McDonald,
Prosperity Burger akan muncul setiap kali perayaan raya cina,
dan semalam Facebook Mcdonald telah pun keluarkan poster terbaru Prosperity Burger.
tengok gambar saja dah tak boleh tahan godaan dia.
prosperity burger 2015
Poster Prosperity Burger di Facebook McDonald
apa yang best tentang Prosperity Burger?
semestinya sos lada hitam yang paling disukai,
keenakkan sos hitam dia memang lain dari yang lain.
tiada sos hitam tiada rasa pada Prosperity Burger,
untuk tahun ini masih lagi samar-samar untuk merasainya,
godaan tu memang dah cair bila tengok gambar,
bila memikirkan balik kes Mcdonald dengan sekutu Israel dugaan berat pula rasanya,

teringat pulak kata-kata Daly Filsuf dalam lirik lagu Al-Nuraa
Ku tanya pada hati moga diberi jawapan
Tapi ada dua suara yang sering kedengaran
Yang satu kata iya yang satu kata bukan
Kadangkala akal dan hati pun tak sehaluan
alternatif lain untuk gantikan keenakkan Prosperity Burger?
pilihan yang ada mungkin Burger Bakar.
tak kisah ler burger bakar tu nama apa,
dimana-mana sahaja kita boleh dapat burger bakar ni,
mungkin lain tempat lain rasa.
bergantung kepada siapa yang kreatif membuatnya.

Ramly Burger?
agak kecewa sebenarnya dengan Ramly Burger ni,
tak nampak langung apa yang Ramly Burger buat sekarang,
sepatutnya dah boleh ambil peluang bila orang dah mula boikot Mcdonald,
tapi sebarang iklan dan promosi tak nampak.
masih kekal dan tiada perubahan pada produk.
masih ditakuk lama.
ramly burger
senarai kiosk ramly burger dapatkan disini
masing-masing ada pendapat tersendiri,
tak perlu bergaduh dan pertikai kehendak dan kenapa masih ada orang kita suka McDonald,
salah satu jawapan sudah ada diatas,
orang kata membeli di McDonald umpama beli sebiji peluru?
kita sendiri tu sudah ke menderma kepada orang fakir,anak yatim,tabung masjid?
jangan sibuk kebajikan orang lain sahaja,
sebelum kita menilai orang lebih baik menilai diri sendiri dahulu.
shark dan Prosperity Burger tahun ini?
biarlah ianya menjadi rahsia .

semoga bermanfaat.
selamat menjamu selera.

#PrayForPantaiTimur
#DoaUntukPantaiTimur
#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

21 Jan 2015

Anugerah Terindah Budak Mata Bulat

Wordless Wednesday bersama Aleesya Nurani bermata boolat.

aleesya nurani
mataku bulat?
aleesya nurani
bulat ker?
aleesya nurani
tengok betul-betul
aleesya nurani
kasi tengok lagi..
aleesya nurani
cakkkk~
semoga terhibur.

#PrayForPantaiTimur
#DoaUntukPantaiTimur
#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

20 Jan 2015

Minum Air Nasi

tips gemukkan badan
minum air nasi yang ditanak ?
minum air nasi yang dimasak katanya boleh menambahkan berat badan,
itu adalah salah satu petua tradisional bagi sesiapa yang ingin kelihat lebih berisi,
sahih atau tidak shark tak pasti..
sumber : Petua Menambah Berat Badan - Petua Tradisional
nak mencuba?
rasanya tak sanggup kot nak telan air nasi tue,
dah boleh bayang rasa dan bau air nasi yang ditanak tue,
kalau nasi air tu bagi 2 mangkuk pun tak apa.

terdetik semalam nak google tips gemukkan badan,
pelbagai keyword dicuba untuk mencari tips naikkan berat badan,
rasanya tahun 2015 adalah tahun untuk push the limit body ni,
sudah tiba masanya cicakman ingin bertukar menjadi hulk
sudah bertahun lamanya badan ini dimanjakan,
tips naikkan berat badan
tips naikkan berat badan
tips gemukkan badan
tips gemukkan badan
rata rata tips yang diberikan adalah makan dengan kerap,
bunyi macam best jer suruh makan banyak,
tapi kalau silap makan nanti jadi benda lain pulak,
ada juga yang suruh buat workout,
yang itu memang setiap kali buat,
jogging 5-10km 2 kali sehari memang sudah dalam jadual harian,
tapi kalau harap ke jogging rasanya tak cukup,
jogging lebih kepada fitness,
nak pergi gym?
katanya kalau buat workout boleh buatkan otot ni bertambah,
pagi-pagi katanya kena minum susu,
selama ni shark memang tak suka susu,
jawabnya tahun 2015 terpaksa buang rasa benci kepada susu.
tips gemukkan badan
susu untuk setiap pagi tahun 2015?
bukan orang gemuk je susah nak diet,
orang kurus pun susah nk kasi berat badan ni naik,
nampk mudah je bila cakap makan banyak,
nampak mudah je bila ada banyak suplement dan produk yang boleh membantu,
setakat ni shark taknak bergantung kepada suplement dan vitamin yang ada.
lagi selesa dan selamat dengan cara 
no vitamin no problem.

manusia memang tidak pernah puas dengan apa yang ada,
yang gemuk nak kurus
yang kurus nak gemuk,
kalau ambil dari sudut lain tak salah,
untuk kesihatan dan kebaikan diri sendiri jugak,
bukan taknak bersyukur,
cuma teringat pesanan seorang rakan.
Tubuh badan anda juga merupakan pinjaman dari Allah swt.
barang yang dipinjam haruslah dijaga dengan baik.
harap-harap impian untuk menaikkan berat badan tercapai nanti,
kalau ada sesiap ada tips untuk orang kurus ni sila ler kongsi bersama.


semoga bermanfaat.

#PrayForPantaiTimur
#DoaUntukPantaiTimur
#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

17 Jan 2015

Kurangkan Berat Badan dengan Diet Atkins

 
kurus dengan diet atkins
Diet Atkis Diet Sihat

Tips menurunkan berat badan memang mudah kita dapat di internet.
pelbagai produk kurangkan berat badan juga boleh kita lihat di pasaran sekarang,
ubat kurus , vitamin , losyen memang tumbuh bagaikan cendawan,
tapi sejauh mana ianya memberi kesan kepada individu?
sampai bila kita hendak bergantung kepada ubat dan produk?
kenapa tidak amalkan diet sihat tanpa produk,
kenapa tidak amalakan diet sihat  secara semulajadi,
ramai yang terlepas pandang dengan Diet Atkins,
Diet Atkins bukanlah produk kuruskan berat badan,
Diet Atkins adalah Pelan Diet.
kurus dengan diet atkins
proses pelan diet atkins

Tips Kuruskan Berat Badan dengan Diet Atkins begitu mudah,
  • tidak perlukan modal membeli produk mahal berulang-ulang
  • tidak perlu menahan lapar dan nafsu makan
  • tiada jadual tiada rutin seperti makan ubat,
  • kesan dalam masa 3 hari.
Pelan diet atkins mampu memberi kesan yang efektif dan pantas membakar lemak,
tidak perlukan losyen tidak perlukan minyak untuk membakar lemak,
senaman dan pelan permakanan Diet Atkins sudah cukup untuk kuruskan badan dengan sihat.
tanpa sebarang bahan kimia,tanpa sebarang cecair dimasukkan ke dalam badan,

dengan pelan diet atkins anda tidak keseorangan,
ramai yang sudah mencuba dan ramai yang memberi feedback.
malahan sudah ada group wahtsap untuk sesiapa yang mengamalkan diet atkins ini,
sihat sambil dapat berkenalan dengan rakan baru,
Teknik Kurus Dengan Atkins
testimoni pengamal diet atkins | sumber : Atkins Malaysia
Teknik Kurus Dengan Atkins
testimoni pengamala diet atkins | sumber : Atkins Malaysia
jangan bazirkan wang dan masa dengan produk yang belum tentu selamat,
amalkan diet dengan sihat dan semulajadi dengan Diet Atkins

dapatkan semua pelan diet serta maklumat lanjut di  Atkins Malaysia
kurus dengan diet atkins
Kurus Dengan Atkins
semoga bermanfaat.
selamat berdiet.

#PrayForPantaiTimur
#DoaUntukPantaiTimur
#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

16 Jan 2015

Pinjaman Peribadi Bank Rakyat RM50 Ribu Untuk Mangsa Banjir

bank rakyat
Bank rakyat - Bank Pilihan Anda

berita baik untuk mangsa mangsa banjir di Kelantan , Terengganu , Pahang , Perak dan Johor,
Bank Rakyat menyediakan pinjaman peribadi Bank Rakyat sehingga Rm50,000 untuk mangsa banjir,
  • pinjaman ini dibuka untuk penjawat awam , swasta dan pesara,
  • tempoh pinjaman sehingga 7 tahun
  • bayaran balik tidak dikenakan untuk 6 bulan pertama,
  • permohonan akan dibuka pada 19hb Januari sehingga 19 febuari nanti,
untuk memohon sila bawa dokumen pengesahan mangsa banjir daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) atau boleh juga dapatkan bukti di balai polis,
sumber : BHarian | Mangsa Banjir Boleh Pinjam Hingga Rm50,000 - Bank Rakyat

diharapkan pinjaman ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka,
terutamanya mereka yang berada di Kelantam
jangan pula disalah guna pinjaman yang disediakan,
untuk membina semula rumah dan peralatan memang memerlukan duit yang banyak,
baik pulih kereta/motor itu pula satu keperluan,
guna sebaik mungkin kalau tidak makan diri nanti,

RM50 ribu memang banyak,
beringat ler sebelum gunakan pinjaman yang diluluskan.
dapat banyak bayar pun banyak.
orang kata duit ni nak dapat susah,
tapi nak habiskan begitu senang.

untuk maklumat lebih lanjut boleh ke laman web Bank Rakyat.

semoga bermanfaat

#PrayForPantaiTimur
#DoaUntukPantaiTimur
#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

14 Jan 2015

Wajah Hensem Bergaya Bersama Norman Hakim dan Ephyra Skin Bar

ephyra skin bar
Ephyra Skin Bar
Ephyra Skin Bar,
nampak saja kecil tapi besar pengorbanan sabun ini pada kulit muka shark,
silap besar kalau tak diguna pakai kepada mereka yang mempunyai masalah kulit muka,
dan yang menarik sekali Ephyra Skin Bar ini boleh juga diguna pakai sebagai sabun mandi,
jangan tahu nak jaga kulit muka sahaja,
aset lain pun penting juga dalam operasi mencari jodoh bagi yang bujang,
bagi yang dah kahwin semestinya ingin mengekalkan kecantikan untuk yang tersayang,

sebelum menggunakan Ephyra Skin Bar , shark memang ada masalah dengan kulit muka,
segala jenis jerawat jeragat tumbuh mekar di muka nie,
orang lelaki  memang jarang nak ambil tahu hal produk kecantikan muka termasuk diri ini,
tapi alhamdulillah diberi kesempatan untuk mencuba produk terbaru dari Oceanlife
bila dah ada peluang mula terbayang nak jadi seperti duta mereka, Norman Hakim,
kalau nak sado macam Norman tu memang tak dapat ler,
dapat kulit cantik cam Norman tu rasanya ada peluang :)
Ephyra Skin Bar
posing dulu sebelum mencoba.
masalah yang paling ketara pada kulit muka shark ialah jerawat,
kalau perasan gambar posing bajet hensem tu memang ada jerawat kat bahagian dahi tu,
Ephyra Skin Bar
jerawat jeragat dan ruam merah ?
pada bahagian pipi pula entah kenapa dan bagaimana ada jerawat dan kesan-kesan merah,
mungkin ruam mungkin alergi dan pasti bukan kesan gincu merah.
nak tutup jerawat dengan make up?
jangan buat pasal lelaki dan makeup.
lain pula jadinya nanti.

rasa lega bila ada peluang untuk mencuba Ephyra Skin Bar,
nak jaga kulit muka bukan susah sebenarnya,
penggunaan 2 kali sehari Ephyra Skin Bar sudah cukup untuk mengatasi masalah kulit muka,
lepas bangun tido sebelum ke opis kita cuci dulu muka dengan Ephyra Skin Bar,
selepas balik kerja dan mandi malam kita sental sekali lagi muka dengan Ephyra Skin Bar,
bau yang wangi dan warna biru sabun ini memang menarik perhatian untuk digunakan setiap hari,
sebelum ni mandi 10 minit jadi 20 minit dengan Ephyra Skin Bar,
nak kulit cantik kena ada pengorbanan.

tak perlu tunggu Ephyra Skin Bar habis kita dah nampak perubahan ketara,
dalam masa 2 minggu sahaja dah boleh lihat perubahan pada kulit muka,
apa yang shark perasan selepas penggunaan Ephyra Skin Bar ialah kesan jerawat.
memang benar apa yang dikatakan sebelum ini,
masalah jerawat,jeragat,kedutan,kusam dapat diatasi,
kulit muka juga kelihatan nampak lebih cerah dan parut juga tidak kelihatan,
Ephyra Skin Bar
selepas 2 minggu - jerawat mana
Ephyra Skin Bar
selepas 2 minggu - awak kat mana jerawat.
selepas 2 minggu shark memang sangat berpuas hati,
tiada lagi masalah jerawat dan ruam merah pada muka,
jeragat pun turut terkesan dengan penggunaan Ephyra Skin Bar,
ini baru 2 minggu,
kalau shark terus pakai dan sental muka dengan EPhyra Skin Bar rasanya memang menjadi pujaan ni,
boleh celen Norman Hakim punya muka :p
tak payah pakai makeup pun dah macam ini jadinya.

bila dah tampak perubahan semestinya kita boleh tampil dengan lebih yakin lagi,
bila dah yakin baru ler semangat untuk bergaya
tak perlu lagi nak sembunyi dan malu berjumpa dengan orang ramai,
Ephyra Skin Bar
terima kasih EPhyra Skin bar
kepada lelaki dan jejaka diluar sana,
gunakan Ephyra Skin Bar dalam penggunaan seharian anda,
shark dipahamkan Ephyra Skin Bar akan mula dijuaal pada bulan ini,
tak salah untuk mencuba dan tidak merbahaya,
tak perlu nak operate muka menjadi seperti bintang k-pop,
gunakan Ephyra Skin Bar kalau rasa nak kulit muka seperti mereka.
penggunaan yang ringkas dan hasil yang cepat untuk baiki masalah kulit muka
jangan ingat wanita sahaja yang pelu jaga kecantikan,

Official Facebook : https://www.facebook.com/oceanlife2u
Official Instagram : @ephyra2u
Hotline : 019 3999 238 / 03 41417889 (office hours only)



Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com ini dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh Oceanlife Marketing Sdn Bhd. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

** Ejen/dealer Ephyra lain dilarang membuat promosi di ruangan komen entri review peserta giveaway ini. Harap maklum.

semoga bermanfaat,
selamat mencuba,

#PrayForPantaiTimur
#DoaUntukPantaiTImur
#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370